PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai...

20
Page 1 PENGENALAN 1. PENGENALAN Buku Panduan Dalaman ini disediakan dengan tujuan memberi panduan dan pengetahuan kepada semua Pegawai Perubatan Pakar untuk mengikuti program Subkeparan ini secara sepenuh masa dengan tajaan Separa Biasiswa dan Hadiah Latihan Persekutuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia 1.1 Punca Kuasa dan Peraturan Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) melalui Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1 (LDP1) mula dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk menguruskan Cuti Belajar dan pengurusan biasiswa bagi semua pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengikuti kursus Subkepakaran berdasarkan : i. Surat penurunan kuasa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada Ketua Setiausaha (KSU), KKM ; ii. Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Yang Mengikuti Kursus Jangka Sederhana dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa yang dikeluarkan oleh JPA; iii. Pekeliling Perkhidmatan Bil.29 Tahun 2009; iv. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2009; v. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2009; vi. Pekeliling Perkhidmatan Bil.15 Tahun 2007; vii. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.14 Tahun 2007; dan viii. Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2002. PROGRAM SUBKEPAKARAN

Transcript of PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai...

Page 1: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 1 PENGENALAN

1. PENGENALAN

Buku Panduan Dalaman ini disediakan dengan tujuan memberi panduan dan

pengetahuan kepada semua Pegawai Perubatan Pakar untuk mengikuti program

Subkeparan ini secara sepenuh masa dengan tajaan Separa Biasiswa dan Hadiah

Latihan Persekutuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

1.1 Punca Kuasa dan Peraturan

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) melalui Unit Latihan Dalam

Perkhidmatan 1 (LDP1) mula dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk

menguruskan Cuti Belajar dan pengurusan biasiswa bagi semua pegawai

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengikuti kursus

Subkepakaran berdasarkan :

i. Surat penurunan kuasa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

kepada Ketua Setiausaha (KSU), KKM ;

ii. Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Yang

Mengikuti Kursus Jangka Sederhana dan Kursus Jangka Panjang

Secara Sepenuh Masa yang dikeluarkan oleh JPA;

iii. Pekeliling Perkhidmatan Bil.29 Tahun 2009;

iv. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2009;

v. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2009;

vi. Pekeliling Perkhidmatan Bil.15 Tahun 2007;

vii. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.14 Tahun 2007; dan

viii. Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2002.

PROGRAM SUBKEPAKARAN

Page 2: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 2 PENGENALAN

1.2 Prinsip-Prinsip Pemberian

Prinsip-prinsip asas pemberian kemudahan cuti belajar bagi latihan

subkepakaran adalah seperti berikut :

i. Kuasa melulus cuti belajar adalah di bawah tanggungjawab Ketua

Setiausaha, KKM selaras penurunan kuasa dari JPA;

ii. Cuti belajar boleh diberi kepada pegawai yang diluluskan mengikuti

kursus atau pengajian yang melebihi tiga (3) bulan. Bagi kursus yang

tempohnya tiga (3) bulan atau kurang, kelulusan menghadiri kursus

yang diberikan oleh Ketua Jabatan adalah dianggap sebagai cuti

menghadiri kursus;

iii. Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di

dalam atau luar negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti

kursus jangka sederhana atau jangka panjang yang berikutnya sama

ada di dalam atau luar negara selepas genap dua (2) tahun tamat

mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya;

iv. Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar kurang 12 bulan tetapi

melebihi 3 bulan di dalam atau luar negara, boleh dipertimbangkan

untuk mengikuti kursus jangka sederhana atau panjang yang

berikutnya sama ada di dalam atau luar negara selepas genap satu

(1) tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya;

v. Pegawai yang diluluskan untuk mengikuti pengajian atas

pembiayaan Badan Swasta, Badan Bukan Kerajaan, Badan

Antarabangsa atau Negara Asing boleh diberikan kemudahan cuti

belajar mengikut kelayakan masing-masing;

vi. Pegawai yang pernah diluluskan cuti belajar tetapi gagal kerana

kelemahan akademik tidak layak diberi kemudahan cuti belajar dari

kategori yang sama. Pegawai berkenaan hanya boleh

dipertimbangkan kemudahan cuti belajar di bawah kategori yang

lebih rendah daripada kategori cuti belajar yang telah diluluskan

sebelumnya;

PROGRAM SUBKEPAKARAN

Page 3: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

PENGENALAN

vii. Pegawai yang sedang bercuti belajar dan dikenakan tindakan

tatatertib/ disiplin atau tindakan mahkamah, akan ditamatkan cuti

belajar;

vii. Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti

kursus/ pengajian setelah diluluskan cuti belajar tidak layak

dipertimbangkan untuk kemudahan cuti belajar seterusnya;

ix. Pegawai yang ingin memohon kemudahan cuti belajar untuk Kursus

Jangka Panjang, kursus yang diikuti oleh pegawai mestilah pada

peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik yang telah

dimiliki;

x. Pegawai dalam Kumpulan Sokongan hanya boleh diberi kemudahan

cuti belajar untuk pengajian peringkat Sijil, Diploma dan/ atau Ijazah

Pertama sahaja;

xi. Tempoh cuti belajar tidak boleh diambil kira sebagai tempoh

sedang berkhidmat bagi tujuan menyelesaikan tempoh ikatan

perjanjian sebelumnya atau tempoh perkhidmatan wajib seperti

yang diperuntukkan oleh undang-undang melainkan dinyatakan

sebaliknya; dan

xii. Pegawai yang diluluskan cuti belajar masih tertakluk kepada

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

1993 dan lain-lain peraturan yang berkuatkuasa.

PROGRAM SUBKEPAKARAN

Page 3

Page 4: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 4 PELAKSANAAN PROGRAM SUBKEPAKARAN

2. PELAKSANAAN PROGRAM SUBKEPAKARAN

2.1 Slot

Tawaran bagi program Subkepakaran adalah sebanyak 150 slot setahun

dan bilangan ini juga adalah tertakluk kepada kekosongan tempat latihan

bagi bidang Subkepakaran yang di pohon.

2.2 Kaedah Latihan

Program Subkepakaran ini dilaksanakan menerusi dua (2) kaedah iaitu :

2.2.1 KOMBINASI DALAM DAN LUAR NEGARA

Latihan ini dijalankan di dalam negara terlebih dahulu bagi tempoh

dua (2) atau tiga (3) tahun dan satu (1) tahun di luar negara dalam

bidang berkaitan.

2.2.2 SEPENUHNYA DALAM NEGARA

Latihan ini dijalankan sepenuhnya di dalam negara sahaja bagi

tempoh tiga (3) atau empat (4) tahun di hospital KKM yang dikenal

pasti.

2.3 Elaun dan Kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan

(HLP)

2.3.1 Calon-calon dalam pengajian adalah layak dibayar Elaun dan

Kemudahan HLP mengikut kaedah latihan yang diikuti. Segala

urusan pembayaran elaun dan tuntutan adalah dibawah

tanggungjawab BPL, KKM.

2.3.2 Kemudahan yang diberikan adalah seperti berikut :-

Separa Biasiswa

Kemudahan ini diberikan kepada pegawai yang menjalani latihan

subkepakaran di dalam negara dan sepanjang tempoh tersebut

pegawai adalah dikira sedang berkhidmat.

PROGRAM SUBKEPAKARAN

Page 5: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 5

ii. Separa Biasiswa & Cuti Belajar Bergaji

Penuh (CBBP) dengan Hadiah Latihan

Persekutuan (HLP)

Kemudahan ini diberikan kepada pegawai yang menjalani

latihan subkepakaran secara kombinasi (dalam&luar negara)

dimana semasa didalam negara akan menerima separa

biasiswa dan semasa di negara luar negara akan menerima

CBBP dengan HLP untuk tempoh 9 bulan pertama manakala 3

bulan seterusnya pegawai hanya akan diberikan CBBP.

2.3.3 Sepanjang tempoh berkenaan perkhidmatan pegawai adalah layak

diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah pencen dan

kenaikan pangkat.

2.3.4 Maklumat tajaan sepenuhnya, boleh dirujuk didalam dibahagian

Syarat-Syarat dan Kemudahan Tajaan bagi Program Subkepakaran.

2.4 Tuntutan dan Bayaran

2.4.1 Calon-calon hendaklah menggunakan borang tuntutan yang

disediakan dan dikemukakan kepada BPL, KKM selewat-lewatnya

sebelum 10hb bulan berikutnya dalam tahun semasa. Sebarang

tuntutan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.

Contoh borang-borang tuntutan yang terlibat adalah seperti di

Lampiran .

2.4.2 Bayaran elaun dan HLP akan dibuat terus ke akaun calon. Calon

dikehendaki mengemukakan salinan muka depan buku bank yang

jelas mencatatkan nombor akaun dan alamat bank. Calon diingatkan

agar mengemukakan nombor akaun bank yang aktif seperti akaun

bank yang dimasukkan gaji setiap bulan. Ini adalah bertujuan bagi

mengelakkan sebarang gangguan semasa urusan pembayaran elaun/

HLP dibuat.

PROGRAM SUBKEPAKARAN

PELAKSANAAN PROGRAM SUBKEPAKARAN

Page 6: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 6

2.5 Ikatan Perjanjian

2.5.1 Pegawai dikehendaki menandatangani surat perjanjian sebelum

memulakan program Subkepakaran. Sekiranya pegawai tidak

menyempurnakan dan menandatangani perjanjian ini dalam tempoh

yang ditetapkan, maka tawaran ini akan ditarik balik.

2.5.2 Pegawai akan terikat dengan ikatan perjanjian selama tempoh yang

dinyatakan didalam surat perjanjian untuk berkhidmat dengan

Kerajaan Malaysia selepas tamat pengajian atau membayar gantirugi

sebanyak jumlah yang dinyatakan didalam surat perjanjian sekiranya

gagal berkhidmat dalam tempoh tersebut..

2.5.3. Jadual ikatan perjanjian adalah seperti dibawah :

PROGRAM SUBKEPAKARAN

PELAKSANAAN PROGRAM SUBKEPAKARAN

Program Subkepakaran

Tempoh Pengajian

Ikatan / Gantirugi

Sepenuhnya Dalam Negara

(Separa Biasiswa)

3 tahun atau 4 tahun

4 tahun atau

RM30,000.00

Kombinasi Dalam & Luar

Negara (Separa Biasiswa &

CBBP+ HLP)

2 tahun atau 3 tahun

+ 1 tahun

6 tahun atau

RM25,000.00 + Kos Sebenar

Luar Negara (CBBP + HLP)

6 bulan hingga 1 tahun 3 tahun atau

Kos Sebenar

Page 7: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 7 PERJALANAN PROGRAM SUBKEPAKARAN

3. PERJALANAN PROGRAM SUBKEPAKARAN

3.1 Latihan Sepenuhnya Dalam Negara

3.1.1 Mula Latihan

i. Pegawai dikehendaki mengembalikan dokumen yang lengkap

termasuk surat perjanjian sebelum memulakan latihan

dimana hanya pegawai yang berbuat demikian sahaja

dibenarkan memulakan latihan dengan membawa surat

arahan lapor diri yang dikeluarkan oleh BPL

ii. Pegawai dikehendaki mengemukakan borang pengesahan

kehadiran yang telah disahkan oleh penyelia ke BPL dalam

tempoh 5 hari daripada tarikh lapor diri. Borang ini

disertakan bersama-sama dengan surat arahan lapor diri.

iii. Pegawai dikehendaki memulakan program ini mengikut

tarikh yang ditetapkan iaitu pada 1 Januari (intake Januari )

atau 1 Julai (intake Julai) tanpa sebarang penanggguhan.

iv. Pegawai yang ditawarkan mengikuti program ini, hendaklah

mematuhi tempoh kelulusan yang diberikan sepertimana

surat kelulusan rasmi yang dikeluarkan oleh KKM samada 36

bulan atau 48 bulan sahaja.

v. Mana-mana penempatan latihan (attachment) yang melebihi

12 bulan ( kecuali pegawai daripada Sabah dan Sarawak )

akan diposting keluar ke Jabatan baru bagi memudahkan

urusan pentadbiran.

PROGRAM SUBKEPAKARAN

Page 8: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 8 PERJALANAN PROGRAM SUBKEPAKARAN

3.1.2 Pergerakan Pegawai

i. Program subkepakaran dijalankan sepenuhnya di Hospital

KKM atau Institusi Latihan yang dikenalpasti dan pergerakan

pegawai adalah berpandukan kepada Pelan Latihan dimana

pegawai hendaklah mematuhi penempatan tempat dan

tempoh masa latihan yang telah ditetapkan sepanjang

program ini berjalan

ii. Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab memaklumkan

dengan segera dalam tempoh 14 hari ke BPP sekiranya

terdapat perubahan kepada Pelan Latihan bagi memastikan

ia selari dengan penempatan sebenar pegawai.

3.1.3 Penangguhan dan Perlanjutan

i. Pegawai yang gagal mengikut tempoh latihan dan

memerlukan penangguhan perlu memohon kepada BPL

dengan mengemukakan permohonan selewat-lewatnya tiga

(3) bulan sebelum dengan mengemukakan dokumen seperti

berikut :-

Permohonan secara rasmi daripada pegawai dengan

menyatakan alasan penangguhan serta bukti ( surat/emel)

Surat sokongan/pengesahan daripada Ketua Perkhidmatan /

Penyelia

ii. Permohonan adalah tertakluk kepada sokongan Ketua

Perkhidmatan dan kelulusan KKM bagi alasan-alasan tertentu

sahaja seperti cuti sakit, cuti bersalin dan mengerjakan haji.

iii. Penangguhan yang dibenarkan adalah tidak melebihi 12

bulan dan sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi

12 bulan, pegawai akan diarahkan memulakan semula latihan

daripada peringkat awal.

iv. Kemudahan elaun/HLP tidak dibayar sepanjang tempoh

penangguhan walaubagaimanapun bayaran ini akan dibuat

semula apabila latihan kembali disambung.

PROGRAM SUBKEPAKARAN

Page 9: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 9 PERJALANAN PROGRAM SUBKEPAKARAN

v. Didalam program Subkepakaran, tempoh perlanjutan yang

dibenarkan hanyalah berdasarkan kepada tempoh

penangguhan yang diluluskan sebelum ini sahaja

3.2 Latihan Secara Kombinasi Dalam & Luar Negara

3.2.1 Bagi latihan secara Kombinasi di dalam dan luar negara, pegawai

akan mengikuti latihan didalam negara terlebih dahulu sebelum ke

luar negara berdasarkan Pelan Latihan yang disediakan. Pegawai

tidak dibenarkan keluar negara tanpa mengikuti latihan didalam

negara terlebih dahulu.

3.2.2 Perjalanan latihan semasa didalam negara adalah

seperti para 3.1.

3.2.3 Mula Latihan ke Luar Negara

i. Pegawai dikehendaki memaklumkan kepada BPL sekiranya

hendak menjalani latihan di luar negara (berpandukan Pelan

Latihan) dengan mengemukakan :

Surat pemakluman (emel) daripada pegawai;

Surat tawaran daripada Institusi Latihan (luar negara)

Surat kebenaran/pengesahan daripada Ketua Perkhidmatan;

terhadap tawaran yang diterima;

Payslip gaji yang terkini dan

Menghadiri kursus kenegaraan (BTN). BPL akan menguruskan

permohonan pegawai untuk menghadiri kursus ini. Pegawai

tidak dibenarkan keluar negara sekiranya gagal menghadiri

kursus BTN terlebih dahulu.

ii. BPL akan mengambil tindakan dengan mengeluarkan surat

Financial Affidavit kepada pegawai. Financial Affidavit adalah

merupakan surat pengesahan tajaan daripada kerajaan yang

merangkumi elaun-elaun HLP termasuk emolumen (sedia

PROGRAM SUBKEPAKARAN

Page 10: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 10 PERJALANAN PROGRAM SUBKEPAKARAN

ada) yang diterima oleh pegawai. Surat ini akan diperlukan

semasa permohonan visa.

iii. Pegawai hanya dibenarkan keluar negara selepas

mengemukakan surat kelulusan visa

3.2.4 Pergerakan Pegawai

i. Pegawai harus memastikan penempatan diluar negara

adalah bertepatan dengan tempoh masa yang ditetapkan

sepertimana yang tertera di Pelan Latihan.

ii. Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab memaklumkan

dengan segera dalam tempoh 14 hari ke BPP sekiranya

terdapat perubahan kepada Pelan Latihan bagi memastikan

ia selari dengan penempatan sebenar pegawai.

3.2.5 Penangguhan dan Perlanjutan di Luar Negara

i. Pegawai yang tidak dapat keluar negara pada tahun semasa

(berpandukan Pelan Latihan) hanya dibenarkan membuat

penangguhan ke tahun yang berikutnya sahaja.

ii. Pegawai yang ingin mengikuti latihan melebihi 12 bulan perlu

mendapat sokongan daripada Ketua Perkhidmatan terlebih

dahulu sebelum membuat permohonan ke BPL dengan

mengemukakan :-

surat permohonan daripada pegawai sendiri bersertakan

alasan

Surat sokongan daripada Ketua Perkhidmatan

Surat sokongan daripada Penyelia (diluar negara)

Surat tawaran yang mengesahkan tempoh perlanjutan yang

dibenarkan

iii. Pegawai yang diluluskan perlanjutan diluar negara hanya

diberikan kemudahan Cuti Belajar Tanpa Gaji sahaja (tidak

melebihi 12 bulan).

PROGRAM SUBKEPAKARAN

Page 11: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 11 PERJALANAN PROGRAM SUBKEPAKARAN

3.2.6 Dasar Penempatan Latihan

i. Tempoh minimum untuk mengikuti latihan diluar negara

adalah 3 bulan dan tempoh maksimum adalah 12 bulan.

ii. Pegawai yang memilih untuk mengikuti latihan diluar negara

di dua negara atau lebih, perlu mengemukakan surat

penjelasan atas pemilihan tersebut dan perlu disokong oleh

Ketua Perkhidmatan.

iii. Sekiranya pegawai diluluskan untuk mengikut latihan diluar

negar di dua negara atau lebih, pegawai masih terikat

dengan terma dan syarat pembayaran elaun HLP. Perkara ini

akan dinyatakan didalam surat kelulusan rasmi yang

dikeluarkan. Pemakluman ini dibuat agar pegawai berkenaan

tidak menghadapi masalah kewangan semasa berada di

negara-negara tersebut.

iv. Tempoh latihan antara negara-negara yang dipilih hendaklah

berterusan dan tidak boleh putus.

v. Bagi tujuan keberkesanan kursus di luar negara, pegawai

mesti mendapat tawaran latihan secara Clinical (Hands on

Training) dan bukannya sebagai pemerhati (Observation)

sahaja semasa berada diluar negara.

vi. Ketua Perkhidmatan perlu mengemukakan surat sokongan/

kebenaran kepada pegawai atas tawaran luar negara yang

diterima dari aspek jenis latihan yang ditawarkan, tempat

latihan dan tempoh masa.

3.2.7 Lapor Diri

i. Pegawai yang tamat latihan diluar negara dikehendaki

melapor diri ke BPL dalam tempoh 7 hari selepas tamat

tempoh cuti belajar yang diluluskan bagi tujuan penamatan

latihan di luar negara.

ii. Pegawai boleh memohon cuti tanpa rekod selama 7 hari

(maksimum) untuk tempoh perjalanan semasa hendak keluar

negara dan semasa balik semula ke Malaysia.

PROGRAM SUBKEPAKARAN

Page 12: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 12 PERJALANAN PROGRAM SUBKEPAKARAN

iii. Pegawai hendaklah memohon cuti ini terlebih dahulu

daripada Ketua Jabatan masing-masing. Kelulusan adalah

dibawah bidang kuasa Ketua Jabatan.

3.2.8 Penempatan Semula

Bagi pegawai yang telah tamat latihan diluar negara dan masih

belum tamat tempoh latihan Subkepakaran akan ditempatkan

semula ke tempat latihan didalam negara berdasarkan Pelan Latihan

yang telah disediakan sehingga tamat tempoh latihan.

3.2.9 Tamat Tempoh Latihan

Bagi pegawai yang tamat latihan diluar negara dan tamat tempoh

latihan Subkepakaran selama 36 bulan atau 48 bulan, akan dibuat

pengesahan tamat latihan dan ditempatkan semula ke Jabatan.

3.2.10 Kursus Kenegaraan Biro Tatanegara

Pihak Jabatan Perdana Menteri telah menetapkan bahawa semua

pegawai Kerajaan yang akan mengikuti kursus di luar negara untuk

tempoh melebihi tiga (3) bulan diwajibkan mengikuti Kursus

Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri.

Kegagalan mengikuti kursus ini akan menyebabkan pegawai tidak

dibenarkan berlepas ke luar negara.

3.2.11 Laporan Penilaian Kursus

Pegawai dikehendaki melengkapkan laporan penilaian kursus

mengunakan Borang KKM LDP 1/2008 dan mengemukakannya ke

BPL semasa pegawai lapor diri di BPLselepas tamat kursus di luar

negara.

PROGRAM SUBKEPAKARAN

Page 13: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 13 PERJALANAN PROGRAM SUBKEPAKARAN

4. GAJI DAN EMOLUMEN

Pegawai adalah layak menerima kemudahan gaji dan semua elaun seperti yang

diterima sedia ada sepanjang mengikuti latihan subkepakaran kecuali semasa

menjalani latihan Subkepakaran di luar negara dimana Elaun Kritikal tidak dibayar.

Pembayaran ini akan dilakukan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) pegawai masing-

masing.

5.. KELAYAKAN CUTI

5.1 Pegawai adalah layak menikmati semua kemudahan cuti berdasarkan

Perintah Am Bab C.

5.2 Pegawai boleh memohon cuti berkursus daripada Ketua Jabatan masing-

masing tidak melebihi tujuh (7) hari bagi kursus di luar negara dan tiga (3)

hari bagi kursus di dalam negara sebelum dan selepas mengikuti pengajian

dengan syarat :

i. bagi tempoh perjalanan ke tempat belajar dan perjalanan balik

selepas kursus mengikut jalan yang paling dekat;

ii. bagi tempoh menunggu di luar negeri yang tidak dapat dielakkan

yang disebabkan oleh urusan-urusan perjalanan tempatan

(Perintah Am Bab C 36); dan

iii. semasa dalam tempoh penangguhan latihan, kelayakan cuti pegawai

adalah mengikut kemudahan cuti di bawah Perintah Am Bab C.

PROGRAM SUBKEPAKARAN

Page 14: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 14 PERJALANAN PROGRAM SUBKEPAKARAN

6. PENERIMAAN GAJI, BAYARAN DAN LAIN–LAIN ELAUN DARI PIHAK LUAR

Jika pegawai menerima apa-apa bayaran gaji/elaun atau apa-apa bayaran daripada

mana-mana pihak selain Kerajaan semasa mengikuti latihan subkepakaran, jumlah

yang diterima itu akan ditolak daripada bayaran gaji/elaun yang dibayar oleh

Kerajaan kepada pegawai. Pegawai diminta untuk memaklumkan mengenai

bayaran gaji/elaun yang diterima kepada BPL supaya potongan boleh dibuat

dengan sewajarnya. Sekiranya diketahui terdapat pegawai yang menerima bayaran

gaji/elaun yang dimaksudkan di atas tetapi tidak memaklumkan kepada BPL

tindakan tatatertib sewajarnya akan diambil dan kemudahan separa biasiswa ini

akan ditarik balik.

PROGRAM SUBKEPAKARAN

Page 15: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 15 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI

7 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI

Pegawai adalah bertanggungjawab untuk :

7.1 Memaklumkan dari masa ke semasa kepada BPL, sebarang pertukaran

seperti alamat surat-menyurat, nombor telefon dan maklumat akaun bank;

7.2 Pegawai bertanggungjawab untuk terus meningkatkan ilmu pengetahuan

bagi mencapai kompetensi yang dikehendaki dalam sub bidang tertentu;

7.3 Semasa mengikuti latihan, pegawai juga merupakan pegawai yang sedang

berkhidmat dan masih perlu menjalankan kerja-kerja klinikal;

7.4 Pegawai perlu mengikuti kitaran latihan yang telah ditetapkan mengikut

Pelan Latihan yang disediakan oleh Ketua Perkhidamtan dimana pegawai

akan diberi tanggungjawab professional secara berperingkat di bawah

pengawasan seorang penyelia berdasarkan kepada tahap latihan,kebolehan

dan pengalaman pegawai;

7.5 Pegawai perlu mempunyai kebolehan atau skil seperti berikut:

i. Skil klinikal yang meliputi penyediaan dan penyimpanan rekod

perubatan, kebolehan membuat keputusan dan kebolehan

mentadbir;

ii. Skil teknikal di mana penilaian dibuat dari segi kefahaman dan

kebolehan menjalankan sesuatu prosedur. Kepakaran di dalam skil

tersebut termasuk kefahaman tentang keperluan, larangan dan

komplikasi daripada prosedur yang dijalankan dan kebolehan

untuk membuat kesimpulan daripada keputusan yang diperolehi;

iii. Sikap yang professional dan skil interpersonal yang penting dalam

hubungan dengan pesakit dan rakan sekerja.

7.6 Pegawai perlu mengikuti kursus, seminar, tutorial dan sebarang CME yang

berkaitan disepanjang program latihan;

7.7 Pegawai akan terlibat dalam menyediakan sekurang-kurangnya satu (1)

research project yang disiarkan di journal dalam negara atau luar negara;

PROGRAM SUBKEPAKARAN

Page 16: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 16 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI

7.8 Pegawai perlu terlibat dalam mengajar dan mendidik pegawai perubatan

yang baru dilantik dan kakitangan paramedik

7.9 Pegawai perlu mengisi buku log semasa menjalankan latihan yang meliputi:

i. statistik pembedahan atau prosedur serta hasil/keputusan daripada

pembedahan dan sebarang prosedur yang dijalankan; dan

ii. aktiviti pembelajaran merangkumi research, pembentangan kes,

kehadiran di dalam kursus, seminar dan bengkel yang berkaitan.

7.10 Semasa penempatan pegawai di hospital lain bagi menjalani rotasi

(rotation) kepakaran bagi tempoh kurang 12 bulan, pegawai adalah

dianggap menjalani penempatan sementara dan masih mengekalkan

jawatan di hospital semasa. Pegawai perlu memaklumkan kepada BPL

mengenai perkara ini sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum

penempatan sementara dibuat dengan mengemukakan surat arahan

penempatan ( Pelan Latihan );

7.11 Sekiranya pegawai gagal mengikut tempoh latihan dan memerlukan

penangguhan atau perlanjutan atau menarik diri daripada program,

pegawai perlu memohon kepada BPL dengan mengemukakan permohonan

selewat–lewatnya tiga (3) bulan sebelum dengan mengemukakan perkara-

perkara berikut :

i. surat permohonan pegawai beserta sebab-sebab yang munasabah;

ii. surat pengesahan daripada Penyelia / Ketua Perkhidmatan dan

Iii. salinan buku log latihan.

7.12 Melapor diri dengan serta-merta di BPL setelah tamat latihan atau

ditamatkan atau menarik diri untuk penempatan semula.

7.13 Bagi pegawai yang memutuskan untuk meletakkan jawatan semasa dalam

tempoh latihan hendaklah menyampaikan notis pemberitahuan mengikut

peraturan yang ditetapkan dalam syarat-syarat perkhidmatan masing-

masing kepada PTJ yang membayar gaji dan satu (1) salinan dikemukakan

kepada BPL ; dan

PROGRAM SUBKEPAKARAN

Page 17: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 17 TATATERTIIB , PENARIKAN DIRI DARI PROGRAM DAN PERLETAKAN JAWATAN

7.14 Semasa mengikuti latihan pegawai perlu mengisi borang Laporan Nilaian

Prestasi Tahunan (LNPT) dan P.S.D Form bagi tujuan pergerakan gaji

tahunan dan perlu dihantar kepada PTJ masing-masing.

7.15 Pegawai dikehendaki melengkapkan laporan penilaian kursus mengunakan

Borang KKM LDP 1/2008 semasa datang untuk lapor diri di BPL selepas

tamat kursus.

8. TATATERTIB

Semasa tempoh HLP ini, pegawai mestilah sentiasa mengutamakan tanggungjawab

profesion dan berkelakuan selaras dan seimbang dengan tangggungjawab sebagai

seorang penjawat awam terhadap Kerajaan Malaysia. Jika didapati pegawai terlibat

dengan sesuatu kegiatan dan mengeluarkan kenyataan atau penerbitan yang tidak

bertanggungjawab, termasuk melanggar syarat-syarat HLP ini, maka tawaran ini

akan ditarik balik dan tindakan tatatertib akan dikenakan selaras dengan

peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993.

9 PENARIKAN DIRI DARI PROGRAM DAN PENAMATAN LATIHAN

9.1 Pegawai-pegawai yang menarik diri daripada program atau ditamatkan

latihan dikehendaki melaporkan diri ke BPL, KKM dengan serta merta bagi

membolehkan penempatan semula dibuat;

9.2 Pegawai-pegawai yang ingin menarik diri dari latihan hendaklah

mengemukakan surat permohonan dengan alasan yang munasabah serta

surat pengesahan daripada Ketua Perkhidmatan semasa melaporkan diri di

Bahagian Pengurusan Latihan KKM;

9.3 Adalah diingatkan pegawai-pegawai yang menarik diri/ditamatkan

pengajian atas apa-apa alasan tidak lagi dipertimbangkan Hadiah Latihan

Persekutuan (HLP) di masa akan datang (mengikuti polisi JPA).

PROGRAM SUBKEPAKARAN

Page 18: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 18 TAMAT LATIHAN DAN PENEMPATAN SEMULA KE JABATAN

10. PERLETAKAN JAWATAN

Pegawai-pegawai yang memutuskan untuk meletak jawatan semasa dalam tempoh

latihan hendaklah menyampaikan notis pemberitahuan mengikut peraturan yang

ditetapkan dalam syarat-syarat perkhidmatan masing-masing kepada PTJ yang

membayar gaji dan satu salinannya dikemukakan ke BPL, KKM.

11. TAMAT LATIHAN

Pegawai yang tamat latihan dimestikan melaporkan diri dengan serta merta kepada

BPL bagi tujuan penamatan latihan.

12. PENEMPATAN SEMULA KE JABATAN

Selepas Melapor diri di BPL, pegawai seterusnya akan ke BPP bagi pengesahan

penempatan tempat bertugas sebelum ke Bahagian Sumber Manusia bagi

penempatan semula ke Jabatan.

13. PENILAIAN KERJA PEGAWAI SELEPAS TAMAT LATIHAN

13.1 Pada akhir program latihan, Penyelia akan menyediakan satu laporan

berkaitan prestasi pegawai, penilaian adalah berdasarkan buku log dan

sebarang perkara yang berkaitan dengan pegawai

13.2 Pegawai perlu memohon untuk penganugerahan sijil atau pewartaan

semula dimana pegawai juga dikehendaki menghadiri satu sesi viva-voce

sebagai sebahagian daripada penilaian kursus.

PROGRAM SUBKEPAKARAN

Page 19: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 19 TINDAKAN PENALTI KEPADA PEMEGANG BIASISWA

14. TINDAKAN PENALTI KEPADA PEMEGANG BIASISWA DALAM PERKHIDMATAN

YANG GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN DENGAN JAYA

14.1 Berkuatkuasa kepada semua pegawai yang memulakan pengajian mulai 1

Januari 2012, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menggariskan Dasar

Pelaksanaan Tindakan Penalti Kepada Pemegang Biasiswa Dalam

Perkhidmatan Yang Gagal Menamatkan Pengajian Dengan Jaya.

14.2 Bagi penerima biasiswa dalam perkhidmatan yang gagal tamat pengajian

dengan jaya, tindakan penalti akan dikenakan seperti di Lampiran.

14.3 Kutipan balik gantirugi akan dibuat sebaik sahaja pegawai ditamatkan

penajaan kerana gagal menamatkan pengajian dengan jaya.

15. HAK KERAJAAN

Sekiranya pegawai ingkar dan tidak mematuhi mana-mana syarat, Kerajaan berhak

menarik balik kemudahan ini. Walau bagaimanapun peruntukan yang dinyatakan

dalam syarat-syarat ini, Kerajaan berhak meminda syarat-syarat kemudahan ini dari

semasa ke semasa tanpa memberi notis dan pegawai adalah tertakluk kepada

pindaan-pindaan tersebut. Kerajaan juga berhak menarik balik kemudahan ini

tanpa memberikan sebarang sebab

PROGRAM SUBKEPAKARAN

Page 20: PENGENALAN - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/Ldp1-Program Subkepakaran.pdf · Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti kursus/ pengajian setelah

Page 20 Document Title

16. PENJELASAN LANJUT DAN KEMUSYKILAN

Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh dirujuk di :

i. Pn. Noraisah Jaafar : 03-88850660

[email protected]

ii. Pn Siti Sarah Abd Khalid : 03-88850600 ext : 6196

[email protected]

( Subkepakaran di dalam negara )

Iii. Cik Salazehan Abdul Malek : 03-88850600 ext: 0694

[email protected]

( Subkepakaran di luar negara )

No. faksimili : 03-88850746

PROGRAM SUBKEPAKARAN

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1

Bahagian Pengurusan Latihan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 6, No.26 Persiaran Perdana

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62675 Putrajaya