PENGENALAN. 2.0 OBJEKTIFjpphb.50webs.com/GPLPG.pdf · 2.0 OBJEKTIF 2.1 Garis panduan ini disediakan...
Transcript of PENGENALAN. 2.0 OBJEKTIFjpphb.50webs.com/GPLPG.pdf · 2.0 OBJEKTIF 2.1 Garis panduan ini disediakan...
Garis Panduan Sistem Gas Petroleum Cecair (LPG)
1/10
PERKARA GARIS PANDUAN SISTEM GAS PETROLEUM CECAIR (LPG)
1.0 PENGENALAN.
Terdapat lebih daripada 20 Sistem Gas Petroleum Cecair (LPG) telah dipasang di seluruh
kampus Universiti Malaya, dan bilangan ini sentiasa bertambah dari masa kemasa.
Disebabkan penggunaan yang semakin meluas, maka satu garis panduan yang jelas
diwujudkan bagi memastikan kerja-kerja pemasangan, penyelenggaraan, pembaikan,
pelupusan dan penggantian bagi kerja-kerja ini dapat dilaksanakan dengan seragam dan
sistematik.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Garis panduan ini disediakan ialah:-
a. Bagi menerangkan secara terperinci tentang kaedah perlaksanaan
pemasangan, penyelenggaraan, pembaikan dan pelupusan sistem Gas
Petroleum Cecair (LPG)
b. Sebagai panduan kepada semua yang mengendalikan urusan berkaitan semasa
perlaksanaan dan penyelarasan kerja-kerja sistem LPG.
c. Bertujuan memberikan penjelasan tentang kriteria dan piawaian umum khusus
dalam merancang perlaksanaan supaya dipatuhi keperluan perkhidmatan
disamping penggunaan kos yang berkesan dalam memenuhi kehendak dan
fungsi dalam menguruskan pemasangan, penyelenggaraan, pelupusan dan
penggantian sistem LPG.
d. Untuk memberi kefahaman kepada permohon dan perlaksana dalam
memastikan tanggungjawab dan kebolehan serta keputusan memastikan kerja-
kerja berkaitan sistem LPG dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
2.2 Garis panduan ini diwujudkan bertujuan sebagai satu garis panduan kepada semua
staf dari Unit Perkhidmatan Mekanikal & Servis Bangunan, JPPHB Universiti
Malaya bagi memastikan kerja-kerja berkaitan sistem LPG diuruskan dengan baik
dan cekap. Selain itu, kerja-kerja pemasangan, pembaikan, pelupusan dan
penggantian dapat dilakukan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan
Suruhanjaya Tenaga.
3.0 SKOP
3.1 Garis panduan ini merangkumi aspek yang terlibat/terkandung dalam
melaksanakan kerja-kerja berkaitan sistem LPG di seluruh kampus Universiti
Malaya.
Garis Panduan Sistem Gas Petroleum Cecair (LPG)
2/10
3.2 Garis panduan ini menyentuh beberapa skop kerja seperti berikut:-
3.2.1 Prosedur penyelenggaraan sistem LPG.
3.2.2 Prosedur pemasangan dan penggantian sistem LPG
4.0 PROSES
4.1 Sebelum merujuk kepada perlaksanaan hendaklah memastikan bahawa skop
keseluruhan telah di persetujui dan diluluskan secara dasarnya terlebih dahulu.
Segala skop keseluruhan yang telah dipersetujui dan diluluskan perlu direkodkan
untuk rujukan dan bukti.
4.2 Setiap Unit dan Staf Teknikal dibawah Bahagian ini mesti merujuk kepada garis
panduan ini dan memastikan maklumat/dokumen yang lengkap telah disediakan dan
dikemukan kepada Ketua Unit Perkhidmatan Mekanikal & Servis Bangunan.
4.3 Garis panduan ini tidak boleh dianggap sebagai keputusan atau kelulusan yang tidak
boleh diubah kerana ianya hanyalah merupakan panduan asas bagi pelaksanaan di
dalam proses merancang sesuatu kerja.
4.4 Keputusan berkaitan kelulusan/penolakan oleh pihak berkuasa (JPPHB) adalah
muktamad.
5.0 PEMATUHAN PERUNDANGAN DAN PIAWAIAN
Semua kerja dan perkhidmatan yang dilaksanakan termasuk kakitangan yang
melaksanakan kerja, bahan-bahan dan peralatan yang digunakan perlu mematuhi akta,
peraturan, kaedah dan piawaian terkini dari agensi-agensi berikut:
a. Suruhanjaya Tenaga.
b. Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA).
c. Jabatan Alam Sekitar (DOE).
d. Jabatan Kerja Raya (JKR).
e. Pihak Berkuasa Tempatan.
f. Jabatan Kerajaan berkaitan, Pihak Berkuasa Utiliti/ Pemegang Lesen.
g. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
h. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA)
i. Akta Bekalan Gas 1993 dan Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Bekalan Gas
1997
Garis Panduan Sistem Gas Petroleum Cecair (LPG)
3/10
6.0 KELAYAKAN.
Kelayakan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan, pelupusan dan
penggantian Sistem Petroleum Cecair (LPG) ini hanya akan diberikan kepada kontrakor
yang mempunyai pendaftaran Kepala III, Sub Kepala 17 (c) LPG Installation. dan
CIDB dan Kementerian Kewangan Malaysia sahaja
7.0 KONSEP PENYELENGGARAAN LPG.
7.1 Dari sudut konsep, fungsi penyelenggaraan dapat dibahagikan kepada dua jenis, di
mana kedua-dua konsep ini adalah penting untuk menentukan pencapaian matlamat
penyelenggaraan.
Penyelenggaraan Pemulihan/ Pembaikan: iaitu tindakan yang diambil
untuk membaiki atau mengganti komponen atau sumber fizikal itu supaya dapat
berfungsi mengikut standard yang ditetapkan. Penyelenggaraan pemulihan tidak
dapat dielakkan kerana komponen-komponen mekanikal mempunyai jangka
hayatnya tersendiri dan kerosakan tetap akan berlaku.
Penyelenggaraan Pencegahan: iaitu kerja-kerja diambil untuk
memeriksa, servis, membaiki atau mengganti komponen atau sumber fizikal secara
teratur mengikut jadual yang ditetapkan. Tujuan utama ialah untuk mengurangkan
risiko kerosakan sumber fizikal supaya ianya dapat beroperasi dengan cekap secara
berterusan.
Nota: Sila rujuk kepada Arahan Kerja Penyelenggaraan, UM-PT04-PK02-AK003 / 004 /005
8.0 TANGGUNGJAWAB / BIDANG KUASA.
8.1 Ketua Unit Perkhidmatan Mekanikal & Service Bangunan (Jurutera) bersama
Pembantu Teknik bertanggungjawab menyediakan Jadual Kerja-kerja
Penyelenggaraan Bulanan Sistem Gas Petroleum Cecair (LPG) mengikut zon yang
telah ditetapkan. Selain itu Jurutera, Pembantu Teknik dan Juruteknik juga
bertanggungjawab dalam menyemak dan memantau kontraktor-kontraktor
Mekanikal, bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan yang dirancang dilakukan
mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Garis Panduan Sistem Gas Petroleum Cecair (LPG)
4/10
8.2 Jurutera bersama Pembantu Teknik juga bertanggungjawab dalam memantau dan
menyelia Juruteknik bagi memastikan mereka melakukan kerja-kerja pemantauan
terhadap kontraktor-kontraktor semasa kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan
dijalankan oleh kontrtaktor. Pembantu Teknik dan Juruteknik bertanggungjawab
dalam mengesahkan kerja-kerja yang telah dijalankan oleh pihak kontraktor dengan
baik bagi urusan pembayaran.
8.3 Jurutera bertanggungjawab mengawasi dan menyelia kesemua staf di dalam Unit
Perkhidmatan Mekanikal & Service Bangunan agar melakukan kerja mengikut
tanggungjawab masing-masing dan seterusnya memastikan keseluruhan kerja-kerja
penyelenggaraan, pembaikan, pelupusan dan penggantian sistem LPG dijalankan
dengan baik dan cekap disamping mematuhi kesemua senarai tugas hakiki yang
ditetapkan.
Nota: Bidang kuasa Unit Perkhidmatan Mekanikal & Servis Bangunan JPPHB
hanya bertanggungjawab dalam menyelenggara, memasang dan menguji
sistem perpaipan LPG sahaja, tidak termasuk peralatan dapur. Peralatan
dapur gas dan yang berkaitan dengannya yang tidak melibatkan sistem
perpaipan gas adalah di bawah tanggungjawab PTj sendiri.
9.0 SUMBER MAKLUMAT
9.1 Maklumat berkenaan keperluan kerja-kerja penyelenggaraan/pembaikan boleh
diperolehi dari pelbagai sumber seperti:
a. Aduan PTj/Kolej – melalui surat, SAP, dll
b. Surat Permohonan – permohonan bertulis daripada PTj/Kolej
c. Arahan – secara lisan atau bertulis daripada NC/TNC(P)/P(P)/KB/KU
d. Kecemasan/Ad-Hoc – tindakan perlu diambil segera/tertentu.
e. Pemerhatian dan pemantau hasil daripada keja-kerja penyelenggaraan berkala.
10.0 PROSEDUR PENYELENGGARAAN LPG.
10.1 Kerja-kerja penyelenggaraan LPG hanya akan dilakukan keatas sistem yang
dikhaskan bagi kegunaan Pensyarah, Kakitangan dan Pelajar untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran serta penyediaan pada dapur-dapur kolej kediaman
sahaja. Manakala bagi sistem LPG selain daripada keperluan diatas, Pihak JPPHB
tidak akan bertanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.
Garis Panduan Sistem Gas Petroleum Cecair (LPG)
5/10
10.2 Kerja-kerja penyelenggaraan sistem LPG dilakukan secara berkala mengikut jadual
penyelenggaraan yang telah ditetapkan oleh Pihak JPPHB samaada di PTJ ataupun
di Kolej Kediaman. Antara skop penyelenggaraan yang perlu dijalankan ialah
membuat pemeriksaan rapi keatas setiap valve’, ‘gauge’, ‘regulator’, ‘pigtail’ dan
sebagainya agar sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan. (Sila rujuk
Jadual 1 bagi Senarai Skop Kerja Penyelenggaraan Sistem Gas Petroleum Cecair,
”LPG”)
Pigtail Regulator Valve Gauge
10.3 Pemasangan Gas Domestic hendaklah diperiksa, diuji dan diperakui oleh orang
kompeten yang sesuai setiap TIGA (3) tahun dan hendaklah sentiasa
memperbaharui Borang A (Lesen Gas Persendirian) setiap tahun oleh kontraktor
pusat yang bertanggungjawab dan diserahkan kepada JPPHB untuk simpanan.
Nota:
Orang Kompeten yang dimaksudkan hendaklah memiliki :-
1. Sijil Jurutera Gas atau
2. Sijil Penyelia Kejuruteraan Gas atau
3. Sijil Jurugegas Gas Kelas I atau
4. Sijil Jurugegas Gas Kelas II atau
5. Sijil Jurugegas Gas Kelas III.
yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
10.4 Jika seseorang menjalankan kerja penyenggaraan dalam kawasan berhampiran, dia
hendaklah mengambil langkah keselamatan yang secukupnya untuk mencegah
pemasangan gas atau kelengkapan gas daripada tidak sengaja menjadi tidak
selamat.
Garis Panduan Sistem Gas Petroleum Cecair (LPG)
6/10
10.5 Seseorang yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan yang berkaitan dengan
pemasangan gas atau kelengkapan gas hendaklah dilindungi secukupnya daripada
bahaya dan tanggungjawab untuk melindungi itu hendaklah terletak kepada orang
bertanggungjawab.
10.6 Tiada seorang pun selain daripada orang kompeten atau orang yang bertindak
dibawah penyeliaan terus orang kompeten, boleh melakukan pembaikan dan
penyelenggaraan talian paip gas atau pemasangan gas.
10.7 Semasa kerja-kerja penyelenggaraan berkala dilakukan, jika peralatan didapati
mengalami sebarang kerosakan, kontraktor perlu membuat laporan segera secara
bertulis kepada Ketua Unit Perkhidmatan Mekanikal & Servis Bangunan mengenai
kerosakan tersebut. Di dalam laporan tersebut mestilah menerangkan dengan jelas
lokasi, jenis kerosakan, punca-punca kerosakan serta anggaran kos yang diperlukan
bagi kerja-kerja pemulihan atau pembaikan.
10.8 Unit Perkhidmatan Mekanikal & Servis Bangunan perlu memastikan kepuasan
pengguna atau pengadu adalah sekurang-kurangnya MEMUASKAN bagi setiap
kerja yang dijalankan.
11.0 PROSEDUR PEMASANGAN DAN PENGGANTIAN SISTEM LPG.
11.1 Kerja-kerja pemasangan dan penggantian sistem LPG hanya akan dilakukan keatas
sistem-sistem yang dikhaskan bagi kegunaan Pensyarah, Kakitangan dan Pelajar
untuk tujuan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan di makmal-makmal dan
penyediaan pada dapur-dapur kolej kediaman sahaja. Manakala bagi sistem selain
daripada keperluan diatas, Pihak JPPHB tidak akan bertanggungjawab dalam
menjalankan kerja-kerja pemasangan atau penggantian baru.
11.2 Setiap pemasangan atau penggantian sistem LPG baru hanya akan dibuat setelah
terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Ketua Unit Perkhidmatan Mekanikal
& Servis Bangunan atau Ketua Bahagian Pengurusan Penyelenggaraan disamping
mematuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan (dengan syarat unit tersebut adalah
unit yang dibawah tanggungjawab dan seliaan JPPHB).
11.3 Penggantian atau penaiktarafan sistem LPG hanya dibenarkan jika memenuhi salah
satu daripada kriteria berikut:-
a. Sistem yang sudah usang dan sampai jangka hayat LPG tersebut dimana alat
ganti sistem tersebut sudah tiada lagi di pasaran. Kebiasaannya usia sistem
LPG tersebut sudah melebihi 15 tahun dan rekabentuknya juga sudah
ketinggalan zaman.
Garis Panduan Sistem Gas Petroleum Cecair (LPG)
7/10
b. Sistem LPG tersebut masih belum mencecah usia 15 tahun, tetapi ianya kerap
mengalami kerosakan major dan kos penyelenggaraannya terlalu tinggi serta
tidak ekonomi lagi untuk diperbaiki (kebiasaannya apabila kos pembaikan
sudah mencecah 2/3 daripada kos penggantian baru)
c. Kerosakan disebabkan kejadian luar jangka seperti letupan, kebakaran atau
sebagainya.
11.4 Kelulusan Untuk Memasang
Sebelum memulakan kerja pada pemasangan sistem LPG atau sambungan gas,
kontraktor yang dilantik hendaklah memohon kepada Suruhanjaya Tenga bagi
kelulusan untuk memasang dan hendaklah melampirkan lukisan sistem yang
direka bentuk sewajarnya kepada skala yang sesuai dalam anjuran isometric
yang menunjukkan semua butir berkaitan pemasangan gas itu.
Lukisan yang tersebut hendaklah diendos oleh Jurutera Gas, Penyelia
Kejuruteraan Gas, Jurugegas Gas Kelas I atau Jurugegas Gas Kelas II, mengikut
mana-mana yang berkenaan sebelum di serahkan kepada Ketua Pengarah
Suruhanjaya Tenaga bagi mendapatkan kelulusan pemasangan.
11.5 Kelulusan Untuk Mengendali
Apabila siap sesuatu pemasangan sistem LPG baru, Kontrakor hendaklah memohon
bagi kelulusan untuk mengendalinya daripada Ketua Pengarah Suruhanjaya Tenaga
dengan mengemukakan dokumen Perakuan Siap dan Perakuan Ujian yang
disokong oleh Pihak Universiti Malaya.
Perakuan Siap
Perakuan Siap dibuat didalam bentuk borang yang dipanggil Borang B (Borang
Perakuan Siap), iaitu suatu borang yang memperakui bahawa pemasangan gas
telah dipasang dan disiapkan mengikut Akta Bekalan Gas 1993 dan Peraturan-
peraturan Bekalan Gas 1997.
Perakuan Ujian
Perakuan yang dibuat dan diperakui selamat daripada kebocoran oleh orang yang
kompeten. Perakuan tersebut hendaklah dibuat dalam bentuk borang yang dipanggil
Borang Perakuan Ujian, iaitu suatu borang yang memperakui bahawa
pemasangan gas telah diuji mengikut Akta Bekalan Gas 1993 dan Peraturan-
peraturan Bekalan Gas 1997.
Garis Panduan Sistem Gas Petroleum Cecair (LPG)
8/10
11.6 Seseorang yang memasang suatu talian paip gas hendaklah menandakan talian paip
gas itu mengikut cara yang ditetapkan supaya talian paip gas itu boleh dikenalpasti
apabila diperiksa sebagai talian paip gas untuk penghantaran gas. Orang
bertanggungjawab atau wakilnya hendaklah memastikan bahawa talian paip gas itu
kekal boleh dikenalpasti selama ia digunakan untuk penghantaran gas.
12.0 FAKTOR KESELAMATAN
Selain aspek pemasangan faktor keselamatan juga perlu juga diambil berat oleh semua
pekerja termasuk pihak kontraktor yang terlibat dalam pemasangan dan penyeleggaraan
alat penyaman udara. Pihak JPPHB telah menetapkan polisi dan dasar keselamatannya bagi
mencegah kemalangan di tempat kerja. Polisi keselamatan ini adalah tertakluk dengan
AKTA 514 Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) serta Akta Bekalan
Gas 1993 dan Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997. Oleh itu semua pekerja
termasuk kontraktor yang menjalankan kerja di Universiti Malaya adalah tertakluk dengan
akta-akta ini.
13.0 PENILAIAN / LAPORAN
Pihak JPPHB hendaklah mengemukakan laporan penilaian prestasi dan kualiti kerja yang
dihasilkan oleh kontraktor kepada Bahagian Perolehan dalam tempoh 1 bulan selepas
tarikh siap sesuatu kerja. Ini bertujuan supaya mana-mana kontraktor yang menunjukkan
prestasi tidak memuaskan, tidak akan dipertimbangkan untuk diberikan kerja pada masa
akan datang.
14.0 KESIMPULAN
Dengan wujudnya polisi atau garis panduan seperti di atas, akan memberikan gambaran
yang jelas tentang kuasa dan bidang tanggungjawab pihak-pihak yang berkenaan di seluruh
Universiti Malaya berkaitan Sistem Gas Petroleum Cecair (LPG).
Garis Panduan Sistem Gas Petroleum Cecair (LPG)
9/10
Jadual 1: Senarai Skop Kerja Penyelenggaraan Sistem Gas Petroleum Cecair (LPG)
Bil Butiran Kerja Kekerapan
1 Check and services all components in tank farm and listed as
follows:-
a) Emergency shut off valve.
b) Automatic change over regulator.
c) Compact coupler and pigtail assembly.
d) Pressure gauges.
e) Piping manifold.
f) D.O.T cyclinder excess flow valve.
g) Regulators.
Once / month
2 Check for leakage and pneumatic test LPG piping connecting LPG
tank farm to LPG equipments
Once / month
3 Repair and re-paint all rust and provide primer coat to protect all
exposed piping, manifold and associated accessories against
corrosion as when necessary
When necessary
4 Replace and repaint gas flow direction and marking as per Gas
Regulation 1993.
When necessary
5 Clean and dispose all rubbish from LPG tank farm area. Once / month
6 To adjust and make sure all warning ‘NO SMOKING’, ‘NO
NAKED FLAME’, ‘NO HANDPHONE’ and ‘NEARBY
MATERIAL IS A FIRE RISK’ signages are in good condition.
Once / month
7 Check operation of emergency shutt off valve operation and stimulate
shut down of E,S.V system every 6 month. Once / 6 month
8 Yearly inspection by gas competent person c/w submission of report
endorsed by gas competent person to representative of Universiti
Malaya.
Once / year
9 Renewal of Private Gas License fee for all LPG tank farm system
under this contract.
Once / year
Garis Panduan Sistem Gas Petroleum Cecair (LPG)
10/10
Tarikh : Disember 2009
Disediakan oleh :
Unit Perkhidmatan Mekanikal & Servis Bangunan
Bahagian Pengurusan Penyelenggaraan
Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Harta Benda
Universiti Malaya