PENGENALAN PSV

27
PENGENALAN Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak- kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin tanah

description

Bidang 3

Transcript of PENGENALAN PSV

Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang inimengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf.PENGENALAN

Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin tanah liat, tepung, paper mache.

TEKNIK-TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Arca TimbulArca MobailArca StabailAsemblajModelDioramaBonekaTopengOrigamiJENIS AKTIVITI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Teknik PicitanTeknik LipatanTeknik PotonganTeknik CantumanTeknik PembungkusanTeknik GuntinganTeknik Luakan

PengenalanArca adalah sesuatu seni yang dihasilkan untuk mewujudkan nilai estetika dan juga menyampaikan sesuatu mesej.Sesetenga arca juga digunakan untuk menjadi lambang sesuatu tempat serta menjadi perantaraan dalam upacara keagamaan dan pemujaan.Arca timbul adalah arca yang terkenal sejak zaman dahulu ianya boleh didapati di dinding-dinding gua dan bangunan-bangunan keagamaan.ARCA TIMBUL

DefinisiBentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan.

Alat dan Bahan yang SesuaiKayuPlaster of ParisPahatPisau

Teknik yang Boleh digunakanAcuanTampalanBinaanAsemblaj

ARCA MOBAIL

PengenalanArca mobail lazimnya sering dijadikan sebagai bahan perhiasan kerana sifatnya yang tergantung dan bergerak.Arca mobail mempunyai nilai estetika tersendiri yang boleh dikomersilkan.

DefinisiArca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling.

Teknik yang Boleh digunakanKimpalanGamSkruLipatan

Alat dan Bahan yang SesuaiBahan besiDawaiTaliPlastikSpanSkru

DefinisiStabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. ARCA STABAIL

Teknik yang Boleh digunakanKimpalanBinaanCantumanSkruPakuGamAlat dan Bahan yang SesuaiBahagian TapakBahan BesiKayuPapanPlaster of ParisBahagian BergerakDawaiPlastik

ARCA ASEMBLAJ

PengenalanBahan terbuang boleh digunakan semula untuk mencipta sesuatu menjadi kesatuan yang unik dan menarik.Selain dapat menjimatkan bajet untuk membeli bahan baru untuk dijadikan karya seni ianya juga mampu memberikan impak yang positif terhadap penjagaan alam sekitar.Aktiviti menghasilkan arca asemblaj mampu menerapkan nilai menghargai alam sekitar di dalam diri murid-murid.

Teknik yang Boleh digunakanKimpalanBinaanIkatanSkruAcuanAlat dan Bahan yang SesuaiBahan buangan

DefinisiAsemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna.Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail.

PengenalanObjek sebenar ialah pengalaman tampak bagi murid-murid. Murid-murid lebih memahami sesuatu yang dilihat daripada sesuatu yang didengar. Sukar bagi guru memasukkan objek sebenar yang bersaiz besar seperti kereta untuk ditunjukkan semasa sesi pengajaran. Oleh itu aktiviti membuat model dapat menggalakkan pemahaman murid-murid sambil memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan kreativiti.MODEL

DefinisiModel ialah aktiviti menghasilkan sesuatu mengikut bentuk sebenar tetapi skala dan nisbahnya berbeza sama ada dibesarkan atau dikecilkan.Contoh-contoh model yang sering dihasilkan ialah model rumah, model kenderaan dan sebagainya.

Bahan BinaanKadbodKotakBahan kutipanAlat yang SesuaiPelekatGamDawaiSkruSelotapePemotongGuntingPisau

Teknik yang Boleh digunakanKimpalanGamSkruAcuan

DIORAMA

DefinisiDiorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

Alat dan Bahan yang SesuaiTapak atau dinding KotakPapanKadbodBekas PemotongGunting PisauPelekatSelotapeGamTali Objek yang disusun KertasPlastikKadbod

Teknik yang Boleh digunakanCantumanGamKimpalan

BONEKA

PengenalanSejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam, terutamanya manusia atau haiwan. Boneka biasa dikatakan salah satu mainan yang paling tua, kerana pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Umumnya boneka dibuat sebagai mainan anak-anak, namun kadang-kadang digunakan untuk fungsi-fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat gaib ataupun mistik.

DefinisiSebarang benda objek yang digerak, lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarangdialog.

Jenis BonekaBoneka Sarung TanganBoneka LidiBoneka Wayang KulitBoneka TongkatBoneka Bertali

Boneka Sarung TanganBoneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.

Boneka LidiBoneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggotatertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukisdi atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.

Boneka Wayang KulitBiasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi.Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.

Boneka TongkatBoneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini menggunakan konsepwayang.

Boneka BertaliBoneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat angotaangota badan itu bergerak.

Teknik yang Boleh digunakanKimpalanGamJahitanSkru

TOPENG

DefinisiTopeng ialah alat yang digunakan untuk menutup muka. Topeng digunakan untuk membuat persembahan dan bagi tujuan lain mengikut kehendak pemakainya.

Kegunaan TopengDigunakan dalam upacara keagamaan.Digunakan di dalam teater persembahan.Digunakan untuk menyembunyikan identiti.Digunakan bagi tujuan majlis-majlis tertentu.

Topeng MataTopeng yang menutup seluruh bahagian mata.

Topeng MukaTopeng yang menutup seluruh permukaan muka.

Topeng SerkupTopeng yang menutup seluruh permukaan kepala.

Teknik yang Boleh digunakanKimpalanGamCantumanJenis TopengTopeng MataTopeng MukaTopeng Serkup

t

ORIGAMI

PengenalanOrigami ialah seni lipatan kertas yang mula diperkenalkan di Jepun.Seni origami tidak memerlukan gam untuk melekat bahagian-bahagian kertas hingga menjadi bentuk yang diingini kerana kertas hanya perlu dilipat dan disisip untuk membuat bentuk yang diingini.

DefinisiBerasal dari perkataan Jepun ORIKAMI yang bermaksud seni melipat kertas sehingga membentuk bentuk-bentuk yang diinginkan.ORI bermaksud lipat dan KAMI bermaksud kertas.

Teknik yang Boleh digunakanLipatanAlat dan Bahan yang SesuaiKertasGuntingPisau