PENGENALAN EDU 3063 sem 5.docx

22
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum, bangsa dan keturunan. Oleh yang demikian, isu integrasi nasional sering diperkatakan oleh masyarakat negara ini. Isu ini bertujuan untuk menyatukan semua lapisan rakyat yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya bagi membentuk satu bangsa yang mempunyai pegangan, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama. Dengan itu, penyatuan ini akhirnya akan dapat membentuk perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum di negara kita. Seterusnya, pendidikan merupakan entiti yang sangat penting dalam sesebuah negara. Negara yang memiliki pendidikan sempurna dapat membangunkan ketamadunan secara menyeluruh. Pembangunan negara kebiasaannya selari dengan pembinaan sekolah-sekolah atau pusat pengajian walaupun memiliki perbezaan dari aspek pendekatannya. Oleh itu, produk-produk dari sekolah merupakan asset terpenting yang mengubah struktur kemajuan negara. Kejayaan sekolah terletak kepada banyak faktor iaitu peranan kelas dan bilik darjah itu sendiri. Oleh yang demikian, hal ini ditandai oleh unsur-unsur yang terkandung di dalam bilik darjah yang mempengaruhi emosi murid. Oleh itu, peranan guru dalam memahami konsep kepelbagaian budaya di negara kita adalah sangat penting. Guru mempunyai peranan yang utama dalam memupuk kefahaman dan memberikan penghayatan kepada pelajar mengenai kepelbagaian budaya dan implikasinya kepada diri, bangsa dan negara. Dengan itu, 1

Transcript of PENGENALAN EDU 3063 sem 5.docx

Page 1: PENGENALAN EDU 3063 sem 5.docx

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara yang

mempunyai penduduk yang berbilang kaum, bangsa dan keturunan. Oleh yang

demikian, isu integrasi nasional sering diperkatakan oleh masyarakat negara ini. Isu ini

bertujuan untuk menyatukan semua lapisan rakyat yang berbeza dari segi latar

belakang, status sosial dan budaya bagi membentuk satu bangsa yang mempunyai

pegangan, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama. Dengan itu, penyatuan

ini akhirnya akan dapat membentuk perkongsian persefahaman dan pemikiran antara

kaum di negara kita.

Seterusnya, pendidikan merupakan entiti yang sangat penting dalam sesebuah

negara. Negara yang memiliki pendidikan sempurna dapat membangunkan

ketamadunan secara menyeluruh. Pembangunan negara kebiasaannya selari dengan

pembinaan sekolah-sekolah atau pusat pengajian walaupun memiliki perbezaan dari

aspek pendekatannya. Oleh itu, produk-produk dari sekolah merupakan asset terpenting

yang mengubah struktur kemajuan negara. Kejayaan sekolah terletak kepada banyak

faktor iaitu peranan kelas dan bilik darjah itu sendiri. Oleh yang demikian, hal ini ditandai

oleh unsur-unsur yang terkandung di dalam bilik darjah yang mempengaruhi emosi

murid.

Oleh itu, peranan guru dalam memahami konsep kepelbagaian budaya di negara

kita adalah sangat penting. Guru mempunyai peranan yang utama dalam memupuk

kefahaman dan memberikan penghayatan kepada pelajar mengenai kepelbagaian

budaya dan implikasinya kepada diri, bangsa dan negara. Dengan itu, menjelang tahun

2020, Malaysia harus menjadi negara yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang

mempunyai nilai moral yang kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur

serta penyayang.

Edward Burnett Tylor berpendapat bahawa, budaya atau kebudayaan

merupakan keseluruhan yang kompleks. Di dalamnya terkandung pengetahuan,

kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain

yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat. Selain itu, Islam turut

mempunyai takrif tersendiri mengenai sosio budaya ini. Sosio budaya menurut islam

ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu masyarakat yang lahir

1

Page 2: PENGENALAN EDU 3063 sem 5.docx

dari akidah dan petunjuk islam, bersangkutan dengan akhlak dan pergaulan masyarakat

itu dalam berbagai bidang penghidupan mereka, bagi meransang pembangunan

masyarakat berkenaan menurut yang diredhai Allah swt.

