Pengenalan kertas bm

22
* Hidup tanpa berjaya? * Hidup terus merana? * Hidup terus berjaya? * Belajar sehingga berjaya? * Membuang masa begitu sahaja? “Tuhan tidak akan mengubah nasib kita, melainkan kita sendiri yang mengubahkannya.” Buku ialah guru yang tidak pernah marah dan memukul kita – FRANCIS BECON

Transcript of Pengenalan kertas bm

Page 1: Pengenalan kertas bm

* Hidup tanpa berjaya?

* Hidup terus merana?

* Hidup terus berjaya?

* Belajar sehingga berjaya?

* Membuang masa begitu sahaja?

“Tuhan tidak akan mengubah nasibkita, melainkan kita sendiri yangmengubahkannya.”

Buku ialah guru yang tidak pernah marah dan memukul kita – FRANCIS BECON

Page 2: Pengenalan kertas bm

“Jika orang lain mampumencapai kejayaan,mengapa tidak anda”

Page 3: Pengenalan kertas bm

TAHUN Jenis

Petikan

2002 Rencana Perbahasan Laporan Syair

2003 Cereka Rencana Berita Syarahan

2004 Cereka Rencana Surat Rasmi Ucapan

2005 Rencana Rencana Rencana Rencana

2006 Surat Rasmi Surat Rasmi Surat Rasmi Surat Rasmi

2007 - - - -

Page 4: Pengenalan kertas bm

ASPEK TATABAHASA 2002 2003 2004 2005 2006 2007

KATA HUBUNG - 2 2 2 1

IMBUHAN 5 2 2 3 1

KATA SENDI NAMA 1 - - 1 1

PENJODOH BILANGAN 2 2 2 - 2

PERIBAHASA / SIMPULAN BAHASA .2 2 2 1 1

KATA GANDA ( MAKSUD / PENGGUNAAN ) 2 2 2 1 2

KATA KERJA / KATA ADJEKTIF / KATA BILANGAN / KATA ARAH 2 6 6 9 11

PERKATAAAN BERLAWAN / ANTONIM 1 1 1 1 1

PERKATAAN SEERTI / SINONIM 1 1 1 1 -

PENANDA WACANA 2 2 1 1 -

KATA GANTI NAMA DIRI 2 - 1 1 1

TANDA BACAAN 2 2 - - -

AYAT YANG SAMA MAKSUD 2 2 2 2 2

KATA BANYAK MAKNA 2 2 2 1 1

MEMILIH JAWAPAN BAGi AYAT TANYA 1 1 1 1 1

MEMILIH SOALAN BERDASARKAN JAWAPAN 1 1 1 1 1

MENENTUKAN AYAT YANG BETUL 2 2 2 5 2

JUMLAH 30 30 30 30 30

Page 5: Pengenalan kertas bm

BAHASA MELAYU KERTAS 1

1. Kertas ini mengandungi soalan objektif dan aneka pilihan.

2. Kertas Bahasa Melayu 1 mengandungi 40 soalan sahaja.

3. Masa yang diperuntukkan menjawab soalan ini ialah 50 minit sahaja.

4. Kertas ini mengandungi 30 soalan tatabahasa dan 10 soalan petikan kefahaman.

5. Bentuk soalan pemahaman mengandungi jawapan A,B,C dan D atau A,B dan C.

6 Terdapat gambar diserta bersama soalan-soalan yang dikemukakan.

7. Tanda bacaan ( tatabahasa ) telah digugurkan dalam soalan-soalan yang dikemukakan.

8. Jika ingin mendapat A, jawapan yang betul mestilah 32 / 40.

Page 6: Pengenalan kertas bm

1. Surat kiriman rasmi

2. Surat kiriman tidak rasmi

3. Laporan

4. Dialog / temuramah

5. Ucapan / syarahan

6. Berita

7. Puisi

8. Jadual / carta

9. Iklan / pengumuman

10. Cerita / cereka 11. Catatan / diari 12. Biografi

1. Baca petikan dengan teliti.

2. Fahami petikan.

3. Baca soalan-soalan yang dikemukan dengan teliti

4. Fahami soalan dan cari kunci soalan. Kunci soalan ialah perkara yang ditanya.

5. Cari jawapan dalam petikan.

6. Garis jawapan atau pembayang jawapan.

7. Pilih dan tanda jawapan. Ingat, jangan pilih jawapan yang tidak ada dalam petikan.

