pengenalan & fokus kajian.doc
-
Upload
amira-hafiza-mohamad -
Category
Documents
-
view
230 -
download
0
Transcript of pengenalan & fokus kajian.doc
DOMINO PECAHAN MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 3 TERHADAP
KONSEP PECAHAN SETARA
Oleh: AMIRA HAFIZA BINTI MOHAMAD
1.0 PENGENALAN
Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu
pembelajaran. Howard gardner (1983) ada mengatakan tentang ketidak serasian antara
kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang
murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat
saya, kaedah pengajaran guru Matematik itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa
namun jika minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran itu telah hilang, ianya sukar
untuk dikembalikan. Oleh itu dengan kajian ini, saya ingin membantu meningkatkan
kefahaman dan minat murid terhadap Matematik ataupun sekurang-kurangnya
mengekalkan minat sedia ada.
Sewaktu saya mengajar topik pecahan iaitu pecahan setara di kelas tahun 3
Aisyah, saya mendapati lapan orang daripada dua puluh orang murid tidak dapat
menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Apabila saya bertanya kepada mereka
apa yang menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan berkenaan sedangkan
saya telah sediakan petak sifir sebagai rujukan mereka, mereka menyatakan bahawa
mereka tidak faham bagaimana sesuatu pecahan itu dikatakan pecahan setara. Respon
daripada mereka menyebabkan saya kecewa dan buntu kerana saya menyangka
dengan menggunakan petak sifir dan juga jalur pecahan itu sudah memadai untuk
membuatkan mereka faham apa itu pecahan setara tetapi rupanya sangkaan saya tidak
benar sama sekali kerana hanya beberapa orang murid yang cemerlang sahaja yang
dapat memahaminya. Hal ini membuatkan saya terfikir apa yang perlu saya lakukan
dan bagaimana saya dapat membuatkan mereka faham konsep pecahan setara
walaupun pada masa yang sama mereka tidak menghafal sifir. Masalah inilah yang
mendorong saya untuk menjalankan kajian ini.
Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya ibu bapa dan pihak
sekolah dalam menyediakan pembelajaran yang menarik seperti menggunakan
Dominos Pecahan supaya pelajar dapat melaui dan merasai peluang belajar dengan
seronok dan bermakna. Adalah perlu bagi menjalankan aktivit-aktiviti pembelajaran
yang menarik dalam kalangan murid terutamanya murid-murid yang lemah bagi
menarik minat mereka dalam matapelajarn matematik. Dengan kajian ini, semoga dapat
membantu guru-guru meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka supaya pelajar
dapat mempelajari matematik dengan lebih seronok dan bermakna.
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
Fokus kajian saya ialah untuk menyelesaikan masalah pelajar yang tidak
memahami konsep pecahan setara kepada murid tahun 3 Aisyah di Sekolah
Kebangsaan Ayer Terjun. Saya mendapati pelajar-pelajar ini keliru dan tidak memahami
konsep pecahan setara. Hal ini ialah melalui pemerhatian yang saya lakukan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran berkenaan tajuk ini dijalankan dimana mereka
kelihatan pasif berbanding pelajar-pelajar lain. Selain itu, apabila saya menyemak
lembaran kerja mereka juga saya dapati mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan
yang diberikan. Ada sesetengah soalan berkenaan dijawab dengan cara meniru rakan
mereka. Jelas bahawa mereka masih tidak faham konsep pecahan setara kerana
mereka tidak dapat mengaplikasikan petak sifir yang saya sediakan bagi menjawab
soalan-soalan berkenaan.
Berdasarkan pemerhatian yang saya jalankan, mereka ini tidak dapat memahami
bahawa pecahan setara itu adalah sama. Disebabkan dua pecahan tersebut berbeza,
mereka tidak menghubungkaitkan bahawa ia membawa nilai yang sama. Mereka
beranggapan apabila nombor pada pecahan itu ialah nombor yang besar manakala ia
merupakan pecahan yang lebih besar dan bukannya sama nilai. Walaupun saya
meminta mereka menggunakan petak sifir kerana mereka tidak ingat sifir, mereka
masih tidak dapat menjawab soalan berkenaan. Saya juga ada menemubual pelajar-
pelajar berkenaan apa yang membuatkan mereka tidak faham konsep pecahan setara
ini. Ada beberapa orang yang keliru kerana mereka tidak menghafal sifir dan ada juga
yang langsung tidak faham apa yang telah saya terangkan sewaktu sesi pengajaran
dan pembelajaran topik berkenaan.
Sewaktu saya menjalani praktikum fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Kuala Setiu,
masalah yang sama juga timbul dimana beberapa orang pelajar tidak dapat memahami
konsep pecahan setara ini. Bagi pelajar-pelajar yang lemah, mereka tidak dapat
menjawab soalan berkenaan pecahan setara walaupun saya telah menyediakan petak
sifir sebagai rujukan mereka. Sukar untuk saya membuatkan mereka faham bahawa
pecahan setara merupakan dua pecahan yang mewakili satu nilai yang sama. Justeru
untuk mengatasi masalah ini saya menjalankan kajian menggunakan ‘Domino Pecahan’
bagi meningkatkan kefahaman pelajar tentang konsep pecahan setara. Dengan cara ini
pelajar dapat melihat secara jelas dan konkrit bagaimana pecahan tersebut dikatakan
setara.