Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112

17
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MODE KDC (BT. SEK. RENDAH) AMBILAN NOVEMBER 2009 KOHOT – 2

description

scince

Transcript of Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112

Page 1: Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)MODE KDC (BT. SEK. RENDAH)AMBILAN NOVEMBER 2009KOHOT – 2

Page 2: Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112

DEFINISI

Langkah keselamatan perlu dititikberatkan

dalam pengendalian bahan biologi seperti

mikroorganisma (bakteria, virus, kulat dan

parasit), serangga dan haiwan kecil.

Page 3: Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112

Pengendalian mikroorganisma

Cara pembuangan

Pensterilan radas dan bahan

Pengendalian serangga dan haiwan kecil

PENGENDALIANBAHANBIOLOGI

Kaedah Penyediaan specimen

Page 4: Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112

1.1 PENGENDALIAN MIKROORGANISMA

MURID HARUSLAH BERHATI-HATI SEMASA MELAKUKAN EKPERIMEN YANG MELIBATKAN MIKROORGANISMA KERANA SETENGAH-TENGAH MIKROORGANISMA BOLEH MEMBAWA PENYAKIT.

LANGKAH-LANGKAH BERIKUT PERLU DIAMBIL:

• Balutkan sebarang luka yang terdapat di badan anda. •Jangan buka penutup ceper petri atau penyumbat tabung uji yang mengandungi bakteria atau mikroorganisma yang sedang membiak di dalamnya. •Jangan simpan ceper petri atau tabung uji yang mengandungi mikroorganisma atau bakteria di dalam peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan makanan. • Semua permukaan kerusi dan tempat bekerja hendaklah dibersihkan dengan bahan pencuci antiseptik sebelum meninggalkan makmal sains. • Jangan makan semasa menjalankan eksperimen dengan bakteria. • Basuh tangan dengan sabun yang banyak selepas eksperimen dengan mikroorganisma/ bakteria.

Page 5: Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112

1.2 PENSTERILAN RADAS DAN BAHAN RADAS EKSPERIMEN (SEPERTI CEPER PETRI DAN TABUNG UJI) DAN BAHAN-BAHAN EKSPERIMEN (SEPERTI AGAR-AGAR ZAT MAKANAN DAN KAPAS) YANG DIGUNAKAN DALAM EKSPERIMEN KULTUR MIKROORGANISMA/BAKTERIA MESTLAH DISTERILKAN TERLEBIH DAHULU.

• Pensterilan boleh dilakukan seperti berikut:  • Ceper petri dan tabung uji dibalut dengan kertas aluminium diletakkan

didalam ketuhar pada suhu 160ºC-170ºC selama setengah jam.  • Ceper petri dan tabung uji boleh juga disterilkan dengan memanaskan

didalam periuk tekanan selama 20 minit.  • Sup berzat makanan dan agar-agar zat makanan boleh diletakkan di

dalam bikar besar dan ditutup dengan kertas aluminium dan disterilkan di dalam periuk tekanan selama 20 minit.

 

Page 6: Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112

1.3 CARA PEMBUANGAN  MIKROORGANISMA / BAKTERIA YANG TERDAPAT DI DALAM KULTUR DI DALAM CEPER PETRI ATAU TABUNG UJI BOLEH MENJANGKITI MANUSIA. OLEH ITU, CEPER PETRI DAN TABUNG UJI MESTILAH DIRENDAM DALAM DISINFEKTEN SELEPAS DIGUNAKAN.  CEPER PETRI DAN TABUNG UJI BOLEH DIRENDAMKAN DI DALAM:  A. ALKOHOL 30%.

B. FORMALIN 2%. C. DETERGEN YANG DIGUNAKAN DIRUMAH SEPERTI ‟CHLOROX‟ 2%. LISOL JUGA BOLEH DIGUNAKAN, TETAPI IA MENINGGALKAN KESAN BERMINYAL.

Page 7: Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112

Basuh tangan dengan sabun dan air yang banyak selepas memegang tabung uji dan ceper petri yang mengandungi bakteria.

Persediaan agar-agar zat makanan  a. Agar-agar zat makanan boleh disediakan dengan melarutkan bahan- bahan berikut: Marmite 3.0g Pepton 10.0g Natrium klorida 5.0g Agar-agar 15g Air 1000cm³  b. Agar-agar zat makanan juga boleh disediakan dengan mendidihkan jumlah agar-agar

yang sesuai ke dalam sup berzat makanan. Agar-agar zat makanan boleh juga disediakan dengan menggunakan pil-pil nutrient/makanan yang dijual oleh pembekal saintifik.

Page 8: Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112

1.4 Pengendalian serangga dan haiwan kecil  Semasa menggendalikan serangga dan haiwan kecil, langkah keselamatan berikut perlu diambil:  Serangga atau haiwan kecil perlu diletakkan dalam bekas yang selamat seperti sangkar atau akuarium.  Pakai sarung tangan dan tutup mulut dengan ”mask” semasa menggendalikan haiwan kajian yang mungkin membawa patogen.  Sebarang gigitan dan cakaran oleh haiwan kajian hendaklah dirawat dengan bahan antiseptik dan rawatan lanjut dengan pegawai perubatan hendaklah diambil.  Bangkai haiwan kajian hendaklah dilupus dengan cara yang selamat seperti ditanam atau dibakar sehingga hangus.  

Page 9: Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112

1.5 Kaedah Penyediaan specimen  Pengawetan specimen dilakukan untuk memastikan specimen berada dalam keadaan baik dalam jangka masa panjang. Dua kaedah pengawetan digunakan:  A. Pengawetan Basah  Contoh specimen : Tikus, katak, ular, udang, cacing, ulat, gonggok

lipan, ikan, siput, sotong, arnab, jantung, ginjal. Radas : Balang gas/botol kaca bertutup, rod kaca,

benang, kapas. Bahan kimia : Larutan formalin 4%.  

Page 10: Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112

CARA-CARA PENGAWETAN BASAH i. Specimen yang hendak diawet disediakan.

 ii. Specimen yang masih hidup di masukkan kedalam bekas kaca untuk

dibius dengan kloroform.

iii. Specimen seperti tikus, katak, ular, udang, cacing, ulat gonggok,lipan,

ikan, siput, sotong, arnab dan organ dimasukkan kedalam botol

kaca/balang gas yang mengandungi larutan formalin 4%. Pastikan

specimen-specimen tersebut terendam sepenuhnya dalam larutan

formalin.  iv. Bagi specimen yang hendak dipamerkan organ dalamannya, perlulah

dibedah terlebih dahulu dan kemudian specimen dimasukkan ke

dalam larutan formalin 4%.

Page 11: Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112

B. Pengawetan Kering

Contoh : Semua jenis serangga. Radas : Bingkai kaca bertutup/kotak lutsinar, alas

polistirena, jarum peniti, pita selofan, plastik,

ketuhar, kapas, forcep Bahan : Kloroform.

Page 12: Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112

CARA-CARA PENGAWETAN KERING Sediakan specimen yang hendak diawet.

Specimen yang masih hidup dimasukkan ke dalam bekas kaca untuk dibius dengan kloroform.  

Tebuk permukaan polisterena mengikut saiz badan serangga.

Cucuk specimen dengan menggunakan jarum peniti pada bahagian toraks

dan kembangkan sayapnya. Pinkan sayapnya pada polisterena.

Specimen-specimen dipanaskan dalam ketuhar pada suhu 40-50ºC

selama 30 minit.

Sediakan kekunci maklumat specimen.  

Page 13: Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112

Pengawetan kering tumbuhan / herbarium

Contoh spesimen : Tumbuhan kecil/ bahagian tumbuhan seperti

daun, akar, bunga.

Radas : Ketuhar, surat khabar, kad manila/kad

lukisan, jarum, benang, gunting.

Bahan : Larutan anti-kulat.

 

Page 14: Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112

*Sediakan specimen yang hendak diawet.   *Bersihkan akar tumbuhan dengan air.   *Gantungkan tumbuhan secara terbalik untuk menyejatkan air.   *Celupkan tumbuhan dalam larutan anti-kulat dan gantungkan tumbuhan untuk mengeringkannya.   *Jahit pada bahagian batang, akar, urat tengah daun dan ranting untuk melekatkan tumbuhan pada kertas tersebut.  * Lapiskan specimen dengan surat khabar yang tebal.   *Ikat lapisan surat khabar tadi dengan kuat dan keringkan dalam ketuhar pada suhu 50ºC selama 60 minit.   *Spesimen yang telah dikeringkan, disediakan kekunci maklumat dan dibingkaikan.  

Page 15: Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112

PENGENDALIAN MODEL-MODEL BIOLOGI

Rajah 1: Model Biologi

Model Biologi dibuat daripada plastik dan getah perlu disimpan didalam almari berkaca supaya tidak berhabuk setelah digunakan.

Ia mesti berada dalam keadaan bersuhu bilik.

Bahagian-bahagian model mesti dipasang balik jika ditanggalkan semasa pengajaran dan pembelajaran

Page 16: Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112

Rujukan SEAMEO Regional Center for Education in Science and Mathematics

(RECSAM) (1978). Laboratory Management and Techniques for schools and Colleges. Anthonian Store Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.

Buku Panduan Khidmat Sokongan PPSMI. Time Systems Integrators Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

SainsTingkatan 1. Kursus Sains Fajar Bakti. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam.

Page 17: Pengendalian Bahan Biologi Sce 3112