Pengenalan Bimbingan Dan Kaunseling

66
PENGENALAN KAUNSELING Nor Yani binti Ahmad. Nasaruddin bin Ghazali Jabatan Ilmu Pendidikan

description

bab1 kaunseling

Transcript of Pengenalan Bimbingan Dan Kaunseling

  • PENGENALAN KAUNSELINGNor Yani binti Ahmad.Nasaruddin bin GhazaliJabatan Ilmu Pendidikan

  • KAUNSELINGPerkhidmatan kaunseling terutamanya di persekitaran sekolah dan institusi pengajian tinggi amat menggalakkan.Kaunseling dapat memanfaatkan semua peringkat manusia dalam pelbagai keadaan

  • KAUNSELINGBidang kaunseling dianggap sebagai bidang baru jika dibandingkan dengan bidang sosiologi, ekonomi dan psikologi.Jenis masalah yang dikemukakan adalah pelbagai (peribadi, interpersonal)

  • Definisi KaunselingKrumboltz (1965) Kaunseling ialah apa sahaja aktiviti beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien.

  • Definisi KaunselingPersatuan Bimbingan Dan Personal Amerika (1980) Kaunseling ialah penggunaan prosedur kaunseling dan bidang lain berkaitan dengan sains tingkahlaku untuk membantu mempelajari bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan dengan pemilihan kerjaya pertumbuhan kendiri,perkahwinan keluarga, atau perkara interpersonal lain.

  • Definisi KaunselingBurks dan Stefflre (1979)-Kauseling merujuk kepada perhubungan profesional antara kaunselor terlatih dan klein.Perhubungan ini biasanya bersifat person-to-person, walaupun kadang-kadang melibatkan lebih daripada dua orang.Perhubungan ini dibentuk untuk membantu klien memahami dan menyatakan pandangan mereka tentang ruang hidupnya, dan mempelajari mencapai matlamat pilihan kendiri melalui pilihan yang bermakna dan bermaklumat setelah menyelesaikan masalah bersifat emosional dan interpersonal.

  • Definisi KaunselingZainal Abidin (2002)-Kaunseling adalah satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.

  • Perbezaan Antara Kaunseling Dan PsikoterapiPsikoterapi lebih kepada pemulihan penyakit mental.Kaunseling lebih kepada membantu individu mengatasi kebuntuan atau kekusutan fikiran.Objektif kaunseling membantu individu mengatasi masalah pertumbuhan kendiri (personal growth).

  • Matlamat KaunselingSetiap individu mempunyai harapan yang berbeza mengikut perspektif mana dia melihat proses kaunseling yang telah dijalankan. Sebagai contoh individu yang meminta pertolongan daripada seorang kaunselor atau sesiapa yang diharapkan semuanya mempunyai persepsi yang berbeza tentang kesudahan yang diharapkan, selepas ia melalui proses kaunseling.

  • Matlamat KaunselingPerbezaan pendapat mungkin akan wujud, tetapi ini tidak harus dibimbangkan kerana pilihan terakhir yang menentukan apakah matlamat kaunseling adalah terletak kepada persetujuan antara klien dan kaunselornya. Mereka berdualah yang akan menentukan arah manakah perbincangan akan dilakukan.

  • Matlamat KaunselingPerubahan Tingkah LakuPerhubungan Yang PositifPengurusan DiriProses Membuat Keputusan EfektifPencapaian PotensiLima Matlamat Kaunseling.

  • Matlamat KaunselingIa akan membantu dan mengalak klien membuat perubahan tingkah laku untuk kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan mengikut sebahagian besar ahli teori Diharapkan seseorang klien yang menghadapi kerunsing setelah berjumpa dengan kaunselor dapar merubah tingkah laku untuk berinteraksi dengan orang yang menimbulkan masalah dengan klien. Perubahan Tingkah Laku.

  • Matlamat KaunselingSebagai contoh seorang guru memberikan kata-kata atau respon yang negatif kepada pelajarnya.Ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar kurang berminat untuk mengikut pengajaran guru berkenaan. Dengan adanya sesi kaunseling pada guru berkenaan akan dapat merubah tingkah laku guru menyedari kesilapannya semasa menyampaikan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas.Perubahan Tingkah Laku.

  • Matlamat KaunselingMatlamat kaunseling juga akan membantu meningkatkan keupayaan klien memulakan dan meneruskan perhubungan yang positif dengan orang lain.Kehidupan kita sebahagian besarnya adalah berinteraksi dengan orang lain.Perhubungan yang Positif.

  • Matlamat KaunselingAda juga di kalangan klien yang tidak pandai untuk berkomunikasi atau klien mempunyai kemahiran berkomunikasi, atau mempunyai imej kendiri yang negatif.Dengan ini matlamat kaunseling ialah untuk meningkatkan kualiti cara klien berhubung iaitu berkomunikasi dengan orang lain.Perhubungan yang Positif.

  • Matlamat KaunselingMatlamat kaunseling juga dapat membantu keberkesanan klien menguruskan diri. Setiap orang akan mengalami kesulitan dalam hidup apabila ia membesar.Ekspektasi ibu bapa terhadap anaknya seringkali memberi kesan yang tidak dijangkakan. Pengurusan diri.

  • Matlamat KaunselingTingkah laku yang dipelajari semasa kesil tidak dapat membantu hidupnya.Dalam keadaan demikian kaunselor akan melatih klien menguruskan diri dengan lebih berkesan terutam dalam situasi baru dan tuntutan baru.Pengurusan diri.

  • Matlamat KaunselingKaunseling juga bermatlamat untuk membantu klien dalam proses membuat keputusan dengan rasional.Sesetengah orang akan membuat keputusan penting amat menyukarkan.Selain takut kepada tanggungjawab yang akan dipikul sebagai kesan daripada keputasan yang salah, Seseorang itu selalu membuat keputusan tampa memikirkan beberapa alternatif yang wujud.Matlamat kaunseling ini adalah untuk membantu klien membuat keputusan yang penting dalam hidupnya.Proses Membuat Keputusan Efektif.

  • Matlamat KaunselingMatlamat kaunseling juga adalah untuk membantu klien berkembang secara positif dan mencapai potensi yang ada pada diri klien untuk dijadikan sebagai satu daripada matlamat kaunseling. Ia bermaksud untuk memberi peluang kepada klien mempelajari cara-cara menggunakan kebolehan dan minatnya ke tahap maksimun. Kaunselor menolong seseorang itu mempelajari cara-cara berhenti merokok iaitu dengan mengambil berat tentang kesihatan badan, dan mengatasi masalah malu atau perasaan segan yang tidak prodaktifProses Membuat Keputusan Efektif.

  • Pencapaian PotensiDapat membantu mengembangkan potensi yang ada pada klien sering dijadikan sebagai satu daripada matlamat kaunseling.Matlamat ini bermaksud memberi peluang kepada klien mempelajari cara-cara menggunakan kebolehan dan minatnya ke tahap yang maksimum. Matlamat ini juga bererti klien diajar supaya meningkatkan keberkesanan peribadinya.Contoh, seseorang yang mempunyai perasaan gugup atau gementar apabila berada dikhalayak ramai boleh membantutkan cita-citanya. Peranan kaunselor dapat membantu klien untuk berasa yakin dan selesa apabila berdiri dikhalayak ramai.Matlamat Kaunseling

  • Peranan KaunselorBergantung kepada suasana tempatKaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa dia di sekolah.

  • Peranan KaunselorIanya telah merebak ke pusat-pusat kaunseling awam seperti hospital, pejabat Agama Islam dan sebagainya.Terdapat di merata tempat di bandar-bandar besar

  • Peranan KaunselorContoh Sumbangan Kaunselor :1) Sekolah membantu pelajar membuat pemilihan kerjaya2) Penjara Membantu ahli penjara dalam proses mengintegrasikan ke dalam masyarakat3) Pejabat Agama Islam Membantu suami isteri yang mengalami masalah rumah tangga

  • Peranan KaunselorTumpuan kaunseling termasuklah soal fizikal, sosial, mental, emosi dan soal keperluan kerohanian.

