Pengenalan kepada SIA - PERSADA
Transcript of Pengenalan kepada SIA - PERSADA
2/10/2020 1
KPKT
Perancangan Melangkaui KelazimanPlanning: Beyond Conventional
1 3 O K T O B E R 2 0 2 0 | S E L A S A
PENGENALAN KEPADA
PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA)
Oleh:
Ketua Penolong Pengarah KananBahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Re
02
01
SKOP PEMBENTANGAN
Latar Belakang
Kesimpulan
Frequently Asked Questions
01
03
02
APLIKASI SIA SECARA UMUM
03
SIA untuk projek
pembangunan di bawah Akta
Perancangan Bandar & Desa
SIA di dalam kajian
feasibiliti (projek lebuhraya
oleh KKR)
Kajian sosio-ekonomi di
dalam EIA (Akta Kualiti Alam
Sekeliling)
Kajian SIA di dalam EIA
(Enakmen Perlindungan
Alam Sekitar) Sabah
Kajian SIA di dalam EIA
(Ordinen Sumber Asli &
Alam Sekitar) Sarawak
SIA untuk skim persijilan seperti
Malaysian Sustainable Palm Oil
(MSPO), Roundtable on Sustainable
Palm Oil (RSPO) & Forest Stewardship
Council ( FSC)
SIA untuk keperluan institusi
kewangan antarabangsa
(World Bank, IMF)
SIA untuk program atau
dasar (cth : di bawah
KPWKM)
SIA
MANUAL SIA 2012 & MANUAL SIA 2018
04
Manual Penilaian Impak Sosial Bagi Projek
Pembangunan, 2012
Manual Penyediaan Laporan Penilaian Impak
Sosial Bagi Projek Pembangunan (Edisi Ke-2), 2018
Status Mesyuarat SIA (sehingga Julai 2020)
24 mesyuarat
(bermula Ogos 2016)
33 Laporan SIA • Lulus - 23• Lulus dengan
pindaan - 5
• Tidak lulus - 5
10 Laporan 20 Laporan 3 Laporan - sehingga Julai
2020
SIA
1SIA
2SIA
3
Panel SIA 3 - Selesai Panel SIA 3 - Sedang ditubuhkan
05
PIHAK UTAMA DALAM PELAKSANAAN SIA
06
1 Bertanggungjawab dalam menyediakan laporan SIA danpelaksanaan projek pembangunan mengikut SIMP
Penggerak Projek
2 Menyediakan laporan SIA
Perunding SIA
3Memproses kelulusan laporan SIA
(Peringkat Persekutuan/Peringkat Negeri)
PLANMalaysia/PBN(PLANMalaysia@Negeri)/PBT
4 Menilai laporan SIA
Ahli Panel Penilai Laporan SIA
07
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
08
1. Apakah itu SIA?
SIA atau Social Impact Assessment merujuk kepada proses dan
kajian Penilaian Impak Sosial. SIA didefinisikan sebagai satu
proses menganalisis, memantau dan mengurus impak sosial
yang dijangka berlaku atau yang tidak terjangka (sama ada
impak positif atau negatif), ke atas sesuatu langkah intervensi
(dasar, program, pelan dan projek) dan apa-apa proses
perubahan sosial yang terhasil daripada langkah intervensi
tersebut.
SIA yang dijalankan oleh PLANMalaysia adalah berkaitan
intervensi dalam bentuk projek pembangunan – bermaksud
proses / kajian SIA ini mengkaji impak sosial dan perubahan
sosial ke atas individu, kumpulan orang / komuniti atau orang
awam, yang akan terhasil akibat daripada sesuatu projek
pembangunan.
Nota: Terminologi Social Analysis, Social Assessment, Social Study danSocial Impact Analysis adalah berbeza, tetapi umumnya
merujuk kepada perkara yang hampir serupa/berkaitan.
1
DEFINISI SIA
09
Proses menganalisis, memantau dan mengurusimpak sosial yang dijangka berlaku atau yang tidak
terjangka sama ada impak positif atau negatif ke
atas sesuatu langkah intervensi (dasar, program,
pelan dan projek) dan apa-apa proses perubahan
sosial yang terhasil dari langkah intervensi tersebut.
“The processes of analysing, monitoring and managing
the intended and unintended social consequences, both
positive and negative, of planned interventions (policies,
programs, plans and projects) and any social change
processes invoked by these interventions”
- The International Principles for Social Impact Assessment,
2015.