Manakala menurut Kamus Dewan Edisi ke 3 (1996) pula, menyatakan budaya

dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban yang bermaksud kemajuan fikiran

atau akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Dalam konteks pendidikan,

kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat

budaya mereka sahaja. Malah ini juga merangkumi skop yang lebih besar.

2.0 MAKANAN TRADISIONAL ( TUMPIK LEMANTAK UDANG )

2.1 Sejarah

Makanan ini popular di kalangan orang Melanau, Sarawak. Menurut cerita orang-orang

tua pada zaman dahulu semasa zaman pemerintahan Jepun, masyarakat pada ketika

itu amat susah untuk mendapatkan beras sebagai sumber makanan mereka. Selain dari

makan ubi kayu mereka juga akan makan tumpik lemantak ini sebagai makanan harian

mereka.

Makanan ini sangat mudah dan ringkas untuk disediakan. Lebih-lebih lagi, dari

aspek masa pula tidak terlalu lama dan ianya cepat masak. Makanan ini juga boleh

mengenyangkan dan juga sedap apabila dimakan semasa panas.

2.2 Adat Resam

Adat bermaksud aneka kelaziman dalam sesebuah negeri berdasarkan kepada keadaan

dan situasi sesuatu masyarakat itu. Ringkasnya, adat adalah peraturan hidup sehari-hari

dan merupakan gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan,

norma, kebiasaan, kelembagaan dan hukum adat yang lazim dilakukan di sesuatu

daerah. Secara umumnya, kelaziman atau kebiasaan sesuatu perkara yang dilakukan

itu telah bersebati dalam kehidupan sesuatu masyarakat dari suatu negara,

2

Page 3: PENGENALAN EDU 3063 sem 5.docx

kebudayaan, waktu atau agama yang sama. Selain itu, adat dapat diteruskan dengan

adanya informasi yang disampaikan dari generasi ke generasi, baik secara bertulis

ataupun lisan.

Manakala adat resam atau adat istiadat yang diterima oleh sesuatu bangsa

merupakan cetusan peraturan dan panduan di mana ia adalah satu garis penentu

sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesebuah masyarakat

menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka sebagai

menyempurnakan atau melaksanakannya sebagai satu peraturan. Peraturan ini menjadi

amalan dan kebiasaan, menjadi sifat dan tabiat manusia semulajadi di mana lama-

kelamaan telah menjadi satu kemestian yang diikuti secara turun-temurun bagi

mengekalkan tradisi sesuatu kaum itu.

Bagi masyarakat di Sarawak pula, terdapat pelbagai suku kaum di negeri

tersebut. Contohnya kaum Melayu, Iban, Kenyah, Kayan, Kelabit dan sebagainya.

Kesemuanya mempunyai adat resam mereka tersendiri contohnya, kaum Iban adat

resamnya, menyimpan pasu, gong dan tempayan yang digelar tajau. Tajau dianggap

suci, bernilai, dihormati dan diwarisi turun temurun. Kaum Kayan, Kelabit dan Kenyah

pula, mereka menindik telinga dan menggantung gelang-gelang timah atau tembaga

pada cuping telinga sehingga lanjut serta melukis tatu atau mencacah badan dengan

pelbagai corak. Manakala, kaum Melayu Sarawak, mengamalkan peraturan dan adat

resam yang berasaskan agama islam. Selain itu, saling membantu terutama dalam

perayaan, majlis perkahwinan, kenduri dan menanam juga padi.

Bagi makanan tumpik lemantik udang ini, makanan ini tidak mempunyai adat

resam. Tumpik lemantik ini sekadar sejenis makanan masyarakat Malanau dan

makanan ini sangat popular dari dulu sehinggalah sekarang.