  • Peranan KaunselorAspek IndividuMentalKerohanianFizikalEmosiSosialAspek yang meliputi keseluruhan individu

  • Peranan KaunselorAmat penting dalam proses kaunseling bagi meneroka hal-hal emosi atau psikologikal yang menyekat individu mengamalkan tabiat yang positif.Memotivasikan individu mengamalkan gaya hidup yang sihatKesihatan Fizikal

  • Peranan KaunselorMerupakan satu unsur yang memberi kekuatan kepada individu bagi mengelakkan daripada mengalami perasaan tersisih, kemurungan dan rendah diriKeperluan Sosial

  • Peranan KaunselorMeransang proses pemikiran supaya keupayaannya menyelesaikan masalah meningkat dan lebih kreatif.Kegiatan mental yang kreatif merupakan petunjuk kepada kualiti hidup seseorang.Kesihatan Mental

  • Peranan KaunselorMemberi kaitan dengan matlamat meningkatkan lagi kesejahteraan emosi individu.Menjadi tradisi bagi semua kaunselorKeperluan Emosi

  • Peranan KaunselorIanya menjadi bekalan asas bimbingan yang mencorakkan tingkah laku, gaya hidup dan nilai hidup.Kajian Myers (1992), - sekiranya wujud ikatan yang kuat antara kesihatan dan mental dalam kaunseling, ia akan memberi impak yang positif.Keperluan Kerohanian

  • Ciri-Ciri Perlu Ada Pada Kaunselor ProfesionalKeberkesanannya bergantung pada sikap ,kemahiran danpengetahuan semasa berhubung dengan klien.Klien adalah individu yang unik dan berhargaKlien boleh berubahBagaimana individu yang efektif berfungsiPengetahuan dan kemahiran menolong individuKesanggupan melibatkan diriMengenali diri

  • Ciri-Ciri Perlu Ada Pada Kaunselor ProfesionalKaunselor mesti optimis bahawa kliennya boleh berubah.Sekurang-kurangnya perubahan sikap ,struktur kognitif dan tingkah laku.Perubahan tidak boleh berlaku disebabkan beberapa faktor iaitu klien belum bersedia, pertukaran persekitaran, dan kaunselor belum dapat pengaruhi klien.Walau bagaimanapun berikan keyakinan kepada klien bahawa dia boleh berubah.Klien Adalah Individu yang Unik dan Berharga

  • Ciri-Ciri Perlu Ada Pada Kaunselor ProfesionalKaunselor perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang prinsip-prinsip psikologi bagi memudahkannya berhadapan dengan klien agar segala pemasalahan klien dapat diterokai dan memberikan pandangan yang munasabah untuk membantu dan membuat keputusan bila kaunseling harus dihentikan.Bagaimana Individu yang Efektif Berfungsi

  • Ciri-Ciri Perlu Ada Pada Kaunselor ProfesionalTugas kaunseling adalah satu tugas yang memerlukan lebih daripada satu kesanggupan membina hubungan istimewa ,menghargai dan memahami klien , mempunyai keyakinan bahawa klien akan membuat perubahan serta berpengetahuan cara manusia efektif berfungsi.Pengetahuan dan Kemahiran Menolong Individu

  • Ciri-Ciri Perlu Ada Pada Kaunselor ProfesionalKaunselor juga perlu menggunakan pelbagai pendekatan klinikal kerana setiap klien mungkin berbeza kaedah penyelesaiannya.Sebaik-baiknya belajar daripada kaunselor-kaunselor mahir dan mendalami ilmu agar menjadi kaunselor yang berkesan. Pengetahuan dan Kemahiran Menolong Individu

  • Ciri-Ciri Perlu Ada Pada Kaunselor ProfesionalKaunselor perlu menunjukkan kesanggupan melibatkan diri dalam proses kaunseling.Ini mendorong kaunselor menumpukan sepenuh perhatian kepada alam pemikiran dalaman klien.Kesanggupan Melibatkan Diri

  • Ciri-Ciri Perlu Ada Pada Kaunselor ProfesionalKaunselor juga perlu mempunyai emosi dan disiplin yang stabil dan menununjukkan bahawa tiada kelemahan untuk memahami dan menunjukkan keikhlasan kepada klien. Kesanggupan Melibatkan Diri

