Pengenalan Kepada Multimeter
description
Transcript of Pengenalan Kepada Multimeter
Pengenalan Kepada Multimeter
B05-01-02MEASUREMENT INSTRUMENT
Slide ini adalah bertujuan untuk menerangkan bahagian-bahagian utama dan penggunaan tentang multimeter.
Tujuan Pembelajaran:
Pelajar-pelajar mesti boleh:
• Terangkan kegunaan multimeter
• Nyatakan fungsi-fungsi setiap bahagian multimeter
• Jelaskan perbezaan MM Analog & MM Digital
• Terangkan cara menggunakan multimeter mengikut pengukuran tertentu
Masa Pembelajaran:
• 1 Jam 30 Minit
Peralatan Pembelajaran:
• Alat Bantuan Pengajaran
• Multimeter Analog
• Komponen Elektronik
Pengenalan Kepada Multimeter
B05-01-02MEASUREMENT INSTRUMENT
Slide ini adalah bertujuan untuk menerangkan bahagian-bahagian utama dan penggunaan tentang multimeter.
Pengenalan:
• Meter pelbagai atau multimeter adalah satu alat yang amat berguna dalam kerja-kerja elektrik dan elektronik seperti mengukur bacaan voltan arus terus (AT), voltan arus ulangalik (AU), mengukur nilai rintangan dan juga mengukur arus di dalam sesuatu litar
Pengenalan:
• Ia juga digunakan untuk tujuan pengukuran dan pengujian sesuatu alat atau komponen.
• Di samping itu ia dapat menentukan samada komponen itu berada dalam keadaan baik atau tidak sebelum digunakan dan dapat mengesan kerosakkan apabila digunakan untuk mengesan kerosakan di dalam litar.
Penerangan Bahagian Multimeter• Skala bacaan
Menunjukkan skala bacaan yang akan diukur iaitu pengukuran voltan arus terus, voltan arus ulang alik, arus elektrik dan nilai rintangan.
• Julat pemilih
Julat pemilih adalah satu tombol di mana tempat untuk memilih unit sukatan yang dikehendaki.
• Terminal keluaran
Pada sesebuah multimeter mempunyai 2 keluaran iaitu terminal positif dan negatif di mana ianya akan di sambungkan pada litar atau kaki komponen yang akan disukat. Ia adalah sebagai punca untuk menyukat sesuatu kuantiti atau nilai.
Penerangan Bahagian Multimeter• Pelaras 0 ohm
Merupakan satu tombol yang membolehkan pelarasan dibuat untuk mendapatkan bacaan yang tepat dan jarum penunjuk akan berada tepat pada kedudukan 0 sebelum sesuatu pengukuran dilakukan. Kedudukan 0 ini bermaksud 0 pada bahagian sebelah kanan skala bacaan. Pelarasan 0 ohm ini mesti dilakukan setiap kali julat pemilih menukar unit sukatan ohm pada julat pemilih.
• Pelarasan sifar
Ianya untuk memastikan kedudukan berada betul-betul pada kedudukan 0 iaitu pada keadaan asal untuk mendapatkan bacaan yang tepat. Kedudukan 0 ini bermaksud 0 pada bahagian sebelah kiri skala bacaan.
Penggunaan MultimeterMeter pelbagai mempunyai pelbagai fungsi yang tersendiri untuk mengukur dan membuat pengujian terhadap komponen atau peralatan. Antaranya adalah:-
• Menyukat nilai rintangan (Ω)
• Menyukat voltan arus terus ( DCV)
• Menyukat voltan arus ulangalik (ACV)
• Menyukat arus terus (DCmA)
Pengenalan Kepada Multimeter
B05-01-02MEASUREMENT INSTRUMENT
Slide ini adalah bertujuan untuk menerangkan bahagian-bahagian utama dan penggunaan tentang multimeter.
Soalan Kefahaman:
• Terangkan fungsi atau kegunaan multimeter?
• Nyatakan skala bacaan yang terdapat dalam sesebuah multimeter?
• Nyatakan bahagian- bahagian Utama bagi sesebuah multimeter analog?
Masa Pembelajaran:
• 1 Jam
Peralatan Pembelajaran:
• Kertas Penerangan
• Multimeter Analog
• Kertas Tugasan