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
10
2. Apakah fungsi SIA dalam konteks projek pembangunan?
SIA adalah salah satu alat untuk membantu pihak berkuasa
perancang tempatan (PBPT), Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan
Kerajaan Persekutuan untuk membuat keputusan* (decision making
tool) berkaitan suatu projek pembangunan khususnya projek yang
berskala besar, berimpak tinggi, berkepentingan Negara/Negeri dan
mempunyai impak sosial yang nyata dan ketara. Ianya juga berfungsi
sebagai project planning tool untuk pemaju.
Matlamat utama SIA adalah untuk mengelakkan atau mengurangkan
impak sosial negatif, dan memaksimakan impak sosial positif. Fokus
dalam proses SIA adalah mengadakan rundingan dengan semua
pihak berkepentingan (khususnya pihak yang terjejas), menjangka
dan menilai impak sosial dan seterusnya menetapkan langkah mitigasi
serta pelan pengurusan impak sosial untuk dilaksanakan oleh
penggerak projek dan agensi-agensi yang berkaitan.
Nota*: Keputusan yang dimaksudkan adalah keputusan kebenaranmerancang (KM) dan arahan / nasihat PBN atau Majlis Perancang Fizikal
Negara (MPFN).
fungsi
SIA ??
2
SIA – Dalam Konteks Keseluruhan Proses Kelulusan Pembangunan
LCP
SIA
11
FAEDAH SIA
• Sebagai kaedah
melaksanakan DASAR INKLUSIF kerajaan di mana SEMUA GOLONGAN DAPAT MENIKMATI HASIL KEMAKMURAN NEGARA
• Proses membuat keputusan yang lebih berkesan.
• PEMBANGUNAN SOSIAL bagi meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup komuniti.
• Pandangan dan aspirasi komuniti sebagai komponen penting
• Projek dapat
berjalan lancar.
• Mencegah kesilapan dan kos luar jangka.
13
12
KONSEP SIA
13
Impak Negatif Impak Positif Impak Negatif Impak Positif
SIMP
Strategi mitigasi danpengurusan impak serta
langkah-langkahpelaksanaan yang
komprehensif
IMPAK SOSIAL
• Proses Demografi• Proses Ekonomi• Proses Geografi• Proses Sosio-Budaya• dan lain-lain
Isu-isu Sosial
TUJUAN SIA UNTUK MENGURUS ISU-ISU SOSIAL
PROSES PERUBAHAN SOSIAL
• Kesihatan dan kesejahteraan sosial• Kualiti persekitaran hidup (liveability)• Impak ekonomi dan kesejahteraan
material• Impak budaya• Impak keluarga dan komuniti• Impak institusi, perundangan dan
ekuiti• dan lain-lain
PRINSIP-PRINSIP SIA
14
Kesaksamaan
2
Impak sosial dapat
dijangka dan diurus
1
Mengurangkan impak negatif dan memanfaatkan impak positif
4
Penentuan
opsyenpaling optimum
3
Terlibat di semua
peringkat proses pembangunan dariawal sehingga keperingkat audit
6 Masyarakatterjejas tidak
diabaikan
8
Menentukan
langkah
mitigasi
10
Pengukuhanmodal insanmasyarakatsetempat
5
Pengetahuan tentang nilai
budaya setempat
11
Jika keadaan impak
tidak dapat dielakkan maka masyarakat yang terjejas hendaklah diberi ganti rugi yang setimpal
7
Proses pembangunan yang melanggar
hak asasi manusia tidak boleh diterima
12
Kekejaman,gangguan, paksaan dan ancaman perlu dielakkan
9
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
15
3. Adakah semua projek pembangunan perlu menyediakan
laporan SIA?
Tidak. Bukan semua projek pembangunan perlu
menyediakan laporan SIA.
Berdasarkan Manual Penyediaan Laporan Penilaian Impak
Sosial Bagi Projek Pembangunan Edisi Ke-2 (2018) yang
diterbitkan oleh PLANMalaysia, hanya projek
pembangunan yang tertakluk di bawah SIA Kategori 1, SIA
Kategori 2, atau SIA Kategori 3 sahaja yang perlu
menyediakan laporan SIA.
SIA Kategori 1 melibatkan projek di bawah subseksyen
20B(1) dan (2) Akta 172, manakala SIA Kategori 2
melibatkan projek di bawah subseksyen 22(2A) Akta 172;
kedua-dua kategori ini melibatkan projek berkepentingan
Negara yang memerlukan nasihat MPFN.
SIA Kategori 3 pula melibatkan projek-projek lain yang
berkepentingan Negeri, yang hendaklah ditentukan oleh
PBN masing-masing (melalui PLANMalaysia@Negeri).
3
KATEGORI SIA – 3 KATEGORI
16
Projek BerkepentinganNegeri – impak sosial
ketara di PERINGKAT
NEGERI Contoh:• Taman tema / pusat
hiburan berskala besar• Tapak pelupusan sisa
pepejal• Loji dan pusat
penapisan minyak• Projek akuakultur atau
penternakan berskala besar
K A T E G OR I 3
Projek Berskala Besar – impaksosial ketara di peringkatnegara
(MENDAPATKAN NASIHAT
MPFN DI PERINGKAT
PERANCANGAN TERPERINCI)
• Perbandaran baru melebihi 100 hektar atau menjana penduduk melebihi 10 ribu
• Lapangan terbang swasta • Terminal kontena swasta• Lebuhraya swasta
K A T E G OR I 2
Projek Berskala Besar Yang Berkepentingan Negara – impak sosialketara di peringkat negara
(MENDAPATKAN NASIHAT MPFN DI
PERINGKAT AWAL PERANCANGAN)
• Penebusgunaan pinggir laut melebihi 50 hektar
• Lapangan terbang antarabangsa• Pelabuhan nasional• Rangkaian pengangkutan kereta
api merentasi 2 negeri atau lebih• Stesen jana kuasa untuk kegunaan
negara• Empangan untuk kegunaan negara
K A T E G O R I 1
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
17
4. Apakah punca kuasa pelaksanaan SIA di Malaysia ?
SIA Kategori 1 dilaksanakan selaras dengan seksyen 20B Akta
Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017 [Akta A1522].4Manakala SIA Kategori 2 dilaksanakan berdasarkan Manual
Penyediaan Laporan Penilaian Impak Sosial Bagi Projek
Pembangunan Edisi Ke-2 (2018), di mana bagi tujuan
penyelarasan dengan pelaksanaan seksyen 20B, projek yang
dirujuk kepada MPFN di bawah subseksyen 22(2A) juga
dikehendaki menyediakan laporan SIA terlebih dahulu, sebagai
input kepada MPFN dalam membuat nasihat.
SIA Kategori 3 juga diwujudkan secara pentadbiran berdasarkan
Manual Penyediaan Laporan Penilaian Impak Sosial Bagi Projek
Pembangunan Edisi Ke-2 (2018), bagi membolehkan PBN masing-
masing (melalui PLANMalaysia@Negeri) menghendaki dan menilai
suatu SIA bagi mana-mana projek yang mempunyai impak sosial
ketara di peringkat Negeri.
Nota: Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) hanya terpakai
di Semenanjung Malaysia – ianya tidak terpakai di Sabah
dan Sarawak.
AKTA A1522 – Pindaan Tahun 2017
18
Seksyen baharu 20B
Kewajipan untuk mendapatkan nasihat
20B (1) Tanpa menjejaskan seksyen 20A, hendaklah
menjadi kewajipan tiap-tiap jabatan atau agensi
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk
mendapatkan nasihat Majlis mengenai cadangan
pemajuan yang
berhubungan dengan -
a. Apa-apa penebusgunaan pinggir laut tidaktermasuk penebusgunaan bagi pembinaan jeti
atau pemulihan pantai; dan
b. Apa-apa pembinaan infrastruktur utama negaratermasuklah-
(2) Bagi maksud mendapatkan nasihat Majlis
di bawah subseksyen (1), jabatan atau
agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri hendaklah mengemukakan kepada
Majlis cadangan pemajuan itu bersama
dengan suatu laporan penilaianimpak sosial dan laporan lain
sebagaimana yang ditentukan
oleh Majlis.
i. Lapangan terbang, pelabuhan laut,
pelabuhan darat, rangkaian pengangkutan
kereta api, lebuh raya, stesen jana kuasa,
empangan dan tapak pembuangan sisa
toksik; danii. Infrastruktur lain yang berkepentingan negara
sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.
a. konsep dan justifikasi pemajuan;
b. peta lokasi dan pelan tapak;
c. butir-butir hakmilik tanah dan sekatan, jika ada
d. analisis guna tanah dan kesannya terhadap tanah yang
bersempadan;
e. pelan susun atur yang mengandungi butir-butir yang ditentukan dalam
seksyen 21b;
ea. analisis dan langkah-langkah mitigasi bagi impak sosial dan
impak lain sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa
perancang tempatan; dan
f. apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh pihak berkuasa perancang
tempatan.
AKTA 172 - Pindaan Tahun 2001 atau 2017
19
Seksyen 21A Laporan Cadangan Pemajuan
21A (1) Sebagai tambahan kepada dokumen dan pelan yang
dikehendaki supaya dikemukakan di bawah subsekyen 21(1) untuk
kebenaran merancang, pemohon hendaklah mengemukakan suatu
laporan cadangan pemajuan yang hendaklah mengandungi yang
berikut:
(1A) Pihak Berkuasa Negeri bolehmenentukan bahawa laporan cadanganpemajuan yang dikemukakan di bawah
subseksyen (1) berkenaan dengankategori tertentu pemajuan hendaklahtermasuk sesuatu analisis mengenaiimplikasi sosial pemajuan itu bagi kawasanyang menjadi perkara permohonan bagikebenaran merancang itu.