Page 7: Pengenalan kertas bm

1. Tidak membaca arahan untuk setiap soalan.2. Menjawab soalan dengan tergesa-gesa.

3. Kurang memberi tumpuan kepada kunci soalan pada setiap soalan.

4. Membuang masa dengan soalan yang susah.

5. Tidak menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu.

6. Terkeliru dengan penganggu yang hampir sama ejaannya atau maknanya.

7. Tersalah menanda jawapan yang sepatutnya pada kertas jawapan.8. Menghabiskan masa terlalu lama membaca petikan.

9. Tidak memadamkan jawapan yang salah dengan bersih pada kertas jawapan.

10. Tidak menyemak jawapan yang ditanda di dalam kertas jawapan.

11. Tidak menyemak nombor soalan, angka jawapan dan tanda hitam yang memenuhi ruang yang disediakan.

Kata adjektif Sinonim / antonim Penanda wacana Ayat sama maksudImbuhan Kata hubung Penjodoh bilangan Peribahasa Kata ganda

Kata kerja Kata banyak makna Jawapan / soalan bagi ayat tanya

Page 8: Pengenalan kertas bm

KARANGAN BERFORMAT KARANGAN TIDAK BERFORMAT

Surat kiriman rasmi Keperihalan / gambaran

Surat kiriman tidak rasmi Fakta

Laporan ( kegiatan / lawatan ) Perbincangan

Laporan ( Persatuan / kelab ) Imagniasi

Berita Autobiografi

Syarahan / pidato Biografi

Ucapan Rangsangan gambar bersiri

Dialog / temuramah / wawancara Rangsangan gambar tunggal

Catatan harian Peribahasa huraian

Cereka / cerima Peribahasa cerita

Page 9: Pengenalan kertas bm

BIL JENIS KARANGAN 2002 2003 2004 2005 2006

1 AUTOBIOGRAFI - - - - -

2 BIOGRAFI - - - - -

3 DIALOG / WAWANCARA - X - X X

4 CATATAN HARIAN - - - X -

5 CERITA X X - X -

6 MENYUDAHKAN CERITA - - X - -

7 GAMBARAN - - - - -

8 PENERANGAN - - - - -

9 FAKTA - X X - X

10 LAPORAN - - X - -

11 BERITA X - - - -

12 SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI X - - - -

13 SURAT KIRIMAN RASMI - - - - -

14 UCAPAN - - - - X

15 SYARAHAN - - - - -

16 PERBAHASAN - - - - -

17 PERBINCANGAN - - - - -

18 PERIBAHASA - - - - -

19 RANGSANGAN - - - - -

Page 10: Pengenalan kertas bm

BAHASA MELAYU KERTAS 2

1. Kertas ini merupakan kertas soalan subjektif.

2. Kertas soalan ini mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A, B dan C.

3. Semua bahagian A, B dan C wajib dijawab.

4. Masa menjawab soalan diperuntukkan selama 1 jam 15 minit ( 75 minit ).

5. Jumlah markah yang diperuntukkan sebanyak 60 markah. Keseluruhan markah akan diperatuskan.

6. Markah bahagian A ( 10 markah ), bahagian B ( 30 markah ) dan bahagian C 20 markah.

7. Soalan bahagian A wajib dijawab. Murid-murid perlu membina 5 ayat berdasar- gambar tunggal atau gambar bersiri diberikan.

8. Tiga soalan dikemukakan di bahagian B iaitu menulis karangan. Murid-murid perlu memilih satu soalan sahaja.

9. Soalan bahagian C merupakan soalan berkaitan dengan nilai murni. Murid- murid diberikan satu petikan. Murid-murid dikehendaki mencari nilai-nilai murni di dalam petikan kemudian membuat ulasan dalam satu perenggan berdasarkan nilai-nilai murni yang diperolehi.

