Pengenalan Permainan Batu Seremban

9
PENGENALAN PERMAINAN BATU SEREMBAN Permainan ini adalah sejenis permainan kanak-kanak. Tujuan permainan batu seremban ini adalah untuk mendapatkan kiraan mata sebanyak mana yang mungkin. Permainan batu seremban ini sebenarnya mempunyai makna yang lain. Nama-nama yang berbeza ini mungkin wujud kerana mengikut orang yang memainkannya ataupun negeri di mana ia dikenali. Antara nama lain yang dikenali selain batu seremban ialah : Permainan simbang Permainan selambut Putu mama Walaupun namanya berbeza namun, cara dan kaedah permainan serta alat yang digunakan untuk memainkannya adalah sama. Walaupun permainan tradisional batu seremban ini hanyalah satu permainan rakyat dan tidak lagi diiktiraf sebagai satu permainan yang boleh dianggap berprestij, namun permainan ini mempunyai cara dan peraturannya tersendiri untuk memainkannya. Setiap pemain yang memainkannya mesti mematuhi segala peraturan yang tersedia. GOLONGAN YANG BERMAIN Tidak seperti permainan wau atau gasing, permainan batu seremban ini tidak memerlukan seseorang itu bertindak agresif dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Ini kerana permainan ini tidak memerlukan kita bergerak banyak. Kaedah permainan ini yang mudah menjadikan permainan ini lebih digemari oleh golongan kanak-kanak perempuan. Biasanya, permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak pada peringkat umur antara lapan tahun ke atas. Namun, ini tidak bermakna permainan batu seremban ini khusus untuk kanak-kanak perempuan sahaja kerana terdapat juga

Transcript of Pengenalan Permainan Batu Seremban

Page 1: Pengenalan Permainan Batu Seremban

PENGENALAN PERMAINAN BATU SEREMBAN

Permainan ini adalah sejenis permainan kanak-kanak. Tujuan permainan batu seremban ini

adalah untuk mendapatkan kiraan mata sebanyak mana yang mungkin. Permainan batu

seremban ini sebenarnya mempunyai makna yang lain. Nama-nama yang berbeza ini mungkin

wujud kerana mengikut orang yang memainkannya ataupun negeri di mana ia dikenali. Antara

nama lain yang dikenali selain batu seremban ialah :

Permainan simbang

Permainan selambut

Putu mama

Walaupun namanya berbeza namun, cara dan kaedah permainan serta alat yang digunakan

untuk memainkannya adalah sama. Walaupun permainan tradisional batu seremban ini

hanyalah satu permainan rakyat dan tidak lagi diiktiraf sebagai satu permainan yang boleh

dianggap berprestij, namun permainan ini mempunyai cara dan peraturannya tersendiri untuk

memainkannya. Setiap pemain yang memainkannya mesti mematuhi segala peraturan yang

tersedia.

GOLONGAN YANG BERMAIN

Tidak seperti permainan wau atau gasing, permainan batu seremban ini tidak memerlukan

seseorang itu bertindak agresif dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Ini kerana

permainan ini tidak memerlukan kita bergerak banyak. Kaedah permainan ini yang mudah

menjadikan permainan ini lebih digemari oleh golongan kanak-kanak perempuan. Biasanya,

permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak pada peringkat umur antara lapan tahun ke atas.

Namun, ini tidak bermakna permainan batu seremban ini khusus untuk kanak-kanak

perempuan sahaja kerana terdapat juga kanak-kanak lelaki yang gemar untuk memainkannya

jika ada waktu terluang. Dengan corak permainannya yang tidak memerlukan kita banyak

bergerak kerana tidak perlu menggunakan pergerakan kaki dan tidak perlu berlari ke sana ke

mari, ia menjadikan permainan ini amat bersesuaian dengan kanak-kanak perempuan.

Walau bagaimanapun, permainan ini masih dimainkan oleh masyarakat zaman kini

terutamanya di kawasan kampong dan tidak kurang juga di bandar. Ini kerana permainan ini

juga adalah permainan yang tidak akan sesekali mendatangkan bahaya dan boleh mengisi

masa yang terluang dengan sebaiknya. Selalunya, apabila tiba musim hujan adalah masa yang

terbaik untuk kanak-kanak bermain batu seremban. Hal ini kerana pada waktu begini, kanak-

Page 2: Pengenalan Permainan Batu Seremban

kanak tidak tahu hendak bermain apa lagi bagi mengisi masa lapangnya di rumah., selain

daripada membaca buku. Jadi permainan ini adalah salah satu permainan yang sesuai untuk

dimainkan.

MASA DAN TUJUAN BERMAIN

Lazimnya, sesuatu permainan itu ditentukan oleh masa dan tempat bermain. Seperti permainan

gasing kebiasannya dimainkan di satu kawasan yang lapang dan mempunyai tempat yang

dianggap seperti gelanggang bulat. Begitu juga dengan permainan wau yang biasanya

dimainkan di kawasan lapang yang mempunyai kedapatan angin yang luas agar ia dapat

diterbangkan dengan tinggi dan baik.

Hal ini berbeza dengan permainan batu seremban, selambut, ataupun putu mama. Permainan

batu seremban ini atau selambut tidak memerlukan tempat yang khas dan ia bebas dimainkan

pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai. Kebiasannya, bagi

mereka yang menggemari permainan batu seremban atau selambut ini, mereka akan bermain

di sekitar kawasan sama ada di dalam rumah, di beranda atau sebagainya.

BILANGAN PEMAIN BATU SEREMBAN

Kebanyakan acara sukan yang ada di negara ini lazimnya ditentukan oleh bilangan pemain

untuk memainkannya di dalam satu-satu acara sukan. Sebagai contoh, permainan bola sepak,

bilangan pemain yang ditentukan seramai sebelas orang dalam satu-satu masa perlawanan

berlangsung. Bagi permainan batu seremban atau selambut ini pula, lazimnya ia dimainkan

oleh sekurang-kurangnya dua orang untuk memainkannya. Permainan ini boleh dikatakan

menarik kerana membolehkan seberapa banyak pemain untuk memainkannya bergantung

kepada kehendak masing-masing.

Page 3: Pengenalan Permainan Batu Seremban

PERALATAN DAN CARA BERMAIN

Setiap pemainan memerlukan alat untuk memainkan. Dalam permainan sepak raga misalnya,

alat yang digunakan untuk memainkannya adalah menggunakan sebiji bola rotan, begitu jugs

sekiranya kita ingin bermain bola sepak. Kita memerlukan bola sepak dan beberapa peralatan

lain untuk bermain permainan bola sepak. Turut sama juga dengan permainan batu seremban.

Bagi mereka yng ingin bermain batu seremban, peserta hendaklah memerlukan batu- batu kecil

yang hamper sama saiznya. Bilangan yang diperlukan untuk sesuatu permain ialah lima biji

batu. Namun terdapat juga mereka yang menggunakan tujuh batu kecil. Ini bermakna bilangan

batu boleh ditentukan oleh pemain itu sendiri, tetapi kebiasaannya bilangan batunya adalah

ganjil.

CARA BERMAIN

Cara bermain bermaksud bagaimana sesuatu permainan itu dimainkan. Lazimnya setiap

pemain itu perlu mengetahui cara sesuatu permainan itu hendak dimainkan. Bagi permainan

batu seremban atau dipangggil selambut juga mempunyai cara untuk memainkannya. Tujuan

permainan batu seremban ini adalah untuk mendapatkan kiraan mata sebanyak yang mungkin.

Sebelum memulakan permainan batu seremban ini, pemain perlu menentukan giliran bagi

setiap pemain. Proses ini dinamakan menentukan giliran untuk bermain. Jelasnya setiap

pemain dikehendaki menetukan giliran bermain masing- masing mengikut mata yang diperolehi.

Ini bermakna penentuan giliran adalah termasuk dalam aturan bermain permainan batu

seremban ini. Aturan bermain mesti dipatuhi oleh setiap pemain yang ingin memulakan

permainan, seseorang itu memerlukan mata yang banyak daripada pemain yang lain. Bagi

pemain yang memulakan permainan, dia adalah orang yang berjaya mendapatkan mata

terbanyak.

Biasanya para pemain akan mengundi dengan meletakkan batu- batu di belakang tapak tangan

dan melambungkan ke atas dan akan disambut oleh pemain yang melambungkan batu

tersebut dengan tapak tangan sebapa banyak yang boleh. Batu- batu yang terletak di belakang

tangan itu kemudiannya akan dilambung semula dan disambut dengan telapak tangan pula.

Perlu diingatkan bahawa mana- mana pemain tidak akan mendapat sebarang mata jika ia gagal

menyambut salah satu batu kecil yang dilambungkan tadi. Jika terdapat dua orang pemain yang

memperolehi jumlah mata yang sama banyak, kaedah menentukan giliran bermain perlu

diulangi semula untuk memastikan siapa yang mendapat mata yang lebih untuk menentukan

Page 4: Pengenalan Permainan Batu Seremban

giliran. Bagi mana- mana pemain yang berjaya memperolehi jumlah mata yang paling banyak

maka dengan sendirinya dia akan memulakan permainan batu seremban ini. Kemudian akan

diikuti oleh pemain- pemain mengikut jumlah mata yang diperolehi sewaktu proses penentuan

giliran dilakukan iaitu dengan cara menyambut batu yang dilambung tadi.

PERATURAN PERMAINAN

Setiap jenis permainan perlu ada cara dan peraturannya yang tersendiri bagi menentukan

pemain itu dapat bermain dengan baik. Bagi permainan batu seremban ini terdapat juga

peraturan dan cara ia bermain dan diikuti oleh setiap pemain yang ingin bermain permainan

tersebut.

Terdapat beberapa peraturan kepada pemain yang ingin bermain permain ini iaitu:

a) Semasa batu seremban itu diselerakkn di atas lantai, pemain yang ingin memungut batu

tersebut tidak boleh menyentuh mana- mana batu yang terletak di atas lantai berkenaan.

Jika pemain tersebut menyentuh batu tersebut, pemain itu dianggap ‘mati’. Permainan

akan diteruskan oleh pemain seterusnya.

b) Bagi pemain yang melambungkan batu seremban, pemain tersebut perlu menyambut

batu yang dilambung sebelum batu terrsebut jatuh. Jika batu tersebut jatuh sebelum

dapat disambut sebelum dapat disambut oleh pemain yang melambungkannya maka

pemain itu dianggap mati.

c) Pada setiap tahap permainan, semua batu yang ada iaitu sebanyak 5 biji batu yang asal

dikumpul dan kemudiannya akan diselerakkan di atas lantai.

d) Setelah pemain yang sebelumnya atau sedang mendahului permainan telah membut

kesalahan maka pemain yang berikutnya meneruskan permainan.

e) Jika seseorang pemain telah ‘mati’ maka pemain yang mati itu hanya boleh

menyambung semula permainannya setelah tiba gilirannya kembali. Iaitu setelah semua

pemain yang selepasnya ‘mati’ atau telah membuat kesalahan.

f) Setiap pemain akan menyambung permainannya semula berdasarkan tahap

kesalahannya. Ia dikehendaki mengulangi cara bermain pada tahap tersebut.

Contohnya, jika seseorang pemain itu ‘mati’ pada tahap kedua maka ia dikehendaki

menyambung kembali permainan pada tahap tersebut.

g) Seseorang pemain akan terus bermain mulai dari tahap 1 hingga tahap 10 selagi

pemain tersebut tidak membuat kesalahan.

Page 5: Pengenalan Permainan Batu Seremban

h) Permainan yang dijalankan boleh diberhentikan jika telah dipersetujui bersama oleh

kesemua pemain.

i) Untuk menentukan pemenang bagi setiap pemain batu seremban ini ialah yang

memperolehi mata yang paling banyak maka dialah yang yang akan diira sebagai

pemenang.