Tambahan perenggan (ea) - AktaA1522 (tahun 2017)
Tambahan subseksyen (1A) - AktaA1129 (tahun 2001)
i. perihal tanah termasuk alam sekitar dari segi fizikal, topografi,
lanskap,
ii. geologi, kontur, saliran, air dan tadahan air dan bentuk semula
jadi di atasnya;
iii. suatu tinjauan pokok dan semua jenis tumbuh tumbuhan; dan
iv.butir-butir bangunan, yang berkemungkinan disentuh oleh
pemajuan itu;
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
20
5. Adakah projek-projek yang telah mendapat nasihat MPFN
sebelum pelaksanaan SIA, yang kini di peringkat perancangan
terperinci, perlu menyediakan laporan SIA Kategori 1 atau SIA 2 ?
Semenjak mesyuarat MPFN yang pertama pada 17 Oktober 2013,MPFN telah memberi nasihat terhadap banyak projek-projekberkepentingan Negara yang akan dilaksanakan secara berfasa.Manakala keperluan SIA hanya mula dilaksanakan pada 16 Januari2017 melalui pewartaan Akta 1522 di peringkat Persekutuan.Seterusnya pelaksanaan SIA ditetapkan lagi dengan penerbitanManual Penyediaan Laporan Penilaian Impak Sosial Bagi ProjekPembangunan Edisi Ke-2 pada tahun 2018.
Berkaitan soalan di atas, jawapannya adalah “tidak perlu” – keranapelaksanaan Akta A1522 adalah bersifat prospektif. Ianya jugabertujuan untuk memastikan kelancaran projek-projek yang telahpunmendapat nasihat MPFN.
Walau bagaimanapun, PBN boleh, sekiranya perlu, menghendakisupaya SIA Kategori 3 disediakan untuk memastikan impak sosial yangberkepentingan Negeri dapat ditangani di peringkat perancanganterperinci.
MPFN??
5
KATEGORI
SIA 1
KATEGORI
SIA 3-
Cadangan Pembangunan Perumahan Di Bawah Skim Komuniti
Berpagar Dan Berpengawal Dan Perniagaan Di Atas Lot – Lot 25,
1135, 1137, 1138, 1139, 1107, 1111, 1159, 1108, 1109, 1110 Dan 1158,
Seluas 208.65 Hektar (515.60 Ekar), Mukim Beranang, Daerah Hulu
Langat, Selangor Darul Ehsan
KATEGORI
SIA 2
Cadangan Pembangunan Terminal Pelabuhan Darat Perlis (Perlis
Inland Port) dan Hub Industri Di Atas Sebahagian Lot 8924 (Tanah
Kerajaan), Kawasan Lembah Chuping, Mukim Titi Tinggi, Perlis
KATEGORI
SIA 2
CONTOH LAPORAN SIA YANG DITERIMA
Proposed Mining of Tin, Sand, Silica Sand, Amang and Other Associated
Minerals On Lots 12234, 12235 & 12236 Mukim Tanjung Dua Belas,
Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
Projek Hidro Nenggiri, Jajahan Gua Musang, Kelantan Darul Naim
21
Cadangan Pembangunan Bercampur Di Atas Lot 390 (Lot Baru
16275), 1340 (Lot Baru 16277 dan 16278),1341,2600,2641, 2642,
2645,2646, 2712 -2726 & 4115 (Lot Baru 6109 dan 6110) Mukim Pulau
Sebang, Daerah Alor Gajah, Melaka
KATEGORI
SIA 2
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)KATEGORI
SIA 1
The Proposed Reclamation & Dredging Works For The Penang South
Reclamation (PSR)KATEGORI
SIA 1
KATEGORI
SIA 1
Cadangan Jajaran Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat
(WCE)Taiping-Banting Bagi Seksyen 7 (Assam Jawa – Tanjong
Karang)
CONTOH LAPORAN SIA YANG DITERIMA
22
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
23
6. Kepada siapakah laporan SIA perlu dikemukakan ?Berapakah kuantiti laporan yang perlu dikemukakan ?
SIA Kategori 1 dan SIA Kategori 2 perlu dikemukakan kepada
Urus Setia SIA di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan,
PLANMalaysia, manakala SIA Kategori 3 perlu dikemukakan
kepada PLANMalaysia@Negeri.
