PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web...
Transcript of PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web...
PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA
MAJALAH WEB DUNIA MATEMATIK TERHADAP
MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN EMPAT
NORLINA BINTI PUNGUT
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei, 2011
ii
iii
DEDIKASI
Dengan bacaan basmallah….
Alhamdulillah,
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya
dan kekuatan yang diberikan kepada diri ini, kajian dapat dijalankan
dengan sempurna.
Buat ayah, Pungut bin A. Manaff & emak, Fauziah Hanim binti Jaafar
Kakak, Norain dan adik-adik, Hafiz dan Norafiqah
Ucapan ribuan terima kasih diucapkan di atas sokongan yang padu
dan konsisten ,
Buat pensyarah yang dihormati dan disegani,
PM Dr. Zaleha binti Ismail,
Terima kasih di atas segala ilmu dan tunjuk ajar
yang diberikan..
Semoga Allah membalas segala kebaikanmu..
Ucapan terima kasih juga buat sahabat-sahabatku
Ziha, Jaya, Ima, Nisa, Yati, Ama, Niza
Dan rakan seperjuangan
yang sentiasa memberi
sokongan dan dorongan,
Pahit manis yang diharungi bersama
menjadi kenangan kita…
Semoga kejayaan milik kita. bersama..insyaAllah
iv
PENGHARGAAN
Assalamulaikum w.b.t.,
Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurniaNya dan kekuatan yang diberikan, Projek Ijazah Sarjana Muda ini
dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Ribuan terima kasih khas buat yang terhormat kepada penyelia saya iaitu PM Dr.
Zaleha binti Ismail yang tidak pernah jemu memberi bimbingan, tunjuk ajar dan teguran
yang membina dalam usaha menyiapkan projek kajian ini.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan
keluarga yang saya sayangi yang setia memberi sokongan, dorongan dan galakan semasa
tugasan kajian ini dijalankan.
Selain itu, tidak ketinggalan buat guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah
menengah yang terlibat atas kesudian menerima kedatangan dan memberikan sepenuh
kerjasama sepanjang kajian ini dijalankan.
Akhir sekali, sekalung penghargaan kepada sahabat-sahabat seperjuangan serta
semua pihak yang banyak membantu dan memberi nasihat kepada saya bagi menyiapkan
projek sarjana muda ini dengan sempurna dan jayanya. Terima kasih.
v
ABSTRAK
Motivasi boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu faktor luaran
(motivasi ekstrinsik) dan faktor dalaman (motivasi intrinsik). Dalam konteks kajian
ini, Majalah Web Dunia Matematik khususnya ruangan Perisian Matematik dan Uji
Minda dikaji dari segi pengaruhnya terhadap motivasi dalam membina pengetahuan
Matematik. Kajian yang dijalankan adalah fokus kepada mengkaji pengaruh ruangan
Perisian Matematik dan Uji Minda dalam Majalah Web Dunia Matematik terhadap
motivasi pelajar Tingkatan 4. Majalah Web Dunia Matematik telah dibangunkan
lebih 3 tahun ini menjadi salah satu platform utama dalam membantu pelajar dalam
proses pembelajaran menjangkau bilik darjah melalui aplikasi dalam artikel-artikel
dan aktiviti-aktiviti Matematik yang efektif dan menarik. Setiap ruangan
dibangunkan berdasarkan Model Motivasi ARCS, iaitu Perhatian (Attendance),
Relevan (Relevance), Keyakinan (Confidence) dan Kepuasan (Satisfaction). Kajian
ini melibatkan 37 orang pelajar dari sebuah sekolah menengah di Johor Bahru dan
telah dijalankan selama 2 jam dengan menggunakan Edisi Ogos 2010. Dapatan
kajian menunjukkan keempat-empat komponen ARCS ruangan Perisian Matematik
dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi
Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah komponen dominan yang
mempengaruhi motivasi pelajar dalam ruangan Perisian Matematik manakala
Perhatian adalah komponen dominan yang mempengaruhi motivasi pelajar dalam
ruangan Uji Minda. Dapatan ini menunjukkan Majalah Web Dunia Matematik
sesuai dimanfaatkan oleh pelajar kerana berpotensi untuk mempengaruhi motivasi
pelajar dalam pembelajaran Matematik. Oleh itu, penerbitan majalah web ini harus
dikekalkan untuk manfaat bersama.
vi
ABSTRACT
Motivation can be divided into two which are external factors (extrinsic
motivation) and internal factors (intrinsic motivation). In the context of this study,
Dunia Matematik Web Magazine especially the Mathematics Software and Brain
Test sections were surveyed in the context of its influence towards motivation in the
process of constructing students’ Mathematical knowledge. The study is focused on
surveying the influences of Mathematics Software and Brain Test in Dunia
Matematik Web Magazine towards motivation of Form Four students’. Dunia
Matematik Web Magazine was built more than 3 years ago and is aimed at exposing
the students’ to the application of Mathematics beyond the classroom through the
articles and Mathematical activities. The purpose of this study is to investigate the
influence of Mathematics Software and Brain Test sections in Dunia Matematik
Web Magazine towards students’ motivation based on each component in ARCS
Motivational Model which are Attention, Relevance, Confidence and Satisfaction.
A questionnaire containing 20 items is used as the instrument of this study. A total
of 37 Form Four, secondary school students from Johor Bahru were the respondents
of this study. The study was conducted for a duration of 2 hours using the August
2010 edition of the Dunia Matematik Web Magazine. This research found that all of
the components of the ARCS Motivational Model applied in the writing of both the
Mathematics Software section and the Brain Test section in Dunia Matematik Web
Magazine had played an important role in influencing the motivation of Form Four
students’. The dominant component was Confidence in the Mathematics Software
section and the dominant component for Brain Test section was Attention. This
shows that Dunia Matematik Web Magazine is suitable for students to use as it
potential to influence students’ motivation towards learning of Mathematics.
Therefore this web magazine should be published continuously for mutual benefit.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kerangka Teori 7
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Kepentingan Kajian 11
1.9.1 Majalah Web Dunia Matematik 11
1.9.2 Pelajar 11
viii
1.9.3 Guru 12
1.9.4 Ibu bapa dan Masyarakat 12
1.10 Definisi 13
1.10.1 Motivasi 13
1.10.2 Pengaruh 13
1.10.3 Majalah Web Dunia Matematik 14
1.10.4 Ruangan Perisian Matematik 14
1.10.5 Ruangan Uji Minda 14
1.10.6 E-pembelajaran 15
1.10.7 Pembelajaran Matematik 15
1.11 Penutup 15
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Motivasi Pelajar Terhadap Matematik 16
2.3 Hubungan antara Motivasi dan Pencapaian Pelajar
dalam Matematik 18
2.4 Perubahan Motivasi Terhadap Kepelbagaian
Pendekatan Pengajaran 20
2.5 Penutup 22
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 23
3.2 Rekabentuk Kajian 23
3.3 Persampelan 24
3.4 Instrumen Kajian 24
3.4.1 Data Kuantitatif 24
3.4.2 Data Sokongan 29
3.5 Prosedur Kajian 29
3.6 Kajian Rintis 31
3.7 Analisis Data 31
3.7.1 Data Kuantitatif 31
3.8 Penutup 33
ix
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 34
4.2 Analisis Taburan Maklumat Diri Responden 35
4.2.1 Jantina 35
4.2.2 Keputusan Subjek Matematik Pertengahan Tahun 36
4.3 Analisis Ruangan Perisian Matematik dalam Majalah
Web Dunia Matematik berdasarkan Model Motivasi ARCS 37
4.3.1 Pengaruh Ruangan Perisian Matematik ke
atas Motivasi Pelajar daripada komponen Perhatian 37
4.3.2 Pengaruh Ruangan Perisian Matematik ke
atas Motivasi Pelajar daripada komponen Relevan 40
4.3.3 Pengaruh Ruangan Perisian Matematik ke
atas Motivasi Pelajar daripada komponen
Keyakinan 42
4.3.4 Pengaruh Ruangan Perisian Matematik ke
atas Motivasi Pelajar daripada komponen
Kepuasan 45
4.4 Analisis Ruangan Uji Minda Matematik dalam Majalah
Web Dunia Matematik berdasarkan Model Motivasi ARCS 47
4.4.1 Pengaruh Ruangan Uji Minda ke atas Motivasi
Pelajar daripada komponen Perhatian. 47
4.4.2 Pengaruh Ruangan Uji Minda ke atas Motivasi
Pelajar daripada komponen Relevan. 50
4.4.3 Pengaruh Ruangan Uji Minda ke atas Motivasi
Pelajar daripada komponen Keyakinan. 52
4.4.4 Pengaruh Ruangan Uji Minda ke atas Motivasi
Pelajar daripada komponen Kepuasan 55
4.5 Komponen Dominan berdasarkan Model Motivasi
ARCS 57
4.5.1 Komponen Dominan berdasarkan Model
Motivasi ARCS Ruangan Perisian Matematik 57
4.5.2 Komponen Dominan berdasarkan Model
Motivasi ARCS Ruangan Uji Minda 58
4.6 Data Sokongan 59
4.6.1 Ruangan Perisian Matematik 59
x
4.6.2 Ruangan Uji Minda 60
4.7 Penutup 62
5 PERBINCANGAN, CADANGAN, IMPLIKASI DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Motivasi Pelajar dalam Ruangan Perisian Matematik 63
5.2.1 Komponen Perhatian 64
5.2.2 Komponen Relevan 65
5.2.3 Komponen Keyakinan 66
5.2.4 Komponen Kepuasan 67
5.3 Motivasi Pelajar dalam Ruangan Uji Minda 68
5.2.5 Komponen Perhatian 68
5.2.6 Komponen Relevan 69
5.2.7 Komponen Keyakinan 70
5.2.8 Komponen Kepuasan 71
5.4 Masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian 71
5.4.1 Capaian Internet 72
5.4.2 Kekangan Masa 72
5.5 Cadangan Penambahbaikan 72
5.5.1 Menambahbaik Capaian Internet 73
5.5.2 Pengurusan Masa yang Teliti 73
5.6 Implikasi 73
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 74
5.8 Kesimpulan 76
RUJUKAN 77-84
LAMPIRAN 85
xii
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH
TAJUK MUKA
SURAT
1.1 Kerangka Teori Kajian 9
3.1 Carta Aliran Prosedur Kajian 30
4.1 Carta Bar Bilangan Responden Mengikut Jantina 35
4.2 Carta Pi Peratus Responden Mengikut Jantina 36
4.3 Carta Bar Bilangan Responden Mengikut Keputusan
Subjek Matematik
36
4.4 Carta Pi Peratus Responden Mengikut Keputusan
Subjek Matematik
37
4.5 Markah Soalan Kuiz Ruangan Perisian Matematik 44
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Tujuan Pembinaan Item Latar Belakang
Responden
25
3.2 Skala Likert 25
3.3 Pecahan Item-item Bahagian B Mengikut Model
Motivasi ARCS
26
3.4 Rangka Penulisan Ruangan Perisian Matematik
Edisi Ogos 2010
28
3.5 Rangka Penulisan Ruangan Uji Minda Edisi Ogos
2010
28
3.6 Indeks Kebolehpercayaan dan Pengkelasan Ujian 32
3.7 Nilai Cronbach Alpha Ruangan Perisian
Matematik dan Uji Minda
32
3.8 Analisis Min 33
4.1 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 1 38
4.2 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 2 38
4.3 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 3 38
4.4 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 4 39
4.5 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 5 39
4.6 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 6 40
4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 7 40
4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 8 41
xiv
4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 9 41
4.10 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 10 42
4.11 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 11 42
4.12 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 12 43
4.13 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 13 43
4.14 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 14 44
4.15 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 15 44
4.16 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 16 45
4.17 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 17 45
4.18 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 18 46
4.19 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 19 46
4.20 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 20 47
4.21 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 1 47
4.22 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 2 48
4.23 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 3 48
4.24 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 4 49
4.25 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 5 49
4.26 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 6 50
4.27 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 7 50
4.28 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 8 51
4.29 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 9 51
4.30 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 10 52
4.31 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 11 52
4.32 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 12 53
4.33 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 13 53
4.34 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 14 53
4.35 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 15 54
4.36 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 16 55
4.37 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 17 55
4.38 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 18 56
4.39 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 19 56
xv
4.40 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 20 57
4.41 Purata Min Setiap Komponen ARCS bagi
Ruangan Perisian Matematik
57
4.42 Purata Min Setiap Komponen ARCS bagi
Ruangan Uji Minda
58
4.43
4.44
Komen-komen Responden bagi Ruangan Perisian
Matematik
Komen-komen Responden bagi Ruangan Uji
Minda
59
61
xvi
SENARAI SINGKATAN
P & P Pembelajaran dan Pengajaran
ICT Information of Communication & Technology
ARCS Attention, Relevance, Confidence, Satisfaction
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
JPN Jabatan Pelajaran Johor
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
xvii
SENARAI LAMPIRAN
A Data Analisis
B Statistik Diskriptif
C Jadual Purata Min Komponen ARCS Ruangan Perisian
Matematik
D Jadual Purata Min Komponen ARCS Ruangan Uji Minda
E Borang Soal Selidik
F Ruangan Perisian Matematik
G Ruangan Uji Minda
H Surat Kebenaran daripada KPM
I Surat Kebenaran daripada JPN
J Surat Kebenaran daripada Fakulti Pendidikan, UTM
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Taksonomi didefinisikan sebagai perbandingan organisma berdasarkan kajian
mengenai prinsip, peraturan dan pengelasannya (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).
Antara domain-domain dalam taksonomi ialah domain kognitif, domain afektif dan
domain psikomotor. Bloom dan rakan-rakannya telah memperkenalkan domain
kognitif pada tahun 1956. Terminologi afektif pula diperkenalkan oleh Krathwohl dan
rakan-rakan pada tahun 1964 dan terbahagi kepada penerimaan, tindak balas dan
menilai.
Elemen-elemen dalam domain kognitif ialah sintesis, pemahaman, penilaian dan
analisis. Elemen-elemen dalam domain afektif pula terdiri daripada motivasi, nilai,
sikap dan perasaan. Selain itu, terdapat tiga perkara yang berkaitan dengan aras domain
afektif iaitu kesedaran, kesudian untuk menerima dan perhatian yang terkawal.
Motivasi pula berkait rapat dengan kesudian untuk pelajar menerima ilmu yang
disampaikan di mana pelajar berasa tertarik untuk mempelajari sesuatu.
2
Terdapat empat orientasi motivasi yang disenaraikan oleh penyelidik pendidikan
sains iaitu tingkah laku, keperimanusiaan, pemikiran dan sosial (Thomas Kobala, 2008).
Motivasi terhadap tingkah laku berfokuskan kepada konsep seperti galakan dan
peneguhan. Seterusnya motivasi terhadap keperimanusiaan merujuk kepada keinginan
seseorang pelajar untuk mencapai cita-cita yang diimpikan. Motivasi kognitif pula
adalah impian, perancangan dan jangkaan pelajar. Identiti pelajar dan hubungan antara
pelajar dengan orang lain pula menunjukkan kepada motivasi sosial.
Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, P&P pada zaman moden ini,
pelbagai teknik yang menggunakan peralatan teknologi digunakan untuk meningkatkan
motivasi pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan. Menurut Angela M.O’Donnell
et.al (2005), motivasi pelajar dapat dilihat apabila mereka melibatkan diri secara aktif
atau tidak aktif dalam proses P&P. Di negara kita, pelbagai alat bantu mengajar telah
mula digunakan seperti interaktif CD, projektor, komputer dan lain-lain lagi. Usaha-
usaha ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan di Malaysia.
Tambahan lagi, para pelajar kini mempunyai banyak kemudahan untuk melayari
internet di luar bilik darjah atau di luar waktu persekolahan. Sebanyak 1.2 juta
komputer riba telah diperuntukkan dan diberikan secara percuma kepada para pelajar
dan keluarga yang layak. Mereka yang layak menerima komputer riba ini diwajibkan
melanggan perkhidmatan jalur lebar secara kontrak selama 24 bulan dengan TM.
Walau bagaimanapun, cas yang dikenakan kepada pelajar sekolah lebih murah
berbanding dengan golongan layak yang lain. Menurut Datuk Seri Dr. Rais Yatim
(2010), pakej yang disediakan untuk pelajar sekolah lebih menarik kerana mereka hanya
dikenakan yuran langganan sebanyak RM20 manakala yuran langganan sebanyak
RM38 dikenakan kepada isi rumah (as cited in Mohammad Yasir Jaafar, 2010). Peluang
yang diberikan ini membolehkan para pelajar merasai pengalaman menggunakan
internet sebagai sumber maklumat tambahan di luar bilik darjah.
3
Sehubungan dengan itu, Majalah Web Dunia Matematik merupakan instrumen
yang terbaik untuk membantu meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran ini.
Selain itu, majalah web ini juga boleh membuka minda para pelajar mengenai ilmu
matematik yang sudah semestinya tidak hanya menumpukan kepada operasi aritmetik,
algebra dan lain-lain. Tambahan lagi, kemahiran generik pelajar boleh dipupuk dan
diasah tanpa mereka sedari. Pelajar boleh melihat keindahan, keunikan dan menambah
kefahaman matematik dalam ruangan Perisian Matematik dan ruangan Uji Minda.
1.2 Latar Belakang Masalah
Matematik merupakan subjek teras di sekolah dan kemahirannya sangat
diperlukan apabila pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Kebanyakan kursus yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi memerlukan
matematik dalam proses pembelajaran walaupun terdapat sesetengah kursus hanya
melibatkan konsep yang asas sahaja. Secara amnya, tanpa disedari matematik
merupakan aplikasi manusia dalam kehidupan seharian dan tidak hanya digunakan
apabila meningkat dewasa.
Kurikulum Matematik berubah mengikut peredaran masa (Noor Azlan Ahmad
Zanzali, 2008). Walau bagaimanapun, matematik masih dianggap subjek yang sukar di
kalangan pelajar-pelajar sekolah disebabkan oleh rumus yang perlu dihafal dan perlu
difahami cara penggunaannya. Kandungan matematik adalah dalam bentuk hirarki di
mana penyelesaian bagi soalan-soalan memerlukan daya mental yang tinggi dan
menuntut keperluan kognitif. Antaranya seperti pemikiran rasional, kemahiran berfikir
yang tinggi, analisis, berkebolehan membuat penaakulan dan mahir dalam penyelesaian
masalah.
4
Tanggapan negatif terhadap subjek Matematik seperti susah dan keliru
menyebabkan motivasi dalam diri pelajar menurun. (Noor Azlan Ahmad Zanzali,
2008). Keadaan ini boleh diatasi dengan pengajaran yang menggunakan teori-teori
tertentu di samping penggunaan peralatan teknologi yang telah dibekalkan di sekolah.
Penggunaan perisian-perisian matematik pula sudah pasti membantu menyelesaikan
masalah matematik dengan memahami konsep dengan lebih mudah dan berkesan (Prof.
Madya Dr. Ab Rahman Ahmad dan Prof. Madya Dr. Baharudin Aris, 2003)
Tambahan lagi, matematik selalunya dilihat sebagai maklumat yang telah
ditetapkan daripada buku teks dan mengikut silibus. Guru pula dikehendaki
menyampaikan ilmu tersebut kepada pelajar dengan menggunakan kaedah pedagogi
yang terbaik dan boleh diterima dengan mudah oleh para pelajar (Nik Azis Nik Pa,
1986). Pandangan ini menyebabkan pemikiran segelintir guru dan pelajar menjadi
sempit seterusnya idea-idea yang memerlukan pemikiran di luar kotak tidak dapat
dilahirkan. Guru seharusnya memahami dengan mendalam isi kandungan yang akan
disampaikan kepada para pelajar supaya kaedah yang berkesan boleh digunakan hasil
daripada pemikiran kreatif guru.
Walaupun terdapat cadangan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan di dalam
buku teks, guru tidak perlu terlalu bergantung kepada aktiviti-aktiviti tersebut tetapi
guru boleh melakukan sebarang aktiviti yang lebih menarik dan mencabar minda para
pelajar. Oleh itu, kaedah penyampaian yang digunakan dalam proses P&P tidak hanya
menekankan kepada fakta dalam silibus. Buku teks fokus terhadap penghafalan dan
latihan untuk meningkatkan kemahiran manakala arahan yang diterima daripada guru
pula memerlukan tumpuan dan penglibatan pelajar untuk membina maksud sesuatu
konsep serta langkah-langkah yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.
Seterusnya, penglibatan yang aktif dalam penyelesaian masalah dapat diterapkan dalam
diri para pelajar (Cobb dan Bauersfeld, 1995; Hieber et al., 1996; Lampert, 1991).
Fokus pendidikan di sekolah menengah dan sekolah kebangsaan kini adalah
terhadap penyelesaian masalah. Proses penyelesaian masalah memerlukan pengetahuan
5
sedia ada, pemikiran logik, imaginasi, kreativiti dan kesungguhan. Dalam kajian yang
dijalankan oleh Berinderject (1997), terdapat beberapa perkara yang menyebabkan
pelajar gagal dalam penyelesaian masalah. Antaranya adalah kurang pemahaman
terhadap soalan yang diberikan, salah menafsir soalan, kurang pengetahuan dalam
strategi penyelesaian masalah, salah menukarkan ayat ke dalam bentuk ayat matematik
dan lain-lain lagi. Perkara-perkara ini memberi kesan negatif terhadap motivasi pelajar.
Menurut Cockcroft (1982), penyelesaian masalah matematik hendaklah dimulakan
dengan menterjemahkan soalan tersebut dalam bentuk ayat matematik (as cited in En.
Daud b. Jeremi, 2004).
Majalah web yang telah dibangunkan lebih 3 tahun mulai tahun 2008
berperanan memaparkan matematik menjangkau bilik darjah dalam menyajikan
pelbagai maklumat dan aktiviti matematik dalam ruangan-ruangan Isu Semasa,
Statistik, Kesenian, Sejarah, Tahukah Anda, Tokoh, Aplikasi, Kerjaya, Pelajari
Matematik, Perisian Matematik, Permainan, Uji Minda dan Kuiz
Antara kajian yang telah dijalankan dalam Projek Sarjana Muda ialah
Pembangunan Ruangan “Tahukah Anda” dan “Perisian Matematik” dalam Majalah
Web Dunia Matematik oleh Mohd Syamim bin Ahmad Musthafa pada tahun 2010.
Begitu juga kajian ke atas majalah web ini oleh Noor Jamaliah binti Alias oleh 2010
bertajuk Pembangunan Ruangan Kuiz dalam Majalah Web Matematik. Dengan cara
ini, para pelajar lebih bermotivasi dan menghargai keindahan matematik melalui
pendedahan terhadap Majalah Dunia Web Matematik.
Kajian telah dijalankan oleh Norulhuda (2010) mendapati bahawa terdapat
perubahan sikap pelajar yang positif terhadap matematik dan Majalah Web Dunia
Matematik tetapi belum ada kajian yang mengkaji pengaruh ruangan Majalah Web
Dunia Matematik terhadap motivasi pelajar dalam pembelajaran matematik. Oleh itu,
kajian seterusnya haruslah menumpukan kepada pengaruh setiap ruangan terhadap
motivasi pelajar. Laporan kajian ini mengutarakan pengaruh ruangan Perisian
6
Matematik dan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik ke atas motivasi terhadap
pembelajaran matematik di kalangan pelajar Tingkatan Empat.
1.3 Pernyataan Masalah
Matematik mula dianggap subjek yang sukar apabila pengiraannya kompleks
dan melibatkan pelbagai angka. Konsep asas yang tidak difahami dengan betul pula
menyebabkan para pelajar mula memberi tanggapan yang negatif sekaligus menurunkan
tahap motivasi seorang pelajar. Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang sangat
penting untuk memastikan para pelajar memahami konsep yang ingin disampaikan
dengan menggunakan cara yang kreatif dan menarik.
Menurut Norulhuda (2010), terdapat spesifikasi kurikulum matapelajaran
matematik iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang menggariskan
kepentingan pelajar dengan mengamalkan sikap yang positif ke arah pembelajaran
matematik serta sentiasa menghargai keindahan dan kekuatannya, selari dengan
kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Selain itu, pelajar yang bermotivasi untuk belajar ialah pelajar yang cenderung
untuk menemukan aktiviti-aktiviti yang bermakna, berharga dan mencuba untuk
melahirkan kelebihan-kelebihan tertentu daripada aktiviti-aktiviti tersebut (Brophy,
1988). Oleh yang demikian, Majalah Web Dunia Matematik yang dibangunkan
berdasarkan Model Motivasi ARCS diperkenalkan supaya para pelajar berpeluang
mengalami aktiviti-aktiviti yang bermakna menerusi persekitaran majalah web ini.
Kajian dijalankan untuk mengkaji pengaruh ruangan Perisian Matematik dan Uji
Minda Majalah Web Dunia Matematik terhadap motivasi pelajar terhadap pembelajaran
7
matematik. Setiap komponen dalam Model Motivasi ARCS dinilai untuk menentukan
motivasi ke atas pelajar.
1.4 Objektif Kajian
Majalah Web Dunia Matematik telah dibangunkan berdasarkan Model Motivasi
ARCS yang merangkumi komponen Perhatian, Relevan, Keyakinan dan Kepuasan.
Objektif kajian ini adalah untuk menentukan pengaruh dua ruangan Majalah Web Dunia
Matematik iaitu Perisian Matematik dan Uji Minda ke atas empat komponen motivasi
dalam pembelajaran matematik di kalangan pelajar Tingkatan Empat.
1.5 Persoalan Kajian
Berikut merupakan persoalan yang ingin dikaji berkaitan motivasi pelajar
terhadap ruangan Perisian Matematik dan Uji Minda dalam Majalah Web Dunia
Matematik berdasarkan empat komponen dalam Model Motivasi ARCS:
i. Adakah ruangan Perisian Matematik dan Uji Minda mempengaruhi
motivasi pelajar daripada komponen Perhatian?
ii. Adakah ruangan Perisian Matematik dan Uji Minda mempengaruhi
motivasi pelajar daripada komponen Relevan?
iii. Adakah ruangan Perisian Matematik dan Uji Minda mempengaruhi
motivasi pelajar daripada komponen Keyakinan?
iv. Adakah ruangan Perisian Matematik dan Uji Minda mempengaruhi
motivasi pelajar daripada komponen Kepuasan?