Pengenalan · Web viewBerdasarkan pemerhatian di atas, maka wujud beberapa persoalan kajian seperti...
-
Upload
nguyentuyen -
Category
Documents
-
view
230 -
download
0
Transcript of Pengenalan · Web viewBerdasarkan pemerhatian di atas, maka wujud beberapa persoalan kajian seperti...
Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
Faktor-Faktor Kecairan yang Mempengaruhi Prestasi Kewangan Industri Perbankan Islam di Indonesia
D. Anwar1, M. R. Muwazir2, and R. Ariyanto3
1 Calon Ph.D, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya & Pensyarah, Fakulti Ekonomi dan Bisnis Islam, UIN Raden Fatah Palembang, Indonesia. E-mail: [email protected] Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. E-mail: [email protected] Pensyarah, Fakulti Ekonomi dan Bisnis Islam, UIN Raden Fatah Palembang, Indonesia. E-mail: [email protected]
AbstrakKajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor kecairan yang menyumbang secara signifikan kepada prestasi perbankan Islam di Indonesia. Pembolehubah yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah Nisbah kecukupan modal (Capital Adequacy Ratio-CAR), nisbah semasa (Current Ratio-CR), nisbah kecairan (Liquidity Ratio-LR) dan Financing to Deposit Ratio (FDR) sebagai proksi kecairan, manakala, pulangan atas asset (ROA) dan pulangan atas ekuiti (ROE) sebagai proksi prestasi kewangan bagi industri perbankan Islam di Indonesia. Data yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah data sekunder yang diperolehi daripada laporan penerbitan perbankan Islam di Indonesia di antara bulan Januari 2008 sehingga Disember 2016. Data-data diolah dan dianalisis menggunakan Augmented Dickey Fuller (ADF) sebagai cara menguji data pegun (stationary data). Manakala, pengujian hipotesis pula mengunakan kaedah Vector Autoregression (VAR). Hasil kajian berdasarkan keputusan Impulse Respons Function menunjukkan bahawa kejutan (shock) yang berlaku dalam pembolehubah kecairan CAR, CR, LR dan FDR memberikan impak yang lebih tinggi terhadap prestasi kewangan ROE berbanding ROA, di mana ia mengambil masa sekitar 45 bulan. Selain itu, berdasarkan hasil Varians Decompocition, didapati bahawa pembolehubah CR dan LR merupakan penyumbang terbesar terhadap ROA iaitu sebanyak 4.71%. Manakala, pembolehubah CAR dan LR adalah penyumbang terbesar terhadap ROE sebanyak 20.21%. Keputusan keseluruhan kajian ini menunjukkan bahawa faktor kecairan yang mempunyai pengaruh besar terhadap prestasi kewangan industri perbankan Islam di Indonesia adalah CAR, CR dan LR.
KatakunciKecairan, Prestasi kewangan, Perbankan Islam, Indonesia.
Pengenalan
Tumbuhnya industri perbankan Islam di Indonesia bermula pada Tahun 1991 dengan
penubuhan Bank Muamalat Indonesia (BMI). Pendirian industri kewangan Islam ini didorong
oleh pendapat bahawa bunga bank sama dengan riba yang ditegaskan dengan keluarnya
Fatwa Majelis Ulama Indonesia tentang keharaman bunga bank yang merupakan hasil
Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
bengkel para ulama tentang bunga bank dan perbankan di Cisarua, Bogor tarikh 19-22 Ogos
1990 (Anshori, 2008). Disamping itu Indonesia secara sosiologi juga merupakan negara
dengan majoriti Muslim terbesar di dunia, sehingga memerlukan perbankan Islam untuk
menyokong aktiviti perniagaan dan ekonomi yang dilakukan.
Kecairan merupakan suatu hal yang sangat penting bagi bank untuk diuruskan dengan baik
kerana akan memberi kesan kepada keberuntungan bank serta business sustainibility dan
continuity. Hal itu juga tercermin daripada peraturan Bank Indonesia yang menetapkan
kecairan sebagai salah satu daripada lapan risiko yang harus diuruskan oleh bank. Konsep
kecairan di dalam dunia perniagaan diertikan sebagai kemampuan menjual aset dalam masa
yang singkat dengan kerugian yang paling minima. Dari sudut aset, kecairan adalah
kemampuan untuk mengubah seluruh aset menjadi bentuk tunai, sedangkan dari sudut
liabiliti, kecairan adalah keupayaan bank memenuhi keperluan dana melalui peningkatan
portfolio liabiliti.
Untuk kes di Indonesia permasalahan kecairan perbankan masih menjadi perhatian serius
pemerintah, kerana berdasarkan kepada data, kegagalan dalam pengurusan perbankan di
Indonesia yang memberi kesan kepada kecairan secara besar-besaran terjadi pada tahun 1997
yang mempunyai kesan berantai kepada ekonomi secara makro yang pada akhirnya
menyebabkan krisis ekonomi. Pada saat kriris ekonomi terjadi tahun 1997, perbankan
konvensional terpaksa menaikkan kadar faedah simpanan dan suku bunga kredit hingga
mencapai 70%. Akibatnya bank-bank konvensional mengalami negative spread dan kesulitan
kecairan untuk membayar deposit manakala pinjaman yang disalurkan sangat sedikit kerana
para pengusaha tidak sanggup membayar kadar faedah kredit dan kalaupun pinjaman boleh
disalurkan maka potensi timbulnya Non Performing Loans (NPL) sangat besar.
Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
Kajian-kajian oleh Paul, et.al, (2013), Muharrom & Kurnia (2013), Ibe (2013), Ferrouhi
(2014), Sandy (2015), Alshatti (2015) dan Khan, et. al, (2015) mendapati bahawa CAR, LR,
CR dan FDR adalah pembolehubah yang boleh mewakili prestasi kecairan sebuah bank.
Mereka mengatakan bahawa hubungan antara pembolehubah kecairan dan ROA dan ROE
adalah negatif. Berdasarkan pemerhatian di atas, maka wujud beberapa persoalan kajian
seperti berikut; (1) apakah terdapat pengaruh antara pembolehubah kecairan terhadap prestasi
perbankan Islam di Indonesia, dan (2) bagaimanakah pengaruh pembolehubah kecairan
terhadap prestasi perbankan Islam di Indonesia.
Ulasan Karya
Sebahagian besar kajian empirikal tentang hubungan antara prestasi bank dan kecairan bank
dilakukan di Eropah diantara kajian beliau adalah tentang faktor-faktor penentu prestasi bank
lapan belas negara-negara Eropah antara tahun 1986 dan 1989. Hasil kajian menunjukkan
bahawa nisbah aset cair terhadap jumlah aset adalah berhubungan negatif dengan ROA
(Molyneux & Thornton, 1992). Kajian tentang faktor-faktor penentu dalaman dan luaran
keuntungan di dua belas negara di Eropah, Amerika Utara dan bank Australia juga dilakukan
dengan hasil kajian menunjukkan bahawa nisbah kecairan yang diukur melalui aset mudah
tunai terhadap jumlah aset adalah berhubungan positif dengan ROA (Bourke, 1989). Antara
lain adalah kajian risiko kecairan perbankan yang menggunakan panal data set di 12 negara
maju (Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Luxembourg, Belanda, Switzerland,
Taiwan, England dan Amerika Syarikat) selama tempoh 1994-2006. Hasil yang diperoleh
menunjukkan bahawa risiko kecairan adalah penentu endogen prestasi bank yang diukur
dengan ROA, ROE dan margin faedah bersih, dan risiko kecairan berkaitan negatif berkaitan
Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
dengan ROA dan ROE dan berhubungan positif berkaitan dengan NIM (Chen, Kao, Shen &
Yeh, 2009).
Ajanthan pada tahun 2013 telah membuat kajian terhadap institusi komersial di Sri Lanka.
Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kecairan dan keuntungan di
perusahaan komersial yang disenaraikan di pasaran saham di Sri Lanka untuk lima tahun dari
2008 ke 2012. Penyelidikan lain juga menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang
signifikan di antara nisbah kecairan ke atas keuntungan kepada organisasi perniagaan di
negara Poland (Zygmunt, 2013).
Kajian hubungan antara risiko kecairan dan prestasi kewangan bank Islam di Malaysia
selama tempoh 2006-2008 mendapati bahawa, di saat krisis, risiko kecairan dan ROA dan
ROE cenderung untuk berkelakuan dalam cara yang berlawanan dan risiko kecairan dapat
menurunkan ROA dan ROE (Ariffin, 2012). Kajian lain menganalisis bank-bank dari negara-
negara OECD, negara-negara membangun dan negara dalam keadaan ekonomi peralihan.
Kajian tersebut mengkaji faktor penentu tahap faedah perbankan di 80 negara. Hasil yang
diperoleh menunjukkan bahawa risiko kecairan yang diukur dengan nisbah kredit terhadap
jumlah aset mempunyai kaitan negatif dengan ROA dan berhubungan positif dengan NIM
(Kunt, Laeven & Levine, 2003).
Di Indonesia juga terdapat banyak kajian mengenai kecairan dan hubungan dengan prestasi
kewangan perbankan dan perbankan Islam di antaranya adalah kajian yang bertujuan untuk
mengetahui pengaruh modal dan risiko kecairan terhadap keuntungan pada Bank Perkreditan
Rakyat (BPR) di Indonesia. Pembolehubah bebas dalam kajian ini adalah CAR dan Loan
Deposit Ratio (LDR), manakala pembolehubah bersandar adalah ROA. Hasil kajian
Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
menunjukkan bahawa risiko modal (CAR) dan kecairan (LDR) berpengaruh signifikan
terhadap keuntungan (ROA) pada Bank Perkreditan Rakyat di Indonesia (Purnamawati,
2014).
Kajian lain adalah mengenai pengaruh CAR, LR, kecekapan operasi terhadap ROA institusi
perbankan yang disenaraikan di Bursa Efek Indonesia (BEI). Hasil kajian menunjukkan
bahawa CAR berpengaruh positif dan tidak signifikan terhadap ROA terhadap institusi
perbankan di BEI manakala LR berpengaruh positif dan tidak signifikan terhadap ROA
(Defri, 2012).
Pengurusan Kecairan dan Perbankan Islam di Indonesia
Pengurusan kecairan merupakan sebahagian daripada kerangka pengurusan risiko industri
kewangan sama ada konvensional mahupun Islam. Hakikatnya, sebahagian besar kegagalan
bank adalah disebabkan oleh kegagalan mengurus elemen kecairan. Setiap bank baik
konvensional atau Islam, diperlukan untuk sentiasa mengawal dan menguruskan kedudukan
mudah tunai/kecairan secara efektif dan berhati-hati (Islam & Chowdhury, 2007). Kecairan
adalah kemampuan menjual aset dalam masa yang singkat dengan kerugian yang paling
minima. Aset-aset mudah tunai adalah aset yang dipegang dalam bentuk tunai atau yang
dilaburkan dalam suatu instrumen yang boleh diubah menjadi bentuk tunai seperti simpanan
deposit dan pelaburan dalam sekuriti kerajaan yang cair berjangka pendek. Kecairan bank
juga diertikan sebagai keupayaan bank untuk memenuhi kewajibannya, terutama kewajiban
dana jangka pendek. Dari sudut aset, kecairan adalah kemampuan untuk mengubah seluruh
aset menjadi bentuk tunai (cash). Sedangkan dari sudut liabiliti, kecairan adalah kemampuan
memenuhi keperluan dana melalui peningkatan portfolio liabiliti.
Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
Antara kekangan operasi yang dihadapi oleh perbankan Islam adalah kelemahan dalam
mengendalikan kecairan secara berkesan. Antara kelemahan-kelemahan tersebut telah dikaji
oleh Arifin (2000), seperti; (i) ketiadaan peluang pelaburan segera atas dana-dana yang
diterimanya, (ii) Kesulitan mencairkan dana pelaburan yang sedang berjalan, pada saat ada
penarikan dana dalam situasi kritikal. Akibatnya bank-bank Islam menahan elemen
kecairannya dalam jumlah yang lebih besar daripada perbankan konvensional. Umumnya,
bank Islam mengalami dua bentuk halangan jika dibandingkan dengan bank konvensional,
iaitu: kurangnya akses untuk mendapatkan pembiayaan jangka pendek (Sulaiman, 2013) serta
kekurangan akses kepada pasaran wang sehingga bank Islam hanya boleh mengekalkan
kecairan dalam bentuk wang tunai. Untuk mengatasi masalah tersebut, ada beberapa pilihan
yang boleh dilakukan bank-bank Islam yang bersifat darurat iaitu: menolak riba,
menggunakan dana untuk tujuan sosial, membuat pelaburan emas atau logam bernilai secara
tunai dengan kontrak niaga hadapan dan menyimpan dana di bank konvensional tanpa
menerima riba sebagai imbangan dari perkhidmatan yang diperolehinya (Bidabad &
Allahyarifad, 2008).
Dengan tertubuhnya Undang-Undang No.21 Tahun 2008 berkaitan Perbankan Islam pada 16
Julai 2008, pembangunan industri perbankan Islam di Indonesia semakin berkembang pesat
sejajar dengan persediaan landasan undang-undang yang mencukupi (Hasan, 2011).
Perkembangan perbankan Islam cukup mengagumkan, dengan rata-rata pertumbuhan aset
rkembang pada kadar 45.48%1 setahun dalam masa lima tahun terakhir (2011-2015).
Perkembangan ini diharapkan agar industri perbankan Islam mampu memberikan peranan
yang lebih positif dalam memberikan sokongan kepada perkembangan ekonomi Indonesia.
1 Data diolah daripada Statistik Perbankan Islam, Otoritas Jasa Keuangan (OJK) Republik Indonesia 2016.
Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
Penumbuhan jumlah perkhidmatan pejabat perbankan Islam di Indonesia amat pesat (Jadual
1). Ia berkembang lebih daripada 22.79% dari tempoh 2011-2017 bagi keseluruhan jumlah
pejabat Bank Umum Islam (BUS), Unit Usaha Islam dan bank Pembiayaan Rakyat Islam
(SRB). Bagi BUS, pertumbuhan jumlahnya adalah sebanyak 11 buah pada tahun 2011 kepada
13 buah pada tahun 2017, atau mencapai pertumbuhan 18.18%. Bagi Unit Usaha Islam
(UUS) pula, pertumbuhannya mencapai -14.28% dan SRB mencapai 7.74% pada tahun yang
sama2. Pertumbuhan perkhidmatan pejabat yang cukup ini membuktikan bahawa daya tarikan
Perbankan Islam di Indonesia cukup baik. Pertumbuhan ini dijangka akan terus berlanjutan
kerana aset perbankan Islam belum mencapai 5% sebagaimana sasaran yang ditetapkan oleh
Bank Indonesia (BI) pada 2008 (Hasan, 2011).
Jadual 1Rangkaian Pejabat Perbankan Islam
Indikator 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017
Bank Umum Islam - Jumlah Bank 11 11 11 12 12 13 13- Jumlah Pejabat 1.401 1.745 1.998 2.151 1990 1869 1825Unit Usaha Islam - Jumlah Bank Umum Konvensional yang
memiliki UUS 24 24 23 22 22 21 21
- Jumlah Pejabat 336 517 590 320 311 332 344Bank Pembiayaan Rakyat Islam - Jumlah Bank 155 158 163 163 163 166 167- Jumlah Pejabat 364 401 402 439 449 453 441
Total Pejabat 2.101 2.663 2.990 2.910 2.750 2.654 2.580
Kekuatan bank Islam diuji terutama pada saat terjadinya krisis kewangan 1998 yang
memperlihatkan sebahagian besar bank-bank umum konvensional telah dibubarkan.
Kekuatan bank Islam dibuktikan dengan semakin berkembangnya perbankan Islam di
2 Data diolah dari Statistik Perbankan Islam Otoritas Jasa Keuangan (OJK) Republik Indonesia 2017.
Sumber: Otoritas Jasa Keuangan Republik Indonesia. (2017). Statistik Perbankan Islam.
Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
Indonesia, di mana fungsi intermediasi perbankan Islam terus mengalami peningkatan dengan
rata-rata Financing to Deposit Ratio (FDR) di atas 100%. Kemudian pecutan Pembiayaan
Yang Disalurkan (PYD) oleh Perbankan Islam terus tumbuh signifikan di mana sehingga
Disember 2017 telah mencapai Rp. 285,185 trilion. Jumlah ini tidak terlalu jauh daripada
pertumbuhan Dana Pihak Ketiga (DPK) yang mencapai Rp. 334,719 trilion. Pencapaian
tersebut berjaya meningkatkan aset industri perbankan Islam kepada Rp. 424,181 trilion pada
Disember 2017, sehingga meletakkan pangsa Perbankan Islam terhadap total aset perbankan
nasional menjadi sebesar 4.59%.3 prestasi kewangan perbankan Islam di Indonesia dapat
dirumuskan pada Jadual 2 berikut:
Jadual 2Perkembangan Aset, Keuntungan Tahun Berjalan, Pembiayaan dan DPK
Perbankan Islam 2011-2017 dalam Miliyar Rupiah
Indikator 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017
Aset 145.
467 195.0
18 242.
276 272.3
43 296.26
2 356.504 424.181
Pertumbuhan 34,
06 24,
23 12,4
1 8,78 20,33 18,98 Keuntungan Tahun
Berjalan
289 3.4
23 4.
364 2.0
49 1.21
0 1.420 1.691
Pertumbuhan 1.083
,96 27
,49 (53,
04) (40,9
3) 17,35 19,08
Pembiayaan 102
.655 147.
505 184.
122 199.3
30 203.89
4 249.051 286.850
Pertumbuhan 43,
69 24
,82 8,
26 2,2
9 22,14 15,17
DPK 115
.415 147.
512 183.
534 217.8
58 231.17
5 279.335 334.719
Pertumbuhan 27,
81 24
,42 18,
70 6,11 20,83 19,82
Metodologi Penyelidikan
Reka bentuk penyelidikan dalam kajian ini adalah penyelidikan deskriptif dengan pendekatan
berbentuk kajian rentas. Data-data yang digunakan dalam kajian ini berbentuk data sekunder
yang diperolehi daripada laporan statistik mengenai perbankan Islam yang dilaporkan Pihak
3 Data diolah dari Statistik Perbankan Islam Otoritas Jasa Keuangan (OJK) Republik Indonesia 2017.
Sumber: Data diolah, Statistik Perbankan Islam, (OJK) Republik Indonesia, .
CARtCRtLRt
FDRtROAtROEt
=
CARtCRtLRt
FDRtROAtROEt
α11(L) α 12(L) α 13(L) α 14(L) α 15(L) α 16(L)
α 21(L) α 22(L) α 23(L) α 24(L) α 25(L) α 26(L)
α 31(L) α 32(L) α 33(L) α 34(L) α 35(L) α 36(L)
α 41(L) α 42(L) α 43(L) α 44(L) α 45(L) α 46(L)
α 51(L) α 52(L) α 53(L) α 54(L) α 55(L) α 56(L)
α 61(L) α 62(L) α 63(L) α 64(L) α 65(L) α 66(L)
ε1tε 2tε 3tε 4tε 5tε 6t
+
Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (OJK) Indonesia. Data-data dikutip secara bulanan
bermula dari Januari 2008 sehingga Disember 2016. Pengunaan data bermula dari tahun 2008
adalah bertujuan untuk mengkaji bagaimana pengaruh kecairan dan prestasi kewangan
perbankan Islam di Indonesia selepas berlakunya krisis kewangan. Sampel kajian adalah
sebanyak 34 buah institusi merangkumi kategori Bank Umum Syariah (BUS) (13 institusi)
dan Unit Usaha Syariah (UUS) (21 institusi). Penyelidikan ini mengunakan pendekatan
kuantitatif, deskriptif dan ekonometrik untuk menjawab persoalan kajian mengenai.
Model Analisis
Kajian ini menggunakan model Vector Auto Regressive (VAR). Persamaan VAR dalam
kajian ini dibina dan diubasuai berdasarkan teori dan penyelidikan terdahulu seperti berikut:
Berdasarkan persamaan yang disusun di atas, model persamaan VAR adalah seperti berikut:
1. CARt = 10 +α11(L)CRt + α 12(L)LRt + α 13(L)FDRt + α 14(L)ROAt + α 15(L)ROEt + α 16(L)CARt + 1t
2. CRt = 20 +α21(L)CRt + α 22(L)LRt + α 23(L)FDRt + α 24(L)ROAt + α 25(L)ROEt + α 26(L)CARt + 2t
3. LRt = 30 +α31(L)CRt + α 32(L)LRt + α 33(L)FDRt + α 34(L)ROAt + α 35(L)ROEt + α 36(L)CARt + 3t
4. FDRt = 40 +α41(L)CRt + α 42(L)LRt + α 43(L)FDRt + α 44(L)ROAt + α 45(L)ROEt + α 46(L)CARt + 4t
5. ROAt = 50 +α51(L)CRt + α 52(L)LRt + α 53(L)FDRt + α 54(L)ROAt + α 55(L)ROEt + α 56(L)CARt + 5t
6. ROEt = 60 +α61(L)CRt + α 62(L)LRt + α 63(L)FDRt + α 64(L)ROAt + α 65(L)ROEt + α 66(L)CARt + 6t
Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
Daripada persamaan di atas, kita dapat melihat persamaan VAR dinyatakan dengan nilai lag
dari enam pembolehubah penyelidikan: nilai lag CAR, CR, LR, FDR, ROA dan ROE.
Sekiranya pelaku perbankan dianggap rasional, mereka akan mengambil kira semua
maklumat yang telah berlaku dalam tempoh sebelumnya dan menggunakannya dalam
pembentukan jangkaan. Persamaan VAR juga merupakan sistem bersama yang kurang
bergantung pada teori ekonomi. Pembolehubah yang berinteraksi dalam sistem persamaan
VAR boleh dipilih selagi hubungan antara pembolehubah tersebut masih relevan dengan teori
ekonomi atau boleh dijelaskan secara logik. Sistem persamaan VAR, semasa kajian tidak
memerlukan pembedahan khusus pembolehubah, tidak membezakan pembolehubah endogen
dengan eksogen, maka rawatan pemboleh ubah tersebut mesti disamakan.
Impulse Respon Function
Kejutan (shock) yang berlaku dalam salah satu pembolehubah dalam sistem persamaan VAR
bukan sahaja mempengaruhi pembolehubah secara langsung, tetapi juga dihantar kepada
pembolehubah endogen lain melalui struktur dinamik (lag) sistem persamaan VAR. IRF juga
dapat mengesan kesan sisihan piawai kejutan pada salah satu inovasi pada nilai sekarang dan
nilai masa depan pembolehubah endogen. Kejutan pemboleh ubah i-secara langsung
mempengaruhi pembolehubah i-th dan dihantar kepada semua pembolehubah endogen
melalui struktur dinamik VAR.
Variance Decomposition
Penguraian varians adalah satu kaedah untuk melihat dinamik sistem. Penguraian varians
menguraikan varians endogen berubah menjadi kejutan komponen untuk pembolehubah
endogen dalam VAR (autoregression vektor). VARs biasanya digunakan untuk meramalkan
dari data yang saling berkaitan dan untuk menganalisis kesan bunyi rawak pada sistem
Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
pembolehubah. Penguraian varians menyelesaikan varians ralat ramalan setiap pembolehubah
menjadi komponen yang boleh mempengaruhi pembolehubah endogen.
Defenisi Pembolehubah
a. Nisbah Kecukupan Modal (Capital Adequacy Ratio): Adalah nisbah yang digunakan
untuk mengukur kecukupan modal daripada jumlah aset yang dimiliki. Nilai nisbah
kecukupan modal diperoleh melalui formula Modal/Total Aset.
b. Pembiayaan kepada Nisbah Deposit (Financing to Deposit Ratio): Adalah besarnya
nisbah antara jumlah dana pihak ketiga dengan pembiayaan yang mampu disalurkan.
Nilai Pembiayaan kepada Nisbah Deposit diperoleh melalui formula Total Dana Pihak
Ketiga/Total Pembiayaan.
c. Nisbah Tunai (Cash Ratio): Adalah besarnya nisbah antara aset semasa berbanding
dengan liabiliti semasa. Nilai Nisbah Tunai diperoleh melalui formula Aset
Semasa/Liabiliti Semasa.
d. Nisbah Kecairan (Liquid Ratio): Adalah besarnya nisbah cecair berbanding dengan
total aset. Nilai Nisbah Cecair diperoleh melalui formula Aset Cair/Total Assets.
e. Pulangan ke atas Aset (Return On Assets): adalah nisbah pulangan pelaburan jika
dibandingkan dengan Aset yang dimiliki. Nilai Pulangan ke atas Aset diperoleh melalui
formula Pendapatan Bersih/Total Aset.
f. Pulangan ke atas Ekuiti (Return On Equity): adalah nisbah pulangan pelaburan jika
dibandingkan dengan modal yang disetor. Nilai Pulangan Pulangan ke atas Ekuiti
diperoleh melalui formula Pendapatan Bersih/Ekuiti Pemilik.
Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
Analisis Statistik
Untuk menentukan faktor-faktor yang menyumbang kepada pengurusan kecairan dan prestasi
kewangan perbankan Islam di Indonesia, pendekatan Vector Auto Regressive (VAR)
digunakan untuk menguji pertama Unit Root Test kemudian meneruskan penentuan
ketinggalan optimum dan tahap akhir, faktor penyumbang pengurusan kecairan dan prestasi
kewangan perbankan Islam di Indonesia ditentukan oleh Impulse Respon Function dan
Variance Decomposition. Hasil analisis siri ujian di atas dapat dijelaskan dalam langkah-
langkah di bawah:
Unit Root Test
Unit Root Test berguna untuk melihat sama ada stesen data atau tidak. Alat analitik yang
digunakan untuk melakukan ujian adalah ujian Augmeneted Dickey Fuller (ADF). Jadual 3 di
bawah menunjukkan keputusan Unit Root Test bagi pemboleh ubah yang terkandung dalam
model penyelidikan ini pada tahap perbezaan pertama.
Jadual 3 Keputusan Unit Root Test
Variables ADF Statistics P-Value Order of IntegrationROA 10.11331 0,0000 1(0)CAR 11,37116 0,0000 1(0)FDR 11.77825 0,0000 1(0)CR 9,663259 0,0000 1(0)LR 11.10803 0,0000 1(0)ROE 6.258490 0,0000 1(0)
Hasil Unit Root Test dalam Jadual 3 di atas menunjukkan bahawa data pada setiap
pembolehubah tidak bergerak pada perbezaan pertama ini dapat dilihat dari nilai ADF (P-
Value) lebih kecil dari 0.05.
VAR Lag Order Selection CriteriaEndogenous variables: ROE ROA LR FDR CR CAR Exogenous variables: C Date: 02/28/18 Time: 13:36Sample: 1 108Included observations: 100
Lag LogL LR FPE AIC SC HQ
0 -603.8135 NA 0.007979 12.19627 12.35258 12.259531 -353.8074 465.0113 0.000111* 7.916149* 9.010320* 8.358980*2 -328.7597 43.58301 0.000139 8.135195 10.16723 8.9575953 -286.8173 67.94670* 0.000126 8.016347 10.98624 9.2183164 -272.8583 20.93850 0.000202 8.457167 12.36492 10.038715 -245.4058 37.88455 0.000255 8.628115 13.47373 10.589226 -227.0153 23.17196 0.000399 8.980306 14.76378 11.320987 -193.4681 38.24377 0.000481 9.029363 15.75070 11.749618 -168.9686 24.98957 0.000735 9.259371 16.91857 12.35919
* indicates lag order selected by the criterion LR: sequential modified LR test statistic (each test at 5% level) FPE: Final prediction error AIC: Akaike information criterion SC: Schwarz information criterion HQ: Hannan-Quinn information criterion
Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
Penentuan Optimum Lag
Penentuan optimum lag adalah berguna untuk menentukan berapa banyak kriteria lag yang
akan digunakan dalam ujian VAR selanjutnya seperti Impulse Response Function dan
Variance Decomposition. Untuk menentukan kriteria lag optimum boleh diketahui dari
kriteria yang ditunjukkan oleh banyak ujian termasuk LR, FPE, AIC, SC, dan HQ.
Jadual 4 Keputusan Ujian Optimum Lag Kriteria
Hasil ujian kriteria optimum lag dalam Jadual 4 di atas menunjukkan bahawa optimum lag
dalam model ini adalah dalam lag 1. Ini dapat dilihat dari indikasi yang dihasilkan oleh FPE,
AIC, SC, dan HQ (tanda *).
-0.5
0.0
0.5
1.0
1.5
10 20 30 40 50
Response of CAR to CAR
-0.5
0.0
0.5
1.0
1.5
10 20 30 40 50
Response of CAR to CR
-0.5
0.0
0.5
1.0
1.5
10 20 30 40 50
Response of CAR to FDR
-0.5
0.0
0.5
1.0
1.5
10 20 30 40 50
Response of CAR to LR
-0.5
0.0
0.5
1.0
1.5
10 20 30 40 50
Response of CAR to ROA
-0.5
0.0
0.5
1.0
1.5
10 20 30 40 50
Response of CAR to ROE
-.04
-.02
.00
.02
.04
.06
10 20 30 40 50
Response of CR to CAR
-.04
-.02
.00
.02
.04
.06
10 20 30 40 50
Response of CR to CR
-.04
-.02
.00
.02
.04
.06
10 20 30 40 50
Response of CR to FDR
-.04
-.02
.00
.02
.04
.06
10 20 30 40 50
Response of CR to LR
-.04
-.02
.00
.02
.04
.06
10 20 30 40 50
Response of CR to ROA
-.04
-.02
.00
.02
.04
.06
10 20 30 40 50
Response of CR to ROE
-5
0
5
10
15
10 20 30 40 50
Response of FDR to CAR
-5
0
5
10
15
10 20 30 40 50
Response of FDR to CR
-5
0
5
10
15
10 20 30 40 50
Response of FDR to FDR
-5
0
5
10
15
10 20 30 40 50
Response of FDR to LR
-5
0
5
10
15
10 20 30 40 50
Response of FDR to ROA
-5
0
5
10
15
10 20 30 40 50
Response of FDR to ROE
-.01
.00
.01
.02
10 20 30 40 50
Response of LR to CAR
-.01
.00
.01
.02
10 20 30 40 50
Response of LR to CR
-.01
.00
.01
.02
10 20 30 40 50
Response of LR to FDR
-.01
.00
.01
.02
10 20 30 40 50
Response of LR to LR
-.01
.00
.01
.02
10 20 30 40 50
Response of LR to ROA
-.01
.00
.01
.02
10 20 30 40 50
Response of LR to ROE
-.2
.0
.2
.4
10 20 30 40 50
Response of ROA to CAR
-.2
.0
.2
.4
10 20 30 40 50
Response of ROA to CR
-.2
.0
.2
.4
10 20 30 40 50
Response of ROA to FDR
-.2
.0
.2
.4
10 20 30 40 50
Response of ROA to LR
-.2
.0
.2
.4
10 20 30 40 50
Response of ROA to ROA
-.2
.0
.2
.4
10 20 30 40 50
Response of ROA to ROE
-4
0
4
8
10 20 30 40 50
Response of ROE to CAR
-4
0
4
8
10 20 30 40 50
Response of ROE to CR
-4
0
4
8
10 20 30 40 50
Response of ROE to FDR
-4
0
4
8
10 20 30 40 50
Response of ROE to LR
-4
0
4
8
10 20 30 40 50
Response of ROE to ROA
-4
0
4
8
10 20 30 40 50
Response of ROE to ROE
Response to Cholesky One S.D. Innovations ± 2 S.E.
-0.5
0.0
0.5
1.0
1.5
10 20 30 40 50
Response of CAR to CAR
-0.5
0.0
0.5
1.0
1.5
10 20 30 40 50
Response of CAR to CR
-0.5
0.0
0.5
1.0
1.5
10 20 30 40 50
Response of CAR to FDR
-0.5
0.0
0.5
1.0
1.5
10 20 30 40 50
Response of CAR to LR
-0.5
0.0
0.5
1.0
1.5
10 20 30 40 50
Response of CAR to ROA
-0.5
0.0
0.5
1.0
1.5
10 20 30 40 50
Response of CAR to ROE
-.04
-.02
.00
.02
.04
.06
10 20 30 40 50
Response of CR to CAR
-.04
-.02
.00
.02
.04
.06
10 20 30 40 50
Response of CR to CR
-.04
-.02
.00
.02
.04
.06
10 20 30 40 50
Response of CR to FDR
-.04
-.02
.00
.02
.04
.06
10 20 30 40 50
Response of CR to LR
-.04
-.02
.00
.02
.04
.06
10 20 30 40 50
Response of CR to ROA
-.04
-.02
.00
.02
.04
.06
10 20 30 40 50
Response of CR to ROE
-5
0
5
10
15
10 20 30 40 50
Response of FDR to CAR
-5
0
5
10
15
10 20 30 40 50
Response of FDR to CR
-5
0
5
10
15
10 20 30 40 50
Response of FDR to FDR
-5
0
5
10
15
10 20 30 40 50
Response of FDR to LR
-5
0
5
10
15
10 20 30 40 50
Response of FDR to ROA
-5
0
5
10
15
10 20 30 40 50
Response of FDR to ROE
-.01
.00
.01
.02
10 20 30 40 50
Response of LR to CAR
-.01
.00
.01
.02
10 20 30 40 50
Response of LR to CR
-.01
.00
.01
.02
10 20 30 40 50
Response of LR to FDR
-.01
.00
.01
.02
10 20 30 40 50
Response of LR to LR
-.01
.00
.01
.02
10 20 30 40 50
Response of LR to ROA
-.01
.00
.01
.02
10 20 30 40 50
Response of LR to ROE
-.2
.0
.2
.4
10 20 30 40 50
Response of ROA to CAR
-.2
.0
.2
.4
10 20 30 40 50
Response of ROA to CR
-.2
.0
.2
.4
10 20 30 40 50
Response of ROA to FDR
-.2
.0
.2
.4
10 20 30 40 50
Response of ROA to LR
-.2
.0
.2
.4
10 20 30 40 50
Response of ROA to ROA
-.2
.0
.2
.4
10 20 30 40 50
Response of ROA to ROE
-4
0
4
8
10 20 30 40 50
Response of ROE to CAR
-4
0
4
8
10 20 30 40 50
Response of ROE to CR
-4
0
4
8
10 20 30 40 50
Response of ROE to FDR
-4
0
4
8
10 20 30 40 50
Response of ROE to LR
-4
0
4
8
10 20 30 40 50
Response of ROE to ROA
-4
0
4
8
10 20 30 40 50
Response of ROE to ROE
Response to Cholesky One S.D. Innovations ± 2 S.E.Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
Hasil Kajian dan Perbincangan
Impuls Respone Function (IRF)
IRF berfungsi untuk melihat bagaimana respon pembolehubah lain dalam hal impuls, yang
juga disebut istilah inovasi atau kesilapan (e), pada pembolehubah. Dalam kajian ini akan
dilihat bagaimana tindak balas mengalami pemboleh ubah prestasi kewangan (ROA dan
ROE) dalam hal kejutan pembolehubah kecairan (CAR, LR, CR dan FDR).
Graf 1Impuls Respons Function (IRF)
Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
Dari hasil Impulse Respons Function dapat dilihat bahwa kejutan yang terjadi pada
pembolehubah kecairan pada prestasi kewangan perbankan Islam di Indonesia dapat
diringkas dalam jadual berikut:
Jadual 5 Kesimpulan Keputusan Impulse Respons Function
Kesan
Kejutan PembolehubahCAR LR CR FDR
Tindak Balas
Masa Tindak Balas
Masa
Tindak Balas
Masa
Tindak Balas
Masa
ROA Sederhana 45 Sederhan
a 40 Sederhana 30 Sederhana 25
ROE Tinggi 55 Sederhana 55 Tinggi 55 Tinggi 50
Berdasarkan Jadual 5 di atas, boleh dijelaskan bahawa di antara pembolehubah prestasi
kewangan yang paling besar yang terjejas oleh kejutan yang berlaku dalam pembolehubah
kecairan perbankan Islam adalah pembolehubah prestasi kewangan ROE. Kesan yang
diterima oleh ROE terhadap kejutan yang berlaku dalam pembolehubah kecairan perbankan
Islam lebih panjang daripada kesan yang diterima oleh ROA. Jadi, dapat disimpulkan bahawa
ROE terjejas lebih besar jika terdapat kejutan terhadap pembolehubah kecairan perbankan
Islam berbanding dengan ROA.
Variances Decomposition
Variances Decomposition boleh digunakan untuk melihat seberapa besar sumbangan kejutan
pembolehubah kepada pembolehubah lain. Berikut adalah kesimpulan hasil Variances
Decomposition dalam kajian ini:
Jadual 6 Keputusan Variance Decomposition
Pembolehubah ROA ROECAR 1,66% 16,52%FDR 0,95% 1,28%LR 2,32% 3,69%CR 2.39% 0.88%
Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
Berdasarkan Jadual 6 di atas, didapati bahawa pembolehubah kecairan yang paling dominan
menyumbang kepada perubahan yang berlaku dalam prestasi kewangan pembolehubah ROA
adalah CR. Pembolehubah terkecil yang menyumbang ROA adalah FDR, sementara bagi
pembolehubah ROE adalah CR. Jadual 6 juga menunjukknan bahawa CR dan LR lebih
dominan menyumbang kepada perubahan ROA berbanding CAR dan FDR. Bagi ROE,
pembolehubah CAR dan LR lebih dominan menyumbang kepada perubahan berbanding CR
dan FDR. Begitu juga, CAR, FDR, LR dan CR didapati lebih banyak menyumbang kepada
perubahan dalam ROE daripada ROA. Daripada analisis ini, dapat disimpulkan bahawa ROE
lebih sensitif daripada ROA jika terdapat perubahan dalam pembolehubah kecairan
perbankan Islam di Indonesia. Begitu juga, ROA dan ROE lebih sensitif terhadap perubahan
yang berlaku dalam komponen kecairan daripada komponen modal yang sedia ada. Oleh itu,
bank-bank Islam di Indonesia bertindak balas terhadap perubahan-perubahan yang terjadi di
sisi aset, khususnya kecairan apabila dibandingkan dengan perubahan-perubahan yang terjadi
pada liabiliti, khususnya modal.
Dari hasil kajian ini, didapati faktor kecairan akan berdampak pada tahap modal perbankan.
Ini menunjukkan bahawa perbankan Islam di Indonesia perlu mengekalkan tahap kecairannya
dalam kedudukan yang tidak mempengaruhi tahap modal yang dimiliki. Sekiranya baki
kecairan tidak dikekalkan, ia akan memberi kesan kepada hakisan modal perbankan Islam di
Indonesia. Akhirnya, dengan nisbah modal kecil, perbankan Islam di Indonesia berpotensi
mengalami risiko kecairan dan operasi. Begitu juga sebaliknya jika pengurusan kecairan
dilaksanakan dengan baik, ia akan memberi kesan yang lebih besar kepada modal bank Islam
di Indonesia. Ini menunjukkan bahawa pengurusan kecairan boleh memberi kesan positif dan
negatif terhadap prestasi kewangan, terutamanya modal bagi bank Islam di Indonesia. Oleh
itu, bank-bank Islam di Indonesia mesti membuat pengurusan kecairan sebagai keutamaan
Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
untuk mengekalkan tahap modal yang baik dan prestasi kewangan yang baik, terutamanya
pengurusan nisbah CR, LR dan CAR. Usaha lain yang dapat dilihat dari hasil kajian ini
adalah; dalam pengurusan kecairan yang baik, bank Islam di Indonesia boleh menggunakan
pembolehubah modal atau pengurusan pembolehubah dalam liabiliti sebagai instrumen
mengimbangi likuiditas berbanding dengan pembolehubah yang ada di sebelah aset.
Penutup
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menjawab permasalahan kajian iaitu apakah faktor-
faktor kecairan yang mempengaruhi prestasi kewangan perbankan Islam di Indonesia. Hasil
kajian berdasarkan keputusan Impulse Respons Function menunjukkan bahawa kejutan
(shock) yang berlaku dalam pembolehubah kecairan CAR, CR, LR dan FDR memberikan
impak yang lebih tinggi terhadap prestasi kewangan ROE berbanding ROA, di mana ia
mengambil masa sekitar 45 bulan. Selain itu, berdasarkan hasil Varians Decompocition,
didapati bahawa pembolehubah CR dan LR merupakan penyumbang terbesar terhadap ROA
iaitu sebanyak 4.71%. Manakala, pembolehubah CAR dan LR adalah penyumbang terbesar
terhadap ROE sebanyak 20.21%. Keputusan keseluruhan kajian ini menunjukkan bahawa
faktor kecairan yang mempunyai pengaruh besar terhadap prestasi kewangan industri
perbankan Islam di Indonesia adalah CAR, CR dan LR. Adalah menjadi satu keperluan bagi
institusi perbankan untuk mengawal pembolehubah-pembolehubah tersebut dengan baik agar
prestasi kewangan industri perbankain Islam di Indonesia dapat dipertingkatkan.
Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
Rujukan
Ajanthan, A. (2013). Nexus between liquidity and profitability: A study of trading companies in Sri Lanka. European Journal of Business and Management, 6(7).
Alshatti. (2015). The Effect of the Liquidity Management on Profitability in The Jordanian Commercial Banks. International Journal of Business and Management. 10(1).
Andriansyah, Y. (2009). Kinerja Keuangan Perbankan Islam di Indonesia dan Kontribusinya bagi Pembangunan Nasional. Jurnal Ekonomi Islam La_Riba, 3(2).
Anshori. A.G. (2008). Sejarah Perkembangan Hukum Perbankan Syariah di Indonesia dan Implikasinya bagi Praktik Perbankan Nasional. Jurnal Ekonomi Islam La_Riba, 2(2).
Ariffin, N. M. (2012). Liquidity Risk Management And Financial Performance In Malaysia: Empirical Evidence From Islamic Banks. Aceh International Journal of Social Sciences 1(2).
Bidabad. B., & Allahyarifad. M. (2008). Assets and Liabilities Management in Islamic Banking, Paper Presented at the 3rd International Conference on Islamic Banking and Finance, Karacehi, Pakistan.
Bourke, P. (1989). Concentration and other determinants of bank profitability in Europe, North America and Australia. Journal of Banking and Finance 13, 65–79. Retrieved from http://dx.doi.org/10.1016/0378 4266(89)90020 4
Chen, Y.K., Kao, L.F., Shen, C.H., & Yeh, C.Y. (2009). Bank Liquidity Risk And Performance. Proceddings of The Asian Finance Association International Conference, Hong Kong.
Defri, (2012). Pengaruh Capital Adequacy Ratio (CAR), Likuiditas dan Efisiensi Operasional Terhadap Profitabilitas Perusahaan Perbankan yang Terdaftar di BEI. Jurnal Manajemen, 1(1).
Ferrouhi, E.M. (2014). Bank Liquidity And Financial Performance: Evidence From Moroccan Banking Industry. Business: Theory and practice, 15(4).
Hasan. (2011). Analisis Industri Perbankan Syariah Di Indonesia. Jurnal Dinamika Ekonomi Pembangunan, 1(1).
Ibe, S.O. (2013). The Impact of Liquidity Management on the Profitability of Banks in Nigeria. Journal of Finance and Bank Management, 1(1).
Islam, M. M., & Chowdhury. H.A. (2007). A Comparative Study of Liquidity Management of an Islamic Bank and a Conventional Bank: The Evidence from Bangladesh. Journal of Islamic Economics, Banking and Finance, 5(1).
Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2018)
Khan, M.A., Ali. Majid., & Khan, M.A. (2015). Gauging Profitability and Liquidity of Islamic Banks: Evidence from Malaysia and Pakistan. International Journal of Accounting and Financial Reporting, 5(1).
Kunt, A.D., Laeven. L. & Levine. R. (2003). The Impact Of Bank Regulations, Concentration, And Institutions On Bank Margins. World Bank Policy Research Working Paper 3030.
Molyneux, P. & Thornton, J. (1992). Determinants of European bank profitability: a Note. Journal of Banking and Finance 16, 1173–1178. Retrieved from http://dx.doi.org/10.1016/0378 4266(92)90065 8
Muharam, H. & Kurnia, H.P. (2013). The Influence of Fundamental Factors to Liquidity Risk on Banking Industry: Comparative Study between Islamic Bank and Conventional Bank in Indonesia Conference In Business, Accounting And Management. Retrieved from SSRN: http://ssrn.com/abstract=2339598
Paul, S.C., Bhowmik, P.K., Islam, M.R., Kaium, M.A. & Masud, AA. (2013). Profitability and Liquidity of Conventional Banking and Islamic Banking in Bangladesh: A Comparative Study. European Journal of Business and Management, 5(24).
Sandy, G.E. (2015). Pengaruh Liquiditas Dan Solvabilitas Terhadap Kinerja Keuangan Perbankan Indonesia Yang Terdaftar Di Bursa Efek Indonesia Pada Tahun 2010 – 2012. Artikel Ilmiah Mahasiswa. Jawa Timur: Universitas Jember.
Sulaiman, A.A., Mohamad, M.T., & Samsudin, M.L. (2013). How Islamic Banks of Malaysia Managing Liquidity? An Emphasis on Confronting Economic Cycles. International Journal of Business and Social Science, 4(7).
Zygmunt, J. (2013). Does Liquidity Impact on Profitability?. A case of Polish Listed IT Companies. Paper Presented at Conference of Informatics and Management Sciences, Opole, Poland.