pengawetan kering tumbuhan dan haiwan kecil

14
. Tugasan 3: 1) Huraikan dan tunjukkan bagaimana anda mengawet : i ) spesimen serangga. Serangga merupakan sejenis kumpulan haiwan yang unik. Kecantikan dan keunikan pada badannya menyebabkan kita mengawetnya untuk dijadikan bahan hiasan. Selain daripada dijadikan sebagai bahan hiasan tujuan pengawetan juga banyak digunakan dalam penyelidikan, proses pengajaran, bahan rujukan dan sebagainya. Dengan mengawet serangga, ianya dapat membantu disimpan dalam keadaan yang tidak rosak. Pengawetan hanya memerlukan beberapa langkah untuk diikuti. Satu proses pengawetan hanya memerlukan sehari untuk disiapkan. Dalam melakukan pengawetan harus memiliki ketekunan dan ketelitian yang tinggi. Bahan yang digunakan untuk membuat pengawetan juga mudah diperolehi dengan mudah. Serangga yang dipilih untuk diawet ialah cengkerik kerana mudah dijumpai. Serangga sesuai di awet secara kering. a) Ciri-ciri cengkerik: CENGKERIK (The Cricket) Nama Siti Nur ‘Afiqah bt Rousliluddin Tarikh 16 September 2013 / Kolej Kediaman Kota Si Puteh,

description

cara pengawetan tumbuhan dan haiwan kecil secara kering

Transcript of pengawetan kering tumbuhan dan haiwan kecil

Page 1: pengawetan kering tumbuhan dan haiwan kecil

.

Tugasan 3:

1) Huraikan dan tunjukkan bagaimana anda mengawet :

i ) spesimen serangga.

Serangga merupakan sejenis kumpulan haiwan yang unik. Kecantikan dan keunikan

pada badannya menyebabkan kita mengawetnya untuk

dijadikan bahan hiasan. Selain daripada dijadikan sebagai bahan hiasan tujuan

pengawetan juga banyak digunakan dalam penyelidikan, proses pengajaran, bahan

rujukan dan sebagainya. Dengan mengawet serangga, ianya dapat membantu

disimpan dalam keadaan yang tidak rosak. Pengawetan hanya memerlukan beberapa

langkah untuk diikuti. Satu proses pengawetan hanya memerlukan sehari untuk

disiapkan. Dalam melakukan pengawetan harus memiliki ketekunan dan ketelitian yang

tinggi. Bahan yang digunakan untuk membuat pengawetan juga mudah diperolehi

dengan mudah. Serangga yang dipilih untuk diawet ialah cengkerik kerana mudah

dijumpai. Serangga sesuai di awet secara kering.

a) Ciri-ciri cengkerik:

CENGKERIK (The Cricket)

Nama Siti Nur ‘Afiqah bt Rousliluddin

Tarikh

mengumpul

spesies /

tempat ambil

spesimen

16 September 2013 / Kolej Kediaman Kota Si Puteh, IPG Sultan Abdul

Halim.

Pengenalan Pada siang hari, seranggan jenis cengkerik ini ia menyembunyikan diri

di dalam tumbuh-tumbuhan atau retakan dalam tanah dan keluar pada

Page 2: pengawetan kering tumbuhan dan haiwan kecil

.

waktu malam untuk mencari makan. Cengkerik jantan menghasilkan

bunyi atau menyanyi pada waktu malam dengan menggosok

sayapnya.

