PENGENALAN FROG VLE
description
Transcript of PENGENALAN FROG VLE
PENGENALAN KEPADA PROJEK 1BESTARINET DAN FROG VLE
1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek
ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan
dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran
maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada
Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu.
Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai
intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah
satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang
menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan
konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah
secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan
menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh
berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun
kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di
mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.
Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi
anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di
United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan
kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk
mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog
VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang
berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk
memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.
FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan
golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk
membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia.
Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan
membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang
boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.
Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan
mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.
Kelebihan Frog VLE adalah seperti berikut :
a. Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan yang mudah
untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan
tugasan dan menguruskan kalendar akademik.
b. Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di
seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi
sumber dan idea.
c. Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-
based),pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua.
Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah
yang berat bakal menjadi sejarah.
d. Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan
membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet
(video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web,
tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan
sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi
memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.
e. Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian
selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom
dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan
rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google
Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik
pengajaran dan pembelajaran.
PROJEK 1BESTARINET DAN FROG VLE DI SK BANDAR UTAMA
DAMANSARA ( 4 )
Pada bulan September 2012, dua orang guru dari sekolah ini telah dipilih oleh Pihak
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk menjadi peserta Kursus Penyebaran Frog
VLE di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Kedua-dua orang guru ini
dilantik sebagai penyelaras untuk Frog VLE bagi sekolah. Dengan secara tidak
langsung, sekolah terlah terpilih sebagai antara sekolah rintis untuk projek ini di
seluruh negara.
Atas dasar inilah, maka SK Bandar Utama Damansara ( 4) mengambil inisiatif
untuk memberi latihan kepada guru-guru terlebih dahulu tentang Frog VLE sebelum
disebarluaskan kepada murid-murid dan ibu bapa. Sebanyak tiga kali Latihan Dalam
Perkhidmatan ( LADAP ) diadakan yakni dua kali pada tahun 2012 dan sekali pada
awal 2013. Namun seperti tiada perubahan dalam penggunaan Frog VLE dalam
kalangan guru-guru.
Oleh itu, pada 18 dan 25 April 2013, Ahli Jawatankuasa Frog VLE mengambil
keputusan mengadakan LADAP yang bertajuk ‘Bengkel Penggunaan Frog VLE’
kepada semua guru. Kali ini dengan lebih tersusun dan objektif yang sangat jelas.
Persediaan rapi dijalankan dan hasilnya dipersembahkan dalam buku laporan ini.