Bagi SIA Kategori 1 dan SIA Kategori 2, untuk semakan awal,
dokumen yang diperlukan adalah 3 salinan; seterusnya setelah
laporan SIA dijadualkan untuk mesyuarat, jumlah dokumen
yang diperlukan adalah tertakluk kepada bilangan ahli
mesyuarat (secara purata adalah 30 salinan). Bagi proses /
prosedur SIA Kategori 3, ianya adalah tertakluk kepada negeri
masing-masing (bilangan dokumen, tempoh kelulusan, dll.)
Nota: Sehingga Ogos 2020, hanya PLANMalaysia@Negeri Selangor danPLANMalaysia@Pulau Pinang sahaja telah menubuhkan JK Panel
Penilai Laporan SIA di peringkat Negeri.
Urus Setia?
6
PROSEDUR KELULUSAN SIA
24
Peringkat Pemantauan, Penilaian
dan Audit
5. Pemantauan (Monitoring)
6.Penilaian dan Audit (Evaluation
& Auditing)
Output
• Laporan Pemantauan Sosial
dan Laporan Audit Sosial- Pemantauan Pelan Pengurusan Impak Sosial
- Audit Pihak Ketiga
TidakLulus
Diluluskan
Cadangan Projek
Pembangunan
Penyerahan Laporan SIA kepada
PLANMalaysia
Pengesahan Penerimaan oleh
PLANMalaysia
Mesyuarat Panel Penilai Laporan SIA
PLANMalaysia
Pemakluman Keputusan kepada
Penggerak Projek (s.k:
PLANMalaysia@Negeri & PBT)
Peringkat Penyediaan Laporan
SIA
1.Kajian Penentuan Data Asas
(Baseline Study)
2.Jangkaan dan Penilaian Impak
(Impact Projection and
Evaluations)
3.Mitigasi (Mitigation)
4.Pelan Pengurusan Impak Sosial
(Social Impact Management
Plan)
Output
• Laporan SIA
Peringkat PenyediaanLaporan SIA
Peringkat Pemantauan, Penilaian & Audit
Penyediaan Laporan SIA
Edaran Laporan SIA kepada Ahli Panel,
PLANMalaysia@Negeri, PBT dan Ahli
Jawatankuasa
Pindaan
Diluluskan
Dengan Pindaan
Dikemukakan Semula kpd.
PLANMalaysia
Surat dan Laporan SIA
disalinkan kepada
PLANMalaysia@Negeri
( S I A K a t e g o r i 1 , S I A K a t e g o r i 2 )
PROSEDUR KELULUSAN SIA
25
S I A K a t e g o r i 3
Tidak Lulus
Diluluskan
Cadangan Projek
Pembangunan
Penyerahan Laporan SIA kepada
PLANMalaysia@Negeri
Pengesahan Penerimaan oleh
PLANMalaysia@Negeri
Pemakluman Keputusan kepada Penggerak
Projek (s.k: PBT)
Mesyuarat Panel Penilai Laporan SIA
PLANMalaysia@Negeri
Peringkat PenyediaanLaporan SIA1.Kajian Penentuan Data
Asas(Baseline Study)
2.Jangkaan dan Penilaian Impak(Impact Projection and Evaluations)
3.Mitigasi (Mitigation)4.Pelan Pengurusan
Impak Sosial(Social Impact Management Plan)
Output• Laporan SIA
PeringkatPenyediaanLaporan SIA
Penyediaan Laporan SIA
Edaran Laporan SIA kepada Ahli Panel
dan Ahli Jawatankuasa
Pindaan
Diluluskan
Dengan PindaanDikemukakanSemula kpd.
PLANMalaysia@Negeri
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
26
7. Apakah anggaran kos dan tempoh bagi penyediaan kajian SIA? Apakah tempoh
untuk mendapatkan kelulusan SIA, dan berapakah tempoh kelulusan ini?
Anggaran kos dan tempoh bagi penyediaan kajian SIA adalah tertakluk kepada
saiz dan kompleksiti cadangan pemajuan dan profil sosial tapak dan kawasan
sekitarnya, khususnya bilangan stakeholders yang perlu dirundingi dalam Zone of
Influence (ZOI). Dari segi tempoh, secara purata laporan SIA boleh disediakan
dalam tempoh 6 bulan, bagi projek yang telah mempunyai maklumat projek yang
mencukupi.
Seterusnya tempoh untuk meluluskan suatu laporan SIA adalah bergantung
kepada kualiti kandungan laporan SIA tersebut. Bagi SIA Kategori 1 dan 2,
PLANMalaysia telah menetapkan untuk mengangkat sesuatu laporan SIA ke
Mesyuarat Panel Penilai SIA dalam tempoh 1-2 bulan daripada tarikh 30 salinan
laporan SIA yang lengkap* diterima.