2.3 Pantang-larang

Seperi yang kita sedia maklum, pantang larang merupakan larangan keras terhadap

suatu tindakan berdasarkan kepercayaan bahawa tindakan sedemikian terlalu suci atau

terlalu terkutuk untuk dilakukan oleh orang biasa, dengan ugutan hukuman oleh kuasa

ghaib. Oleh itu, larangan-larangan sedemikian wujud dalam rata-rata semua

masyarakat. Selain itu juga, maksud pantang larang juga sedikit sebanyak diluaskan

dalam bidang sains sosial untuk memaksudkan larangan keras terhadap sebarang

bidang kegiatan manusia atau adat yang suci atau terlarang berasaskan penilaian

3

Page 4: PENGENALAN EDU 3063 sem 5.docx

akhlak dan kepercayaan agama. " Melanggar pantang larang " itu lazimnya dikecam

oleh masyarakat pada umumnya, tidak sekadar sebahagian dalam budaya.

Seterusnya, masyarakat Melayu di Sarawak merupakan golongan peribumi

kedua terbesar selepas kaum Iban dan kaya dengan kepercayaan serta amalan turun

temurun yang menjadi sebahagian daripada peraturan sosial dan dikongsi bersama

dalam kehidupan bermasyarakat. Kepercayaan dan amalan ini dimanifestasikan melalui

petua-petua dan pantang larang lama yang diyakini kesannya terhadap kehidupan.

Walaupun amalan petua dan pantang larang lama berpaksi kepada agama suci Islam,

namun terdapat juga unsur-unsur animisme yang masih dikekalkan. Oleh yang

demikian, berasaskan senario ini akan mengetengahkan unsur-unsur yang

menunjukkan hubung kait antara petua dan pantang larang tradisional Melayu Sarawak,

khususnya dari aspek kehidupan seharian, hidup berkeluarga dan keselamatan diri,

dengan agama Islam dan unsur-unsur animisme.

Selain itu, penelitian akan berkisar tentang signifikan amalan petua serta

pantang larang tradisional ini pada zaman sekarang. Daripada penelitian, didapati

bahawa petua dan pantang larang tradisional masyarakat Melayu Sarawak mempunyai

perkaitan rapat dengan unsur-unsur yang dinyatakan sebelum ini, namun dengan batas

dan penyesuaian berlandaskan agama Islam. Selain itu, petua dan pantang larang lama

ini dilihat bermanfaat sebagai panduan dan nasihat kepada masyarakat dalam

menelusuri alur kehidupan, justeru ada antaranya yang masih diamalkan sehingga kini.

Walau bagaimanapun, tumpik lemantak udang ini juga ada pantang larangnya

tersendiri. Iaitu, menurut orang-orang tua dahulu, semasa memakan tumpik lemantak ini

tidak boleh gelak ketawa dengan kuat. Ini bermaksud, kita dilarang sekali gelak dengan

kuat semasa memakan makanan ini. Jika berlaku juga, maka ‘tulah‘ akan menimpa

individu tersebut. Contohnya berlaku perkara yang tidak baik seperti tercekik mahupun

mendapat sakit. Dengan itu, pantang larang ini telah diikuti turun temurun sampailah

sekarang.

2.4 Kepercayaan dan Kebudayaan

Kepercayaan secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu

perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu pekara itu

akan disertai oleh perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap pekara yang berkenaan.

Selain itu, kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa

4

Page 5: PENGENALAN EDU 3063 sem 5.docx

yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude). Manakala

dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas

pembangunan moral.

Oleh itu, dalam konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai Akidah ataupun Iman.

Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak,

kerana ia sentiasanya melibatkan penekanan, penuntutan, dan jangkaan daripada

seorang individu mengenai kebenaran sesuatu. Kebenaran yang dituntut itu mungkin

sahih, dan mungkin palsu secara objektif, tetapi bagi individu yang berkenaan ia adalah

sahih.

Manakala budaya pula bermaksud suatu cara hidup yang berkembang dan

dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang kemudian diwariskan dari generasi ke

generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan

politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan dan karya seni.