Saiz 2-4 cm

Habitat Hutan, kawasan bandar, padang

Kelas Serangga

Jenis Otthoptera

Keluarga pennsylvanicusm

Spesies pennsylvanicus

Nama biasa Cengkerik (Field cricket)

Nama saintifik grylluspennsylvanicus

b) Radas dan bahan yang digunakan dalam proses pengawetan:

Radas:

o Polisterina, pin, pita selofan, plastic, forcep, bikar

Bahan:

o kloroform, larutan 3% formalin, kapas, kabus, kotak, jaring

c) Proses pengawetan spesimen hidup

Beberapa langkah yang harus diikuti dan dibuat untuk membuat proses

pengawetan. Langkah yang pertama sekali ialah mengumpul serangga. Kami memilih

serangga yang untuk di awet dan ialah cengkerik kerana mudah didapati di padang,

hutan ataupun di mana-mana kawasan yang berumput. Kemudian, menggunakan

bahan seperti jaring untuk menangkap spesimen dengan senang ataupun tangan

dibalut dengan plastik untuk menagkap spesimen tersebut. Selain itu, botol sementara

perlu disediakan untuk meletakkan spesimen hidup di dalamnya supaya tidak hilang.

Spesimen tersebut disimpan di dalam botol spesimen untuk di awet pada hari

seterusnya.

Page 3: pengawetan kering tumbuhan dan haiwan kecil

.

Langkah seterusnya ialah mematikan serangga. Ianya dilakukan bersama rakan

kelas di dalam makmal kimia. Masing-masing bersedia untuk mengawet spesimen

hidup masing-masing. Semasa proses mematikan serangga, mula dengan meletakkan

specimen hidup tersebut di dalam bikar. Kemudian, serangga tersebut dimatikan

dengan menggunakan kloroform yang dituang di kapas sebelum meletakkannya di

dalam bikar tersedia. Ianya bertujuan untuk proses mematikan serangga. Kloroform

juga membantu untuk memudahkan serangga tersebut mati. Selepas itu, serangga

dibiarkan selama beberapa minit untuk proses yang seterusnya.

Langkah tiga ialah mengepin specimen. Pertama sekali, potong polisterin

mengikut saiz yang diinginkan untuk mengepin cengkerik tersebut dengan

menggunakan pemotong polisterin. Selepas memastikan spesimen untuk diawet mati,

gunakan forsep untuk mengambil dan meletakkan cengkerik tersebut di atas polisterin.

Kemudian, cucuk spesimen tersebut menggunakan pin peniti bagi memastikan

spesimen tersebut tidak bergerak. Bahagian yang perlu di cucuk ialah bahagian toraks

dan kembangkan sayapnya untuk dicucuk jika spesimen tersebut mempunyai sayap.

Kemudian, sediakan dua potongan polisterin kecik untuk diletakkan di sebelah kanan

dan kiri sayap cengkerik tersebut. Seterusnya, kembangkan dan pinkan sayap

spesimen pada polisterin yang tersedia.

Langkah yang seterusnya ialah mengeringkan spesimen. Selepas menyediakan

spesimen di atas polisterin, letak spesimen di bawah sinaran cahaya matahari untuk

dijemur selama beberapa hari bagi mempercepatkan proses pengeringan. Spesimen

memerlukan cahaya matahari untuk proses pengeringan. Perhatikan keadaan

spesimen dari masa ke semasa bagi memastikan spesimen dalam keadaan baik

kerana spesimen boleh dimakan oleh binatang lain seperti semut dan burung.

Spesimen yang tidak kering mudah dijangkiti kulat.

Langkah lima ialah melabelkan specimen. Spesimen hendaklah dilabel di bawah

penjuru kanan sebeleah kotak supaya senang dilihat. Apa yang perlu dilabel ialah nama

spesimen, nama saintifik spesimen, habitat dan tarikh spesimen di jalankan. Ini

bertujuan untuk mengenalkan spesimen kepada rakan lain.

Page 4: pengawetan kering tumbuhan dan haiwan kecil

.

Langkah yang terakhir sekali ialah menyimpan specimen dengan meletakkan

polisterin yang ada spesimen di dalam kotak yang lebih selamat. Kemudian. balut kotak

tersebut dengan plastic supaya dapat disimpan dengan lama dan mengelakkan perkara

yang tidak diingini berlaku. Balut kotak spesimen tersebut dengan kemas untuk

disimpan secara baik.

d) Ringkasan proses pengawetan

Langkah 1 : Mengumpul serangga

Memilih serangga untuk di awet dan serangga

terpilih ialah cengkerik kerana mudah didapati.

