PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

32
PENGENALAN KEPADA KAJIAN 1. Konsep Kajian Adalah tidak mudah untuk memberikan suatu definisi tentang kajian. Kajian bukanlah sekadar melakukan tinjauan literatur sahaja atau penyiasatan terhadap sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, kajian boleh dikatakan sebagai suatu percubaan untuk menjawab soalan-soalan ke arah menghasilkan ilmu dengan menggunakan pendekatan yang saintifik. Pendekatan saintifik merujuk kepada pendekatan yang berasaskan data empirikal dengan kaedah pemerhatian yang terkawal dan sistematik ke atas realiti. Pendekatan saintifik berbeza dengan pendekatan yang bukan saintifik. Jadual 1 menunjukkan perbezaan ini. Jadual 1 Perbezaan antara Pendekatan Saintifik dan Pendekatan Bukan Saintifik _________________________________________________________________ ____________ Bukan Saintifik Saintifik Pendekatan am: Intuitif Empirikal Pemerhatian: Tidak terkawal Sistematik, terkawal Pelaporan: Biased, subjektif Unbiased, objektif Konsep-konsep: Ambiguous, ketaksaan Definisi yang Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Transcript of PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

Page 1: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

PENGENALAN KEPADA KAJIAN

1. Konsep Kajian

Adalah tidak mudah untuk memberikan suatu definisi tentang kajian. Kajian bukanlah sekadar

melakukan tinjauan literatur sahaja atau penyiasatan terhadap sesuatu perkara. Walau

bagaimanapun, kajian boleh dikatakan sebagai suatu percubaan untuk menjawab soalan-soalan

ke arah menghasilkan ilmu dengan menggunakan pendekatan yang saintifik. Pendekatan saintifik

merujuk kepada pendekatan yang berasaskan data empirikal dengan kaedah pemerhatian yang

terkawal dan sistematik ke atas realiti. Pendekatan saintifik berbeza dengan pendekatan yang

bukan saintifik. Jadual 1 menunjukkan perbezaan ini.

Jadual 1 Perbezaan antara Pendekatan Saintifik dan Pendekatan Bukan Saintifik

_____________________________________________________________________________

Bukan Saintifik Saintifik

Pendekatan am: Intuitif Empirikal

Pemerhatian: Tidak terkawal Sistematik, terkawal

Pelaporan: Biased, subjektif Unbiased, objektif

Konsep-konsep: Ambiguous, ketaksaan Definisi yang jelas,operational specificity

Instrumen: Kurang tepat, imprecise Tepat, precise

Pengukuran: Tiada keesahan atau Ada keesahan dan kebolehpercayaan kebolehpercayaan

Hipotesis: Tidak dapat diuji (Untestable) Boleh diuji (Testable)

Sikap (Attitude): Uncritical, accepting Critical, skeptical

Sumber: Shaughnessy, J.J. & Zechmeister, E.B. (1997). Research methods in psychology. N.Y.: McGraw-Hill, pp 7.

Oleh sebab itu, kajian boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan saintifik yang menggunakan

kaedah munasabah untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu demi mewujudkan

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 2: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

pengetahuan baru atau memurnikan pengetahuan yang sedia ada. Dalam hal ini, kajian

menggunakan data empirikal sebagai bukti untuk menyokong sesuatu tuntutan ilmu baru.

Dalam konteks pendidikan pula, kajian boleh ditakrifkan sebagai cara saintifik untuk

memperoleh pengetahuan baru. Kajian pendidikan merupakan satu aktiviti berhubung dengan

usaha untuk memperoleh dan menganalisis maklumat empirikal untuk mengenal pasti dan

menyelesaikan masalah pendidikan. Hasil daripada itu, mewujudlah pengetahuan baru.

2 Perkembangan Kajian Pendidikan

Kajian pendidikan moden dianggarkan bermula sekitar tahun 1897 apabila Joseph M. Rice

menerbitkan dua artikel tentang pencapaian mengeja pelajar-pelajar. Dalam artikel tersebut, Rice

mendapati ketidakberkesanan penggunaan kaedah latih tubi untuk mengajarkan kemahiran

mengeja.

Tahun 1900 adalah zaman bermulanya era saintifik di dalam kajian. Dalam tempoh 1900-

1920an, penerokaan dan pembinaan alat-alat pengukuran bermula dengan pesatnya. Pada tahun

1905, Alfred Binet telah menerbitkan skala kecerdasan yang diperbaiki dan dimajukan oleh

Terman pada tahun 1916 sehingga menghasilkan Ujian Kecerdasan Stanford-Binet.

Seterusnya, ujian kecerdasan digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan kaedah statistik

dalam kajian pendidikan bermula apabila para penyelidik pendidikan menghadapi masalah untuk

menganalisis dan mentaksir data. Thorndike (1914) berpendapat “Jika sesuatu benda wujud, ia

wujud dalam jumlah tertentu. Jika ia wujud dalam jumlah tertentu, ia boleh diukur.” Ini telah

menggalakkan penyelidik mengunakan kaedah-kaedah kuantitatif bagi memperoleh data yang

perlu bagi pelbagai aspek kajian pendidikan.

Seterusnya, penemuan alat-alat pengukuran bagi kajian pendidikan berlaku dengan pesatnya

antara tahun 1920 hingga 1945 dengan munculnya penerbit-penerbit swasta yang membekalkan

alat-alat ujian. Pada tahun 1935, Fisher memperkenalkan reka bentuk berstatistik pelbagai varian

(multivariate). Ini membolehkan penyelesaian masalah pendidikan yang rumit seperti

penggunaan pelbagai pemboleh ubah dalam kajian.

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 3: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

Usaha-usaha untuk menilai semula kajian pendidikan bermula sejak tahun 1945. Pengukuran

kajian pendidikan dibina melalui pembaikan ke atas kaedah dan reka bentuk kajian untuk

menghasilkan maklumat kajian yang boleh dipercayai. Penilaian kritis terhadap kajian

pendidikan menghasilkan lebih banyak kaedah statistik baru untuk digunakan dalam kajian

pendidikan bagi menyelesaikan masalah pendidikan secara realistik.

3 Ciri-ciri Kajian

Kajian sebagai pendekatan yang saintifik dalam menghasilkan ilmu mempunyai dua ciri utama,

iaitu ia dijalankan mengikut langkah-langkah yang logikal dan mematuhi kaedah saintifik.

3.1 Langkah-langkah logikal

● Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan.

● Melakukan tinjauan literatur untuk memahami bagaimana orang lain telah menghadapi/

menyelesaikan masalah/isu.

● Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh keputusan yang sah.

● Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu.

● Membuat kesimpulan dan generalisasi.

3.2 Kajian perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna ia dapat mengintegrasikan

keterangan induktif dan deduktif.

● Keterangan Induktif : daripada kenyataan-kenyatan khusus kepada kenyataan

umum.

Seseorang penyelidik membuat pemerhatian terhadap peristiswa-peristiswa tetentu

(fakta-fakta konkrit). Setelah penyiasatan, beliau akan membina jangkaan tertentu.

● Keterangan Deduktif : daripada kenyataan umum kepada kenyataan-kenyataan

khusus

“Kalau Encik A guru tidak terlatih, beliau tidak akan menggunakan ABM/ABPP

semasa dia mengajar”

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 4: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

4 Jenis-Jenis Kajian

Terdapat pelbagai cara melaksanakan kajian berdasarkan tujuan atau matlamat dan kaedah yang

hendak digunakan untuk melaksanakannya. Berikut adalah antara jenis-jenis kajian yang biasa

digunakan oleh pengkaji:

4.1 Kajian Tinjauan (Survey research)

Kajian tinjauan merupakan satu jenis reka-bentuk bukan eksperimen yang gemar

digunakan oleh penyelidik dalam pendidikan. Tinjauan boleh dibezakan kepada yang

hanya deskriptif dan yang berbentuk korelasi. Tinjauan deskriptif (boleh digunakan

dalam kajian kuantitatif dan kualitatif) biasanya bertujuan untuk memberi deskripsi

tentang sesuatu sampel, umpamanya, dari segi peratusan dan nisbah responden yang

menjawab begini atau begitu kepada soalan-soalan tinjauan.

Ini sangat berbeza dengan tinjauan korelasi di mana tujuannya adalah untuk mengkaji

perkaitan antara pembolehubah. Pembolehubah perlu dikonseptualisasikan kepada bebas,

bersandar, dan kawalan (covariate). Tinjauan korelasi adalah berdasarkan logik

eksperimen. Ia digunakan kerana penyelidik tidak dapat mengawal secara fizikal

pembolehubah-pembolehubah kawalan dan pembolehubah bebas.

4.2 Kajian Kes

Kes didefinisikan sebagai suatu fenomena yang berlaku dalam suatu konteks tertentu

dengan lingkungan atau sempadan yang tersendiri. Individu atau aspek tertentu dalam

sepadan berkenaan dipilih sebagai fokus kajian untuk menghuraikan fenomena yang

menjadi kes. Maka, kes merupakan suatu unit analisis dalam sesuatu kajian kes. Kajian

kes merupakan suatu inkuiri empirikal yang mengkaji fenomena semasa dalam

lingkungan konteks kehidupan sebenar. Kajian kes adalah suatu strategi kajian

komprehensif, bukannya suatu tektik pengumpulan data (Yin, 1994). Namun begitu, ia

juga merupakan kajian tentang suatu sistem yang terbatas, melibatkan kajian tentang

suatu detik pada waktu tertentu (Adelman, Jenkin & Kemmis, 1980). Di samping itu, ia

juga boleh berupa suatu penelitian mendalam terhadap sesuatu keadaan, atau suatu

bentuk dokumen yang tersimpan atau suatu peristiwa tertentu (Meriam, 1988). Pada

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 5: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

umumnya, kajian kes digunakan untuk menjawab soalan kajian yang bertujuan untuk

menghuraikan “bagaimana” atau ` “mengapa” tentang sesuatu fenomena. Pemilihan

kajian kes juga dipengaruhi oleh kawalan penyelidik ke atas peristiwa atau fenomena

yang dikaji. Sekiranya peristiwa atau fenomena sukar dikawal oleh penyelidik, maka

kajian kes lebih sesuai. Di samping itu, kajian kes juga sesuai sekiranya fokus kajian

ialah fenomena kontemporari dalam konteks kehidupan sebenar (Yin, 1994)

Kajian kes terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Kajian Kes Penerokaan, Kajian Kes

Deskriptif (cth. Street Corner Society oleh Whyte, 1943) dan, Kajian Kes Penerangan

(cth. Essence of Decision: Explaining the Cuban Missile oleh Allison, 1971). Salah satu

daripada jenis tersebut boleh digunakan berdasarkan kesesuaiannya dengan tujuan kajian.

Proses pelaksanaan kajian kes melibatkan langkah-langkah sistematik yang khusus.

Setiap langkah perlu diikuti dengan teliti bagi membolehkan suatu kajian mendalam

dilakukan. Hal ini perlu kerana kajian kes melibatkan suatu lingkungan atau konteks

khusus yang biasanya terbatas. Tanpa pelaksanaan yang teliti dan sistematik peluang

untuk mendapat data yang secukupnya mungkin tidak tercapai.

Pertama, data tentang latar belakang konteks kes perlu diperoleh sepenuhnya, seperti

bentuk kes, latar belakang sejarah, konteks fizikal, konteks sosial, ekonomi dan politik,

lain-lain yang berkaitan dan, pemberi maklumat tentang kes kajian (Stake, 1994). Kedua,

data yang dikumpulkan perlu dianalisis dan diinterpretasi. Proses ini membolehkan data

diurus dan dikelompok-kelompokkan untuk menunjukkan pola atau tema tertentu.

Ketiga, daripada data yang dikelompok-kelompokkan itu, rumusan kajian dibina. Akhir

sekali, keseluruhan laporan kajian ditulis mengikut suatu format yang sesuai

4.3 Kajian Reka bentuk Eksperimen

Logik asas eksperimen adalah mudah. Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random

assignment) kepada dua atau lebih kumpulan dan di beri “treatment” yang berbeza (rujuk

Rajah 1). “Treatment” merupakan pembolehubah bebas yang sengaja diaturkan

(manipulated). Kemudian kita bandingkan hasil atau kesannya ke atas sesuatu

pembolehubah bersandar. Tujuannya ialah jika terdapat perbezaan antara kumpulan

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 6: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

dalam pembolehubah bersandar, maka perbezaan ini adalah disebabkan oleh

pembolehubah bebas. Perkaitan ini adalah berdasarkan pada andaian bahawa kumpulan-

kumpulan ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum

treatment. Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pembolehubah-

pembolehubah kawalan. Tetapi andaian atau syarat ini agak sukar dijamin.

Antara teknik tradisional yang digunakan untuk memenuhi syarat ini ialah teknik

padanan (matching) di mana peserta diagihkan secara satu demi satu mengikut ciri-ciri

yang berkenaan supaya kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang agak sama. Tetapi

teknik ini telah didapati kurang sesuai dan kurang praktikal kerana terlalu banyak ciri

untuk dipadankan secara seimbang.

Oleh demikian, teknik yang digunakan ialah agihan secara rawak (random assignment).

Teknik ini adalah berdasarkan pada logik probabiliti. Walaupun ia tidak menjamin

kesamaan ciri-ciri antara kumpulan, ia memaksimumkan probabiliti bahawa mereka tidak

berbeza secara sistematik (no systematic differences). Cara mengawal pembolehubah

kawalan dengan teknik ini dikatakan kawalan secara fizikal (phisical control of

extraneous variables). Apabila kawalan secara fizikal tidak dapat dilakukan, maka

penyelidik akan menggunakan kawalan secara statistik (statistical control of variables).

Ini dilakukan apabila eksperimen tulen tidak dapat dilakukan.

Kumpulan 1 Treatment 1

Agihan

Secara Perbandingan

rawak

Kumpulan 2 Treatment 2

Rajah 1 Reka-bentuk Eksperimen

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 7: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

4.4 Kajian Reka bentuk Kuasi-eksperimen (Quasi-experiment)

Dalam bidang sains sosial, umpamanya dalam bidang pendidikan, kawalan fizikal ke atas

pembolehubah-pembolehubah kawalan biasanya kurang dapat dilakukan. Umpamanya,

dalam kebanyakan penyelidikan dalam pendidikan, kajian biasa merupakan kajian "field

study" di mana peserta kajian adalah sedia ada dan kita tidak dapat mengagihkan peserta

secara rawak kepada kumpulan-kumpulan treatment. Apabila kita tidak dapat membuat

agihan secara rawak (tidak dapat mengawal pembolehubah kawalan secara fizikal), maka

reka bentuk kuantitatif yang digunakan merupakan kuasi-eksperimen atau bukan

eksperimen di mana kawalan ke atas pengaruh pembolehubah kawalan dilakukan secara

statistikal (statistical control).

Dalam reka bentuk kuasi-eksperimen, kumpulan peserta adalah sedia ada, iaitu dalam

"natural setting". Penyelidik boleh mentadbirkan treatment kepada kumpulan sedia ada

dan mengukur variabel dependent sama ada selepas treatment (posttest), atau sebelum

dan selepas treatment (rujuk Rajah 2). Maka perbandingan antara kumpulan masih boleh

lakukan. Cuma “treatment” ditadbirkan kepada kumpulan-kumpulan peserta yang tidak

dibahagikan secara rawak tetapi dalam keadaan semula jadi (natural setting).

Kumpulan 1 Pretest Treatment 1 Posttest

Covariate Perbandingan

Kumpulan 2 Pretest Treatment 2 Posttest

Rajah 2: Reka-bentuk Kuasi- eksperimen

4.5 Kajian Ex-pos Facto (After the fact)

Kajian ex-post facto berkaitan dengan kajian tentang kesan dan sebabnya sesuatu yang

sudah berlaku. Kelinger (1973) mendefinisikan kajian Ex-post Facto sebagai:

“Systematic, empirical inquiry in which the scientist does not have direct control of

independent variables because their manifestations have already occurred or

because they are inherently not manipulable”.

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 8: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

Jadi, penyelidik tidak ada kawalan terhadap pembolehubah-pembolehubah ataupun beliau

tidak dapat manipulasikan pembolehubah-pembolehubah bebas yang mengakibatkan

sesuatu kesan terhadap pembolehubah bersandar.

4.6 Kajian Tindakan

Kajian tindakan adalah suatu bentuk inkuiri refleksi kendiri seseorang dalam situasi

sosial dengan tujuan memperbaiki dan menjustifikasikan amalan sosial kendiri,

kefahaman tentang amalan itu, situasi dan institusi untuk mengubah suai amalan

(Kemmis, 1988;42)

Di samping itu, ia juga merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki atau

meningkatkan bidang pendidikan dengan guru melaksanakan inkuiri kendiri dan,

seterusnya menggalakkan guru menjadi lebih sedar dan kritis terhadap amalan kendiri

dan lebih bersedia untuk mengubah amalan itu (McNiff,1988: 9)

Kajian tindakan membawa hasrat untuk mempertingkat amalan pendidikan agar

pengajaran dan pembelajaran sentiasa berkualiti. Untuk mencapai hasrat itu, kajian

tindakan perlulah dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip khusus.

Kajian tindakan dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman penyelidik

tentang masalah yang dihadapi. Penelitian terhadap masalah yang dihadapi dapat

memberikan pengetahuan dan kefahaman yang memungkinkan seseorang melakukan

langkah pembaikan. Proses pembaikan itu perlulah diteruskan secara lingkaran

berasaskan refleksi kendiri. Proses refleksi yang sentiasa dilakukan membolehkan

penilaian berlaku secara berterusan. Dengan sendirinya, ia juga memerlukan langkah

pembaikan yang berterusan untuk mempertingkat kualiti. Dengan kata lain, kajian

tindakan akan sentiasa dilakukan. Dalam proses kajian tindakan, penyelidik bertindak

sebagai peserta dan pengkaji yang mengumpul maklumat. Ini bermaksud pengkaji

terlibat sepenuhnya dalam konteks kajian. Keadaan ini membolehkan penyelidik untuk

terus terlibat dalam kajian dan dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi dapatan

kajian dengan peserta sehingga keputusan kajian diperoleh.

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 9: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

Di samping itu, tindakan kolaboratif dan perbincangan di kalangan penyelidik juga

dipentingkan. Langkah ini dapat mempertingkat kelancaran dan ketepatan keputusan

yang dibuat. Pada masa yang sama, ia juga menjamin keesahan dan kebolehpercayaan

hasil kajian. Kajian tindakan juga hendaklah bertumpu kepada suatu konteks yang

spesifik, iaitu dalam situasi tempat berlakunya atau timbulnya masalah. Seterusnya, hasil

kajian tindakan dilaporkan dengan menggunakan strategi kajian kes, iaitu untuk

menceritakan apa yang berlaku. Akhir sekali, setelah kajian dijalankan, perubahan

kendiri dan persekitaran sosial seharusnya berlaku kerana ini merupakan tujuan utama

kajian tindakan.

Kajian tindakan digunakan untuk memahami secara mendalam persekitaran dan keadaan

yang menimbulkan keraguan dalam pelaksanaan tugas. Dalam bidang pendidikan,

pelbagai aspek seperti pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan program, penggunaan

bahan, penerapan kemahiran berfikir umpamanya, boleh menimbulkan pelbagai masalah

pelaksanaan. Di samping itu, kajian juga sesuai sekiranya masa yang boleh

diperuntukkan untuk kajian agak terbatas. Oleh sebab kajian bertumpu kepada suatu

aspek amalan yang khusus, maka ia dapat diselesaikan dalam masa yang lebih singkat.

Kajian memerlukan peruntukan kewangan. Sebagai suatu kajian yang khusus tentang

suatu skop yang lebih kecil, kajian tindakan dapat berperanan apabila peruntukan

kewangan untuk kajian adalah terhad. Di samping itu, kajian tindakan juga sesuai

apabila usaha kolaboratif di kalangan guru diperlukan untuk mencari jalan penyelesaian

terhadap sesuatu masalah. Atau, ia digunakan sebagai suatu alat untuk membina

kolaborasi antara guru.

Kajian tindakan dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman serta kesedaran kendiri

penyelidik tentang sesuatu masalah dalam bilik darjah. Di samping itu, ia juga digunakan

untuk memperkenalkan inovasi dan pembaharuan dalam usaha meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dijalankan untuk melakukan perubahan terhadap

amalan dan keadaan persekitaran tertentu. Tidak kurang pentingnya, kajian tindakan juga

bertujuan untuk membolehkan guru, yang terlibat dalam inkuiri refleksi amalan kendiri

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 10: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

ini memperbaiki dan mengubah amalan masing-masing. Seterusnya, guru yang terlibat

dalam inkuiri kendiri dan kolaborasi dengan guru lain dapat meningkatkan kefahaman

dan kerjasama bagi menggalakkan kajian dengan guru dan, bukannya ke atas guru.

5 “Tuntutan Ilmu” dalam Kajian

Bila membuat kajian, penyelidik ingin membuat kenyataan mengenai sesuatu yang dikaji.

Biasanya ini adalahlah dalam bentuk dapatan/ kesimpulan yang dinyatakan dalam bentuk laporan

kajian. Dapatan ini merupakan satu “claim” atau tuntutan ilmu. Adakah sesuatu claim itu

benar? Apakah data/ bukti yang digunakan untuk menyokong claim tersebut? Penyelidik harus

memberi perhatian serius kepada persoalan ini sebab ia menyentuh dua isu penting dalam kajian,

iaitu keesahan dan kebolehpercayaan yang berhubung langsung dengan isu reka bentuk kajian.

Kesahan berasaskan kepada bukti/ data yang ada dan persoalannya ialah adakah data/ bukti

tersebut mencukupi untuk membuat claim. Keesahan adalah perlu untuk mentafsir (memberi

makna kepada) data dalam usaha untuk membuat claim. Tafsiran boleh dibuat pada dua

peringkat:

● Terhad kepada sampel sahaja (yang dikaji), iaitu soal `internal validity’.

● Diperluaskan kepada populasi yang dikaji, iaitu soal ` external validity’.

Sebelum data ditafsir, sudah tentu ianya dianalisis. Dengan demikian, isu keesahan ada hubungan

dengan analisis data, sungguhpun hubungan ini adalah `indirect’. Dengan demikian sebelum kita

membuat “claim” pastikan data yang ada bersesuaian dan mencukupi dengan claim yang ingin

dibuat. Sama ada data yang kita kutip adalah sesuai dan mencukupi sudah tentu sekali ada

hubungan langsung dengan rekabentuk kajian yang kita rancang dan laksanakan. Jika data yang

ada konsisten (bersesuaian dan mencukupi) dengan claim yang dibuat, ini tidak sekali gus

bermakna claim itu harus dipercayai.

Kebolehpercayaan (reliability) merujuk kepada cara mengumpul data / bukti yang digunakan

untuk membuat claim. Jika data dipungut menimbulkan keraguan ia akan menjejaskan

kebolehpercayaan data dan menjejaskan “claim” yang dibuat.

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 11: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

Kesesuaian dan kecukupan data, dan cara data dipungut ada hubungan langsung dengan

rekabentuk kajian. Rekabentuk kajian perlu diberi perhatian untuk menentukan keutuhan data

yang dipungut tidak dipertikaikan.

6 Tujuan Kajian

Menurut Borg &Gall (1989), kajian mempunyai rasional yang tertentu ke arah menyumbang

kepada pembinaan pengetahuan baru. Menurut Weber (1993), kajian dapat membantu

penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Secara kesimpulan, tujuan membuat

kajian adalah berasaskan sebab-sebab berikut.

a. Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction).

i. Kajian dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan fenomena

yang dijangkakan, contohnya, jangkaan terhadap pencapaian pelajar dalam

sesuatu peperiksaan.

b. Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program (Improvement)

i. Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi untuk

memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk memperbaiki

kelemahan yang ada.

c. Memberi penjelasan (explanation)

i. Kajian dapat menjelaskan fenomena yang dikaji.

d. Menyediakan deskripsi sesuatu fenomena. (Description)

i. Dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang dikaji dalam

membantu untuk memahami fenomena yang dikaji.

ii. Menyediakan maklumat statistik yang diperlukan oleh pihak tertentunya.

Contohnya, Policy Makers.

e. Membantu menyelesaikan masalah (Problem Solving)

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 12: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

i. Dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang timbul.

7 Pendekatan Kajian Pendidikan

Dalam dunia kajian pendidikan, penyelidik boleh berpegang kepada dua tradisi kajian, iaitu

kajian kuantitatif dan kajian kualitatif. Kajian kuantitatif adalah kajian di mana data yang

dikumpul berbentuk nombor-nombor manakala dalam kajian kualitatif, datanya bukan dalam

bentuk nombor-nombor. Namun begitu kedua-dua bentuk kajian ini adalah berasaskan

pendekatan saintifik dan berdasarkan pada data empirikal.

Strategi pemilihan tradisi kajian tersebut bergantung kepada tujuan dan persoalan kajian.

Misalnya dalam kajian tentang keberkesanan kepemimpinan dalam organisasi, kajian boleh

dijalankan menggunakan kedua-dua tradisi kajian tersebut.

Kajian kuantitatif memperjelaskan isu ini melalui penggunaan dan pengukuran angkubah-

angkubah. Antara perkara yang boleh dipilih sebagai angkubah tersebut ialah persekitaran/ latar

belakang keluarga, tahap pendidikan, pengalaman bekerja dan lain-lain yang berkaitan. Jika

dilihat dari sudut kajian kualitatif pula, isu boleh diterokai dengan meneliti perkara-perkara

seperti hubungan interpersonel pemimpin organisasi dengan pelanggan dari perspektif responden

kajian. Data boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan lain-lain yang

berkaitan.

Kajian kuantitatif ialah pendekatan deduktif berasaskan pengujian terhadap sesuatu andaian

(hipotesis) dengan menggunakan angkubah-angkubah tertentu manakala kajian kualitatif

merupakan pendekatan induktif di mana data yang dikumpul digunakan untuk memahami

sesuatu fenomena sosial yang dipilih. Lumrahnya kajian kualitatif tidak bermula dengan

pembinaan hipotesis atau mengukur angkubah.

7.1 Pemilihan Pendekatan Kajian

Perkaitan antara soalan kajian dan pendekatan sangat penting. Soalan-soalan

kajian yang berbeza memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza untuk

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 13: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

menjawabnya. Jenis soalan kajian berkait rapat dengan kaedah kajian yang

digunakan. Perlu diingat bahawa kaedah kajian harus dipilih sesudah soalan

kajian dikenal pasti dengan tujuan mengelakkan penyelidik mengutamakan

kaedah kajian lebih daripada soalan kajian. Secara umum, jenis soalan yang

berkaitan dengan pendekatan yang tertentu adalah seperti berikut.

a. Kajian Kuantitatif

i. Menguji teori

ii. Melihat hubungkait angkubah

iii. Menerang fenomena dari segi “sebab penyebab”

iv. Membuat ramalan

b. Kajian Kualitatif

i. Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya

ii. Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji

iii. Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang

dipilih

iv. Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam

v. Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data

kajian)

7.2 Perbezaan ciri-ciri kajian kuantitatif dan kajian kualitatif

Jadual 2 menunjukkan perbezaan-perbezaan antara pendekatan kuantitatif dan

pendekatan kualitatif.

Jadual 2 Perbezaan Ciri-ciri Kajian Kuantitatif dan Kajian Kualitatif

PERKARA KUANTITATIF KUALITATIF

Istilah yang berkaitan

dengan pendekatan

● Eksperimental

● ‘Hard data’

● Etnografi

● Kerja lapangan

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 14: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

● Perspektif luaran

● Empirikal

● Positivist

● Fakta sosial

● Statistik

● ‘Etic’

● ‘Soft data’

● ‘Symbolic Interaction’

● Perspektif dalaman

● ‘Naturalistic’

● Ethnomethodologi

● Diskriptif

● Pemerhatian turut serta

● ‘Phenomenological’

● Dokumentari

● Riwayat hidup

● Kajian kes

● Ekologikal

● ‘Emic’

Konsep utama ● Pemboleh ubah

● Mengoperasi Definisi

● Kebolehpercayaan

● Hipotesis

● Kesahan

● Kesignifikanan statistik

● Replikasi

● ramalan

● Makna

● Pemahaman sejagat

● Definisi situasi

● Kehidupan harian

● Pemahaman

● Proses

● Rundingan

● bertujuan praktikal

● pembinaan sosial

● ‘Grounded Theory’

Gabungan teori ● Structural

functionalisim

● Realism, Positivism

● Behavioralisme

● ‘Logical Empiricm’

● ‘Systems Theory’

● ‘Symbolic Interaction’

● ‘Ethnomethodology’

● ‘Phenomenology’

● Budaya

● Idealisme

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 15: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

Gabungan Akademik ● Psikologi

● Ekonomi

● Sosiologi

● Sains politik

● Sosiologi

● Sejarah

● Anthropologi

Matlamat ● Menguji teori

● Memperjelaskan fakta

● Perihalan statistik

● Hubungan antara

pemboleh ubah

● Ramalan

● Membina konsep

● Memerihal realiti

pelbagai

● ‘Grounded Theory’

● Meningkatkan

pemahaman

Reka bentuk ● Berstruktur

● Ditentukan lebih awal

● Formal

● Spesifik

● Prosedur kajian yang

terperinci

● Terbuka kepada

perubahan

● Fleksibel

● Umum

● Membuat tekaan

terhadap cara kajian

Penulisan cadangan

kajian

● Panjang lebar

● Terperinci dan jelas

fokusnya

● Prosedur spesifik dan

terperinci

● Tinjauan bahan kajian

yang mendalam

● Ditulis sebelum data

dipungut

● Menyatakan hipotesis

● Ringkas

● Spekulatif

● Mencadangkan bidang

kajian yang hendak

dikaji

● Ditulis selepas

mendapat sebahagian

daripada data

● Tinjauan bahan kajian

tidak mendalam

● Pernyataan pendekatan

yang umum

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 16: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

Data ● Kuantitatif

● Koding boleh dikira

● Kiraan dan ukuran

● Pembolehubah yang

boleh didefinisikan

● Statistik

● Diskriptif

● Dokumen peribadi

● Nota kerja lapangan

● Gambar

● Pendapat perseorangan

● Dokumen rasmi

● Bahan-bahan artifak

Sampelan ● Besar

● Berstrata

● Kumpulan kawalan

● Tepat

● Pemilihan secara rawak

● Mengawal pengganggu

pembolehubah

● Kecil

● Tidak mewakili

populasi

● Persampelan teoritikal

Teknik / kaedah ● Eksperimen

● Tinjauan

● Temubual berstruktur

● Kuasi eksperimental

● Pemerhatian

berstruktur

● Set data

● Permerhatian

● Mengkaji pelbagai

dokumen dan artifak

● Pemerhatian turut serta

● Temubual tidak

berstruktur

Hubungan dengan

responden

● Jangka pendek

● Hubungan tidak akrab

● Mengekalkan status

sebagai penyelidik dan

responden

● Empati

● Menekankan unsur

kepercayaan

● Kesamarataan

● Hubungan mesra

● Responden sebagai

rakan

● Mengutamakan

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 17: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

keobjektifan

Alat Kajian ● Inventori

● Soal selidik

● Indeks

● Komputer

● Skala

● Skor ujian

● Alat perakam suara

● ‘Transciber’

● Penyelidik bertindak

sebagai alat kajian

Analisis data ● Deduktif

● Dilaksanakan selepas

pungutan data

● Statistikal

● Berterusan

● Model, tema dan konsep

● Induktif

● Analisis bersifat

induktif

● ‘Constant Comparative

method’

Permasalahan dalam

menggunakan

pendekatan

● Mengawal pemboleh

ubah yang lain

● Terlalu rigid

● Kesahan

● Mengambil masa

panjang

● Kesukaran menyaring

data

● Kebolehpercayaan

● Prosedur tidak rigid

● Sukar mengkaji

responden yang besar

jumlahnya

(Perbezaan ciri ini adalah berdasarkan Bogdan dan Biklen (1992:50-52)

8 Proses Kajian

Tanpa mengira apakah kaedah kajian yang digunakan, semua penyelidik melibatkan diri dalam

aktiviti kajian yang agak sama. Secara amnya sesuatu kajian melibatkan 5 langkah asas seperti

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 18: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

dalam Jadual 3:

Proses Asas Proses Catatan

Mengenal pasti focus/

isu/masalah

Pernyataan masalah kajian

Persoalan kajian /hipotesis

Definisi istilah

Tinjauan literatur

Kerangka konsep kajian

Bacaan awal dan tinjauan

awal yang luas perlu

dilakukan untuk memahami

isu /focus/masalah yang ingin

dikaji atau difahami.

Perbincangan dan pemikiran

perlu fokus, khusus dan

perinci atau didefinisikan

sendiri

Pembinaan kerangka konsep

menentukan skop kajian dan

akan memudahkan

perbincangan kelak.

Merancang strategi kajian

Metodologi kajian

-rekabentuk kajian

-persampelan

-instrumentasi

-prosedur kajian

-kaedah analisis data

(Langkah 1 & 2 terkandung

dalam kertas cadangan

kajian)

Komponen perancangan

adalah standard dan boleh

berubah mengikut jenis

kajian atau rekabentuk yang

dibina.

Rekabentuk kajian harus

berpotensi menjawab semua

persoalan dan hipotesis

kajian dengan menyakinkan.

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 19: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

Melaksanakan strategi

Melaksanakan kerja lapang

mengikut rancangan sambil

mengumpul data

Prosedur kajian mungkin

perlu diubahsuai mengikut

reality dan keadaan kerja

lapang

Pengumpulan data harus

mengikut prosedur yang tepat

dan sah

Mengumpul dan Analisis

data

Data dikumpul, disusun dan

dianalisis mengikut kaedah

analisis yang sesuai

Pengumpulan dan

penyusunan sebaik-baiknya

setelah dikumpul semasa

kerja lapang. Data dianalisis

mengikut kaedah yang

dikenal pasti.

Membuat intepretasi.

Membuat kesimpulan /

generalisasi

(Mereflek)

Membuat taksiran dan

kesimpulan

Menjawab soalan kajian

Membincangkan implikasi

dapatan kajian

Mencadangkan tindakan atau

kajian lanjutan

Kesimpulan harus

berdasarkan dapatan kajian

sahaja

Rajah 3 berikut menunjukkan satu skema yang menggambarkan proses kajian secara

keseluruhan. Anak panah menunjukkan urutan komponen-komponen yang biasanya terdapat

dalam cadangan kajian (proposal) atau laporan kajian. Urutan ini juga merupakan langkah-

langkah yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk merancang sesuatu kajian. Anak panah

yang berputus-putus pula menunjukkan bahawa dalam amalan biasa, proses kajian tidak

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 20: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

semestinya mengikut urutan yang tetap. Biasanya seorang penyelidik yang berpengalaman akan

mengambil kira berbagai komponen secara serentak (simultaneously) semasa merancang sesuatu

kajian.

Pernyataan Masalahkajian

Hipotesis atauPersoalan kajian

Definisi Istilah

Instrumentasi

SampelTinjauanBacaan

Prosedur/Rekabentuk

AnalisisData

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Page 21: PENGENALANKEPADAKAJIAN.doc.docx

Laporan

Rajah 3: Proses Kajian

Rujukan

Adelman, C., Jenkins, D. and Kemmis, S. 1980. Rethinkng Case Study: Notes from the Second

Cambridge Conference, in H. Simons (ed.) 1980. Towards a Science of the Singular. Norwich,

U.K.:Centre Applied Research in Education, University of East Anglia.

Borg, W. R. & Gall, M. D. 1989. Educational Research: An Introduction. 5th ed. New York &

London: Longman

Bogdan, R. C. and Biklin, S. K. 1992. Qualitative Research for Education. An Introduction to

Theory and Methods. Boston,MA: Allyn and Bacon

Kemmis, S. (1988). Action research. Dalam Keeves, J.P.,ed., Educational research, Methodology

and measurement, (m.s. 42-49). Oxford: Pergamon Press.

McNiff. J. (1994). Action research: principles and practices. London: Routledge.

Stake, R. E. 1994. Case Studies. In Denzin, N.K. and Lincoln, Y.S. (eds) Handbook of

Qualitative Research. Thousand Oaks,CA: Sage. Pp.236-247.

Yin, R. 1994. Case Study Research (2nd Edition) Thousand Oaks, CA:Sage.

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH