Pengaturan Persekitaran di Wilayah Lautan...

2
Pengaturan Persekitaran Pengaturan Persekitaran di Wilayah Lautan Hindi Jabatan Pengaturan Persekitaran (Department of Environment Regulation-DER) Australia Barat menyediakan empat perkhidmatan bagi pihak Kerajaan Australia: 1. Pengaturan persekitaran; 2. Kelestarian persekitaran dan perubahan iklim; 3. Polisi dan program sisa buangan; dan 4. Gerak balas terhadap insiden pencemaran. DER melindungi kesihatan awam, mengurangi impak persekitaran dan melaksanakan polisi persekitaran di Wilayah Lautan India menerusi perkhidmatan-perkhidmatan ini. Apakah maknanya untuk anda? DER adalah bertanggungan di bawah Bahagian V Akta Perlindungan Persekitaran 1986 (WA)(CI)(CKI) Environmental Protection Act 1986 (WA)(CI)(CKI) untuk mengawal pengeluaran dan buangan industri menerusi pemberian lesen, pendaftaran premis yang ditetapkan; dan pemberian kelulusan kerja. Pembersihan tumbuh-tumbuhan tempatan adalah dilarang kecuali jika dilaksanakan dengan permit, atau untuk tujuan yang dikecualikan. DER turut mengawal perundangan subsidiari termasuklah peraturan bunyi dan operasi sisa buangan terkawal. Pemeriksaan premis secara berkala seperti kemudahan pelabuhan, kawasan industri, tapak pembinaan dan pemusnahan dilakukan untuk memastikan premis tersebut beroperasi mengikut undang-undang yang ditadbir oleh DER. Ini mewujudkan persekitaran selamat kepada individu yang menetap atau melawat IOT. Masyarakat, termasuklah, sekolah akan terlibat dalam program untuk mengenal pasti dan menggalakkan kitar semula dan cara yang cekap dan berkesan untuk menguruskan sisa buangan. Ini akan mendatangkan manfaat kepada generasi akan datang. DER menyediakan kemudahan gerak balas pencemaran dan nasihat untuk insiden pencemaran bertujuan mengurangkan kesan kejadian tersebut kepada kesihatan awam dan persekitaran. Talian Hotline Pengawasan Pencemaran (butiran seperti di bawah) boleh didapati dalam IOT untuk memastikan insiden pencemaran dilaporkan kepada DER pada kadar segera bagi membolehkan insiden tersebut diuruskan dan diselesaikan sewajarnya. Maklumat lanjut Bahagian Maklumat Untuk Dihubungi

Transcript of Pengaturan Persekitaran di Wilayah Lautan...

Page 1: Pengaturan Persekitaran di Wilayah Lautan Hindiregional.gov.au/territories/indian_ocean/sda/files/65212... · Web viewPengaturan Persekitaran di Wilayah Lautan Hindi Jabatan Pengaturan

Pengaturan Persekitaran

Pengaturan Persekitaran di Wilayah Lautan HindiJabatan Pengaturan Persekitaran (Department of Environment Regulation-DER) Australia Barat menyediakan empat perkhidmatan bagi pihak Kerajaan Australia:

1. Pengaturan persekitaran;2. Kelestarian persekitaran dan perubahan iklim;3. Polisi dan program sisa buangan; dan4. Gerak balas terhadap insiden pencemaran.

DER melindungi kesihatan awam, mengurangi impak persekitaran dan melaksanakan polisi persekitaran di Wilayah Lautan India menerusi perkhidmatan-perkhidmatan ini.

Apakah maknanya untuk anda?DER adalah bertanggungan di bawah Bahagian V Akta Perlindungan Persekitaran 1986 (WA)(CI)(CKI) Environmental Protection Act 1986 (WA)(CI)(CKI) untuk mengawal pengeluaran dan buangan industri menerusi pemberian lesen, pendaftaran premis yang ditetapkan; dan pemberian kelulusan kerja. Pembersihan tumbuh-tumbuhan tempatan adalah dilarang kecuali jika dilaksanakan dengan permit, atau untuk tujuan yang dikecualikan. DER turut mengawal perundangan subsidiari termasuklah peraturan bunyi dan operasi sisa buangan terkawal.

Pemeriksaan premis secara berkala seperti kemudahan pelabuhan, kawasan industri, tapak pembinaan dan pemusnahan dilakukan untuk memastikan premis tersebut beroperasi mengikut undang-undang yang ditadbir oleh DER. Ini mewujudkan persekitaran selamat kepada individu yang menetap atau melawat IOT.

Masyarakat, termasuklah, sekolah akan terlibat dalam program untuk mengenal pasti dan menggalakkan kitar semula dan cara yang cekap dan berkesan untuk menguruskan sisa buangan. Ini akan mendatangkan manfaat kepada generasi akan datang.

DER menyediakan kemudahan gerak balas pencemaran dan nasihat untuk insiden pencemaran bertujuan mengurangkan kesan kejadian tersebut kepada kesihatan awam dan persekitaran. Talian Hotline Pengawasan Pencemaran (butiran seperti di bawah) boleh didapati dalam IOT untuk memastikan insiden pencemaran dilaporkan kepada DER pada kadar segera bagi membolehkan insiden tersebut diuruskan dan diselesaikan sewajarnya.

Page 2: Pengaturan Persekitaran di Wilayah Lautan Hindiregional.gov.au/territories/indian_ocean/sda/files/65212... · Web viewPengaturan Persekitaran di Wilayah Lautan Hindi Jabatan Pengaturan

Maklumat lanjutBahagian Maklumat Untuk Dihubungi

Maklumat Am 08 6467 [email protected]

Tapak tercemar 1300 762 982

Insiden pembersihan tumbuh-tumbuhan tempatan yang menyalahi undang-undang

1300 784 782

Permit pembersihan tumbuh-tumbuhan tempatan 08 6467 [email protected]

Hotline Pengawasan Pencemaran 1300 784 782 [email protected]

2