Pengenalan.docx

6
960424085203 1.0Pengenalan Setiap masyarakat amalan adat resam dan kepercayaan tersendiri yang diamalkan sejak turun- temurun. Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Kajian yang dilaksanakan ialah berkaitan dengan ‘‘Amalan adat resam perkhawinan masyarakat Melayu di Buntong.Rasional kajian ini dijalankan kerana untuk mengetahui sama ada amalan tradisi adat resam perkhawinan masyarakat Melayu. Selain itu, mengenalpasti amalan tradisi adat resam semasa perkhawinan masyarakat Melayu di Buntong. Oleh itu, satu kajian telah dilaksanakan oleh pengkaji supaya dapat memehami dan mengetahui adat resam perkhawinan masyarakat Melayu dengan lebih jelas. Di samping itu, lokasi kajian ini juga berdekatan dengan tempat tinggal pengkaji. Masyarakat Melayu bergitu berpegang teguh dengan adat resam,adat perkahwinan melayu,kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu adat perkahwinan

Transcript of Pengenalan.docx

Page 1: Pengenalan.docx

960424085203

1.0Pengenalan

Setiap masyarakat amalan adat resam dan kepercayaan tersendiri yang diamalkan sejak turun-

temurun. Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Suatu

perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang

adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Adat

seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya.

Kajian yang dilaksanakan ialah berkaitan dengan ‘‘Amalan adat resam perkhawinan

masyarakat Melayu di Buntong.Rasional kajian ini dijalankan kerana untuk mengetahui sama

ada amalan tradisi adat resam perkhawinan masyarakat Melayu. Selain itu, mengenalpasti

amalan tradisi adat resam semasa perkhawinan masyarakat Melayu di Buntong. Oleh itu, satu

kajian telah dilaksanakan oleh pengkaji supaya dapat memehami dan mengetahui adat resam

perkhawinan masyarakat Melayu dengan lebih jelas. Di samping itu, lokasi kajian ini juga

berdekatan dengan tempat tinggal pengkaji.

Masyarakat Melayu bergitu berpegang teguh dengan adat resam,adat perkahwinan

melayu,kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu adat

perkahwinan Melayu bergitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu

akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Kebanyakan orang Melayu berpegang

teguh dengan adat perkahwinan Melayu. Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang

mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar.

Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama

sekali ialah peringkat merisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya

Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkan teruna dengan orang tua pihak dara.

Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara. Sebagaimana

ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapanya terlebih

dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan restu orang tua terlebih dahulu

dalam membuat keputusan yang besar seperti perkahwinan. Tujuan adat ini dilakukan adalah

untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Hal

Page 2: Pengenalan.docx

ini penting kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping

itu,adat ini bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat ini akan

dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Prosesi

merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk memelihara dan menjaga nama baik kedua

belah pihak.

Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara,para wakil keluarga lelaki akan bercakap-

cakap mengenai keadan kehidupan,pekerjaan,maupun isu-isu terkini sambil menikmati jamuan

yang dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh si dara. Pada saat si dara menghidangkan jamuan

itulah para wakil dari pihak lelaki berkesempatan untuk melihat wajah si dara. Setelah itu,topik

pebicaraan mula difokuskan untuk menyampaikan maksud kedatangan pihak teruna,dan pantun

untuk merisik mula diperdengarkan juru cakap mereka. Pada tahap ini, pihak teruna menyatakan

kehendak hati untuk meminang apabila si dara belum memiliki pasangan.

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan

menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan.Wakil dari pihak lelaki yang

biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk

mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara

tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang

kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil

bertangguh. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-

hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah

menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam

mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan

perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.

Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal

dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian

bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang

dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja mengikut

citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.

Page 3: Pengenalan.docx

Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat

berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Secara ringkasnya berinai curi ini

biasanya diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki bakal

pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas

pelamin. Ia juga dikatakan diadakan tiga malam sebelum hari langsung dan hanya untuk tatapan

saudara mara terdekat sahaja.

Manalaka berinai kecil pula dilakukan selepas berinai curi. Dan ia selalu dilakukan disebelah

petang. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Ia juga dikatakan

diadakan tiga malam sebelum hari langsung dan hanya untuk tatapan saudara mara terdekat

sahaja.

Bagi istiadat berinai besar pula, ianya dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau

selepas majlis akad nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua belah pihak pengantin.

Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada

tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis

dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu

lelaki naik ke pelamin untuk membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin

lelaki. Kemudian dilakukan dengan bertih, diikuti oleh tangkai daun wangi yang dicelupkan ke

dalam air daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh kedua-dua belakang tangan

pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah

dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh emak pengantin, akan

meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki.

Akad nikah merupakan satu acara penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Ia bukan

suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu

perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak

lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang

dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan

dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin

perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh

mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

Page 4: Pengenalan.docx

Sebelum majlis perkahwinan dijalankan, berbagai persiapan akan dijalankan termasuklah

mendirikan bangsal penanggah, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta

menyediakan bunga telur. Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari

bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar

raja sehari.

Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran

tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian pengantin,

lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Pengantin perempuan akan

diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Bagi mak andam tradisional,

solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan

diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh.

Oleh itu demikian, terdapat banyak cirri-ciri dalam adat resam perkahwinan Melayu seperti adat

merisik, adat bertunang dan sebagainya. Dalam hal ini, pengkaji boleh mengenalpasti sejauh

mana tahap pengamalan tradisi perkahwinan masyarakat Melayu.