Pengenalan Morfologi
-
Upload
norhayati-ahmad-osman -
Category
Documents
-
view
283 -
download
10
Transcript of Pengenalan Morfologi
Pengenalan Morfologi
Takrif morfologi menurut tokoh
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian
Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah
disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan
kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.
Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi
dalam buku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang
mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur
yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk –
bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan
Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang
mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata
dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit
bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa
Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi
iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal
yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan
makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –
belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau
juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana
morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.
Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa
Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang
dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara
pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada
tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan –
rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang
pembentukan kata dan struktur kata.
Konklusinya morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,
bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau
lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah
rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah
proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi
dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Golongan Kata
Kata dapat digolongkan kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan
kata tugas. Kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas tergolong
sebagai kata utama kerana masing-masing menjadi unsur utama (inti utama)
frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Sebaliknya kata tugas tidak boleh
menjadi frasa endosentrik (frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif) tetapi
masuk kedalam binaan frasa, klausa dan ayat melalui hubungannya dengan
kata lain dalam tiga golongan kata itu atau berhubung dengan binaan frasa
dan klausa secara langsung.
Kata nama
Kata nama ialah sejumlah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa
nama. Kata nama dapat dibahagikan kepada kata nama khas, kata nama am dan
kata ganti nama. Kata nama adalah segala perkataan yang menduduki kedudukan
nama dalam struktur-struktur tertentu ayat-ayat bahasa Malaysia.
Kata nama khas
Kata nama khas ialah kata nama yang mendukung makna rujukan khusus
kepada sesuatu benda atau orang. Huruf pertama kata nama ini ditulis dengan
huruf besar. Dapat dibahagikan kepada kata nama khas hidup dan kata nama
khas tak hidup. Kata nama khas hidup terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kata
nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.
Kata nama am
Kata nama am adalah nama umum yang diberikan bagi menyebut segala benda,
perkara, proses, kejadian, keadaan, dan konsep yang abstrak.
Kata nama amBukan institusi-jalan-rumahHidup
Manusia-ayah-guru
Bukan manusia-burung-harimauInstitusi-hospital-jabatan
Tak hidup
Kata ganti nama
Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama am atau kata nama
khas.
Kata ganti nama
Pertama-aku-beta-kami
Kedua-anda-kamu-kalianKata ganti nama tunjuk-itu-iniKata ganti nama diri orangKata ganti nama diri tanya-apa-mana-siapa
Kata ganti nama diri
Kata kerja
Kata kerja ialah sejumlah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa
kerja.terbahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
Kata kerja transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek yang terdiri
daripada frasa nama untuk menyempurnakan maksudnya.
Kata kerja aktif transitif
Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek
tepat dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya
mengandungi kata kerja. Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah
menerima awalan me-, sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai
sebahagian daripada apitan me-…kan, me-…i, memper-…kan, memper-…i atau
akhiran –i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat.
Contoh: i. Samad membacakan ayahnya surat. ii. Pengarang itu menulis buku. iii. Aminah sedang mencuci pakaian. iv. Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.
Kata kerja aktif tak transitif
Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek
dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak
transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang
tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk,
jatuh, datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada
imbuhan-imbuhan : me-, ber-, ber-…an dan ter seperti perkataan menangis,
berkereta, terjatuh, dan bersendirian.
Contoh : i. Pegawai itu berkereta ke pejabat. ii. Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam. iii. Anak Pak Mat menangis di dalam bilik. iv. Gadis itu tersenyum. v. Padi sedang menguning. vi. Pemuda itu sedang berbual.
Kata kerja pasif
Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif
transitif. Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis dan
sebagainya. Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh,
tercapai dan sebagainya. Kata kerja pasif ke …..an seperti kecurian, kedinginan,
kehujanan dan sebagainya.
Kata Adjektif
Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
benda atau kata nama. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif
untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. Kata adjektif boleh disertai kata
keterangan amat, sungguh dan sangat.
Darjah Penghabisan
Darjah penghabisan dalam bahasa Melayu dinyatakan dengan menggunakan
cara-cara berikut:1. se + kata adjektif + gandaan + kata nama I. sepandai-pandai tupai II. setinggi-tinggi gunung III. sekeras-keras batu IV. sebaik-baik manusia V. secantik-cantik bunga 2. yang + ter- + kata adjektif i. yang terbesar ii. yang terpandai iii. yang tertinggi 3. paling + kata adjektif i. paling besar ii. paling pandai iii. paling tinggi iv. paling lemah v. paling baik 4. kata adjektif + sekali i. besar sekali ii. pandai sekali iii. tinggi sekali iv. lemah sekali v. baik sekali 5. yang + ter- + amat atau sangat i. yang teramat pandai ii. yang teramat mulia iii. yang teramat tinggi iv. yang tersangat lemah v. yang tersangat baik vi. yang tersangat cantik 6. amat atau sangat atau sungguh + adjektif + sekali i. amat cantik sekali ii. sangat cantik sekali iii. sungguh cantik sekali iv. amat pandai sekali v. sangat pandai sekali
vi. sungguh pandai sekali
Kata Tugas
Kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung
sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang,
penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri
dan tugas-tugas lain.
Kata Penyambung Ayat
Kata penyambung ayat ialah kata hubung iaitu sejumlah perkataan yang
bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu
bentuk ayat yang berlapis iaitu ayat majmuk. Terbahagi kepada dua iaitu kata
hubung gabungan (kata hubung setara) dan kata hubung pancangan (kata
hubung tak setara).
Kata hubung gabungan
Menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Antara
kata yang tergolong sebagai kata hubung gabungan termaksuklah atau, dan, lalu,
malahan, serta, sambil dan tetapi.Contoh ayat:a) Dia membaca sambil mendengar muzik.b) Jay gemar akan buah durian dan ciku.
Kata hubung pancangan
Berperanan menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada
klausa utama.terbahagi kapada tiga jenis iaitu kata hubung pancangan relatif,
kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan.
Kata hubung pancangan relatif
Digunakan untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang
lain. Kata relatif yang digunakan ialah yang.
Contoh ayat:
Lelaki yang meminang anak gadis Tuk Penghulu sudah berumur.
Kata hubung pancangan komplemen
Digunakan untuk menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen
atau pelengkap pada klausa utama. Kata komplemen yang digunakan
ialah bahawa dan untuk.
Contoh ayat:
Puan Nik menyatakan bahawa kelasnya pada pagi itu batal.
Kerajaan perlu meningkatkan sektor pertanian untuk mengawal inflasi.
Kata hubung pancangan keterangan
Berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada
satu klausa utama.
Kata hubung keterangan Contohnya
Keteranagn sebab kerana, lantaran, oleh sebab
Keterangan syarat sekiranya, kalau, jikalau, andai kata,
jika
Keterangan akibat hingga, sehingga
Keterangan waktu sementara, ketika, setelah, tatkala
Keterangan pertentangan walaupun, sungguhpun, sekalipun
Keterangan tujuan agar, supaya, untuk
Keterangan cara Dengan
Keterangan bandingan seolah-olah, seperti
Kata Praklausa
Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa,
iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar,
dan kata pangkal ayat. Tugas perkataan-perkataan ini adalah untuk menimbulkan
seruan, pertanyaan, pengayaan atau sebagai penerang pangkal kepada klausa.
Kata seru
Kata seru digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan dan menghasilkan
ayat seruan. Antara perasaan yang dimaksudkan itu
termasuklah hairan atau takjub, sedih, terkejut, marah dan gembira. Antara kata
seru yang terdapat dalam bahasa Melayu termasuklah aduh, aduhai, ah, amboi,
celaka, cis, eh, oh, syabas, wah dan wahai. Contoh penggunaan kata seru di
dalam ayat adalah seperti berikut:
i. Aduh, bisanya tikamanmu, Tuah!
ii. Cis, pantang datuk nenek aku dinista begitu!
iii. Ehem, aku tahulah engkau baru dinaikkan pangkat!
iv. Wah, cantiknya kereta ini!
Kata Tanya
Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Dalam ayat kata tanya
hadir sebagai predikat atau sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya
dikedepankan, maka kata tersebut perlu disertai partikel –kah. Contoh
penggunaan kata tanya dalam ayat adalah seperti berikut:
i. Apakah nama pentadbiran Malaysia yang baru?
ii. Mengapakah Encik Roslan lewat?
iii. Benda yang dibawa Thomson itu apa?
iv. Yang menang dalam pertandingan itu siapa?
Kata perintah
Digunakan dalam ayat perintah untuk menimbulkan sesuatu tindak balas.
