Pengenalan Komsas

10
GENRE SASTERA GENRE SASTERA Novel Drama Sajak Cerpen Puisi Tradisional Prosa Klasik Cerita Beringkai Mitos Legenda Epik Melayu Epik Hindu Pantun Syair Gurindam Seloka Talibun Nazam Mantera Peribahasa Berangkap

Transcript of Pengenalan Komsas

Page 1: Pengenalan Komsas

GENRE SASTERA

GENRE SASTERA

Novel

DramaSajak

Cerpen

Puisi Tradisional Prosa Klasik

Cerita Beringkai Mitos Legenda Epik Melayu Epik Hindu

Pantun Syair Gurindam Seloka Talibun Nazam Mantera Peribahasa Berangkap

Page 2: Pengenalan Komsas

TEMA

PLOTSusunan peristiwa

PENGHAYATAN TEKS SASTERA

Persoalan

Persoalan Persoalan

Persoalan

kekeluargaan Kehidupan

kemasyarakatan percintaan

agama

Jenis Plot

Kronologi

Tidak Kronologi

Binaan Plot

Perkembangan

Permulaan

Peleraian

Puncak

Page 3: Pengenalan Komsas

LATARLatar belakang cerita

WATAKpelaku

WATAKPelukisan watak

Binaan Plot

Binaan Plot Binaan Plot

Watak Utama : Watak penting yang menggerakkan cerita

Watak Sampingan : Watak pembantu; lebih kecil peranannya daripada peranan watak utama

Watak Bundar : Kompleks sifatnya; terlihat amat berbeza daripada sifat watak lain

Watak Pipih : Watak pembantu; lebih kecil peranannya daripada peranan watak utama

Watak Dinamik: Berkembang dan berubah dari segi aksi, emosi, dan fikiran

Watak Statik : Tiada perubahan; fikirannya tidak berkembang dari mula hingga akhir

Watak Kodi : Watak konvensional, misalnya nenek kebayan; sedikit sifat tersendirinya,

terlalu banyak sifat stereotaipnya

Page 4: Pengenalan Komsas

Karya adalah sesuatu idea yang bernas yang disampaikan oleh pengarang. Pemikiran juga dapat

dikesani secara tersirat atau tersurat. Kebiasaannya, sesebuah karya yang baik mempunyai

pemikiran yang bernas, ada falsafah, ada kias dan sindiran.

TEMA

Tema ialah gambaran tentang gagasan, fikiran atau persoalan pokok yang menjadi

tunjang sesebuah cerita atau persoalan utama yang diutarakan atau dikemukakan oleh

pengarang sesebuah karya ataupun isi atau inti pemikiran yang ingin disampaikan oleh

pengarang.

Tema ialah persoalan pokok yang didiberikan penekanan oleh pengarang sesebuah karya.

Terdapat hanya ada satu tema dalam sesebuah karya sama ada sajak, puisi tradisional,

cerpen atau prosa tradisional.

PEMIKIRAN

1. Pemikiran ialah persoalan pokok atau persoalan utama yang menaungi sesebuah karya drama. Dengan kata lain, pemikiran dalam drama dapatlah disama erti dengan tema dalam cerpen atau novel.

2. Dalam sesebuah karya drama,hanya terdapat satu sahaja pemikiran. Maka, oleh sebab itulah pemikiran dirumuskan sebagai tema utama yang menaungi seluruh karya drama tersebut.

3. Lazimnya, pemikiran sesebuah karya drama terdiri daripada kasih sayang, pengorbanan, ketabahan, kegigihan, kemasyarakatan, percintaan, kekeluargaan, dan keagamaan.

PERSOALAN

MAKSUD KARYA SASTERA

Page 5: Pengenalan Komsas

Persoalan ialah perkara-perkara kecil atau sampingan yang ingin dikemukakan oleh

pengarang bagi memantapkan tema dalam sesebuah karya. Persoalan dalam sesuatu karya

biasanya lebih daripada satu.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak ialah pelaku yang mengembangkan tema, persoalan, dan plot cerita. Perwatakan

pula ialah sifat-sifat watak yang digambarkan sama ada:

a) Secara langsung oleh pengarang sendiri iaitu dengan menceritakan sifat-sifat watak,

keinginan, fikirannya, dan perasaannya atau

b) Secara tidak langsung oleh pengarang iaitu melalui dialog, fikiran dan aksi watak itu

sendiri.

LATAR

Latar terbahagi kepada tiga jenis, seperti yang berikut.

a) Latar masa - menunjukkan masa sesuatu peristiwa dalam sesebuah karya itu berlaku

dengan merujuk zaman dan tempoh masa, misalnya pada Zaman Perang Dunia

Kedua, zaman selepas merdeka, waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. Tempoh

peristiwa itu berlaku pula mungkin seminggu, dua bulan, tiga tahun dan sebagainya.

b) Latar tempat - Menunjukkan ruang atau lokasi geografi sesuatu peristiwa dalam

sesebuah karya itu berlaku, misalnya di kampong, di pekan, Kuala Lumpur dan

sebagainya.

c) Latar masyarakat - Menunjukkan komposisi masyarakat yang diketengahkan dalam

sesebuah karya, dari segi bangsa, budaya, anutan atau kepercayaan mereka,

pekerjaan, pendidikan, nilai yang diamalkan, dan sebagainya.

PLOT

Plot ialah susunan peristiwa dalam sesebuah karya yang bersandarkan sebab dan akibat.

Plot biasanya terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

Page 6: Pengenalan Komsas

 

a) Bahagian permulaan atau eksposisi - menampilkan watak, latar, dan sebagainya

bagi mencetuskan aksi-aksi watak.

b) Bahagian pertengahan atau perkembangan - watak-watak saling berkonflik,

menimbulkan masalah dan kerumitan.

c) Bahagian puncak cerita (klimaks) - Tumpuan yang maksimum yang menimbulkan

ketegangan daripada konflik yang tercetus antara watak.

d) Bahagian peleraian – penyelesaian bagi semua konflik.

TEKNIK PLOT

Teknik plot ialah teknik yang digunakan oleh pengarang untuk menjalinkan cerita supaya

menjadi lebih menarik dengan menggunakan beberapa teknik seperti yang berikut.

a) Imbas Kembali – Peristiwa masa silam yang dikenang semula dalam ingatan seseorang

atau beberapa orang watak.

b) Imbas muka – Ramalan peristiwa akan datang terhadap sesuatu yang akan berlaku pada

diri seseorang atau beberapa orang watak.

c) Monolog – Pengucapan watak secara bersendirian.

d) Monolog dalaman – Pengucapan batin watak.

e) Saspens – Perasaan ingin tahu.

f) Kejutan – Kemunculan peristiwa secara tiba-tiba atau tidak disangka.

Page 7: Pengenalan Komsas

g) Konflik – Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak dalam satu urutan plot.

Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran,

iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar. Konflik

dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran.

h) Dialog - Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.

Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau   fikiran  

yang berkaitan dengan tema.

i) Pemerian – Gambaran tentang latar, masa, masyarakat, watak dan sebagainya.

GAYA BAHASA

Jenis Gaya Bahasa

Huraiannya

(a)  Diksi Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya

Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej

(b) Ayat Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang

(c)   Personifikasi Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama

ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.

Contohnya:    ...matahari   pagi   bangkit   daripada   selimut   gunung,    benaknya mendandan sejuta persoalan

(d) Simile Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)

Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran

(e)   Metafora Membandingkan sesuatu dengan yang lain yang lazimnya menggunakan dua perkataan, iaitu satu perkataan abstrak dan satu perkataan konkrit

Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran (f)   Hiperbola Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara

berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi

(g)   Sinkope Bermaksud penyingkatan perkataan Contohnya: "Apa dah jadi ni?"

(h) Rima Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi

Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir

(i)   Asonansi Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak Contohnya:  pengulangan  vokal “u”   dalam   baris  Kerana aku penyair

Page 8: Pengenalan Komsas

Jenis Gaya Bahasa

Huraiannya

kupenuhi hidupku (j)   Aliterasi Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak

Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan

(k)  Pengulangan Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. epifora - pengulangan kata pada akhir baris. repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang

berbunga dia berbunga response – pengulangan kata di tengah baris.

(l)   Perlambangan

(m) Rima

 kata-kata   yang   digunakan   untuk   menerangkan   sesuatu   benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam. Contoh ‘bunga’ merujuk kepada perempuan.

Pengulangan bunyi yang sama dalam baris puisi atau baris akhir puisi yang berfungsi untuk menimbulkan keindahan dan memberikan kesenangan indera kepada pembaca atau penonton. Contoh:

Inderagiri pasirnya lumat, [a] Tempat berkelah putera raja, [b]Baik sedikit tetapi berjimat, [a] Daripada banyak membazir sahaja. [b]

NILAI

Perbuatan positif yang dapat diteladani oleh pembaca. Terdapat 17 nilai murni yang

ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi pengenalan KBSM,

khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dan dalam sesebuah

karya, iaitu

a) Baik hati

b) Berdikari

c) Hemah tinggi

d) Hormat-menghormati

e) Kasih sayang

f) Keadilan

g) Kebebasan

h) Keberanian

i) Kebersihan fizikal dan mental

Page 9: Pengenalan Komsas

j) Kejujuran

k) Kerajinan

l) Kerjasama

m) Kesederhanaan

n) Kesyukuran

o) Rasional

p) Semangat bermasyarakat

q) Patriotisme

PENGAJARAN

Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam bentuk peringatan atau pedoman.