Terdapat pelbagai kaum dan etnik dalam masyarakat di Sarawak. Antaranya

ialah kaum Melayu, Iban, Melanau, Kayan dan sebagainya. Dalam kepercayaan Iban,

mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis didalam 'Papan

Turai' oleh 'Tuai raban bansa' atau Chief Paramount dengan berpandukan nasihat

'Beliau' dan 'Lemambang'. Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan

mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah

disemak terlebih dahulu.

Menurut etnik Kayan pula, mereka memandang berat pada adat kepercayaan

yang datang dari nenek moyang terdahulu. Kepercayaan yang dipegang harus dipatuhi

dalam kehidupan seharian. Jika tidak, akan ditimpa malapetaka atau sumpahan.

Misalnya tidak boleh ketawakan katak kerana dikuatiri ribut petir melanda. Katak

dikatakan sinonim dengan hujan. Selain itu, bermain sembunyi- sembunyi selepas senja

amat dilarang kerana dipercayai akan disembunyikan oleh hantu atau roh semangat

jahat.

Dalam Islam misalnya, waktu senja merupakan antara masa berkeliarannya iblis

atau syaitan. Jadi amat tidak elok sekiranya dibiarkan kanak-kanak berkeliaran di luar

rumah. Etnik Kayan turut mempercayai pantang larang melangkah kaki orang tua atau

orang dewasa. Keadaan ini dipercayai akan terkena tulah. Sekiranya itu yang berlaku,

orang tua atau orang dewasa tersebut harus segera meludah ke arah orang yang

5

Page 6: PENGENALAN EDU 3063 sem 5.docx

melangkah bagi mengelakkan terkena tulah. Pantang larang tidak boleh menunding jari

telunjuk ke arah bulan atau matahari amat digeruni oleh masyarakat etnik Kayan.

Sekiranya terdapat mana-mana masyarakat yang berbuat demikian, jari mereka akan

bengkok.

Kepercayaan lahir dalam satu komuniti masyarakat berdasarkan keadaan jiwa

yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional) kerana ia

melibatkan penekanan seseorang mengenai sesuatu kebenaran. Melalui kepercayaan

yang dipegang, ia mampu menyatukan masyarakat di bawah satu pegangan yang

sama. Kebiasaannya, pantang larang yang diamalkan bertujuan menjaga keharmonian

hidup sesuatu komuniti.

Walau bagaimanapun, tumpik lemantak udang ini mempunyai budayanya

tersendiri. Selalunya tumpik lemantak ini dibuat ketika musim udang mahupun musim

ikan. Ini disebabkan tumpik ini sedap kalau intinya diperbuat daripada udang atau ikan-

ikan yang segar dari sungai atau laut. Selain itu, makanan ini hanya sedap dimakan

ketika panas lagi dan makan bersama keluarga di waktu petang mahupun sebagai

sarapan pagi.

3.0 CARA PENYEDIAAN / BAHAN-BAHAN

3.1 Bahan-bahan

Bahannya :

3.1.1 2 Cawan tepung sagu ( guna yang asli, bukan yang dikeringkan ).

- Kalau tepung yang kering, kena lembabkan dahulu.

3.1.2 1 - 1 1/2 Cawan kelapa parut putih.

3.1.3 1 Cawan sagu yang dihancur kasar.

6

Page 7: PENGENALAN EDU 3063 sem 5.docx

3.1.4 3 Sudu makan nasi ( optional-kalau tak letak pun tak apa).

3.1.5 Garam secukup rasa.

3.1.6 Udang yang dicincang /hirisan cili /daun bawang/ bawang/ ikan bilis.

3.2 Cara membuatnya:

3.2.1 Gaulkan semua bahan sehingga sebati. Teksturnya agak kering.

3.2.2 Panaskan periuk atau kuali, kemudian taburkan bahan yang digaul tadi.

3.2.3 Tutupkan tudung periuk. Biar beberapa minit dan keluarkan dari periuk.

- Kalau suka versi yang ranggup, jangan tabur bahan tebal sangat, buat

nipis sahaja. Asal dapat menutupi dasar periuk.