Antara contoh kata perintah ialah jangan, usah, sila, jemput, minta,
tolong dan harap. Contoh penggunaan kata perintah dalam ayat adalah seperti
berikut: i. Jemput duduk Encik Ishak. ii. Tolong duduk diam. iii. Usah dikenang perkara yang lalu. iv. Harap pelajar tidak melalui kawasan ini.
Kata pembenar
Digunakan untuk mengesahkan sesuatu pertanyaan. Kata pembenar dalam
bahasa Melayu ialah ya, benar dan betul. Contoh penggunaan kata pembenar
dalam ayat adalah seperti berikut: i. Benar, Institusi Perguruan Kota Bharu selalu ketiadaan air. ii. Betul, Puan Narita ketua Jabatan Bahasa Melayu. iii. Ya, tentera Jepun telah mendarat di Pantai Sabak.
Kata pangkal ayat
Hadir dibahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat
dalam wacana. Kerap digunakan dalam bahasa klasik. Antara kata pangkal ayat
yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah hatta, maka, syahadan, alkisah,
arakian dan sebermula. Contoh penggunaan kata pangkal ayat ialah:
i. Alkisah maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas.
ii. Maka Seri Teri Buana pun keluar semayam dihadap Demang Lebar Daun.
iii. Adapun pada zaman itu Hang Jebat bukan barang-barang orang.
Kata Prafrasa
Kata prafrasa ialah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu frasa
nama, frasa kerja atau frasa adjektif yang berfungsi sebagai membantu,
menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan
arah, dan membilang.
Kata bantu
Kata bantu
Bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan
menimbulkan makna-makna tambahan daripada segi aspek waktu atau ragam.
Kata bantu ragam
Menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang
dilakukan.
-boleh
-dapat
-harus
-hendak
-mahu
-mesti
Kata bantu aspek
Menimbulkan suasana perbezaan masa samada masa lampau kini atau
hadapan.
-akan
-belum
-masih
-pernah
-sedang
-sudah
-telah
Kata penguat
Kata penguat
Kata yang mendahului atau mengikuti kata adjektif. Fungsinya adalah untuk
menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
Kata penguat belakang
-benar
-betul
-nian
-sekali
Kata penguat bebas
-amat
-sangat
-sungguh
Kata penguat
hadapan
-terlalu
-paling
-agak
Kata penegas
Berfungsi memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam
ayat. Kata penegas terbahagi kepada dua jenis iaitu yang menegaskan frasa
predikat atau bahagian-bahagiannya yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat
iaitu subjek dan predikat. Kata penegas hanya menegaskan frasa predikat atau
bahagian-bahagiannya ialah –kah, -tah dan –lah. Antara kata penegas yang
menegaskan kedua-dua bahagian ayat ialah juga, jua, pun, sahaja,
lagi dan memang.
Kata nafi
Kata yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat. Kata yang tergolong
sebagai kata nafi ialah kata bukan dan tidak. Kata bukan menjadi unsur nafi
kepada frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum
frasa kerja dan frasa adjektif sekiranya kedua-dua frasa itu membawa maksud
pertentangan maklumat. Kata tidak pula menjadi unsur nafi kepada frasa kerja
dan frasa adjektif.
Kata pemeri
Menjadi unsur pemerihal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa
utama dalam predikat. Kata pemeri hanyalah kata ialah dan adalah. Kata
pemeri ialah hadir dihadapan frasa nama dan menunjukkan persamaan atau
ekuatif. Kata pemeri adalah hadir dihadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama
yang menunjukkan huraian atau kualitatif. Biasanya kata pemeri tidak boleh hadir
bersama kata nafi dan juga tidak boleh hadir dihadapan frasa kerja.
