PENGENALAN KBSR

download PENGENALAN KBSR

of 10

Transcript of PENGENALAN KBSR

  • 8/2/2019 PENGENALAN KBSR

    1/10

    BMM3101

    PENGENALAN KBSR

    Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

    1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.

    1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.

    1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.

    1988 Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi

    1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu

    Sekolah Rendah.

    1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.

    Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh

    Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang

    dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa

    Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah

    dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa

    kelemahan yang perlu diatasi.

    Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya padatahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada

    nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya

    perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti

    sebelumnya.

    Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama,

    murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan.

    Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas

    3M iaitu membaca , menulis dan mengira.

    Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru

    Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa

    Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat

    dengan maksud dan tajuk dan boleh difahami.

    1

  • 8/2/2019 PENGENALAN KBSR

    2/10

    BMM3101

    Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu

    secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

    (JERIS).

    Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan

    berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan

    Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak

    pada guru agama sahaja.

    KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang

    kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu.

    Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat

    pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara

    menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai

    estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk

    membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi

    nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

    Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSR

    Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa

    buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula

    diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke

    sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan

    yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.Dari segi susunan

    fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana

    program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi

    antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi

    strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar

    dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    amat digalakkan.

    2

  • 8/2/2019 PENGENALAN KBSR

    3/10

    BMM3101

    Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang

    pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain

    itu bahan pengajaran dan hasil pembelajaran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal

    ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    A) Matlamat

    3

    MATLAMAT

    Melengkapkanmurid denganketrampilanberbahasa

    berkomunikasibagi

    memenuhikeperluan diri

    Memperolehi

    ilmu.

    Perhubungan

    sosial

  • 8/2/2019 PENGENALAN KBSR

    4/10

    BMM3101

    B) OBJEKTIF

    C) KEMAHIRAN BAHASA

    4

    OBJEKTIF

    Mendengar danmemahamipengucapandengan teliti.

    Bertutur denganpetah.

    Bimbing danberkongsi pendapat

    Membacapelbagai bahan

    sastera dan bukansastera.

    Memupuk minatmembaca

    Memperkembangimaginasii, kreativiti,pemikiran kritis danpenghayatan nilai

    murni.

    KEMAHIRAN BAHASA

    Mendengar

    Bertutur

    Membaca

    Menulis

    Teras penguasaan bahasa baku

  • 8/2/2019 PENGENALAN KBSR

    5/10

    BMM3101

    D) SISTEM BAHASA

    5

    SISTEMBAHASA

    SISTEMEJAAN

    KOSA KATA

    PERIBAHASA

    SEBUTAN DANINTONASI

    TATABAHASA

  • 8/2/2019 PENGENALAN KBSR

    6/10

    BMM3101

    E) PENGISIAN KURIKULUM

    F) KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

    6

    Pengisian kurikulum

    Ilmu

    Nilai murni

    Kewarganegaraan

    Peraturan sosiobudaya

    Kemahiran bernilai tambah

    KEMAHIRANBERNILAITAMBAH

    Kemahiran belajarcara belajar

    KemahiranKonstruktivisme

    Kemahirankecerdasan

    pelbagai

    Kemahiran berfikir

    KemahiranTeknologi maklumat

    Kemahiranpembelajarankontekstual

    Kemahiran kajianmasa depan

  • 8/2/2019 PENGENALAN KBSR

    7/10

    BMM3101

    G) HASIL PEMBELAJARAN

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pernyataan yang ditafsir daripada objektif kurikulum bahasa.

    Petunjuk jelas tentang set kemahiran yang perlu dicapai murid.

    Persepaduan penggunaan bahasa, kemahiran bahasa, sistem bahasa

    dan pengisian kurikulum.

    Membantu guru menilai kandungan, kaedah, sumber dan prosedur

    pengajaran relevan dan berkesan.

    Membantu membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

    7

  • 8/2/2019 PENGENALAN KBSR

    8/10

    BMM3101

    PERBANDINGAN KBSR DAN KSSR

    KBSR KSSR

    3 bidang

    Komunikasi.

    Manusia dan alam sekitar.

    Perkembangan diri individu,

    6 bidang

    Komunikasi.

    Kerohanian sikap dan nilai.

    Kemanusiaan.

    Perkembangan fizikal dan

    estetika. Sains dan teknologi.

    Ketrampilan diri.

    Bahan kurikulum

    Sukatan Pelajaran

    Bahan Kurikulum

    Dokumen Standard Kurikulum

    Reka bentuk kurikulum

    Linear

    Reka bentuk kurikulum

    Modular

    Organisasi kurikulum

    Thp 1- Thn 1,2,3, Mata

    pelajaran teras wajib dan

    tambahan.

    Thp 2- Thn 4,5,6, Mata

    pelajaran teras wajib dan

    tambahan.

    Organisasi kurikulum Thp 1- Thn 1,2,3, Modul teras

    asas, modul teras tema dan

    modul elektif.

    Thp 2- Thn 4,5,6, mata

    pelajaran teras dan elektif.

    Elemen

    Kemahiran berfikir secara

    kritis dan kreatif.

    Elemen

    Kreativiti dan inovasi,

    keusahawanan serta teknologi

    maklumat dan komunikasi

    secara eksplisit.

  • 8/2/2019 PENGENALAN KBSR

    9/10

    BMM3101

    Fokus

    3 M(Membaca, menulis,

    mengira )

    Fokus

    4M(Membaca, menulis,

    mengira dan menaakul)

    Kaedah pentaksiran

    Penilaian.

    Sebahagian daripada

    pengajaran dan pembelajaran.

    Aktiviti untuk mendapatkan

    maklumat berguna bagi

    menentukan pencapaian

    sesuatu mata pelajaran.

    Merupakan objektif

    pengajaran dan pembelajaran.

    Tindakan susulan perlu

    diambil terhadap seorang

    murid semasa pemulihan dan

    pengayaan.

    Kaedah pentaksiran

    Sistem Pentaksiran

    Pendidikan Kebangsaan

    Bermatlamat mengurangkan

    tekanan peperiksaan awam.

    Memperkukuh pentaksiran

    berasaskan sekolah.

    Memperbaiki pembelajaran

    murid.

    Pentaksiran Holistik dan

    berterusan serta membina

    modal insan dengan lebih

    berkesan.

    Terdapat 5 kaedah

    pentaksiran (Aktiviti Jasmani,

    sukan dan Ko-kurikulum,

    pentaksiran, psikometrik,

    peperiksaan dan pentaksiran

    pusat.

  • 8/2/2019 PENGENALAN KBSR

    10/10

    BMM3101

    9