  • Ciri-Ciri Perlu Ada Pada Kaunselor ProfesionalKaunselor perlu mempunyai konsep kendiri yang positif, berasa aman ,selesa dan selamat tentang dirinya.Selain itu, kaunselor juga perlu mempunyai minat sosial yang tinggi dan mempunyai motivasi yang kuat untuk bekerjasama dengan orang lain serta bersikap toleransi. Mengenali Diri

  • Ciri-Ciri Perlu Ada Pada Kaunselor ProfesionalKaunselor juga perlu menambah ilmu ,membaiki diri dan pertumbuhan kendiri dan sekiranya tidak dapat membantu seseorang klien, dia perlu merujuk kepada pakar.Kaunselor yang terbaik adalah kaunselor peka dengan perasaannya sendiri, kelakuan dan pemikirannya. Barulah dapat memahami diri kliennya pula.Keikhlasan kaunselor memudah dan membantu klien percaya kepadanya.Mengenali Diri

  • Perkhidmatan Bimbingan Dan KaunselingPerkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah dan institusi pengajian tinggi pada kebiasaannya terbahagi kepada tiga : a) perkhidmatan pengajaran dan latihanb) perkhidmatan kaunselingc) perkhidmatan mengambil ujian

  • Perkhidmatan Bimbingan Dan KaunselingBagi mereka yang memerlukan latihan, makluman atau kemahiran Contoh Pelajar sekolah perlu tahu tentang bahaya penyalahgunaan dadah, merokok atau sebagainya.a. Perkhidmatan pengajaran dan latihan

  • Perkhidmatan Bimbingan Dan KaunselingMemilih kerjaya kaunselor sekolah boleh memanggil individu tertentu yang berjawatan bagi sesi ceramah tentang peluang pekerjaan kepaada pelajara. Perkhidmatan pengajaran dan latihan

  • Perkhidmatan Bimbingan Dan KaunselingContoh-contoh lain dalam komponen perkhidmatan pengajaran dan latihan ialah:a) cara-cara pembelajaran yang berkesanb) persediaan menduduki peperiksaanc) pengurusan masad) cara menghadiri temudugaa. Perkhidmatan pengajaran dan latihan

  • Perkhidmatan Bimbingan Dan KaunselingBagi mereka yang memerlukan khidmat kaunselor dalam menyelesaikan sesuatu masalah contoh pemilihan kerjayab. Perkhidmatan Kaunseling

  • Perkhidmatan Bimbingan Dan KaunselingKaunselor akan menyediakan ujian IQ, ujian personality dan minat kepada klien supaya mereka dapat memilih kerjaya yang sesuai dengan personality dan minatnya.c. PerkhidmatanMengambil Ujian

  • Kaunseling KelompokSuatu proses perhubungan yang dinamis antara seorang dengan beberapa orang yang lain, yang memfokus kepada tingkahlaku dan pemilihan yang sengaja dan melibatkan fungsi-fungsi terapi (pemulihan).Apakah kaunseling kelompok?

  • Kaunseling KelompokFungsi terapi tersebut diwujud serta dimajukan dalam satu kelompok kecil secara berkongsi masalah peribadidengan beberapa orang rakan sebaya serta kaunselor.Apakah kaunseling kelompok?

  • Kaunseling Kelompokmendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan dan proses pemulihan untuk merasionalkan seseorang mengikut kehendak ramaiCarl Rogers (1970)

  • Kaunseling Kelompokmengatakan bahawa kaunseling kelompok merupakan pertolongan sosial dan psikologi seseorang individu yang bertujuan supaya dia mengubah tingkah lakunya di samping berpengalaman baik dan sempurna.Dengan itu, dapatlah individu itu berdamping dengan individu yang lain dan persekitarannya.Dyer dan Vocind (1973)

  • Kaunseling KelompokMentakrifkan kaunseling kelompok sebagai suatu proses pertolongan kepada seseorang klien supaya dia dapat menyesuaikan dirinya dengan hal sehariannya dari aspek perkembangan tingkah laku, perhubungan peribadi, nilai diri, sikap serta memilih kerjaya berdasarkan kemahiran yang ada padanya.Gibson dan Mitchell (1981)