Kata sendi nama
Hadir dihadapan kata nama atau frasa nama dan berfungsi untuk
merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
Bil Kata sendi nama Fungsi
1 di Digunakan untuk menunjukkan tempat
2 ke Digunakan untuk menunjukkan tempat atau arah yang
dituju serta waktu
3 dari Digunakan untuk menyatakan arah, tempat dan waktu
4 daripada Digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia,
haiwan, benda dan unsur mujarab. Juga kepada sumber
atau asal kejadian sesuatu benda serta perbezaan dan
perbandingan
5 kepada Digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk
kepada manusia, haiwan dan unsur mujarab serta
pecahan dan perubahan keadaan
6 pada Digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu dan
tempat dalam ungkapan ada pada manusia dan haiwan
serta benda konkrit
7 demi Digunakan untuk menunjukkan maksud tujuan,
penegasan dan urutan
8 untuk/bagi Kata sendi nama untuk bervariasi dengan bagi dan
berfungsi menunjukkan kegunaan sesuatu. Untuk
menyatakan maksud bahagian yang diperuntukkan,
hanya kata sendi nama untuk digunakan9 tentang Digunakan untuk menunjukkan maksud rujukan sesuatu
yang umum atau mujarab10 seperti/bagai/
umpama/laksana
Membawa maksud perbandingan atau persamaan
11 dengan Membawa maksud bersama-sama, keterangan cara,
penggunaan alat dan perbandingan yang serupa12 sejak Membawa maksud bermula dari sesuatu masa13 terhadap Membawa maksud rujukan sesuatu yang konkrit14 akan Digunakan selepas kata adjektif yang bersifat emotif15 oleh Digunakan selepas kata kerja pasif berawalan di- dan
ter- dan kata bantu pasif kena serta sebab16 hingga/sampai Digunakan untuk menyatakan perihal peringkat had
waktu dan tempat
17 dalam/antara Digunakan untuk bawa pengertian lingkungan yang tidak
mempunyai ruang atau jarak
Kata arah
Hadir sebelum frasa nama dan biasanya digunakan sesudah kata sendi
nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh kata arah ialah antara, atas,
bawah, barat, belakang, hadapan, luar dan sebagainya.
Kata bilangan
Kata yang menjadi penerang jumlah pada frasa namala) Kata bilangan tentu – lima, sebelas, seribu dan sebagainyab) Kata bilangan tak tentu – beberapa, para, sedikit dan sebagainyac) Kata bilangan himpunan – berbaga-bagai, beribu-ribu, berjuta-jutad) Kata bilangan pecahan – sesetengah, suku, separuhe) Kata bilangan pisahan – masing-masing, tiap-tiap dan setiap
Kata pascakata
Kata yang hadir selepas sesuatu kata iaitu –nya. Kata penekan memberikan
penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contohnya
ialah sebenarnya, nampaknya, sesungguhnya dan sebagainya.
Kata pembenda menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata
nama menjadi kata nama. Antaranya ialah sakitnya, kuatnya, panjangnya dan
sebagainya.
Bentuk kata
Kata tunggal
Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan
atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam
jenis kata tunggal.Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata
tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang
mengandungi dua suku kata atau lebih.
Kata tunggal satu suku kata
Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu amat
terhad, iaitu kira-kira 500. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa-
bahasa asing, terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah
seperti berikut :
Kata tunggal satu suku kata
KVyu, ru, ya
KKVKstor, pruf, dril
KKKVKskrip, strawKKKVskru
KVKKteks, bank, volt
KVKtin, sen, bom
VKam
Kata tunggal dua suku kata
Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri
daripada dua suku kata. Antara pola-pola kata tunggal dengan dua suku kata
adalah seperti yang berikut :
Kata tunggal dua suku kataV+KV
aku (a + ku)
KV + KVmata (ma + ta)
VK + KVundi (u +ndi)KVK + KV
lampu (lam + pu)VK + KVK
umpan (um + pan)
KV + Vdoa (do +
a)KV + VK
buih (bu + ih)KV + KVKtelur (te +
lur)KVK + KVK
bandar (ban + dar)
V + KVKemas (e +
mas)V + VK
aur (a + ur)
Kata tunggal tiga suku kata
Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak sedikit. Perkataan-perkataan tiga suku kata ini banyak daripadanya ialah kata-kata pinjaman. Antara pola-polanya ialah :
Contoh perkataan Pola kata tunggal tiga suku kata
Armanda VK + KVK + KVBudaya KV + KV + KVCerakin KV + KV + KVKDerhaka KVK + KV + KVEmpulur VK + KV + KVKFalsafah KVK + KV + KVK
Gelombang KV + KVK + KVKKHikayat KV + KV + KVK
Isteri VK + KV + KVJentera KVK + KV + KVMenantu KV + KVK + KVOrganik VK + KV + KVKPeluang KV + KV + VKVQasidah KV + KV + KVKRezeki KV + KV + KV
Sempurna KVK + KVK + KVUtara V + KV + KV
Yayasan KV + KV + KVKTenggara KVKK + KV + KV
Kata tunggal (akronim)
Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan
huruf awal, suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata
daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Akronim boleh ditulis dengan tiga cara.
Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata
yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar.
Contoh :
LUTH - (Lembaga Urusan dan Tabung Haji)
ABIM - ( Angkatan Belia Islam Malaysia)
Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis
dengan huruf kecil keseluruhannya.(jika bukan nama khas)
Contoh :
tabika - (taman bimbingan kanak-kanak)
cerpen - (cerita pendek)
Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata
itu menjadi nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar.
Contoh :
Bernama - (Berita Nasional Malaysia)
Pernas - (Perbadanan Nasional)
Intan - (Institut Tadbiran Awam Negara)
Bentuk kata terbitan
Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses
pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.
Kata terbitan berawalan
Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata
adjektif terbitan.
Contoh :
awalan kata nama pe - pekebun, pelaut, peladang, pesawah, pekedai. pem - pembesar, pembaca, pembajak, pembelot, pemburu. pen - pencuri, penjaja, pendengar, pentadbir, pentafsir. peng - penggali, penghantar, pengkaji, pengurus, pengasuh penge - pengecat, pengebom, pengetin. ke - ketua, kekasih, kekanda.juru - juruterbang, juruwang, jurubahasa, jururawat.maha - mahasiswa, maharaja, mahaguru. tata - tatabahasa, tatacara.pra - prakata, prasejarah, prasyarat, prasekolah, prauniversiti. eka - ekabahasa, ekawarna.dwi - dwibahasa, dwifungsi.
awalan kata kerja
1. me - melihat, melawat, merawat, merebus, melombong, melompat.2. mem - membaca, membesar, membawa, membilang.3. men - mendayung, mendaki, mencari, mencuri.4. meng - menghijau, mengambil, mengkritik, mengkaji.5. menge - mengebom, mengecat, mengelap, mengekod, mengetin.6. memper - mempersuami, memperisteri, memperlebar, memperhamba.7. ber - berlari, bercukur, berfikir, berbuah, bertanya, bersuara.8. be - bekerja, berasa, beraja.9. ter - termakan, tersepak, terambil, terminum.
awalan kata adjektif
1. ter - terkecil, terbesar, tertinggi, terkurus.2. se - sehodoh, secantik, senipis, setebal.
Kata majmuk
Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan mewujudkan
makna tertentu. Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu :
Rangkai kata bebas.
Bil Contoh
1 naib cancelor
2 ketua menteri
3 terima kasih
4 menteri besar
5 alat tulis
6 jalan raya
7 meja tulis
8 janji temu
9 cita rasa
10 pegawai tadbir
Istilah khusus
Bil Contoh
1 mata pelajaran
2 kaji selidik
3 kertas kerja
4 atur cara
5 uji kaji
6 reka cipta
7 reka bentuk
8 urus niaga
Maksud kiasan
Bil Contoh
1 mulut murai
2 kaki ayam
3 kaki bangku
4 hati batu
5 pilih kasih
6 kaki judi
7 duit kopi
8 bulan madu
Kata majmuk yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan.
Bil Contoh
1 matahari
2 pesuruhjaya
3 olahraga
4 warganegara
5 kerjasama
6 kakitangan
7 tanggungjawab
8 tandatangan
9 jawatankuasa
10 suruhanjaya
11 bumiputera
12 sukarela
13 beritahu
14 setiausaha
15 antarabangsa
Penggandaan kata majmuk
Gandaan unsur pertama
Bil Contoh
1 naib-naib canselor
2 timbalan-timbalan menteri
3 pegawai-pegawai tadbir
4 perdana-perdana menteri
5 mata-mata pelajaran
6 kertas-kertas kerja
Gandaan seluruh kata
Bil Contoh
1 kakitangan-kakitangan
2 suruhanjaya-suruhanjaya
3 setiausaha-setiausaha
4 pesuruhjaya-pesuruhjaya
Kata ganda
Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata dasar.
Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar, sebahagian kata
dasar, atau digandakan secara berirama. Pengulangan seluruh kata dasar disebut
penggandaan penuh, pengulangan sebahagian kata dasar disebut penggandaan
separa, manakala pengulangan kata dasar yang berirama disebut penggandaan
berentak.
Penggandaan penuh
i. elok-elok
ii. orang-orang
iii. tiba-tiba
iv. sama-sama
Penggandaan separa
i. jejari
ii. lelayang
iii. rerama
iv. lelangit
Penggandaan berentak
i. dolak-dalik
ii. riuh-rendah
iii. kayu-kayan
iv. lauk-pauk