Perhatian : Makanan sangat sedap dimakan ketika panas. Maknanya sambil masak ,

sambil makan. Masa nak masak hanya perlu 2-3 minit sahaja.

4.0 PERKAITAN MAKANAN DENGAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA MURID DAN

ASPIRASI DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)

4.1 Sosiobudaya

Dengan kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita

akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara

umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Implikasi kepelbagaian

sosio-budaya ini melibatkan murid, guru, sekolah dan kurikulum tersirat .

Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran dan seharusnya

berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudis terhadap

rakan bangsa lain. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik

supaya tidak terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain.

Selain itu, kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh murid tidak harus

dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling

percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosiaisasi antara kaum tanpa

mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri

7

Page 8: PENGENALAN EDU 3063 sem 5.docx

murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan

dalam masyarakat majmuk di negara kita.

Seterusnya, penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid-

murid semasa berada di sekolah terutamanya semasa berlangsungnya pembelajaran.

Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan dan murid harus sentiasa

berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Laras bahasa yang tepat akan

membantu murid berkomunikasi dengan lancar.

Walau bagaimanapun, murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung

dengan mereka yang berlainan jantina mengikut batas-batas yang sepatutnya. Mereka

juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan

jantina dan saling menghormati antara satu sama lain.

Seterusnya, kemahiran juga berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah

pembentukan budaya penyayang. Komunikasi berkesan dapat dicapai melalui cara

bertutur, pengunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui pengunaan alat-alat tertentu

seperti komputer, telefon dan sebagainya. Selain itu juga, murid biasanya akan

terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang

profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program-program yang bertujuan

membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan

segala tingkahlaku negatif.

Kebiasaannya, murid juga suka akan budaya belajar yang ceria,

menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkat kecergasan mental, kreatif

dan ininovatif dan bermatlamat. Guru diperlukan membentuk budaya bilik darjah yang

dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama murid

dan murid dengan guru. Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru

serta rakan sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang

dibaluti perasaan kasih saying dapat memberi peluang yang terbaik untuk

mengembangkan potensi diri mereka kea rah pembentukan modal insane yang

berkualiti.

Oleh itu, tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Guru boleh dapat

mengurangkan kadar ponteng dan masalah disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik

darjah yang berkesan. Kadar bilangan murid yang terlalu ramai dan tidak seimbang

bukanlah ukuran subjektif bahawa kelas itu tidak dapat dibangunkan. Kecekapan yang

8

Page 9: PENGENALAN EDU 3063 sem 5.docx

ditunjukkan oleh bakal guru menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat

ditransformasikan menjadi sebuah rumah yang menepati slogan ‘bilik darjahku,

rumahku’.

Mungkin terdapat beberapa orang murid yang nakal didalam setiap kelas, namun

harus diingat bahawa bukan murid menjadi puncah permasalahan. Kemahiran

mengawal kelas sebaik sahaja guru memasuki kelas merupa titik noktah penting dalam

pengajaran dan pembelajaran. Murid –murid yang menimbulkan punca permasalahan

harus dikenalpasti, supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’. Guru mesti mencuba

membantu menyelesaikan punca permasalahan dan meneruskan aktiviti pengajaran

dengan banyak berinteraksi dengan murid sehingga ia merasakan dirinya mendapat

perhatian dan dihargai sehingga ia merasakan mendapat perhatian dan dihargai bukan

kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang disenangi guru.

Manakala, ketegasan terhadap disiplin murid perlu dilakukan dengan cara dan

pendekatan berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan

mendera tetapi lebih kepada pengajaran. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan

untuk membentuk perangai murid memang mengambil masa yang lama. Dengan itu,

murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada

masanya.

4.2 PPPM

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini bermula pada Oktober 2011,

apabila Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan

negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan

Pendidikan yang baharu. Dengan itu, kerajaan telah mengambil keputusan

melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan

antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dan harapan ibu bapa

serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi

muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21.

Oleh itu, dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian ini, Kementerian telah

memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang

dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD dan enam Institusi

Pengajian Tinggi Awam. Selain itu kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin

sekolah, guru, ibu bapa, orang ramai dan murid di seluruh negara. Dokumen awal Pelan

9

Page 10: PENGENALAN EDU 3063 sem 5.docx

Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem

pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan

membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa.

Walau bagaimanapun, pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid

yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Pelan ini juga

mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh

Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Usaha yang telah dirangka dan akan

dilaksanakan untuk mentransformasi sistem pendidikan negara diharap dapat difahami

dengan jelas oleh masyarakat keseluruhannya. Kementerian juga akan mendapatkan

maklum balas tentang laporan awal pelan ini daripada seluruh komuniti sebelum laporan

akhir pelan ini dihasilkan pada Disember 2012.

4.3 Aspirasi Pendidikan

Antara lima hasil yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, iaitu;

akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Lima aspirasi ini muncul daripada

laporan pendidikan yang pernah dikeluarkan sebelum ini tetapi kandungannya masih

relevan iaitu Laporan Razak (1956), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) dan PIPP

(2006-2010). Sekolah adalah barisan hadapan dan peringkat operasi dalam

melaksanakan tanggungjawab memastikan lima aspirasi sistem pendidikan dapat

dicapai.

4.3.1 Akses Kepada Kejayaan

Untuk memastikan setiap murid di sekolah mendapat akses yang sama kepada

pendidikan berkualiti, sekolah memainkan peranan yang penting tanpa mengira

taraf ekonomi, kaum atau latar belakang murid bagi membolehkan murid

mencapai potensi masing-masing.

Oleh itu, prinsip pendidikan untuk semua, perlu dijadikan asas dalam

memastikan akses dan enrolmen setiap lapisan murid dari peringkat prasekolah

ke peringkat sekolah menengah dapat dipenuhi. Bagi tujuan ini pihak sekolah

perlu memberi komitmen demi memastikan tiada murid yang tercicir dan semua

murid memenuhi standard minimum iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata

pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah

dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral pada akhir tingkatan 5. Ini adalah

10

Page 11: PENGENALAN EDU 3063 sem 5.docx

bertujuan untuk meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang lain

di samping meningkatkan peratusan murid melanjutkan pelajaran pada peringkat

universiti, kolej, politeknik, vokasional dan program latihan kemahiran yang

berstruktur.

Selain itu ada segelintir murid yang cenderung kepada bidang kemahiran.

Contohnya dalam bidang kemahiran memasak, sekiranya minat dan bakat yang

ada pada diri individu tersebut diasah dan digilap, tidak mustahil murid tersebut

akan berjaya dan menjadi ‘Chef’ yang terkenal dan terkemuka seperti Chef Wan

dan sebagainya. Individu tersebut berpeluang mempromosikan masakan atau

makanan yang menjadi ‘signature’ beliau kepada masyarakat di luar negara dan

secara spontan membawa nama negara ke serata dunia.

4.3.2 Kualiti Standard Antarabangsa Yang Tinggi.

Untuk aspirasi yang kedua ini melibatkan peranan sekolah dalam memastikan

setiap sekolah memberikan proses pendidikan yang berkualiti kepada murid-

murid setanding dengan negara maju yang lain mengikut standard

antarabangsa. Langkah ini termasuklah standard untuk bidang Matematik, Sains

dan Bahasa Inggeris serta kemahiran berfikir aras tinggi.

Oleh itu, KPM misalnya telah mensasarkan agar negara berada dalam

kelompok sepertiga teratas dari segi prestasi dalam TIMSS (Trends in

Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme For International

Student Assessment) dalam tempoh 15 tahun.

Dengan itu, komitmen guru dan masyarakat yang mendukung sekolah

yang tinggi amatlah diharapkan. Pelaksanaan i-THINK dan Frog VLE perlulah

dilaksanakan secara serius kerana ini adalah kerangka asas yang dapat

memenuhi keperluan proses pembelajaran dan pengajaran berkualiti tinggi.

Walau bagaimanapun, pihak sekolah juga harus menyediakan

kelengkapan dan peralatan untuk pendidikan semaksimum yang mungkin demi

menghasilkan produk (murid) yang sangat berkualiti.

4.3.3 Ekuiti Untuk Semua Murid

Tanggungjawab setiap sekolah untuk memastikan sistem pendidikan yang

dilaksanakan berada pada tahap yang terbaik kepada setiap murid tanpa

11

Page 12: PENGENALAN EDU 3063 sem 5.docx

mengira etnik, tempat atau latar belakang sosioekonomi. Sekolah perlu meberi

peluang kepada setiap murid supaya jurang yang ada dalam kalangan mereka

dapat dirapatkan.

Selain itu juga, sekolah bertanggungjawab untuk memastikan setiap

murid yang mempunyai pelbagai latar belakang dan sosioekonomi di sekolah

mendapat hak dan ekuiti yang sama terhadap kemudahan dalam menyokong

pembelajaran dan pembangunan sahsiah mereka. Manakala program

Pendidikan Khas, Kelas Rancangan Khas dan Program Kawalan yang terdapat

di sekolah perlulah diurus dengan berkesan bagi membolehkan murid

dibangunkan mengikut kebolehan dan potensi masing-masing.

Dengan itu, kesemua murid diberikan hak yang sama dalam pendidikan

dan menyediakan keperluan yang bersesuaian kepada pihak tersebut.

4.3.4 Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Murid

Mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang ada merupakan

aspirasi negara yang utama. Sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian

dan mengutamakan keterangkuman sosial yang unik akan mempamerkan

perpaduan yang lebih kuat. Kajian yang dilakukan oleh OECD pula menunjukkan

bahawa perpaduan yang kuat mempunyai kaitan yang rapat dengan rakyat yang

sihat, masyarakat yang selamat dan kadar guna tenaga yang tinggi.

Oleh itu, murid menghabiskan masa lebih seperempat daripada mereka

di sekolah semasa mereka berusia 7 hingga 17 tahun, maka sekolah merupakan

medan yang subur untuk pemupukan semangat perpaduan. Oleh itu sekolah

perlu mewujudkan interaksi dalam kalangan murid-murid agar mereka belajar

saling memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian. Manakala gerak

kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dan dasar 1 murid 1 sukan perlu

dimantapkan agar penerapan nilai dan pengalaman dapat diterapkan ke arah

pembinaan identiti nasional yang seterusnya memupuk perpaduan.

Walau bagaimanapun, dengan mengadakan rumah terbuka pada setiap

kali perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitiri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan

sebagainya, aktiviti seperti ini boleh menyatupadukan kaum sama ada Melayu,

Cina mahupun India. Dengan pelbagai jenis makanan yang telah disediakan

12

Page 13: PENGENALAN EDU 3063 sem 5.docx

tersebut, kaum-kaum lain boleh merasai sendiri makanan daripada kaum

berlainan dan ini boleh merapatkan lagi silaturrahim sesama mereka.

4.3.5 Pelaksanaan Berkecekapan Tinggi

Aspirasi pendidikan nasional yang kelima iaitu elemen kecekapan. Kerajaan

menerusi bajet tahunan telah memperuntukan perbelanjaan besar kepada sektor

pendidikan (16%), yang secara jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan

terhadap pendidikan.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan warga pendidikan

di sekolah untuk memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan murid

dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan. Pelaksanaan program

pendidikan perlu dibuat secara lebih bertanggungjawab dan menggunakan

sumber yang ada secara cekap, berkesan dan memberi impak yang maksimum.

Walau bagaimanapun, dengan mengadakan pertandingan inovasi

makanan tradisonal ini juga boleh meningkatkan kecekapan tinggi dalam diri

murid. Murid-murid boleh mengubahsuai makanan tradisional yang sedia ada

dan menjadikannya makanan yang lebih baik dan sempurna dari segi

persembahan mahupun rasa makanan tersebut. Kecekapan yang ada dalam diri

setiap murid perlu diasah dan digilap supaya mereka lebih cekap dan

berkeyakinan diri terhadap diri masing-masing.

5.0 PENUTUP

Oleh itu, saya dapat menyimpulkan bahawa seorang guru perlu memainkan peranan penting

bagi menyuntik dan mendidik murid di dalam menjaga hubungan dan menghormati sesama

manusia. Ini disebabkan, kita hidup di dalam sebuah negara yang pelbagai agama, budaya dan

kaum. Dengan itu, guru sendiri yang akan mencorak murid sama ada menjadi insan yang baik

ataupun tidak. Selain itu, seorang guru perlu mengkaji latar belakang murid dan keperluan

mereka. Hal ini bagi mewujudkan serta menghasilkan satu pengajaran yang sempurna.

Hakikatnya, jika guru dapat mengetahui kehendak murid dan permasalahan murid didalam

pembelajaran maka guru akan menghasilkan perancangan pengajaran yang teratur dan baik.

Walau bagaimanapun, seorang guru perlu bijak di dalam sesi pengajaran. Perkara yang

ingin dijelaskan tidak semestinya mengajar subjek selain sivik dan moral tidak mampu

13

Page 14: PENGENALAN EDU 3063 sem 5.docx

menyelitkan elemen budaya tetapi setiap subjek perlu diselitkan dengan elemen moral yang

baik mendidik dan membina satu sifat yang murni dikalangan murid. Dengan itu, pengetahuan

tentang budaya perlu diperluaskan dan menghormatinya perlu diterapkan. Hal ini bagi

membentuk suasana yang harmoni dan bebas dari keburukan dan perkauman. Sesungguhnya

kita hidup di bawah satu bendera iaitu Malaysia.

14

Page 15: PENGENALAN EDU 3063 sem 5.docx

BIBLIOGRAFI

Azman (2014), Enam Aspirasi Murid. Diakses pada 15 Ogos 2015, daripada laman web http://pibgsmala.blogspot.com/2014/07/enam-aspirasi-murid-lima-aspirasi.html

Bukaree (2011). Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya. Diakses pada 12 Ogos 2014, daripada laman web http://bkree66.blogspot.com/2011/07/implikasi-kepelbagaian-sosio-budaya.html

Cikgu Hafiz ( 2014 ). Budaya Dan Pembelajaran (EDU 3106). Diakses pada 10 Ogos 2015, daripada laman web http://cikguhafiz18.blogspot.com/2014/03/budaya-dan-pembelajaran-edu-3106.html

Edge (1992). Sistem Mentor Untuk Guru-Guru Permulaan : Antara Cabaran Dan Harapan Oleh Salhah Binti Abdullah. Jurnal Pendidikan Guru. Bil 11/1996

Kagan (1992). Sekolah Bestari : Pedagogi Abad Ke-21 Dan Profesionalisme Guru Dr. Kartini Bt. Baharom. Jurnal Pendidikan Guru 2002. Bil 15

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010: Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan. Kuala Lumpur: KPM

Mohammad Falakhuddin (2012). Budaya dan Pembelajaran. Diakses pada 11 Ogos 2015, daripad laman web http://www.slideshare.net/falakh90/budaya-dan-pembelajaran-edu3106

Noriati et.al (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Othman Puteh (2002). Pengajaran Bahasa Melayu : Suatu Kerjaya Professional Oleh Hasnalee Bin Tubah. Jurnal Akademik Tahun 2004, MPTAR, Jilid 1 , Ms. 11-20

Stephanie Unsil (2014). EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (Semester 5). Diakses pada 12 Ogos 2015, daripada laman web http://www.slideshare.net/missstepheltonz/5-hasil-kerja-35013538

Ting Len Siong (2013). Budaya dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd

15

Page 16: PENGENALAN EDU 3063 sem 5.docx

16