Pengenalan tentang pencemaran alam sekitar

3
Pengenalan Tentang Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran: kemasukan bahan pencemaran seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam & ekosistem, serta mengganggu ameniti & penggunaan halal alam sekitar. Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara lansung/tidak lansung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi/aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan/meletakkan keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan/kebajikan awam atau organisma organisma lain, tumbuhan & haiwan. Bentuk Pencemaran Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi: Pencemaran Udara, iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klurofluorokarbon(CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri. Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutropikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik. Pencemaran Tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran Radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling. Pencemaran Bunyi, yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB. Pencemaran Cahaya yang disebabkan penyinaran(iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar. Pencemaran Terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dan papan iklan, Pencemaran Visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampar tebiar dan papa iklan. Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintor golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab cinta akan negara.

Transcript of Pengenalan tentang pencemaran alam sekitar

Page 1: Pengenalan tentang pencemaran alam sekitar

Pengenalan Tentang Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran: kemasukan bahan pencemaran seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga

ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan

kesihatan manusia, mengancam sumber alam & ekosistem, serta mengganggu ameniti &

penggunaan halal alam sekitar. Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang

perubahan sama ada secara lansung/tidak lansung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi/aras

sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan/meletakkan

keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan/kebajikan awam atau

organisma organisma lain, tumbuhan & haiwan.

Bentuk Pencemaran

Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi:

Pencemaran Udara, iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam

atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida,

klurofluorokarbon(CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.

Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau

fenomena eutropikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi

biologi, kimia atau fizik.

Pencemaran Tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan

racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.

Pencemaran Radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.

Pencemaran Bunyi, yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi

80 dB.

Pencemaran Cahaya yang disebabkan penyinaran(iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar.

Pencemaran Terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air

sebagai bahan pendingin dan papan iklan,

Pencemaran Visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk

sampar tebiar dan papa iklan.

Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula

jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga

disebabkan sikap segelintor golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab

cinta akan negara.

Page 2: Pengenalan tentang pencemaran alam sekitar

Kesan Pembakaran Bahan Api Fosil.

1. Korbon monoksida mengurangkan keupayaan sel darah merah mengangkut oksigen

meyebabkan sakit kepala, keletihan, kerosakan minda, membawa maut.

2. Sulfur dioksida dan nitrogen dioksida larut dalam air hujan, hujan asid akan berlaku. Hujan

asid memusnahkan hutan dan ekosistem akuatik.

3. Karbon dioksida dan gas rumah hijau yang tinggi dalam atmosfera menyebabkan pemanasan

global.

Cara Mengatasi ~ Memasang cerobong asap yang tinggi

~ Penguatkuasaan undang-undang dengan mengenakan tindakan yang tegas terhadap kilang

yang tidak mematuhi peraturan

~ Kerjasama Sejagat

Kesan Industri Sisa Toksik

1. Logam berat seperti merkuri merosakkan otak dan ginjal. Logam ini juga menyebabkan

kecacatan pada bayi.

2. Kawalan yang tidak cekap membahayakan nyawa manusia.

3. Pendedahan kepada toksik seperti merkuri menyebabkan masalah penyakit saraf, masalah

pergerakan, kehilangan selera makan, masalah pendengaran dan penglihatan.

Cara Mengatasi ~ Proses biologi ( Tindak balas mikroorganisma menghuraikan komponen organik kepada

karbon dioksida, air dan sisa organik lain dalam sisa berkenaan)

Proses fisiko-kimia ( Pencampuran bahan penambah tertentu dengan sisa untuk menghadkan

perebakan sisa dan kurangkan tahap ketoksikan sisa contohnya; pengekstrakan wap tanah,

penyerapan karbon & pengoksidaan oksigen)

~ Proses terma (penimbusan tanah ke atas sisa toksik supaya pelepasan bahan pencemar

kepersekitaran dapat diminimumkan.

Kesan Sisa Industri Pertanian 1. Pendedahan kepada pestisid dalam jangka masa yang panjang menyebabkan kanser dan

kecacatan pada bayi.

2. Baja berlebihan menyebabkan eutrofikasi (pertumbuhan alga yang pesat di dalam tasik @

sungai yang disebabkan oleh pembajaan berlebihan)

3. Pembuangan sisa organik menggalakan pembiakan vektor penyakit seperti tikus dan lalat. Gas

metana akan dibebaskan apabila sisa organik diuraikan oleh mikroorganisma.

Cara Mengatasi ~ Sisa indutri pertanian boleh digunakan semula oleh industri yang lain. Contohnya sisa organik

daripada pemprosesan kelapa boleh digunakan untuk membuat perabot

~ Penguatkuasaan undang-undang. Akta-Akta yang berkaitan dengan pengawalan sisa industri

telah diluluskan oleh parlimen Malaysia antaranya, Akta Racun Makhluk Perosak.

~ Kerjasama sejagat dalam menjaga kebersihan alam sekitar

Page 3: Pengenalan tentang pencemaran alam sekitar

Kesimpulan

Punca pencemaran termasuklah pembakaran api fosil, sisa dari industri kimia, sisa radioaktif,

dan sisa pertanian. Aktiviti-aktiviti ini menghasilkan bahan sisa sebagai hasil sampingan.

Pengurusan bahan sisa industri yang tidak cekap akan menyebabkan pencemaran alam sekitar

dan seterusnya mengancam kesihatan hidupan serta menyebabkan pelbagai masalah persekitaran

berlaku seperti hujan asid, pemanasan global, dan eutrofikasi (pertumbuhan alga yang pesat di

dalam tasik atau sungai yang disebabkan oleh pembajaan yang berlebihan). Pencemaran alam

sekitar menjejaskan kesihatan manusia. Bahan-bahan pencemar menyebabkan kerengsaan pada

sistem respirasi menyebabkan asma dan bronchitis. Karbon monoksida mengurangkan

keupayaan sel darah merah mengangkut oksigen dan menyebabkan sakit kepala, keletihan,

kerosakan minda dan membawa maut. Logam berat seperti merkuri merosakkan otak dan ginjal

serta kecacatan pada bayi. Pendedahan kepada sinar radioaktif dan pestisid menyebabkan kanser,

mutasi dan kecacatan bayi. Pembuangan sisa organik menggalakan pembiakan vector penyakit

seperti tikus dan lalat. Gas metana dibebaskan apabila organik diuraikan oleh mikroorganisma.

Kaedah pengawalan pembuangan bahan sisa industri termasuklah penguatkuasaan undang-

undang ,aplikasi teknologi, pendidikan, dan kerjasama sejagat .