Pengertian tamadun

4
Aktiviti 1 Nyata maksud “tamadun” dan huraikan ciri-ciri Asas Tamadun. Perkataan “Tamadun” bermaksud; Bahasa Latin : Di dalam bahasa latin Tamadun di sebut sebagai Civitas, civilis, civis dan civilitas . Dalam erti lain Tamadun ialah Civilization yang membawa erti warganegara, undang-undang dan sistem pemerintahan Rom. Bahasa Greek : Untuk bahasa greek pula tamadun di sebut sebagai Kei yang bererti kediaman seperti rumah dan sesuatu yang. datang kepada kita. Keimelion bererti khazanah atau harta yang. disimpan. Bahasa Inggeris : Di dalam bahasa inggeris tamadun di sebut Civilize yang membawa maksud memperbaiki tingkahlaku, menjinakkan dan menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat. Ia juga bererti keluar dari kehidupan barbarian (primitif) kepada. kehidupan yang baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan. Bahasa Tamil : Menurut bahasa Tamil pula tamadun di panggil Nakarikam, Nakarikam terbahagi kepada 2 perkataan nakar ialah kota dan ikam pula ialah pembentukan bandar. Nakarikam di ertikan sebagai kota yang telah di bentuk menjadi sebuah Bandar. Bahasa Cina : Tamadun di dalam bahasa cina di sebut sebagai Wen Ming, Ming bererti cerah atau bercahaya. Selain itu juga tamadun merujuk kepada . unsur-unsur material dan spiritual yang. muncul daripada pencapaian sejarah perkembangan manusia.

Transcript of Pengertian tamadun

Page 1: Pengertian tamadun

Aktiviti 1 Nyata maksud “tamadun” dan huraikan ciri-ciri Asas Tamadun. Perkataan “Tamadun” bermaksud;

Bahasa Latin : Di dalam bahasa latin Tamadun di sebut sebagai Civitas, civilis, civis

dan civilitas . Dalam erti lain Tamadun ialah Civilization yang membawa erti

warganegara, undang-undang dan sistem pemerintahan Rom.

Bahasa Greek : Untuk bahasa greek pula tamadun di sebut sebagai Kei yang bererti

kediaman seperti rumah dan sesuatu yang. datang kepada kita. Keimelion bererti

khazanah atau harta yang. disimpan.

Bahasa Inggeris : Di dalam bahasa inggeris tamadun di sebut Civilize yang membawa

maksud memperbaiki tingkahlaku, menjinakkan dan menyelaraskan

mengikut keperluan masyarakat. Ia juga bererti keluar dari kehidupan barbarian

(primitif) kepada. kehidupan yang baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan

kesopanan.

Bahasa Tamil : Menurut bahasa Tamil pula tamadun di panggil Nakarikam, Nakarikam

terbahagi kepada 2 perkataan nakar ialah kota dan ikam pula ialah pembentukan

bandar. Nakarikam di ertikan sebagai kota yang telah di bentuk menjadi sebuah

Bandar.

Bahasa Cina : Tamadun di dalam bahasa cina di sebut sebagai Wen Ming, Ming bererti

cerah atau bercahaya. Selain itu juga tamadun merujuk kepada . unsur-unsur material

dan spiritual yang. muncul daripada pencapaian sejarah perkembangan manusia.

Page 2: Pengertian tamadun

Hakcipta ibrahimjamil/ppgmte12011 Page 2

Ciri-ciri Asas Tamadun

1. Penempatan yang kekal iaitu wujudnya penempatan masyarakat manusia di

kawasan tertentu yang subur dan makmur seperti kota, bandar , kepolisan dan

sebagainya.

2. Revolusi pertanian yang pesat iaitu peningkatan hasil pertanian menggiatkan

aktiviti ekonomi dan perdagangan dan sekaligus akan menyebabkan kualiti hidup

dan jangka hayat meningkat.

3. Munculnya satu sistem bahasa atau beberapa bahasa serumpun bahasa

dengan sisitem tulisan tersendiri untuk berkomunikasi dan untuk menyimpan

rekod.

4. Wujudnya sistem perundangan dan sistem nilai atau moral yang berkuatkuasa.

Dengan wujudnya sistem ini, maka kehidupan beragama terwujudkan di mana

pusat-pusat upacara agama dan penyembahan di wujudkan.

5. Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dlm bidang politik, pentadbiran,

ekonomi dan pendidikan yang sempurna. Dengan ada sistem ini, sistem

pengkelasan berasaskan kelas dan status di wujudkan.

6. Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi iaitu perkembangan pelbagai teknik

kemahiran pekerjaan serta penciptaan teknologi moden dan peningkatan daya

reka cipta dalam bidang teknologi dan pembinaan.

7. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusteraan dan

nilai estitika yang tersendiri.

8. Urbanisasi iaitu kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesuatu

kawasan danberkembang menjadi Bandar.

Page 3: Pengertian tamadun

Hakcipta ibrahimjamil/ppgmte12011 Page 3

Aktiviti 2

Apakah perbezaan di antara konsep tamadun mengikut kacamata Islam dengan perspektif Barat. Perbezaan di antara konsep Tamadun Islam dengan Tamadun Barat.

Islam Barat

Meletakkan agama yg. berpaksikan

akidah, syariah dan akhlak sbg. asas

dan dasar. Dan mengimbangi antara

pembangunan material dan spiritual

atau kebendaan dan kerohanian

Lebih menonjolkan aspek pencapaian

kebendaan sebagai ukuran bagi

menentukan sesuah masyarakat itu

bertamadun

Kehalusan budi pekerti orang yang

hidup di kota yang memiliki peraturan

yang baik sehingga berjaya

menghasilkan keamanan,

keselamatan, kemakmuran dan

penghasilan teknologi yang sempurna.

Suatu sistem masyarakat yang dapat

membantu manusia menambah hasil

pengeluaran atau produktiviti dan ia

mempunyai empat elemen iaitu bahan-

bahan ekonomi, sistem politik,

pengetahuan dan seni.

Sekumpulan manusia yang mendiami

sebidang tanah yang mempunyai

perbekalan ekonomi yang mencukupi,

keselamatan nyawa dan harta yang

terjamin yang membolehkan mereka

mencapai kemajuan dalam berbagai

bidang.

Amat ramat hubungan dengan

perbandaran dan tamadun Itu lahir di

bandar.

Bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh

sekumpulan masyarakat.

Bentuk kemajuan yang dihasilkan dengan

cara mementingkan kebendaan.

Himpunan ilmu pengetahuan, syariat,

peraturan tradisi dan moral yang

menunjukkan keadaan pemikiran,

ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan

seluruh kehidupan.

Suatu rangkaian rumit yang merangkumi

aspek-aspek keilmuan kepercayaan,

kesenian, nilai-nilai moral, perundangan,

tradisi, bakat dan kebolehan yang

dihasilkan oleh masyarakat.

Page 4: Pengertian tamadun

Hakcipta ibrahimjamil/ppgmte12011 Page 4

RUJUKAN.

1. Pengenalan Tamadun Islam :

http://www.slideshare.net/wanbk/1pengenalan

2. Tamadun Awal Islam :

http://www.slideshare.net/wanbk/111-awal-tamadun-islam

3. Tarif dan Prinsip Asas Tamadun Islam :

http://www.slideshare.net/wanbk/2takrif-prinsip-asas-tamadun

4. Shaikh Abdullah Hassan Mydin (2006) Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TISA). Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh ( USM ).