  • Kaunseling KelompokKelompok BimbinganKelompok KaunselingJenis-jenis kelompok

  • Kaunseling KelompokKelompok bimbingan biasanya digunakan untuk penyebaran maklumat khususnya untuk pelajar-pelajar di sekolah atau di institusi pengajian tinggi.Kelompok Bimbingan

  • Kaunseling KelompokContoh-contoh tajuk yang kerap dibincangkan ialah :1. pengurusan masa2. menghadiri temuduga3. kemahiran belajar4. pemilihan kerjaya5. persediaan peperiksaanKelompok Bimbingan

  • Kaunseling KelompokFokus kelompok kaunseling ialah individu, tidak seperti kelompok bimbingan di mana tumpuan ialah kepada topik-topik tertentu yang hendak disebarkan.Kelompok Kaunseling

  • Kaunseling KelompokAhli kelompok kaunseling terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja dan tidak mempunyai struktur.Kelompok Kaunseling

  • Kaunseling KelompokPeranan kaunselor ialah mewujudkan suasana selamat bagi ahli-ahli berbincang dengan tidak merasakan dirinya terancam oleh ahli-ahli yang lain.Kelompok Kaunseling

  • Kaunseling KelompokMemperolehi kemahiran sosial semasa berinteraksi dengan ahli-ahli berkelompokKaunselor dapat memberi perkhidmatanyang teratur dan berkesan kepada satu kumpulan yang ditetapkan.

    Kelebihan Kaunseling Berkelompok

  • Kaunseling KelompokKlien dapat memahami persamaan dan kelainan di antara ahli-ahli kelompok serta dapat berkongsi idea.Seseorang klien boleh menjadi sistem pembantu kepada ahli-ahlinya.

    Kelebihan Kaunseling Berkelompok

  • Kaunseling KelompokPendapat-pendapat bernas dapat dikumpulkan bersama.Bertambah yakin tentang persepsi diri sendiri.

    Kelebihan Kaunseling Berkelompok

  • Kaunseling KelompokDapat mempelajari kelemahan yang ada pada setiap ahli kelompok.Dapat mewujudkan tingkah laku yang positif hasil dari ransangan ahli kelompok.Kelebihan Kaunseling Berkelompok

  • Kaunseling KelompokMemberi kesedaran dan pengetahuan baru kepada ahli-ahli kelompok.Melahirkan sifat-sifat yang baik seperti jujur, ikhlas dan bertanggungjawab dalam membicarakan sesuatu.

    Kelebihan Kaunseling Berkelompok

  • Kaunseling KelompokMelahirkan semangat kerjasama dalam satu pasukan.Memahami diri sendiri dengan lebih mendalam.Kelebihan Kaunseling Berkelompok

  • Kaunseling KelompokDari segi etika profesional, adalah menjadi tanggungjawab kaunselor memelihara kerahsiaan klien supaya hubungan baik yang telah dijalinkan tidak disia-siakan.Kerahsiaan dalam kaunseling.

  • Kaunseling KelompokTanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bukan muktamad, kerana ada situasi tertentu yang membolehkan kaunselor bertindak sebaliknya.Beberapa prinsip kerahsiaan yang boleh membantu kaunselor

  • Kaunseling KelompokKerahsiaan dipelihara sekiranya tidak menggugat hak individu lain atau hak orang ramai.Kerahsiaan bergantung kepada benda yang hendak dirahsiakan. Kalau sesuatu perkarayang dikatakan rahsia, tetapi sudah diketahui umum, kaunselor tidak lagi terikat dengan soal dikatakan rahsia, tetapi sudah diketahui umum, kaunselor tidak lagi terikat dengan soal kerahsiaan.

    Beberapa prinsip kerahsiaan yang boleh membantu kaunselor

  • Kaunseling KelompokKlien membahayakan diri atau orang lainKlien sendiri meminta maklumat tentang dirinya didedahkanMahkamah meminta maklumat didedahkankaunselor mencurigai ada penderaan kanak-kanak berlaku

    Situasi-situasi boleh mengecualikan kerahsiaan: