Pengenalan sains politik

19
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK 1. “Autoriti karismatik ialah kuasa disahkan kerana pemegang kuasa itu mempunyai ciri – ciri peribadi yang luar biasa yang meletakkan di atas orang – orang biasa yang lainnya”. Kenal pasti DUA orang pemimpin dunia moden yang dianggap karismatik dan jelaskan mengenai ciri – ciri karismatik yang terdapat pada diri mereka serta buat perbandingan daripada segi corak pemerintahan dan juga elemen – elemen tradisi lain yang mereka miliki. PENGENALAN Menurut modul OUM HBSS3303 Pengenalan Sains Politik, Karismatik bermaksud ‘Kuasa yang disahkan kerana pemegang kuasa itu mempunyai ciri – ciri peribadi yang luar biasa, yang meletakkannya pada tahap yang lebih tinggi daripada orang – orang biasa yang lain’. Menurut Ghazali Mayudin di dalam buku Teori Sains Politik Pilihan: Aplikasinya Dalam Konteks Malaysia¹ pula menyatakan karismatik mempunyai teorinya sendiri. Kepimpinan disifatkan sebagai suatu keupayaan atau kebolehan untuk mempengaruhi orang lain ke arah kejayaan pencapaian matlamat. Menurut beliau juga, teori kepimpinan kasirmatik yang unggul adalah daripada Robert J. House yang banyak menulis berkenaan kepimpinan kasrismatik. Menurut House, karismatik adalah dianggap sebagai gifted. Beliau mengatakan pemimpin – pemimpin yang berkarismatik mempunyai tingkatan – tingkatan kuasa rujukan yang amat tinggi dan sesetengah kuasa itu didapati daripada keperluan para pemimpin berkenaan untuk mempengaruhi orang lain serta dapat 1 AZMAN BIN SALLEH 750312025163

Transcript of Pengenalan sains politik

Page 1: Pengenalan sains politik

OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

1. “Autoriti karismatik ialah kuasa disahkan kerana pemegang kuasa itu mempunyai

ciri – ciri peribadi yang luar biasa yang meletakkan di atas orang – orang biasa

yang lainnya”.

Kenal pasti DUA orang pemimpin dunia moden yang dianggap karismatik

dan jelaskan mengenai ciri – ciri karismatik yang terdapat pada diri mereka serta

buat perbandingan daripada segi corak pemerintahan dan juga elemen – elemen

tradisi lain yang mereka miliki.

PENGENALAN

Menurut modul OUM HBSS3303 Pengenalan Sains Politik, Karismatik bermaksud ‘Kuasa yang

disahkan kerana pemegang kuasa itu mempunyai ciri – ciri peribadi yang luar biasa, yang

meletakkannya pada tahap yang lebih tinggi daripada orang – orang biasa yang lain’. Menurut

Ghazali Mayudin di dalam buku Teori Sains Politik Pilihan: Aplikasinya Dalam Konteks

Malaysia¹ pula menyatakan karismatik mempunyai teorinya sendiri. Kepimpinan disifatkan

sebagai suatu keupayaan atau kebolehan untuk mempengaruhi orang lain ke arah kejayaan

pencapaian matlamat. Menurut beliau juga, teori kepimpinan kasirmatik yang unggul adalah

daripada Robert J. House yang banyak menulis berkenaan kepimpinan kasrismatik. Menurut

House, karismatik adalah dianggap sebagai gifted. Beliau mengatakan pemimpin – pemimpin

yang berkarismatik mempunyai tingkatan – tingkatan kuasa rujukan yang amat tinggi dan

sesetengah kuasa itu didapati daripada keperluan para pemimpin berkenaan untuk mempengaruhi

orang lain serta dapat meninkatkan keyakinan diri serta kepercayaan teguh tentang kebenaran

moral. Menurut beliau (House), setiap pemimpin karismatik perlu mempunyai ciri – ciri peribadi

yang mampu memberi kesan atau memainkan peranan dalam menentukan kuat atau lemahnya

sokongan pengikut terhadap pemimpin itu. Diantaranya ialah:

1. Keyakinan diri yang tinggi.

2. Dominasi

3. Wujud hubungan yang kuat antara perilaku atau moral pemimpin dengan

kepercayaannya.

______________________________________________________________________________

¹Tajuk Karismatik telah disusun oleh Wan Idros Wan Sulaiman di dalam buku ini. Beliau dari Jabatan Sains Politik UKM.

1AZMAN BIN SALLEH750312025163

Page 2: Pengenalan sains politik

OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

K. Ramanathan(1989) di dalam bukunya ‘Asas Sains Politik’ mendefinasikan karismatik

sebagai sifat karisma ditujukan kepada seseorang yang mempunyai sifat – sifat personaliti seperti

ketabahan peribadi, kebolehan berpidato dan sifat kepimpinan yang baik. Dia adalah seorang

manusia biasa, tetapi diperlakukan atau dianggap seperti orang yang luar biasa atau mempunyai

kuasa atau kualiti semula jadi yang istimewa.

Terdapat ramai antara pemimpin dunia yang boleh disifatkan berkarismatik. Pemimpin

ulung yang tidak boleh dipertikaikan kepimpinannya ialah tentunya Baginda Nabi Muhammad

s.a.w. seterusnya diikuti oleh para sahabat baginda. Namun di era pemimpin dunia moden juga

terdapat pemimpim – pemimpin yang mempunyai ciri – ciri karismatik. Antaranya ialah seperti

Adolf Hitler, Ahmad Sukarno, Mao Tze Tung, Gamal Abdul Nasser, Ayatollah Khomeini dan

mantan perdana menteri kita iaitu Tun Mahathir Muhammad. Menyentuh mengenai tugasan

Kajian Sosial kali ini, pemimpin berkarismatik yang dipilih oleh saya pertamanya ialah

Allahyarham Ayatollah Khomenie.

Melalui bukunya, Syed Jaffar Al-Sagoff(1989) ‘Ayatollah Khomene’i – Biografi’ ada

menyatakan bahawa Ayatollah Khomene’i adalah seorang yang bijak berpidato serta amat

mendalam ilmu agamanya. Beliau juga menjadi simbol sejagat bagi kecintaan kepada

kemerdekaan dan kebebasan dari perhambaan. Beliau juga merupkan Pemimpin Revolusi Islam

moden serta Pengasas negara Islam Iran.

Gambar 1.1 : Ayatollah Khomeini

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Ruhollah_Khomeini

2AZMAN BIN SALLEH750312025163

Page 3: Pengenalan sains politik

OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

Menurut Wikipedian di laman http://ms.wikipedia.org/wiki/Ruhollah_Khomeini

menyatakan Ruhollah dilahirkan dalam keluarga Ayatollah Seyyed Mostafa Musavi dan Hajieh

Agha Khanum di pekan Khomein, 300 km dari bandar Tehran. Kelahiran beliau sama ada pada

17 Mei, 1900 atau 24 September 1902. Beliau digelar sayyid dan juga didakwa merupakan

keturunan nabi Muhammad SAW menerusi keturunan Imam Mousa Kazem. Datuk sebelah bapa

beliau, Seyyed Ahmad Musavi Hindi dilahirkan di Kintur, sebuah kampung di Wilayah

Barabanki, Uttar Pradesh, India. Beliau berhijrah ke Iran pada tahun 1834 dan membeli sebuah

rumah di Khomein pada tahun 1838. Datuk sebelah ibu Khomeini pula ialah Mirza Ahmad

Mojtahed-e Khonsari, seorang ulama dari Iran Tengah. Beliaulah yang mengharamkan orang

Islam untuk menggunakan tembakau berikutan pemberian monopoli perdagangan tembakau oleh

Shah kepada syarikat Inggeris. Ini merupakan titik permulaan penglibatan ulama dalam politik

Iran.

Di usia muda, Ayatollah tidak aktif berpolitik namun melalui kajian dan tulisan buku

beliau banyak menyatakan serta membuktikan bahawa golongan ulama haruslah melibatkan diri

di dalam arena politik. Ketika pemerintahan Shah Reza Pahlavi, golongan ulama ditindas melalui

sistem yang diperkenalkan. Ayatollah telah mengkritik pemerintah Iran pada mas itu lalu beliau

telah di buang megeri. Ketika di buang negeri di Iraq, beliau banyak memberi ceramah malah

menulis buku Hokumat-e Islami yang menjadi asas kepada Republik Iran. Setelah berlakunya

Revolusi Iran dan kejatuhan pemerintah Shah Mohammad Reza, Ayatollah Khomeini pulang ke

Iran dan disambut meriah oleh penduduk Iran. Seterusnya bermulalah pembentukan Republik

Islam di Iran yang amat digeruni oleh negara Barat sehingga ke hari ini.

Antara sifat – sifat karismatik yang terdapat pada Al marhum Ayatollah Khomeini ialah

pertamanya kedalam ilmu agamanya yang mana melalui ceramah dan penulisan bukunya banyak

menyentuh hal keagamaan yang boleh dimasukkan kedalam politik dan sistem pemerintahan.

Keduanya, ketika beliau pulang semula ke Iran, waktu itu keadaan di Iran terpecah kepada dua

namun dengan kepandaian beliau, satu referendum telah di usul dan dipersetujui oleh 98% rakyat

Iran lalu terbentuk Republik Islam Iran serta menutup mulut Barat yang menyatakan Iran akan

hancur. Kelantangannya terhadap Barat serta kehebatan berpidato menjadikan beliau seorang

yang sangat berkasimatik sehingga mampu menyatukan Iran daripada berpecah.Walaupun beliau

telah meninggal dunia namun jasanya terus berkembang serta menakutkan musuh – musuh Islam

3AZMAN BIN SALLEH750312025163

Page 4: Pengenalan sains politik

OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

di seluruh dunia. Kelancaran pelantikan penggantinya menjadikan satu tanda muktamad pada

sebuah kestabilan yang wujud pada sistem politik Iran.

Pemimpin kedua pada pendapat saya ialah mantan perdana menteri Malaysia iaitu Tun

Mahathir Muhammad. Tun Mahathir dilahirkan pada 20 Disember 1925 adalah merupakan

Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Bermula daripada dilantik menjadi Menteri Pelajaran

pada tahun 1974 oleh Tun Abdul Razak, tokoh kepimpinan beliau mula terserlah dan pada tahun

1981, beliau telah dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Semenjak itu

bermulalah empayar beliau membangunkan Malaysia di mata dunia.

Gambar 1.2 : Tun Dr. Mahathir Mohammad

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad

Sifat Karismatik beliau amat terserlah dengan dianggap sebagai seorang tokoh pemimpin

antarabangsa yang suka berterus terang dan lantang menyarakan pendapatnya. Pendirian beliau

terhadap isu antartika amat dikagumi dunia. Isu – isu dunia seperti penindasan Palestine, Kesalah

anggapan terhadap Islam, isu penindasan barat terhadap ekonomi Asia sering diutarakan beliau.

Selain itu, visi beliau amat jelas ketika memegang tampuk pemerintahan Malaysia dengan

berjaya membangunkan Malaysia di kenali seluruh dunia. Projek meganya mendapat tempat di

dunia seperti Projek Kereta Nasional(PROTON), Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Kuala

Lumpur International Airways (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Kehebatan beliau juga terserlah dengan kemampuan berhujah dan berpidato. Hujah –

hujah beliau penuh misi dan pandangan yang jauh ke depan. Kehebatan beliau menangani krisis

4AZMAN BIN SALLEH750312025163

Page 5: Pengenalan sains politik

OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

kewangan pada 1998 telah berjaya menyelamatkan Malaysia dari terjerumus lebih teruk. Malah

beliau dianggap antara 50 pemimpin Asia yang berkuasa pada masa itu dan berada di tempat

kedua. Sehingga kini misi beliau pada akan datang terus diterjemahkan pada Wawasan 2020.

