Pengenalan Kepada Teknik Dan Vokasional

44
PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT 3013) EVOLUSI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL. 1.0 PENGENALAN Teknik di sini bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barangan hasil industri atau kaedah mencipta dalam sesuatu hasil seni mengikut Dewan Bahasa. Teknik juga dikatakan berasal daripada perkataan Greek yang berbunyi ‘technikos’ yang membawa maksud untuk belajar ataupun prinsip-prinsip teknologi. Manakala vokasional pula membawa maksud kepada profesion atau pekerjaan yang tertentu ataupun yang berkaitan dengan kursus-kursus pendidikan amali. Dalam perkataan Latin, iaitu vocare yang membawa maksud to call. Pengenalan kepada pendidikan teknik dan vokasional ini merupakan salah satu elemen penting dalam memacu pembangunan sesebuah negara, khususnya bagi negara-negara yang berhasrat untuk membentuk sebuah negara perindustrian. Malaysia yang berhasrat bagi membentuk negara perindustrian menjelang tahun 2020, perlulah cakna terhadap bidang teknik dan vokasional ini. Sejajar dengan itu sehingga kini telah terbinanya sebanyak 88 buah sekolah teknik dan vokasional di seluruh Malaysia. Tidak tertumpu kepada sekolah sahaja, kerajaan telah membina sebanyak 28 buah politeknik yang bertaraf institut pengajian tinggi awam.

description

PTV

Transcript of Pengenalan Kepada Teknik Dan Vokasional

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT 3013)

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT 3013)

EVOLUSI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL.1.0 PENGENALANTeknik di sini bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barangan hasil industri atau kaedah mencipta dalam sesuatu hasil seni mengikut Dewan Bahasa. Teknik juga dikatakan berasal daripada perkataan Greek yang berbunyi technikos yang membawa maksud untuk belajar ataupun prinsip-prinsip teknologi. Manakala vokasional pula membawa maksud kepada profesion atau pekerjaan yang tertentu ataupun yang berkaitan dengan kursus-kursus pendidikan amali. Dalam perkataan Latin, iaitu vocare yang membawa maksud to call. Pengenalan kepada pendidikan teknik dan vokasional ini merupakan salah satu elemen penting dalam memacu pembangunan sesebuah negara, khususnya bagi negara-negara yang berhasrat untuk membentuk sebuah negara perindustrian. Malaysia yang berhasrat bagi membentuk negara perindustrian menjelang tahun 2020, perlulah cakna terhadap bidang teknik dan vokasional ini. Sejajar dengan itu sehingga kini telah terbinanya sebanyak 88 buah sekolah teknik dan vokasional di seluruh Malaysia. Tidak tertumpu kepada sekolah sahaja, kerajaan telah membina sebanyak 28 buah politeknik yang bertaraf institut pengajian tinggi awam. Namun begitu, peranan yang dimainkan oleh pihak-pihak pendidikan teknik dan vokasional ini sangat besar dan begitu mencabar pada masa kini. Hal ini kerana dalam bidang ini mempunyai tanggungjawab yang besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan ICT. Penggunaan ICT dalam pendidikan teknik dan vokasional ini lebih berpaksikan kepada penggunaan yang dijalankan secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat negara yang ingin meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadikan sebuah negara yang mempunyai pendapatan tinggi.2.0 Sejarah Perkembangan Pendidikan Teknik dan VokasionalEvolusi perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) ini terbahagi kepada dua iaitu :