Menggunakan bahan seperti jaring untuk

menangkap spesimen dan botol sementara untuk

meletakkan spesimen hidup di dalamnya.

Disimpan di dalam botol specimen untuk di awet

pada hari seterusnya.

Langkah 2 : Mematikan serangga

Specimen hidup tersebut kemudian diletakkan di

dalam bikar di dalam makmal.

Ianya bertujuan untuk proses mematikan

serangga.

Kemudian, serangga tersebut dimatikan dengan

menggunakan kloroform yang dituang di kapas

sebelum meletakkannya di dalam bikar tersedia.

Ianya bertujuan untuk memudahkan serangga

tersebut mati.

Selepas itu, serangga dibiarkan selama beberapa

Page 5: pengawetan kering tumbuhan dan haiwan kecil

.

minit.

Langkah 3: Mengepin spesimen

Potong polisterin mengikut saiz yang diinginkan

untuk mengepin cengkerik tersebut.

Gunakan forsep untuk meletakkan cengkerik

tersebut di atas polisterin.

Kemudian, cucuk spesimen tersebut

menggunakan pin peniti bagi memastikan

spesimen tersebut tidak bergerak.

Bahagian yang perlu di cucuk ialah bahagian torak

dan kembangkan sayapnya untuk dicucuk jika

spesimen tersebut mempunyai sayap.

Sediakan dua potongan polisterin kecik untuk

diletakkan di sebelah kanan dan kiri sayap

cengkerik tersebut.

Langkah 4 : Mengeringkan spesimen

Specimen memerlukan cahaya matahari untuk

proses pengeringan.

Letak spesimen di bawah sinaran cahaya

matahari untuk dijemur selama beberapa hari bagi

mempercepatkan proses pengeringan.

Perhatikan keadaan specimen dari masa ke

semasa bagi memastikan spesimen dalam

keadaan baik.

Langkah 5 : Melabelkan spesimen

Page 6: pengawetan kering tumbuhan dan haiwan kecil

.

Label spesimen seperti berikut:

- nama biasa

- nama saintifik

- habitat

- tarikh

Letakkan label di tengah kotak supaya senang

dilihat.

Langkah 6: Menyimpan spesimen

Letakkan spesimen di dalam kotak yang sesuai

supaya lebih selamat.

Balut kotak tersebut dengan plastic supaya dapat

disimpan dengan lama dan mengelakkan perkara

yang tidak diingini berlaku.

ii) tumbuhan kecil secara kering

Pengawetan spesimen tumbuhan dengan cara kering kebanyakkannya tumbuhan

berkayu yang boleh di awetkan terutama daun dan bunnya untuk dijadikan spesimen

herbarium. Keadaan ini dalah paling sesuai dan boleh disimpan dengan lama jika

disimpan dikendalikan dengan sempurna. Kebiasaannya, pengawetan dalam bentuk

kering ini adalah sesuai untuk dijadikan bahan rujukan di makmal sekolah. Tumbuhan

yang terpilih untuk diawet secara kering ialah pokok paku pakis kerana ianya mudah

didapati.

Page 7: pengawetan kering tumbuhan dan haiwan kecil

.

a) Ciri-ciri tumbuhan

Paku pakis

Nama Siti Nur ‘Afiqah bt Rousliluddin

Tarikh

mengumpul

spesies /

tempat ambil

spesimen

16 September 2013 / Kolej Kediaman Kota Si Puteh, IPG Sultan Abdul

Halim.

Pengenalan -Berdaun kehijauan dan aturan bertingkat.

-Berdaun urat jejari dan mengandungi sporangium yang berkumpul

membentuk tompok–tompok di bahagian hujung, permukaan ataupun

tepi daun.

Kawasan Kebiasaannya tumbuh diatas tumbuhan lain, tapi bukan jenis parasit

(epiphytic), dengan pelepah (fronds) yang tumbuh daripada rizom

yang panjang tergantung di udara diantara celah pelepah diatas pokok

atau di celah-celah batu.