Page 11: Pengenalan kertas bm

1. Markah yang diperuntukkan sebanyak 10 markah.

2. Murid-murid diminta memindahkan maklumat daripada bahan grafik iaitu samaada bentuk gambar, grafik, peta atau carta.3. Murid-murid dikehendaki membina 5 ayat berdasarkan gambar yang diberikan.

4. Murid-murid diminta membina ayat dengan menggunakan ayat yang gramatis.5. Ayat gramatis ialah ayat yang betul mengikut peraturan-peraturan tatabahasa.6. Terdapat 6 item di dalam ayat gramatis iaitu perbendaharaan kata, kosa kata, imbuhan, struktur ayat, tanda bacaan dan ejaan.7. Masa menjawab bahagian ini dicadangkan selama 15 minit sahaja.

1. Teliti gambar tunggal atau gambar bersiri yang diberikan.2. Baca dan fahami arahan soalan.

3. Kenal pasti aktiviti atau situasi yang berlaku.4. Senaraikan apa yang dilihat berdasarkan kata tanya seperti “apakah”, “bilakah” siapakah”, “Mengapakah”, “Bagaimanakah”, “dimanakah”.

5. Kumpul maklumat yang terdapat di dalam gambar.

6. Tulis ayat lengkap dengan menggunakan ayat gramatis. Setelah siap, sila semak ayat yang telah dibina.

Page 12: Pengenalan kertas bm

1. Tidak meneliti gambar.2. Tidak menggariskan kunci soalan.3. Ayat tidak bertepatan dengan gambar yang diberikan. Sebaliknya murid-murid membuat ulasan.

4. Murid-murid tidak membina ayat dengan menggunakan ayat gramatis.

5. Banyak kesalahan tanda bacaan, perbendaharaan kata yang lemah, struktur ayat yang lemah, ejaan yang salah, kosa kata yang kurang tepat dan perkataan yang digunakan tidak menggunakan imbuhan dengan betul.

1 . Nama guru kelas 6 Amanah ialah Puan Izzati binti Ahmad.

2. Beliau merupakan seorang guru yang berdedakasi dan bertanggungjawab kepada murid-murid 6 Amanah.

3. Keadaan kelas 6 Amanah amat bersih dan selesa sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.

4. Cikgu Izzati mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas 6 Amanah.

5. Cikgu Izzati mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh sejak 10 tahun yang lalu.

Page 13: Pengenalan kertas bm

Bina 5 ayat berdasarkan jadual yang diberikan di bawah

TUGAS ISNIN SELASA RABU KHAMIS

PADAM PAPAN

HITAM Aizat Safin Minah Suraya

SAPU SAMPAH

DALAM KELAS Syifa Farhan David Areena

CUCI TINGKAP

KELAS Velvet Fasha Zidane Agus

BUANG SAMPAH Lotter Aqil Hawa Haziq

JADUAL TUGASAN 6 MAWAR

Page 14: Pengenalan kertas bm

1. Markah yang diperuntukkan sebanyak 30 markah.2. Masa yang dicadangkan menjawab bahagian ini selama 40 minit.3. Murid-murid diberi 3 tajuk karangan, hanya 1 soalan wajib dijawab.4. Soalan-soalan yang dikemukakan merupakan karangan berformat dan karangan tidak berformat.

5. Panjang karangan tidak kurang 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

6. Murid-murid hendaklah menulis karangan dengan menggunakan ayat gramatis.

7 Soalan-soalan yang dikemukakan banyak berkisarkan diri murid-murid, aktiviti-aktiviti di sekolah dan berdasarkan tempat tinggal murid-murid.

1. Karangan berformat bermaksud karangan yang mesti ditulis mengikut cara tertentu. Apabila ditulis tidak mengikut format yang ditetapkan, ia boleh menjejaskan markah.

2. Contoh-contoh karangan berformat seperti Surat kiriman rasmi, Syarahan,Surat kiriman tidak rasmi, Dialog, Laporan, Berita, Ucapan, perbahasandan catatan harian.

Page 15: Pengenalan kertas bm

1. Baca semua soalan dengan teliti.

2. Pilih hanya satu soalan daripada 3 soalan yang dikemukakan.

3. Pilih soalan yang boleh dijawab iaitu soalan yang benar-benar kamu mengeta- hui format dan isi-isi yang mencukupi.

4. Baca keseluruhan soalan kemudian cari kunci soalan. Kunci soalan ialah perkara yang ditanya.

5. Kunci soalan memungkin menyuruh murid-murid menceritakan, menulis, atau menerangkan faedah-faedah atau menyediakan ucapan.

6. Gariskan kunci soalan, kenalpasti kehendak soalan dan format karangan.

Masa yang dicadangkan : 40 minit

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yangPanjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Kamu tidak datang sekolah kerana deman. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu u ntuk memaklumkan perkara ini.

ATAU2. Tuliskan karangan bertajuk “Saya Seorang Guru”

Page 16: Pengenalan kertas bm

3. Pada suatu petang, kamu bersiar-siar dengan seorang rakan di tepi pantai. Tiba-tiba kamu terdengar jeritan orang meminta tolong. Ceritakan tindakan- kamu dan kawan-kawan kamu.

1. Murid-murid perlu membuat peta minda.

2. Peta minda ialah rangka isi-isi karangan berdasarkan tajuk yang diberi. Isi-isi karangan mengandungi pendahuluan, isi-isi dan penutup.

3. Peruntukkan masa selama 3-5 minit untuk membina peta minda.

4. Untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam penulisan, murid-murid hendaklah mengamalkan membina peta minda sebelum menulis karangan.

5. Isi-isi karangan mestilah mengandungi 5-6 isi.

6. Perenggan pula perlulah mengandungi 4-5 baris.

7. Setiap perenggan perlulah mengandungi isi, huraian dan contoh.

8. Karangan perlu ditulis dengan menggunakan AYAT GRAMATIS. 9. AYAT GRAMATIS ialah ayat-ayat berasaskan nahu atau mengikut prinsip- prinsip tatabahasa. ( Lihat kamus Dewan Bahasa Edisi ke-3 m/s 413 ).

10. Selepas menulis karangan, sila semak semula karangan untuk membetulkan sebarang kesilapan yang timbul.

Page 17: Pengenalan kertas bm

1. Bahagian ini menguji murid-murid memahami dan membuat ulasan.

2. Bahagian ini memperuntukkan markah sebanyak 20 markah.

3. Murid-murid dikehendaki membuat ulasan berdasarkan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam petikan.

4. Bahan petikan yang diberikan adalah bahan sastera atau bukan sastera.

5. Panjang ulasan dalam satu perenggan tidak kurang 50 patah perkataan.

6. Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 20 minit.

7. Buat ulasan dengan menggunakan ayat gramatis.

8. Buat ulasan berdasarkan nilai-nilai murni yang hanya terdapat di petikan sahaja.

baik hati

berdikari

Berhemah tinggi

menghormati

Kasih sayang

menghargai

bertanggungjawab

bersimpati

rajin

jujur

berkerjasama

bersyukur amanah

Page 18: Pengenalan kertas bm

1. Baca petikan dengan teliti dan fahami kandungannya.

2. Senaraikan seberapa banyak nilai murni yang terdapat di dalam petikan.

3. Buat ulasan dalam satu perenggan berdasarkan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam petikan.

4. Panjang ulasan tidak kurang 50 patah perkataan. 5. Buat ulasan dengan menggunakan ayat gramatis.

6. Setelah selesai membua ulasan, sila semak semua karangan/ ulasan.

Asiah dan Farhan berkawan baik. Mereka tinggal di Kampung Melayu Sungai Buloh. Keluarga mereka hidup berjiran sejak 10 tahun yanglalu. Bak kata perpatah hidup mereka “bagai aur dengan tebing.”

Jika keluarga Asiah ditimpa kecelakaan, ayah Farhan akan segeramenghulurkan bantuan. Begitu juga sebaliknya jika keluarga Farhan ditimpakecelakaan. Jika ada sebarang masalah yang timbul, mereka akan menyelesaikan masalah itu dengan segera.

Pada suatu hari, Hakim adik Asiah mengalami kcederaan akibat ter-jatuh ketika bermain basikal di halaman rumahnya. Ayah Farhan segeramenghantar Hakim ke Hospital Sungai Buloh. Ayah Asiah amat berbanggamempunyai jiran yang bertanggungjawab.

Page 19: Pengenalan kertas bm

KEPUTUSAN GRED

32 - 40 A

24 - 31 B

16 - 23 C

0 - 15 D

BAHAGIAN A B C JUMLAH KEPUTUSAN

48 – 60 = A 8 25 15 48 A

36 – 47 = B 7 24 14 45 B

24 – 35 = C 6 17 10 33 C

0 – 23 = D 6 10 7 23 D

Page 20: Pengenalan kertas bm

1 = 3 21 = 53 1 = 2 21 = 35 41 = 68

2 = 5 22 = 55 2 = 3 22 = 37 42 = 70

3 = 8 23 = 58 3 = 5 23 = 39 43 = 72

4 = 10 24 = 60 4 = 7 24 = 40 44 = 73

5 = 13 25 = 63 5 = 8 25 = 42 45 = 75

6 = 15 26 = 65 6 = 10 26 = 44 46 = 77

7 = 18 27 = 68 7 = 12 27 = 46 47 = 78

8 = 20 28 = 70 8 = 13 28 = 47 48 = 80

9 = 23 29 = 73 9 = 15 29 = 49 49 = 82

10 = 25 30 = 75 10 = 17 30 = 50 50 = 83

11 = 28 31 = 78 11 = 18 31 = 52 51 = 85

12 = 30 32 = 80 12 = 20 32 = 53 52 = 87

13 = 33 33 = 83 13 = 22 33 = 55 53 = 88

14 = 35 34 = 85 14 = 23 34 = 57 54 = 90

15 = 38 35 = 88 15 = 25 35 = 58 55 = 92

16 = 40 36 = 90 16 = 27 36 = 60 56 = 93

17 = 43 37 = 93 17 = 29 37 = 62 57 = 95

18 = 45 38 = 95 18 = 30 38 = 64 58 = 97

19 = 48 39 = 98 19 = 32 39 = 65 59 = 98

20 = 50 40 = 100 20 = 34 40 = 67 60 = 100

BM KERTAS 1 BM KERTAS 2

SKIMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU

Mny/kertasbm1/06

Page 21: Pengenalan kertas bm

Berdasarkan kepada petikan di atas, saya mendapat banyak nilai murni yang boleh diamalkan. Sikap keluarga Asiah dan Farhan yang saling hormat-menghormati di antara satu sama lain akan mengukuhkan lagi ikatan persa-habatan. Amalan murni ini akan mewujudkan persefahaman dan melahirkan perasaan muhibbah tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Dengan ini semuaorang akan hidup aman dan damai tanpa menimbulkan prasangka.

Page 22: Pengenalan kertas bm

BAHASA MELAYU KERTAS 1

1. Tidak membaca arahan soalan dengan teliti.

2. Gagal mencari kunci soalan yang dikemukan.

3. Tidak membaca dan memahami petikan.

4. Menjawab soalan sambil lewa.

5. Kurang mempunyai pengetahuan am dan perbendaharaan kata.

BAHASA MELAYU KERTAS 2

1. Kurang memberi perhatian terhadap gambar yang diberikan.

2. Kurang memahami isi kandungan gambar yang diberikan.

3. Tidak menulis 5 ayat dengan menggunakan ayat gramatis iaitu struktur ayat, ejaan, tanda bacaan, perbendaharaan kata, kosa kata dan imbuhan dengan betul.

4. Membina ayat tidak berdasarkan gambar yang diberikan.

5. Pengetahuan dan perbendaharaan kata yang lemah dan kurang menyeluruh.

6. Tidak membaca arahan soalan dengan teliti.