Dua puluh dua tahun, bukan satu tempoh yang singkat namun Tun Mahathir terus

menempa nama dengan segala perancangan dan kekuatan beliau sebagai seorang yang begitu

berkarisma menerajui Malaysia menjadi sebuah negara yang maju pada suatu hari nanti.

Walaupun beliau sudah bersara, namun pendapat dan pandangan beliau seringkali di ambil kira.

Kesimpulan

Dirumuskan di sini bahawa tidak ramai pemimpin dunia yang mempunyai sifat

karismatik. Sesungguhnya, sifat karismatik adalah anugerah Tuhan kepada seseorang. Seperti Al

marhum Ayatollah Khomeini yang daripada seorang ulama namun berjaya di mata dunia sebagai

seorang pemimpin politik yang disegani. Tulisan dan ceramah beliau mampu membangkitkan

semangat terutama umat Islam untuk bersatu padu serta menangkis pandangan serong Barat pada

ketika itu. Pendapat beliau bahawa para ulama seharus melibatkan diri dalam politik amat tepat

sekali. Dengan agama kita boleh menjadikan politik itu bersih.

Tun Mahathir pula amat berkarismatik dengan kemampuan berhujah serta mempunyai

pandangan yang jauh kehadapan. Kemapuan beliau meneraju Malaysia tidak dapat diperikaikan.

Malaysia kini terkenal di mata dunia adalah hasil perancangan dan misi beliau. Malah beliau

juga digelar ‘Bapa Pemodenan Malaysia’ kerana membentuk Malaysia untuk menjadi negara

maju dan moden.

Dari segi persamaan, kedua –dua pemimpin ini adalah pemimpin berjiwa rakyat, bijak

berhujah serta lantang mempersoalkan ketidakadilan yang berlaku. Mengamalkan sistem

demokrasi yang terpimpin ketika pemerintahan mereka malah jasa mereka telah menjadikan

negara mereka aman damai sehingga sekarang.

5AZMAN BIN SALLEH750312025163

Page 6: Pengenalan sains politik

OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

2. Malaysia adalah sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan

raja berpelembagaan. Berikan contoh sebuah negara lain yang turut mengamalkan

sistem demokrasi.

Sediakan satu laporan dengan membincangkan persamaan dan perbezaan yang

wujud di kedua – dua buah negara ini dari aspek pemerintahan, pentadbiran dan

perundangan.

PENGENALAN

Terdapat lebih 33 buah negara di dunia yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan

raja berpelembagaan. Antaranya Malaysia, United Kingdom, Jepun, Belgium, Monaco dan

sebagainya. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_berperlembagaan). Untuk soalan ini, saya

memilih Kerajaan Negara Thai untuk dibuat perbandingan dengan Kerajaan Malaysia. Menurut

Laman Wikipedia Bahasa Melayu (http://ms.wikipedia.org/wiki/Thailand), Kerajaan Negara

Thai atau nama rasminya Pratthet Thai ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang

bersempadankan Laos dan Kemboja di timur, Malaysia dan Teluk Siam di selatan dan Myanmar

dan Laut Andaman di barat. Negara Thai dahulunya dikenali sebagai Siam sehingga 1949.

‘Thai’ bermaksud ‘bebas’ dalam bahasa Thai. Ia merupakan negara ke-51 terbesar di dunia serta

mempunyai anggaran penduduk seramai 63 juta orang yang mana 95% daripada populasi

tersebut beragama Budha. Rajanya sekarang ialah Raja Bhumibol Adulyadej dan Perdana

Menterinya pula ialah Abhisit Vejjajiva. Bentuk kerajaan sering berubah – ubah dari diktator ke

demokrasi namun tetap mengiktiraf Raja sebagai kuasa mutlak.

6AZMAN BIN SALLEH750312025163

Page 7: Pengenalan sains politik

OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

Laporan

Persamaan dari segi Pemerintahan

Malaysia Thailand

Mengamalkan sistem kerajaan

demokrasi perparlimen berlandaskan

Perlembagaan Persekutuan.

Yang Dipertuan Agong sebagai ketua

agama rasmi (Islam).

Yang Dipertuan Agong sebagai ketua

ketenteraan.

Seorang Perdana Menteri – Datuk Seri

Najib Tun Abdul Razak.

Mengamalkan pilihanraya umum untuk

memilih parti memerintah.

Dikuasai oleh Parti yang memenangi

majoriti kerusi dalam Pilihanraya

Umum.

Mengamalkan Doktrin Pengasingan

Kuasa.

- Eksekutif

- Perundangan (Legislatif)

- Kehakiman

Mengamalkan Sistem Westminster

Mengamalkan sistem kerajaan

demokrasi berparlimen berlandaskan

Perlembagaan 1997 (Perlembagaan

Rakyat.

Raja sebagai ketua rasmi (Budha).

Raja sebagai ketua ketenteraan.

Seorang Perdana Menteri – Abhisit

Vejjajiva.

Mengamalkan pilihanraya umum untuk

memilih parti memerintah.

Dikuasai oleh Parti yang memenangi

majoriti kerusi dalam Pilihanraya.

Mengamalkan Doktrin Pengasingan

Kuasa.

- Eksekutif

- Perundangan (Legislatif)

- Kehakiman

Mengamalkan Sistem Westminster

7AZMAN BIN SALLEH750312025163

Page 8: Pengenalan sains politik

OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

Persamaan dari segi Pentadbiran

Malaysia Thailand

Diketuai oleh Perdana Menteri.

25 Kementerian

Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan.

Sistem persekolah percuma kepada

rakyat.

Kuala Lumpur sebagai ibu negeri.

Mempunyai Dewan Rakyat.

Diketuai oleh Perdana Menteri.

35 Kementerian.

Bahasa Thai sebagai bahasa

kebangsaan.

Sistem persekolah percuma kepada

rakyat.

Bangkok sebagai ibu negeri.

Mempunyai Dewan Rakyat.

Persamaan dari segi Perundangan

Malaysia Thailand

Diuruskan oleh badan Kehakiman.

Mempunyai 3 Mahkamah.

- Mahkamah Agung

- Mahkamah Tinggi

- Mahkamah Rendah

Undang – undang dikuatkuasa oleh

pihak Polis Di Raja Malaysia.

Diuruskan oleh badan Kehakiman.

(Judiciary of Thailand).

Mempunyai 3 Mahkamah.

- Mahkamah Keadilan

- Mahkamah Pentadbiran

- Mahkamah Perlembagaan

Undang – undang dikuatkuasa oleh

Polis.

8AZMAN BIN SALLEH750312025163

Page 9: Pengenalan sains politik

OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

Perbezaan:

Perbezaan dari segi Pemerintahan

Malaysia Thailand

Yang DiPertuan Agong dilantik secara

bergilir mengikut negeri yang

mempunyai sultan atau raja setiap lima

tahun.

Mengamalkan demokrasi berparlimen

semenjak merdeka pada 1957 di bawah

satu Perlembagaan.

Pernah dijajah oleh Barat dan Jepun.

Raja dilantik secara turun temurun.

Bentuk kerajaan sering berubah – ubah.

Mengalami 17 perlembagaan dan

piagam. Demokrasi dan diktator.

Tidak pernah dijajah. Mengamalkan

dasar berkecuali dan terbuka.

Perbezaan dari segi Pentadbiran

Malaysia Thailand

Mempunyai Dewan Negara dan Dewan

Rakyat.

Dewan Negara mempunyai 30 orang

ahli.

Dewan Rakyat mempunyai 222 orang

Wakil rakyat.

25 Kementerian.

3 peringkat sistem pentadbiran.

- Persekutuan

- Negeri

- Kerajaan Tempatan

Terdapat 13 buah negeri dan 3 wilayah

persekutuan.

Pusat pentadbiran terletak di Putrajaya

Mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan

Senat.

Dewan Rakyat mempunyai 500 kerusi.

Senat mempunyai 200 kerusi.

35 Kementerian.

76 buah daerah (provinsi) yang

dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu:

- Utara

- Timur laut

- Timur

- Tengah

- Selatan

Pusat pentadbiran terletak di

‘Government House of Thailand’

9AZMAN BIN SALLEH750312025163

Page 10: Pengenalan sains politik

OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

Pernah diperintah oleh Junta Tentera

melalui rampasan kuasa (2006)

Perbezaan dari segi Perundangan

Malaysia Thailand

Mahkamah Agung

Mahkamah Tinggi

Mahkamah Rendah

Mempunyai Mahkamah Syariah

berlandaskan agama Islam.

Mahkamah Keadilan

Mahkamah Pentadbiran

Mahkamah Perlembagaan

Badan Perundangan lebih merujuk

kepada undang – undang Hindu-

Brahmin.

Seringkali dikritik kerana undang –

undang yang diguna dan diamalkan

tidak telus.

BAHAN RUJUKAN:

1) http://en.wikipedia.org/wiki/Government_of_Thailand

2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia

3) http://www.malaysiakini.com/news/101993

4) http://ms.wikipedia.org/wiki/Thailand

5) http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_berperlembagaan

6) HBSS1203 Halatuju Pembangunan Negara – Open University Malaysia

7) HBSS3303 Pengenalan Sains Politik – Open University Malaysia

8) Sejarah Thai – Zaman Bangkok oleh Kobkua Suwannathat – Pian

9) Asas Sains Politik oleh K. Ramanathan

10) Perbandingan Sistem Politik – Drs. Mochtar Mas’oed dan Dr. Colin MacAndrews

10AZMAN BIN SALLEH750312025163

Page 11: Pengenalan sains politik

OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

RUMUSAN

Dapat dirumuskan keseluruhannya, melalui tugasan Kajian Sosial kali ini telah banyak

memberi input dan pengetahuan yang baru kepada saya. Sesungguhnya perlu kita ketahui

bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan dihormati. Pemimpin

yang berjaya biasanya mempunyai sifat karismatik yang tinggi di mana mereka mampu menarik

pengaruh orang biasa untuk terus menyokong dan memujua mereka.

Di zaman moden ini terdapat ramai pemimpin yang berkarismatik namun dua pilihan

saya di dalam tugasan ini ialah Ayatollah Khomeini dan mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun

Mahathir Mohammad. Kenapa saya memilih mereka? Bagi saya Almarhom Ayatollah adalah

seorang yang hebat. Setelah membaca biografi beliau, saya amat kagum dengan kemampuan

beliau sebagai seorang ulama biasa mampu menulis berkaitan politik malam dapat menyatu

padukan rakyat Iran yang berpecah belah di bawah satu naungan iaitu Islam. Beliau juga

menepis pandangan serong barat serta menutup mulut mereka dengan kejayaan Iran sebagai

sebuah negara Islam yang amat ditakuti barat sehingga kini.

Tokoh kedua iaitu Tun Mahatir Mohamad tidak dapar dinafikan sifat karismatik beliau di

mana beliau mampu meneraju Malaysia selama 22 tahun dengan penuh misi dan visinya. Melalui

pemikiran beliau yang mampu menyelamatkan Malaysia terjerumus dalam krisis kewangan serta

projek – projek meganya telah membawa Malaysia ke mercu kejayaan. Bersuara lantang pada

peringkat antarabangsa berjaya mengiktiraf beliau sebagai serang pemimpin yang disegani.

Seterusnya, melalui soalan kedua, terdapat hampir 33 buah negara yang mengamalkan

demokrasi berparliman dan raja berpelembagaan. Saya memilih Thailand kerana kesesuiaan

bersempadan dengan Malaysia malah dapat memberi pengetahuan kepada saya berkaitan dengan

negeri Thailand ini. Walaupun pada dasarnya sama sebagai sebuag negara yang mengamalkan

demokrasi namun terdapat juga jurang perbezaan yang nyata antara Malaysia dan Thailad.

Budaya politik yang berbeza serta amalan yang berlainan membawa kepada ketidaksamaan

antara kedua negara ini. Dari sudut pemerintahan, negara Malaysia lebih mudah kerana keluasan

lebih kecil berbanding Thailand. Raja di Thailand diwarisi secara turun temurun berbanding di

Malaysia yang mengamalkan sistem penggiliran untuk lantikan Yang Di Pertuan Agong. Sistem

pemerintahan kita lebih makmur berbanding Thailand yang kini sedak bergolak dengan suara

11AZMAN BIN SALLEH750312025163

Page 12: Pengenalan sains politik

OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

parti Taksin Shinawatra yang memaksa Parti Demokrat pimpinan Abshisit meletak jawatan. Di

Malaysia lebih aman di mana Barisan Nasional lebih menguasai kelebihan kerusi di Parlimen.

Badan perundangan Thailand juga sering dikritik negara luar kerana tidak telus serta tidak dapat

membendung jenayah terutama kegiatan dadah dan pelacuran bawah umur.

Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga dan bersyukur dengan keadaan

yang aman dalam negeri kita. Sesungguhnya kita rakyat Malaysia mengetahui bahawa demokrasi

merupakan satu sistem pemerintahan yang terbaik dan masih mengekalkan hak – hak yang sama

pada setiap orang. Pengekalan sistem ini amat penting untuk menjamin kejayaan sesebuah

negara samada kepada pemerintah dan kepada yang diperintah.

12AZMAN BIN SALLEH750312025163

Page 13: Pengenalan sains politik

OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

BIBLIOGRAFI

Drs. Mochtar Mas’oed dan Dr Colin MacAndrews (1982), Perbandingan Sistem politik, Gadjah

Mada University Press, Yogyakarta Indonesia.

Ghazali Mayudin (1999), Teori Sains Politik Pilihan: Aplikasinya Dalam Konteks Malaysia.

XZ Print. Selangor.

K. Ramanathan (1989), Asas Sains Politik , edisi ketiga, Fajar Bakti Sd. Bhd. Selangor Darul

Ehsan.

Kobkua Suwannthat-Pian (1991), Sejarah THAI – Zaman Bangkok. Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

Open University Malaysia (2007), HBSS 1203 Halatuju Pembangunan Negara. Meteor Doc.

Sdn. Bhd. Selangor.

Open University Malaysia (2008), HBSS HBSS3303 Pengenalan Sains Politik. Meteor Doc.

Sdn. Bhd. Selangor.

Syed Jaffar Al – Sagoff (1989), Ayatollah Khomeini – Biografi. Penerbitan Universiti. Kuala

Lumpur.

Wikipedia, Ruhollah Khomeini, Diperolehi pada 29 Jun 2009 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ruhollah_Khomeini

Wikipedia, Thailand, Diperolehi pada 29 Jun 2009 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Thailand

Wikipedia, Government of Thailand, Diperolehi pada 29 Jun 2009 dari

http://en.wikipedia.org/wiki/Government_of_Thailand

Wikipedia, Malaysia, Diperolehi pada 29 Jun 2009 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia

Wikipedia, Mahathir Bin Mohamad, Diperolehi pada 29 Jun 2009 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohammad

Wikipedia, Raja Berpelembagaan, Diperolehi pada 29 Jun 2009 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_berperlembagaan

13AZMAN BIN SALLEH750312025163