Pengelolaan Aktiviti.pptx

download Pengelolaan Aktiviti.pptx

of 63

Transcript of Pengelolaan Aktiviti.pptx

PowerPoint Presentation

Institut Pendidikan GuruKampus Tengku Ampuan Afzan

PERSEDIAAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (PPISMP) AMBILAN JUN 2012PENGURUSAN GERKOPENGELOLAAN AKTIVITI DAN PERTANDINGAN

NAMA: CHEW WAN HAN GOH EN XIN ANG XIAO YEANUNIT : PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH(SJKC)

Objektif

Menentukan pencapaian seseorang guru pelatih.Memantapkan pengurusan jurulatih dan penasihat.Para guru pelatih akan berusaha untuk memenangi sesuatu pertandingan.Melatih guru pelatih untuk membuat perancangan dan melaksanakan dengan teratur.

Objektif5. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk menunjukkan bakat dan kebolehan guru pelatih.6. Mengimbangi antara akademik dan kokurikulum.7. Menanamkan semangat:KekitaanBekerjasamaBeraniBerdisiplinYakin diriSabar

PerkhemahanPerkhemahan melibatkan aktiviti seperti:Program MotivasiKursusPerkhemahan Tahunan Unit Beruniform2. 100% peserta tidur di dalam khemah.3. Pergerakan Pengakap mula-mula mempelopori aktiviti perkhemahan pada tahun 1907 di Pulau Browsea.4. Lebih dikenali sebagai JAMBORI.5. Diadakan di peringkat daerah, negeri, dan negara.

Kejohanan Olahraga

Kejohanan olahraga diadakan di peringkat daerah, negeri dan negara.Terdapat 3 jenis permainan dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan, iaitu:SukanekaAcara BalapanAcara Padang

Kejohanan Olahraga

Sukaneka-Dilaksanakan di sekolah rendah bagi pelajar tahap 1(aktiviti seperti lari dalam guni, pecah belon dan sebagainya).Acara Balapan-Acara 50 meter, 100 meter, 200 meter, 1000 meter, 4x50 meter, 4x100meter, lompat berpagar, dan lain-lain lagi.Acara Padang-Permainan seperti lontar cakera, merejam lembing, lontar tukul besi, dan sebagainya.

LawatanSatu kaedah pembelajaran yang sangat berfaedah dan berkesan.Memperoleh ilmu pengetahuan secara langsung.Lawatan ke tempat-tempat bersejarah, institusi pendidikan, kilang perusahaan, dan sebagainya.

Definisi Perancangan Aktiviti

Merangka, merancang, menyusun dan menyelaras tugas yang dirancang.

Prosedur Pengelolaan Aktiviti

Membuat kertas kerjaMengadakan mesyuarat penyelarasanTindakan susulan persiapan awal dan pengagihan tugasMengadakan mesyuarat susulanMengendalikan semua surat-menyurat

Prosedur Pengelolaan Aktiviti

Mendapat kelulusan pihak institusiMenentukan langkah-langkah keselamatan dan pemeriksaan doktor bagi peserta terutamanya aktiviti tahan lasakMengurus hal-hal berkaitan pengangkutan, peralatan yang diperlukan, kebenaran ibu bapa, dan permit pihak berkuasa.Mengurus makan, minum, dan sebagainya.

Prosedur Pengelolaan Aktiviti

Memberi taklimat kepada peserta mengenai tugasan yang hendak dilaksanakan dalam tempoh aktiviti tersebut.Mengawasi dan menyelia semasa aktiviti tersebut dilaksanakan.Maklum balas dan perbincangan mengenai tugasan yang diberikan kepada peserta selepas aktiviti tersebut dilaksanakan.

Surat MenyuratSURAT RASMI Untuk bacaan & perhatian pihak lain Formal & tidak bersifat peribadi Untuk tujuan permohonan, jemputan dan pemberitahuan

Format Surat Rasmi

Kertas KerjaCadangan atau perancangan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti

Dokumen yang disertakan bersama bagi memohon kelulusan sesebuah program

Elemen Dalam Kertas Kerja

Muka Hadapan KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM

TEMPAT:TASIK KENYIR, TASEK, TERENGGANU, MALAYSIA.

TARIKH:16-18 JULAI 2012

ANJURAN:UNIT KOKURIKULUMINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Ucapan pengarang kertas kerja untuk makluman mengenai program yang ingin diminta kelulusanPendahuluanObjektifObjektif-objektif utama programDinomborkan mengikut sistem penomboran berturutan

AnjuranPihak yang menganjurkan programPenganjuran bersama dikemukakan dengan ditulis sebagai penganjur bersama

TarikhTarikh program dilaksanakan( hari dan tarikh)Jika hari berturutan:16-18 Julai @ 16,17 dan 18 Julai

Tempat/ LokasiLokasi/ tempat program dijalankanDinomborkan secara berturutan mengikut penomboran tajuk utama

Penyertaan

PenyisianSasaran peserta yang menyertai programJumlah peserta dan fasilitatorPenyertaan perlu dinomborkan secara teratur.Pengisian aktiviti sepanjang programRingkasan dari aturcara program

Ajk Program

Jadual Program

Suatu senarai/carta organisasi bagi jawatankuasa perlaksana program Senarai penasihat program, senarai ajk tertinggi dan senarai ajk kerja

Jadual aturcara program secara terperinci(tarikh, hari, masa, aktiviti) Kebiasaannya dijadikan lampiran

Anggaran PerbelanjaanPenyata kewanganAnggaran jumlah perbelanjaan & sumber wang diperolehDigunakan juga untuk memohon peruntukan

PenutupUngkapan harapan yang ingin dicapai selepas program

Diakhiri dengan ucapan terima kasih

DISEDIAKAN, DISEMAK, DISOKONG & DILULUSKAN oleh

Untuk tandatangan disokong dan diluluskan, disertakan dengan ruangan kosong untuk ulasan pihak penandatangan

Lampiran Bahagian rujukan Penomboran mengikut format a, b, c atau 1, 2, 3 Aturcara program, jawatankuasa program dan anggaran perbelanjaan dijadikan sebagai lampiran

Peraturan & Langkah- langkah PengelolaanSemua peraturan & langkah pengelolaan meliputi tiga peringkat iaitu:

Sebelum Semasa Selepas

SebelumSenarai semak berlandaskan aktiviti yang dilaksanakan,Contohnya: Sukan Tahunan Sekolah.Taklimat kpd para peserta,Contohnya: Aktiviti perkhemahan.-Perkara yg perlu dibawa-Surat kebenaran ibu bapa-Tingkah laku semasa aktivitiMenyenaraikan bidang tugas bagi setiap jawatankuasa.

SemasaMemastikan tempat & peralatan aktiviti/ pertandingan selamat digunakan oleh peserta & para pegawainya.Memastikan pegawai/pengadil/hakim sentiasa berada di tempat pertandingan.Mengawasi & memantau pelaksanaan aktiviti atau pertandingan.Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil bagi setiap aktiviti/pertandingan.

SelepasMembersihkan kawasan yang digunakan

Menyelesaikan semua perbelanjaan

Memastikan barang-barang/peralatan yang dibawa mencukupi.

Memastikan semua peralatan & barang disimpan di tempat asal.

Membuat laporan aktiviti, penyertaan, kewangan& laporan-laporan lain yang diperlukan.

PENILAIAN DAN PELAPORAN

KEBERKESANAN AKTIVITIMenganalisis keberkesanan ahli jawatankuasaSoal selidikRekod pemantauanMenilai keberkesanan aktivitiMelihat sejauhmana objektif dicapai.

Format Laporan Aktiviti1.0 PENDAHULUAN menceritakan kepentingan aktiviti tersebut dijalankan bagaimana sesuatu aktiviti itu membantu pelajar menceritakan secara ringkas keseluruhan aktiviti2.0 OBJEKTIF menyatakan objektif yang ingin dicapai melalui aktiviti yang dijalankan. menyertakan huraian objektif yang mantap dan jelas.

4.0 TENTATIF PROGRAM sediakan tentatif daripada awal program hingga akhir. masa, tempat dan tarikh juga disertakkan bersama.5.0 PENYERTAAN lampirkan senarai kehadiran bagi program yang dijalankan. sertakan maklumat lengkap seperti nombor kad pengenalan.3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA senarai penuh ahli jawatankuasa bersama nombor kad pengenalan, jawatan yang disandang dan juga tugasnya.

8.0 TANDATANGAN disediakan oleh = setiausaha program disemak oleh = pengarah program disahkan oleh = pengarah7.0 PENUTUP menceritakan aktiviti secara keseluruhan. nyatakan objektif yang dicapai.6.0 PERBELANJAAN KEWANGAN nyatakan perbelanjaan dan pendapatan aktiviti dengan teliti. lampirkan bersama segala salinan resit dan juga resit asal.Pengurusan dan pengelolaan pertandingan PertandinganSistem Pertandingan Pertandingan Berbentuk Kejohanan Sistem Liga Pertandingan Kalah Mati Sistem Cabar MencabarSistem Pertandingan Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara yang sama.Terdapat dua cara pertandingan bagi menguji kemajuan individu: (a) Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang terdahulu atau melawan skor purata. (b) Pertandingan melawan individu lain. Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang disamping menghayati semangat kesukanan. Format sistem pertandingan dipengaruhi oleh:undang-undang asas persatuanperingkat pertandinganjumlah kumpulan yang menyertai pertandingankesesuaian acara dipertandingkan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah seperti berikut:

Jenis ertandinganMasa yang diperlukanAlatan dan kemudahan yang adaAgihan perlawanan yang adilPegawai dan petugas-petugas yang diperlukanBilangan penyertaanUndang-undang dan peraturan pertandinganPenentuan pemenang dan pemain yang sahKewanganSistem PertandinganTerdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan dalam sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan. Sistem pertandingan yang lazim dipraktikkan di negara ini ialah:Pertandingan cabar mencabarPertandingan berbentuk kejohananPertandingan kalah matiPertandingan ligaSistem Pertandingan cabar mencabarSistem Pertandingan cabar mencabar biasanya dijalankan tanpa jadual formal. Sistem Pertandingan cabar mencabar merupakan system pertandingan yang memakan masa yang lama. Dalam sistm cabar mencabar tiada peserta atau pasukan yang akan tersingkir. Sistem ini sesuai digunakan untuk kelas pendidikan jasmani. Selain daripada itu system ini sesuai untuk mempertahankan diri seperti tinju, silat dan lain-lain.

Pertandingan berbentuk kejohanan Pertandingan berbentuk kejohanan membenarkan peserta bertanding dalam beberapa acara yang berlainan berdasarkan kepada undang-undang permainan dan peraturan am. Pertandingan berbentuk kejohanan biasanya boleh dikelolakan selama sehari atau beberapa hari sahaja. Kejohanan akan melibatkan pengurusan dan perancangan yang kemas dan rapi. Atur cara yang lengkap disediakan lebih awal dengan menetapkan masa bagi sesuatu acara yang dipertandingkan.

Pertandingan diadakan sekali sahajaInividu / kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan pemenangContoh pameran, syarahan, malam kebudayaan, memasak dan pandu arah.

Markah diberikan berdasarkan kriteria tertentu

Pertandingan Sekali Gus

Menggunakan sistem ini, pertandingan boleh dijalankan secara sekali gus atau sekali sahaja. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan unit beruniform boleh dilaksanakan menggunakan sistem ini. Pertandingan-pertandingan yang sering diadakan badan beruniform adalah seperti perkhemahan, kawad kaki, memasak, pertunjukkan pentas dan lain-lain. Untuk menentukan johan bagi pertandingan yang diadakan, semua kumpulan yang bertanding akan diberi markah berpandukan criteria dan bahagian yang telah ditetapkan. Pemenang ialah kumpulan yang memperoleh markah tertinggi.Sistem Pertangdingan Liga

Pertandingan Liga

Separa Liga

Liga Biasa

Liga LombardSistem LigaSistem liga merupakan sistem pertandingan yang melibatkan beberapa orang peserta atau beberapa pasukan dikumpulkan ke dalam satu kumpulan atau beberapa buah kumpulan. Pasukan diberi peluang bermain atau bertanding secara maksimum. Hal ini kerana setiap pasukan akan bertanding antara satu sama lain sehingga setiap pasukan telah bermain dengan semua pasukan yang berada dalam kumpulannya. Pengelola yang akan menentukan sama ada liga itu satu pusingan atau dua pusingan. Penentuan dilakukan bergantung kepada jumlah pasukan yang menyertai pertandingan tersebut.

Peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sekali sahaja, pertandingan itu dikenali dengan liga satu pusingan.

Peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sebanyak 2 kali, pertandingan itu dikenali dengan liga dua pusingan.

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, pertandingan itu dikenali sebagai separa liga. Separa LigaSistem pertandingan separa liga dilaksanakan dalam pertandingan bidang sukandan permainan. Sistem ini sangat sesuai di dalam mencari pemenang yangberkualiti. Sistem pertandingan separa liga hanya boleh dijalankan apabila masa yang diperuntukkan untuk pertandingan adalah lama. Ini kerana sistem ini memerlukan perlawanan yang banyak.

Selain itu, sistem ini menggabungkan sistem liga satu pusingan atau dua pusingan diperingkat awal dengan sistem kalah mati di peringkat suku akhir, separuh akhir danakhir untuk mendapatkan pemenangnya. Sistem ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu: Separa Liga 4 kumpulan Separa Liga 3 kumpulan Separa Liga 2 kumpulan

Sistem Liga BiasaSistem Liga Biasa juga dikenali liga ringkas melibatkan pertandongan dalam satu kumpulan. Sistem Liga Biasa Akan memberi peluang kepada pasukan yang bertanding untuk melawan setiap pasukan dalam kumpulannya. Sistem liga biasanya digunakan dalam pertandongan bola sepak dan hoki.

Sisetm Liga LombardSistem ini sesuai dilaksanakan jika kita diperuntukkan masa pertandingan yang terhad. Sistem liga Lombard ini amat sesuai digunakan dalam prtandingan mini permainan. Sebagai contnhnya pertandingan mini bola keranjang, mini bola baring dan lain-lain.

Contnh Pengiraan menentukan bilangan perlawanan dalam ligaFormula : N ( N- I ) 2Jika 5 pasukan menyertai :=5 ( 5- 1 ) 2=5 ( 4 ) 2= 20 2=10 perlawanan

SISTEM LIGAKELEBIHANKeputusan adalah mutlakPeserta-peserta lain mendapat kedudukan dalam pertandingan yang dipertandingkan.Pemain tidak akan disingkirkansehingga selesai pusingantersebut.Penentuan peserta atau pasukanpilihan tidak begitu penting.Menggunakan gelanggang yangbanyak dan berkesan.Peserta tidak perlu menunggupeserta lain bermain kecuali lawanyang telah dijadualkan.

KELEMAHANMelibatkan bilangan permainanyang banyak.Kebanyakkan permainankemungkinan besar tidak diadilidengan sebaiknya atau beratsebelah.

Pertandingan Kalah MatiSistem pertandingan kalah mati ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Ia diadakan bagi pertandingan dengan masa terhad dengan pesertanya banyak. Proses ini akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang tinggal.

Sistem pertandingan ini sesuai untuk bilangan pasukan yang besar dimana keputusannya / pemenangnya perlu ditentukan dalam masa yang singkat. Pasukan yang menang dalam perlawanan pertamanya sahaja akan layak kepusingan seterusnya. Dua pasukan awal yang menang dalam peringkat ini akan masuk ke Peringkat Akhir di mana Johan dan Naib Johan akan dikenalpasti. Dua pasukan lain yang kalah dalam Peringkat Separuh Akhir akan berlawan untuk menentukan Tempat Ke 3 dan Ke 4. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati, iaitu:

Pertandingan Kalah Mati SekaliPertandingan Kalah Mati dua kali Jenis Pertandingan Kalah MatiPertandingan Kalah Mati SekaliPertandingan Kalah Mati dua kaliSistem Kalah Mati dengan byeSistem Kalah Mati Tanpa byePertandingan Kalah Mati SekaliSistem kalah mati bermaksud seseorang peserta atau pasukan akan bermain sekali sahaja.Peserta yang kalah akan tersingkir manakala peserta yang menang akan meneruskan pertandingan sehingga diisytiharkan sebagai johan.Cara pertandingan kalah mati sekali ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan, dan sumber manusia. Namun, sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

Contoh Jadual Pertandingan Kalah Mati SekaliPertandiangan Kalah Mati Dua KaliMemberi peluang kepada pasukan kalah untuk meneruskan permainan.Memberi peluang kepada pasukan berkenaan menunjukkan kebolehan berlawan dalam dua perlawanan.Kemungkinan dua pasukan yang sama kuat bertanding pada peringkat awal.Pasukan yang kalah dua kali akan tersingkir.

JOHANABCDEFGHJADUAL PERTANDINGAN KALAH MATI DUA KALI

Bye bermaksud kumpulan atau peserta perlu menunggu tanpa memasuki pusingan pertama.Ia boleh terus bertanding dalam pusingan kedua dan seterusnya.Jumlah pasukan atau penyertaan tidak mencukupi atau melebihi asas lapan.

Sistem Kalah Mati dengan byeSistem Kalah Mati Tanpa byeJumlah pasukan atau peserta berasaskan 8 atau lebih.

Bukan cara terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan.

Contoh bilangan petanding ialah 8, 16, 24, 32 dan seterusnya.

Sistem Kalah MatiKelebihan> Jadual sistem ini mudah difahami oleh peserta. > Sangat berguna untuk menentukan juara atau pemain pilihan untuk pertandingan-pertandingan akan datang.> Dapat menentukan juara dalam masa yang singkat.> Boleh dilaksanakan dengan alatan yang terhad.>Mampu menerima penyertaan yang banyak.>Masa dan perbelanjaan dapat dijimatkan.

Kelemahan> Separuh daripadapeserta akan tewas pada peringkat awal.> Penentuan pemain pilihan adalah penting.> Penggunaan kemidahan yang minimum.> Peserta hanya bertanding sekali sahaja.