PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

52
PENGERTIAN SENI TEMBIKAR Seni tembikar ialah hasil seni kraftangan yang dibuat dari bahan tanah liat yang dibakar dan digilap. Rupanya dicipta berdasarkan kepada fungsi kegunaanya iaitu sebagai bekas minuman dan menyimpan bahan-bahan makanan untuk jangka masa yang panjang. Penciptaan tembikar telah bermula sejak zaman Neolitik lagi. Para pengkaji mengistilahkan primitive pottery kerana rekabentuknya begitu sederhana dan dibuat secara spontan. Pada zaman tersebut, tembikar dicipta dengan fungsinya sebagai bekas minuman, makanan dan harta karun yang turut dikuburkan bersama- sama dengan mayat. Menurut F. N Norton, primitive pottery making is its almost universal association with early man over the whole surface of the earth, and because communication was practically nonexistent, we are led to the conclusion that it evolved independently in many regions. Pernyataan tersebut membawa maksud penciptaan tembikar ini adalah perkara yang umum dan kerana komunikasi tidak begitu wujud ketika itu dan ia berkembang secara ansur-ansur dengan bebasnya. Pada zaman itu, tembikar diperbuat dengan bantuan batu bulat atau jalinan bakul yang diperbuat daripada tali atau rotan sebagai acuan. Apabila kecekapan tangan ketika membentuk telah dikuasai, tukang-tukang mula membuat dan mereka rupa yang berbagai-bagai. Rupa bentuk tembikar dikeraskan melalui sistem semula jadi iaitu dengan 1

Transcript of PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Page 1: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Seni tembikar ialah hasil seni kraftangan yang dibuat dari bahan tanah liat

yang dibakar dan digilap. Rupanya dicipta berdasarkan kepada fungsi

kegunaanya iaitu sebagai bekas minuman dan menyimpan bahan-bahan

makanan untuk jangka masa yang panjang. Penciptaan tembikar telah

bermula sejak zaman Neolitik lagi. Para pengkaji mengistilahkan primitive

pottery kerana rekabentuknya begitu sederhana dan dibuat secara spontan.

Pada zaman tersebut, tembikar dicipta dengan fungsinya sebagai bekas

minuman, makanan dan harta karun yang turut dikuburkan bersama-sama

dengan mayat.

Menurut F. N Norton, primitive pottery making is its almost universal

association with early man over the whole surface of the earth, and because

communication was practically nonexistent, we are led to the conclusion that it

evolved independently in many regions. Pernyataan tersebut membawa

maksud penciptaan tembikar ini adalah perkara yang umum dan kerana

komunikasi tidak begitu wujud ketika itu dan ia berkembang secara ansur-

ansur dengan bebasnya.

Pada zaman itu, tembikar diperbuat dengan bantuan batu bulat atau

jalinan bakul yang diperbuat daripada tali atau rotan sebagai acuan. Apabila

kecekapan tangan ketika membentuk telah dikuasai, tukang-tukang mula

membuat dan mereka rupa yang berbagai-bagai. Rupa bentuk tembikar

dikeraskan melalui sistem semula jadi iaitu dengan menggunakan cahaya

matahari. Kemudian, membakar tembikar dengan menggunakan unggun api

untuk menjadikannya lebih keras dan kering. Tembikar-tembikar Neolitik yang

dijumpai di Mesir, Cyprus dan Crete merupakan contoh-contoh yang menarik

dari segi ragamhias. Walaupun bentuk luar masih sederhana seperti bentuk

bejana atau “ amphora “, tetapi teknik sepuh ( glaze ) dan guris telah

berkembang.

1

Page 2: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

SENI TEMBIKAR DALAM TAMADUN ISLAM

Tembikar merupakan salah satu kraftangan tradisi yang wujud bersamaan

dengan perkembangan hidup. Tembikar primitif Melayu telah ditemui di gua-

gua dan di tempat-tempat penggalian di seluruh Malaysia, seperti bekas dan

serpihan tembikar yang dijumpai di Ulu Tembeling, Pahang, Bukit Tengku

Lembu, Perlis dan Bukit Cuping di Gua Cha, Kelantan. Penemuan tersebut

menunjukkan perusahaan tembikar telah lama wujud di Tanah Melayu.

Rupabentuk dan ragamhias yang masih terdapat pada serpihan tembikar

primitif Melayu dalam bentuk yang sederhana. Di Johor, tembikarnya

bermotifkan geometri tulang ikan, tembikar bentuk kelalang yang dijumpai di

Perak dikatakan mempunyai persamaan dengan tembikar zaman gangsa di

Sumatera dan Jawa. Serpihan tembikar yang dijumpai di Melaka

memperlihatkan bentuk bekas air yang berwarna hitam coklat serta berhias

dengan teknik cetak dalaman. Teknik penghasilannya menunjukkan

campuran tanah liat, pasir, arang yang kemudiannya permukaan luarnya

dilicinkan dan dibakar dengan cara pembakaran salai di atas para.

Terdapat juga tembikar-tembikar yang dibawa dari negara luar. Dr Quarich

Wales berpendapat bekas tembikar-tembikar yang dijumpai di Skoram, Kedah

mempunyai persamaan dengan porselin di Dinasti Sung dengan hiasan

bunga teratai. Walaupun terdapat pengaruh ragamhias dari Negara China

tetapi peradaban dan rekabentuk tradisi tetap kekal. Rekabentuk tembikar

China tidak mempengaruhi pembuat tembikar tempatan kerana teknik

pembuatan dan penciptaan orang Melayu tetap dalam taraf teknologi primitif.

Alat yang digunakan dibuat sederhana dan dibakar dalam suhu biasa tanpa

sebarang ukuran tertentu.

Di Malaysia, terdapat beberapa pusat perusahaan tembikar. Contohnya di

Kechor, Perlis, Alor Merah, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan

Perak. Namun begitu, Perak merupakan kawasan yang masih

mempertahankan nilai pembentukan secara turun temurun, baik dari segi

proses penciptaan mahupun rekabentuk tembikar yang terkenal dengan Labu

Sayong. Di Perak sahaja, terdapat empat tempat yang mengusahakan

tembikar secara kecil-kecilan iaitu di Lenggong, Kerian, Sayong, Kuala

Kangsar dan di Pulau Tiga.

2

Page 3: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Tembikar juga merupakan hasil kesenian yang tertua bagi masyarakat

Melanau. Kebanyakan tembikar yang dibuat daripada tanah yang diadun dan

dibentuk dalam pelbagai saiz. Tembikar yang kecil dijadikan belanga dan

tembikar yang besar dijadikan sebagai tempat menyimpan air. Tembikar

besar juga memainkan peranan dalam perkahwinan kerana tembikar jenis ini

dijadikan sebagai hantaran. Ada juga tembikar yang besar digunakan untuk

menyimpan mayat apabila berlaku kematian. Ini amat penting bagi

masyarakat yang tidak mempunyai sebarang agama. Lazimnya, tembikar

buatan masyarakat Melanau tidak mempunyai corak atau warna yang

menarik. Tembikar tersebut berwarna hitam atau kelabu bergantung pada

jenis tanah yang digunakan. Corak jarang terdapat dalam tembikar, hanya

corak yang berbentuk tekatan digunakan untuk mencantikkan lagi tembikar

yang dihasilkan.

Bagi masyarakat Iban pula, tembikar dikenali sebagai Tajau yang

merupakan kesenian yang telah berakar umbi dalam masyarakatnya. Tajau

mempunyai keunikan kerana hanya tembikar besar sahaja dibuat. Ini

disebabkan tembikar mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan harian

mereka. Tajau digunakan untuk upacara kematian. Si mati akan dimasukkan

ke dalam tajau sebaik sahaja disahkan mati. Amalan memasukkan mayat

jarang dilakukan oleh masyarakat Iban pada masa ini. Selain itu, tajau

digunakan sebagai hantaran perkahwinan. Ini kerana masyarakat Iban akan

melihat kekayaan seseorang melalui bilangan tajau yang dimiliki. Oleh itu,

setiap hantaran perkahwinan akan ditentukan umlah tajau. Tajau turut

digunakan unutk mengisi barangan seperti padi kerana padi merupakan

makanan utama bagi masyarakat Iban.

3

Page 4: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

BAHAN ASAS

Tembikar tradisi Melayu digolongkan dalam earthen ware iaitu barang-

barang yang dibuat dari tanah liat dan dibakar dalam suhu rendah. Bahan

asas ini terjadi daripada proses endapan semula jadi atau bahan-bahan lain

seperti daun-daun atau kayu serta bahan-bahan alam lain yang telah reput

tenggelam dan padu di perut bumi atau sungai.

Biasanya bahan-bahan alam yang terkandung di dalam tanah atau dasar

sungai dapat menentukan warna-warna tanah liat, terutamanya apabila bahan

asas ini dibakar. Tanah liat yang mengandungi bahan besi dari endapan

tanah busut selalunya menghasilkan warna merah kehitaman dan kelabu

disebabkan oleh teknik pembakaran. Tanah liat yang diambil dari kawasan

yang berhampiran sungai atau di sungai akan menghasilkan warna putih

kelabu dan biru kehitaman. Tetapi umumnya, tanah liat yang kualitinya baik

berwarna kelabu perang.

Tembikar jenis earthen ware dapat menakung dan kadangkala menyerap

air. Bentuk luarnya tidak menyerap atau ditembusi cahaya. Ini disebabkan

oleh bahan asasnya, bentuknya serta permukaannya menjadikan kesat.

Tetapi ia dapat dihaluskan apabila digosok dengan batu licin ( batu licin yang

halus permukaannya berwarna putih abu yang dikenali sebagai batu lintar )

atau disapu dengan damar cair.

Tanah liat yang diambil daripada busut diproses dengan cara-cara

tertentu sebelum ia dapat dibentuk. Bagi pembuat tembikar yang

mementingkan kemudahan, tanah liat akan dibeli melalui penjual-penjual

yang memang mengambil upah menggali tanah liat.

4

Page 5: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

PROSES DAN TEKNIK

Alatan

Alat-alat yang digunakan dalam pembuatan tembikar kebanyakannya

dibuat sendiri oleh tukang atau dibantu oleh tukang kayu terutamanya alat

pengukir untuk membuat ragamhias. Alat-alat perkakas ialah :

Sekeping papan empat persegi yang berukuran 30.48 cm / 12.7

cm tebal untuk membentuk dan mencantum tanah liat yang diuli

sewaktu proses pembuatan.

Beberapa batang pisau daripada buluh atau kayu untuk memotong

tanah liat.

