PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf ·...

125
1 PENGENALAN KURSUS Kursus :Teori Linguistik Kod Kursus : BBM 3106 Kredit : 3 (3+0) Pensyarah : Prof Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif Tajuk Kuliah : Maklumat Kursus Kandungan : (i) Biodata Penulis (ii) Rangka Kursus (iii) Kaedah Pengajaran (iv) Jadual Belajar (v) Penilaian Kursus (vi) Panduan Menulis Tugasan

Transcript of PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf ·...

Page 1: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

1

PENGENALAN KURSUS

Kursus :Teori Linguistik Kod Kursus : BBM 3106 Kredit : 3 (3+0) Pensyarah : Prof Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif Tajuk Kuliah : Maklumat Kursus Kandungan : (i) Biodata Penulis

(ii) Rangka Kursus

(iii) Kaedah Pengajaran

(iv) Jadual Belajar

(v) Penilaian Kursus

(vi) Panduan Menulis Tugasan

Page 2: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

2

BIODATA PENULIS

Ahmad Mahmood Musanif, Ph.D (Malaya), Pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu,

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM dalam bidang teori linguistik, falsafah

bahasa, semantik, dan linguistik bandingan. Pengkhususan dalam bidang semantik

dan analisis wacana. Pernah berkhidmat sebagai tutor (1988-1989) dan pensyarah

sementara di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya (1989-1990). Mula

berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga

kini, dan sekarang menjawat jawatan Profesor Madya. Telah menghasilkan empat

buah buku iaitu, Penghayatan dan Pemahaman Sejarah Melayu (1992), dan Kamus

Pelajar Terkini (1996) serta penulis bersama dengan Arbak Othman untuk buku

Pengantar Linguistik Am (2004) dan Teori Linguistik (2004). Tesis Sarjananya

bertajuk “Penambah Kata Kerja Bahasa Melayu Hari Ini dan Bahasa Melayu dalam

Hikayat Abdullah: Satu Kajian Perbandingan Makna”, dan Tesis PhD, berjudul

“Tanya-Jawab dalam Novel Salina Karangan A.Samad Said: Satu Kajian

Berdasarkan Teori Lakuan Pertuturan”. Banyak menyumbangkan kertas kerja dan

penyelidikan dalam bidang teori linguistik, semantik dan analisis wacana.

Page 3: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

3

RANGKA KURSUS

NAMA KURSUS : TEORI LINGUISTIK (Linguistic Theory)

KOD KURSUS : BBM 3106 KREDIT : 3 (3+0) JUMLAH JAM PEMELAJARAN : 120 per semester PELAJAR HASIL PEMELAJARAN : Pelajar dapat :

1. menghuraikan perkembangan ilmu linguistik dari dahulu hingga kini (C5)

2. menghuraikan pelbagai teori dalam

linguistik (A4, LL)

3. menunjukkan kerelevanan pelbagai teori linguistik untuk menghuraikan bahasa Melayu (P2)

4. mencari idea dan mencari penyelesaian

alternatif (CPTS). SINOPSIS : Kursus ini merangkumi perkembangan ilmu

linguistik dan kepentingannya, nahu tradisional, teori tatabahasa struktural dan transformasi-generatif, keperihalan keadaan, analisis wacana dan kesan teori terhadap perkembangan linguistik Melayu.

(This course covers the development of linguistics and its significance, traditional grammar, structural and transformational-generative theories, situational context, discourse analysis and influence of theories towards the development of Malay linguistics).

KANDUNGAN KULIAH : Jam Pemelajaran

Bersemuka 1. Sejarah perkembangan ilmu linguistik 4

Page 4: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

4

- zaman Yunani - zaman Islam - zaman Romawi

2. Teori linguistik 4 - pengertian

- ciri - teori linguistik dan teori bahasa 3. Linguistik tradisional 4 - ciri - aplikasi dalam huraian linguistik

4. Strukturalisme 4 - ciri

- pendekatan - kaedah analisis 5. Bahasa dan lakuan 4 - fungsi bahasa - ciri lakuan - jenis lakuan bahasa 6. Teori Lakuan Pertuturan 4 - pengertian - syarat kesesuaian - aplikasi dalam huraian bahasa 7. Teori Linguistik Tranformasi Generatif 4 - konsep asas - teori standard - teori standard tambahan 8. Perkembangan terkini dan pasca Generatif 4 - semantik generatif - kuasaan dan tambatan - program minimalis

9. Teori Semantik 4 - keperihalan keadaan - pragmatik - semantik sistem penuh

10. Analisis wacana dan genre 6

Page 5: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

5

- pengertian - ciri - kandungan - teknik - jaringan sosial Jumlah 42 PENILAIAN : Kerja Kursus 60% Peperiksaan Akhir 40% RUJUKAN :

1. Arbak Othman & Ahmad Mahmood Musanif. (2006).Teori Linguistik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Asmah Haji Omar. (2002). Kajian dan

Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Asmah Haji Omar. (2006). Panduan Wacana

Akademik Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Radford, A. (2005). Linguistics : An Introduction.

Cambridge : Cambridge University Press.

Bahan Bacaan Lain Yang Dicadangkan

Sila merujuk senarai bahan-bahan bacaan tersebut pada setiap unit.

Page 6: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

6

KAEDAH PENGAJARAN

Kursus ini disediakan dalam 8 Unit Kuliah. Kursus ini mengandungi pengenalan

kursus meliputi objektif pembelajaran, kandungan, penilaian unit dan sumber-

sumber pembelajaran dan bahan-bahan bacaan (buku rujukan dan bahan-bahan

bacaan yang ditetapkan), jadual belajar, kursus intensif bersemuka, latihan dan

aktiviti serta tugasan (esei ilmiah) untuk diserahkan pada tarikh yang ditetapkan.

Anda mesti membaca panduan belajar Unit 1 hingga 8, buku rujukan, dan bahan-

bahan bacaan yang ditetapkan bagi setiap unit. Maklumat ini penting untuk

pengetahuan dan untuk membantu dalam penyediaan tugasan anda.

JADUAL BELAJAR

Berikut disediakan jadual belajar untuk kursus BBM 3106.

Minggu Unit Tajuk

1 & 2 1 Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik

3 & 4 2 Teori Linguistk

5 3 Linguistik Tradisional

6 & 7 4 Strukturalisme

8 & 9 5 Fungsi Bahasa dan Teori Lakuan Pertuturan

10 & 11 6 Teori Linguistik Transformasi Generatif

12 7 Teori Semantik

13 & 14 8 Analisis Wacana dan Genre

Page 7: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

7

Kursus Intensif Bersemuka Kursus ini akan ditetapkan oleh pihak UPMET menurut keperluan semasa.

PENILAIAN KURSUS Kerja Kursus Kerja kursus terdiri daripada ujian dan tugasan. Kerja Kursus juga akan diadakan pada hari-hari pertemuan. Markah bagi keseluruhan Kerja Kursus dan tugasan adalah 30%. Ujian Ujian akan diadakan pada pertengahan semester. Anda dikehendaki menjawab 1 soalan esei. Markah ujian adalah 30%. Peperiksaan Akhir Peperiksaan akhir mengambil masa 1 ½ jam. Anda dikehendaki menjawab 2 soalan esei. Markah peperiksaan akhir adalah 40%. Catatan : Semua pelajar hendaklah mengambil peperiksaan pada tarikh masa dan tempat yang ditetapkan. Sila rujuk surat yang berkaitan dengan peperiksaan.

Page 8: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

8

PANDUAN MENULIS TUGASAN

1. Tajuk Tetap : Tajuk yang ditetapkan oleh pensyarah tidak boleh diubah, dipinda atau ditukar ganti dengan pelajar lain.

2. Format : Format Esei mesti mengandungi lima perkara utama seperti berikut :

a. Tajuk : Tajuknya mesti ringkas dan padat

b. Pengenalan : pengenalan mesti mengandungi pengertian dan konsep bagi tajuk yang dibahas.

c. Kandungan Isi dan Perbahasan : Perbahasan dan perbincangan mesti kritis dan argumentatif. Inilah bahagian utama dalam esei ini.

d. Kesimpulan : Kesimpulan yang saudara buat tentang isi kandungan yang dibahas.

e. Bibliografi : Pada bibliografi mesti mengandungi :

i. Bahan daripada buku : Nama pengarang, tarikh, judul buku, tempat terbit, penerbit. ii. Bahan daripada Jurnal : Nama pengarang, tarikh,judul karangan, nama jurnal, jilid, bilangan, halaman.

3. Kertas dan kulit luar : a. Setiap tugasan hendaklah ditulis tangan pada kertas kajang berwarna putih.

b. Panjangnya : Minimum 5 halaman.

Maksimum 7 halaman. c. Bentuk taipan pada kulit luar adalah seperti berikut :

Page 9: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

9

No. Matrik : Program : Semester : Kod Kursus :

Judul Esei

Nama Penulis

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Serdang

Tarikh

d. Kertas untuk kulit luar perlulah berwarna cerah. e. Jangan menggunakan salut/kulit luar

daripada plastik.

4. Penyerahan : a. Setiap Kerja Kursus hendaklah diserahkan kepada pensyarah mengikut tarikh yang telah ditetapkan. b. Pelajar yang lambat menyerahkan kerja kursus ditolak atau dikurangi markahnya.

Page 10: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

10

UNIT 1

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK

Pengenalan

Sejarah perkembangan ilmu linguistik bermula dengan kesedaran sarjana Yunani

tentang perbezaan antara bahasa orang awam dengan bahasa penulis

kesusasteraan klasik. Tradisi orang Yunani ini diteruskan dalam zaman Islam dan

Romawi. Dalam setiap zaman tersebut, muncul banyak tokoh, aliran pemikiran yang

membentuk beberapa kaedah huraian bahasa dan seterusnya memberikan kesan

kepada kajian dan perkembangan ilmu linguistik.

Objektif

1. Mengetahui sejarah perkembangan ilmu linguistik.

2. Memahami perkembangan ilmu linguistik dari dahulu hingga kini.

3. Menghuraikan perkembangan ilmu linguistik dan implikasinya terhadap

linguistik Melayu.

Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik

Sejak zaman dahulu lagi bahasa merupakan bahan kajian berbagai-bagai bidang

ilmu, misalnya falsafah, antropologi, psikologi, sosiologi, kesusasteraan dan

linguistik atau ilmu bahasa sendiri. Tentu sahaja tiap-tiap bidang ini mengkaji

bahasa dari sudut yang diminatinya: falsafah dari segi makna dan hukum-hukum

logik yang terungkap dalam bahasa; antropologi dari segi bahasa sebagai

Page 11: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

11

pencerminan budaya; psikologi dari segi perkaitan bahasa dengan fikiran; sosiologi

dari segi perkaitan bahasa dengan masyarakat; kesusasteraan dari segi bahasa dan

keindahan serta penceritaan; dan ilmu bahasa dari segi bahasa sebagai sistem

perlambangan dan alat komunikasi.

Zaman Yunani dan Romawi

Linguistik mempunyai sejarah yang lama, sejak zaman Yunani Kuno lagi. Pada

zaman itu, linguistik termasuk dalam bidang falsafah, khususnya falsafah bahasa.

Yang boleh kita ambil sebagai wakil zaman itu ialah Heraclitus yang banyak

memperkatakan perkaitan antara bahasa dengan alam, dan dalam hal ini beliau

mempersoalkan gejala-gejala bahasa seperti gejala sebunyi (homonymy) dan

sejarah kata (etimology). Gejala sebunyi dipandang sebagai daya retorik dalam

bahasa, khususnya dalam puisi, dan gejala ini diperkaitkan pula dengan gejala-

gejala lain seperti sajak, (rima), asonansi dan “pun” atau permainan kata. Dari segi

etimologinya pula, sesuatu perkataan itu bukan semata-mata satu nama atau isyarat

bagi sesuatu benda, tetapi merupakan rakaman pengalaman masyarakat

penggunanya ( Asmah, 1992 :2).

Plato ialah orang pertama yang diketahui menyelidiki bahasa sebagai satu

daripada masalah falsafah. Pendekatan kajiannya adalah dari segi asal usul

bahasa, iaitu dari segi permulaannya dan dari segi sifat atau zatnya atau ‘it’s

beginning and it’s essence’. Plato menyoal tentang ketepatan nama-nama sebagai

Page 12: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

12

lambang sesuatu benda, kejadian, kelakuan dan lain-lain. Dia melahirkan konsep

‘triad’ atau ketigaan dalam sifat bahasa iaitu :

(1) Nama atau bahasa sebagai lambang.

(2) Benda atau kejadian atau kelakuan atau kenyataan sebagai rujukan lambang.

(3) Keadaan hubungan antara kedua-dua itu, iaitu dari segi ketepatan atau

tidaknya hubungan itu.

Plato dengan menyebut Socrates telah membuat beberapa keterangan

tentang hubungan antara nama (lambang) dengan benda atau perkara (rujukan

lambang), iaitu dari segi ketepatan atau kejituan hubungan perujukan itu.

Pertama, mungkin ketepatan hubungan perujukan itu dihasilkan oleh nature

atau keadaan sedia jadi. Ini bermaksud hubungan antara nama atau perkataan

dengan benda atau perkarayang dirujuk adalah benar dan terbukti secara tersendiri,

tanpa ditentukan oleh manusia. Keadaan sifat sedia jadi benda atau perkara dengan

perkataan itu membuktikan kebenaran dan ketepatan penggunaan nama-namanya

secara tersendiri atau natural. Plato sama ada secara lelucon atau secara serius

talah menggunakan satu kaedah yang dipanggil folk etymology yang dikenali juga

playful etymology untuk menghuraikan asal usul dan sifat sesuatu perkataan.

Contoh kaedah etimologi itu misalnya dalam bahasa Inggeris tentang asal usul

perkataan strawberry yang menamakan sejenis buah kecil, ialah bahawa buah itu

sesudah dipetik dan diangkut ‘are buried in straw’, dan dengan itu terbitlah

perkataan ‘strawberry’. Begitu juga perkataan ‘flea’ yang menamakan sejenis

Page 13: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

13

serangga (pijat), kerana serangga itu ‘will flee before one can catch it’, dan dengan

itu terbitlah perkataan ‘flea’. Banyak lagi contoh yang seumpama dengannya.

Satu contoh kaedah folk etymology bagi bahasa Melayu ialah perkataan

‘hantu’ yang dikatakan berasal daripada perkataan ‘Tuhan’, dengan membalikkan

kedudukan suku katanya. ‘Tuhan’ ialah nama untuk melambangkan kuasa luar biasa

yang ghaib yang berasal daripada perkataan Melayu kuno ‘tuha’ bermakna ‘tua’,

dengan meletakkan akhiran ‘-an’ menjadi ‘tuha-an’ bermakna “yang dituakan”.

Tetapi konsep ‘Tuhan’ lebih tinggi dan suci daripada konsep ‘hantu’ dan mungkin

dalam sistem kepercayaan Melayu kuno Tuhan ialah ketua bagi segala hantu.

Perkataan ‘kelapa’ juga mungkin timbul melalui kaedah etomologi yang sama, iaitu

suatu buah yang besarnya kira-kira sama dengan ‘kepala’ manusia maka dibalikkan

dua suku kata yang terakhir sehingga timbullah perkataan ‘kelapa’ itu. Mungkin

perkataan-perkataan demikian pada mulanya dibentuk secara lucu, tetapi setelah

mendapat penerimaan ramai atau ‘currency’ maka penggunaannya menjadi

merebak dan tekal (terus kekal). Jadi, fungsi lelucon atau ‘bermain-main’ dalam

perlakuan budaya boleh diibaratkan sebagai ‘makmal ujian yang terkawal’ di mana

sesuatu yang baharu itu diuji pemakaiannya, jika didapati tidak sesuai, maka

dibuangkan sahaja tanpa menjejaskan kesejahteraan masyarakat. Sebaliknya kalau

sesuai, maka akan terus digunakan (Hashim, 2006:104).

Cara yang kedua tentang asal usul perkataan yang dikaitkan dengan

perujukan antara perkataan atau nama dengan maknanya secara nature atau sedia

Page 14: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

14

jadi ialah kedah sound symbolism etymology atau etimologi simbolisme bunyi. Di

dalam kaedah ini, makna sesuatu perkataan itu dikesani melalui penyusurgaluran

terhadap makna-makna yang didukung oleh setiap bunyi atau suku kata yang ada di

dalam perkataan itu. Contohnya di dalam bahasa Melayu, perkataan-perkataan

yang mempunyai dua suku kata atau lebih boleh disusurgalurkan maknanya

daripada makna yang didukung oleh setiap suku katanya yang berasal daripada

bahasa Austronesia Purba. Misalnya seperti berikut :

jur bermakna ‘panjang dan melurus’

lajur bermakna ‘memanjang terus’

bujur bermakna ‘memanjang tepi’

mujur bermakna ‘memanjang secara abstrak, iaitu nasib yang terus

baik’

jujur bermakna ‘perangai yang lurus’

Selain daripada perkaitan yang secara natural antara perkataan dengan

maknanya, Plato juga memperkatakan perkaitan yang secara ‘convention’ atau

penerimaan ramai tentang perkaitan yang demikian, iaitu sesuatu perkataan itu

mendapat rujukan maknanya oleh kerana penerimaan dan persetujuan masyarakat

umum terhadap perujukan itu. Daripada persoalan tersebut, kita lihat bahawa sudah

ada persoalan yang mengemukakan perbezaan antara alam tabii dengan

penggunaan bahasa dalam hubungan sosial antara manusia. Juga kita dapat

mengesan pemikiran tentang perkaitan antara signifiant (sound image) dan signifie

Page 15: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

15

(konsep) yang kemudian menjadi konsep asas dalam linguistik moden. Kedua-dua

pandangan tentang perkaitan antara perkataan dengan makna itu, iaitu dikenali juga

sebagai kontroversi nature-convention mendapat perbincangan dan penghujahan

yang panjang lebar tanpa memberati mana-mana pihak. Plato juga telah

membahagikan ayat kepada onoma dan rhema, yakni pelaku dan perbuatan, yang

membawa kepada pengertian subjek dan predikat, atau judul dan komen, sekarang

ini (Asmah, 2011:7).

Selepas Plato, Aristotles juga menanamkan asas kajian linguistik dengan

membuat penelitian dan perbezaan antara huruf-huruf, suku kata dan perkataan.

Beliau juga telah meneliti kewujudan perkataan dengan mentakrifkannya sebagai

unit terkecil yang bebas dan bermakna. Aristotles telah membuat perbezaan antara

bentuk luaran bahasa (iaitu struktur nahunya) dengan rujukan maknanya kepada

benda-benda dan kejadian dalam alam ini (iaitu pragmatiknya). Aristotles juga telah

menambahkan satu kelas komponen sintaksis lagi selain nominal dan verbal, iaitu

syndesmoi yang merangkumi kelas-kelas seperti conjunction, preposition, articles

dan pronouns. Tiap-tiap golongan itu pula ditakrifkan berdasarkan ciri-ciri yang boleh

dikenal pasti dan kewujudannya boleh diramalkan pada semua anggota golongan

berkenaan. Sumbangan Aristotle yang terbesar dalam ilmu linguistik terdapat pada

analisis struktur bahasa, khususnya analisis ayat. Beliaulah yang pertama kali

mengemukakan teori ayat seperti yang dihuraikan di atas. Bagi Aristotle, nahu am

dilihat sebagai salah satu aspek logika formal. Dengan kaedahnya itu, maka

Aristotle telah membuka jalan bagi satu tradisi yang bertahan lama dalam pemikiran

Page 16: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

16

linguistik. Berikutan dengan itu, maka kajian nahu dianggap sebagai sains

Aristotellian (Asmah, 2011:8).

Sistem Aristotles tentang analisis bahasa demikian, diperluas lagi oleh satu

kumpulan ilmuwan yang bernama The Stoics yang ditubuhkan oleh Zeno (sekitar

300 SM). Kumpulan Stoics ini memperluas analisis bahasa ini dengan

menambahkan jumlah kelas kata dan membuat definisi dengan lebih tepat serta

memperkenalkan kategori-kategori nahu yang baharu untuk meliputi aspek

morfologi dan bahagian-bahagian sintaksis yang berkaitan dengan kelas-kelas yang

baharu itu. Di bawah naungan usaha dan kajian kumpulan Stoics ini, ilmu bahasa

memperoleh tempat yang lebih jelas di dalam keseluruhan pengajian ilmu falsafah

(Hashim, 2006:108).

Kumpulan Stoics juga menubuhkan perbezaan atau dikotomi antara bentuk

atau form, iaitu signifier dengan makna atau meaning, iaitu signified. Bagi mereka

makna atau signified itu bukan hanya gambaran akal atau mental impression tetapi

sesuatu yang terbit di dalam akal pendengar melalui sesuatu pengucapan

berdasarkan pengetahuannya tentang bahasa itu.

Satu lagi kontroversi tentang kajian bahasa khususnya tentang nahu yang

menarik perhatian yang besar di kalangan pengkaji-pengkaji Yunani pada masa itu

ialah apa yang dikenali sebagai kontroversi ‘analogy-anomaly’. Aristotles dikatakan

bersetuju dengan pandangan analogi, manakala kumpulan Stoics cenderung

Page 17: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

17

kepada pandangan anomali. Pandangan analogi berpendapat bahawa terdapat ciri-

ciri keseragaman dalam bahasa misalnya dalam paradigma bentuk, iaitu perkataan-

perkataan yang mempunyai status nahu yang sama, mempunyai juga bentuk fleksi

akhir dan struktur nada yang sama. Juga keselarasan terdapat dalam aspek

hubungan makna dengan bentuk, iaitu perkataan-perkataan yang berselaras secara

morfologi boleh dianggap secara analogi berselaras juga dari segi maknanya,

demikian juga sebaliknya. Pandangan anomali pula berpendapat bahawa bahasa

mempunyai banyak bentuk-bentuk dan ciri-ciri kekecualian atau ‘irregularities’ dan

exceptions, misalnya kelas-kelas paradigmatik untuk nominal dan verbal’

mempunyai banyak penyimpangan atau anomaly daripada yang biasa yang tidak

boleh dianggap salah oleh ahli-ahli bahasa. Begitu juga terdapat makna nahu yang

menyimpang daripada bentuk bahasa yang biasa, misalnya penanda jamak ’-s’ ada

digunakan untuk kata nama yang tunggal misalnya ‘Athens’,‘Thebes’. Demikian juga

penggunaan penanda jantina atau gender inflections yang kadang-kadang tidak

menunjukkan sama ada ‘jantan’ atau ‘betina’ terutama sekali kepada benda-benda

yang tidak hidup yang tentu sekali tidak benjantina! Kumpulan Stoics apabila

menolak pegangan bahawa satu perkataan itu hanya mempunyai satu makna, telah

menunjukkan satu pengertian yang penting tentang struktur semantik sesuatu

bahasa; iaitu makna bagi perkataan tidak wujud secara terpencil dan mungkin

berubah-ubah mengikut konteks penggunaannya. Kesimpulannya, kumpulan Stoics

ini telah menerima bahasa sebagai satu kebolehan manusia yang sedia jadi atau

natural yang seharusnya diterima dalam bentuk aslinya dengan segala sifat-sifat

‘irregularities’ itu.

Page 18: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

18

Satu lagi kumpulan ilmuwan Yunani Purba yang menumpukan pengajian

kepada ilmu bahasa ialah ‘The Alexanderians’, iaitu yang bertempat di Iskandariah

Mesir Purba yang pada masa itu ditakluki oleh kerajaan Yunani. Kumpulan ini

berminat kepada kajian bahasa sebagai sebahagian daripada kajian kesusasteraan

dan berpegang kepada pandangan analogi. Seorang pengkaji daripada kumpulan ini

bernama Aristarchus (abad kedua SM) dikatakan sebagai pelopor ‘Scientific

Homeric Scholarship’ dan telah mencetuskan beberapa perkembangan dalam kajian

nahu. Beliau juga merupakan guru kepada seorang ahli tatabahasa Yunani Purba

yang terkenal yang mengarang buku yang berjudul Techne Grammatike satu-

satunya buku tatabahasa Yunani yang tersimpan sampai sekarang. Buku itu

dikatakan mengandungi huraian tentang keseluruhan tatabahasa Yunani dalam

bentuk ringkasan, iaitu merangkumi huraian fonetik, morfologi dan sedikit tentang

sintaksis. Kenyataann Thrax bahawa binaan ayat merupakan lapis teratas dalam

huraian tatabahasa, manakala perkataan merupakan lapis terbawah, iaitu sebagai

unit tatabahasa terkecil, diterima sehingga sekarang dalam tradisi kajian linguistik di

Eropah. Thrax menubuhkan lapan kelas kata, iaitu ‘noun, verb, participle, article,

pronoun, preposition, adverb, conjunction. Bagi setiap kelas kata itu, Thrax

memberikan huraian kategori terhadapnya, misalnya untuk ‘noun’ ada ‘gender, form,

number, case’ dan untuk ‘verb’ ada ‘mood, voice, type, form, number,

tense,conjugation’.

Tamadun dan peradaban Yunani Purba telah diteruskan oleh tamadun

Romawi Purba, bahkan ramai pengkaji cenderung untuk mengatakan bahawa

zaman Yunani-Romawi atau ‘Greco Roman era’ sebagai satu peradaban yang

Page 19: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

19

bersambungan tanpa banyak perbezaan. Ilmu linguistik Romawi umumnya ialah

penerapan pemikiran Yunani, kontroversi Yunani dan kategori Yunani ke atas

bahasa Latin. Keserupaan struktur asas antara kedua-dua bahasa itu, ditambahkan

pula dengan keratan tamadun yang dicapai dalam alam Yunani-Romawi,

memudahkan perpindahan metalinguistik demikian.

Antara pengkaji-pengkaji bahasa Romawi yang terkemuka ialah Varro (116-

27 SM) dengan buku tatabahasa Latin berjudul De Lingua Latina yang mengandungi

25 jilid, dan Priscian (sekitar 500 M) Institutiones Grammaticae yang mengandungi

18 buah buku dengan seribu halaman.

Zaman Islam

Zaman Islam bermula dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 571

Masihi dan pengangkatannya sebagai Rasul pada tahun 610 Masihi, iaitu ketika

Baginda beumur 40 tahun. Wahyu yang Pertama diterima beliau sangatlah

signifikan, bukan sahaja kerana pengangkatannya sebagai Rasul atau Pesuruh

Allah, tetapi terkandung di dalamnya perintah supaya membaca, belajar, merenung,

berfikir, mengkaji, meyelidik untuk memperoleh ilmu yang akan diajar oleh Allah

Yang Maha Mengetahui, iaitu ayat 1-5, Surah al-‘Alaq (maksudnya):

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah. Yang mengajar dengan Pena. Mengajarkan manusia apa yang belum diketahuinya”.

Page 20: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

20

Ayat-ayat itu mengisyaratkan satu hakikat dalam agama Islam yang

menekankan pendidikan dan pembelajaran melalui tulisan dan bacaan, kerana

“…….semua kebudayaan, semua tamadun hidup berterusan dan berkembang maju

melalui penimbunan lorekan pena atau perakaman tulisan. Satu yang baharu

menambahkan timbunannya kepada pengetahuan yang lama, dan pengalaman-

pengalaman manusia yang bertimbunan itu merupakan tahap-tahap pencapaian dan

peningkatan kemanusiaan, yang jelas berbeza daripada makhluk-makhluk yang lain

(yang tidak ada kebolehan menulis dan membaca).” Dengan penekanan kepada

pembelajaran, pengkajian, penulisan dan sebagainya, maka lahirlah barisan demi

barisan ilmuwan-ilmuwan Muslim yang mengkaji berbagai-bagai bidang ilmu

pengetahuan. Walaupun pada zaman permulaan Islam tidak banyak hasil-hasil

pengajian yang tertulis oleh kerana beberapa sebab, namun kebanyakan ilmu-ilmu

dan bidang-bidang pengajian boleh dikesani ke zaman Islam itu. Demikianlah juga

bidang kajian pemikiran Islam.

Tentang persoalan kaitan bahasa dengan pemikiran, realiti dan kewujudan, memang

sudah lama menjadi bahan renungan dan perbincangan para ilmuwan Islam. Begitu

juga tentang pentafsiran dan huraian atau ‘ta’wil’ lambang-lambang yang ada dalam

al-Qur’an dan al-Hadith bermula sejak zaman awal Islam lagi. Ibnu Abbas (r.a)

seorang sahabat Rasulullah (s.a.w) dikatakan tokoh yang terkemuka dalam bidang

ta’wil ini. Imam Ghazali (r.a) dalam Ihya’ Ulumuddin telah menyebut satu Hadith

yang menyatakan bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah berdoa kepada Alllah (s.w.t)

supaya menajar Ibnu Abbas iman dan ta’wil. Satu Hadith lagi yang diriwayatkan oleh

Page 21: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

21

Abu Hurairah (r.a) menyebut bahawa Rasulullah (s.a.w) berkata: “Al-Quran diwahyu

dalam lima wajah, iaitu, yang jelas dan ekspilisit tentang halal dan haram (muhkam),

yang beribarat (mutasyabih), simbol atau lambang (amthal)”. Jadi perbincangan

tentang simbolisme dalam al-Qur’an itu menjadi bahan pengajaran dan penelitian

ulama-ulama Islam, terutamanya ahli-ahli sufi. Ulamak telah menyatakan bahawa

untuk mentafsirkan ayat-ayat al-Quran seseorang perlu mengetahui 15 cabang ilmu

dalam Islam, iaitu lughat (fililogi bahasa), nahw (sintaksis) sarf (etimologi), isytiqaq

(morfologi) ‘ilm-ul-Ma’ani (semantik), ‘ilm-ul-Bayan (perlambangan), ‘ilm-ul-Badi’

(retorik), ‘ilm-ul-Qirat (penyebutan), ‘ilm-ul-‘Aqa’id, Usul-e-Fiqaah, Asbab-unaz-ul,

Nasikh-o-mansukh, ‘ilm-ul-Fiqah, ilmu Hadith, dan ilm-e-Wahbi. Berdasarkan

cabang-cabang ilmu tersebut jelas bahawa 8 daripadanya berkaitan dengan

subbidang dalam ilmu linguistik (Maulana Muhammad Zakariyya, 1990;300-303).

Kesimpulan

Sejak dahulu lagi bahasa merupakan bahan kajian berbagai-bagai bidang ilmu.

Linguistik yang merupakan bidang yang khusus mengkaji bahasa sudah mula

bertapak sejak zaman Yunani lagi dan diteruskan ke zaman Romawi dan Islam.

Perkembangan ilmu linguistik ini senenarnya selari dengan perkembangan ilmu-ilmu

lain yang berlaku akibat daripada perkembangan yang berlaku di kalangan

masyarakat bahasa itu sendiri.

Page 22: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

22

Soalan Latihan

1. Jelaskan hubungan yang sedia jadi (natural) antara nama dengan benda atau

perkara yang dirujuk oleh nama tersebut.

2. Bincangkan kontrovesi tentang kajian bahasa khususnya dari segi nahu

antara golongan analogi dengan anomali.

Rujukan

1. Asmah Haji Omar. 1992. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Asmah Haji Omar. 2011. Teori dan Kaedah Nahu: Sejarah Pertumbuhan

Aliran Pemikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Hashim Musa. 2006. Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

4. Maulana Muhammad Zakariyya. 1990. Faza’il-E-A’mal: The Teaching of

Islam. New Delhi: Idara Isha’at-E-Diniat (P) Ltd.

Page 23: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

23

UNIT 2

TEORI DALAM LINGUISTIK

Pengenalan

Teori merupakan pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan

sesuatu perkara. Ia juga merupakan prinsip-prinsip atau dasar bagi pembentukan

sesuatu ilmu. Ini bermakna apabila seseorang itu berteori, maka dia sebenarnya

mengemukakan teori atau prinsip sesuatu ilmu. Semua disiplin ilmu mempunyai

teori masing-masing sama ada dalam bidang sejarah, ekonomi, sains, falsafah,

kemanusian dan sebagainya. Justeru linguistik yang merupakan satu bidang ilmu

bersifat saintifik, tentulah mempunyai teori-teorinya untuk dijadikan prinsip dan dasar

untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa. Teori linguistik bersifat saintifik

kerana ia berupaya membuat ramalan yang dapat diuji secara empirikal.

Objektif

1. Memahami pengertian teori linguistik.

2. Mengetahui ciri-ciri teori dalam penyelidikan linguistik.

3. Mengetahui perbezaan antara teori linguistik dengan teori bahasa.

Teori dalam Penyelidikan

Teori merupakan rumusan pandangan sehingga mampu diberi definisi, konsep,

prinsip kriteria, ciri atau gejala yang wujud bagi sesuatu yang diteorikan. Maklumat

yang dirumuskan oleh teori mendekati ciri-ciri ilmu. Walaupun tidak sampai kepada

Page 24: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

24

tahap sekonkrit ilmu, sekurang-kurangnya teori tidak terkeluar dari wilayah

kebenaran, kalau tidak benar berasaskan fakta, ia benar dari segi reason. Dalam hal

ini, Shafie (1995) menjelaskan beberapa kriteria yang dapat mengukuhkan

pembinaan sebuah teori, antaranya:

1. Adanya prinsip-prinsip asas yang dapat diolah dan diulas sehingga

dikenal pasti kriteria-kriterianya.

2. Dapat dianalisis secara relevan dan bersifat ilmu.

3. Ada kolerasi antara tahap-tahap persoalan dan perbandingan.

4. Kekukuhan hujah, walaupun ia merupakan sebahagian daripada

keseluruhan.

5. Ada pendekatan yang sistematik sehingga ia tidak diragukan

kebenarannya.

Satu daripada tujuan penyelidikan atau penyelidikan linguistik adalah untuk

menguji teori atau hipotesis yang sedia ada. Kebanyakan penyelidikan sebenarnya

cuba menyelidiki sesuatu hipotesis. Hipotesis adalah satu andaian yang penuh

dengan daya fikir tentang cara benda-benda boleh terjadi. Menurut Wray et al.

(1998:7):

An experimental hypothesis makes predictions about the outcome of specific controlled events, and the outcomes actually achieved enable you to confirm or fail to confirm the hypothesis.

Hipotesis juga sebenarnya digunakan dalam penyelidikan bukan

eksperimental seperti bahasa. Dalam hal ini, hipotesis membolehkan kita mengenal

pasti secara lanjut tentang perbezaan atau ciri-ciri yang kita lihat dalam data.

Page 25: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

25

Dengan itu kita boleh membina koleksi data dengan cara yang tepat. Sebagai

contoh, dalam satu kajian pemerhatian, hipotesisnya ialah seorang kanak-kanak

akan saling bertindak dengan cara berbeza-beza dengan orang dewasa berbanding

dengan kanak-kanak yang lain.

Jika penyelidikan tidak dibina berdasarkan satu hipotesis, ia akan

memberikan kesan buruk iaitu tidak dapat menjelaskan perkara yang telah ditemui

dalam kajian. Hipotesis dibuat dalam penghuraian bagi teori-teori. Teori adalah satu

penjelasan untuk sesuatu benda yang boleh diperhatikan.

Banyak penyelidikan yang berjaya, mengandungi percubaan-percubaan dan

analisis yang mencabar teori-teori yang kukuh dengan data-data yang baru. Oleh

kerana linguistik merentasi sains dan juga kemanusian, maka linguistik

menghuraikan data intelektual dengan cara yang berbeza-beza:

1. Data kuantitatif, iaitu ujian statistik dapat dilakukan: dapatan uji kaji,

jumlah perkataan dan sebagainya.

2. Data kualitatif: perhitungan, persepsi, pengertian dan sebagainya.

3. Teori tulen: model-model proses dalaman yang walaupun dapat diuji

dalam istilah bahasa, sebenarnya atau pada hakikatnya tidaklah

experimental.

Page 26: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

26

Semua penyelidikan seharusnya berdasarkan teori atau model teori.

Kebanyakan penyelidikan merangkumi ujian, dengan maksud seperti satu uji kaji

atau pemerhatian, atau mungkin satu ramalan bagi sesuatu teori atau model. Kerja-

kerja pemerhatian, temu duga, uji kaji dan kajian kes mestilah ditunjangi oleh

beberapa teori atau model. Dengan itu dapatannya boleh digunakan untuk

perbincangan yang lebih luas. Gabungan antara data yang dikutip di lapangan dan

analisis menggunakan teori yang terbaik akan menghasilkan satu kajian bahasa

yang boleh dipertanggungjawabkan (Nor Hashimah, 1996:29).

Teori dalam Ilmu Linguistik

Linguistik, seperti disiplin sains yang lain, mementingkan pembentukan satu sistem

konsep mujarad yang dapat menghuraikan sifat bahasa yang tergambar secara

sempurna, bukannya sekadar mengutip data sahaja. Menurut Popper yang dipetik

oleh Kempson (1991:2), perkembangan teori linguistik pada amnya telah melalui

pola yang tertentu dalam membina satu sistem (teori) yang mujarad untuk

meramalkan fakta tertentu:

1. Membina satu sistem (teori) yang mujarad untuk menjelaskan satu

bahagian tertentu struktur bahasa.

2. Mengkaji akibat daripada pembinaan sistem tersebut.

3. Menolak sistem tersebut jika sistem itu meramalkan fakta tertentu yang

sebenarnya tidak dapat diperoleh.

Page 27: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

27

4. Menggantikan sistem itu dengan sistem pengganti yang sesuai dengan

faktanya.

Berdasarkan pola perkembangan di atas, dapat dijelaskan bahawa seorang

ahli bahasa itu menumpukan perhatian pada pembinaan teori am tentang sifat

bahasa, dan juga pada pembinaan tatabahasa satu-satu bahasa. Kedua-duanya ini

mencerap pengetahuan penutur bahasa berkenaan yang membolehkan penutur

tersebut menggunakan bahasanya sebagai alat perhubungan, dan seterusnya

membekalkan bahan uji bagi kekangan sejagat yang didakwa terdapat dalam

tatabahasa semula jadi. Ahli linguistik (sama dengan ahli bahasa) mengkaji ayat

sesuatu bahasa untuk mendapatkan konsep dalam bahasa tersebut. Kemudian

konsep yang dipertemukan dalam sesuatu bahasa itu diperiksa sama ada

dipertemukan juga dalam bahasa lain. Jika sedemikian maka konsep itu dianggap

sejagat dan disebut teori bahasa.

Dengan teori bahasa (konsep sejagat) seseorang ahli bahasa menganalisis

bahasa lain. Tujuan ahli bahasa adalah menganalisis bahasa dan menghuraikan

juga nahu bahasa tersebut. Sehingga sekarang, kelima-lima ribu bahasa di dunia

belum dianalisis kesemuanya. Dari semasa ke semasa, dipertemukan bahasa baru

yang dapat dianalisis. Ahli bahasa terus menganalisis bahasa yang belum pernah

dianalisis lagi dengan tujuan untuk mendapatkan konsep sejagat yang baru dalam

bahasa tersebut. Oleh itu, tujuan ahli linguistik ialah mendapatkan konsep sejagat

untuk menganalisis bahasa (Lufti Abas, 1985:26)

Page 28: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

28

Teori linguistik am bersifat saintifik, iaitu berupaya membuat ramalan yang

dapat diuji secara empirikal. Jika sesuatu hipotesis dinyatakan secara samar-samar

sehingga tiada siapa pun yang dapat menguji hipotesis itu sama ada benar atau

tidak, maka teori yang sedemikian tidak lagi empirikal dan tidak benar dari sudut

pandangan sains. Bukat setakat itu sahaja, malah satu-satu teori dapat diuji melalui

usaha-usaha mencari kelemahannya. Ini disebabkan usaha membuktikan satu-satu

teori itu tidak benar dapat dilakukan melalui seperangkat fakta yang tertentu

manakala mustahil kita dapat membuktikan kebenaran sesuatu teori melalui cara ini.

Fakta mungkin serasi atau tidak serasi dengan satu-satu teori, keserasian itu tidak

pernah membuktikan kesahihan tersebut, kerana teori tersebut tidak benar

disebabkan alasan lain yang tidak berkait dengan fakta itu. Pada amnya, percubaan

sains tidak menghiraukan bukti yang menunjukkan satu-satu teori itu benar, tetapi

dengan bukti yang mungkin dapat menunjukkan teori itu tidak benar (Kempson,

1992:1-2).

Teori Linguistik dan Teori Bahasa

Teori linguistik adalah seperangkat hipotesis yang digunakan untuk menerangkan

data bahasa sama ada bersifat lahiriah seperti bunyi bahasa ataupun yang bersifat

batiniah seperti makna (Harimurti, 1983:166). Teori linguistik merupakan cabang

linguistik yang menumpukan perhatian pada teori umum dan kaedah-kaedah umum

dalam penyelidikan bahasa sama ada dalam bidang linguistik, psikolinguistik dan

sebagainya. Misalnya teori kasus dalam bidang semantik, teori gelombang dan teori

pohon dalam bidang linguistik bandingan, teori behavioris dalam bidang

Page 29: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

29

psikolinguistik dan lain-lain. Begitu juga dengan teori-teori linguistik yang lain seperti

teori struktural, transformasi generatif, tagmemik, analisis wacana, lakuan pertuturan

dan sebagainya.

Sebagai contoh, misalnya teori pohon dan teori gelombang dalam bidang

linguistik bandingan sejarawi. Dengan memperlihatkan perkembangan dialek secara

beransur-ansur menjadi bahasa, dan bagaimana bertumpang tindihnya dialek-dialek

dan juga bahasa sekeluarga dalam rantaian yang bahagian-bahagiannya terjalin

erat satu sama lain, maka kita dapat membuktikan bahawa bahasa-bahasa tidak

berpecah secara mendadak. Malah sesudah perpisahan, bahasa-bahasa itu tetap

mempunyai pertembungan satu sama lain dan ini bertentangan dengan apa yang

diutarakan oleh Schleicher dalam konsep teori pohonnya (family tree theory).

Teori pohon melihat pemecahan bahasa-bahasa dari induknya seperti

pencabangan pada pokok-pokok. Pencabangan itu berlaku secara mendadak , tiap-

tiap kali bercabang dua dan makin lama makin berjauhan sehingga tiada lagi

pertembungan satu sama lain. Skema (1) menggambarkan konsep yang dibawa

oleh teori ini.

Page 30: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

30

Skema (1)

Sebaliknya teori pohon amat berbeza daripada teori gelombang yang

dikemukakan oleh Wilhelm Schmidt. Menurut teori gelombang, bahasa berpisah

antara satu sama lain secara beransur-ansur dan sesudah berpisah, berlaku

pertembungan timbal balik antara satu sama lain, seperti halnya dengan gerak

gelombang. Bahasa-bahasa yang masih dekat hubungannya terdapat dalam jarak

yang dekat antara satu sama lain dan juga dalam kawasan yang juga merupakan

titik pemisahan, sedangkan bagi yang jauh dari titik pemisahan akan berkuranglah

persamaan-persamaan itu.

Untuk memahami teori ini, kita hendaklah mencampakkan seketul batu ke

dalam air. Kita akan lihat di sekitar jatuhnya batu itu, riak gelombang adalah agak

besar, tetapi gelombang mengembang ke arah luar dan riaknya makin menipis.

F1 G1 H1 E2 E1 F2 G2 D1 C2 H2 C1 D2 B1 B2 A

Page 31: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

31

Sekitar gelombang yang menebal itu boleh disamakan dengan bahasa-bahasa yang

masih dekat hubungannya antara satu sama lain, sedangkan lingkaran luar

menunjukkan gelombang semakin menipis itu melambangkan bahasa yang sudah

jauh berpisah sungguhpun masih ada ciri-ciri yang diwarisi dari bahasa sumber.

Skema (2)

Teori gelombang itu sesuai dengan penemuan tentang pemecahan bahasa-

bahasa sekeluarga. Dengan itu kita akan dapati bahawa tempat jatuhnya batu itu

masih merupakan bahasa induk atau purba dengan dialek-dialeknya. Lingkaran

ombak yang terdapat di sekeliling sekitaran itu merupakan bahasa-bahasa yang

baru berkembang dari dialek-dialek, sedangkan lingkaran-lingkaran seterusnya

merupakan bahasa yang sudah lama berpisah. Skema (2) di atas sedikit sebanyak

sesuai dengan gambaran yang dibawa oleh teori gelombang ini (Asmah, 1985:105-

106).

Dialek F

Dialek A Dialek E Dialek C Dialek B Dialek D Dialek C

Page 32: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

32

Teori bahasa pula ialah teori dalam linguistik deskriptif yang memperkatakan

ciri-ciri dan fakta-fakta tentang struktur bahasa sejagat yang terdapat dalam semua

bahasa manusia di dunia ini. Falsafah bahasa berminat tentang teori bahasa untuk

mendapatkan sifat-sifat dan struktur umum dalam semua bahasa asli manusia.

Sifat-sifat dan struktur umum sedemikian akan membantu pengkaji beberapa

generalisasi (generalization) atau pandangan umum terhadap bentuk dan

kandungan bahasa yang boleh diasaskan kesimpulannya untuk melahirkan

kebenaran tentang bentuk dan kandungan pengetahuan konsepsi manusia. Tetapi

ini hanyalah langkah pertama. Teori itu tidak dapat menerangkan kepada pengkaji

pengitlakan yang manakah yang boleh digunakan, bagaimana hendak

menggunakannya, ataupun masalah falsafah yang mana yang akan diselesaikan

jika ia menggunakan pengitlakan sedemikian.

Teori bahasa yang mengkaji bentuk-bentuk dan sifat-sifat umum dalam

bahasa asli manusia, berbeza dengan huraian tentang sesuatu bahasa sahaja iaitu

yang menunjukkan sifat-sifat tersendiri atau partikular bagi sesuatu bahasa.

Misalnya huraian tentang bentuk bahasa Inggeris berbeza dengan huraian tentang

bentuk bahasa Melayu. Ini adalah linguistik deskriptif bagi sesuatu bahasa. Teori

bahasa sebaliknya cuba menghuraikan sifat-sifat umum yang terkandung di dalam

semua bahasa asli manusia dengan melihat sifat-sifat dan ciri-ciri yang merentasi

semua bahasa.

Page 33: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

33

Oleh itu dalam kajian tentang sesuatu bahasa, kita memeriksa butir-butir

terperinci di dalam tiap-tiap bahasa untuk mengetahui jarak perbezaan antara

bahasa-bahasa itu, sedangkan dalam kajian ciri-ciri umum, kita ingin mengetahui

had-had perbezaan itu. Kedua-dua pendekatan itu saling bergantung antara satu

sama lain. Huraian terperinci bagi sesuatu bahasa akan membantu pengkajian

terhadap butir-butir yang boleh diabstrakkan atau disedut keluar untuk mendapatkan

pengitlakan tentang bahasa-bahasa itu.

Kajian sifat-sifat umum tentang bahasa-bahasa akan menunjukkan sifat-sifat

yang serupa atau invariants dalam semua bahasa yang boleh diasaskan sebagai

sifat mutlak yang harus ada dalam tiap-tiap huraian mana-mana bahasa asli

manusia sekalipun. Jadi sifat umum itu akan menjadi batu pengukur kejituan huraian

tentang bahasa mana sekalipun. Ringkasnya huraian terperinci setiap bahasa boleh

memberi sekumpulan sifat umum bagi semua bahasa dan sifat-sifat umum semua

bahasa boleh menjadi batu pengukur tentang kejituan huraian terperinci bagi setiap

bahasa.

Sifat-sifat umum bahasa atau invariant hadir dalam semua bahasa asli

manusia. Oleh sebab sifat invariant ini berkait dengan pengitlakan bahasa, maka

teori bahasa bolehlah dilihat sebagai model yang mengeluarkan aturan-aturan

untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1. Pengitlakan linguistik dalam huraian terhadap sebarang bahasa asli manusia.

Page 34: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

34

2. Sejumlah aturan yang boleh menunjukkan konstruksi yang boleh

digunakan untuk memformulasikan aturan-aturan itu.

Oleh itu, kajian tentang bahasa-bahasa umumnya membentuk satu model

yang dapat menerangkan kepada kita bagaimanakah hendak mensistemkan fakta-

fakta tentang tiap-tiap satu bahasa asli manusia. Huraian tentang sesuatu bahasa

adalah benar secara empiris jika butir-butir linguistik menunjukkan bahawa huraian

sedemikian dapat membezakan satu bahasa dengan bahasa yang lain, dan jika

bukti-bukti empiris menyokong dakwaan bahawa tiap-tiap huraian menunjukkan

keadaan yang lengkap dan mustahak bagi bahasa-bahasa yang berlainan itu.

Sebaliknya teori bahasa menerima sokongan empiris daripada huraian yang

disahkan terhadap sesuatu bahasa. Satu teori bahasa sejagat adalah sah selagi

aturan-aturan bagi setiap huraian bahasa asli yang jitu mempunyai bentuk-bentuk

yang dikehendakinya dan menggunakan rumus-rumus yang diberikan status

sebagai universals of language atau kesejagatan dalam bahasa. Dengan itu

sekumpulan fakta linguistik yang sama memberi bukti-bukti empiris untuk huraian-

huraian linguistik juga memberi bukti empiris bagi pengitlakan antara bahasa-

bahasa untuk membentuk teori bahasa sejagat. (Hashim, 2006:44).

Kesimpulan

Linguistik sebagai satu disiplin sangat mementingkan pembinaan satu teori, yang

dapat memberikan huraian sifat bahasa yang tergambar secara sempurna,

bukannya setakat mengumpul fakta sahaja. Teori yang digunakan dalam

Page 35: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

35

menghuraikan bahasa harus sesuai, iaitu mampu menjelaskan segala masalah yang

timbul dalam sesuatu bahasa. Teori bahasa pula merupakan sifat-siafat sejagat

yang ada dan merentasi semua bahasa manusia yang ada di dunia ini.

Soalan Latihan

1. Bandingkan pengertian teori bahasa dengan teori linguistik serta berikan

contoh.

2. Jelaskan proses pemecahan bahasa dari dialek menurut teori gelombang.

Rujukan

1. Asmah Haji Omar. 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Harimurti Kridalaksana. 1983. Kamus Linguistik. Jakarta: PT Gramedia.

3. Hashim Musa. 2006. Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

4. Kempson, Ruth M. 1991. Teori Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka (Terjemahan Zaiton Ab. Rahman).

5. Lutfi Abas. 1985. “Falsafah Bahasa” dlm. Beriga Bil. 8. Brunei Darul Salam:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 36: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

36

6. Nor Hashimah Jalaludin. 1996. “Penelitian Lapangan:Kaedah dan Prinsip

Asas”. Dlm. Jurnal Bahasa Moden Fakulti Bahasa dan Linguistik,

Universiti Malaya Bil.10:27-43.

7. Shafie Abu Bakar. 1995. “Takmilah: Teori Sastera Islam”. Dlm. Nadwah

Ketakwaan Melalui Kreativiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

8. Wray, Alison et al. 1998. Projects in Linguistics: A Practical Guide to

Researching Language. London: Arnold.

Page 37: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

37

UNIT 3

PENDEKATAN TRADISIONAL

Pengenalan

Dalam era teknologi moden, seseorang mungkin tertanya-tanya: mengapa perlunya

cara-cara moden itu buat seseorang? Apakah pula yang salah dengan yang lama

iaitu pendekatan tradisional? Adakah tatabahasa baru ini ditimbulkan dengan hasrat

semata-mata menangkis dan menentang pandangan yang lama, atau yang

terdahulu? Inilah antara persoalan yang harus dijawab dengan yakin, dan selagi kita

belum yakin dan pasti bahawa tatabahasa tradisional itu benar-benar mengandungi

kelemahan dan kekurangan, kita tidak semestinya perlu menerima tatabahasa

moden semudah yang disangkakan.

Objektif

1. Mengetahui kelemahan dalam pendekatan tatabahasa tradisional.

2. Mengetahui ciri-ciri pendekatan tradisional.

3. Mengetahui ciri-ciri pendekatan tradisional yang masih relevan dengan

linguistik moden.

Ciri-Ciri Tatabahasa Tradisional

Sekiranya tatabahasa tradisional telah menyediakan pemerian menyeluruh yang

memuaskan tentang sebarang atau mana-mana bahasa, tidak perlulah rasanya kita

beralih kepada tatabahasa baru. Akan tetapi, ianya tidak demikian kerana

Page 38: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

38

tatabahasa tradisonal sememangnya mempunyai kelemahan asas yang agak ketara

di kalangan pemerhati yang sensitif. Antara ciri-ciri kelemahan yang pernah ditemui

adalah sebagaimana yang dibincangkan di bawah ini:

1. Pemerian bahasa dalam tatabahasa tradisional sebahagian besarnya

berdasarkan kepada pemerian bahasa Yunani, Latin dan bahasa-bahasa di

India yang telah berkembang daripada kajian-kajian yang di buat terhadap

bahasa Sanskrit.

2. Definisi lazim bagi lapan golongan kata tidak memadai dan tidak memuaskan.

Kesemuanya tidak jelas dan berputar-putar, dan tidak ada kriteria tunggal

yang dapat digunakan untuk klasifikasi. ‘Kata nama’ diberi definisinya sebagai

nama bagi orang, tempat dan benda. Dalam ayat ‘Hijau adalah warna yang

saya suka’, kata [hijau] adalah suatu kata nama, tetapi ia tidak dapat memberi

definisi mengikut pengertian ‘ orang, tempat atau benda’. Oleh sebab itu, kita

akan mengatakan bahawa [hijau] merupakan adjektif yang digunakan

sebagai kata nama.

3. Pergerakan atau peralihan daripada makna kepada fungsi dalam

pendefinisian bukan sahaja bagi golongan kata tetapi juga bagi klausa telah

menimbulkan kekeliruan. Contohnya:

(1) Mereka harus mengampunkan anak kami yang tidak melakukan

kesalahan sebelum ini.

Page 39: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

39

Dalam ayat (1) di atas, jika yang dianggap sebagai ‘kerana dia’ , maka

klausa ‘yang tidak melakukan kesalahan sebelum ini’ akan dikelaskan

sebagai klausa adverbial sebab-akibat; tetapi jika yang dianggap ganti nama

relatif yang menerangkan kata nama ‘anak kami’ , klausa selepasnya itu akan

dikelaskan sebagai klausa adjektif.

4. Klasifikasi kadang-kadang tidak menentu (eratik)

Kita ambil sahaja ayat :

(2) Kami bergantung pada dinding yang sedang dalam pembinaan.

Kita akan bertanya, ‘Bagaimanakah kita hendak menghuraikan klausa yang

sedang dalam pembinaan dalam hubungan tersebut?’ Makna boleh wujud

tetapi juga boleh menimbulkan ketaksaan. Ayat itu boleh bermaksud ‘ Kami

bergantung pada dinding yang sedang dibina’ atau ‘Kami bergantung pada

pembinaan dinding sekarang’.

5. Walaupun sesetengah ahli tatabahasa menganggap tatabahasa sebagai

identifikasi golongan kata dan analisis ayat, pada umumnya tatabahasa

diberikan maksud sebagai kajian ‘bahasa yang betul’. Tatabahasa tidak

dianggap kajian bahasa dan dialek secara deskriptif, tetapi sebaliknya

merupakan disiplin preskriptif dan proskriptif.

Page 40: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

40

6. Terdapat beberapa lagi masalah yang rumit dalam pemerian konvensional.

Subjek ayat didefinisikan sebagai suatu pelaku ‘agen’ . Sila perhatikan contoh

yang berikut:

(3) Jalil membunuh ular itu.

(4) Jalil menerima tekanan.

Dalam ayat seperti Jalil membunuh ular itu, definisi mungkin sesuai dan

wajar, sebab Jalil memang berfungsi sebagai ‘pelaku’. Akan tetapi dalam ayat

seperti Jalil menerima tekanan, Jalil bukan ‘pelaku’ tetapi adalah ‘penerima’

atau ‘penderita’.

7. Apabila kata nama digunakan sebagai ‘subjek’ kepada kata kerja, ia

dikatakan berada dalam kasus nominatif. Kita telah pun melihat bagaimana

silap definisi ‘subjek‘ tadi. Oleh sebab itu, berlaku kesilapan pada definisi

kasus nominatif yang juga menjadi salah.

Kasus didefinisikan sebagai ‘hubungan yang didukung oleh kata nama

pada beberapa kata lain, atau perubahan bentuk (sekiranya ada) yang

dengannya hubungan ini ditunjukkan’. Sila perhatikan contoh yang berikut:

(5) Dia sangat marah pada saya.

Page 41: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

41

Dalam ayat Dia sangat marah pada saya, saya merupakan sumber

‘kemarahan’ dan Dia merupakan ‘penderita’ sekiranya ‘hubungan’ bermaksud

‘hubungan makna’. Malah dalam Dia sangat marah pada saya, Dia berada

dalam kasus datif. Sekiranya maksud ‘hubungan’ itu adalah ‘hubungan

gramatikal’ dalam Jalil dibunuh, Jalil tidak berada dalam kelas kasus

nominatif sebab Jalil bukan ‘subjek’ ayat tersebut. Jika istilah ‘kasus’ itu

bermaksud ‘perubahan bentuk’, maka terdapat hanya satu kasus dalam

bahasa Inggeris iaitu kasus genitif, kecuali bagi ganti nama. Kita boleh

melihat perubahan bentuk dalam contoh-contoh yang berikut dalam bahasa

Inggeris:

(6) Jalil came to see me.(Nominatif)

(7) I saw Jalil. (Akusatif)

(8) I gave Jalil a pen. (Datif)

(9) Let me see the list, Jalil. (Vokatif)

8. Disebabkan kekeliruan dalam pendefinisian ‘subjek’ ayat dan ‘kasus’ dalam

ayat, subjek dapat diklasifikasikan sebagai subjek gramatikal, subjek

nosional, subjek eliptis, subjek apositif, subjek frasa, subjek klausa dan

sebagainya.

9. Kekeliruan yang serupa juga berlaku dalam klasifikasi kata. Dalam ayat Put

the cat out, kata out dapat dianggap sebahagian daripada kata kerja (put out)

atau juga dipanggil suatu adverba. Dalam ayat The poem reads well, kata

Page 42: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

42

well dapat dianggap adjektif atau adverba. Ia dikatakan adjektif kerana

menerangkan kata nama poem dan bandingan dapat dibuat antara well –

better – best. Kata well juga dapat digunakan sebagai adjektif predikat dan

dapat diterangkan oleh sesuatu adverba very (very well). Kata well juga

berfungsi sebagai adverba dalam well enough. Semua ini menimbulkan

masalah adjektif lwn. adverba.

10. Dalam tatabahasa tradisional, pertimbangan tidak diberikan kepada fonologi.

Ini kerana tatabahasa tersebut gagal menyelesaikan masalah ketaksaan

sedangkan ia dapat diterangkan dengan mengaitkannya dengan fonologi.

Kita dapati bentuk [-ing] sebelum kata nama dalam bahasa Inggeris

mengelirukan kerana ia boleh berupa gerund atau participle. Contoh

Chomsky Flying planes can be dangerous dapat dijadikan contoh khusus

dalam hal ini. Sekiranya flying ditekankan, maka ia berfungsi sebagai gerund

dan ayat akan mempunyai satu makna. Tetapi jika planes ditekankan, maka

flying merupakan suatu participle yang digunakan sebagai adjektif dan ayat

juga mempunyai makna yang lain.

11. Sebagai tambahan, semua masalah ketaksaan nahuan juga telah diabaikan

dalam nahu tradisional. Dalam ayat seperti Dia bercadang mengambil bas

untuk ke Singapura, Dengan cara berjalannya sahaja, kita sudah mengetahui

siapa dia dan Dia mengetahui banyak maklumat tanpa kajian, hubungan

dalaman dapat menunjukkan sebab-sebab untuk ketaksaan dalam nahu.

Page 43: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

43

12. Cara binaan koordinat ditentukan juga dalam nahu tradisional. Biasanya, kata

sendi setara diberikan definisi sebagai kata yang digunakan untuk

menghubungkan unit-unit yang sama statusnya. Ia menyambungkan kata dan

frasa yang lain, atau satu klausa dengan klausa yang lain. Jika kita

membandingkan ayat seperti Rahman dan Jalil bersetuju dan Rahman dan

Jalil telah pergi, kita dengan mudah dapat melihat proses penyambungan

bukan hanya berupa tindakan meletakkan unit-unit tersebut bersama-sama.

Dalam ayat yang pertama, ayat dapat berupa sama ada ‘Rahman dan Jalil

sama-sama bersetuju’ atau ‘Rahman dan Jalil bersetuju dengan seseorang

yang lain’. Dalam ayat yang kedua pula, makna boleh jadi ‘kedua-dua’

Rahman dan Jalil telah pergi ‘bersama-sama’ atau ‘masing-masing’ Rahman

dan Jalil telah pergi ‘sendiri – sendiri’. Sehingga kita mengetahui hubungan

masing-masing merupakan unsur dalam ayat, prinsip yang terlibat dalam

proses penyambungan tidak mungkin dapat dibuat dengan jelas dan tepat.

13. Ayat telah pun diberikan definisi dengan cara yang pelbagai, malahan sangat

banyak. Ada yang mengatakan ‘ayat sebagai kombinasi kata yang di

dalamnya memperkatakan tentang sesuatu’ ada pula yang mendefinisikan

ayat sebagai ‘kombinasi kata yang membawa maksud yang sempurna’ dan

ayat sebagai unit ‘yang menunjukkan tujuan yang dapat difahami’. Penguna

masih lagi tidak pasti apakah yang dikatakan ‘maksud yang sempurna’ itu.

Ucapan Aku rasakan begitu juga boleh juga menjadi ayat tetapi maksudnya

Page 44: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

44

sedikit berbeza apabila digunakan secara terpisah. Ucapan Keluarlah dari sini

boleh jadi bukan ayat yang sempurna tetapi ia bermaksud sesuatu.

14. Nahu tradisional merupakan sumber maklumat yang kaya. Banyak contoh

dikemukakan di dalamnya tetapi nahu sebenar (prinsip-prinsip dan proses

pembinaan ayat) perlu ditentukan oleh pembaca yang bijak pandai.

Jespersen

Otto Jespersen ialah ahli tatabahasa Danish yang berkempen menentang

strukturalisme. Model nahu Jespersen tidak hanya berbeza daripada model nahu

struktural tetapi juga mewakili langkah yang terkedepan dalam kajian bahasa.

Antara anggapan beliau adalah:

a. Bahasa: Asas bahasa ialah aktiviti manusia iaitu aktiviti seseorang

yang dilakukannya dapat difahami oleh orang lain.

b. Bahasa yang utama ialah pertuturan.

c. Bahasa adalah satu set kebiasaan.

d. Pengusaan bahasa: Anak kita mempelajari bahasa, cukup dengan

mendengar dan memahami.

e. Jespersen membuat perbezaan antara sistem bahasa dan

persembahan sistem dalam pengucapan sebenar.

f. Sebagai aktiviti manusia: Bahasa dapat dikaji oleh ahli psikologi.

Page 45: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

45

g. Bahasa hendaklah dipandang sebagai ‘selalu dalam keadaan yang

sentiasa berubah’.

h. Perasaan penutur natif: perasaan yang bersifat naluri, bagi bahasanya

hendaklah menjadi sebahagian daripada data linguistik.

Kesimpulan

Walaupun banyak ciri-ciri kelemahan yang terdapat dalam pendekatan tradisional

dari segi konsep nahu dan juga huraian linguistik, tetapi pendekatan tradisional

merupakan sumber maklumat yang kaya. Banyak contoh dikemukakan di dalam

pendekatan tradisional dan perlu ditentukan kebenarannya oleh pembaca yang

bijak.

Soalan Latihan

1. Tatabahasa tradisional dinggap oleh para pengkaji bahasa mempunyai

kelemahan asas. Jelaskan ciri-ciri kelemahan tersebut dan berikan contoh.

2. Jelaskan anggapan Jespersen tentang bahasa sehingga beliau dianggap

mewakili langkah yang terkedepan dalam kajian bahasa.

Rujukan

1. Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif. 2004. Teori Linguistik. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 46: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

46

UNIT 4

LINGUISTIK STRUKTURAL

Pengenalan

Aliran struktural boleh dikatakan bermula dengan Ferdinand de Saussure,

seorang ahli linguistik berbangsa Swiss. Dan strukturalisme yang dipelopori oleh de

Saussure ini mempengaruhi pemikiran dalam bidang-bidang lain seperti antropologi,

sosiologi, pengkajian kesusasteraan dan psikoanalisis. Di Eropah, strukturalisme

paling berpengaruh di negeri Perancis, tetapi tidak begitu di Britain dan negara-

negara lain. Dalam mengkaji bahasa, dasar pemikiran strukturalisme ini diambil oleh

Leonard Bloomfield di Amerika Syarikat, yang kemudian memperkembangkannya

dengan karya-karyanya. Bukunya yang terkenal, Language, yang pertama kali

diterbitkan dalam tahun 1933, masihi merupakan buku asas dalam kursus-kursus

linguistik di seluruh dunia.

Objektif

1. Mengetahui ciri-ciri pemikiran pendekatan linguistik struktural.

2. Mengetahui kaedah huraian bahasa berdasarkan linguistik struktural.

3. Mengenali tokoh-tokoh linguistik struktural dan sumbangannya dalam

perkembangan linguistik moden.

Page 47: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

47

Ciri-Ciri Pemikiran Linguistik Struktural

Menurut aliran struktural ini bahasa tidak lain daripada sistem lambang (a system of

signs). Lambang dianalisis oleh de Sausure kepada dua komponen. Yang pertama

ialah komponen bunyi yang dinamakan signifiant dalam bahasa Perancis (iaitu

signifier dalam bahasa Inggeris) dan yang kedua ialah komponen mental atau

konseptual atau makna, yang dinamakan signifie’ dalam bahasa Perancis (iaitu

signified dalam bahasa Inggeris). Makna tidak sama dengan benda yang dirujuk,

tetapi hanya merupakan rujukan kepada benda itu, sedang signifier itu adalah bunyi-

bunyi yang dituturkan atau didengar, yang mendukung makna. Bunyi atau urutan

bunyi yang tidak mendukung makna tidak dianggap sebagai signifier.

Dalam pengwujudan bahasa tidak ada pemisahan antara signifier dengan

signfied. Pemisah seperti itu hanya berlaku dalam pengkajiannya di tangan ahli-ahli

linguistik. Unsur-unsur yang berfungsi dalam sistem lambang ini dikenal sebagai

“kod”. Dengan demikian, sesuatu perkataan itu merupakan satu kod kerana

mempunyai signifier dan signifiednya. Demikian juga frasa dan ayat.

Dari segi analisisnya, kod-kod dianggap mewakili unit-unit tertentu dalam

bahasa. Dengan demikian terdapat unit bunyi, unit morfem, unit kata, unit frasa, unit

klausa dan unit ayat. Tiap-tiap unit itu mempunyai unsur-unsur yang mempunyai

hubungan mendatar atau sintagmatik (syntagmatic) dan juga hubungan menegak

(paradigmatic atau associative) di antara satu sama lain. Hubungan sintagmatik

itulah yang melahirkan struktur. Misalnya, pada perkataan rumah terdapat struktur

yang terdiri dari dua suku kata, iaitu ru + mah. Jadi struktur untuk rumah, dilihat dari

Page 48: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

48

segi suku kata, ialah S1 + S2. Dilihat dari segi fonem-fonem satuan bunyi yang

mendirikannya, perkataan rumah mempunyai struktur KVKVK (K = konsonan,

v = vokal).

Prinsip yang sama diterapkan dalam menganalisis frasa dan ayat. Misalnya,

bunga biru, rumah besar dan orang kaya semuanya terdiri dari struktur KN + KS (KN

= kata nama, KS = kata sifat). Ayat Saya hendak makan terdiri dari struktur KN –

KKB – KK ( KN = kata nama, KKB = kata kerja bantu, KK = kata kerja).

Dalam menganalisis struktur nuit-unit itu, unsur-unsur itu boleh juga dilihat

dari segi fungsi atau tugasnya. Misalnya, frasa-frasa bunga biru, rumah besar dan

orang kaya boleh dianalisis kepada struktur Inti + Kerangan; yakni rumah, bunga

dan orang adalah inti bagi frasa-frasa tersebut, sedangkan biru, besar dan kaya

merupakan keterangan bagi unsur-unsur inti itu.

Bagi ayat Saya hendak makan, saya berfungsi sebagai Pelaku atau Subjek,

sedangkan hendak makan adalah perbuatan atau Predikat. Dengan itu timbullah

struktur Pelaku-Perbuatan, atau Subjek-Predikat (Asmah, 1992:8)

Salah satu lagi prinsip asas yang terdapat dalam linguistik struktural ialah

prinsip yang melihat peranan bahasa dari dua segi. Dari segi individu ini dinamakan

parole (yang sebenarnya bermakna bercakap atau bertutur). Denagn pengertian ini,

apabila seseorang itu bercakap, apa-apa yang lahir ialah parole. Sesuatu parole itu

akan berbeza dengan parole yang lain, kerana dua orang tidak mungkin seratus

Page 49: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

49

peratus sama. Bagaimanapun, seperti yang ternyata dalam suatu masyarakat

bahasa, pengguna-pengguna bahasa yang begitu banyak mematuhui peraturan-

peraturan yang sama, yang rata-rata diketahui oleh mereka semua. Peraturan-

peraturan itu ada dalam kepala semua pengguna bahasa yang berkenaan. Tidak

semua peraturan itu lahir dalam satu-satu pengwujudan parole. Hanya yang relevan

pada parole-parole pada ketika-ketika tertentu sahaja yang dilahirkan. Dengan

demikian, peraturan-peraturan itu dilihat sebagai satu satuan kumpulan langue, dan

dalam langue ini termaktub segi sosial dan psikologi dalam bahasa.

Berdasarkan linguistik struktural ini, bahasa adalah bentuk, bukan barang:

“Language is a form, not a substance”. Dengan itu, apa-apa yang dianalisis atau

disuguhkan ialah bentuknya. Dari itu juga, kita lihat bahawa makna tidak memainkan

peranan yang besar dalam aliran ini, sungguhpun de Saussure mempostulasikan

makna. Komponen bahasa yang diutamakan dalam aliran ini ialah signifiernya

bukan signifiednya.

Aliran struktural ini sangat berpengaruh dalam pertengahan pertama abad

kedua puluh ini, bukan sahaja dalam analisis bahasa bahkan juga dalam pengajaran

bahasa. Kaedah audiolingual yang mementingkan latih tubi dengan cara pemilihan

pola-pola dan secara beransur-ansur menggantikan unsur-unsur dalam pola-pola

tertentu, dan kemudian secara beransur-ansur menggantikan pola itu dengan pola

yang lain, tidak lain dan tidak bukan adalah penerapan kaedah struktural ini.

Page 50: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

50

Aliran struktural ini juga memberi keutamaan kepada bahasa lisan diatas

tulisan, baik dalam analisis mahupun dalam pengajaran bahasa. Kajian sesuatu

bahasa berdasarkan aliran ini adalah bersifat empiris, yakni bahan yang dikaji dan

kesimpulan-kesimpulan yang dibuat adalah berdasarkan apa-apa yang nyata

disaksikan, dan dalam bahasa yang didengar.

Strukturalisme de Saussure telah mempengaruhi kajian dalam ilmu-ilmu lain

seperti antropologi, sosiologi dan kesusasteraan, terutama sekali kajian ahli-ahli

berbangsa Perancis. Tetapi dalam masa yang sama terdapat pengaruh falsafah

ilmu-ilmu lain ke dalam linguistik. Teori Darwin berhubung dengan organisme tabii

dan pencabangan benda-benda hidup ke dalam keluarga dan subkeluarganya juga

mempunyai pengaruhnya ke atas kajian bahasa, khususnya dalam ilmu

perbandingan bahasa. Maka timbullah teori pohon yang dipelopori oleh ahli bahasa

Jerman, August Schleicher. Menurut teori ini, bahasa bercabang-cabang dalam

evolusi dari satu bahasa ke satu bahasa, dan berlakunya itu adalah secara

mendadak dan tanpa sebab yang khusus. Sesudah bercabang, anggota dari satu

cabang itu tidak lagi berhubung dengan cabang yang lain. Teori ini disangkal oleh

teori yang lain yang lebih dikenali sebagai teori gelombang yang menerangkan

bahawa evolusi dalam bahasa bukanlah seperti cabang-cabang pada pokok, tetapi

lebih menyerupai riak gelombang. Teori yang dipelopori oleh Wilhelm Schmit ini

mengatakan bahasa berubah secara beransur-ansur dan perubahan-perubahan

disebabkan oleh hal-hal yang berlaku dalam masyarakat. Penurunan dari satu

bahasa kepada bahasa yang lain bukanlah disebabkan pencabangan tetapi

Page 51: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

51

disebabkan oleh pemisahan yang makin lama makin jauh jaraknya. Hanya dengan

teori ini sahaja kita dapat menerangkan wujudnya pelbagai dialek dalam satu-satu

bahasa tertentu (Asmah, 1992:10).

Tokoh Linguistik Struktural Sarjana berbangsa Swiss, Ferdinand de Saussure (1857-1913), yang hasil-hasil

kuliahnya diterbitkan pada tahun 1916 dengan judul Cours de Linguistique Generale

(terjemahan dalam bahasa Inggerisnya (Course in General linguistics:1959) telah

membuat beberapa perbezaan tentang sifat-sifat semula jadi bahasa. Kita boleh

memendekkan idea beliau itu seperti yang berikut:

a. Konsep ialah sesuatu yang non-verbal, dan psikologis secara tulen. Tanpa

sebarang hubungan dengan konsep ini, ‘pertuturan’ adalah semata-mata

penyuaraan percakapan secara sembarangan. Bahasa bertugas sebagai

penghubung antara fikiran dan bunyi. Konsep adalah sesuatu yang

ditandai atau yang dimaksudkan (signified) dan pengucapan adalah

pelambangnya (signifier).

b. Linguistik merupakan kajian tentang tanda linguistik (linguistic sign) yakni

perkaitan signifier dengan signified. Perkaitan ini adalah arbitrari.

Disebabkan tanda itu arbitrari, ia tidak mungikuti sebarang peraturan

kecuali yang ditentukan oleh tradisi. Tanda linguistik dikatakan arbitrari

dalam hubungannya dengan konsep. Pemilihan kata onomatopoeia pun

Page 52: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

52

dikatakan arbitrari, sebab ia berbeza daripada bahasa ke bahasa (seperti

bahasa Inggeris bow-bow atau bahasa Tamil Lol-Lol).

c. Pertuturan seseorang itu ialah parole. bahasa ini berbeza daripada

seorang dengan seorang yang lain. Terdapat juga sistem abstrak selain

bahasa individu, ini dinamakan langue. Bahasa bukan ucapan setiap

individu tetapi bersifat supraindividualistik iaitu suatu fenomena sosial.

d. Linguistik sinkronik (statik) merupakan kajian peristiwa bahasa pada aras

masa yang sama iaitu pada suatu titik waktu yang tertentu yang

dinamakan juag linguistik deskriptif. Linguistik diakronik (evolusi) pula

merupakan kajian peristiwa bahasa pada suatu jangka masa tertentu yang

turut dikenali sebagai linguistik historis.

e. Dalam bahasa, terdapat banyak perbezaan. Dengan kata lain, nilai yang

dikaitkan kepada unsur bahasa semata-mata bergantung pada

pertentangannya dengan unsur-unsur lain, atas hakikatnya yang berbeza

daripada unsur-unsur lain. Unsur-unsur itu tidak dicirikan oleh sebarang

kualiti yang positif yang dimilikinya tetapi oleh kualiti yang bertentangan

dan berbeza-beza.

Pandangan yang ditemukan oleh De Saussure meninggalkan kesan yang wajar.

Penerbitan Cours de Linguistique Generale telah dinggap oleh para sarjana Barat

Page 53: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

53

dan Eropah sebagai sijil kelahiran linguistik moden. Semenjak de Saussure

memasukkan perkaitan imej secara psikologis dengan konsep yang berkenaan

sebagai sebahagian daripada deskripsi linguistik, idea yang dikemukakannya itu

menjadi unsur pertikaian. Sesetengah sarjana lebih cenderung mengaitkan

hubungan perkaitan ini dengan bidang semantik atau psikologi.

Bloomfield adalah ahli antropologi yang berpengaruh dalam kajian bahasa di

Amerika. Minatnya yang pertama adalah tentang hukum perubahan bunyi dalam

bahasa-bahasa Indo-Eropah. Dua tahun lamanya beliau di Munich, pusat ahli nahu

Neo-grammarian, untuk mengkaji apa yang kemudiannya dianggap di Eropah

sebagai tanggungjawab utama ahli bahasa, iaitu perubahan bunyi dalam bahasa-

bahasa Indo-Eropah. Sebagai seorang yang percaya akan teori, dan terbuka

kepada aliran baru, beliau telah berjaya meletakkan asas tentang sains bahasa

secara keseluruhan.

Beliau memanggil kajian bahasa sebagai suatu sains, sebab itu merasai

bahawa ia hanya boleh menghasilkan keputusan hanya apabila dianggap suatu

sains. Beliau cuba menubuh asas untuk sains ini dalam ‘ A Set of Postulates’ nya

dan beliau telah menjelaskan semua ini dengan panjang lebar dalam bukunya

bertajuk Language. Beliau berminat menubuhkan suatu model dengan tujuan

bahasa manusia dapat dihuraikan dengan lebih mendalam.

Page 54: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

54

Teori Stimulus-Respons merupakan cetusan Bloomfield yang menarik dari segi

penggunaan bahasa. Teori ini menyatakan bahawa bahasa membuat seseorang

memberi reaksi atau respons (R) apabila seseorang lain memberi stimulus (S).

Proses dari stimulus kepada respons (yang menggunakan bahasa) dikenal sebagai

tindakan bertutur, dan tindakan ini berlaku dalam peristiwa yang terdiri daripada tiga

bahagian yang berturutan, iaitu:

A. Peristiwa yang berlaku sebelum tindakan bertutur.

B. Tindakan bertutur

C. Peristiwa yang berlaku selepas tindakan bertutur (Asmah, 2011:62).

Sebagai ilustrasi kepada proses ini, Bloomfield menggunakan cerita Jack dan Jill

yang terkenal. Dalam cerita itu, Jill berasa lapar, ternampak sebiji epal, dan

menerusi penggunaan bahasa dia dapat menyuruh Jack memetik buah epal itu

untuknya. Jika dia bersendirian dia akan mendapat RANGSANGAN (R) yang akan

menghasilkan TINDAK BALAS (G), menyebabkan dia bergerak untuk mendapatkan

buah epal tersebut. Ini dapat digambarajahkan seperti berikut:

R G

Tetapi oleh kerana Jack ada bersamanya, rangsangan tidak menghasilkan tindak

balas G, tetapi tindak balas linguistik, yakni bentuk pertuturan kepada Jack yang

dilambangkan sebagai (g). Gelombang bunyi pertuturan yang dihasilkan ini, terus

menimbulkan rangsangan kepada Jack, iaitu rangsangan linguistik (r), ini pula

Page 55: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

55

menghasilkan tindak balas bukan linguistik G untuk memetik buah epal itu. Jadi ini

menghasilkan gambarajah seperti berikut:

R g ……r G

Jadi peristiwa bahasa berlaku daripada pertalian antara pertuturan (yang

ditunjukkan dengan g ….r) dan peristiwa praktik (R) dan (G) yang terjadi sebelum

dan selepasnya (Palmer, 1989:62-63).

Pembelajaran bahasa, menurut Bloomfield, ialah belajar menafsir hubungan

antara Rg dan rG dalam komuniti bahasa. Bloomfield, yang benar-benar

menghargai perbezaan yang di buat oleh de Saussure telah pun menubuhkan

hubungan parole dengan langue.

Bloomfield merasakan bahawa kajian linguistik tidak dapat berdasarkan pada

makna, mengikut definisi nasional dan yang seumpama, sebab ia tidak menjadi

dasar bagi pembentukan nahu. Misalnya, jika kita mengatakan suatu ‘kata nama’

nama seseorang, tempat atau benda, ia tidak mengandungi sebarang maklumat

tentang bentuk kata tersebut. Dalam pada itu pun, beliau juga percaya bahawa

makna tidak dapat ditinggalkan. Makna hendaklah digunakan dalam analisis untuk

mencari apakah bentuk mempunyai makna yang sama atau berbeza.

Makna hanya digunakan sebagai alat dalam analisis tetapi ia tidaklah menjadi

sebahagian daripada deskripsi linguistik, sebab makna tidak mempunyai laluan

Page 56: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

56

dalam analisis saintifik. Seorang ahli bahasa harus memulakan sesuatu yang dapat

dilihatnya iaitu, ‘bentuk’, yang tentunya mempunyai makna. Dengan menubuhkan

kategori dan strukturnya berdasarkan ‘bentuk’ beliau kemudiannya meneruskan

pemeriksaan tentang fungsi dan maknanya. Makna fungsian jenis ini hendaklah

dinyatakan berdasarkan penyebarannya dalam kaitan dengan bentuk-bentuk lain

dalam bahasa.

Minat dan kecenderungan utama Bloomfield ialah untuk membentuk linguistik

menjadi suatu sains iaitu prinsip yang dapat dilakukan ialah, pengetepian psikologi

daripada linguistik, penggunaan keterangan deskriptif saintifik dan penggunaan

makna pada tahap setakat mempertimbangakan hubungan bentuk-bentuk tuturan

dengan bentuk-bentuk lain dalam tatabahasa. Bagi Bloomfield, keterangan deskriptif

hendaklah dengan istilah-istilah ‘fizikal’ iaitu istilah yang hanya diperoleh daripada

definisi tepat daripada set istilah harian tentang kejadian fizikal’. Kecenderungan dan

kemahuan pendekatan saintifik telah membawa kepada klasifikasi yang terikat oleh

data. Pandangan Bloomfield tentang sains, dari sudut ilmu linguistik menjelaskan

bahawa data semestinya didekati dengan fikiran yang terbuka, dan generalisasi

hendaklah dibuat berdasarkan induksi tulen (Arbak dan Ahmad Mahmood, 2004:54).

Kesimpulan

Pemikiran linguistik struktural telah membawa pemikiran baru dari sudut huraian

bahasa yang mementingkan bentuknya. Apa sahaja yang dilihat dalam bahasa

harus didasarkan kepada bentuknya sama ada perkataan atau ayat. Pemikiran

Page 57: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

57

struktural juga telah membawa disiplin sains dalam ilmu linguistik, iaitu kepentingan

data dalam huraian bahasa.

Soalan Latihan

1. Bandingkan pengertian istilah-istilah yang berikut:

a) Parole dengan langue

b) Sinkronik dengan diakronik

2. Jelaskan cara ahli linguistik struktural menghuraikan struktur perkataan, frasa

dan ayat.

Rujukan

1. Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif. 2004. Teori Linguistik. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Asmah Haji Omar. 1992. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

3. Asmah Haji Omar. 2011. Teori dan Kaedah Nahu: Sejarah Pertumbuhan

Aliran Pemikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Palmer, F.R. 1989. Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

(Terjemahan Abdullah Hassan).

Page 58: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

58

UNIT 5

FUNGSI BAHASA DAN TEORI LAKUAN PERTUTURAN

Pengenalan

Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang biasanya hidup dengan

berkeluarga, berjiran dan bermasyarakat. Dalam hal in, manusia harus nmemenuhi

keperluan asas mereka seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Selain itu

manusia juga perlu berinteraksi atau berkomunikasi dalam menjalinkan hubungan

antara individu dan juga dalam hidup bermasyarakat. Sehubungan itu, bahasa

bukan sahaja berfungsi untuk menerangkan atau menghuraikan sesuatu benda atau

peristiwa, tetapi juga digunakan untuk mempersembahkan lakuan pertuturan.

Objektif

1. Mengetahui pengertian fungsi bahasa dan jenisnya.

2. Mengetahui konsep lakuan bahasa dan penggunaannya dalam bahasa Melayu.

3. Memahami teori lakuan pertuturan dan aplikasi dalam bahasa Melayu.

Fungsi Bahasa dalam Komunikasi

Yang dimaksudkan dengan fungsi komunikasi bagi bahasa ialah fungsi yang

dijalankan oleh bahasa dalam menimbulkan komunikasi atau perhubungan antara

para pemeran bahasa, baik secara pertuturan mahupun secara bertulis.

Penyampaian sesuatu komunikasi ada kalanya menimbulkan tindak balas, dan ada

kalanya tidak. Tindak balas itu boleh berupa tindak balas dalam bentuk bahasa atau

pun juga tindak balas dalam bentuk gerak geri atau kedua-duanya (Asmah,

Page 59: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

59

1988:22). Apabila seseorang itu berjumpa dengan orang lain, sama ada di pejabat,

di rumah, di kedai kopi atau di jalan raya tindakan pertama yang berlaku antara

mereka ialah menegur satu sama lain. Walaupun mereka merancangkan untuk

berjumpa untuk memperkatakan sesuatu hal, meraka tidak terus membincangkan

perkara itu. Mereka bertegur sapa dahulu.

Dalam kehidupan kita sekarang ini, banyak cara kita bertegur sapa, iaitu

dengan mengucapkan “ Selamat pagi”, “Apa khabar”, “Assalammualaikum” ( bagi

orang Islam). Ucapan –ucapan ini mempunyai bentuk balasannya sendiri, seperti

yang berikut:

(1) (i) Penutur Pertama: Selamat pagi.

Penutur Kedua: Selamat pagi.

(ii) Penutur Pertama: Apa khabar?

Penutur Kedua: Khabar baik.

(iii) Penutur Pertama: Assalammualaikum.

Penutur Kedua: Waalaikumussalam.

Cara bertegur sapa yang seperti ini merupakan cara yang berkembang

apabila orang Melayu mengalami pertemuan kebudayaan dengan orang Inggeris

dan orang Arab. Tetapi ini tidak bermakna bahawa sebelum adanya pengaruh

Page 60: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

60

daripada bahasa Arab dab bahasa Inggeris itu, orang Melayu tidak mempunyai cara

sendiri untuk bertegur sapa. Dua ucapan yang am yang digunakan untuk tujuan ini

ialah:

(2) (i) Nak ke mana tu?

Nak pergi mana tu?

(ii) Dok buat apa?

Ucapan (2)(i) digunakan apabila berjumpa di jalan, atau jika salah satu pihak,

yakni yang disapa, sedang berjalan. Tegasnya ucapan berkenaan digunakan jika

ada gerak berjalan. Ucapan (2)(ii) pula digunakan apabila tidak ada gerak berjalan,

yakni kedua-dua pihak berjumpa dalam keadaan statik. Ucapan-ucapan seperti di

atas itu masih kedengaran di kalangan orang Melayu, terutamanya sekali di

kampung-kampung.

Sungguhpun ucapan-ucapan di atas itu merupakan pertanyaan, maksud yang

hendak disampaikan bukanlah meminta maklumat. Tidak ada tujuan mendapatkan

jawapan. Orang yang disapa tidak diperlukan menjawab pertanyaan berkenaan

tetapi boleh menjawab apa sahaja, asalkan sopan. Misalnya:

(3) (i) Penutur Pertama: Nak pegi mana tu?

Penutur Kedua: (a) Situ

(b) Jalan-jalan saja.

(ii) Penutur Pertama: Dok buat apa tu?

Page 61: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

61

Penutur Kedua: (a) Tak ada.

(b) Sajalah seronok-seronok.

Ucapan-ucapan yang seperti itu hanyalah untuk membuka jalan mengadakan

komunikasi atau perbualan seterusnya. Dalam ilmu linguistik aliran London ucapan

yang seperti ini dinamakan phatic communication, yang bermakna pembuka

komunikasi.

Ucapan pembuka komunikasi timbul berdasarkan kehendak sosial. Wujudnya

komunikasi timbul berdasarkan kehendak sosial. Wujudnya ucapan-ucapan seperti

itu mendekatkan pihak-pihak yang berbual itu satu sama lain dan membuat

komunikasi seterusnya berjalan lancar. Jika individu-individu yang terlibat dalam

sesuatu peristiwa bahasa tertentu dan mereka kenal satu sama lain, misalnya,

dalam pertemuan di pejabat, stesen kereta api, dan sebagainya, tidak bertegur sapa

dengan salah satu ucapan pembuka komunikasi tentu sahaja ada yang tidak kena

dalam hubungan antara mereka. Selain itu, jika ada seseorang individu datang

kepada individu yang lain dengan terus menyampaikan sesuatu berita atau khabar,

tentu sahaja orang yang mendengar mentafsirkan bahawa ada keadaan darurat

atau kecemasan.

Ucapan pembuka komunikasi ini boleh juga diikuti oleh “cakap-cakap” (small

talk) yang tidak ada kena-mengena dengan apa yang hendak diperbualkan atau

dibincangkan. Cakap-cakap ini boleh berkenaan dengan cuaca semasa, bertanya

khabar tentang perjalanan ke tempat berkenaan, bertanya khabar tentang keluarga

Page 62: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

62

atau kesihatan diri, memberi komen yang positif tentang warna atau fesyen pakaian,

dan sebagainya.

Cakap-cakap ini boleh dianggap sebagai bahagian pembuka komunikasi,

yakni bahagian yang tidak wajib. Gunanya adalah untuk menimbulkan keadaan

yang lebih mesra dengan pihak yang diajak bercakap (Asmah, 1995:43).

Selain daripada fungsi bahasa sebagai di atas, Halliday (1973) dalam tujuh

fungsi dalam Asmah (1992:144) juga telah mengemukakan tujuh fungsi bahasa ,

iaitu fungsi alatan (instrumental), pentertib (regulatory), interaksi atau perhubungan

(interactional), peribadi (personal), penemuan (heuristic), khayalan (imaginatitive)

dan pernyataan (representational).

Dari kajian Asmah didapati bahawa kanak-kanak menggunakan bahasa

dengan fungsi-fungsi yang dinyatakan. Untuk memudahkan pembaca, beliau telah

menggunakan tajuk-tajuk yang sederhana yang lebih mudah dikenal pasti, iaitu:

(1) bercerita (meliputi fungsi-fungsi pernyataan, khayalan, interaksi,

peribadi)

(2) bertengkar dan berbahas (interaksi)

(3) bekerjasama (interaksi)

(4) menyatakan keinginan (pentertib, interaksi, pernyataan)

(5) mengkritik (pentertib, interaksi)

(6) memerintah atau meminta (interaksi, pentertib)

Page 63: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

63

(7) bertanya (interaksi)

(8) menjawab (interaksi)

(9) mengulas (interaksi)

(10) melarang (interaksi)

(11) mengajak (interaksi)

Dalam kajian tersebut didapati bahawa kanak-kanak mulai bercakap antara 1

½ hingga 2 tahun. Kanak-kanak perempuan mula bercakap lebih awal daripada

kanak-kanak lelaki. Adakah kanak-kanak yang lebih awal bercakap ini lebih cerdas

mindanya dari yang lambat bercakap? Hal ini tidak dapat dipastikan kecuali dengan

adanya pemerhatian yang lebih mendalam (Asmah, 1992:144).

Lakuan Bahasa

Yang dimaksudkan dengan lakuan bahasa adalah tindakan yang dilakukan yang

tergambar dalam bahasa yang digunakan. Lakuan bahasa boleh juga disamakan

dengan fungsi butir pertuturan atau tutur kata. Dalam hal ini, yang dilihat ialah fungsi

yang bagaimanakah yang ada pada tutur kata tertentu. Sebagai contoh, permintaan

maklumat adalah salah satu lakuan bahasa dan lakuan ini diwujudkan dengan

berbagai-bagai cara, dengan bertanya, meminta, bahkan dengan memberi komen

sahaja.

Sesuatu peristiwa bahasa itu dicirikan oleh sekurang-kurangnya satu lakuan

bahasa. Dalam peristiwa yang menunjukkan satu pihak menyuruh pihak yang lain

Page 64: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

64

melakukan sesuatu dan pihak yang disuruh itu mematuhi suruhan dengan tindakan

gerak sahaja tanpa menuturkan apa-apa, maka yang terdapat hanya satu lakuan

bahasa, iaitu lakuan menyuruh atau memerintah. Andai kata pihak yang disuruh itu

bertindak balas dengan jawapan bahawa dia akan atau tidak akan menjalankan

suruhan itu, maka dalam peristiwa bahasa yang berkenaan terdapat dua lakuan

bahasa, iaitu suruhan dan performatif. Lakuan performatif menunjukkan adanya

perubahan situasi dalam suatu peristiwa atau pengwujudan situasi baharu. (Asmah,

1995:21).

Pernyataan adalah lakuan bahasa yang menggungkapkan fikiran untuk

menyatakan atau memberi maklumat tentang sesuatu, misalnya, keadaan,

peristiwa, sifat atau apa sahaja, baik konkrit mahupun abstrak. Pernyataan terbahagi

kepada dua golongan , iaitu pernyataan biasa dan pentakrifan. Pernyataan biasa

adalah maklumat yang disampaikan malalui ayat berita tentang apa sahaja sama

ada konkrit atau abstrak. Contohnya:

(4) (i) Dian pergi ke kedai Pak Abu.

(ii) Semalam hujan sangat lebat.

(iii) Kejayaan memerlukan usaha dan pengorbanan.

Pentakrifan adalah pernyataan yang menghuraikan sesuatu konsep dengan

memberikan ciri-ciri atau sifat-sifat khusus yang dimiliki oleh konsep itu, yang

Page 65: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

65

dengan sendirinya membezakan konsep berkenaan daripada konsep yang lain.

Misalnya:

(5) (i) Klorit adalah bahan organik yang terbentuk dari proses semula jadi

alam dan mempunyai bentuk serta struktur kimia tertentu.

9ii) Morfem adalah unit tatabahasa yang terkecil yang mempunyai makna.

Pernyataan pengakuan pula mempunyai nilai benar pada pernyataan yang

dibuat. Lakuan ini diungkapkan dalam bentuk ayat berita atau ayat penyata. Ayatnya

boleh terdiri daripada ayat selapis atau ayat kompleks. Jika strukturnya merupakan

struktur ayat kompleks, maka klausa-klausanya adalah klausa utama dan klausa

objek (Asmah, 2009:433). Klausa objek ditandai oleh bahawa, misalnya dalam ayat

“Saya mengaku bahawa semua maklumat yang saya beri ini adalah benar”. Jelas

daripada contoh di atas itu bahawa kata kunci dalam lakuan ini ialah mengaku.

Seperti halnya dengan pengakuan, pengesahan juga mempunyai nilai benar.

Dalam bahasa yang formal seperti bahasa bertulis atau bahasa undang-undang,

pengesahan terdapat dalam bentuk ayat kompleks dengan klausa utama dan klausa

objek. Klausa objek ini ditandai oleh bahawa.

Dalam hal ini struktur ayat pengesahan sama dengan struktur ayat

pengakuan. Bezanya terletak pada kata kerjanya. Dalam ayat pengakuan, seperti

yang diberikan di atas, kata kerjanya ialah mengaku, tetapi dlam ayat pengesahan

kata kerjanya ialah mengesahkan, seperti dalam ayat “Dengan ini saya

Page 66: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

66

mengesahkan bahawa cap ibu jari kanan orang yang membuat perlantikan di atas

ini telah diturunkan di hadapan saya”.

Teori Lakuan Pertuturan

Dalam komunikasi, bahasa digunakan untuk tujuan yang tertentu dalam sesuatu

adegan. Bahasa digunakan oleh penutur atau penulis untuk menyatakan atau

menghuraikan sesuatu perkara. Disamping itu, bahasa juga digunakan oleh penutur

untuk berjanji, menempelak, menyatakan persetujuan, mengkritik dan sebagainya.

Terdapat sebilangan ujaran yang tidak menerangkan sesuatu, atau tidak

mengandungi sebarang maklumat yang bermakna. Oleh itu, ujaran tersebut tidak

boleh dianggap sebagai benar atau palsu, tetapi pertuturan ayat tersebut

merupakan lakuan atau sebahagian daripada lakuan. Hal ini telah dinyatakan oleh

Austin (1962:5) seperti berikut:

“...some utterances that seems like statement lack what is thought to be necessary property of statements a truth value. Not only do such statements not ‘describe’ or ‘report’ anything but the uttering of the sentence is or is part of, doing of an action, which again would not normally be described as, or as ‘just’, saying something.”

Austin menganggap pertuturan ayat yang merupakan lakuan sebagai ujaran

performatif. Kenyataan ini menunjukkan bahawa apabila penutur mengujarkan

sesuatu ujaran, sebenarnya penutur itu melakukan sesuatu lakuan, bukan setakat

mengucapkannya sahaja, seperti yang dijelaskan oleh Austin (1962:6-7):

“I proposed to call it a performative sentences or a performative utterance, or, for short, a “performative’. The term “performative”

Page 67: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

67

will be used in a variety of cognate ways and constructions, much as the term ‘imperative” is. The name is derived, of course, from “perform”, the usual verb with the noun “action”: it indicates that issuing of the utterance is the performing of an action – it is not normally thought as just saying something”.

Ayat performatif ini berbeza dengan ayat konstatif. Menurut Schiffrin

(1994:51), ayat konstatif adalah pernyataan yang digambarkan oleh ayat penyata

yang dapat ditentukan benar atau palsu, manakala ayat performatif adalah ayat

penyata yang mempersembahkan sesuatau lakuan. Dalam bahasa Inggeris

misalnya, menurut Ross (1970:222), ayat performatif mestilah mempunyai syarat-

syarat yang tertentu, antaranya (a) subjeknya mestilah ganti nama diri pertama, (b)

biasanya mempunyai objek langsung atau objek tak langsung yang merupakan kata

ganti nama diri kedua dalam strukturnya, (c) berbentuk pengesahan dan tidak

berbentuk negatif, (d) dalam kala kini, dan (e) kata kerjanya mestilah satu daripada

kata kerja utama yang mempunyai makna leksikal seperti berikut:

Advise, answer, appoint, authorized, beg, bequeath, beseech, caution, cede, claim, close, command, condemn, counsel, dare, declare, demand, empower, enquire, entreat, excommunicate, grant, implore, inform, instruct, offer, order, pledge, pronounce, propose, request, require, say, sentence, vow, warn, write.

Austin (1962:32), juga menggolongkan ayat-ayat seperti di bawah ini sebagai ayat

performatif.

(6) (i) I order you to go

(Saya perintahkan kamu pergi) (ii) Go!

(Pergi)

Page 68: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

68

Perbezaan yang jelas dalam kedua-dua ayat di atas ialah ayat (6) (i) kata

kerja performatifnya tergolong dalam jenis yang nyata, iaitu order, manakala ayat

(1)(ii) kata kerja performatifnya tidak ditunjukkan secara nyata dalam ayat.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, ayat konstatif adalah ayat penyata

yang dinilai dari segi benar atau palsu, manakala ayat performatif merupakan ayat

penyataan yang mempersembahkan lakuan tertentu. Dalam Teori Lakuan

Pertuturan (seterusnya TLP) yang diberi tumpuan adalah ayat performatif. Ini

bermakna yang dikaji dalam TLP adalah persembahan sesuatu ujaran dalam situasi

pertuturan tertentu. Seterusnya, Austin mengatakan bahawa semua ujaran yang

mempersembahkan lakuan pertuturan mengandungi tiga gerak laku yang berlainan,

(a) lakuan pengucapan (locutionary act), iaitu gerak laku menuturkan sesuatu ayat

dengan makna yang tertentu, (b) Lakuan niat pengucapan (illocutionary act), iaitu

menuturkan sesuatu ujaran dengan niat yang tertentu, misalnya memuji, mengkritik,

memberi amaran dan sebagainya, (c) Lakuan tindak balas pengucapan

(perlocutionary act), iaitu kesan sebenar ujaran penutur kepada pendengar,

misalnya menakutkan pendengar, menyebabkan pendengar melakukan sesuatu dan

sebagainya.

Untuk menjelaskan ketiga-tiga jenis gerak laku di atas, Kempson (1991:62-

63) memberikan contoh seperti berikut. Misalnya, seorang anak enggan berbaring di

atas katil untuk tidur, lalu ayahnya berkata, “Saya akan padamkan lampu”. Lakuan

pengucapan dalam ujaran ini ialah pengujaran ayat Saya akan padamkan lampu.

Page 69: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

69

Bagaimanapun, ayah anak tersebut mungkin bermaksud supaya ujaran

tersebut ditafsirkan sebagai satu ancaman, dan inilah lakuan niat pengucapan.

Lakuan tindak balas pengucapan pula ialah tindak balas seterusnya daripada anak

tersebut yang diharapkan oleh ayahnya ekoran ujaran tersebut, iaitu anak itu

menjadi takut dan terdiam lalu tidur. Perbezaan antara lakuan niat pengucapan

dengan lakuan tindak balas pengucapan sangat penting. Lakuan tindak balas

pengucapan adalah kesan langsung kepada pendengar yang diharapkan oleh

penutur agar terjadi sebagai ekoran daripada ujarannya. Lakuan niat pengucapan

pula tidak merupakan kesan langsung lakuan pengucapan, malah ia merupakan inti

ujaran penutur tersebut, iaitu maksud sebenar penutur dalam ujarannya.

Perbezaan tiga jenis lakuan bagi sesuatu ujaran dapat diringkaskan seperti

berikut: seorang penutur mengucapkan ayat-ayat dengan makna yang tertentu

(lakuan pengucapan), dengan niat yang tertentu (lakukan niat pengucapan), untuk

menimbulkan kesan yang tertentu pada pendengar (lakuan tindak balas

pengucapan).

Dalam contoh ujaran “Saya akan padamkan lampu”, lakuan niat pengucapan

hanyalah tersirat dalam ujaran tersebut. Ia tidak diungkapkan sebagai sebahagian

daripada lakuan pengucapan. Bagaimanapun, dalam beberapa keadaan tertentu,

lakuan niat pengucapan itu jelas dinyatakan. Inilah yang disebut ujaran performatif

yang nyata, seperti dalam contoh ayat-ayat yang berikut:

(7) (i) Saya berjanji dengan awak saya akan ke sana.

Page 70: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

70

(ii) Saya yakin dia akan jatuh.

(iii) Saya mengaku saya silap.

Jenis ujaran seperti (7)(i) –(iii) ini tidak munkgkin untuk dibincangkan sebagai

bersifat benar atau palsu kerana ujaran tersebut bukan merupakan cerita tetapi

merupakan gerak laku. Ujaran (7)(i)-(iii) berbeza dengan ujaran yang berikut

walaupun menggunakan kata kerja yang sama.

(8) (i) Dia berjanji dengan wanita itu bahawa dia akan ke sana.

(ii) Dia yakin bahawa budak itu akan jatuh.

(iii) Dia mengaku dia silap.

Jenis ujaran seperti (8)(i)-(iii) tidak satu pun dapat dianggap sebagai ujaran

performatif kerana ayat-ayat tersebut digunakan untuk menceritakan sesuatu, bukan

sebagai gerak laku berjanji, menyakini atau mengakui.

Dalam menerangkan jenis lakuan pertuturan, Searle (1969:22-24), terlebih dahulu

memberikan contoh perbualan antara pendengar dengan penutur. Seandainya

penutur mengujarkan satu daripada ayat-ayat yang berikut, bagaimanakah untuk

menerangkan ujaran-ujaran yang tersebut?

(9) (i) Sam smokes habitually

(Sam selalu merokok)

Page 71: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

71

(ii) Does Sam smoke habitually?

(Adakah Sam selalu merokok?)

(iii) Sam, smoke habitually!

(Sam , selalulah merokok!)

(iv) Would that Sam smoke habitually

(Mahunya Sam selalu merokok)

Apakah yang cuba dilakukan oleh penutur apabila menuturkan satu daripada

ujaran-ujaran di atas? Yang jelas, ayat-ayat di atas terdiri daripada unsur-unsur

yang sama dan disusun berdasarkan peraturan tatabahasa bahasa Inggeris. Dalam

ayat (9)(i), penutur membuat penyataan, dalam ayat (9)(iii), penutur memberikan

arahan dan dalam ayat (9)(iv), penutur meluahkan keinginan atau kemahuannya.

Dalam persembahan tersebut, penutur mempersembahkan lakuan-lakuan

yang berbeza, tetapi penutur merujuk kepada satu rujukan tertentu, iaitu Sam dan

penutur juga menyebutkan satu hal, iaitu “smoke habitually” bagi perkara yang

dirujuknya. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa dalam ujaran keempat-empat ayat

di atas, rujukan dan sebutannya adalah sama. Oleh itu, daripada maksud lakuan

pertuturan yang lengkap (seperti contoh di atas), dapat dipastikan maksud

menyebut dan merujuk, sama ada menyatakan, menanyakan, mengarahkan,

meluahkan dan sebagainya. Penentuan untuk memisahkan maksud yang demikian

Page 72: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

72

ini adalah berdasarkan kenyataan bahawa rujukan dan sebutan yang sama boleh

wujud dalam persembahan lakuan pertuturan yang berbeza.

Lakuan-lakuan pertuturan tersebut telah diberikan nama secara khusus

dengan istilah seperti berikut (a) mengujarkan kata-kata = mempersembahkan

lakuan ujaran (utterance acts), (b) merujuk dan menyebut = mempersembahkan

lakuan proposisi (propositional acts), dan (c) menyatakan, menanyakan,

mengarahkan dan sebagainya = mempersembahkan lakuan niat pengucapan

(illocutionary acts).

Dalam hubungan ini, jelas bahawa lakuan proposisi yang sama dapat

menggambarkan lakuan niat pengucapan yang berbeza, dan ada kalanya

seseorang penutur mempersembahkan lakuan ujaran tanpa mempersembahkan

lakuan proposisi atau lakuan niat pengucapan dalam ujaran itu. Ini bererti,

seseorang penutur boleh mengujarkan kata-kata tanpa sebarang maksud tertentu.

Perhatikan pula ayat yang berikut:

(10) Mr. Samuel martin is a regular smoker of tobacco

(Mr. Samuel martin adalah seorang yang gemar menghisap tembakau)

Jelas beralasan untuk mengatakan bahawa ada konteks tertentu untuk

penutur mengujarkan ayat (10) bagi mempersembahkan lakuan proposisi yang

sama seperti ayat (9)(i)-(iv) kerana rujukan dan sebutannya adalah sama. Lakuan

niat pengucapan dalam ayat (10) juga sama dengan (9)(i) kerana penyataan telah

Page 73: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

73

dilakukan. Bagaimanapun, lakuan ujaran dalam (10) dan dalam (9)(i)-(iv) adalah

berbeza, kecuali beberapa perkataan yang menunjukkan persamaan. Ini bermakna,

dalam mempersembahkan lakuan ujaran yang berbeza itu, penutur dapat juga

mempersembahkan lakuan proposisi dan lakukan niat pengucapan yang sama.

Dengan perkataan lain, ayat yang sama dapat juga digunakan untuk

mempersembahkan penyataan yang berbeza.

Lakuan ujaran sebenarnya terkandung dalam jalinan kata-kata dalam ayat,

manakala lakuan niat pengucapan dan lakuan proposisi terkandung dalam

pengujaran kata-kata dalam ayat berdasarkan konteks yang tertentu, dengan syarat-

syarat yang tertentu dan dengan maksud atau niat yang tertentu.

Sebagai tambahan kepada tiga jenis lakuan tadi, Searle (1962:25), telah

menambah satu lagi lakuan pertuturan yang dikenali sebagai lakuan tindak balas

pengucapan. Perkara yang berkaitan dengan maksud lakuan niat pengucapan

adalah akibat atau kesan lakuan niat pengucapan tersebut kepada aksi, pemikiran,

keyakinan dan sebagainya kepada pendengar. Sebagai contoh, untuk

memaklumkan seseorang boleh dengan meyakinkannya, untuk membuat

permintaan boleh dengan menjadikannya melakukan sesuatu dan untuk memberi

amaran boleh dengan menakutkan atau mengancamnya. Ungkapan-ungkapan yang

berhuruf condong ini menunjukkan lakuan tindak balas pengucapan (perlocutionary

acts).

Page 74: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

74

Perkara yang berkaitan dengan maksud lakuan proposisi dan lakuan niat

pengucapan adalah jenis ungkapan-ungkapan tertentu yang diujarkan dalam

persembahan lakuan pertuturan itu sendiri. Ciri nahu bagi lakuan niat pengucapan

adalah ayat sempurna. Ciri nahu bagi lakuan proposisi adalah bahagian-bahagian

ayat, iaitu bahagaian sebutan untuk lakuan sebutan dan nama khas, ganti nama dan

frasa nama tertentu untuk lakuan rujukannya.

Berdasarkan pandangan semantik, dapat dibezakan dua unsur dalam struktur

sintaksis ayat, iaitu penanda proposisi dan penanda niat pengucapan. Perhatikan

ayat-ayat yang berikut;

(11) (i) I promise to come (Saya berjanji akan datang) (ii) I promise that I will come (Saya berjanji bahawa saya akan datang)

Dalam ayat (11)(i), struktur permukaannya tidak menunjukkan perbezaan

antara penanda niat pengucapan dengan penanda kandungan proposisi.

Bagaimanapun, dalam ayat (11)(ii), terdapat perbezaan antara penanda niat

pengucapan “I promise” (Saya berjanji) dengan penanda kandungan proposisi “that I

will come” (bahawa saya akan datang) yang tergambar pada struktur

permukaannya. Walaupun begitu, sekiranya dikaji struktur dalaman bagi ayat (11)(i),

didapati bahawa penanda frasa yang mendasari ayat tersebut mengandungi “I

promise + I will come” (Saya berjanji + Saya akan datang). Dalam struktur dalaman,

Page 75: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

75

dapat ditentukan unsur-unsur yang menjadi penanda niat pengucapan dengan

unsur-unsur yang menjadi penanda kandungan proposisi.

Kesimpulan

Dalam komunikasi, bahasa digunakan oleh penutur dan pendengar untuk

menyatakan atau menghuraikan sesuatu hal atau perkara. Di samping itu, bahasa

juga merupakan cara untuk mempersembahkan lakuan pertuturan yang terdiri

daripada lakuan pengucapan, lakuan niat pengucapan dan lakuan tindak balas

pengucapan. Di antara gerak laku tersebut niat pengucapan sangat penting kerana

daripada niatlah akan terujar lakuan pengucapan dan seterusnya menghasilkan

gerak balas daripada pendengar.

Soalan Latihan

1. a) Jelaskan pengertian lakuan bahasa.

b) Bandingkan pengertian pernyataan biasa dengan pernyataan pentakrifan

serta berikan contoh.

2. Berdasarkan contoh ujaran Saya akan padamkan lampu terangkan

pengertian lakuan pengucapan, lakuan niat pengucapan dan lakuan tindak

balas pengucapan.

Page 76: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

76

Rujukan

1. Asmah Haji Omar. 1986. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Asmah Haji Omar. 1988. Bahasa Diraja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

3. Asmah Haji Omar. 1992. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Asmah Haji Omar. 1995. Wacana Temu Duga dan Wawancara. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Austin, J.L. 1962. How To Do Things With Word. Oxford: Clarendon Press.

6. Kempson, Ruth M. 1991. Teori Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. (Terjemahan Zaiton Ab. Rahman).

7. Ross, J.R. 1970. “On Declarative Sentence”, dlm. R.A Jacobs dan P.S.

Rosenbaum (eds.) Readings in English Transformational Grammar.

Waltham, Massachusetts: Ginn and Company.

8. Schriffin, D. 1994. Approaches To Discourse. Oxford UK and Cambridge

USA: Blackwell Publishers.

9. Searle, J.R. 1969. Speech Acts: An Essay in the Pghilosophy of Language.

London: Cambridge University Press.

Page 77: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

77

UNIT 6

LINGUISTIK TRANSFORMASI GENERATIF

Pengenalan

Selaras dengan perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang, linguistik juga

berkembang pesat selari dengan perkembangan manusia dalam menelusuri era

moden dalam kehidupan. Sejak zaman tradisional lagi linguistik telah berkembang

dengan teori-teorinya dalam menghuraikan bahasa, dan tahun 60-an merupakan

titik tolak kepesatannya dengan munculnya aliran Linguistik Transformasi Generatif.

Objektif

1. Mengetahui asas teori transformasi generatif.

2. Mengetahui perkembangan teori transformasi generatif sejak 1957 hingga kini.

3. Mengetahui aplikasi teori transformasi genneratif dalam menghuraikan bahasa

Melayu.

Konsep Asas

Aliran Linguistik Transformasi Generatif (seterusnya TG) mulai muncul dengan

penerbitan buku Noam Chomsky, Syntactic Structures, dalam tahun 1957. Dalam

buku ini Chomsky mengemukakan teori yang mengutarakan bahawa bahasa terdiri

dari rumus-rumus yang terhad jumlahnya tetapi yang dapat menghasilkan jumlah

ayat yang tidak terhingga banyaknya. Chomsky mengemukakan tiga jenis rumus

Page 78: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

78

dalam pembentukan ayat, iaitu rumus struktur frasa (phrase structure rules), rumus

transformasi (transformational rules), dan rumus morfofonemik (morphophonemic

rules).

Rumus struktur frasa memberi huraian lahiriah kepada sesuatu ayat dengan

membahagi-bahagikan ayat kepada unsur-unsurnya, dan unsur-unsur itu dikenal

sebagai frasa. Contoh rumus struktur frasa diberi di bawah ini dan rumus itu dipetik

dari Syntactic Structures untuk ayat : “The man hit the ball”.

(1) Sentence NP + VP

(2) NP T+N

(3) VP Verb + NP

(4) T the

(5) N man, ball, etc.

(6) Verb hit, took etc.

Struktur frasa ini boleh juga diwujudkan dengan rajah, yakni rajah pohon.

Rajah untuk contoh yang diberi di atas itu adalah seperti berikut:

Sentences

NP VP

T N Verb NP the man N T ball hit the (Syntactic Structures: 26-27)

Page 79: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

79

Bagaimanapun, Chomsky berpendapat bahawa struktur frasa sahaja tidak

memadai, kerana rumus yang seperti itu tidak dapat menerangkan bagaimana

terbentuknya berbagai-bagai jenis ayat, misalnya bagaimana terbitnya ayat pasif

dari ayat aktif, ayat tanya dari ayat berita, dan seterusnya. Untuk tujuan tersebut,

Chomsky mengemukakan apa yang dinamakan rumus transformasi

(transformasional rules).

Kata transformation itu sebenarnya bermakna “pemindahan bentuk”.

Dalam hal ini, rumus-rumus yang dicadangkan oleh Chomsky itu adalah rumus-

rumus yang memindahkan bentuk ayat, dari satu jenis kepada jenis yang lain.

Dalam teori yang dikemukakannya dalam tahun 1957 itu, jenis ayat yang menjadi

pangkal pemindahan bentuk itu adalah ayat berita yang paling ringkas The man hit

the ball. Dengan melalui beberapa peringkat atau proses transformasi itu, maka

seseorang penutur itu boleh menghasilkan berbagai-bagai jenis ayat, misalnya:

Ayat tanya Did the man hit the ball?

Ayat perintah Hit the ball!

Ayat pasif The ball was hit by the man.

Rumus morfofonemik pula memberi bentuk ejaan atau bunyi kepada lambang-

lambang abstrak seperti NP, VP, dan sebagainya.

Page 80: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

80

Dalam tahun 1965, terbitlah pula buku Chomsky, Aspects of the Theory of Syntax,

yang mengemukakan pembaharuan kepada teori transformasinya yang lebih awal.

Teori baru ini memberi unsur baru sebagai tambahan kepada pengertian

transformasi, iaitu unsur “Generatif”, dan dengan itu dikenal sebagai Teori

Transformasi Generatif (Transformational Generative Theory). Kata “Generatif”

bermakna “menghasilkan, menjanakan”. Tegasnya, rumus-rumus dalam teori ini

menghasilkan ayat-ayat dalam bahasa yang dianggap baik.

Jika “transformasi” dalam teori tahun 1957 bermakna pemindahan bentuk

dari satu jenis ayat kepada jenis ayat yang lain, maka kata yang sama dalam teori

1965 bermakna “pemindahan struktur”, yakni dari struktur dalaman (deep structure)

kepada struktur permukaan (surface structure). Jelas di sini Chomsky

memperkenalkan dua jenis “struktur” yang penting yang sejajar dengan apa yang

dinamakannya “competence” (keupayaan) dan performance (pengwujudan).

Dengan competence dimaksudkan pengetahuan penutur dan pendengar tentang

peraturan-peraturan dalam bahasanya, sedangkan performance adalah

penggunaan bahasa yang sebenarnya.

Dalam teori 1965 ini Chomsky mengatakan bahawa setiap bayi yang

dilahirkan itu sudah pun dibekalkan dengan rumus-rumus bahasanya. Dalam

perkataan lain, dia sudah ada keupayaan yang sejadi sejak dilahirkan, dan

performancenya itu datang kemudian apabila dia bergaul dengan masyarakat.

Dengan itu transformasi dalam teori barunya ini merupakan transformasi dari

Page 81: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

81

keupayaan yang sejadi itu kepada pengwujudan bahasa yang sebenarnya. Rumus-

rumus yang menggambarkan keupayaan sejadi itu adalah rumus-rumus yang

abstrak, yang terdiri dari lambang-lambang yang menggambarkan golongan frasa,

misalnya FN atau NP (Frasa Nama, Noun Phrase), FK atau VP (Frasa Kerja, Verb

Phrase) dan sebagainya. Ringkasnya, competence adalah struktur batin, dan

performance adalah struktur lahir (Asmah, 1992:49-50)

Teori TG terus berkembang dengan adanya pindaan dan pembaharuan oleh

pengikut-pengikut Chomsky serta juga oleh Chomsky sendiri. Pindaan dan

pembaharuan itu bertitik tolak dari teori 1965 yang juga dikenal sebagai Teori

Standard.

Teori Standard

Dalam teori standard seperti yang terdapat dalam buku Aspects of the Theory of

Syntax, nahu terbahagi kepada 3 komponen, iaitu:

(i) Komponen sintaksis,

(ii) Komponen semantik, dan

(iii) Komponen fonologi.

Rumus Sintaksis Rumus sintaksis terdiri daripada rumus asas dan rumus transformasi. Rumus asas

terdiri daripada rumus struktur frasa seperti yang terdapat dalam model Syntactic

Structures tetapi rumus yang menulis kembali lambang bukan terminal kepada

Page 82: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

82

perkataan tidak lagi terdapat dalam teori standard. Di tempatnya digantikan dengan

rumus-rumus penyisipan leksikal. Rumus ini membolehkan penyisipan kata daripada

leksikon sekiranya bersesuaian dengan ciri-ciri sintaksis yang ditetapkan. Rumus-

rumus penyisipan leksikal inilah yang menentukan pemilihan kata-kata yang boleh

berkolokasi. Ayat-ayat seperti Colourless green ideas sleep furiously, misalnya,

akan ditandakan sebagai ayat yang tidak gramatis.

Leksikon merupakan kamus atau senarai kata yang menyatakan semua maklumat

fonologi, sintaksis, dan semantik sesuatu kata itu.

Contoh rumus struktur frasa yang terdapat dalam teori standard adalah seperti yang

berikut:

7. A → FN + FK

Kopula + Predikat

FK → K (FN) + (FS) + (FS) + (ket)

S’

Predikat

FN → N + (S’) + (Pen)

Adj

(Spt) + nama predikat

Predikat N → + N + N → + bilang + bilang → + bernyawa + bernyawa → + manusia

Page 83: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

83

Hasil daripada rumus di atas dinamakan lambang kompleks, dan

merupakan satu perubahan yang penting dalam teori standard. Contoh rajah pohon

dengan lambang-lambang kompleks adalah seperti yang terdapat di bawah:

8. A FN FK N Pen K FN + N N Pen + bilang + nyawa N + manusia = bernyawa • • • Lambang-lambang kompleks ini akan menentukan jenis nama yang boleh hadir di

bawah nod-nod tertentu. Misalnya dalam rajah di atas nama budak boleh hadir di

bawah nod N sebelah kiri tetapi tidak boleh hadir di bawah nod N sebelah kanan.

Kemasukan leksikal bagi kata budak mempunyai ciri [ + manusia ] yang

bersesuaian dengan lambang kompleks yang terdapat di bawah nod N di sebelah

kiri tetapi tidak sesuai dengan kod nod N di sebelah kanan yang mempunyai ciri [ –

manusia ].

9. budak [ + N, – abstrak, + manusia, – dewasa] Syarat kehadiran seperti ini dinamakan rumus pemilihan (selectional rules). Rumus

ini penting untuk memastikan bahawa ayat-ayat seperti yang berikut tidak

diterbitkan.

Page 84: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

84

10. (a) * Kayu memukul Ali. (b) * Saya minum nasi itu. (c) * Buku itu memanjat pokok. (d) * Meja itu mengejar kucing.

(Nik Safiah, 1988:29-31)

Teori Standard Tambahan

Walau bagaimanapun, Chomsky kemudiannya merasa kurang puas hati dengan

teori standard (1965) ini kerana terdapat bukti-bukti empirikal yang menunjukkan

bahawa struktur permukaan juga turut menentukan erti ayat-ayat. Maksudnya,

sebahagian daripada informasi semantik terutamanya yang menyinggung aspek-

aspek menidakkan (negation) dan kuantifikasi (quantification) tidak terdapat dalam

struktur dalaman sintaksis, lantas harus dicari dalam struktur permukaan. Justeru

itu, Chomsky pun mengubahsuaikan teori standardnya dengan mengikutsertakan

struktur permukaan sebagai turut menentukan erti ayat (interpretasi semantik). Oleh

itu, interpretasi semantik ditentukan oleh kedua-dua struktur dalaman dan struktur

permukaan sintaksis. Pengubahsuaian ini melahirkan teori yang dikenal sebagai

teori standard tambahan (extended standard theory) (EST).

Perkembangan selanjutnya memeperlihatkan kelahiran teori revised

extended standard theory (REST). REST juga lahir sebagai hasil daripada

modifikasi yng dibuat oleh Chomsky terhadap andaian-andaian dalam EST.

Chomsky telah melengkapkan teori semantik interpretifnya dengan menyatakan

bahawa erti sebenar ayat-ayat ditentukan juga oleh sistem-sistem lain, iaitu struktur

kognitif dan persekitaran (konteks).

Page 85: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

85

Lantaran itu berdasarkan andaian dalam REST, kita dapati bahawa erti

sebenar terbahagi kepada dua, yakni semantik linguistik (Erti I) yang ditentukan oleh

struktur dalaman dan struktur luaran sintaksis, dan semantik bukan linguistik (Erti II)

yang hanya dapat difahami apabila ayat dihubungkan dengan knowledge of the

world. Yang dimaksudkan dengan knowledge of the world ialah segala sistem

kepercayaan, agama, adat resam, falsafah, pandangan dunia dan amalan-amalan

sosial yang mendasari kehidupan masyarakat. Knowledge of the world ini juga dapat

diertikan sebagai konteks yang melingkungi penggunaan bahasa dalam masyarakat.

Teori REST ini dapat digambarkan seperti berikut:

Dasar Komponen Transformasi Representasi Semantik I Representasi Semantik II Sistem-sistem lain

Fakta pengetahuan dunia (konteks) membentuk isi-isi sistem kognitif

Budaya

Struktur dalaman dan sturktur luaran (EST) berfungsi untuk memberikan

bentuk-bentuk logik, yakni erti linguistik (pada peringkat representasi semantik I)

yang ditentukan oleh rumus-rumus tatabahasa (rumus-rumus projeksi). Interpretasi

erti yang spenuhnya (representasi semantik II) ditentukan oleh rumus-rumus yang

Tatabahasa

kalimat

Penanda Frasa

Awal

Struktur

Permukaan

Bentuk

Logik

Page 86: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

86

bukan bahagian daripada tatabahasa tetapi merupakan faktor-faktor bukan linguistik

yang datangnya daripada konteks (Yap Eng Moi, 1985:273-289).

Kesimpulan

Teori TG memang berkembang pesat sejak tahun 1957 lagi hingga akhir tahun

1990-an. Bagaimanapun, dapat dikatakan bahawa teori standard seperti yang

dikemukakan dalam Aspects itulah yang menjadi teras dalam teori TG.

Perkembangan terus berlaku hinggalah kepada timbulnya teori program minimalis

pada pertengahan tahuan 1990-an. Semuanya ini menunjukkan kesuburan

pemikiran yang berlaku di kalangan ahli linguistik dalam TG.

Soalan Latihan

1. Berdasarkan contoh, huraikan tiga rumus pembentukan ayat dalam teori

Transformasi Generatif.

2. Bandingkan pengertian keupayaan dengan pengwujudan menurut teori

linguistik Transformasi Generatif.

Rujukan

1. Asmah Haji Omar. 1992. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Chomsky, N. 1957. Syntactic Structures. The Hague: Mouton and Co.

Page 87: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

87

3. Chomsky, N. 1965. Aspects of The Theory of Syntax. The Hague: Mouton

and Co.

4. Nik Safiah Karim (ed.). 1988. Linguistik Transformasi Generatif: Suatu

Penerapan pada Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

5. Yap Eng Moi. 1985. “Penerapan Teori Semantik dalam Bidang

Penterjemahan”. Dlm. Dewan Bahasa 29(4):273-289.

Page 88: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

88

UNIT 7

TEORI SEMANTIK

Pengenalan

Semantik selalunya dianggap sebagai huraian makna antara perkataan. Cara ini

lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan. Bagaimanapun, makna

juga sebahagian besarnya adalah berkaitan dengan hubungan antara bahasa

dengan dunia kebahasaan. Dunia bahasa bermaksud konteks atau keperihalan

yang melatari satu-satu unsur linguistik sama ada kata, ungkapan atau ayat.

Objektif

1. Mengetahui konsep keperihalan keadaan dalam teori semantik.

2. Mengetahui perbezaaan antara semantik dan pragmatik.

3. Mengetahui huraian pragmatik menurut teori semantik sistem penuh.

Keperihalan Keadaan

Konsep ini mula-mula sekali diperkenalkan oleh Malinowski, seorang ahli

antropologi yang telah menumpukan pengkajiannya kepada penduduk-penduduk di

kepulauan Trobriand di Pasifik Selatan. Beliau menghadapi masalah dalam

menterjemahkan teks-teks yang dirakamkannya iaitu beliau tidak dapat

menterjemah dengan tepat perkataan-perkataaan yang dituturkan oleh penduduk-

penduduk kepulauan tersebut ke dalam bahasa Inggeris.

Page 89: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

89

Firth tertarik hati dengan konsep konteks situasi atau keperihalan keadaan

yang diperkenalkan oleh Malinowski ini dan telah menggunakannya dengan lebih

mendalam di dalam kajian linguistik khususnya bagi bidang semantik. Bagi Firth,

makna adalah sama dengan fungsi dan gejala makna dapat dilihat dalam setiap

peringkat struktur bagi sesuatu bahasa. Makna dalam setiap peringkat itu perlu

dilihat dalam konteks tertentu. Di dalam bahasa Melayu, di peringkat fonologi

misalnya, bunyi-bunyi [b], [p], [t], [d] dan sebagainya , secara tersendiri memang

tidak ada makna tetapi kalau kita lihat bunyi-bunyi itu dalam konteks atau

persekitaran tertentu, bunyi-bunyi itu nyata berfungsi. Misalnya, bunyi [t], di dalam

konteks [tadi], membawa makna, tetapi sekiranya [t] itu digugurkan, tinggal hanya

bunyi [adi], gabungan bunyi-bunyi itu ketara tidak bermakna. Hanya dengan

ditambah bunyi [t] di awalnya, barulah gabungan bunyi-bunyi tadi mempunyai

makna. Kenyataan ini ketara juga apabila kita gantikan bunyi [t] itu dengan bunyi lain

seperti bunyi [p]. Perkataan [tadi] bertukar menjadi [padi] dan maknanya berubah.

Dengan demikian jelaslah bahawa, bunyi-bunyi itu berfungsi atau bermakna kalau

diletakkan di dalam konteks-konteks tertentu. Walau bagaimanapun, bagi Firth,

fungsi atau makna pada peringkat fonologi seperti ini adalah kecil (minor function).

Di peringkat morfologi pula sebagaimana fonem, morfem-morfemnya seperti

me-, ber-, ter-, dan sebagainya secara tersendiri tidak mempunyai makna tetapi

kalau morfem-morfem itu diletakkan di dalam konteks perkataan-perkataan yang

tertentu, ia mempunyai makna. Sebagai contoh, perkataan-perkataan terjatuh,

termakan, terdaya, melaut, menangis, mencangkul dan lain-lain, adalah berbeza

maknanya dengan jatuh, makan, daya, laut, tangis, cangkul dan lain-lain.

Page 90: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

90

Di peringkat intonasi ayat pula sekiranya kita mengucapkan perkataan haus

dalam intonasi yang berlainan, ia membawa maksud yang berlainan. Misalnya,

ujaran “Haus!” dan “Haus?” membawa maksud yang berlainan. Ujaran “Haus!” lebih

merupakan satu penglahiran rasa dahaga yang dialami oleh penutur sendiri

sementara ujaran “Haus?” (dengan intonasi ayat tanya), bukan lagi merupakan

penglahiran rasa penutur tetapi merupakan pertanyaan kepada pendengar ujaran

itu. Sekiranya ujaran ini (Haus?) ditujukan kepada si A, tentunya si A akan memberi

jawapan, misalnya, “Tidak, saya tidak haus!” atau “Ya, saya berasa haus” atau

mungkin juga katanya “Belum, masih boleh dipakai lagi!”. Dalam keadaan ini

ternyata bahawa “konteks” ujaran benar-benar menenentukan makna. Sekiranya

perktaaan “haus” dimaksudkan kepada “dahaga” maka ia memungkinkan jawapan

yang berhubungan dengannya (seperti contoh di atas). Makna pekataaan ini

berbeza sekali sekiranya konteks ujaran itu berhubung dengan keadaan “kasut”

misalnya, di mana di sini, “haus” bukan lagi bererti dahaga tetapi “kasut yang telah

kehilangan bunga”. Menurut Firth, dalam kajian semantik, peringkat konteks situasi

yang akhir inilah yang paling penting dan inilah sebenarnya kajian semantik.

Menurut Firth lagi, ada tiga perkara yang terlibat di dalam konteks situasi ini,

iaitu (a) para pengambil bahagian di dalam pertuturan, (b) perkara yang

diperkatakan, dan (c) kesan dari pertuturan itu. Orang-orang yang terlibat di dalam

sesuatu konteks pertuturan menentukan penggunaan sesuatu perkataan. Di dalam

masyarakat Melayu misalnya, apabila seorang anak bertutur dengan ibu bapa atau

Page 91: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

91

orang-orang yang lebih tua daripadanya, ia tidak boleh menggunakan perkataan

“aku” dan “engkau” kerana ia dianggap membawa maksud yang tidak manis atau

tidak sopan. Tetapi perkatan “aku” dan “engkau” ini membawa konotasi yang

berlainan apabila digunakan semasa bertutur dengan kawan khususnya kawan

rapat. Bagi sesetengah orang, penggunaaan kata-kata ini boleh menunjukkan

kemesraan. Begitu juga dengan halnya dengan penggunaan kata rujukan “encik”

dan “tuan” digunakan oleh seseorang apabila ia berhubung dengan orang yang lebih

tinggi pangkat atau kedudukan daripadanya. Ia tidak akan menggunakan rujukan

demikian apabila bertutur dengan rakan-rakan atau ahli keluarganya.

Tajuk perbincangan atau perkara yang diperkatakan juga dianggap satu

daripada aspek penting dalam konteks situasi. Ini adalah kerana tajuk perbincangan

sememangnya menentukan penggunaan perbendaharaan kata tertentu dengan

makna yang tertentu juga. Sebagai contoh, perkataan “arak” sebagaimana yang

telah disebutkan di atas tadi, kalau digunakan dalam konteks “hidangan minuman”,

perkataan itu dimaksudkan kepada “minuman keras” tetapi kalau dalam konteks lain

misalnya mengenai “acara sambutan”, perkataan ini bererti “berjalan beriringan

secara beramai-ramai”. Begitu juga dengan perkataaan “ pasang”. Kalau perkataan

ini diperkatakan dalam konteks atau tajuk “keadaan sungai”, ia membawa

pengertian “air naik” tetapi kalau dibincangkan dalam konteks tatabahasa, perkataan

ini berfungsi sebagai “penjodoh bilangan”.

Page 92: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

92

Kesan pertuturan pula dimaksudkan kepada apakah reaksi atau perlakuan

yang ditunjukkan oleh para penutur selepas terlafaznya sesuatu ujaran. Sebagai

contoh, katakan si A mengujarkan “Amboi! Seronoknya” kepada si B dan selepas

ujaran itu berlaku pertengkaran di antara kedua-duanya. Di sini nyata bahawa

ujaran itu mengandungi pengertian yang negatif. Mungkin sebenarnya si A

menyindir si B. Sebaliknya kalau selepas ujaran si A dan si B riang ketawa atau si A

sama-sama menikmati keseronokan yang dirasai oleh si B, maka ujaran si A tadi

mengandung pengertian yang positif, yakni maksud “seronok” itu memang sebenar-

benarnya “seronok” bukan sebaliknya. Demikianlah pentingnya konteks situasi

dalam penentuan makna sesuatu ujaran (Raminah dan Rahim, 1985:285-287).

Semantik dan Pragmatik

Dari segi amalannya, masalah membezakan ‘bahasa’ (langue) daripada

‘penggunaan bahasa’ (parole) berkisar pada perbalahan dalam menentukan

batasan semantik dan pragmatik. Kedua-dua bidang ilmu ini mengkaji makna tetapi

yang membezakan satu daripada yang lain berpunca daripada dua penggunaan

kata kerja bermaksud yang berlainan:

(1) (i) Apakah maksud X?

(ii) Apakah yang anda maksudkan dengan X?

Lazimnya, semantik menganggap makna sebagai pertalian dua segi, seperti dalam

(1)(i), manakala pragmatik menganggap makna sebagai pertalian tiga segi, seperti

Page 93: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

93

dalam (1)(ii). Oleh yang demikian makna dalam pragmatik ditakrif dengan

mengambil kira penutur atau penggunaan bahasa, tetapi makna dlam semantik

ditakrif semata-mata sebagai ciri ungkapan sesuatu bahasa, tanpa mengambil kira

keadaan penutur atau pendengar tertentu.

Soalan ini akhirnya harus dinyatakan juga: bagaimanakah kita tahu fenomena yang

kita kaji adalah fenomena pragmatik dan bukannya fenomena semantik? Oleh

sebab pragmatik mengkaji makna dengan mengambil kira situasi tuturan, maka

merujuk satu atau atau lebih aspek situasi tuturan yang berikut ini akan dijadikan

kriteria.

(i) Penyapa atau sidilawan-sapa

Untuk memudahkan perbincangan, akan dinamakan masing-masing penyapa dan

sidilawan-sapa sebagai t (‘penutur’) dan d (‘pendengar’). Huruf-huruf ini adalah

singkatan untuk ‘penutur/penulis’ dan ‘pendengar/pembaca’. Oleh yang demikian,

dengan menggunakan singkatan t dan d maka tidaklah kita menghadkan pragmatik

kepada mengkaji bahasa pertuturan sahaja. Perbezaan yang nyata boleh

dikemukakan antara penerima (orang yang dimaksudkan sebagai penerima mesej)

dah sidilawan-sapa (orang yang dimaksudkan sebagai penerima mesej). Seseorang

penerima boleh jadi siapa saja yang kebetulan ada di sisi kita, atau orang yang

memang hendak memasang telinga terhadap apa yang kita bualkan, iaitu bukannya

sidilawan-sapa sahaja. Perbezaan ini relevan bagi kajian ini oleh sebab sang

analisis yang menganalisis makna pragmatik bolehlah, secara unggul, dianggap

Page 94: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

94

sebagai penerima: dia seumpama ‘lalat di dinding’ yang cuba untuk mengerti isi

sesuatu wacana dengan berpandukan apa-apa saja dalil konteks yang boleh

diperolehnya. Penggunaan simbol d, walau bagaimanapun, akan sentiasa

bermaksud satu atau lebih sidilawan-sapa atau orang yang kepadanya ujaran itu

ditujukan oleh t.

(ii) Konteks ujaran

Konteks telah dimengertikan dengan cara yang berbagai-bagai, misalnya sebagai

melibatkan aspek suasana fizikal atau sosial yang ‘relevan’ bagi sesuatu ujaran.

Yang akan dianggap sebagai konteks ialah pengetahuan latar belakang apa pun

yang dianggap sebagai pengetahuan yang dimiliki bersama oleh t dan d dan yang

membantu d mentafsir apa yang dimaksudkan oleh t dengan ujarannya.

(iii) Matlamat ujaran

Sering didapati bahawa lebih berguna jika kita bercakap tentang matlamat atau

fungsi sesuatu ujaran daripada bercakap tentang makna yang dihajatkan, atau

tentang hajat t apabila mengujarkan sesuatu ujaran. Istilah matlamat lebih bersifat

berkecuali daripada hajat, oleh sebab ia tidak melibatkan penggunaannya dengan

konsep kemahuan atau dorongan, tetapi boleh digunakan secara umum untuk

merujuk kegiatan yang peka matlamat. Oleh sebab ini, perkataan hajat mungkin

mengelirukan.

Page 95: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

95

(iv) Ujaran sebagai bentuk lakuan atau kegiatan : lakuan tuturan

Kalau dikatakan nahu mengendalikan benda statik dan mujarad seperti ayat (dalam

sintaksis) dan proposisi (dalam semantik), maka pragmatik mengendalikan lakuan

verbal atau perlakuan yang berlaku dalam situasi tertentu, dalam waktu tertentu.

Jadi, dari segi ini, pragmatik mengendalikan bahasa di tahap yang lebih konkrit lagi

daripada nahu.