Manakala tempoh kelulusan (validity) laporan SIA (bagi SIA 1 dan SIA 2) pula
adalah 2 tahun.
Nota*: “Lengkap” bermaksud laporan sekurang-kurangnya memenuhi keperluan Manual
Penyediaan Laporan Penilaian Impak Sosial Bagi Projek Pembangunan Edisi Ke-2
(2018) yang diterbitkan oleh PLANMalaysia, dengan data rundingan terkini (tidakmelebihi 2 tahun), dan dikemukakan salinan hard copy dan soft copy dalam jumlah
yang mencukupi.
7
PROSES PENYEDIAAN LAPORAN SIA
27
Screening
Pembidangan (Scoping)
Kajian Penentuan Data Asas(Baseline Study)
Jangkaan dan Penilaian Impak(Impact Projection and Evaluation)
Mitigasi (Mitigation)
Pelan Pengurusan Impak Sosial(Social Impact Management Plan)
Pemantauan (Monitoring)
Penilaian dan Audit (Evaluation & Auditing)
2
3
4
5
6
7
8
1
Laporan Audit Sosial
PenyediaanLaporan SIA
Penilaian & Audit
Pemantauan
PERINGKAT OUTPUTPIHAK
BERTANGGUNGJAWAB
Laporan SIA
*Laporan SIA dipertimbangkanoleh Panel Penilai
SIA
LaporanPemantauan Sosial
Agensi Pemantau
Juruaudit
PenggerakProjek
PROSES
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
28
8. Apakah keputusan yang akan dibuat oleh Mesyuarat Panel Penilai Laporan SIA,
dan apakah maksud kelulusan ini ?
Mesyuarat Panel Penilai Laporan SIA* akan membuat keputusan sama ada : lulus
(sepenuhnya), lulus dengan pindaan, atau tidak lulus. Bagi keputusan “lulus dengan
pindaan” ianya bermaksud memerlukan pindaan / penambahbaikan minor.
Seterusnya perunding perlu mengemukakan laporan addendum / corrigendum
kepada urus setia untuk diedarkan kepada ahli panel pakar dan agensi yang
berkaitan untuk ulasan. Selain itu, perunding juga perlu mengemukakan maklum
balas berdasarkan keputusan mesyuarat. Sekiranya semua panel / agensi tiada
halangan, PLANMalaysia boleh mengeluarkan kelulusan terhadap laporan tersebut,
tanpa laporan tersebut perlu dibentangkan semula di dalam Mesyuarat Panel
Penilai SIA.
Bagi keputusan “tidak lulus” ianya bermaksud memerlukan pindaan /
penambahbaikan major, dan seterusnya laporan yang telah dipinda /
ditambahbaik perlu dikemukakan semula untuk pembentangan semula di dalam
Mesyuarat Panel Penilai SIA, untuk pertimbangan semula.
Nota * : Bagi SIA Kategori 1 atau SIA Kategori 2, Panel Penilai Laporan SIA dipengerusikan oleh KetuaPengarah PLANMalaysia. Ahli panel adalah terdiri daripada pakar-pakar dalam bidangperancangan bandar, impak sosial dan metodologi, serta semua agensi teknikal yang berkaitanyang terdiri daripada pelbagai Kementerian, jabatan dan agensi.
8
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
29
Kelulusan SIA bermaksud kelulusan terhadap laporan SIA, khususnya persetujuan
terhadap Pelan Pengurusan Impak Sosial. Kelulusan SIA, sama seperti kelulusan
EIA, TIA, dll. menjadi antara dokumen sokongan untuk menyokong permohonan
bagi kelulusan projek**
Nota ** : Di peringkat perancangan, terminologi “kelulusan projek” merujuk
kepada kebenaran merancang (KM) / Perintah Pembangunan (DO).
LULUS
samb…
AHLI TETAP
1. Ketua Pengarah PLANMalaysia - Pengerusi
2. Unit Perancang Ekonomi (EPU) (Seksyen Sosial);
3. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM;
4.Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM);
5. Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN);
6. PLANMalaysia@Negeri berkaitan;
7. PBT berkaitan;
8. Ahli Pakar Penilaian Impak Sosial (wakil MIP);
9. Ahli Pakar Penilaian Impak Sosial (wakil MSIA);
10.Ahli Pakar Penilaian Impak Sosial (wakil dari bidangakademik).