Kelas Pteridopsida , tumbuhan

Jenis Polypodiales

Keluarga aspidiaceae

Spesies jessoense

Nama biasa Pakupakis(Asian Oak Fern)

Nama saintifik Pteridophyta

b) Bahan yang digunakan dalam proses herbarium

Alat penekan (buku tebal/kayu)

Pelekat

Page 8: pengawetan kering tumbuhan dan haiwan kecil

.

Kadboard

Lapisan kertas

Pembalut plastik

c) Proses herbarium pokok paku pakis

Langkah satu ialah mengumpul tumbuhan. Tumbuhan yang dipilih ialah pokok paku

pakis. Memilih spesimen yang sesuai seeloknya yang mempunyai daun yang tidak

dimakan ulat. Pastikan tumbuhan yang diambil tidak akan melebihi kadbord dan kertas

lukisan yang akan digunakan.

Langkah seterusnya ialah menekan atau mengapit dan mengeringkan tumbuhan.

Susunkan spesimen ini di antara lapisan kertas yang tebal. Sebelum itu, sisirkan daun-

daun supaya tidak bertindih dan jika terlalu banyak daun buangkanya jika perlu , cukup

sekadar mempamerkan bahagian batang, daun. Kemudian, keringkan specimen di

bawah cahaya matahari. Proses ini perlu dilakukan sehingga spesimen betul-betul

kering. Cara mengering dengan cahaya matahari ini akan mengambil masa satu

minggu.

Langkah ketiga ialah menyusun daun-daun dengan kemas dan mempamerkannya

dengan elok di atas kertas warna dan lekatkan di atas kadbord. Kemudian, pamerkan

bahagian atas daun-daun. Batang tumbuhan dilekatkan ke atas kertas lukisan dengan

menggunakan pelekat. Untuk lebih mudah, letakkan dahulu tumbuhan diatas kertas,

dan lekatkan pelekat dengan kemas. Seterusnya balut kadboard tadi dengan pembalut

plastik. Tujuan utama bagi spesimen ini dilekatkan adalah untuk memudahkan

penyimpanan.

Langkah yang terakhir ialah melabel spesimen yang telah kering tadi. Label

dilekatkan pada bahagian bawah kertas. Maklumat untuk dilabel adalah seperti nama

saintifik, nama amnya, nama family, tempat dikutip dan tarikh.

d) Ringkasan proses herbarium

Page 9: pengawetan kering tumbuhan dan haiwan kecil

.

Langkah 1: Mengumpul tumbuhan

Memilih spesimen yang sesuai

seeloknya yang mempunyai daun

yang tidak dimakan ulat.

Pastikan tumbuhan tidak akan

melebihi kadbord yang digunakan.

Langkah 2 : Menekan/ mengapit dan mengeringkan tumbuhan

Kemudian susunkan spesimen ini di

antara lapisan kertas. Sisinkan daun-

daun supaya tidak bertindih dan jika

terlalu banyak daun buangkanya jika

perlu , cukup sekadar mempamerkan

bahagian batang, daun.

Spesimen perlu didedahkan di

bawah cahaya matahari selama

seminggu.

Proses ini perlu dilakukan sehingga

spesimen betul kering.

Langkah 3 : Menyusun dan Mempamerkan

Lekatkan tumbuhan ke atas kertas

warna dan kemudian ditampal atas

kadbord.

Pamerkan bahagian atas daun-daun.

Batang tumbuhan dilekatkan ke atas

kertas warna dengan menggunakan

pelekat.

Susun daun-daun dengan kemas.

Langkah 4 : Melabel

Page 10: pengawetan kering tumbuhan dan haiwan kecil

.

Labelkan specimen yang telah kering

tadi.

Label dilekatkan pada bahagian

bawah kertas.

Maklumat untuk dilabel adalah seperti

nama saintifik, nama amnya, nama

family, tempat dikutip dan tarikh.