(v) Ujaran sebagai hasil lakuan verbal

Ada satu lagi maksud yang ada pada perkataan ‘ujaran’ yang dapat digunakan

dalam pragmatik; maksud ini merujuk hasil sesuatu lakuan verbal dan bukannya

kepada lakuan verbal itu sendiri. Misalnya, kata-kata Would you please be quiet?

yang diujarkan dengan nada menaik bersopan boleh diperihalkan sebagai ayat, atau

sebagai pertanyaan, atau sebagai permintaan. Tetapi, akan memudahkan kerja jika

kita mengekalkan istilah seperti ayat dan pertanyaan untuk menamakan benda-

benda kenahuan yang diterbitkan daripada sistem bahasa, dan mengkhaskan istilah

ujaran untuk menamakan kejadian benda ini yang dikenal pasti melalui

penggunaannya dalam situasi tertentu. Oleh yang demikian, sesuatu ujaran

bolehlah dianggap sebagai kejadian ayat, atau token-ayat, tetapi tidaklah boleh

dianggap sebagai ayat. Dalam maksud yang kedua inilah maka ujaran adalah unsur

yang maknanya kita kaji dalam pragmatik. Sebenarnya, kita boleh dengan tepat

memperihalkan pragmatik sebagai kajian yang mengendalikan makna ujaran, dan

semantik sebagai kajian yang mengendalikan makna ayat. Tetapi, tidak perlulah kita

mengandaikan bahawa kesemua ujaran adalah token ayat. Ada kalanya kita

Page 96: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

96

mungkin mahu menganggap sesuatu cebisan bahasa sebagai ayat yang sama ada

terlalu pendek ataupun terlalu panjang untuk dikelaskan sebagai satu ayat. (Leech,

1993:15-17)

Semantik Sistem Penuh

Kajian semantik pada peringkat ini dipelopori oleh Sperber dan Wilson. Sperber dan

Wilson tidak bersetuju dengan idea yang dikemukakan oleh golongan semantik

syarat-benar dalam memberikan makna sebenar bagi sesuatu ayat atau ujaran.

Sperber dan Wilson memulakan hujah mereka dengan memberi seberkas ayat:

(2) (i) Saya merasa gembira.

(ii) Ali membeli ketam.

(iii) Dia juga

Bagi ketiga-tiga ayat di atas, kita tidak dapat memberikan syarat-benarnya

tanpa sebarang maklumat tambahan. Dalam ayat (2)(i) kita memerlukan maklumat

seperti waktu ujaran dan siapakah saya, sementara dalam ayat (2)(ii), selain dari

waktu ujaran, kita perlukan maklumat siapakah Ali dan ketam apakah yang

dimaksudkan? Dalam ayat (2)(iii) pula, kita perlukan maklumat tentang waktu ujaran,

siapakah dia dan apakah frasa kerja yang telah digugurkan.

Maklumat ini tidak dapat diberikan oleh nahu generatif. Nahu generatif hanya

menumpukan perhatian kepada ayat dan bukan ujaran. Walau bagaimanapun,

maklumat yang diperlukan bagi menentukan syarat-syarat hanya boleh diterapkan

Page 97: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

97

pada ayat dan bukannya pada ujaran, memandangkan semantik syarat-syarat ayat

(2)(i)-(ii) bukannya tentang ayat tetapi ujaran bagi ayat tersebut dalam konteks dan

niat tertentu. Di sini jelaslah bahawa semantik syarat-benar hanya boleh diterapkan

pada ayat dan bukannya pada ujaran, memandangkan semantik syarat-benar tidak

melibatkan faktor bukan linguistik dalam memberikan makna sebenar sebagaimana

yang dihajati.

Bagi golongan semantik syarat-benar, masalah waktu ujaran dan siapa

penutur ujaran tersebut tidak menjadi masalah. Bagi mereka saya adalah sudah

pasti merujuk kepada penutur, kemudian ditentukan nama penutur tersebut dan

akhirnya diberikan waktu ujaran. Rumus interpretasi semantik akan dapat diberikan

bukan sahaja pada ayat malah pada pasangan ayat-konteks. Contohnya, maklumat

konteks diberikan iaitu si penutur ialah Siti dan masa ujaran adalah pada 30

November. Jadi ayat (2)(i) akan menjadi benar dalam semua dunia kemungkinan

iaitu Siti merasa gembira pada 30 November. Atau dalam contoh lain, diberikan

maklumat yang si penutur ialah Siti dan waktu ujaraan adalah pada hari Ahad lepas.

Jadi, ayat (2)(i) akan menjadi benar dalam semua dunia kemungkinan yang Siti

merasa gembira pada 23 November lepas dan begitulah seterusnya. Kebanyakan

ahli semantik syarat-benar percaya bahawa aspek penggantungan konteks dapat

diselesaikan dengan cara begini.

Bagaimana pula dengan ayat (2)(ii)? Ali boleh merujuk kepada lebih daripada

seorang Ali dalam waktu ujaran tersebut dan perkataan ketam itu sendiri bersifat

Page 98: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

98

taksa. Bolehkah kita sekadar mengatakan bahawa ada dua makna bagi perkataan

ketam? Jadi, ayat (2)(ii) akan mempunyai dua syarat-benar yang tersendiri.

Bagaimana pula jika Ali itu melebihi 10 orang? Maka akan ada lebih daripada 10

ayat dengan syarat-benar yang tersendiri. Sesungguhnya, bukan ini jalan

penyelesaiannya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah ujaran yang taksa. Ini

semua hanya dapat diselesaikan oleh pragmatik dan bukannya semantik. Begitu

juga halnya dengan ayat (2)(iii), konteks diperlukan bagi mendapatkan frasa kerja

yang digugurkan.

Seterusnya, kita melihat bagaimana Sperber dan Wilson menafsir ayat-ayat

di atas. Mereka menggunakan model semantik sistem penuh. Daripada bahasa

semula jadi, ayat ini diterjemahkan ke dalam bentuk logik. Jadi, ayat (2)(i)-(iii)

mempunyai bentuk logik seperti yang berikut:

(a) Saya gembira. Bentuk logik: gembira pada [penutur] [waktu ujaran] (b) Ali membeli ketam. Bentuk logik: sama ada: (1) membeli pada [individu [sejenis [waktu bernama Ali] makanan laut] ujaran] atau: (2) membeli pada [individu [sejenis alat [waktu bernama Ali] tukang] ujaran]

Page 99: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

99

(c) Saya juga Bentuk logik: [seseorang [ciri-cirinya] Individu

Bentuk-bentuk logik ini melahirkan makna ayat yang diujarkan tetapi banyak

meninggalkan ketaksaan dan rujukan yang belum diselesaikan. Penterjemahan

daripada bahasa semula jadi kepada bentuk logik masih dapat dianggap sebagai

sebahagian daripada nahu dan pemberian maknanya masih dikira tidak lengkap.

Pemberian makna pada peringkat ini dikenali sebagai semantik linguistik

memandangkan hanya faktor linguistik sahaja yang diambil kira. Ia masih

merupakan pembahagian makna logik yang kering tanpa memasukkan apa-apa

maklumat bukan linguistik. Perkara yang ditekankan pada peringkat ini hanyalah

pencirian bagi setiap perkataan bagi mendapatkan makna pada peringkat

perkataan. Makna pada peringkat ini juga belum dapat ditentukan syarat-benarnya.

Bagi membolehkan kita memberikan syarat-benar ayat tersebut, kita

memerlukan selapis lagi representasi iaitu antara bentuk logik dan interpretasi

semantik. Di sini maklumat tambahan bagi sisi atau dikenali juga sebagai bahasa

pemikiran (language of thought). Perbezaan antara bentuk proposisi dengan bentuk

logik ialah bentuk proposisi mampu dicari salah benarnya, dan dengan itu juga

mampu menentukan set syarat-benarnya.

Page 100: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

100

Dalam rangka ini, bentuk logik ialah sebahagaian daripada terjemahan

bahasa semula jadi kepada bahasa pemikiran. Bagi melengkapkan bentuk logik ini

kepada bentuk proposisi yang seterusnya menentukan syarat-benar, kita perlu

mempunyai prinsip pragmatik dan maklumat konteks. Dalam rangka yang diberikan

oleh Sperber dan Wilson, pendengar seharusnya menerima ujaran yang selari

dengan prinsip-prinsip relevans, kemudian memilih rujukan yang sesuai dan mudah

dan menjelaskan ketaksaaan yang timbul bagi mendapatkan makna yang sebenar.

Dalam prinsip pragmatik Sperber dan Wilson, faktor kontekslah yang menguasai

pergerakan daripada bentuk logik kepada bentuk proposisi sepenuhnya.

Teori semantik sistem penuh ini jelas menggambarkan interaksi antara

semantik dengan pragmatik. Ayat bahasa semula jadi akan diterjemahkan ke dalam

bentuk logik. Pada tahap ini pemberian makna yang memasukkan faktor linguistik

sahaja diambil kira. Di sinilah peranan semantik sebagai sebahagian daripada nahu

terhenti. Tetapi pemberian makna yang terhenti pada tahap ini belum dapat

dianggap sebagai pemberian makna yang lengkap. Ini adalah kerana antara rumus

terjemahan semantik linguistik dengan rumus interpretasi semantik (yang

kadangkala dirujuk sebagai semantik sebenar) terdapat satu jurang. Jurang ini tidak

lagi diisi oleh semantik tetapi prinsip pragmatik. Pragmatik pula tidak dapat dianggap

sebagai sebahagian daripada nahu kerana pragmatik adalah berkenaan dengan

pengetahuan bukan linguistik yang digunakan bagi menginterpretasi ujaran. Rumus

semantik yang hanya dapat dianggap sebagai sebahagian daripada nahu adalah

daripada peringkat rumus terjemahan yang menghubungkan bahasa semula jadi

Page 101: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

101

kepada bentuk logik. Proses seterusnya daripada bentuk logik kepada bentuk

proposisi dikuasai oleh prinsip pragmatik. Oleh itu, dakwaan golongan semantik

syarat-benar bahawa semantik ialah sebahagian daripada nahu dan seterusnya

dapat memberikan interpretasi semantik adalah tidak tepat.

Sperber dan Wilson telah merangka teori semantik sistem penuh yang

menghubungkaitkan ilmu semantik dan pragmatik bagi memperoleh makna yang

lebih sempurna. Ikatan antara kedua-dua ilmu itu tersimpul rapi dan meyakinkan

hingga berjaya memberikan alternatif kepad teori-teori yang terdahulu. (Nor

Hashimah, 1992:16-20)

Kesimpulan

Semantik sebagai kajian tentang makna dalam ilmu linguistik terus berkembang

hinggalah ke zaman munculnya pragmatik sebagai lanjutan kepada semantik.

Bidang pragmatik juga terus berkembang dengan pesat dengan munculnya teori

semantik sistem penuh dan juga teori relevans. Ini menunjukkan betapa suburnya

bidang ini mengikuti arus kemajuan ilmu yang selari dengan kemajuan masyarakat

penuturnya yang mentafsir bahasa dengan pelbagai sudut pandangan dan

pemikirannya.

Soalan Latihan

1. Berdasarkan contoh, jelaskan peranan peserta dalam konteks situasi

pertuturan.

Page 102: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

102

2. Bandingkan pengertian makna dari sudut semantik dan pragmatik.

Rujukan

1. Firth, J.R. 1964. Papers in Linguistics 1934-1951. London: Oxford University

Press.

2. Leech, G. 1993. Prinsip Pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. (Terjemahan Azhar M. Simin).

3. Nor Hashimah Jalaluddin. 1992. Semantik dan Pragmatik: Satu pengenalan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Raminah Sabran dan Rahim Syam. 1985. Kajian Bahasa. Petaling Jaya:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Page 103: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

103

UNIT 8

ANALISIS WACANA DAN GENRE

Pengenalan Kajian bahasa dalam teks atau wacana mula muncul ekoran kajian Malinowski dan

Firth berhubung dengan kaedah situasi dan teori keperihalan keadaan yang

mengkaji bahasa dalam konteksnya. Dari itu, telah lahir pula aliran yang mengkaji

bahasa dalam unit yang lebih luas dari ayat, yakni mengkaji bahasa dalam teks atau

wacana. Dengan itu, timbullah apa yang dikenali sekarang sebagai analisis wacana

atau linguistik teks.

Objektif 1. Mengetahui pengertian analisis wacana.

2. Mengetahui pendekatan dan aplikasi analisis wacana dalam bahasa Melayu.

3. Mengetahui konsep genre dan unsur-unsur yang terkandung di dalamnya.

Analisis Wacana Analisis wacana adalah kajian tentang pelbagai fungsi bahasa dari sudut

penggunaannya dalam urutan ujaran. Tanpa konteks situasi atau hubungan ujaran

antara ayat-ayat, maka kita sukar untuk berhubungan antara satu sama lain. Ini

menunjukkan bahawa yang dikaji dalam analisis wacana adalah bahasa dari segi

penggunaannya. Hal ini dinyatakan oleh Brown dan Yule (1989:1) seperti berikut:

Page 104: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

104

‘…the analysis of discource is necessarily the analysis of language in use. As such it cannot be restricted to the description of linguistic forms independent of the purposes of functions which these forms are designed to serve in human affairs.’

Analisis wacana tidak terbatas pada kajian unsur-unsur yang membentuk

ayat dari segi tatabahasa sahaja, tetapi menerangkan hubungan antara bahasa

dengan konteks penggunaannya. Perkara yang ditekankan dalam analisis wacana

bukanlah ayat atau klausa sebagai unit tatabahasa semata-mata, tetapi penggunaan

unit-unit tersebut dalam konteks situasi pertuturan yang sebenarnya, seperti yang

ditekankan oleh Coulthard (1977:7) yang memetik pendapat Labov :

‘Labov (1972) emphasizes that the first and most important step is to distinguish ‘what is said from what is done’ that is, discourse analysis must be concerned with the functional use of language. Thus, for all discourse analysis the unit of analysis is not the grammatically defined ‘clause’ of ‘sentence’. Although the unit may very frequently consist of one clause of sentence’.

Penekanan kepada aspek penggunaan bahasa dan tidak semata-mata

kepada aspek tatabahasa memang penting dalam kajian linguistik. Ini kerana makna

atau maksud sebenar sesuatu perkataan atau ayat hanya akan dapat diketahui

dengan lebih jelas apabila dilihat dalam konteks situasi pertuturan yakni dalam

penggunaan bahasa yang sebenarnya. Wittgenstein (1953:125) pula telah

melangkah satu tapak lagi ke hadapan dengan menegaskan bahawa makna bukan

setakat apa yang dapat dilihat daripada bentuknya, tetapi penggunaan itulah

maksudnya. Menurutnya, The meaning of words is its use in the language.

Page 105: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

105

Dalam pengertian yang lebih luas, analisis wacana mengkaji hubungan

antara unsur-unsur linguistik dari segi maksud yang sebenarnya wujud. Ini

bermakna analisis wacana tidak mengkaji struktur bahasa yang melebihi batas yang

disusun secara nahuan semata-mata tetapi melihat bagaimana unit linguistik itu

digunakan oleh penutur dan pendengar dalam peristiwa bahasa yang sebenarnya.

Menurut Harris (1952), dalam artikelnya yang berjudul Discource Analysis,

analisis wacana adalah: ‘pemenggalan satu-satu wacana kepada unsur-unsur dasar

atau bahagian-bahagian komponennya melalui kaedah penyebaran standard’. Dari

sudut hubungan antara ayat, analisis wacana sebenarnya merupakan kajian yang

menghuraikan urutan ujaran dalam wacana yang mempunyai kesepaduan makna.

Hal ini penting kerana ayat-ayat yang betul dari sudut tatabahasa, tetapi tidak

mempunyai kesepaduan makna akan sukar difahami oleh pendengar atau

pembaca.

Analisis wacana sebenarnya merupakan satu analisis linguistik terhadap

wacana pertuturan atau tulisan yang wujud. Analisis wacana cuba mengkaji struktur

bahasa melebihi batas ayat atau klausa. Ini menunjukkan bahawa analisis wacana

mengkaji penggunaan bahsa dalam konteks sosial dan secara khususnya dalam

interaksi perbualan antara penutur dengan pendengar.

Analisis wacana cuba meneliti bagaimana manusia menggunakan bahasanya

untuk berkomunikasi. Secara khusus, bagaimana penutur membina mesej linguistik

Page 106: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

106

untuk disampaikan kepada pendengar, dan bagaimana pula pendengar cuba

memahami mesej linguistik tersebut. Ini bererti, analisis wacana cuba meneliti

bentuk-bentuk bahasa yang digunakan dalam komunikasi antara penutur-pendengar

atau penulis-pembaca.

Dalam analisis wacana, aspek pragmatik penting kerana banyak perkara atau

pertimbangan dalam bahasa tidak dapat diterangkan dengan jelas jika hanya

berdasarkan kepada penerangan nahu ayat semata-mata. Hal ini dijelaskan oleh

Brown dan Yule (1989:27) seperti berikut:

‘... we emphasized that the discourse analyst necessesrily takes a pragmatic approach to the study of language in use. Such approach brings into consideration a number of issues which do not generally receive much attention in the formal linguist’s description of sentential syntax semantics.

Sifat dan struktur bahasa mempunyai hubungan dengan fungsi bahasa,

seperti yang dilahirkan oleh penutur-penuturnya, dan fungsi-fungsi itu berkaitan

dengan masyarakat bahasa itu sendiri. Dengan itu, huraian struktur sesuatu bahasa

perlu memberikan perhatian kepada latar belakang kebahasaan dalam

masyarakatnya, jika tidak, huraian itu hanya akan mendedahkan fakta bahasa yang

bersifat abstrak yang dipisahkan daripada pengggunaannya. Hanya dengan

mengolah sistem dan fungsi bahasa secara serentak sahajalah dapat menerangkan

bentuk dan struktur dalam bahasa.

Page 107: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

107

Pendekatan analisis wacana mementingkan kontek dan latar sosial pengguna

bagi memerikan tatabahasa sesuatu bahasa. Objek sasaran yang diperlakukan

dalam analisis wacana atau nahu wacana adalah ayat yang mempunyai maksud

yang bertindak dalam lingkungan yang berlatarbelakangkan konteks situasi

pertuturan. Analisis wacana merupakan kajian terhadap ayat yang sebenarnya

digunakan, iaitu kajian ayat dalam konteks. Dengan perkataan lain, analisis wacana

atau sintaksis wacana mengendalikan ayat-ayat tersahih dan bukan ayat-ayat

berbunyi pelik (Azhar, 1993:7).

Pendek kata, analisis wacana merujuk kepada kajian bahasa yang lebih

menyeluruh, yang melampaui batas ayat dan klausa. Hal tersebut merupakan

bidang disiplin kerana analisis wacana itu sendiri memerlukan sokongan

pengetahuan daripada pelbagai disiplin. Sebagai satu pendekatan dalam linguistik,

pendekatan analisis wacana bertujuan untuk menjelaskan peraturan yang

mencirikan penggunaan bahasa dan untuk memperlengkapkan pendekatan yang

lain.

Pendekatan Analisis Wacana

Pendekatan analisis wacana mula bersemarak pada tahun 1970-an dan menjadi

salah satu bidang yang penting dalam linguistik. Tujuan pendekatan ini adalah untuk

menjelaskan peraturan yang mencirikan penggunaan bahasa. Analisis wacana juga

bertujuan untuk mencari dan menghuraikan ciri kelaziman dalam penggunaan

bahasa. Berikut akan dijelaskan dua pendekatan atau kaedah dalam analisis

wacana.

Page 108: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

108

Etnografi Komunikasi

Etnografi Komunikasi merupakan pendekatan analisis wacana yang mengemukakan

teori yang agak berbeza berdasarkan antropologi dan linguistik. Pendekatan ini cuba

menganalisis pola-pola komunikasi sebagai sebahagian daripada pengetahuan

budaya dan perilaku manusia. Hymes (1971) telah menegaskan peri pentingnya

kajian tentang kemampuan berkomunikasi (communicative competence), iaitu

keupayaan untuk menghasilkan ucapan yang tepat dalam perbualan.

Empat aspek penting dalam kemampuan berkomunikasi adalah potensi

sistematik (systematic potential) ketepatan (appropriateness), kejadian yang berlaku

(accurrence) dan kebolehpercayaan (feasibility). Selanjutnya, Hymes (1972) telah

mengemukakan analisis etnografi perbualan (ethnography of speaking) yang

menumpukan kepada penggunaan bahasa dalam perbualan, iaitu dari sudut judul

perbualan, mesej yang hendak disampaikan dalam perbualan dan latar serta aktiviti

yang terlibat semasa perbualan itu terjadi.

Pendekatan etnografi komunikasi ini cuba menganalisis pola-pola

komunikasi dengan kaedah pemerhatian terhadap peserta perbualan. Sesuatu unit

komunikasi dapat dijelaskan dengan bantuan sistem penggolongan yang

membahagikan sesuatu komunikasi kepada komponen-komponen tertentu. Sistem

atau grid penggolongan tersebut dikenali sebagai grid perbualan (speaking grid)

iaitu setiap huruf merupakan singkatan bagi setiap komponen yang berbeza yang

berperanan dalam sesuatu komunikasi (Schiffrin, 1994:142).

Page 109: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

109

Latar tempat dan waktu [S] yang berbeza akan membezakan bentuk bahasa

yang digunakan. Semasa kuliah sedang dijalankan, seorang pensyarah akan

menggunakan bahasa yang formal dan pola-pola berbahasa baku. Sebaliknya,

pensyarah tersebut akan menggunakan bahasa yang tidak formal dan lebih mesra

jika berada dalam adegan yang lain, misalnya dalam majlis makan malam, atau

ketika berada di padang permainan.

Peserta perbualan [P] juga penting dalam menentukan pola komunikasi.

Status sosial, umur, jarak perhubungan, dan pengalaman yang dimiliki bersama

antara peserta akan menentukan bentuk bahasa yang digunakan dalam komunikasi.

Begitu juga dengan tujuan sesuatu komunikasi [E] sama ada untuk pendakwaan,

persidangan, mesyuarat, berjenaka dan sebagainya. Tujuan komunikasi yang

berbeza akan membezakan pola bahasa yang digunakan sama ada dari segi istilah,

susunan ayat atau perbendaharaan kata.

Urutan lakuan [A] juga menjadi faktor penting yang menentukan penggunaan

bahasa dalam komunikasi. Urutan lakuan pertuturan ini meliputi giliran bertutur

dalam perbualan dan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan, misalnya pertanyaan

diikuti dengan jawapan, ajakan diikuti oleh persetujuan atau penolakan dan

sebagainya. Pertanyaan akan menggunakan bentuk ayat tanya, manakala jawapan

biasanya akan menggunakan bentuk ayat penyata. Isi sesuatu komunikasi

merupakan analisis tentang judul dan pertukaran judul serta bentuk yang digunakan

untuk menyatakan sesuatu judul tersebut.

Page 110: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

110

Nada perbicaraan [K] meliputi cara pemikiran yang disampaikan, makna yang

tersirat dan emosi yang mengiringi sesuatu peristiwa pertuturan. Unsur-unsur seperti

sindiran, rayuan, kiasan, cemuhan dan sebagainya akan menentukan bentuk-bentuk

penggunaan bahasa dalam komunikasi. Dalam rayuan akan terdapat bentuk-bentuk

ungkapan seperti tolonglah, berilah, dalam cemuhan terdapat bentuk-bentuk bahasa

yang kasar dan kesat, manakala dalam kiasan terdapat bentuk peribahasa,

perumpamaan dan sebagainya.

Alat [ I ] atau saluran komunikasi sama ada lisan, tulisan, isyarat, bersemuka,

melalui telefon, pesanan ringkas, sembang maya dan sebagainya juga dapat

menentukan bentuk-bentuk komunikasi. Perbualan secara bersemuka akan

dipengaruhi oleh bentuk bahasa seharian yang lebih mesra, manakala dalam

pesanan ringkas terdapat banyak bentuk-bentuk singkatan. Begitu juga dengan

norma-norma budaya [N] dalam sesuatu msyarakat dapat mempengaruhi

penggunaan bahasa dalam komunikasi antara peserta perbualan. Ini meliputi

bentuk-bentuk bahasa yang khusus, misalmya perkataan-perkataan tertentu yang

tidak sesuai digunakan atau mungkin menjadi pantang larang dalam masyarakat.

Akhirnya, genre [G] merupakan jenis penulisan yang melibatkan penggunaan

bahasa yang berbeza dari segi bentuk-bentuk bahasa yang digunakan,

kandungannya, teknik dan jaringan sosial yang terlibat dalam komunikasi. Dalam

puisi, mungkin banyak unsur bahasa kiasan, perlambangan dan sebagainya.

Sebaliknya, dalam khutbah unsur-unsur bahasa yang menunjukkan peringatan dan

nasihat akan digunakan.

Page 111: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

111

Tujuan analisis etnografi komunikasi sebenarnya adalah untuk menjelaskan dan

menjadikan peraturan pentafsiran sebagai satu sistem yang digunakan oleh

masyarakat penutur. Bagaimanapun, kajian tentang etnografi komunikasi ini belum

mencapai tujuan tersebut. Oleh itu, sarjana dari disiplin yang lain telah cuba

mengkaji perbualan dengan cara yang agak berbeza seperti dalam bahagian yang

berikut.

Analisis Perbualan Perbualan sebagai objek kajian linguistik secara khusus telah disarankan oleh Firth

(1957:32) yang menegaskan bahawa: ‘Neither linguists nor psycholinguists have

begun the study of conversation; but it is here we shall the key to a better

understanding of what language really is and how it works’.

Analisis perbualan sebagai pendekatan analisis wacana sebenarnya cuba

mengenal pasti satu prinsip umum perbualan yang dapat dijadikan panduan bagi

penutur mengujarkan sesuatu agar dapat difahami oleh pendengar. Prinsip

perbualan ini dikenali sebagai prinsip kerjasama yang dinyatakan oleh Grice (1975:

45) seperti berikut : ‘Make your conversational contribution such as is required, at

the stage at which it occurs, by the accept purpose or direction on the talk exchange

in which you are engaged’.

Page 112: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

112

Menurut prinsip ini, penglibatan peserta dalam perbualan hendaklah seperti

yang diperlukan pada tahap peristiwa itu berlaku dan sesuai dengan tujuan atau

arah perbualan tersebut. Dengan cara ini perbualan yang lancar serta difahami

dapat dilakukan. Untuk memperincikan prinsip kerjasama ini, Grice telah

mengemukakan empat petunjuk (maxim) yang menjadi ciri-ciri utama yang dapat

dijadikan panduan kepada penutur dalam mengujarkan sesuatu. Petunjuk-petunjuk

tersebut adalah petunjuk kualiti, kuantiti, perhubungan, dan cara.

Menurut petunjuk kualiti, penutur harus memastikan sumbangan maklumat

yang diberikan benar dan betul. Dari segi petunjuk kuantiti pula, penutur hendaklah

memastikan maklumat yang hendak dibicarakan seinformatif mungkin dan tidak

melebihi daripada yang diperlukan. Dari segi petunjuk perhubungan, penutur harus

memastikan perbualannya relevan di setiap peringkat, manakala dari segi petunjuk

cara, penutur harus jelas dalam perbualannya dan pendengar dapat memahaminya.

Oleh itu, perbualan tersebut mestilah ringkas, tersusun, tidak kabur dan tidak taksa.

Daripada petunjuk di atas, jelas bahawa matlamat utama adalah untuk

menganjurkan kebenaran dalam perbualan. Semua bentuk perbualan haruslah

berlandaskan petunjuk yang disenaraikan. Penyelewengan terhadap petunjuk akan

menjejaskan maklumat yang hendak disampaikan. Dalam pendekatan Grice ini ada

kekecualian, iaitu penggunaan bahasa figuratif seperti metafora, hiperbola, ironi dan

sebagainya.

Page 113: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

113

Bagaimanapun, prinsip perbualan Grice ini telah ditolak oleh Sperber dan

Wilson (1986). Mereka mendakwa penutur tidak perlu melanggar petunjuk bagi

menerangkan bahasa figuratif. Mereka menyatakan bahawa kesemua petunjuk

bukanlah diperlukan, malah kesemua petunjuk ini dapat dihimpunkan dalam satu

prinsip, iaitu prinsip relevans.

Prinsip relevans lebih menekankan bentuk komunikasi yang dapat difahami

antara penutur dan pendengar. Selain itu, penutur seharusnya dapat menjamin

perbualan itu benar-benar berkaitan serta sesuai difahami oleh pendengar. Dengan

kata lain, penutur dapat memastikan yang diperkatakan itu mempunyai ciri-ciri

relevans yang optimal. Relevans yang optimal bermaksud setiap ujaran mempunyai

kesan konteks yang maksima yang dirumuskan dalam masa yang sesingkat

mungkin. Dengan itu, konteks haruslah seimbang dengan masa memproses bagi

menghasilkan kandungan maklumat yang diharapkan (Nor Hashimah,1992:33).

Analisis Genre

Perkembangan pesat dalam ilmu linguistik sekarang ini telah mendorong ahli

bahasa untuk menerokai bidang-bidang baru untuk memperkaya khazanah

penyelidikan dalam ilmu linguistik. Banyak usaha dilakukan untuk menyelidiki

aspek-aspek bahasa yang belum dikaji oleh orang-orang terdahulu sebagai

penemuan baru untuk diperkenalkan kepada para peminat dan pencinta bahasa

dan linguistik.

Page 114: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

114

Kebanyakan ahli linguistik kurang memberi perhatian kepada istilah genre kerana

mereka lebih cenderung untuk membincangkan aspek-aspek bahasa yang lain

seperti fonem, kata, klausa, ayat, sehinggalah ke peringkat wacana. Sebahagian

ahli linguistik pula enggan menggunakan istilah genre kerana istilah ini seringkali

dikaitkan dengan istilah genre dalam kajian kesusasteraan. Dalam banyak keadaan

pula, istilah ini sering digunakan oleh ahli-ahli linguistik yang menjurus dalam bidang

etnografi dan juga linguistik sistemik. Bagaimanapun, istilah ini digunakan dengan

meluas dalam bidang retorik, media dan akhir-akhir ini mendapat tempat dalam

kajian linguistik.

Pengertian Genre

Perkataan ‘genre’ berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud “jenis” atau

“golongan”. Para pengkaji telah mengemukakan pelbagai pengertian untuk

mendefinisikan istilah ‘genre’ ini. Antaranya, genre merujuk kepada peringkat

proses sosial yang mempunyai matlamat tertentu dalam sesuatu budaya yang

digambarkan melalui bahasa. Komponen-komponen yang membina sesuatu

peristiwa bahasa terdiri daripada beberapa proses yang bermula daripada proses

pertama dan diikuti pula oleh proses kedua dan seterusnya. Proses-proses yang

terlibat ini saling berkaitan antara satu sama lain sebagai satu bentuk kesatuan yang

utuh yang dinamakan genre (Ab. Razak, 1998:235).

Ahli linguistik sistemik dalam memberikan pengertian genre cuba untuk

membezakan antara istilah laras dan genre. Laras meletakkan batasan linguistik

pada tahap perbendaharaan kata dan sintaksis, sedangkan batasan genre terletak

Page 115: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

115

pada tahap struktur wacananya. Genre mempunyai permulaan, pertengahan, dan

akhiran dalam sesuatu urutan peristiwa bahasa. Tidak seperti halnya dengan laras,

genre hanya boleh digambarkan oleh wacana yang sempurna atau wacana yang

boleh dianggap sempurna. Genre (seperti laporan penyelidikan, laporan

perniagaan,) adalah struktur wacana yang sempuna, sedangkan laras (seperti

bahasa laporan saintifik, bahasa dalam laporan akhbar) lebih menggambarkan

pilihan gaya bahasa yang lebih umum, seperti yang dinyatakan oleh Couture dalam

Swales (1990:41) :

‘Unlike register, genre can only be realized in complete texts or texts that

can be projected as complete... genres (research report, explanation, business report) are completeble structured texts, while registers (language of scientific reporting, language of newspaper reporting) represent more generalizable stylistic choice. Genre have ‘complementary’ registers, and communicative success with texts may require ‘an appropriate relationship to systems of genre and register’

Genre juga merupakan satu peristiwa komunikatif yang terjadi dalam

masyarakat. Peristiwa komunikatif itu sendiri dijelaskan dalam bentuk bahasa,

kekerapan dan persekitaran kontekstual sesuatu wacana. Peristiwa yang jarang-

jarang berlaku juga akan diberikan status genre sekiranya ia menonjol dalam suatu

budaya yang ada. Peristiwa komunikatif tidak hanya melibatkan wacana dan juga

pemerannya, tetapi juga ciri-ciri kontekstual, seperti peranan wacana dan juga ciri-

ciri fizikalnya, aspek sejarah dan persekitaran budaya (Ab Razak, 1998:26)

Page 116: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

116

Dalam pada itu, Swales (1990:58) menjelaskan bahawa takrif genre dalam

linguistik dan kesusasteraan sebagai satu kategori dalam LSP (language for special

purpose) adalah seperti berikut:

A genre comprises a class of communicative events, the members of which share some set of communicative purposes. These purposes are recognized by the expert members of the parent discourse community, and thereby constitute the rationale for the genre. This rationale shapes the schematic

structure of the discourse and influences and constrains choice of content and style.

Berdasarkan kenyataan di atas. jelas bahawa genre terdiri daripada satu jenis

peristiwa komunikatif yang mempunyai sekumpulan tujuan komunikasi yang dimiliki

bersama. Tujuan-tujuan komunikasi ini dapat dikenali oleh orang yang ahli dalam

masyarakat tertentu sehingga mereka dapat menentukan rasional untuk

menyatakan sesuatu bentuk peristiwa bahasa tertentu itu dapat dianggap sebagai

genre atau tidak. Rasional ini dapat membentuk struktur skema bagi wacana

tersebut dan menentukan serta membataskan pilihan kandungan dan juga gaya

bahasanya.

Genre dalam pengertian yang lebih luas merujuk kepada apa sahaja kelainan

bahasa sama ada lisan atau tulisan yang dapat dibezakan secara formal dan yang

telah mencapai tahap dikenali secara umum (general recognition) seperti iklan

perdagangan, jenaka, dan khutbah. Sesuatu genre telah menetapkan beberapa ciri

yang boleh dikenal pasti dalam bentuk penggunaan bahasa, khususnya yang

berkaitan dengan perkara yang dibincangkan, tujuan yang hendak dicapai, struktur

wacana, bentuk perbincangan, dan darjah keformalan.

Page 117: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

117

Genre selalunya berlaku serentak atau seiringan dengan peristiwa bahasa,

tetapi mesti dijelaskan secara bebas atau tersendiri dari segi analisisnya. Genre dan

peristiwa bahasa boleh wujud dalam situasi yang berbeza. Misalnya, khutbah

sebagai satu genre biasanya dapat dikenal pasti dalam satu latar tempat tertentu

sebagai sebahagian daripada rukun fardu Jumaat, tetapi ciri khususnya mungkin

sebagai satu seruan kepada para hadirin, secara serius atau mungkin secara

berseloroh dalam situasi yang lain. Peristiwa bahasa itu sendiri dibataskan kepada

kegiatan-kegiatan, atau aspek-aspek kegiatan yang secara langsung dikuasai oleh

peraturan-peraturan atau norma-norma penggunaan bahasa. Norma-norma ini

merupakan norma-norma budaya dalam sesuatu masyarakat yang dapat

mempengaruhi penggunaan bahasa dalam komunikasi antara peserta dalam

perbualan. Norma-norma ini meliputi bentuk-bentuk bahasa, misalnya perkataan-

perkataan tertentu yang tidak sesuai diucapkan atau mungkin menjadi pantang

larang budaya dalam masyarakat (Ahmad Mahmood, 1998:67).

Genre sebenarnya adalah jenis penulisan yang mempunyai bentuk,

kandungan dan tekniknya yang menggambarkan adanya jaringan sosial (social

network) tertentu yang menggunakannya (Asmah, 1995:60). Oleh itu, semua bentuk

peristiwa bahasa seperti tumu duga, temu bual, wawancara dan sebagainya yang

mempunyai bentuk, kandungan, dan tekniknya, serta jaringan sosial tertentu dapat

dianggap sebagai genre.

Page 118: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

118

Unsur-unsur dalam Genre

Sesuatu peristiwa bahasa yang mempunyai unsur-unsur tertentu yang membina

sesebuah genre dapat digolongkan sebagai genre. Antara unsur-unsur yang ada

pada genre termasuklah bentuk, kandungan, dan tekniknya yang menggambarkan

adanya jaringan sosial (social network) yang menggunakannya. Sebagi satu

peristiwa bahasa, dalam genre terdapat peristiwa yang dapat menjawab soalan-

soalan etnografi komunikasi, iaitu siapa bercakap dengan siapa, di mana, tentang

apa, dan melalui saluran yang bagaimana? Sesuatu unit komunikasi dapat

dijelaskan dengan bantuan sistem penggolongan yang membahagikan sesuatu

komunikasi kepada komponen-komponen tertentu. Soalan-soalan etnografi

komunikasi ini semuanya telah dibicarakan dalam kajian wacana, terutamanya

wacana lisan, khususnya wacana perbualan. Ciri yang tidak diperkatakan dalam

etnografi komunikasi dan juga wacana adalah jaringan sosial yang memang menjadi

ciri khusus yang membezakan wacana dengan genre.

Dari segi bentuk, satu-satu peristiwa bahasa itu dilihat sebagai kegiatan

bahasa yang melibatkan pemeran, latar, saluran komunikasi, kandungan perbualan

atau perbincangan, peraturan interaksi, dan struktur interaksi. Pemeran adalah

orang yang mengambil bahagian dalam sesuatu peristiwa bahasa. Pemeran boleh

terdiri daripada satu orang, dua orang, atau lebih. Peristiwa bahasa yang

mempunyai dua orang pemeran atau lebih bersifat interaktif. Perbualan biasa, temu

duga, wawancara, dan pelbagai jenis perbincangan adalah peristiwa yang interaktif

sifatnya.

Page 119: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

119

Latar pula merupakan keseluruhan keadaan yang menjadi latar belakang

bagi kegiatan bahasa yang terjadi yang terdiri daripada latar fizikal (seperti bilik

pejabat, dewan mesyuarat, bengkel di kilang dan sebagainya), dan juga latar

suasana (seperti sama ada formal atau sebaliknya, mesra atau sebaliknya dan

tegang atau sebaliknya). Saluran komunikasi pula adalah cara kegiatan bahasa itu

disampaikan seperti secara bersemuka, melalui telefon secara persendirian atau

melalui telefon menerusi televisyen. Dalam sesuatu interaksi biasanya melibatkan

dua orang atau lebih pemeran. Oleh itu terdapat beberapa peraturan interaksi yang

melibatkan giliran bercakap, pilihan bahasa atau kelainan bahasa, serta juga

kepatuhan kepada peraturan-peraturan sosial. Pilihan bahasa atau kelainan bahasa

merupakan peraturan yang perlu diambil perhatian yang khusus, sama ada hendak

digunakan bahasa tertentu, dialek tertentu atau kelainan tertentu. Dalam

wawancara, misalnya boleh digunakan apa-apa kelainan bergantung kepada

suasana serta juga pameran yang disoal. Wawancara dengan menteri atau tokoh

mesyarakat tentu sahaja memerlukan bahasa yang formal. Jika bahasa yang seperti

ini digunakan untuk mewawancara penjual ikan di pasar borong tentu sahaja tidak

kena pada tempatnya.

Peraturan sosial yang berlaku dalam komunikasi bahasa ialah peraturan yang

memberi tumpuan kepada hubungan orang-orang yang mengambil bahagian, dari

segi kedudukan masing-masing serta juga apa yang dipercakapkan dan latar

keseluruhan peristiwa komunikasi berkenaan. Peraturan yang seperti ini

mempengaruhi bahasa yang digunakan oleh pemeran-pemeran yang berkenaan,

Page 120: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

120

khususnya dari segi ungkapan-ungkapan sapaan serta juga rujukan nama orang –

orang yang berkenaan.

Struktur interaksi sesuatu kegiatan biasa terdiri dari pembukaan, penerusan

peristiwa, dan penutupnya. Secara lebih terperinci sesuatu peristiwa interaktif terdiri

daripada struktur pembuka, pengenalan pameran, penyataan tujuan, tanya jawab

dan penutup (Asmah, 1995:1-5).

Kandungan merupakan apa yang diperkatakan dalam sesuatu wacana.

Tanpa kandungan tidak akan ada wacana. Kajian kandungan boleh dijalankan pada

tanya jawab, temu bual, dan soal siasat yang berlaku antara pemeran. Kandungan

juga meliputi tujuan yang hendak dicapai dalam sesuatu peristiwa bahasa, yang

pada amnya untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu bergantung kepada

jenis peristiwa bahasa tersebut. Dalam hal ini, orang yang bertanya itulah yang

meminta maklumat dan orang yang menjawab merupakan orang yang memberi

maklumat.

Unsur teknik dalam genre meliputi lakuan bahasa dan juga strategi komunikasi.

Yang dimaksudkan dengan lakuan bahasa adalah tindakan yang dilakukan yang

tergambar dalam bahasa yang digunakan. Dalam hal ini, yang dilihat ialah fungsi

yang bagaimanakah yang ada pada tutur kata tertentu. Sebagai contoh, permintaan

maklumat adalah salah satu lakuan bahasa, dan lakuan ini diwujudkan dengan

berbagai-bagai cara, dengan bertanya, meminta, bahkan dengan memberi komen

sahaja.

Page 121: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

121

Strategi komunikasi pula adalah cara-cara yang digunakan oleh pemeran-

pemeran yang terlibat dalam peristiwa bahasa untuk mencapai tujuan tertentu,

misalnya untuk mendapatkan maklumat, mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut,

memastikan komunikasi berterusan, dan seterusnya. Strategi bermakna kaedah

yang digunakan untuk mencapai tujuan tertentu. Antara kaedah-kaedah dalam

strategi komunikasi ialah kaedah langsung, kaedah tak langsung, bercerita semula,

mengungkapkan semula, patah balik, menimbulkan humor dan sebagainya. Kaedah

tak langsung, misalnya mempunyai beberapa tujuan, antaranya untuk mengelak

menyatakan sesuatu, untuk tidak menjatuhkan air mika orang dan sebagainya.

Satu unsur yang penting dalam genre adalah jaringan sosial. Unsur bentuk,

kandungan, dan teknik adalah apa yang dapat dilihat ketika berlakunya sesuatu

peristiwa bahasa sama ada perbualan, temu duga atau wawancara. Bagaimanapun,

wawancara berkenaan bukan merupakan satu peristiwa bahasa sacara kebetulan

seperti dalam perbualan biasa. Wujudnya itu dirancangkan. Dengan itu, pemeran-

pemerannya yang sebenarnya itu bukanlah setakat orang yang bertanya dan

menjawab, tapi ada orang –orang lain di belakang tabir yang mempunyai kuasa

terhadap keseluruhan wawancara itu. Semua pemeran yang terlibat itu merupakan

satu jaringan sosial.

Dalam temu duga pekerjaan misalnya, pemeran-pemeran dibelakang tabir

adalah badan berkuasa dalam institusi yang mengadakan temu duga itu. Badan

inilah yang terlebih dahulu menetapkan calon yang bagaimana yang dikehendaki.

Page 122: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

122

Temu duga dijalankan berdasarkan ketetapan yang telah dibuat yang memberi

corak kepada temu duga berkenaan (Asmah, 1995:61-62)

Kesimpulan

Analisis wacana muncul dengan pendirian ahli linguistik yang mahu melihat bahasa

dari segi penggunaannya. Pelbagai bentuk bahasa yang digunakan dengan

pelbagai fungsi dan makna dapat dilihat dalam wacana. Analisis wacana terus

berkembang dengan kajian terhadap genre yang agak berbeza dengan wacana

biasa (misalnya perbualan). Yang membezakan genre ini dengan wacana adalah

bentuk dan jaringan sosial yang khusus dalam genre yang tidak terdapat dalam

wacana yang biasa dan umum.

Soalan Latihan

1. Berdasarkan contoh, bincangkan lima grid SPEAKING dalam analisis wacana

menurut pendekatan etnografi komunikasi.

2. Jelaskan pengertian prinsip kerjasama dalam analisis perbualan dan

terangkan empat maksim yamg menjadi panduan penutur untuk menuturkan

sesuatu ujaran.

Page 123: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

123

Rujukan

1. Ab. Razak Ab. Karim. 1998. “Warkah Melayu Lama Sebagai Satu Genre’

Tesis PhD. Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

2. Ahmad Mahmood Musanif. 1998. “Tanya-Jawab dalam Novel Salina

karangan A. Samad Said: Satu Kajian Berdasarkan Teori Lakuan

Pertuturan”. Tesis PhD. Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti

Malaya.

3. Asmah Haji Omar. 1995. Wacana Temu Duga dan Wawancara. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Azhar M. Simin. 1993. Sintaksis Wacana ‘Yang’ dalam Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Brown, G dan Yule, G. 1989. Discourse Analysis . Cambridge: Cambridge

University Press.

6. Coulthard, M. 1977. An Introduction to Discourse Analysis. London:

Longman.

7. Firth, J. R. 1957. Papers in Linguistics 1934-1951. London: Oxford University

Press.

8. Grice, H.P. 1975 “Logic and Conversation” dlm. P. Cole dan J. Morgan (eds.)

Syntax and Semantics. Vol.3: Speech Acts. New York: Academic Press.

9. Harris, Z.S. 1952. “Discourse Analysis” dlm. Language 28:1-30.

10. Hymes, D. 1971. ‘Sociolinguistics and the Ethnograph of Speaking’ dlm. E.

Ardener (ed.) Social Anthropology and Linguistics. Association of

Social Anthropologists Monograph 10. London: Taristock, 47-93.

11. Hymes, D. 1972. “Models of the Interaction of Language and Social Life”.

dlm. J.J. Gumprerz dan D. Hymes (eds.) Directions in Sociolinguistics

New York: Holt, Teinhart and Winston, Inc.

Page 124: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

124

12. Nor Hashimah Jalaluddin. 1992. Semantik dan pragmatik: Satu pengenalan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

13. Schiffrin, D. 1994. Approaches to Discourse. Oxford UK and Cambridge

USA: Blackwell Publishers.

14. Sperber, D. dan Wilson, D. 1986. Relevance. Cambridge M.A: Harvard

University Press.

15. Swales, J. M. 1990. Genre Analysis: English in Academic and Research

Settings. Cambridge: Cambridge University Press.

Page 125: PENGENALAN KURSUS - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3106_1551860684.pdf · berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga kini,

125

TEORI LINGUISTIK

BBM 3106

BBM 3106 (Unit 1 – 8)

B.A (Bahasa dan Linguistik Melayu)

AHMAD MAHMOOD MUSANIF

Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan