Pengenalan ASAS Membina Laman Web Jualan
Transcript of Pengenalan ASAS Membina Laman Web Jualan
Pengenalan ASAS Membina Laman Web Jualan
Mengetahui Kelebihan Untuk Membina Sebuah Laman Web Jualan
Disediakan Oleh : Mohd Amirol
http://www1.usahaniaga.com© 2007
Hakcipta Terpelihara © 2007 oleh Mohd Amirol – www1.usahaniaga.com 1
Prakata
Manual ini adalah preview tentang bagaimana seorang “newbie” boleh memulakan
perniagaan di internet dengan membina sebuah laman web jualan.
Dalam penerangan yang diberikan, anda akan diterangkan kelebihan mengapa harus
memiliki laman web jualan. Pelbagai manfaat yang dapat anda perolehi daripada
kewujudan laman web jualan ini.
Niat dan impian saya sebenarnya adalah untuk membantu dan memahirkan anda
menggunakan script dan software dalam membangunkan perniagaan Internet anda
serta melahirkan lebih ramai usahawan Internet di Malaysia. Semoga usaha saya ini,
dapat membantu anda dalam memulakan perniagaan Internet! ☺
Manual Preview Pengenalan Asas Membina Web Jualan ini adalah diberi PERCUMA
kepada pelawat yang mendaftar sebagai mailing list www1.usahaniaga.com. Sekiranya
anda memiliki manual ini selain daripada www1.usahaniaga.com, silalah mendaftarkan
diri anda ke web saya agar anda akan mendapat lebih banyak info dan pelbagai tips
menarik untuk membina sebuah laman web jualan ini. Anda boleh menyebarkan
manual ini kepada sesiapa sahaja yang anda mahu dengan SYARAT tidak mengubah
segala isikandungan yang telah saya sediakan.
Makluman HakCipta
Pakej Lengkap Membina Laman Web Jualan Sistem Affiliate & Autoresponder
Hakcipta © 2007 oleh Mohd Amirol
www1.usahaniaga.com
Hakcipta Terpelihara © 2007 oleh Mohd Amirol – www1.usahaniaga.com 2
Notis & Disclaimer
Panduan yang diberikan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman penulis sewaktu
membina laman web jualan beliau.
Segala kaedah dan teknik yang ditunjukkan adalah berdasarkan kepada kemahiran
yang ada pada penulis. Kaedah atau teknik yang ditunjukkan ini mungkin sangat
berbeza dengan orang lain. Oleh itu, penulis tidak berjanji bahawa teknik ini sesuai
digunakan untuk setiap individu yang memiliki manual ini. Mungkin lain orang, lain
caranya. Jadi, jika anda mempunyai lain teknik yang lebih selesa anda gunakan, maka
sila teruskan dengan teknik anda tersebut.
Hakcipta Terpelihara © 2007 oleh Mohd Amirol – www1.usahaniaga.com 3
Isi Kandungan
Pengenalan
Topik 1 : Apa itu Laman Web Jualan
Penutup
Hakcipta Terpelihara © 2007 oleh Mohd Amirol – www1.usahaniaga.com 4
Pengenalan
Pakej Lengkap Membina Laman Web Jualan Sistem Affiliate dan Autoresponder ini
disediakan adalah bertujuan untuk membantu orang baru ‘newbie’ membina sebuah
laman web jualan yang mempunyai ciri – ciri professional iaitu penggunaan system
affiliate dan system autoresponder.
Apakah sebenarnya yang saya maksudkan dengan laman web jualan? Sudah pasti
anda tertanya – tanya apa yang saya maksudkan dengan laman web jualan… apatah
lagi dengan system affiliate dan system autoresponder.
Buat anda yang telah berkecimpung dalam dunia perniagaan internet, sudah pasti
maksud laman ‘laman web jualan’, ‘affiliate’ dan ‘autoresponder’ sudah biasa didengar.
Mungkin anda juga telah memiliki beberapa laman web yang bercirikan seperti ini.
Namun jika anda seorang pemula ‘newbie’, saya yakin dan pasti anda sudah tentu
masih lagi kurang pengetahuan tentang apa itu laman web jualan? Apa itu affiliate? Apa
itu autoresponder? Mengapa saya katakan sedemikian? Ini adalah kerana seketika
dahulu, saya juga seperti anda!
Saya dahulunya tak tau apa itu Web Jualan. Saya juga tak tau apa itu affiliate? Malah
saya juga tidak menyedari bahawa sistem autoresponder itu sangat penting untuk
sesebuah laman web.
Setelah menghabiskan banyak masa dan juga sejumlah wang, akhirnya saya berjaya
membina beberapa buah laman web yang berjaya menghasilkan jualan dan
memberikan keuntungan kepada saya.
Jadi, hari ini, saya perkenalkan pakej lengkap membina laman web jualan system
affiliate dan autoresponder ini dengan tujuan untuk menjimatkan masa anda belajar
membina laman web serta memberikan anda peluang untuk bersaing dengan
usahawan – usahawan internet yang lain dengan segera!. ☺
Hakcipta Terpelihara © 2007 oleh Mohd Amirol – www1.usahaniaga.com 5
Topik 1 : Apa itu Laman Web Jualan
Secara ringkasnya, laman web jualan yang saya maksudkan adalah sebuah laman
web yang mampu menghasilkan keuntungan dengan membuat penjualan terhadap
apa – apa jenis produk yang diperlukan oleh pasaran.
Apa yang boleh anda jual? Pelbagai macam jenis produk yang mampu anda
pasarkan di internet. Contohnya… jika anda berasal dari Sarawak, anda boleh
memasarkan produk – produk dari Sarawak contohnya rempah laksa Sarawak, tikar
Sarawak, kek Sarawak dan sebagainya. Jika anda berasal dari Kelantan pula, mungkin
anda boleh menjual kain batik, serunding, dodol dan sebagainya menerusi internet! Ya,
banyak produk yang mampu anda jual melalui internet!
Pelbagai Jenis Produk Boleh Dijual menerusi internet!
Sesebuah laman web jualan mampu lakukan hal ini kerana pelawat dapat melihat
kelebihan produk yang dijual tanpa perlu bergerak jauh untuk mendapatkannya.
Bayangkan, adakah anda yang berada di Perlis berkeinginan untuk membeli kek
Sarawak, perlu pergi ke Sarawak untuk mendapatkan kek tersebut?
WAH! Banyak nya duit nak travel ke Sarawak semata – mata nak beli kek Sarawak?
Hehe… Perkara ini sudah tentu tidak akan berlaku sekiranya terdapat sebuah laman
web jualan yang mengambil tempahan dan menjual kek ini. Sesiapa sahaja mampu
merasai kek Sarawak tanpa perlu pergi Sarawak lagi! Mudah bukan?
Hakcipta Terpelihara © 2007 oleh Mohd Amirol – www1.usahaniaga.com 6
Bang, jom pi Sarawak. I teringin nak makan laksa Sarawak la….
Tak payah pergi jauh – jauh darling, I boleh order perencah laksa Sarawak kat internet jer! Buat apa kita nak bazir duit pi jauh – jauh? Dari rumah jer kita boleh order. hehehe
Seronoknya! Ada 100 tempahan perencah laksa Sarawak hari ini! Untungnya aku!!!.. nak kena kirim ke perlis, kedah dan Kelantan. Masyuk!
Jadi, perkara inilah yang ingin saya perkenalkan kepada anda. Bina empayar
perniagaan anda. Ambil tempahan menerusi online dan kemudian pasarkan kepada
pembeli tanpa perlu bergerak jauh! Jika di lihat, 2 situasi menguntungkan dimana,
penjual tak perlu bergerak jauh nak menjual produknya dan pembeli juga tak perlu
bergerak jauh untuk mendapatkan produk tersebut! Mudah dan Menjimatkan!
Bak kata orang, “BEKERJA HANYA DARI RUMAH”…. ☺
AWAS! Anda harus memahami bahawa laman web jualan haruslah menjual produk – produk
yang diperlukan oleh pasaran. BUKANnya menjual produk yang tidak berguna semata
– mata untuk mengaut keuntungan. JAUHI sikap tamak dan mementingkan diri sendiri
dengan menipu orang lain apabila menjual produk yang tidak berguna seperti panduan
menjana wang sejuta dalam 5 hari, RM500 dalam seminit dan sebagainya.
Hakcipta Terpelihara © 2007 oleh Mohd Amirol – www1.usahaniaga.com 7
Contoh – contoh Web Jualan Yang Menjual Pelbagai Jenis Produk
URL http://www1.usahaniaga.com URL http://www.bloggingsteps.com
Produk Panduan Membina Web Jualan
Affiliate & Autoresponder
Produk Panduan Membina Blog
WordPress
Laman Web Jualan ini adalah umpama pamplet atau catalog yang mempamerkan
produk – produk yang ingin dijual menerusi internet. Kelebihan anda memiliki laman
web jualan adalah anda bakal mendapat pembeli dari seluruh Negara dan tempat
TANPA perlu berbelanja kos yang banyak untuk pengiklanan.
URL http://www.smswang.com URL http://www.sataydiy.com
Produk Panduan Membina Perniagaan
Menerusi Sistem SMS
Produk Rempah & Resepi Satay DIY
Hakcipta Terpelihara © 2007 oleh Mohd Amirol – www1.usahaniaga.com 8
URL http://www.3dalam1.com URL http://www.gedungkristal.com
Produk Tempahan Kursus Perniagaan
Internet
Produk Koleksi Kristal
Memiliki sebuah laman web jualan juga akan menjimatkan masa anda serta
memudahkan segala urusan jual beli anda. Anda boleh mendapat banyak pelanggan 24
Jam sehari tanpa henti dengan adanya sebuah laman web jualan yang memasarkan
produk – produk anda. Urusan jual beli juga akan menjadi lebih mudah kerana “order”
atau “tempahan” boleh dibuat secara online dengan mengisi borang belian atau email.
URL http://www.abangpower.com URL http://www.maskahwin.com
Produk Produk Kesihatan Lelaki Produk Panduan Menguruskan
Kewangan
Hakcipta Terpelihara © 2007 oleh Mohd Amirol – www1.usahaniaga.com 9
Pendek kata, perniagaan anda pasti akan lebih berkembang pesat sekiranya anda
memiliki sebuah laman web yang memasarkan produk – produk anda secara online.
Skop pasaran anda akan menjadi lebih besar dijalankan secara online berbanding
secara offline. Ini adalah kerana, jika perniagaan hanya dijalankan secara offline
(tradisional), anda tidak berkemampuan untuk pergi jauh atau mendapatkan tempahan
dari serata tempat kerana orang lain tidak mengetahui perniagaan yang anda jalankan.
Perniagaan secara offline membataskan (limit) pasaran anda hanya disekitar kawasan
tempat anda berniaga sahaja.
Namun, dengan adanya penyediaan sebuah pamplet / katolog Online iaitu laman web
jualan anda, maka sesiapa sahaja mampu mendapatkan perkhidmatan dan produk
anda walaupun mereka berada di luar Negara sekalipun. ☺ Inilah kelebihan anda
memiliki sebuah laman web jualan!
Adakah cukup sekadar memiliki sebuah laman web jualan sahaja?
Sesebuah laman web jualan sudah pasti dapat membuat jualan terhadap produknya…
TETAPI adakah jualan yang dihasilkan sudah cukup
memuaskan hati anda? Adakah anda berjaya
mendapat tempahan daripada serata tempat
diseluruh negara? Macam mana nak lebihkan jualan ni?
Adakah anda mampu untuk mempromosikan laman
web anda kepada semua orang? Adakah anda
mempunyai masa yang mencukupi untuk online
semata - mata untuk melakukan pengiklanan
terhadap laman web dan produk anda?
Adakah anda juga mampu untuk melakukan follow up
terhadap pelawat – pelawat yang melawat ke laman
web anda? Bagaimana anda nak dapatkan data
Hakcipta Terpelihara © 2007 oleh Mohd Amirol – www1.usahaniaga.com 10
mereka yang pernah melawat ke web jualan anda tersebut? Adalah AMAT RUGI jika
seorang penjual tidak dapat melakukan follow up terhadap prospek mereka.
Ini kerana penjual tersebut berkemungkinan akan dapat melakukan jualan jika dia
sering melakukan follow up. Pelawat akan tertarik hati dan akan nampak kelebihan
produk yang dijual jika sering di follow up. Sudah pasti hal ini akan menguntungkan!
Tetapi bagaimana nak melakukannya?
Semua perkara ini akan merungsingkan anda setelah anda berjaya memiliki laman web
jualan. Anda mungkin akan melihat bahawa, laman web jualan anda telah tersedia ada
dengan cantik…. Tetapi penghasilan jualan di web tersebut sangatlah rendah! Malah
pelawat yang datang juga mungkin tidak akan singgah lagi kembali. Sungguh malang
jika hal demikian berlaku!
Dengan itulah SISTEM AFFILIATE dan SISTEM AUTORESPONDER diperkenalkan!
Apa itu affiliate?
1. Affiliate Program
Affiliate Program adalah satu program dimana pengusaha sesebuah laman web
menawarkan perkongsian keuntungan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendaftar
menjadi agen affiliatenya... Pendek kata, sesiapa yang sudi untuk menjadi salesman
kepada produknya. Dengan memberikan tawaran sebegini, pengusaha tersebut akan
memberikan komisyen terhadap agen affiliate yang berjaya melakukan jualan terhadap
produknya.
Secara tidak langsung, program affiliate ini sebenarnya memberikan satu keuntungan
yang besar kepada pengusaha laman web kerana sesiapa sahaja boleh menjadi agen
affiliate dan mempromosikan laman web dan produk - produknya! Jualan meningkat,
laman web menjadi terkenal! Affiliate Program juga memberi satu peluang perniagaan
kepada sesiapa sahaja untuk mendapat pendapatan sampingan tanpa mengeluarkan
sebarang modal.
Hakcipta Terpelihara © 2007 oleh Mohd Amirol – www1.usahaniaga.com 11
2. Affiliate Marketer
Mereka yang mendaftar menjadi agen affiliate untuk sesebuah program affiliate digelar
sebagai affiliate marketer. Mereka ini akan mempromosikan laman web dan produk -
produk yang dijual kerana ingin mendapatkan keuntungan daripada pengusaha web
tersebut. Dengan wujudnya affiliate marketer inilah yang akan meningkatkan jualan
dan promosi terhadap laman web perniagaan anda kelak!
Cuba anda fikirkan… jika anda berseorangan melakukan promosi, sejauh manakah
anda mampu pergi untuk membuat promosi? Bagaimana pula jika anda memiliki
sekumpulan kakitangan yang besar? Sudah tentu perniagaan anda cepat
berkembangan dengan promosi yang dilakukan oleh kakitangan anda tersebut! Jualan
anda akan meningkat, keuntungan anda juga akan meningkat!
Apa itu Autoresponder?
Autoresponder adalah serangkaian program yang membolehkan anda untuk
mengirimkan sejumlah email dengan jarak masa tertentu mengikut jadual yang boleh
di tetapkan bersesuaian dengan kehendak kita.
Dengan Program autoreponder anda seakan-akan mempunyai penolong peribadi yang menggantikan tugas follow up anda untuk 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan
seterusnya. Inilah salah satu keunggulan daripada perniagaan online yang tidak
dimiliki oleh jenis perniagaan offline. Anda mampu melakukan follow up secara automatik tanpa campur tangan anda sama sekali.
Anda tidak perlu melakukan pengiriman email follow up setiap hari kepada prospek
secara manual kerana sistem akan lakukan kerana mempunyai data prospek
Apa yang harus anda lakukan adalah hanya perlu sediakan email follow up dan
menentukan setting pengirimannya pada bila bila masa yang anda inginkan!
Hakcipta Terpelihara © 2007 oleh Mohd Amirol – www1.usahaniaga.com 12
Menarik Bukan?
Saya pasti anda kini mengakui bahawa kepentingan system autoresponder dan
kelebihan menggunakan system affiliate pada laman web jualan anda. Dengan adanya
kedua – dua system ini, saya yakin bahawa laman web anda pasti dapat melakukan
jualan yang banyak serta menjana keuntungan kepada anda!
Anda tidak lagi perlu untuk bersusah payah nak tempah webmaster membina web
untuk anda. Jimatkan segala kos yang ada dengan usaha sendiri.
Tidak kah Anda Berkeinginan Untuk Menjadi
BIGBOSS Yang Mengusahakan Perniagaan Sendiri
Hanya Di Rumah Sahaja?
DAPATKAN SEGERA PAKEJ LENGKAP MEMBINA LAMAN
WEB JUALAN AFFILIATE & AUTORESPONDER
Layari http://www1.usahaniaga.com/order.html untuk tempahan sekarang juga!
Hakcipta Terpelihara © 2007 oleh Mohd Amirol – www1.usahaniaga.com 13
Penutup
Pakej Lengkap Membina Laman Web Jualan Sistem Affiliate & Autoresponder
mengandungi 6 buah manual iaitu :
- 01 Pengenalan Asas Membina Web Jualan
- 02 Manual Membina Database
- 03 Manual Memasang Sistem Affiliate
- 04 Manual Membina Autoresponder
- 05 Manual Mengupload File Menggunakan FTP
- 06 Tips, Tricks & Teknikal Mengendalikan Web Jualan
Turut diberikan Script Affiliate dan Autoresponder yang telah dimodifikasi dan
disesuaikan mengikut panduan yang diajar. Oleh itu, Jika anda masih belum
memilikinya, silalah dapatkan pakej membina laman web jualan system affiliate dan
autoresponder sekarang juga!
Layari ke http://www1.usahaniaga.com untuk keterangan lanjut.
Setiap pembeli manual ini akan layak untuk menerima bonus dan latest update
daripada saya.
Akhir kata, moga kita sama – sama akan berjaya dalam apa jua yang dilaksanakan.
Salam Hormat dan Salam Maju Jaya.
Ikhlas,
Mohd Amirol
Usahaniaga.Com © 2007
Hakcipta Terpelihara © 2007 oleh Mohd Amirol – www1.usahaniaga.com 14
Antara Pakej – Pakej Sistem Web Lain Yang Disediakan
Web Utama Usahaniaga.Com
http://www.usahaniaga.com
Miliki Pakej Membina Web Jualan Sistem Affiliate & AutoResponder
http://www1.usahaniaga.com
Ruangan Khas Perbincangan, Tempahan, Bantuan
http://www.usahaniaga.com/forum
Internet - WebHosting
http://www.internet-webhosting.com
Exabytes Hosting
http://www.exabytes.com.my
Autoresponder Berbayar
http://www.getresponse.com
Autoresponder Berbayar
http://www.aweber.com
Affiliate Berbayar
http://www.idevdirect.com
Affiliate Berbayar
http://www.qualityunit.com
Hakcipta Terpelihara © 2007 oleh Mohd Amirol – www1.usahaniaga.com 15