KAEDAH DAN PERATURAN

Permainan batu seremban atau dipanggil selambut ini sebenarnya mempunyai sepuluh

tahap peringkat tahap permainan. Seseorang yang ingin memainkan ini perlu melalui

peringkat pertama dahulu dan seterusnya menghabiskan permainan batu seremban ini

sehingga tahap kesepuluh

Cara permainan batu seremban atau selambut ini perlu melalui 10 peringkat iaitu:

a) TAHAP PERTAMA

Pada peringkat pertama pemain akan mengumpulkan kelima- lima biji batu kecil

dengan sebelah tapak tangannya. Setelah dikumpulkan batu- batu itu, maka batu-

batu itu akan diselerakkan pemain tersebut akan mengambil salah sebiji batu yang

diselerakkan atas lantai untuk dilambung ke atas. Sebelum batu itu dilambungkan itu

jatuh, pemain akan memungut atau mengutip satu lagi batu kecil yanf berada di atas

lantai sambil menyambut semula batu yang dilambung tadi dengan menggunaka

tangan yang sama. Pemain yang sedang bermain perlu meletakkan batu yang telah

dipungut itu di tepid an seterusnya permainan akan diteruskan dengan pemain

memungut batu kecil yang ada satu demi asatu dengan cara yang sama.

b) TAHAP KEDUA

Pada tahap kedua ini memang tidak banyak berbeza daripada cara pada tahap yang

pertama. Kaedah bermain juga sama seperti tahap pertamatetapi pada tahap

pertama tetapi pada tahap kedua ini pemain dikehendaki memungut dua biji batu

secara serentak.

c) TAHAP KETIGA

Di peringkat ketiga pula, kaedah bermain adalah sama seperti tahap pertama iaitu

pemain perlu melambungakan sebiji batu ke atas. Pada tahap ketiga ini lambungan

pertama pemain akan hanya mengutip sebiji batu sahaja. Kemudian pemain tersebut

akan memungut tiga biji batu sahaja. Kemudian pemain tersebut akan memungut

Page 6: Pengenalan Permainan Batu Seremban

tiga biji batu lagi pada lambungan yang kedua. Pemain boleh memungut sama ada

satu biji batu dahulu atau tiga biji batu dahulu.

d) TAHAP KEEMPAT

Pada peringkat keempat pula kaedah bermain adalah sama dengan tahap pertama,

cuma yang membezakan ialah tahap keempat dengan memungut keempat- empat

biji batu pada sekali lambungan batu.

e) TAHAP KELIMA

Pada tahap kelima pula, pemain akan mengambil tiga biji batu dengan

menggunakan satu tangan dan dua biji batu akan diambil dengan menggunakan

tangan lain pula. Setelah itu, pemain akan melambung salah satu biji batu daripada

tangan yang mempunyai tiga biji batu tadi lalu dengan segera meletakkan ke lantai

kedua- dua biji batu yang terletak pada kedua- dua belah tangan. Setelah proses

permainan ini dibuat maka, pemain hendaklah menyambut semula batu yang telah

dilambungnya dengan tangan yang melambung batu tersebut dan memungut batu-

batu yang berasa di atas lantai agar sebelah tangan mempunyai tiga biji sementara

tangan yang sebelah lagi pula hanya dua biji sahaja.

f) TAHAP KEENAM

Pada tahap keenam pula kaedah adalah sama dengan tahap pertama, Cuma pada

tahap keenam ini,pemain hanya perlu menyentuh satu biji batu sahaja dan pemain

tidak akan memungut batu tersebut.

g) TAHAP KETUJUH

Pada tahap ketujuh atau peringkat ketujuh ini, pemain perlu mencekupkan sebelah

tangannya ke lantai dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya untuk

membentuk lubang. Tetapi perlu diingatkan ketika proses ini berlaku pemain tidak

dibenarkan menggerakkan tangannya ini. Setiap kali batu dilambung, maka sebiji

batu dikuiskan dan dimasukkan ke dalam lubang yang dibentuk oleh pemain yang

sedang bermain iaitu dengan menggunakan ibu jari dan juga jari telunjuk.

Page 7: Pengenalan Permainan Batu Seremban