Evolusi Perkembangan PTV

Sejarah Perkembangan PTV

Akta Pendidikan yang Berkaitan dengan bidang PTV

2.1. Sejarah Perkembangan PTV2.1.1. Pendidikan Teknik dan Vokasional di Zaman Imperialisme Barati) Sebelum Zaman Kolonialisme British.Pendidikan di Tanah Melayu bermula sejak kewujudan Empayar Melaka lagi sewaktu perkembangan ajaran Islam ke rantau Asia Tenggara. Masyarakat pada ketika itu, menuntut ilmu berpusatkan rumah-rumah guru dan surau-surau. Selepas berlaku pertambahan bilangan anak murid maka wujudkan sekolah pondok dengan sukatan berdasarkan kurikulum Masjid Al-Haram di Makkah. Reformasi kecil telah berlaku setelah kehadiran Portugis pada tahun 1511 apabila mereka telah memperkenalkan pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman Katolik. Kemudian, apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pula, menyebabkan berlakunya perubahan daripada mazhab Katolik ke mazhab Protestant di Melaka pada ketika itu.Kebanyakkan masyarakat pada ketika itu menerima ilmu kemahiran secara tidak formal seperti kemahiran berladang atau berkebun, bersawah, bertukang kayu dan logam, membuat keris dan kerja-kerja kraftangan seperti anyaman. Tanpa disedari ia telah meningkatkan penawaran tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berpengetahuan telah menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi), kelayakan kemahiran perlu disediakan sehingga tahap tertinggi dalam sesuatu bidang pekerjaan. Peringkat awal sebelum kedatangan Inggeris, semasa penjajahan Inggeris sehingga era awal kemerdekaan. Sebagaimana yang kita ketahui, PTV memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara khususnya dalam bidang industri seperti pembinaan dan pengeluaran. Sebelum kedatangan Inggeris, sistem pendidikan Melayu hanya terhad kepada membaca al-Quran dan pembelajaran agama di pondok-pondok. Kurikulumnya sempit dan terhad kepada teks al-Quran. Aktiviti pembelajaran hanya terhad kepada mengenal abjad-abjad Arab, mengingat dan menghafaz doa, selain mendalami prinsip-prinsip Islam. Bahasa Melayu akan diajar setelah mereka menguasai al-Quran. Sistem pendidikan Melayu berubah dengan kedatangan Inggeris pada pertengahan kurun ke 19. Inggeris memperkenalkan sistem Pendidikan Vernakular Melayu, Cina dan India oleh A.M. Skinner. Hasil rombakan dasar tersebut pada 1913, sebanyak 189 buah sekolah Vernakular Melayu tersebut telah didirikan di seluruh Tanah Melayu. Ia terus berkembang sehinggalah pada tahun 1938 terdapat 1169 buah sekolah Vernakular Melayu.

ii) Semasa Zaman Kolonialisme British-Sebelum Perang Dunia Kedua.Semasa British menjajah Tanah Melayu, British telah mengategorikan sistem pendidikan kepada lima peringkat iaitu: Pendidikan Rendah Pendidikan Menengah Latihan Perguruan Pendidikan Teknik dan Vokasional Pendidikan TinggiPada 6 Februari 1816, Rev. R.S. Hutchings telah membuka Penang Free School dengan menawarkan mata pelajaran PTV. Manakala pada tahun 1916, Sekolah Vokasional telah ditubuhkan dan diikuti pada tahun 1918, Sekolah Menengah Teknik ditubuhkan di Kuala Lumpur. Selepas 100 tahun dijajah Inggeris, hanya terdapat lima buah Sekolah Ketukangan di Tanah Melayu. Pada tahun 1923, Pusat Latihan Pertanian telah ditubuhkan bagi memberi latihan kepada orang Melayu mengenai cara-cara berladang dan berkebun. Kemudian, pada tahun 1926, Sekolah Teknik telah ditubuhkan dan kemudiannya pada tahun 1941 statusnya telah ditukar ke Maktab Teknik dan dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1972. Bagi memberi pendidikan yang lebih mendalam kepada Pegawai-pegawai pertanian, Sekolah Pertanian telah diwujudkan pada tahun 1931 di Serdang, Selangor dan kemudian dinaik taraf sebagai Kolej Pertanian sebelum diiktiraf sebagai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1972 dan hari ini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia. Pada tahun 1946, nama sekolah tersebut telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Pertukangan (Secondary Trade School). Pada tahun 1969, namanya telah bertukar sekali lagi menjadi Sekolah Menengah Vokasional (SMV).-Setelah Tanah Melayu MerdekaSetelah mencapai kemerdekaan, kerajaan telah merangka beberapa rancangan untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat yang kekurangan kemahiran dalam bidang kejuruteraan, pertanian dan perdagangan bagi melaksanakan projek pembangunan. Sebagai strategi jangka panjang, pihak kerajaan terpaksa meminjam pakar-pakar daripada luar negara. Mereka dibayar untuk memberi latihan teknikal kepada rakyat. Laporan Razak 1956 telah mencadangkan pendidikan teknik dikelolakan pada tiga peringkat iaitu : a. Maktab Teknik b. Sekolah Teknik dan c. Sekolah-sekolah Pertukangan Tujuan adalah untuk melahirkan pakar-pakar teknik, tenaga mahir dan separuh mahir melalui sistem pendidikan formal di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan. Diantara tahun 1957 hingga 1965, perkembangan Pelajaran Teknik dan Vokasional tidak begitu menonjol di Semenanjung Tanah Melayu. Hanya 3 buah Junior Trade School, sebuah technical Institute dan sebuah Maktab Teknik di Cheras, 13 buah Rural Trade School serta beberapa buah sekolah lanjutan dan sekolah-sekolah tukang yang bertempat di sekolah-sekolah menengah yang sedia asal dibangunkan. Mata pelajaran yang ditawarkan ialah ketukangan besi, kimpalan membaik pulih kenderaan, tukang kayu dan penurap bata. Pada era kemerdekaan ini juga, hasil Laporan Razak 1956 dan Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1960 (Laporan Rahman Talib) mencadangkan pembinaan lapan buah Sekolah Ketukangan Luar Bandar dengan nama Sekolah Lanjutan Kampung. Objektif penubuhannya adalah seperti berikut:-

a. Menampung keperluan industri yang memerlukan tenaga kerja separa mahir dalam beberapa industri kecil yang pesat berkembang ketika itu.b. Memenuhi kehendak ibu bapa yang mahu anak mereka diajar mata pelajaran teknik.c. Memenuhi kehendak cadangan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 mengenai Sistem Pendidikan Aneka Jurusan (Comprehensive Education System)Jika kita lihat, pendidikan aneka jurusan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu;a. Semua pelajar diberi 9 tahun pendidikan di mana 6 tahun pendidikan sekolah rendah dan 3 tahun pendidikan sekolah menengah rendah dan 1 tahun dalam kelas peralihan jika perlu.b. Kenaikan darjah selepas 6 tahun pendidikan rendah secara automatik dan diberi pendidikan lanjutan selama 3 tahun sebagai tingkatan peralihan, tingkatan 1, 2 dan 3 tanpa perlu menduduki sebarang peperiksaan.c. Dari tingkatan 1 hingga 3, pelajar diberi pendidikan am dan pendidikan pra vokasional di mana mereka perlu mengikuti satu mata pelajaran teras dan satu mata pelajaran pravokasional, sama ada mata pelajaran Sains Pertanian atau Pengajian Perdagangan atau Sains Rumahtangga (pelajar perempuan) atau Seni Perusahaan (pelajar lelaki).d. Selepas 9 tahun di bangku sekolah, pelajar akan menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) untuk membolehkan mereka meneruskan pelajaran sama ada dalam pendidikan akademik, teknik atau vokasional berdasarkan keputusan SRP.

2.2. Sejarah Penubuhan Sekolah Teknik dan Vokasional serta KetukanganPenubuhan sekolah teknik bermula pada tahun 1905. Sekolah teknik pertama ialah Sekolah Teknik Treacher yang dikelolakan oleh Jabatan Kerjaya Raya Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang bertempat di Kuala Lumpur. Tujuan penubuhan sekolah teknik ini adalah untuk melahirkan pembantu-pembantu jurteknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Tanah Melayu dan Jabatan Ukur. Pada tahun 1914, telah berlaku perang dunia kedua menyebabkan semua jabatan-jabatan tersebut ditutup. Sekolah teknik juga turut ditutup. Pada tahun 1918, sekolah teknik telah dibuka semula dan telah diambil alih oleh Jabatan Pelajaran pada tahun 1931. Sekolah teknik ini telah menerima pelajar-pelajar dari agensi swasta pada tahun 1933. Antara kursus yang diperkenalkan ialah kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan ukur. Sekolah pertukangan atau Trade School bermula pada tahun 1926 dengan tertubuhnya 4 buah sekolah pertama di Kuala Lumpur. Guru terdiri daripada orang Eropah yang ditadbir oleh seorang pengetua dibawah kelolaan Jabatan Pelajaran. Perlaksanaan ini bertujuan untuk melahirkan mekanik-mekanik terlatih untuk memenuhi keperluan di Jabatan Keretapi dan di sekolah-sekolah untuk mata pelajaran pertukangan. Murid akan mengikuti kursus selama 3 tahun. Latar belakang murid kebanyakkannya merupakan pelajar yang gagal untuk meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Terdapat tiga mata pelajaran menjadi teras iaitu seni perusahaan, sains pertanian dan sains rumah tangga.Pada tahun 1969, seramai 1329 penuntut kumpulan pertama daripada sekolah menengah vokasional telah menduduki SPVM. Di antara 1969 1974 kerajaan telah menubuhkan sekolah jenis vokasional secara beransur ansur mengikut Rancangan Lima Tahun Dasar Ekonomi Baru di setiap negeri di seluruh negara. Jumlah kesemuanya ialah 8 buah Sekolah Vokasional di mana 13 daripadanya ialah sekolah jenis pertukangan. Dengan itu dapatlah diandaikan bahawa dasar dan tujuan kerajaan lebih cenderung kepada sektor perindustrian dan pertanian. Bidang mata pelajaran Vokasional yang ditawarkan adalah seperti berikut : a) Kursus Pertukangan i- Pemasangan Elektrik ii- Radio, Televisyen dan Elektronik iii- Mesin dan Geseran iv- Kepingan logam dan kimpalan v- Binaan bangunan dan pertukangan kayu vi- Kaji sawat motor ( petrol dan disel ) vii- Penyejukan dan pendinginan Pelajar yang mengikuti latihan dalam jurusan ini hanya dibenarkan memilih salah satu daripada mata pelajaran yang disebutkan di atas. b) Kursus Pertanian Kursus ini memerlukan banyak masa untuk kerja luar iaitu di ladang ladang. Mata pelajaran yang dipelajari ialah: i- Penghasilan Tanaman ii- Hortikultur Hiasan iii- Pengurusan Tanah iv- Penghasilan Ternakan v- Pengurusan Ladang vi- Peralatan dan Mesin Ladang c) Kursus Perdagangan Tujuan kursus ini ialah untuk membina kemahiran pelajar dalam Type Writting, Shorthand, Book keeping dan Business Correspondence. Mata pelajaran trengkas adalah untuk pelajar aliran Melayu. Antara mata pelajarannya ialah:i- Pitman Shorthand or Book Keeping ii- Commercial English iii- Commercial Practice iv- Type Writting d) Kursus Sains Rumah Tangga Tujuan kursus ini adalah persediaan mendapatkan pekerjaan di bidang berkaitan di samping memberi pengetahuan kemahiran kepada pelajar. Kursus ini terbahagi kepada dua iaitu: Kursus A i) Nutrition ii) Cookery and cotage industry and catering iii) House Craft iv) Mother Craft and Child Craft v) Element of Commerce Kursus B i) Needlework and Tailoring ii) Beauty Cuture and Hair Dressing iii) Laundry Work iv) Element of Commerce

Perkembangan Sekolah Menengah Teknik Sekolah Menengah Teknik mempunyai pertalian dengan Treacher Technical (1906) yang ditubuhkan oleh pihak Kolonial dibawah Jabatan Pelajaran Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Treacher Technical Istitute kemudian dinaik taraf ke Techinical Institute pada 1956 selaras dengan Laporan Razak dan akhirnya bertukar kepada Sekolah Menengah Teknik pada tahun1962. Tujuan Sekolah Menengah Teknik bukan untuk memberi latihan kemahiran sebagai persediaan mendapatkan pekerjaan tetapi adalah untuk memberi pelajaran am yang lebih cenderung kepada aliran teknik sebagai asas murid-murid untuk melanjutkan pelajaran tinggi dibidang teknikal. Tiga kursus utama yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik ialah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Pertanian. Kemudian ilmu Perdagangan diperkenalkan untuk memberikan peluang kepada pelajar perempuan. Dalam kursus mekanikal dan bangunan, murid diberi latihan amali di bengkel yang berkaitan serta teori teorinya. Keseluruhan mata pelajaran yang terdapat di tingkatan 4 adalah seperti berikut : a) Bahasa Malaysia b) English Language c) Additional Mathematics d) Elementry Mathematics e) Physics f) Chemistry g) Biology ( kursus pertanian) h) Survey i) Malaysian Studies ( Geography, Hstory, Civics) j) Mechanical Workshop / Theory k) Building Workshop / Theory l) Technical Drawing m) Agricultural Sciences n) Commerce o) Principles of Account p) Agama Islam

2.3. Penubuhan Politeknik di Tanah Melayu.Pendidikan Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui Pelan Colombo pada tahun 1969 dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Ini dikukuhkan lagi melalui satu resolusi yang telah dipersetujui oleh Jemaah Kabinet dalam Pelan Perlaksanaan Pendidikan (1979) dan Pelan Industri Kebangsaan pada tahun 1985 1995. Keputusan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan(1991) sekali lagi memberi ruang kepada penambahan bilangan politeknik dan penawaran kursus-kursus bagi memenuhi permintaan tenaga separa profesional dalam bidang kejuteraan, perdagangan dan hospitaliti.

3.0. Akta-akta Pendidikan yang Berkaitan dengan PTVTerbentuknya 2 jawatankuasa penting iaitu :a) Jawatankuasa LEMON (1918)b) Jawatankuasa WINSTEDT (1925)Terdapat beberapa laporan yang menjadi tunjang penting dalam pembentukan sejarah selepas kemerdekaan. Antaranya ialah :i) Laporan Barnes (1950)Laporan ini telah disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu: Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.Malah terdapat beberapa syor yang telah dikemukakan di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah: Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

ii) Laporan Fenn Wuu (1951)Laporan ini telah dilaksanakan dengan diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Terdapat beberapa perkara yang mereka telah lakukan sebelum mengeluarkan laporan tersebut antaranya adalah : Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952) Malahan, terdapat beberapa syor yang telah dikemukakan di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:a) Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan. b) Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan. c) Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.iii) Ordinan Pelajaran (1952)Ordinan Pelajaran merupakan sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan. Dalam ordinan ini telah dinyatakan bahawa Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.iv) Penyata Razak (1956)Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein telah menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan yang terdapat di dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. Tujuan Penyata Razakini dibuat adalah untuk :- Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikanHasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan April 1956. Berikut ialah kandungan Laporan Razak:A.Sekolah Rendah i) Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.ii) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib.iii) Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris diberi peluang mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau lebih murid ingin belajar.iv) Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun.B.Sekolah Menengah i) Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun).ii) Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib.iii) Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama.iv) Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus peperiksaan memasuki sekolah menengah.C.Sistem peperiksaan a) Sekolah Menengah Rendah.- Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan bersama) dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas.b)Sekolah Menengah Atas.- Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate.c)Pra-U- Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC) untuk memasuki universiti.

v) Laporan Rahman Talib (1960)Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib. Beberapa syor telah dikemukakan dalam laporan tersebut :A. Bahasa kebangsaan i) Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.ii) Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.iii)Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah.

B.Kelas peralihan Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.

C.Kenaikan automatik - Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan.- Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun sekolah rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah.- Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa pengantarnya.

D.Matapelajaran akhlak i) Murid beragama Islam Pendidikan Islam.ii) Murid bukan beragama Islam Pendidikan Moral.

vi) Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979)Laporan Jawatankuasa Kabinet merupakan sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut: Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yangutama; Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysiabagi semua jenis sekolah; Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua; Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan; Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu; Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun; Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu denganmengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman; Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru SekolahRendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh; Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melaluipenyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978; Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan diperingkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan; Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin; Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dan Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin,seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

3.0 KesimpulanApa yang dapat kita rungkaikan adalah PTV ini tidak jauh bezanya dengan RBT. Kedua-duanya mementingkan kemahiran dan hanya berfokuskan kemahiran dalam pembelajaran. Cuma bezanya PTV ini dipelajari dengan lebih mendalam bagi pelajar-pelajar teknik mahupun politeknik berbanding dengan IPG yang hanya mempelajari asas-asas dalam sesuatu pembuatan mahupun teknik. Bukan itu sahaja, jika PTV, ianya lebih menumpukan yang lebih terhadap satu kemahiran utama yang dipilih sahaja sedangkan RBT, para pelajarnya akan mempelajari pelbagai kemahiran walaupun hanya sekadar asas sahaja.

Berdasarkan jurnal yang telah diperolehi, saya dapat mengenalpasti sejauhmana PTV memainkan peranan penting dalam pendidikan di Malaysia. PTV lebih memfokuskan untuk melahirkan individu yang mempunya tenaga kerja yang berkualiti. Dalam hal ini, PTV hanya menitik beratkan pembelajaran secara amali berbanding teori di dalam kelas. dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional, untuk melahirkan seseorang yang mempunyai tahap mengenal hakikat diri yang tinggi adalah agak sukar. Ini kerana pengajaran yang disampaikan lebih kepada kerja amali berbanding mata pelajaran akademik yang lain, pendidik dapat menyampaikan nilai nilai murni atau aspek kerohanian secara langsung semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Oleh itu, pendidik dalam bidang teknik dan vokasional harus menjalankan peranan secara aktif dalam memastikan pelajar dapat mengenal hakikat diri dan mencari kebenaran pada tahap yang optima.Selain itu, PTV juga memainkan peranan besar dalam menaikkan dan memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional ini dalam dunia pendidikan. Jika dilihat pada masa sekarang pendidikan teknik dan vokasional masih berorentasikan peperiksaan walaupun aspek amali ditekankan. Oleh itu, para pelajar yang mengikuti latihan atau proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang ini hanya menumpukan kepada peperiksaan akhir supaya dapat lulus dengan cemerlang dan memperolehi pekerjaan. Ini menunjukkan kurikulum sedia ada masih tidak berjaya melahirkan pelajar yang benar benar berkemahiran. Jika hendak dikaitkan perkara ini dengan sistem pendidikan PTV , maka sudah pastilah berkenaan para guru PTV yang bertungkus lumus untuk menaikkan nama PTV ini. Apa yang kita dapat perhatikan usaha guru guru PTV dengan melibatkan diri dalam peringkat penggubalan kokurikulum. Sebolehnya, para pendidik dalam bidang PTV ini perlulah mempunyai pengalaman dalam bidang industry serta para guru juga seharusnya sentiasa mengambil cakna akan pengetahuan terkini dalam bidang industry.Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,Saya Siti Nur Hidayah Binti Aidil Adzha pelajar dari kelas 1PISMP RBT ambilan Jun 2014 telah menerima tugasan bagi subjek Pengenalan Kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional (RBT 3013) pada 7 Julai 2014 dan tarikh hantar pada 7 September 2014 oleh pensyarah subjek iaitu Encik Mohamed Shariff Bin Salehuadin dan Encik Mohd Harath Ali Bajunid Bin Omar. Alhamdulillah tugasan ini dapat saya laksanakan dengan izinNya dan bimbingan daripada pensyarah subjek.Pertama sekali, saya ingin menceritakan pengalaman saya semasa melaksanakan tugasan ini. Apa yang saya tertarik ialah apabila saya menemui senarai sekolah-sekolah teknik dan vokasional di internet. Saya meneliti setiap satunya kerana pada zaman persekolahan dahulu saya sangat berminat untuk memasuki sekolah teknik. Namun, segalanya tidak tercapai kerana saya terlepas tarikh untuk mengisi borang kemasukan.Bukan itu sahaja, saya juga sangat teruja apabila terbaca mengenai opsyen opsyen yang ditawarkan kepada yang berminat. Saya sangat tertarik dengan masakan dan katering. Saya berharap saya dapat melihat sendiri dengan mata saya keadaan di sekolah teknik vokasional yang menawarkan kursus berkenaan masakan tersebut kerana saya tertanya tanya adakah ia sama dengan cara pembelajaran di IPG?Namun begitu, terdapat beberapa masalah dan halangan semasa saya menyiapkan tugasan ini. Pertamanya, saya menghadapi masalah dalam mencari maklumat yang betul mengenai subjek ini. Hal ini kerana terlalu banyak mengenai PTV di internet. Bukan itu sahaja, kebanyakan maklumat di internet mengenai PTV ini disulitkan dan tidak dibenarkan membuka tanpa kebenaran. Saya berasa sangat stress kerana kebanyakannya begitu. Namun saya berjaya atasi apabila saya berusaha jugak mendapatkan maklumat sama ada di buku mahupun tambahan maklumat dari nota nota yang diberikan.Sepanjang menjalankan tugasan ini saya merasakan saya lebih faham mengenai apa yang cuba hendak disampaikan dan apa yang hendak dicapai dalam PTV. Apa yang saya faham adalah ketika penceritaan mengenai sejarah perkembangan pendidikan teknik dan vokasional ini yang menyatakan tujuan perlaksanaan pendidikan ini banyak kali disebut. Ia membuatkan saya sangat faham apa matlamat penubuhan dan perlaksanaan PTV di dalam pendidikan. Selain itu, PTV ini juga tidak jauh bezanya dengan bidang RBT. RBT dikatakan anak kepada PTV. Saya rasa ini sahaja yang dapat saya kongsikan dengan pensyarah. Semoga hasil kerja saya tuan pertimbangakan. Segala jasa baik tuan, saya ucapkan terima kasih.

RUJUKANEmat, Y. (2005). Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Petaling Jaya, Selangor: IBS Buku Sdn.Bhd.http://www.slideshare.net/MeenuMegala/sejarah-perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysiadirujuk pada 17 Ogos 2014. Megala Silva Raju.http://worldeducator.blogspot.com/2012/09/ulasan-jurnal-tentang-matapelajaran.html dirujuk pada 26 Ogos 2014. M.S Tamarai.http://eprints.utm.my/17060/1/JOE-1-2011-021.pdf dirujuk pada 30 Ogos 2014.

BIODATA PELAJAR

NAMA: Siti Nur Hidayah Binti Aidil Adzha.NO. I/C: 950817-08-5336NO. TEL: 012-5244042EMAIL : [email protected] TEMPAT LAHIR: Hospital Taiping, PerakASAL: Parit Buntar, Perak.MAKANAN KEGEMARAN: Char Kuey Tiaw.MINUMAN KEGEMARAN: Air Laici.HOBI: Membaca Novel dan Buku-buku Ustaz Azhar Idrus.SLOGAN HIDUP: Be better than the best! Bukan semua yang kita lakukan boleh puaskan hati semua orang.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,Saya Siti Nur Hidayah binti Aidil Adzha pelajar dari 1PISMP RBT ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah bagi subjek RBT 3013 Pengenalan kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional, Encik Shariff dan Encik Harath yang bertungkus-lumus mengajar saya dan rakan-rakan agar kami semua dapat memahami apa yang ingin disampaikan dan juga apa yang ingin dihayati dalam subjek ini. Terima kasih juga kerana tidak pernah jemu untuk menerangkan segala ilmu mengenai teknik dan vokasional ini walaupun kami agak jemu dengannya. Namun, semangat puan untuk mengajar kami semua saya jadikan sumber semangat dan panduan untuk saya aplikasikan semasa di sekolah nanti. Sekalung penghargaan juga buat puan kerana selalu memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan membantu menyiapkan tugasan ini dengan jayanya walaupun cuma berinteraksi melalui ajk subjek.Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam menjayakan tugasan ini. Mereka banyak berkongsi pendapat dan memberi tunjuk ajar kepada saya untuk membuat tugasan. Kepada ajk subjek ini iaitu Azwan Burham, terima kasih kerana selalu menyampaikan maklumat-maklumat terkini. Terima kasih kerana selalu menjadi orang tengah untuk yang lain berhubung dengan puan walaupun anda sendiri kadangkala dimarahi oleh rakan-rakan yang lain kerana terlalu banyak pesanan dan sampaian yang diberitahu sehingga kami semua pening, tetapi anda telah melaksanakan tugas anda sebagai ajk subjek dengan sempurna.Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak member semangat untuk saya menyiapkan tugasan-tugasan ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan menemani saya terutamanya pada waktu malam ketika saya stay up untuk menyiapkan tugasan. Mereka banyak menenangkan saya waktu saya menangis kerana tidak tahan untuk berjaga malam. Mereka yang menguatkan saya untuk terus buat sehingga siap.

ISI KANDUNGANMUKA SURAT

Biodata pelajar

Penghargaan

Tugasan A

Tugasan B

Tugasan C

Rujukan

ISI KANDUNGAN

BIODATAPELAJAR

PENGHARGAAN

TUGASAN A :PENULISAN ESEI

TUGASAN B:ULASAN JURNAL

TUGASAN C :PENULISAN REFLEKTIF

RUJUKAN

LAMPIRAN