Kayu-kayu penepik atau pengukir. Beberapa alat pengukir lain

juga digunakan yang diperbuat daripada dawai dan besi yang

tajam pada bahagian hujungnya untuk membuat ragamhias.

Tempurung atau mangkuk untuk dijadikan bekas air bagi

membasahkan tanah liat yang kental.

5

Page 6: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Batu-batu licin, botol atau bekas bulat untuk melicinkan

permukaan tembikar.

Pinggan ayan dan daun pisang sebagai tapak untuk membentuk

tembikar, berfungsi sebagai roda pemutar. Terdapat juga papan

leper yang bulat seperti piring diseut sebagai capah.

Beberapa batang kayu kecil untuk melicinkan tanah liat ketika

bentuk tembikar ( labu ) masih basah.

Proses menyediakan bahan dan menempa.

6

Page 7: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Proses membentuk tembikar dibuat secara berperingkat dengan menguli

tanah dalam bentuk lingkaran dan ditambah sedikit demi sedikit dengan cara

menyambungkan beberapa lingkaran sehingga seluruh permukaan rupa

bentuk tembikar terbentuk. Lingkaran dibuat berkeping-keping selebar 5

hingga 10 cm tinggi dan panjangnya terpulang kepada saiz bentuk tembikar.

Piring ayan atau capah digunakan untuk memudahkan penyambungan

kepingan tanah liat yang telah diuli. Terdapat juga teknik membentuk secara

langsung daripada kepalan tanah liat. Bentuk dibuat dengan cara menekan

dan mengepalkan tanah liat hingga menjadi bentuk tembikar yang berbadan

bulat. Bagaimanapun, bentuk tembikar tradisional selalunya melalui proses

yang pertama. Winstedt pernah menyatakan bahawa teknik ini ialah teknik

semula jadi tanpa pengaruh daripada beberapa teknik yang dibuat di Negara

jiran.

Proses-proses menghasilkan tembikar dalam pelbagai bentuk :

1. Mengeringkan dan menumbuk tanah liat.

Tanah liat yang diambil dari kawasan busut atau sungai dikeringkan

terlebih dahulu. Kemudian, tanah liat ditumbuk menjadi tepung. Semasa

menumbuk, serpihan dan akar-akar kayu atau kandungan lain dibuang

supaya tidak pecah apabila dibakar. Setelah halus, tanah liat diayak untuk

mendapatkan tepung yang betul-betul halus dan bersih.

2. Meliatkan tanah

Tepung tanah yang telah cukup halus dan bersih dicampur dengan air

untuk dijadikan tanah liat cair. Kemudian, campuaran ini dikacau dan

7

Page 8: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

disimpan di dalam pasu selama tiga hari. Tanah liat yang direndam akan

mendap ke bawah dan airnya mengapung di bahagian permukaan pasu.

Tanah liat endapan inilah yang diuli untuk dijadikan tanah liat lebih liut dan

lembut serta tidak lagi melekat di jari apabila diuli.

Proses 1 dan 2 merupakan cara-cara untuk mendapatkan tanah liat yang

boleh dibentuk menjadi tembikar. Tanah liat yang asli akan melalui empat

proses iaitu, tanah liat asli dikeringkan, ditumbuk untuk menjadikan tepung

tanah liat, dicairkan untuk mendapatkan endapan tanah liat atau sari tanah

liat dan menguli tanah liat untuk mendapatkan tanah liat liut.

3. Membentuk dan menempa

Pembentukan tembikar dibuat dengan menggunakan gaya bebas yang

akan ditentukan oleh kecekapan tangan. Pinggan ayan atau capah hanya

berfungsi untuk membantu dan memudahkan penyambungan tanah liat yang

dibuat secara gelung atau coil method. Pembentukan bermula daripada

bahagian bawah tembikar dengan ukuran umum garis pusat 12.5 cm ( ukuran

sebuah labu yang sederhana ). Tanah liat diuli memanjang supaya mudah

digelung dalam bentuk membalut ( perut labu ). Gelungan juga boleh dikerat

berkeping mengikut ukuran labu. Kerja dibuat secara berperingkat sambil

disambung dengan ulian baru. Permukaan akan ditekan-tekan dengan kayu

daripada sebelah luar serta bahagian dalamnya ditahan dengan tangan untuk

menguatkan bentuk tembikar.

8

Page 9: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. Ia

digunakan untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak rata atau yang

tidak diperlukan dengan cara menekan bahagian mata pisau dari bahagian

bawah menuju ke atas bentuk tembikar. Teknik gelungan kepingan serta

menyambungnya dibuat mengikut rupabentuk yang diingini. Buntut ( kaki atau

tapak ) labu dibuat berasingan. Ia dibentuk bulatan mengikut garis pusat

bahagian bawah labu kira-kira 0.5 cm tebal. Bahagian ini dicantumkan setelah

bentuk labu ( bahagian badan dan kepala ) dibuat. Setelah itu, bentuk-bentuk

yang telah siap akan dijemur sebelum ragamhias dibentuk.

4. Membuat ragamhias

Sebelum dibakar atau dikeraskan, tembikar akan dihias sewaktu

permukaan tembikar masih dalam keadaan lembap. Alat-alat yang digunakan

untuk membuat ragamhias ialah pengukir kayu atau besi, penekap dari batu

kesat, jenis siput yang berbunga ( ukiran semula jadi ) atau besi tajam. Teknik

dan gaya membuat ragamhias bergantung kepada citarasa pembuat itu

sendiri. Ini merupakan teknik umum yang sering digunakan untuk

mendapatkan motif gaya geometri dan organik.

5. Mengeras dan membakar

9

Page 10: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Tembikar akan dikeraskan dengan menggunakan kaedah tanur dedah.

Pada peringkat pertama, tembikar akan dikeringkan dan dijemur selama dua

hari.

Kemudian, tembikar tersebut dibakar. Teknik yang biasa digunakan ialah

dengan pembakaran salai. Cara ini memerlukan para-para yang dibuat di atas

lubang seluas 1.2 meter persegi. Biasanya para akan dibuat dari kayu gading

jenis keras yang berukuran 0.9 meter tinggi dan empat persegi besar. Di

dalamnya diisi dengan kayu-kayu hutan atau kayu-kayu kering daripada

pokok rambutan, buluh dan pelepah kelapa sebelum api dinyalakan.

Labu yang telah dibakar tadi akan dimasukkan ke dalam sekam padi untuk

mendapatkan warna hitam pada permukaan labu. Kemudian bahagian bawah

atau tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada

meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

10

Page 11: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

TEKNIK MEMBUAT RAGAMHIAS

Ragamhias semula jadi merupakan teknik terawal dalam proses membuat

bentuk motif dan corak, iaitu dengan cara pembakaran tembikar berikatkan

rotan. Kemudian, disusuli dengan bahan yang bertekstur seperti batu-batu

kesat, kulit siput atau kain-kain bekas tenunan. Teknik ini juga disebut

sebagai teknik tekap, impress, tekap atau cap. Ini dilakukan dengan cara

menekankan bahan-bahan tersebut ke atas permukaan tembikar yang masih

dalam keadaan lembap. Teknik ini telah digunakan sejak zaman Neolitik lagi,

tetapi kini ia merupakan teknik yang umum digunakan.

Antara teknik-teknik digunakan ialah teknik tekap, teknik kelar, takek dan

guris incision, teknik tempel, teknik tebuk dan lubang, teknik warna dan catan,

teknik kikis dan ukir.

Teknik tekap

Alat yang digunakan daripada bahan semula jadi tetapi dibentuk.

Contohnya, penepik berukir dibuat dari papan leper dan bertangkai.

Permukaannya diukir dengan bentuk motif geometri seperti garis-garis

panjang, bersilang atau melintang dan kotak-kotak. Ibu jari juga meninggalkan

kesan lengkungan kepada permukaan tembikar. Hiasan ini terdapat pada

tembikar jenis labu atau geluk gelugur.

Teknik kelar, takek dan guris incision

Alat yang digunakan diperbuat daripada kayu, besi atau dawai yang

ditajamkan pada bahagian hujungnya. Tukang akan membentuk motif dengan

cara menakek, mengkelar atau mengguris pada bahagian permukaan yang

diperlukan. Dengan teknik ini, bentuk motif dan corak lebih bersifat bebas dan

dilakukan secara spontan serta dapat menghasilkan bentuk motif geometri

dan organik.

Teknik tempel/tepek ( relief timbul )

Teknik ini dibuat dengan cara menempel potongan tanah liat yang telah

dibentuk motifnya. Ia dibuat berkeping atau garis panjang memanjang dan

11

Page 12: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

halus. Bentuk motif akan ditempel pada bahagian permukaan tembikar yang

memerlukan perhiasan. Labu dan geluk panai merupakan contoh tembikar

yang menggunakan teknik ini. Lilitan pada leher dikenali sebagai motif gelang

puyuh.

Teknik tebuk dan lubang

Teknik ini dikaitkan dengan nilai fungsi. Contohnya, bahagian yang ditebuk

dan berlubang terdapat pada bekas perasapan dan perembunan. Lubang

berfungsi sebagai mulut labu tanah.

Teknik warna dan catan

Teknik hiasan ini menggunakan warna atau lukisan berwarna. Terdapat

juga penggunaan warna merah yang diperbuat daripada kiwi dan warna pitih

daripada batu kapur. Warna juga ditentukan oleh teknik pembakaran salai

dengan warna hitam keabuan dan pembakaran tambun yang mengekalkan

warna asli tanah yang berwarna merah. Pembakaran secara bersuhu rendah

juga menjadi faktor warna-warna asal itu kekal. Penggunaan dammar cair

dapat menentukan permukaan tembikar.

Teknik kikis dan ukir

Teknik ini seperti teknik ukiran kayu. Kebiasaanya koleksi jenis ini

kepunyaan golongan istana dan atasan. Cara membuat ragamhias dengan

teknik membuat guris motif. Bahagian yang tidak perlu, dikikis, kemudiannya,

diukir dengan menggunakan alat pengukir bagi menghasilkan kesan ukiran

timbul.

PRINSIP RUPABENTUK TEMBIKAR

12

Page 13: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Jenis rupabentuk :

Periuk, belanga dan kukusan

Ciptaan yang paling awal. Tembikar ini mempunyai persamaan dari

segi susunan, ketebalan dan dibuat melalui teknik pembakaran bersuhu

rendah. Permukaannya berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap.

Rupabentuknya, silinder, bentuk seperti ketuhar, bentuk loceng terbalik,

bujur dan runcing dengan bahagian dasar yang bulat dan leper serta

berkaki.

Labu

Bentuknya seperti labu atau kundur. Bentuk labu terbahagi kepada tiga

bahagian iaitu bahagian kepala/leher, pinggang dan perut. Jenis labu

dapat dibahagikan kepada lapan iaitu :

1. labu tanah/ labu kaki

2. labu gomboi/ labu air

3. labu pucung atau kepayang

4. labu gelugur

5. labu panai

6. labu leper atau bocong

7. labu lelap

8. labu tela

Semua rekabentuk labu ini berfungsi sebagai bekas, tempat

menyimpan dan mengambil air. Air yang disimpan dalam labu akan

menjadi sejuk.

Geluk, buyung, batil dan gayung.

Rupabentuk ini mempunyai struktur ciptaan serta fungsi yang sama

iaitu sebagai bekas air, menceduk atau menyimpan bahan-bahan cecair.

Kesemua rupabentuk adalah bulat tanpa bahagian leher atau kepala.

13

Page 14: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Penggunaan panai digunakan untuk menghias geluk, tetapi hiasan-hiasan

ini juga digunakan untuk buyung. Beberapa bentuk geluk dan buyung

dapat dijelaskan berdasarkan rupabentuknya. Di antaranya ialah :

Geluk bertutup

Geluk besar

Geluk bertelinga

Geluk dua mulut dan berkaki

Geluk kendi

Buyung

Buyung kepi

Buyung berkaki

Perasapan dan perembunan

Berfungsi untuk kepercayaan magis dan upacara keagamaan. Bekas

jenis ini digunakan untuk membakar kemenyan dengan bentukmukanya

yang sesuai. Perembunan pula ialah bekas untuk menakung air embun.

Dengan bentuknya yang boleh menakung air, bekas ini digantung di luar

rumah semalaman. Bekas perembunan ini dihiasi di bahagian pingir

dengan teknik catan (berwarna merah dan putih) ataupun guris.

Jambangan, bekas abu dan rokok

Jambangan dibuat besar hingga mencapai 0.6 hingga 0.9 meter.

Bahagian badanya seperti labu tetapi tinggi. Mulut jambangan akan dihiasi

dengan bibir berkelopak atau bergelombang. Rupabentuk bekas abu

merupakan peniruan daripada bentuk-bentuk tembikar China dan Barat.

SUSUNAN CIPTA RUPABENTUK

Susunan ciptanya mempunyai nilai-nilai kesatuan dan harmoni dari segi

penggunaan bahan asas ataupun fungsi kegunaannya. Hasil penciptaan

bersumber alam semulajadi. Konsep susunan cipta yang sederhana, tanpa

14

Page 15: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

menilai dari segi ragamhias, penciptaan tembikar telah mencapai nilai

estetik. Terdapat dua jenis imbangan ukuran iaitu :

1. Symmetry – imbangan sebanding ( semukur )

2. Assymmetry – imbangan tak sebanding ( tak semukur )

Symmetry

Assymmetry

15

Page 16: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

BENTUK GAYA DAN MOTIF

Gaya geometri

16

Page 17: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Bentuk motif ini menggunakan teknik guris, tekat dan kelar. Bentuk dan

unsur yang sering digunakan ialah unsure geometri asli dan unsur alam.

Bentuk dan unsur geometri asli ialah susunan garis panjang, melilit pada

seluruh permukaan tembikar dan bersilang. Unsur titik memainkan peranan

penting sehingga dapat dibuat bentuk–bentuk yang geometri asli.

Bentuk dan unsur alam digunakan dengan mengambil idea alam daripada

alam. Bentuk motif yang dibuat ialah garis, titik, bersilang atau pangkah.

Susunan unsur ini akan menjelmakan beberapa motif tumbuhan, binatang

dan unsur-unsur alam. Contohnya :

Bunga lawang yang dibentuk daripada lima garis yang berhubung

menjadikan bentuk potong wajik. Selalunya, menghiasi bahagian badan

tembikar.

Bunga tanjung dibentuk daripada lima garis lurus memancar keluar

daripada satu titik, disusun seperti membentuk bunga lawang atau bunga

cengkih.

Bunga kundur menggunakan lapan garis memancar dari satu titik atau

garis yang dijadikan potongan lapan bentuk.

17

Page 18: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Pucuk rebung dibentuk berasaskan bentuk segi tiga. Motif ini dihiasi pada

bahagian badan, kaki dan di pinggir keliling mulut tembikar.

Balung kuku merupakan imej daripada bentuk balung kuku ayam.

Susunan garis dibentuk melengkung dan meninggalkan kesan memancar.

Gelang puyuh ialah garisan yang timbul di permukaan labu, bahagian

leher dan badan. Ia berasal daripada imej garis yang terdapat di pergelangan

kaki puyuh. Garisan ini dibuat bertindih.

18

Page 19: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Rantai perak dibentuk dengan garisan melengkung setengah bulatan

menghadap ke kiri. Garisan melengkung ini disusun rapat dan memenuhi

bahagian permukaan antara leher dan badan labu atau geluk.

Gaya organik

19

Page 20: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Berunsurkan alam semulajadi. Bentuk motif ini mempunyai kesamaan

dengan ukiran kayu terutamanya motif awan larat. Motif ini merupakan motif

yang umum dalam seni ukiran kayu.

TEMBIKAR TAMADUN ISLAM

20

Page 21: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Tembikar

labu sayong

SENI TEMBIKAR TAMADUN CHINA

21

Page 22: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Kemahiran membuat tembikar telah bermula di Negara China sejak

sebelum masihi lagi. Ini adalah kerana tembikar China merupakan barangan

yang dianggap amat berharga. Perdagangan yang telah dijalankan oleh

pedagang Cina dengan Tanah Melayu telah bermula sejak kurun ke -13. Ini

terbukti dengan penemuan tembikar di negeri Kedah, Terengganu, Kelantan,

Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. Sejak zaman dahulu lagi, pembuatan

tembikar China dilakukan dengan teliti dan bermutu tinggi. Antara tembikar

yang paling menarik ialah tembikar China yang berwarna biru dan putih yang

dihasilkan semasa pemerintahan Dinasti Yuan ( 1271-1368) sehinggalah

pemerintahan Dinasti Ming ( 1368-1644). Tembikar yang dihasilkan bukan

sahaja merujuk kepada tembikar untuk hiasan tetapi juga untuk tujuan lain.

Tembikar yang dihasilkan adalah pebagai saiz dan mampu menarik minat

masyarakat lain.

Teknologi perbuatan tembikar telah berkembang maju sejak zaman

Dinasti Han. Pembuatan tembikar berkembang daripada pembuatan tembikar

biru, tembikar putih dan tembikar yang berwarna. Bagi memastikan tembikar

tersebut berkualiti dan menarik , bahan yang digunakan ialah bahan tanah

Kaolin, batu Orthoclase dan kuarza, di permukaannya pula mesti disepuh

dengan glis. Tembikar yang siap dibentuk akan dibakar di relau pada suhu

setinggi 1200 darjah centigrade. Ini adalah untuk mengukuhkan lagi

permukaan tembikar dan juga menjadikan tembikar nampak berkilat.

Penggunaan bahan asas dan teknik pembuatan bagi tembikar dilakukan

dengan teliti supaya adunan bahan mentah sesuai. Jika peraturan dan

adunan bahan mentah kurang sesuai, contohnya unsur besi terlalu banyak,

tembikar akan berwarna coklat atau hitam dan tidak berguna lagi.

Porselin juga merupakan satu lagi kemahiran masyarakat Negara China.

Porselin sama seperti tembikar China, tetapi mempunyai kualiti yang lebih

tinggi.

BAHAN ASAS DAN ALAT

22

Page 23: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Bahan asas yang digunakan dalam pembuatan tembikar ialah tanah liat

tempatan dan bahan. Tembikar China akan disepuh dengan glis selepas

pembakaran tembikar dilakukan. Bahan kayu api juga digunakan dalam

membakar tembikar dalam tanur.

BENTUK GAYA DAN MOTIF

Tembikar China unik dan menarik kerana motif dan corak yang digunakan

mempunyai maksud serta falsafah yang tersendiri di kalangan masyarakat

tertentu. Keunikannya mempengaruhi motif corak tembikar bagi masyarakat

Baba dan Nyonya di Tanah Melayu. Michel and Cecile Beurdeley dalam

Chinese Ceramics, (Thames and Hudson, London, 1974) menyentuh

beberapa simbolisme yang dikaitkan dengan kepercayaan keagamaan dalam

hiasan tembikar China.

Di antaranya ialah Fenghuang, iaitu burung khayalan atau merak lambang

kepada Ratu yang bermaksud petanda baik, ini akan membolehkan mereka

lebih yakin dalam menjalankan tugas atau kerja seharian mereka. Long atau

naga yang hidup di udara, laut atau daratan adalah simbol bagi hujan. Simbol

naga ini juga menunjukkan jiwa yang baik dan lemah lembut seperti air. Kuku

naga bercabang tiga adalah lambang bagi kegunaan rakyat biasa, manakala

kuku yang bercabang lima dikatakan untuk keluarga diraja. Ia juga dikaitkan

dengan kepercayaan kepada tian-zi. Kepercayaan ini timbul kerana maharaja

adalah anak kepada Tuhan dan mempunyai kedudukan yang tertinggi, dan

dengan itu segala peristiwa perlu dimaklumkan kepadanya. Setiap orang

mesti taat dan patuh kepadanya dan tidak boleh memberontak.

Qilin atau kuda bertanduk satu pula dikaitkan dengan binatang khayalan.

Menurut seorang pengkaji motif tembikar China, bentuk qilin berbeza

daripada satu dinasti kepada dinasti lain terutama sebelum dan selepas

Laotzu, (pengasas Taoisme) dilahirkan. Satu contoh lain ialah penggunaan

seni hias conch shell yang berkait langsung dengan ajaran dan lapan simbol

agama Buddha. Selain itu, hiasan gambar kanak-kanak atau manusia

23

Page 24: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

menunggang kerbau atau bersandar pada kayu berikat adalah gambaran

langsung kepada Laotzu.

Motif-motif lain yang seperti teratai dan awan digunakan sebagai seni

hias utama di sekeliling permukaan tembikar. Selain seni hiasan di

permukaan, seni cap materi atau cap pembuat tembikar juga mempunyai

makna-makna tertentu. Biasanya cap-cap ini diterakan pada bahagian bawah

tembikar kecuali beberapa jenis tembikar hidangan. Tembikar-tembikar

swatow biasanya dicirikan oleh teraan cap pembuatnya di permukaan atas

tembikar. Dalam koleksi yang ada, didapati tiada satu pun tera atau cap yang

merujuk secara langsung kepada relau pembuat tembikar berkenaan. Ia

banyak menyebutkan frasa ringkas yang merujuk istana atau raja yang

memerintah, kata-kata indah yang cuba menggambarkan sesuatu tempat di

dalam istana dan seumpamanya.

Keadaan ini menggambarkan pandangan umum masyarakat China silam

kepada pemerintah mereka. Mereka menyanjung tinggi institusi istana dan

hormat kepada raja serta tidak mahu menonjolkan individu atau kilang

tertentu dalam memajukan perniagaan. Kerajaan istana lebih diutamakan.

Beberapa frasa cap teraan itu pula secara langsung ditujukan kepada

keagungan pemerintahan yang ada.

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh dua kemungkinan iaitu pengeluar pada

ketika itu sangat patuh dengan institusi kerajaan atau mereka memang

ditekan oleh golongan feudal untuk berbuat demikian. Kedua, kemungkinan

relau-relau ini kepunyaan istana, selain mereka mendapat keuntungan

perdagangan juga dapat mensahihkan kekuasaan golongan feudal pada

waktu itu. Beberapa contoh adalah seperti berikut:

Bermaksud 'Rasmi' - digunakan pada zaman Tang, Sung dan Lio.

Bermaksud 'Suci'-tanda penghar- gaan dari zaman K'ang Hsi

1662 - 1722.

24

Page 25: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Bermaksud - 'Kecantikan Terulung' - Nama sebuah istana dari zaman Sung

(960-1279)

Bermaksud -'Taman Bunga'- merujuk kepada nama sebuah istana

atau balai penghadapan dari zaman Sung (960 - 1279).

25

Page 26: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Motif pokok bunga dan rama-rama

Motif burung phoenix dan pokok

bunga

Motif pokok bunga

26

Page 27: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Motif naga pada tembikar

PENGGUNAAN WARNA DALAM TEMBIKAR CHINA

27

Page 28: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Penggunaan warna pada tembikar juga membawa maksud yang tertentu.

Di antara warna yang digunakan ialah warna hijau. Penggunaan warna hijau

ini berlaku sejak zaman Min Kuo lagi. Warna ini juga digunakan oleh

masyarakat Baba dan Nyonya. Warna hijau adalah warna yang lebih banyak

penggunaannya dan biasanya digabungan dengan warna merah jambu.

Beberapa lapisan warna gelap hijau digunakan sebagai warna latar belakang

pada permukaan tembikar.

Tembikar China yang berwarna hijau yang digabungan dengan warna

merah jambu.

MERAH JAMBU

28

Page 29: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Kebiasaannya warna merah jambu digunakan sebagai warna latar

belakang. Penciptaan warna merah jambu ini adalah salah satu kejayaan dan

kehebatan dalam sejarah polikrom atau pelbagai warna dalam corak tembikar

China pada zaman Dinasti Ming. Lapisan warna ini dibentuk daripada proses

pemendakan emas klorida dan tin yang dimana proses pembuatan ini berasal

dari Eropah. Pada kurun ke-17, Andreas Cassius membawa pengaruh ini ke

negara China. Keunikan penggunaan warna ini boleh dilihat apabila

campuaran warna putih digunakan pada lapisan warna-warna lain. Ini

menjadikan ikutan pada pembuat tembikar dan juga kepada pelukis dalam

mewujudkan nilai-nilai estetik pada sesuatu ciptaan atau karya.

PUTIH

29

Page 30: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Warna putih adalah warna kebiasaanya yang digunakan pada permukaan

tembikar. Motif burung phoenix dan pokok bunga akan dilukis pada

permukaan tembikar yang berwarna putih. Selain daripada itu, corak tembikar

yang dihiasi dengan motif bunga, burung dan rama-rama akan digunakan.

Bagi citarasa masyarakat China, mereka lebih gemar ruang warna putih yang

lebih luas pada permukaan tembikar. Penggunaan warna putih dapat

menonjolkan ciri-ciri tafsiran motif burung phoenix dan pokok bunga. Corak

dilakukan dengan teliti dan terperinci serta warnanya yang cerah

membolehkan motif motif burung phoenix dan pokok bunga itu mudah dilihat.

KUNING

30

Page 31: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Semasa pemerintahan Dinasti Ch’ing, tembikar yang berwarna kuning

hanya digunakan untuk golongan istana sahaja. Ini kerana warna kuning

adalah warna maharaja. Masyarakat China ketika itu tidak dibenarkan

menggunakan tembikar yang berwarna kuning kerana rasa hormat mereka

kepada Maharaja China. Motif yang sering digunakan adalah naga dan juga

pokok bunga.

31

Page 32: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

BIRU

Warna biru adalah salah satu penciptaan yang unik pernah dihasilkan

pada pemerintahan Dinasti Yuan ( 1271-1368) sehinggalah pemerintahan

Dinasti Ming ( 1368-1644). Kebiasaanya, motif yang digunakan adalah pokok

bunga dan burung.

32

Page 33: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

MERAH-OREN

Lapisan warna merah-oren diperoleh daripada besi oksida membuatkan

warnanya mudah dilihat. Motif yang digunakan ialah pokok bunga dengan

bunga besar berwarna merah jambu, daun-daun yang kehijauan serta burung

phoenix.

Persamaan dan Kelainan antara Tembikar Malaysia dengan Tembikar China

33

Page 34: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

CIRI – CIRI TEMBIKAR MALAYSIA TEMBIKAR CHINA

Motif Menggunakan motif dan corak

yang diilhamkan daripada

benda alam, iaitu daun dan

bunga. Ada juga yang

menggunakan motif daun

fauna, contohnya di Sarawak.

Motif corak geometri juga

sering digunakan.

Motif unsur lagenda

seperti naga, manusia,

atau watak daripada

peristiwa sejarah juga

digunakan selain motif

flora, fauna, dan geometri.

Motif geometri biasanya

memberi pengertian

tertentu seperti

melambangkan usia

panjang, kemewahan, dan

sebagainya. Lanskap dan

kaligrafi serta puisi juga

dijadikan hiasan.

Reka corak Motif tembikar tersusun dalam

bentuk corak. Teknik garisan

dan tekanan digunakan dalam

hiasan.

Walaupun ada juga

menggunakan motif dalam

bentuk corak, kebanyakan

corak digubah secara

bergambar ‘pictorial’ atau

kombinasi corak dan

gambar.

Unsur seni Bentuknya banyak terdiri

daripada bentuk buah-buahan.

Hasil tembikar biasanya tidak

bertangkai, kecuali pada

bahagian tudungnya dan tidak

bermuncung, kecuali tembikar

yang terdapat di Negeri

Sembilan.

Bentuknya berdasarkan

bentuk buah-buahan,

manusia dan haiwan serta

pelbagai bentuk geometri.

Bahan dan alat Tanah liat yang mudah

didapati di paya dan tebing-

Selain tanah liat tempatan,

kaolin juga digunakan.

34

Page 35: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

tebing sungai digunakan. Alat

untuk membentuk dan

menghias kebanyakannya

dihasilkan sendiri oleh

pembuat tembikar. Tembikar

tradisional tidak menggunakan

roda atau pemutar, tidak

menggunakan cat, bahan

pewarna atau sepuh. Bahan

semula jadi seperti pelepah

dan sabut kelapa, kayu, buluh,

jerami padi, serta sekam padi

digunakan untuk bakaran

terdedah. Tanur dan sepuh

digunakan untuk tembikar

semasa bagi tujuan

pengeluaran secara komersial.

Hasilnya kelihatan putih

dan halus, kecuali yang

digunakan sebagai periuk.

Kebanyakan hasil disepuh

kerana di Negeri China

teknik sepuh telah

digunakan sejak zaman

dahulu. Permukaan hasil

biasanya dihias dalam

corak warna monokromatik

atau berwarna-warni. Hasil

dibakar dalam tanur

menggunakan bahan kayu

api.

Fungsi Digunakan sebagai bekas air

minuman, pasu bunga, periuk

dan sebagainya. Kini terdapat

hasil yang direka khas untuk

hiasan.

Digunakan sebagai periuk,

bekas bunga, bekas bara,

bekas air atau minuman,

serta arca hiasan.

Berfungsi juga sebagai

bekas pengawet dan

bekas pelbagai guna lain

yang ada kaitannya

dengan adapt resam orang

Cina.

Nilai dan

makna hasil

Secara tradisional

melambangkan kedudukan

dalam masyarakat dan identiti

kawasan tertentu, contohnya;

i. Labu sayung yang

Pada zaman feudalisme,

terdapat motif tertentu

seperti naga qi-lin dan

feng-huang sebagai

lambng kebesaran,

35

Page 36: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

menggunakan tanah liat

dari tebing-tebing

sungai di Sayung, Kuala

Kangsar. Mempunyai

bentuk, corak, dan

warna yang unik.

ii. Buyung dari Kampung

Alor Merah di Sungai

Dua, Seberang Prai

yang menggunakan

campuran tanah merah

sawah dan tanah liat

sungai mempunyai nilai

yang tersendiri,

kehalusan ciptaannya

tidak dipengaruhi oleh

unsur luar.

iii. Tembikar Sarawak yang

berwarna-warni

biasanya menggunakan

ragam hias tradisional

seperti corak padung,

buluh empit, lengkuk,

dan sebagainya atau

motif burung kenyalang

untuk melambangkan

kebesaran dan

kesucian.

kedaulatan, dan

kemewahan. Bentuk, motif

dan reka coraknya juga

melambangkan dinasti

tertentu seperti Tang dan

Song. Tang banyak

menggunakan motif

biadari dan bunga teratai

kesan pengaruh agama

Buddha. Pada zaman

Dinasti Song, tukang

tembikar mula

menggunakan motif flora

dan motif haiwan seperti

singa, kuda, gajah, ikan,

serangga, dan pelbagai

jenis burung.

Pada zaman Dinasti Qing,

muncul hiasan dalam

bentuk ‘pictoral’.

36

Page 37: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

37

Page 38: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

BIBLIOGRAFI

38

Page 39: PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Ho Wing Meng, Straits Chinese, Porcelain a collector’s guide, TIMES

1994.

http--www_chinadetail_com-image

ArtsCraftsChinesePorcelain1_jpg.htm

Kraf tradisional Melayu,

39