Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

65
Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya. Namun demikian senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh sebahagian pelajar walaupun sudah menjejakkan kaki di sekolah menengah.Oleh itu, guru mestilah menyedari kepentingan teori pemerolehan bahasa dan mengaplikasikanya dalam bilik darjah supaya pelajar danpat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Bayi dan kanak-kanak memperoleh bahasa secara berperingkat – peringkat. Apabila seorang bayi itu,turut bersama-samanya ialah alat fizikal yang sesuai untuk memperoleh bahasa.Perkembangan bahasa berlaku sedikit demi sedikit dan berperingkat mengikut perkembangan otaknya,iaitu hasil perkembangan fizikal bayi.Kanak- kanak akan belajar bahasa melalui interaksi tidak formal dalam kalangan persekitaran keluarga dan kemudian dalam masyarakat yang didiaminya. Terdapat lima teori pemerolehan bahasa iaitu Teori Mentalis,Teori kognitif,Teori intraksionalisme,Teori Konstruktivisme dan Teori Behavioris. Pengaplikasian teori teori 1

description

BMMTEORI PEMEROLEHA BAHASA

Transcript of Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Page 1: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa

Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di

sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar,

bertutur, membaca dan menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk

memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya.

Namun demikian senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi

menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh

sebahagian pelajar walaupun sudah menjejakkan kaki di sekolah menengah.Oleh itu,

guru mestilah menyedari kepentingan teori pemerolehan bahasa dan

mengaplikasikanya dalam bilik darjah supaya pelajar danpat menguasai kemahiran

berbahasa dengan baik.

Bayi dan kanak-kanak memperoleh bahasa secara berperingkat –peringkat.

Apabila seorang bayi itu,turut bersama-samanya ialah alat fizikal yang sesuai untuk

memperoleh bahasa.Perkembangan bahasa berlaku sedikit demi sedikit dan

berperingkat mengikut perkembangan otaknya,iaitu hasil perkembangan fizikal

bayi.Kanak-kanak akan belajar bahasa melalui interaksi tidak formal dalam kalangan

persekitaran keluarga dan kemudian dalam masyarakat yang didiaminya.

Terdapat lima teori pemerolehan bahasa iaitu Teori Mentalis,Teori kognitif,Teori

intraksionalisme,Teori Konstruktivisme dan Teori Behavioris. Pengaplikasian teori teori

ini dalam membantu guru meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran

dalam kelas.

Pendedahan kepada penggunaan bahasa di peringkat awal ini akan dipelajari

oleh kanak –kanak sedikit demi sedikit dari yang mudah kepada kompleks dan yang

konkrit kepada yang abstrak.Sebagi seorang guru bahasa,adalah guru itu mestilah

mempunyai pengetahuan tentang bagaimana proses pemerolehan dan pembelajaran

bahasa oleh seorang kanak-kanak.

1

Page 2: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Teori Behaviourisme

Teori behaviourisme atau mekanis lebih menekankan kepentingan persekitaran

dalam pembelajaran bahasa daripada fenomena mental.Aliran ini banyak dipengaruhi

oleh teori-teori dalam ilmu psikologi. Tokoh-tokoh berpendapat bahawa terdapat

hubungan yang rapat antara rangsangan dan gerak balas serta akan berlakunya

ulangan sekiranya gerak balas tersebut diberikan ganjaran ataupun peneguhan positif.

Tokoh behaviouris seperti Bloomfiled, Edward Sapir, dan Brooks menganggap

pembelajaran sebagai satu proses mekanis bagi membentuk kebiasaan.Skinner dan

Braine pula telah melanjutan teori behaviouris dan menekankan kepentingan pengaruh

persekitaran dalam pembelajaran bahasa.Sesuatu ujaran yang dilafazkan dan

diucapkan terbentuk disebabkan adanya rangsangan dalam bentuk bahasa dan bentuk

bukan bahasa.Bagi meneguhkan bentuk bentuk bahsa yang betul,bentuk-bentuk bahsa

mestilah diulangi berkali kali dan diberikan peneguhan positif oleh ibu-bapa,penjaga

dan pengasuh.Ini kerana proses ulangan memainkan peranan yang penting dalam

pemerolehan bahasa.

Ciri-ciri behaviouris adalah seperti berikut :

i. Pembelajaran ialah satu proses mekanis yang terjadi daripada perhubungan

antara rangsangan (stimulus) dengan gerak balas (respon)

ii. Sesuatu gerak balas akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran

iii. Sesuatu gerak balas yang diikuti dengan peneguhan yang positif akan lebih

sering diulangi

iv. sesuatu gerak balas yang sering diulangi akan membentuk pula kebiasaan

v. proses pembelajaran bahasa menekankan latihan dan pengulangan yang

banyak untuk membentuk kebiasaaan.Penguasaan bahasa adalah proses

mekanis yang memerlukan daya mental .

vi. pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta

merta .Pengukuhan yang diwujudkan adalah melalui ganjaran yang diberikan

kepada murid.

2

Page 3: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

vii. Latih tubi amat digalakkan dalam proses pembelajaran.Selain itu pengajaran

tatabahasa juga berdasarakan pendekatan induktif,iaitu dengar kemudian tutur.

viii. Pembelajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru,rakan dan

suasana serta iklim bilik darjah.

Prinsip-prinsip pengajaran bahasa berdasarkan falsafah aliran behaviourisme

1. Kemahiran bahasa yang diutamakan ialah kemahiran lisan,kemahiran bahasa

tulisan merupakan yang kedua terpenting.

Ini bermaksud bahawa pengajaran bahasa mestilah dimulakan dengan dengan

kemahiran lisan,kemudian diikuti dengan kemahiran bahasa tulisan.Oleh itu,guru

mestilah memastikan murid-murid dapat bertutur dalam bahasa melayu terlebih

dahulu sebelum dapat meneruskan pengajian secara lebih mendalam.Dalam hal

ini,murid mestilah menguasai sistem bunyi dan struktur bahasa kerana

kemahiran bahasa lisan merupakan asas bagi kemahiran bahasa yang lain,iaitu

membaca dan menulis.

2. Pengukuhan merupakan prasayarat penting dalam pembelajaran.

Pengukuhan merupakan elemen yang penting dalam pembentukan tingkah laku

yang berkesan.Misalnya,dalam pembelajaran sosial kanak-kanak,apabila kanak

kanak mengucapkan terima kasih,meminta tolong dan selamat petang dengan

sopan,mereka diberikan kata kata pujian,motivasi serta galakan dan .Dengan

ini,mereka akan mengulangi perbuatan tersebut dan menjadi sebahagian

daripada kebiasaan.

3. Latihan pembelajaran yang dikukuhkan

Maksud latihan disini merujuk kepada latihan ulangan satu-satu gerak balas

dengan satu-satu rangsangan.Latihan dan latih tubi mestilah dilakukan dalam

keadaan yang bermakna agar murid murid tidak berasa bosan dan tertaik untuk

meneruskan aktiviti dalam jangaka masa yang lama.Oleh itu,bahan bantu

mengajar amat penting dan memerlukan perhatian yang rapi daripada guru.

3

Page 4: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Kekuatan Teori Behaviorisme

      Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka.Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya.

      Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka.

      Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid.

      Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis.

    Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.

Kelemahan Teori Behaviourisme

      Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja.

      Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas.

      Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif.

Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan.

4

Page 5: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku.Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi jawapan yang dikehendaki guru.

Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka.Malah, mereka juga dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik.

5

Page 6: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Teori Mentalis

Teori Mentalis (pelopor – Bloomfield, Edward Sapir, Fries, Boas,Brooks dan

Chomsky)Ahli psikologi yang turut berpegang pada teori ini termasuklah B.F Skinner,

Pavlov, Hull dan Thorndike. Golongan mentalis berpendapat bahawa bahasa dikuasai

melalui proses pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah

menekankan latihan dan pengulangan yang banyak.Bagi meningkatkan kemahiran

bahasa, satu bentuk latihan mekanisme bersistem perlu dilakukan. Teori ini juga

mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta

suasana dalam bilik darjah.

Noam Chomsky memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif yang

bermaksud bahsa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi

manusia.Beliau juga berpendapat bahawa pemerolehan bahasa adalah suatu proses

pemikiran yang melibatkan mental.Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan

berfikir secara memproses dan menilai data tindakan dapat dilakukan.Sistem

pengolahan informasi dapat dikawal dengan baik oleh fikiran dan pengetahuan yang

sentiasa dalam berada dalam keadaan sedar.Kata Noam Chomsky,manusia dilahirkan

bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD. Alat

ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa.

Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;

i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama

ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan

(anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan

cara yang hampir sama )

iii.  proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau

emosi kanak-kanak.

iv.  tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan

sama.

6

Page 7: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan

keupayaan sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut

sistem bahasa yang mereka peroleh. Manakala prestasi ialah aspek penggunaan

bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusiaOleh hal yang demikian,

teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.

Terdapat beberapa kebaikan dapat pengaplikasian Teori Mentalis dalam proses

pemerolehan kanak- kanak.Antaranya adalah:

a. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu

pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan

murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru

dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.

b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid

berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat,

kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.

c. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan

pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan

penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai

digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.

Walaubagaimanapun,teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang

kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang

diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir

menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar

dan bertutur).

7

Page 8: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Guru yang mengaplikasikan teori mentalis ini dalam pengajaran dan

pembelajaran akan melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan

kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara

berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran

membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata,

dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid

berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap.

Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10

kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai

kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin

menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran

akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria

tersebut.Secara keseluruhannya,teori mentalis ini wajar digunapakai untuk mencapai

objektif yang khusus dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia lebih memfokuskan

penguasaan dan pencapaian objektif pada stu-satu masa pengajaran.

8

Page 9: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Teori Konstruktivis

Berbeza dengan kedua-dua teori terdahulu, Konstruktivis merupakan satu teori

yang berpusatkan pelajar. Ini bermakna pelajar adalah bergerak secara aktif untuk

memastikan mereka dapat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini

mengetengahkan pendapat bahawa pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan

pengalaman sedia ada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu

menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada pelajar serta dapat

mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar. Pelajar pula

hendaklah mampu mempergunakan pengetahuan baru itu untuk kegunaan masa

hadapan. Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara, pemantau dan

penggubal disiplin. Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang baik kerana

pelajar akan lebih memahami sesuatu perkara itu sekiranya dia terlibat secara aktif.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat

memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan

insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya

mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh

tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai

kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya

kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat.

Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud

secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui

pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi

ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui

pengalaman, renungan dan pengabstrakan.

9

Page 10: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

2. Pengertian Konstruktivisime

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan

bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme

telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat

sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh

dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid

perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing.

Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar

untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu

aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan

dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara

terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina

sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang

membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus

mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru

telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat

mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina.

Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran

yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri

tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika

kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman

atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan

mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

10

Page 11: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan

bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga

menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran,

penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif

ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada

kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid

membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga

akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata

guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.Melalui

penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik

sains.

Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini,

guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan.

Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai

kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa

proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan

dalam kehidupan.Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru

sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-

galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan

dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri

sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan

menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang

fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai

hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab

membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna.

Guru tidak boleh belajar untuk murid,murid yang membina fahaman sendiri.Oleh itu,

Teori Konstruktivis menekankan cara untuk mengaitkan pengajaran dengan

pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang

11

Page 12: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

diajar. Jadi, dalam pengajaran kemahiran membaca bagi murid-murid yang

dimaksudkan, aktiviti pencetusan idea murid akan dilaksanakan terlebih dahulu

sebelum guru menerangkan sesuatu konsep atau mengajar kemahiran. Aktiviti

pencetusan idea ini boleh dilakukan melalui soal-jawab secara lisan antara guru dengan

murid. Sebagai contoh, guru meminta murid menyatakan apa yang telah mereka

pelajari sebelum ini atau meminta mereka membaca mengikut tahap kemahiran yang

telah diajar dalam pelajaran lepas. Melalui aktiviti ini, guru akan dapat mengesan

pencapaian murid dan seterusnya menyesuaikan pengetahuan tersebut dengan

pembelajaran yang baru.

12

Page 13: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Teori Intraksionalisme

Setiap teori yang dikemukakan ada pra dan kontranya, terdapat kelebihan dan

kelemahannya, begitu juga teori interaksionisme dalam dunia sosial ini.

Kelebihan

1. Merupakan interaksi sosial harian.Manusia saling berinteraksi didalam suasana dan

situasi harian dan memanfaatkan hubungan sosial mereka.

2. Individu berada dalam kelompok kecil dan bagaimana ia bertindak.Individu

berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan atau

matlamat.

3. Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan

sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial.

4. Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang

sangat pentin dan saling difahami oleh setiap individu sosial.

Kelemahan

1. Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh.

Ia hanya melihat pada satu aspek sahaja iaitu aspek interaksi sesama individu

masyarakat dan interaksi individu dengan kumpulan yang terlibat dalam sesuatu sistem.

Teori ini tidak melihat kepada aspek lain seperti masalah, konflik, fungsi dan peranan

sosial dalam kehidupan.

Walaubagaimana pun, teori interaksionisme ini hanyalah salah satu daripada

perspektif tentang pemahaman dan pemikiran tentang dunia sosial. Perbezaan

pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia dengan

masyarakat adalah tidak terbatas. Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh

memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan masyarakat. Tiada satu

perspektif dan teori yang memberi gambaran yang tepat dalam dunia sosial.

13

Page 14: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Teori Kognitif

Ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel yang

berpendapat bahawa pembelajaran adalah suatu proses dalaman yang berlaku dalam

akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku

manusia. Mereka menumpukan kajian pembelajaran dalam proses penyelesaian

masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori

Pembelajaran Kognitif adalah ditumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran

celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan

resepsi. Tokoh pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif yang juga dikenali

sebagai teori Gestalt adalah bertumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran

celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan

resepsi. Mengikut teori Gestalt yang bermaksud bentuk, pola atau tatarajah, manusia

mempunyai struktur kognitif dan dalam proses pembelajaran, otaknya akan menyusun

segala maklumat dalam ingatannya.

Tokoh-tokoh ini juga menekankan bahawa pembelajaran bukan percubaan

secara membabi buta tetapi mempunyai motif atau objektif tertentu. Ia bukan sahaja

perhubungan stimuli-tindak balas tetapi juga kefahaman terhadap keadaan dan perkara

pokoknya, demi melakukan proses pembelajaran. Dengan perkataan lain, sekiranya dia

tidak dapat mengenalpasti perhubungan perkara dan ertinya yang dipelajari, walaupun

melalui latihan berkali-kali, pembelajaran tidak akan berlaku.

Mengikut kajian tokoh-tokoh ini, pembelajaran hanya boleh berlaku adalah

berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk

mempelajari pengalaman baru, di samping mempunyai motif serta rela mengambil

inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

14

Page 15: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Teori Pembelajaran Gagne memperkenalkan 5 jenis atau peringkat

pembelajaran. Setiap jenis atau peringkat pembelajaran itu memerlukan arahan yang

berlainan. Faktor  luaran dan dalaman adalah berbeza mengikut setiap peringkat /jenis

pembelajaran. Keberkesanan utama pembelajaran pada peringkat ini adalah untuk

mengenalpasti keperluan dan pengisian bagi melengkapkan pembelajaran peringkat

tersebut.

Lima Peringkat Pembelajaran Gagne

1. Maklumat lisan – Kebolehan menggunakan simbol,label dan fakta dalam

pembelajaran.

2. Kemahiran Intelek – Mencari pendekatan untuk memperbaiki proses

pembelajaran dan pemikiran.

3.    Strategi Kognitif – Kebolehan memproses maklumat dan menyelesaikan

masalah (menguasai prosesnya)

4.    Kemahiran Motor- Memanipulasi dan kordinasi fizikal eg: menulis, berenang.

5.    Sikap – mempamerkan tingkah laku dan tindakan (didedahkan kepada role

modeldan   perbincangan yang berhemah dan menarik.

Lapan Syarat Pembelajaran Gagne

1.    Pembelajaran Isyarat  berlaku secara semulajadi .

Contoh: bunyi loceng menandakan murid rehat

2.    Pembelajaran rangsangan gerak balas merupakan satu proses peneguhan.

Contoh: Pujian diberikan bagi memotivasikan murid

3.    Pembelajaran melalui rangkaian iaitu satu gabungan beberapa rangsangan.

Contoh: permainan bola jaring

4.    Pertalian Bahasa, iaitu gabungan lebih daripada satu rangsangan,murid dapat

kaitkan yg dilihat dengan yang disebut (menulisàmenyebut)

5.    Pembelajaran diskriminasi iaitu pembelajaran yang dapat membezakan pelbagai

rangsangan walaupun kecil.

Contoh: Bezakan haiwan, kenal ciri-ciri.

15

Page 16: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

6.    Pembelajaran Konsep – Membina dan membentuk konsep melalui contoh yang

jelas.

Contoh: mengenal ciri-ciri haiwan mamalia

7.    Pembelajaran hukum – Gabungan dua atau lebih konsep untuk membentuk

hukum. Melibatkan rumus, prinsip, teori dan generalisasi (Contoh: Matematik)

8.    Pembelajaran penyelesaian masalah – Melibatkan prinsip dan rumus untuk

menyelesaikan masalah situasi baru.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM PROSES P&P

Teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam

proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses

kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu,

teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara

penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan

bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam

menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus

memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-

kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada

proses pembelajara nmurid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.

Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang

sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran

kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-

kanak tersebut beradadi alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang

memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M

iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah

dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.

16

Page 17: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat

semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-

perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia

dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang

berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-

masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun

tingkat umur mereka.

  Tambahan pula, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut

memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi

pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu,

apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-

murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali

pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.

Kesimpulannya,pembelajaran berlaku daripada yang konkrit kepada abstrak.

Pembelajaran juga mengutamakan murid keupayaan murid mencapai celik akal dalam

proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran, teori ini menekankan

proses penanggapan dan pemprosesan maklumat. Teori ini juga menekankan proses

peneguhan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih

berkesan

17

Page 18: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Definisi strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa.

Strategi pengajaran

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan

kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa

serta kemudahan secara optimum. Menurut Kamus Dewan 1998, strategi pengajaran

bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.Di dalam

konteks pendidikan pula,strategi pengajaran bermaksud kebijaksanaan pemilihan

pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu

pengajaran berdasarkan objektif pelajran yang telah ditentukan. Seseorang panglima

tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau

menyerang kubu musuhnya.Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara

Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan

untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi

peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-

kaedah untuk menyerang pihak musuh.

Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita

mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar

angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah

yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi

peperangan,rancangan yang rapi sebelum peperangan itu dimulakan juga dinamakan

sebagai strategi.Oleh itu,boleh disimpulkan disini bahawa strategi adalah satu urutan

dan rancangan yang dibuat sebelum satu-satu perkara dijalankan.

Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan

sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada

lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan

adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan

musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada

18

Page 19: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja.

Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna

tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada

kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab

strategi permainan tidak sesuai.Dalam hal ini,guru mestilah sedar bahawa pemilihan

strategi pengajaran yang betul dan sesuai amat penting dalam mencapai objektif

ataupun sasaran.Ini kerana,dengan penggunaan strategi yang sesuai,objektif ataupun

matlamat tidak dapat dicapai oleh guru.

fvfv

19

Strategi Pengajaran

Pemusatan murid:Murid memainkan

perananpenting dalam proses

pembelajaran,melalui strategi ni,murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam

aktiviti pembelajran beliau.Di dalam bilik

darjah guru merupkan pembimbing.

Pemusatan BBM:Bahan pelajaran memainkan peranan yang penting

dimana interaksi berlaku antara murid dengan

bahan dan guru dengan bahan.Untuk menjadikan

pengajaran bermakna dan berkesan,bahan yang

digunakan mestilah kreatif dan dapat menjana

perkembangan kognitif pelajar.

Pemusatan guru:Guru mengawal keadaan dan

berperanan sebagai ketua.Fokus pengajaran

ataupun aktiviti dimonopoli oleh guru.Menurut

Brpohy(1978),pendekatan ini merupakan suatu

pendekatan yang mudah dirancang dan diurus.

Page 20: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Pendekatan pengajaran

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk

mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata

pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Menurut Kamus

Dewan 1998, pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi

memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.Pendekatan-pendekatan wujud

berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian

yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran

di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan

untuk meneliti proses pengajaran.

  Apabila melihat konsep pendekatan iaitu cara mendekati sesuatu, ia merujuk

kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk  mencapai objektifnya.

Maka dengan itu dapatlah dikenalpasti akan kepentingan pendekatan dalam

pengajaran dan pembelajaran di mana sebagai guru yang mengajarkan sesuatu

kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Ini

kerana, dengan mengetahui latar belakang     mereka, guru tersebut dapat memilih dan

merancang pengajarannya dengan   menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak

boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang berlainan. Ini

dikhuatiri proses  pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak berkesan iaitu

tidak  mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau

keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan

pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan  pembelajaran

berlaku secara efektif.

20

Page 21: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Pendekatan Induktif

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.

Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran, khususnya matematik, sains dan bahasa.

Jenis pendekatan induktif

Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari siri segitiga yang sama daripada pelbagai segitiga.

Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.

Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu misalnya, mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisa terhadap struktur ayat-ayat bahasa.

Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.

21

Jenis-jenis pendekatan

Pendekatan Induktif

Pendekatan Deduktif Pendekatan integratif

Pendekatan eklektik

Page 22: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara induktif

Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh murid membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.

Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri.

Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti.

Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.

Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa.

Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan.

Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik kepada umum.

Pendekatan Deduktif

Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yag dikhususkan. Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui.

Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang komprehensif dan pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus.

Jenis pendekatan deduktif:

(a) Untuk penyelesaian masalah

Pendekatan deduktif banyak digunakan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya,

setelah murid mempelajari imbuhan “ber” mereka disuruh membuat beberapa ayat

dengan menggunakan imbuhan “ber”.

22

Page 23: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

(b) Untuk membuat generalisasi baru

Boleh digunakan untuk membuat generalisasi baru. Contohnya, setelah murid

mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka dibimbing menggunakan rumus itu

untuk mendapat rumus luas segitiga bersudut tegak.

(c) Untuk membukti hipotesis

Boleh digunakan untuk membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah

dipelajari. Contohnya, setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan

atas garis lurus mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil

tambah tig a sudut dalam sebuah segitiga.

Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara deduktif

Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih

dahulu.

Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip,

teorem atau teori agar membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau

hipotesis yang telah didedahkan.

Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah

atau membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan secara

mendalam.

Penggunaan pendekatan deduktif haruslah dilaksanakan mengikut prosedur

dengan tepat.

Proses menyelesaikan masalah atau untuk membuktikan hipotesis tidak terhad

kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip, rumus,hukum atau teori yang

telah dipelajari.

Guru sendiri tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau

menghuraikan cara membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti

soal-jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

23

Page 24: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Kaedah Pengajaran

Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk

melaksanakan sesuatu. Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu

siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik

dalam jangka pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati

sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

Kaedah adalah cara mengelola dan menggunakan teknik-teknik pengajaran, isi

kandungan, dan bahan bantuan mengajar oleh guru supaya objektif sesuatu pelajaran

itu tercapai. Kaedah merupakan satu siri perlakuan aktiviti yang berturutan dan berkait

antara satu sama lain dan dilaksanakan oleh guru untuk mencapai objektif pengajaran

dan pembelajaran. Contoh-contoh kaedah pengajaran yang boleh dikendalikan oleh

guru ialah kedah dapatan, projek, inkuiri, natural, nahu terjemahan, kaedah terus,

kaedah ajuk hafaz dan sebagainya. 

Mengikut Edward M. Anthony(1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar

keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada

sesuatu pendekatan yang dipilih. Huraian ini bermakna kaedah-kaedah yang dipilih

untuk proses pengajaran dan pembelajaran harus berlandaskan kepada suatu

pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip atau teori pembelajaran. 

Kaedah oral-aural (dengar-tutur)

Berdasarkan Kamarudin Hj. Husin(1997), beliau menyatakan kaedah oral-aural

atau kaedah dengar-tutur ini menggunakan diolag untuk dihafaz dan diikuti secara

ajukan. Kedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistik dan dilatih

tubi secara berulang kali. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan

memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Perkara yang menjadi objektif bagi

kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan

sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika gurunya buka penutur jati bahasa yang diajar itu. 

Alat pandang-dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk

dalam situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap.

Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah disusun rapi.

24

Page 25: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan

dengan ingatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit

pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu

adalah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya. Setelah

pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Mula-mula

latihan menulis dikawal oleh bahan-bahan yang telah diperlajari, dan hanya selepas itu

baharulah latihan menulis bebas dibenarkan. 

Kaedah Bahasa Komuniti

Dalam kaedah bahasa komuniti, guru bertindak sebagai kaunselor bahasa, cuba

memahami pelajar melalui “caunsellor emphities”. Kamarudin Hj. Husin(1990) pula

menyatakan dalam pembelajaran bahasa ia adalah dianggap sebagai “social prosess”.

Pengajaran pembelajaran bahasa merupakan satu kesinambungan yang bermula pada

peringkat penglahiran, peringkat pelajar boleh berdikari, peringkat pelajar boleh ditegur

dan dikritik dan peringkat terakhir pelajar menguasai gaya, linguistik mampu

berinteraksi dan berkomunikasi menggunakan bahasa gramatis. 

Guru-guru biasanya digalakkan menggunakan kaedah bahasa komuniti dalam

pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Jean Piaget (1961), beliau mencandangkan

guru boleh menyediakan dan melakukan aktiviti mengikut kaedah bahasa komuniti.

Aktiviti boleh dilakukan seperti perbincangan kumpulan kecil untuk menyediakan bahan

perbualan atau cerita atau mengadaptasikan bahan sedia ada. Aktiviti seperti berdialog,

bercerita atau berlakon ini dirakam dan hasil rakaman tersebut didengar semula melalui

pita rakaman atau VCR. Guru memberi peluang kepada murid untuk melakukan

perbualan bebas dalam masa 3 hingga 5 minit tentang pengalaman pembelajaran yang

telah dilalui. Pada akhir aktiviti pembelajaran, guru dan murid dapat membuat rumusan

dan memberi aktiviti pengukuhan kepada murid. 

25

Page 26: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Kaedah kod kognitif

J. B. Carroll(1998) berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan

dan pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan. Chomsky(2005) berpendapat

bahawa bahasa merupakan sistem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk

linguistik. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan

sejagat. Seorang kanak-kanak telah dianugerahkan kecekapan semula jadi rumus-

rumus bahasa ibuandanya dalam jangka mas yang singkat.

Pada umumnya Diller (1971) berpendapat bahawa kaedah ini mempunyai

andaian terhadap bahasa iaitu kaedah ini merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan

dengan peraturan-peraturan. Selain itu, kaedah ini boleh digunakan untuk berfikir dan

mempunyai peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi. Melalui kaedah

ini, manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa.

Di samping itu, kaedah ini pula mempunyai andaian terhadap pembelajaran

bahasa iaitu khusus bahasa kedua. Salah satu andaian ialah kaedah ini merupakan

proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan leksikal sesuatu bahasa secara

sedar. Selain itu, kaedah ini dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama

seperti pembelajaran ilmu pengetahuan. Dalam pengajaran, guru lebih mengutamakan

pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada kebolehan mereka

menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna. Setelah pelajar dapat menguasai

struktur bahasa pada tafar kognitif yang tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan

bahasa akan berkembang secara automatik. 

Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi

murid-murid memahami rumus-rumus tatabahasa. Ayat-ayat pecahan digunakan dan

huraian unsur-unsur tatabahasa pula dibuat secara deduktif. Dalam pengajaran bahasa

kedua perbezaan-perbezaan antara unsur-unsur tatabahasa sasaran dengan bahasa

pertama, unsur perbandingan struktur ayat digunakan untuk memastikan kefahaman

murid tentang rumus bahasa yang diajar. Contohnya, membandingkan struktur-struktur

ayat yang mengandungi imbuhan akhiran –kan dan –i bagi membolehkan murid-murid

26

Page 27: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

memahami imbuhan transitif dan tak transitif. Setelah murid-murid memahami huraian

unsur-unsur tatabahasa yang diajar baharulah mereka diberi latihan pengukuhan. 

Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur,

membaca dan menulis juga adalah berasaskan huraian dan penerangan guru tentang

konsep – konsep yang diajar. 

Kesimpulannya, kaedah ini memberi gambaran bahawa kaedah ini

mengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam

pengajaran bahasa. Ciri-ciri ini adalah sama dengan ciri pengajaran bahasa malalui

kaedah nahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah secara deduktif

dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam

konteks penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih mengutamakan kecekapan bahasa

berbanding kecekapan berbahasa

Kaedah Lingustik

Linguistik adalah suatu sains yang mengkaji bahasa dan mengadungi teori-teori

dan teknik-teknik menganalisa bahasa yang dipelajarinya. Teori-teori dan teknik

menganalisa bahasa ini dirumuskan oleh ahli-ahli bahasa dari pemerhatian-

pemerhatian mereka terhadap bahasa. Dr. Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain(1970),

mengatakan ilmu linguistik adalah suatu lapangan pengkajian sains mengenai bahasa

yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan dalam pengkajian sains-sains yang lain

seperti mempunyai bahan tertentu untuk dikaji, disiplin, sikap serta penggunaan

metode-metode yang tertentu. 

Ferdinand de Saussure (1913) adalah orang yang pertama menekankan bahawa

linguistik bukanlah kumpulan unit-unit yang lintang-pukang susunannya tetapi

merupakan unit-unit yang tersusun menurut struktur yang menyatakan hubungan unit-

unit itu sendiri. Melalui kaedah ini, guru memulakan pengajaran dengan mengajar

pelajar menbunyikan perkataan. Samsuri (1972) menyatakan bunyi-bunyi bahasa itu

dipindah melalui udara, mengatur jumlah tenaga gelumbang menurut gejala-gejala

27

Page 28: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

serta bagaimana sifat-sifat itu berubah dalam proses penghasilannya kepada aspek

yang lebih kompleks. Walaupun penghuraian linguistik mengenai bahasa yang sama

tidak serupa, namun, ahli bahasa tetep merupakan orang yang berkebolehan untuk

menuliskan tatabahasanya dan selok-belok bunyi bahasa.

Kebiasaannya, latih tubi ini berkait dengan rangkai kata dan perkataan. Dalam

pengajaran dan pembelajaran, untuk menggunakan kaedah ini, guru bermula dengan

aspek mudah Arbak Othman (1983) mengatakan salah satu daripada kegunaan ilmu

linguistik ialah terutamanya dari segi faedah yang diperolehi oleh seorang guru yang

mengajar dengan mempelajari ilmu linguistik itu. 

Walaupun kadang-kala ilmu linguistik sebagai satu sains tidak mempunyai

banyak sumbangan dalam pengajaran bahasa tetepi sumbangan linguistik yang paling

bererti ialah bagi menambah pengetahuan seseorang yang cuba memahami sifat-sifat

bahasa. Apabila kaedah ini diterapkan dalam aktiviti kelas, murid-murid dapat

menguasai bahasa dengan lebih mudah dan cepat. Mereka dapat belajar membunyikan

perkataan-perkataan apabila guru menggunakan kaedah linguistik ini. Ilmu linguistik ini

penting dari segi isi yang harus diajar, manakala psikologi penting dari segi penguasaan

isi yang yang disampaikan dengan cara-cara tertentu dalam sesuatu pengajaran. 

Kaedah Nahu Terjemahan

Berdasarkan kaedah nahu terjemahan, pelajar-pelajar boleh memahami nahu

sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Di

samping itu, pelajar-pelajar dapat menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan

sebaliknya. Perkembangan kaedah ini bermula sejak tahun 1960-an apabila ahli

linguistik iaitu Laurent Metzger (Kamarudin Hj. Husin, 2004) mula mengkaji bahawa

bahasa itu adalah satu sistem dan bukan semata-mata perkataan. 

Apabila guru mempratikkan kaedah ini kepada murid-murid, guru dapat

melengkapkan pelajar dengan perebendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan

dalam penulisan atau penggunaan bahasa dalam peperiksaan. Selain itu, jika guru

28

Page 29: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

menggunakan kaedah ini, guru dapat membentuk pelajar-pelajar membaca dan

menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan

pelajar menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca. 

Dalam teknik ini, terdapat beberapa teknik pengajaran yang disarankan. Salah

satu teknik yang diperkenalakan ialah pelajar-pelajar diperkenalkan kepada undang-

undang nahu terdahulu. Selepas itu, guru akan memberi penerangan kepada pelajar

mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi contoh kepada mereka.

Selain itu, pelajar-pelajar diberi senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafal. 

Dalam pembelajaran bahsa kedua, senarai perbendaharaan ini dipasangkan

dengan makna dalam bahasa pertama. Selepas itu, pelajar disuruh membuat ayat-ayat

dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarkan undang-undang

yang telah dipelajari. Dalam pembelajaran bahasa kedua, pelajar-pelajar dikehendaki

membuat terjemahan ayat-ayat daripada bahasa kedua ke bahasa ibunda atau

sebaliknya. 

Mengikut Mok Soon Sang(2004), beliau mengatakan kaedah ini dirancang

dengan tujuan memberi kemahiran menulis, dan bukannya kemahiran bertutur. Dalam

erti kata yang lain, kaedah ini tidak mementingkan sebutan. Penggunaan bahasa

secara aktif tidak berlaku sewaktu pengajaran bahasa menggunakan kaedah ini.

Terdapat beberapa tujuan kaedah ini dijalankan iaitu pelajar dilatih untuk mengkaji dan

menghuraikan bahasa. Unsur-unsur bahasa yang dikaji dalam sesuatu pengajaran

bahasa merupakan ayat-ayat yang terpisah daripada konteks penggunaan. Selain itu,

pelajar juga diajar tentang unsur-unsur kekecualian dalam sesuatu bahasa supaya

mereka tidak membuat kesalahan tentang unsur-unsur tersebut. 

29

Page 30: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Teknik Pengajaran

Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah

mengajar bagi  sesuatu  aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya

teknikbercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan,

simulasi, sumbang saran dan lain-lain.  Untuk menentukan keberkesanan pengajaran

di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ; 

-            Umur 

-            Kebolehan 

-            Kecerdasan 

-            Minat 

Teknik simulasi 

Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan

sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar

wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan

selamat.  Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok

mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan

belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang

baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer. 

Teknik main peranan 

Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan

mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih.  Melalui

aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru.  Lakonan ini

dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip.  Ia boleh dilakukan secara berstruktur

atau tidak berstruktur.

 

30

Page 31: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Teknik latih tubi 

Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti

secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep

baru dengan lancar.Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan bertulis.Latihan

seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani

yang dipelajari. 

Teknik demonstrasi 

Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang

menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi

pengajaran.  Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk

melakukan sesuatu aktiviti tersebut.  Dengan cara ini diharapkan murid dapat

melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan. 

Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta

segala alat kelengkapan yang diperlukan.  Demonstrasi boleh dilakukan dengan

menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi.  Contoh guru boleh

mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang. 

Teknik sumbangsaran 

Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian

masalah.  Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam

kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang

dibincangkan.  Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan

prinsip asas  sumbangsaran harus dipatuhi iaitu 

1. topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid.

2. kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan

A. pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan

perjalanan aktiviti berjalan lancar.

31

Page 32: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

B. setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan.

C. semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum.

D. cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

  

Contoh teknik mengajar kemahiran asas 

Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran

dengan betul. Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah betul.

Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran yang dipilih adalah memukul.

Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan?  Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana

perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada cara-cara  memegang kayu;

iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki, kedudukan bola, hayunan, ikut lajak, sentuh bola

, dan sebagainya.

32

Page 33: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mata pelajaran :   Bahasa Melayu

Kelas                :   Tahun 5

Tarikh               :  16 Ogos 2012

Masa                :   60 minit

Bilangan Murid :  30 orang

Tema                :   Minggu Kemerdekaan

Tajuk                 :   Malaysia Merdeka

HASIL PEMBELAJARAN

Fokus utama (Kemahiran membaca,bertutur dan mendengar)

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca

Aras 2 (i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

Fokus Sampingan (Kemahiran Menulis)

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk

Aras 1(ii) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Objektif Pelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid:

i. Mendeklemasikan teks prosa dengan lancar.ii. Membina sekurang-kurangnya lima ayat tungal menggu menggunakan

perkataan dalam prosa.iii. Membina sekurang-kurangnya 3 ayat majmuk ayat tunggal yang dibina.

33

Page 34: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Pengisian kurikulum:

Ilmu :Pendidikan Moral dan SivikNilai Murni :Patriotisme,Kesyukuran dan Semangat

bermasyarakat

Sistem Bahasa :

i. Sebutan dan intonasi : Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betulii. Tatabahasa : Kata hubungiii. Kosa Kata : perjuangan,prajurit,tanah air

Kemahiran Bernilai Tambah :

i. Kecerdasan Pelbagai : Linguistik,Muzik,Interpersonalii. Kemahiran Berfikir : Membanding beza,Menilai dan Mengenal sebab dan

akibatiii. Kajian Masa Depan : Dapat meramal apa akibatnya sekiranya tiada

semangat kemasyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia

Bahan Bantu Mengajar :

i. Petikan Teksii. Kotak ajaibiii. Kad Manila iv. Pen Markerv. Bendera Malaysia

Pengetahuan sedia ada :

i. Murid faham akan erti kemerdekaan serta kepentingan perjuangan untuk megekalkan kemerdekaan tersebut

ii. Murid tahu bahawa bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan

34

Page 35: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Langkah-langkah pengajaran

Langkah/

Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Set induksi

5 minit

Bendera Malaysia

1. Guru masuk ke kelas

dengan mengibarkan

bendera Malaysia

2. Guru

mendeklemasikan

pantun dua rangkap

Bahan Bantu:

Bendera Malaysia

Langkah 1

(15 minit)

Teks Prosa :

Malaysiaku Merdeka

Contoh kosa kata:

i. Prajurit

ii. Perjuangan

iii. Patriotik

1. Guru mengedarkan

teks prosa

kemerdekaan.

2. Murid diminta

membaca teks

secara senyap.

3. Beberapa orang

murid dipanggil untuk

mendeklemasikan

prosa di hadapan

kelas

4. Murid diminta

menggariskan

beberapa kosa kata

penting.

5. Guru mengedarkan

kamus kepada murid.

Bahan Bantu:

Teks prosa

kemerdekaan dan

kamus

Teknik:

Bacaan mekanis

35

Page 36: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Langkah 2

(10 minit)

Sesi Soal Jawab:

1. Apakah yang menjadikan

Malaysia sebuah negara

yang unk dan makmur

pada hari ini ?

2. Mengapakah

kemerdekaan mestilah

dinikmati dan dijaga ?

3. Apakah erti kemerdekaan

kepada murid ?

Penerapan nilai murni:

i. Patriotisme

ii. Semangat

kemasyarakatan

1. Guru bersoal jawab

dengan murid

2. Murid bebas

memberi apa sahaja

jawapan yang

relevan

3. Guru

membincangkan

jawapan yang diberi

dengan murid yang

lain .

Soal jawab

secara lisan

KBT:Kajian masa

depan dan

kemahiran berfikir

Langkah 3

(15 minit )

1. Membina dan menulis

ayat tunggal .

2. Faham akan maksud dan

penggunaan perkataan

baru yang dipelajari

daripada teks .

1. Guru mengedarkan

kotak ajaib.

2. Setiap murid

dikhendaki

mengambil dua kad

perkataan daripada

kotak ajaib.

3. Murid dikhendaki

membina ayat

tunggal berdasarkan

kad yang dipilih.

4. Murid diminta

menulis ayat tunggal

di kad manila yang

dilekatkan di papan

hitam.

Bahan

bantu:Kotak

ajaib,kad manila

dan pen marker

36

Page 37: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Langkah 4

(10 minit)

1. Membina dan menulis

ayat majmuk.

Tatabahasa:

Kosa kata dan kata hubung

i. prajurit

ii. kemerdekaan

iii. agar

iv. apabila

v. manakala

1. Murid diminta

membina ayat

majmuk

menggunakan ayat

tunggal yang ditulis

di kad. manila

2. Murid membina kata

majmuk.

3. Guru membimbing

aktiviti murid.

Teknik:Latih tubi

*Menjana idea

murid untuk

mengembangkan

kosa kata

Penutup

(5 minit)

Rumusan : Kognitif

1. Penghayatan nilai

kemerdekaan kepada

rakyat Malaysia

2. Kepentingan hidup

secara muafakat dan

mengamalkan prinsip

rukun negara dalam

kehidupan seharian

1. Guru membimbing

murid untuk

membuat rumusan

tentang pelajaran

pada hari ini

2. Murid menyatakan

apa nilai murni yang

dipelajari pada hari

ini.

3. Guru membantu

murid melekatkan

kad manila di papan

bulletin kelas.

37

Page 38: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

PENULISAN

AKADEMIK

PENULISAN AKADEMIK

38

Page 39: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

Bidang pengajaran Bahasa Malaya memerlukan perancangan yang rapi serta

diikuti dengan cara penyampaian yang sistematik agar kandunganya dapat dilahirkan

kepada murid dengan betul.Oleh itu, guru bahasa mestilah kretif dalam mengolah cara

pengajarannya dengan mevariasikan kaedah den pendekatan pengajaran.Selain

itu,pelbagai strategi dan teknik juga boleh dicuba oleh guru untuk menarik minat pelajar

dan mengukuhkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah.Penggunaan dan pengolahan teknik serta pendekatan ini akan menceriakan lagi

suasana bilik darjah serta membantu melancarkan proses pembelajaran di sekolah.

Kini,soal mengajar bahasa dengan berkesan dan kreatif sentiasa menjadi satu

hal yang menyusahkan para guru.Ini kerana,mengajar bahasa kepada para murid

semakin hari semakin mencabar.Hal ini juga disebabkan oleh kurangnya minat murid

terhadap penghayataan bahasa.Justeru,guru bahasa terpaksa bersungguh-sungguh

memikirkan pendekatan yang terbaik untuk menarik minat para pelajar untuk

menumpukan perhatian di dalam kelas dan meneruskan pengajian.Selepas mendalami

definisi dan memahami konsep strategi,pendekatan,kaedah dan teknik pengajaran

Bahasa Melayu saya telah mengaplikasikannya dalam Rancangan Pengajaran Harian

yang disediakan untuk mengajar kelas tahun lima. Dengan ilmu yang saya perolehi

itu,saya telah merancang dan melaksanakan proses pengajaran dengan jayanya.

Penggunaan strategi pengajaran yang betul dapat merangsang pemikiran murid

dan menarik perhatian murid dalam kelas.Strategi pengajaran didefinisikan sebagai

kebijaksanaan pemilihan pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik

dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah

ditentukan.Terdapat elemen dapat melaksanakan strategi pengajaran yang

berkesan,yang pertama adalah pengajaran yang berpusatkaan guru,dimana Guru

mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua.Fokus pengajaran ataupun aktiviti

dimonopoli oleh guru.Melalui pemusatan murid pula, Murid memainkan perananpenting

dalam proses pembelajaran,melalui strategi ni,murid-murid digalakkan melibatkan diri

secara aktif dalam aktiviti pembelajran beliau.Di dalam bilik darjah guru merupkan

pembimbing.Yang terakhir adalah pemusatan bahan,iaitu bahan pelajaran memainkan

peranan yang penting dimana interaksi berlaku antara murid dengan bahan dan guru

39

Page 40: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

dengan bahan.Untuk menjadikan pengajaran bermakna dan berkesan,bahan yang

digunakan mestilah kreatif dan dapat menjana perkembangan kognitif pelajar.

Dalam rancangan pengajaran harian saya,saya telah menggunakan dua strategi

pengajaran.Ini kerana saya mahu mempelbagaikan cara pendedahan maklumat kepada

murid mengikut kesesuaian maklumat yang diberikan.Apabila saya menggunakan

strategi pemusatan guru,saya telah memastikan para pelajar akur pada arahan saya

supaya membaca teks prosa dengan senyap dan menghayati teks

tersebut.Seterusnya,saya telah menyuruh mereka membina ayat tunggal dan ayat

majmuj tanpa bantuan rakan –rakan serta buku teks.Dalam pemusatan bahan

pula,saya telah memaksimumkan penggunaan teks prosa pilihan dalam mencapai hasil

pembelajaran pada hari itu.Saya telah menggunakan kad perkataan yang diambil

daripada teks sebagai kosa kata untuk murid bagi aktiviti membina dan menulis ayat

tunggal serta ayat majmuk.Bukan itu sahaja,penggunaan kotak ajaib telah berjaya

menarik minat murid dan memberi satu kelainan kepada proses pengajaran.Murid

berasa lebih teruja untuk menjalankan aktiviti walaupun ia hanya aktiviti penulisan dan

pembinaan yang lazim dilakukan di sekolah.

Pendekatan pengajaran yang baik akan membantu keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran.Pendekata disini merujuk kepada arah atau hala yang diambil oleh

guru untuk menuju sasaran( objektif pembalajaran).Oleh itu,pemilihan pendekatan

pengajaran mestilah dilakukan dengan teliti agar murid senang untuk memahami

konsep yang ingin disampaikan oleh guru.Terdapat empat jenis pendekatan pengajaran

bahasa melayu iaitu,induktif,deduktif,eklektik dan komunikatif.Pendekatan induktif

bermula daripada spesifik kepada umum. Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960),

pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah

sesuatu generalisasi. Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan

memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan

berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru.Pendekatan deduktif pula merupakan

jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik. Dalam penggunaan

pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran kepada murid-murid pada awal

pengajaran.

40

Page 41: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

 Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang

menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan

menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini

sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan. Pendekatan

komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada

bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor.Ketika

saya mengajar tempoh hari,saya telah menggunakan pendekatan induktif.Pertama

sekali saya telah memberi gambaran yang menyeluruh kepada murid mengenai tema

dan tajuk pengajaran pada hari itu.Ini adalah apabila saya masuk ke kelas sambil

mengibarkan Jalur Gemilang dan berpantun.Pelbagai jenis reaksi telah dtunjukkan oleh

pelajar,ada yang tertawa dan ada juga yang memberikan perhatian apabila saya

berpantun.Oleh itu,murid memahami dengan lebih jelas apa yang ingin disampaikan

oleh saya pada hari itu.Saya yakin bahawa dengan penggunaan pendekatan yang

betul,kecenderungan murid akan sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam

proses pengajaran dan pembelajaran guru.Murid-murid teruja untuk mengetahui

apakah yang bakal dipelajari oleh mereka nanti,dan mereka juga tertanya-tanya akan

perihal aktiviti mereka pada hari itu.Penggunaan bahan mengajar seperti teks prosa

dan bendera telah membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih

jelas.Tambahan pula,gabungan pendekatan induktif dan penggunaan bahan bantu

mengajar yang sesuai telah berjaya membantu perkembangan kognitif,jasmani dan

rohani para pelajar.

Seterusnya,teknik pengajaran adalah satu alat yang digunakan oleh guru

bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-

pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan

seirama dengan pendekatan yang dianuti.Tujuan penggunaan teknik pengajaran adalah

untuk menarik minat pelajar serta membangkitkan perasaan ingin tahu.Apabila guru

bahasa bijak memilih teknik pengajaran yang sesuai untuk mengajar pelajar,guru akan

berjaya mengekalkan perhatian murid sepajang proses pembelajaran.Terdapat

beberapa teknik pengajaran yang booleh digunakan oleh guru,iaitu teknik main

peranan,permainan bahasa,latih tubi,bercerita,simulasi serta drama.Teknik main

peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang

41

Page 42: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

dianggap penting. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang

sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau

memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan

sebagainya.Teknik permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari

bahasa melalui teknik permainan. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan

menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar,

bertutur, membaca dan menulis.

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang

dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg

menjamin kekekalannya dan ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa

Melayu.Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan

untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat

menarik minat dan perhatian pelajar.Teknik simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi

yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar

berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat

keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini murid-

murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat,

menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

Teknik latih tubi merupakan pilihan saya kerana ia dapat membantu pelajar

mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekalannya.Pada mulanya

pelajar telah mengalami proses mendegar dimana saya memilih beberapa orang murid

secara rawak untuk mendeklemasi puisi di hadapan kelas,seterusnya mereka telah

memikirkan maksud perkataan saerta tugasnya dalam situasi yang menggunakan

perkataan –perkataan tersebut.Mereka juga telah menggunakan kamus untuk

mengesahkan maksud perkataan tersebut.Akhirnya,apabila mereka mahir dengan

penggunaan perkataan baru tersebut,mereka membina ayat tunggal dan latihan

pengukuhan yang digunakan ialah pembinaan ayat majmuk daripada ayat tunggal

tersebut.

Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha

keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu

42

Page 43: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan

dipilih.Terdapat lapan jenis kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu

melancarkan proses pembelajaran dalam kelas.Saya telah menggunkan kaedah oral-

aural dimana pelajar dapat memperkembang dan memperasah keempat-empat

kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran

menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk

pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan

asing melalui pengalaman dalam bahasa.Ini dapat membantu pelajar mengembangkan

kosa kata dan memberi nafas baru dalam penulisan mereka.Apabila murid-murid

mencari makna perkataan menggunakan kamus dan seterusnya membina ayat

menggunakan perkataan baru tersebut,secara tidak langsung mereka sedang

memperbaiki kemahiran berbahasa mereka.

Kesimpulannya, walaupun terdapat banyak kaedah, teknik, strategi serta

pendekatan yang boleh digunapakai oleh guru untuk menceriakan dan meningkatkan

lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah guru mestilah sedar bahwa apa

sahaja langkah yang diambil mestilah bersesuaian dengan kemampuan pelajar.Hal ini

kerana murid-murid mempuyai kemampuan mereka yang tersendiri,bukan semua boleh

diajar dengan menggunakan teknik ataupun strategi yang sama.Oleh itu,guru mestilah

prihatin akan kemampuan kognitif murid dan merancang pelan perancangan

pengajaran yang paling sesuai agar semua murid dapat mencapai hasil pembelajaran

dengan jayanya.

43

Page 44: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

PENULISAN

REFLEKTIF

PENULISAN REFLEKSI

Sepanjang saya membuat kerja tugasan ini saya telah berjaya menimba ilmu

dan pengalaman yang tidak ternilai harganya.Saya ingin mengambil kesempatan ini

untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah menolong

saya secara langsung dan tidak langsung.Pertama sekali,sebelum saya menyediakan

rancangan pengajaran harian,saya telah membuat kajian dengan mendalami

44

Page 45: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

mengenai teori pemerolehan bahasa dan pengaplikasiannya dalam pengajaran Bahasa

Melayu.Saya dapati bahawa terdapat empat teori pemerolehan bahasa.Saya telah

menggunakan teori behaviourisme yang menekankan menekankan kepentingan

persekitaran dalam pembelajaran bahasa daripada fenomena mental dan gerak balas

serta akan berlakunya ulangan sekiranya gerak balas tersebut diberikan ganjaran

ataupun peneguhan positif.Oleh itu, saya telah menggunakan teori behaviourisme

sebagai panduan ketika menyediakan rancangan pengajaran harian dan apanila saya

melaksanakan mikro teaching di sekoloh sewaktu menjalankan Pengalama Berasakan

Sekolah(PBS) yang ke-empat di Sekolah Kebangasaan Taman Ria,Sungai Petani.

Selepas itu,saya telah meyediakan satu rancangan pengajaran harian untuk

mengajar pelajar tahun lima di sekolah tersebut.Ini dilakukan setelah saya berjumpa

dan mendapat kebenaran daripada Ketua Panitia Bahasa Melayu di sekolah

tersebut.Beliau telah membenarkan saya membuat micro teaching dan saya juga telah

diberikan seorang guru pembimbing unruk membantu dan membimbing saya sepanjang

saya berada di sekolah tersebut.Ketika saya menyediakan rancangan pengajaran

tersebut,saya telah mengambil kira semua aspek yang perlu diberikan perhatian dalam

satu penghasilan rancangan pengajaran yang lengkap seperti hail pembelajaran,bahan

bantu mengajar,agihan masa untuk setiap aktiviti serta pendekatan dan teknik

penajaran.Tambahan lagi,saya juga telah memikirkan cara untuk menjadikan

pendekatan tersebut menarik dan terbaik kerana saya sedar bahawa murid-murid

tersebut tidak mengenali saya.Oleh itu,mereka mungkin tidak akan mempunyai

kepercayaan terhadap saya dan memberikan kerjasama yang terbaik ketika saya

mengajar.Justeru,saya mestilah mempunyai satu set induksi yang baik agar saya dapat

menarik minat pelajar supaya mengikuti pembelajaran pada hari itu.

Setelah menghasilkan rancangan pengajaran harian tersebut,saya telah

meminta pandangan guru pembimbing saya mengenai tugasan saya itu.Beliau telah

memberikan pandangan dan komen supaya saya dapat memperbaiki kerja saya

tersebut,dan slepas berbincang dengan beliau kami telah memilih hari Selasa untuk

saya menjalankan Pengajaran Mikro saya.Walau bagaimanapun,oleh kerana saya

kuarang sihat sepanjang saya menjalankan PBS,saya membuat pengajaran itu

45

Page 46: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

bersama rakan saya.Ini adalah kerana,saya telah mengalami kemalangan seminggu

sebelum itu dan masih lagi tidak pulih sepenuhnya ketika menjalankan PBS.Namun

begitu,saya telah berjaya membuat pengajaran mikro dengan jayanya.Masalah yang

saya hadapi ketika menjalankan pengajaran mikro saya ialah pengurusan kelas.Saya

tidak dapat dapat mengawal kelas dengan baik,terutamanya apabila saya berpantun

dikelas sebagai pengisian set induksi saya,saya dapati ada pelajar yang membuat

bising dan tidak memberikan kerjasama.Oleh sebab itu,langakah penyelesaian bagi

masalah saya itu adalah saya perlulah mengenali pelajar saya terlebih dahulu sebelum

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mereka.Ini akan membantu

saya mengenali sifat dan perlakuan mereka,dan seterusnya saya dapat merancang

pembelajaran yang bersesuaian dengan kemampuan dan perlakuan mereka.

Perasaan saya apabila saya telah merancang satu rancangan pengajaran yang

benar-benar lengkap setelah dinilai dan disemak oleh guru adalah sangat puas hati dan

gembira,Ini kerana selalunya rancangan pengajaran yang disediakan hanyalah untuk

tujuan latihan dan rujukan di dalam kelas sahaja,tetapi pada kali ini saya telah

mengaplikasikannya dalam kelas dengan melaksanakan pengajaran tersebut.Guru

pembimbing saya juga telah banyak membantu memberikan tunjuk ajar mengenai cara-

cara pendekatan yang harus digunakan apabila saya mengajar kelak.

Saya sedar bahawa,penerapan nilai murni merupakan satu komponen yang

amat penting dan tidak boleh diabaikan dalam setiap pengajaran saya.Saya juag

mempelajari bahawa,setiap pelajar mempunyai keperluan mereka sendiri,sebagai

seorang guru saya mestilah prihatin dan adil terhadapa pelajar saya.Saya mestilah

faham akan kemampuan dan keperluan mereka serta adalah tanggungjawab saya bagi

memastikan semua murid saya dapat mencapai objektif pelajaran disamping

menerapkan nilai- nilai yang positif kedalam jiwa mereka.

Kesimpulannya,pengalaman saya membuat pengajaran mikro secara sistemaik

ini telah memberikan saya satu pandangan baru terhadap profession perguruan.Saya

sedar bahawa menjadi seorang guru bukan sahaja mengenai mengajar pelajar

mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaaan,ia adalah lebih daripada

46

Page 47: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

itu ,guru mestilah berkorban dan berusaha sebaik boleh untuk melahirkan insan yang

cemerlang dari segi aspek jasmani,rohani dan sosial.

47

Page 48: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

  

48

Page 49: Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2

49