AHLI TURUT HADIR
11. Kementerian dan agensi berkaitanperingkat Persekutuan;
12.Agensi berkaitan peringkat negeri /
tempatan
13. PLANMalaysia – Ahli yang dilantik;
14. NGO yang berkaitan.
Fungsi Panel Penilai Laporan SIA:
1. Meluluskan laporan SIA sama ada Lulus Sepenuhnya atau Lulus Dengan Pindaan atau Tidak Meluluskan laporan SIA;
2. Memberi input-input kepakaran bagi menambahbaik laporan SIA;
3. Memastikan kandungan laporan SIA menepati kehendak Manual SIA Bagi Projek Pembangunan Edisi Ke-2; dan
4. Memastikan Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) adalah menyeluruh dan berkesan.
30
PANEL PENILAI LAPORAN SIA – PERINGKAT PERSEKUTUAN
PANEL PENILAI LAPORAN SIA – PERINGKAT NEGERI
Fungsi Panel Penilai Laporan SIA:
1. Meluluskan laporan SIA sama ada Lulus Sepenuhnya atau Lulus Dengan Pindaan atau Tidak Meluluskan laporan SIA;
2. Memberi input-input kepakaran bagi menambahbaik laporan SIA;
3. Memastikan kandungan laporan SIA menepati kehendak Manual SIA Bagi Projek Pembangunan Edisi Ke-2; dan
4. Memastikan Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) adalah menyeluruh dan berkesan.
CADANGAN AHLI TETAP
1. Pengarah PLANMalaysia@Negeri - Pengerusi
2. Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN);
3. Pejabat Pembangunan Negeri (SDO);
4. Jabatan Kebajikan masyarakat;
5. PBT berkaitan;
6. Ahli Pakar Perancang Bandar;
7. Ahli Pakar Impak Sosial;
8. Ahli Pakar Berkaitan Teknik dan Metodologi.
CADANGAN AHLI TURUT HADIR
9.Kementerian dan agensi berkaitan peringkatPersekutuan;
10. Agensi berkaitan peringkat negeri / tempatan;
11. PLANMalaysia – mengikut subjek;
12. NGO yang berkaitan.
31
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
32
9. Apakah perbezaan di antara :
i. laporan SIA dan analisis impak sosial (AIS) di bawah perenggan 21A(1)(ea) Akta 172;
Perkara SIA AIS
1. Skop SIA Kategori 1 dan Kategori 2 disediakan bagi jenis-jenispemajuan sepertimana yang ditetapkan di dalam ManualPenyediaan Laporan Penilaian Impak Sosial Bagi ProjekPembangunan Edisi Ke-2 (2018).
Analisis dan langkah-langkah mitigasi bagiimpak sosial perlu disediakan untuk semuajenis permohonan KM, yang perlumenyediakan laporan cadanganpemajuan (LCP).
2. Bentuk Laporan SIA disediakan secara stand-alone. Bab mengenai analisis impak sosialdisediakan di dalam LCP - sebahagiandaripada kandungan LCP.
3. Kelulusan Laporan SIA perlu dipertimbangkan untuk kelulusan olehsuatu Panel Penilai Laporan SIA, sama ada di peringkatPersekutuan (SIA Kategori 1 atau Kategori 2), atau diperingkat Negeri (SIA Kategori 3).
LCP disemak dan dinilai di dalamMesyuarat Jawatankuasa di peringkat PBT,dalam konteks pertimbangan permohonanKM.
Nota: Rumusan SIA 1 – SIA 3 perlu dimasukkan di dalam LCP secara ringkasan / lampiran / pernyataan bahawa perkara-
perkara berkaitan dengan impak sosial telah ditangani di dalam laporan berasingan yang telah diluluskan.
SIA Kategori 3 disediakan atasarahan PBN/PBT mengikut senaraiSIA 3 Negeri masing-masing(Manual Penyediaan Laporan SIABagi Projek Pembangunan EdisiKe-2 mencadangkan 8 jenispemajuan sebagai contoh).
9
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
33
9. Apakah perbezaan di antara :
ii. laporan SIA di bawah Akta 172 dan bab socio-economic impact assessment di dalam laporan EIA.
SIA (Akta 172) Socio-economic impact assessment (EIA)
Skop SIA Kategori 1 dan Kategori 2 disediakanbagi jenis-jenis pemajuan sepertimanayang ditetapkan di dalam ManualPenyediaan Laporan Penilaian Impak SosialBagi Projek Pembangunan Edisi Ke-2 (2018).
• Skop socio-economic impact assessment bertumpukepada isu-isu sosio-ekonomi yang berkait rapatdengan impak alam sekitar.
• Skop tidak menyeluruh seperti SIA di bawah Akta 172.• Juga digunapakai di Sabah dan Sarawak untuk
projek-projek yang tertakluk kepada keperluan EIA di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Akta 127)
• Tidak perlu menenentukan ZOI• Tiada keperluan SIMP• Tidak ada Manual khusus untuk socio-economic
impact assessment.
Bentuk Laporan SIA disediakan secara stand-alone. Analisis socio-economic impact assessment adalah
sebahagian dari laporan EIA
Kelulusan Laporan SIA perlu dipertimbangkan untukkelulusan oleh suatu Panel Penilai LaporanSIA, sama ada di peringkat Persekutuan (SIAKategori 1 atau Kategori 2), atau diperingkat Negeri (SIA Kategori 3).
Tiada kelulusan khusus untuk socio-economic assessment. Kelulusan yang diberi adalah untuk laporan EIA secarakeseluruhan
Nota: Perunding yang layak menyediakan laporan EIA hendaklah berdaftar di bawah skimpendaftaran perunding EIA.
9
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
34
10. Siapakah perunding yang layak menyediakan laporan SIA? Adakah perunding perlu berdaftar
dengan PLANMalaysia terlebih dahulu?
Berdasarkan pelaksanaan setakat ini, perunding yang menyediakan laporan SIA bagi projek
kerajaan adalah terdiri daripada professional di bawah kod bidang 330206 (perancangan bandar
dan wilayah), dan 330207 (kajian alam sekitar), iaitu Perancang Bandar berdaftar yang mahirdalam bidang penilaian impak pembangunan, dan pakar-pakar yang mahir dalam bidang
penilaian impak alam sekitar. Selain itu, professional di bawah kod bidang 340104 (kajiankemasyarakatan sosio-ekonomi) juga adalah sesuai. Profesional tersebut di atas juga boleh
menyediakan laporan SIA bagi projek swasta, termasuk yang tidak/belum berdaftar dengan
Kementerian Kewangan.
Umumnya SIA boleh disediakan oleh professional dalam bidang sains kemasyarakatan yang
mempunyai kemahiran dalam rundingan komuniti, dan mempunyai pengetahuan tinggi
berkenaan proses cadangan pemajuan, dan kajian penilaian impak. Professional di dalam
bidang ini juga kebiasaannya merupakan ahli Malaysia Association of Social Impact Assessment
(MSIA).
Ketetapan ini terpakai buat masa ini kerana masih belum ada punca kuasa perundangan untuk
PLANMalaysia menyediakan Daftar perunding bagi tujuan penyediaan laporan SIA; jadi ianyaadalah terbuka kepada mana-mana professional yang kompeten seperti yang dinyatakan di
atas.
Nota : PLANMalaysia berhasrat mewujudkan peruntukan undang-undang berkaitan “senarai orang yanglayak” menyediakan laporan SIA di dalam Akta 172, sama seperti subseksyen 34A(2A) Akta Kualiti AlamSekeliling (Pindaan 2012).
10
• AKAN DATANG : Jika tidak
berdaftar dengan
PLANMalaysia (Daftar SIA) –
laporan SIA tidak diterima.
• Mana-mana ahli LPBM atau
MSIA yang belum disenaraikan
dalam Daftar SIA, boleh
menghadiri kursus dan jika lulus
akan didaftarkan.
• Bagi perunding perancang
bandar – perlu sekurang-kurangnya melalui akreditasi 1
dan 4
• Bagi perunding bukan-
perancang bandar – perlusekurang-kurangnya melalui
akreditasi 2 dan 4, di samping
proses akreditasi 3
PERUNDING BERKELAYAKAN (semasa dan akan datang)
35
LPBM MSIAATAU
Menghadiri kursus SIA, dan jika lulus akan
didaftarkan (Daftar SIA – PLANMalaysia)
* Daftar SIA belum berkuatkuasa
* Punca kuasa perundangantelah diluluskan dan diwartakan
BOLEH MENYEDIAKAN LAPORAN SIA**
LJM (Jurutera)
LAM (Arkitek)
dll.
DAFTAR SIA PLANMALAYSIA
01 02 03
04
Semasa
Akan
datang
36
Kesimpulan 15
SIA membantu pihak
berkuasa membuat
keputusan dengan lebih
tepat, dan memantau
pelaksanaan projek .
2
SIA boleh membantupenggerak projek membuat
cadangan pemajuan yang
lebih baik/inklusif, dengan
mengambilkira maklum
balas stakeholders.(dari segi lokasi, susun atur, dan
reka bentuk)
1
SIA boleh melancarkan
pelaksanaan projek. (kerjasama dengan komuniti
setempat)
3
Pelaksanaan SIA di peringkat
Persekutuan dan Negeri
penting untuk mengarus
perdanakan aspek sosial
dalam projek pembangunan;
penambahan sedikit kos dan
demi pencapaian
pembangunan inklusif / mampan
4
(profil sosial setempat)
37
38