pengetahuan kandungan ilmu qiraat dalam kalangan guru qiraat di ...

12
3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization e-Proceeding of the 3 rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 281 PENGETAHUAN KANDUNGAN ILMU QIRAAT DALAM KALANGAN GURU QIRAAT DI MALAYSIA Abdul Jalal bin Abdul Manaf Jabatan Pengajian Islam Universiti Pendidikan Sultan Idris [email protected] ABSTRAK Imu Qiraat merupakan suatu ilmu yang membincangkan kaedah bacaan al-Quran yang tepat dan sahih berdasarkan pembacaan yang diriwayatkan secara mutawatir. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan persepsi guru Ilmu Qiraat terhadap Pengetahuan Kandungan Ilmu Qiraat. Satu kajian telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Ia melibatkan 115 orang responden yang mengajar Ilmu Qiraat di seluruh institusi pengajian yang menawarkan subjek Ilmu Qiraat di Malaysia. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian untuk mengetahui skor min yang signifikan dalam Pengetahuan Kandungan Ilmu Qiraat. Kebolehpercayaan instrumen dengan nilai alpa Cronbach untuk instrumen Pengetahuan Kandungan Ilmu Qiraat adalah 0.904. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan statistik peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian ini mendapati bahawa Pengetahuan Kandungan Ilmu Qiraat dalam kalangan guru Qiraat di Malaysia berada pada tahap yang baik (min = 4.20). Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa guru Ilmu Qiraat di Malaysia mempunyai pengetahuan Kandungan Ilmu Qiraat yang baik bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran Ilmu Qiraat. Bidang Kajian: Pengetahuan Kandungan, Ilmu Qiraat dan Guru ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pendahuluan Ilmu Qiraat merupakan salah satu daripada cabang ilmu yang berkaitan dengan al-Quran yang datang daripada Allah s.w.t tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak termasuk Jibril a.s (Sha‘ban, 2004). Bentuk bacaan al-Qiraat adalah tawqifiy (diambil terus) bukan ijtihadiy (fatwa) (Ibn Mujahid, 1988). Bacaan Qiraat yang pelbagai bukan bererti ia dibuat berdasarkan ijtihadiy (fatwa) para sahabat atau para ‘ulama’ Qiraat tetapi bersumberkan riwayat yang sahih daripada bacaan Rasulullah s.a.w. Ilmu Qiraat merupakan suatu ilmu yang membincangkan kaedah bacaan al-Quran yang tepat dan sahih berdasarkan pembacaan yang diriwayatkan secara mutawatir (al-Masarawiy, 2009). Ia menghuraikan manhaj (kurikulum) bacaan setiap imam Qiraat dan perawinya serta dapat membezakan Khilaf (perselisihan) bacaan antara imam-imam Qiraat dan perawi-perawinya.

Transcript of pengetahuan kandungan ilmu qiraat dalam kalangan guru qiraat di ...

Page 1: pengetahuan kandungan ilmu qiraat dalam kalangan guru qiraat di ...

3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 281

PENGETAHUAN KANDUNGAN ILMU QIRAAT DALAM KALANGAN GURU QIRAAT DI MALAYSIA

Abdul Jalal bin Abdul Manaf Jabatan Pengajian Islam

Universiti Pendidikan Sultan Idris [email protected]

ABSTRAK

Imu Qiraat merupakan suatu ilmu yang membincangkan kaedah bacaan al-Quran yang tepat dan sahih berdasarkan pembacaan yang diriwayatkan secara mutawatir. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan persepsi guru Ilmu Qiraat terhadap Pengetahuan Kandungan Ilmu Qiraat. Satu kajian telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Ia melibatkan 115 orang responden yang mengajar Ilmu Qiraat di seluruh institusi pengajian yang menawarkan subjek Ilmu Qiraat di Malaysia. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian untuk mengetahui skor min yang signifikan dalam Pengetahuan Kandungan Ilmu Qiraat. Kebolehpercayaan instrumen dengan nilai alpa Cronbach untuk instrumen Pengetahuan Kandungan Ilmu Qiraat adalah 0.904. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan statistik peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian ini mendapati bahawa Pengetahuan Kandungan Ilmu Qiraat dalam kalangan guru Qiraat di Malaysia berada pada tahap yang baik (min = 4.20). Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa guru Ilmu Qiraat di Malaysia mempunyai pengetahuan Kandungan Ilmu Qiraat yang baik bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran Ilmu Qiraat.

Bidang Kajian: Pengetahuan Kandungan, Ilmu Qiraat dan Guru ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pendahuluan

Ilmu Qiraat merupakan salah satu daripada cabang ilmu yang berkaitan dengan al-Quran yang datang daripada Allah s.w.t tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak termasuk Jibril a.s (Sha‘ban, 2004). Bentuk bacaan al-Qiraat adalah tawqifiy (diambil terus) bukan ijtihadiy (fatwa) (Ibn Mujahid, 1988). Bacaan Qiraat yang pelbagai bukan bererti ia dibuat berdasarkan ijtihadiy (fatwa) para sahabat atau para ‘ulama’ Qiraat tetapi bersumberkan riwayat yang sahih daripada bacaan Rasulullah s.a.w. Ilmu Qiraat merupakan suatu ilmu yang membincangkan kaedah bacaan al-Quran yang tepat dan sahih berdasarkan pembacaan yang diriwayatkan secara mutawatir (al-Ma‘sarawiy, 2009). Ia menghuraikan manhaj (kurikulum) bacaan setiap imam Qiraat dan perawinya serta dapat membezakan Khilaf (perselisihan) bacaan antara imam-imam Qiraat dan perawi-perawinya.

Page 2: pengetahuan kandungan ilmu qiraat dalam kalangan guru qiraat di ...

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 282

Pendidikan Ilmu Qiraat memerlukan guru yang menguasai dengan baik ilmu pengetahuan Qiraat, mengetahui pedagogi pengajaran di samping berkemahiran dalam menggunakan kaedah atau strategi tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat disampaikan dengan lebih teratur dan berkesan. Proses Pendidikan Ilmu Qiraat mestilah diambil daripada guru yang mursyid kerana al-Quran dan al-Qiraat merupakan Sunnah Muttaba’ (al-Suyutiyy, 1996). Pendidikan Ilmu Qiraat terbahagi kepada dua bahagian iaitu Qiraat ‘Ilmiyy (teori) juga disebut sebagai ‘ilm al-Dirayah dan Qiraat ‘Amaliyy (praktikal) yang disebut sebagai ‘ilm al-Riwayah (al-Ma‘sarawiy, 2009). 2. Pengetahuan Kandungan

Pengetahuan kandungan merupakan satu daripada komponen pengetahuan guru yang paling penting. Ia merangkumi aspek pengetahuan tentang struktur substantif dan pengetahuan struktur sintaktik (Schwab, 1964). Pengetahuan substantif struktur merupakan bahagian paling penting dalam sesuatu disiplin di mana merangkumi fakta, prosedur dan konsep sesuatu mata pelajaran. Ia juga merujuk kepada kerangka yang digunakan untuk menyusun semua konsep dan fakta sesuatu mata pelajaran. Pengetahuan sintaktik merujuk kepada kaedah yang melaluinya pengetahuan usulan dihasilkan dan dimantapkan, kaedah di mana pengetahuan baru diterima melalui beberapa prosedur uji kaji dan pengesahan (Grossman, 1990). Pengetahuan kandungan guru mestilah mantap, tepat dan dapat memberi manfaat kepada pelajar (al-Qardawi, 2000). Panduan asas yang menjadi kekuatan untuk berjaya sebagai guru ialah pelajar mesti merasakan guru lebih berilmu berbanding mereka. Guru mesti mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya dan bersesuaian dengan topik yang diajar dan sentiasa mempelajari kaedah terbaik untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar (Muhammad Qutb, 2004). Apabila seseorang guru mengajar, pelajar akan menilai pengetahuan guru, cara penyampaian guru dan personaliti guru (Atan Long, 1980). Menurut al-Qardawiy (1986) bahawa penghormatan kepada seseorang guru bergantung kepada ilmu pengetahuan yang dimiliki dan masyarakat akan memberi keyakinan kepadanya. Guru bukan setakat menyampaikan kurikulum mata pelajaran di dalam kelas sahaja malahan mereka perlu membina, mendefinisikan dan membuat tafsiran tentang kandungan kurikulum tersebut. Ianya merupakan apa yang difikirkan, apa yang dipercayai dan apa yang guru lakukan di dalam kelas bagi membolehkan pelajar memahami apa yang disampaikan (Hargreaves, 1994). Menurut Shulman (1986), apa yang seseorang guru perlu tahu tentang kandungan mata pelajaran adalah lebih daripada tajuk-tajuk yang terkandung dalam kurikulum sekolah. Guru bukan sahaja mampu menyampaikan maklumat tentang kandungan mata pelajaran malahan boleh menerangkan mengapa isi kandungan mata pelajaran tersebut perlu dikuasai serta kaitannya dengan kandungan mata pelajaran lain. Pengetahuan kandungan atau mata pelajaran boleh mempengaruhi kemampuan guru dalam membantu pelajar mempelajari tentang isi kandungan mata pelajaran. Jika seseorang guru tidak mahir tentang pengetahuan kandungan sesuatu mata pelajaran secara mendalam atau mempunyai maklumat yang tidak tepat tentang kandungan mata pelajaran tersebut berkemungkinan mereka akan menyalurkan maklumat dan pengetahuan yang tidak tepat kepada para pelajarnya. Malahan mereka gagal mengenal pasti miskonsepsi tentang kandungan mata pelajaran tersebut.

Page 3: pengetahuan kandungan ilmu qiraat dalam kalangan guru qiraat di ...

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 283

3. Ilmu Qiraat

Muhaysin (1982) dan al-Qadiy (1989) menyatakan bahawa al-Qiraat membawa maksud satu ilmu yang membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Quran dan cara menyebut kalimah-kalimah tersebut seperti madd, qasr, imalah, tashil dan sebagainya yang dimasyhurkan oleh pembawanya. Menurut al-Banna (1987) bahawa al-Qiraat adalah suatu ilmu yang diketahui daripadanya permuafakatan pembawa-pembawa kitab Allah s.w.t (wajah-wajah bacaan Qiraat) dan perselisihan mereka dalam perkara-perkara seperti hazf, ithbat, al-fasl, al-wasl, dan lain-lain bacaan dari segi pendengaran. Menurut Ibn al-Jazariyy (1977) bahawa al-Qiraat adalah suatu cabang ilmu tatacara dan melengkapkan kalimah-kalimah al-Quran dan perbezaan-perbezaan yang disandarkan kepada pembawanya. Menurut al-Zarkashiy (2006) bahawa al-Qiraat ialah perbezaan lafaz-lafaz wahyu yang disebut di dalam huruf-huruf al-Quran dan cara bagaimana membacanya sama ada takhfif, tashdid dan sebagainya. Ilmu Qiraat adalah Semulia-mulia ilmu kerana mempunyai hubung kait dengan al-Quran (al-Qadiy, 1989). Fardu kifayah untuk mempelajari dan mengajarkannya (al-Banna, 1987). Ilmu Qiraat diasaskan oleh Imam-imam Qiraat (al-Qadiy, 1989). Ada pendapat yang mengatakan Abu ‘Umar Hafs bin ‘Umar al-Duriy (Muhaysin, 1992). Manakala yang mula-mula yang menghimpunkan Ilmu Qiraat adalah Abu ‘Ubayd al-Qasim (al-Habsh, 1999). Ilmu Qiraat membincangkan kalimah-kalimah al-Quran daripada penyelewengan (Abiy Shamah, 1981) dan dari sudut menyebutkan huruf-hurufnya seperti madd, qasr,izhar, idgham dan sebagainya (al-Dabba‘, 2002). Dapat memelihara daripada tersalah ketika menyebut kalimah-kalimah al-Quran (al-Nuhhas, 2004), memelihara daripada penyelewengan (Abiy Shamah, 1981) dan mengetahui apa yang dibaca oleh setiap Imam Qiraat serta dapat membezakan manhaj (kurikulum) setiap imam (Umm Walid, 2007).

4. Guru

Guru adalah segolongan orang yang menjalankan tugas ikhtisas sebagai pendidik dan pemimpin. Mereka boleh mencorakkan masa depan masyarakat dan dapat menentukan untung nasib sesebuah Negara (Ahmad Mohd Salleh, 2008). Abdul Halim al-Muhammadi (1991) dalam Ahmad Mohd Salleh (2008) menjelaskan bahawa guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Walau sehebat mana pun sesuatu sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya guru yang menyampaikannya tidak efektif. Ab. Halim Tamuri (2006) pula menyatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya terdapat lima komponen untuk menjadi guru iaitu: mudarris, mu’addib, murabbi, mursyid dan mu‘allim.

Page 4: pengetahuan kandungan ilmu qiraat dalam kalangan guru qiraat di ...

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 284

5. Teoretikal Kajian

Rajah 1 : Kerangka konseptual kajian

Berdasarkan objektif dalam kajian untuk, a) Mengenal pasti Matlamat dan Objektif, b) Mengenal pasti isi kandungan tajuk dan kemahiran, c) Mengenal pasti kefahaman subjek Ilmu Qiraat dan d) Mengenal pasti bahan sumber pengajaran dan pembelajaran

Instrumen yang digunakan telah diadaptasi dan diubahsuai daripada daripada Model Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) Shulman (1987), Grossman (1990), Noor Shah Saad (2006) dan Ahmad Yunus Kasim(2011). 6. Metodologi 6.1 Sampel dan Metode Pengumpulan Data

Semua guru atau pensyarah yang mengajar Ilmu Qiraat di institusi pengajian yang menawarkan subjek Ilmu Qiraat adalah terlibat sebagai responden kajian ini..Jumlah populasi melibatkan seramai 115 orang guru atau pensyarah yang mengajar Ilmu Qiraat di Malaysia. Pengumpulan data kuantitatif melalui soal selidik manakala data kualitatif melalui temu bual dalam aspek-aspek tertentu digunakan untuk menyokong dan menguatkan data soal selidik. Kebenaran untuk menjalankan kajian telah diperolehi daripada institusi, pusat pengajian atau Maahad Tahfiz yang terlibat. 6.2 Instrumen Kajian ini menggunakan dua instrumen kajian. Instrumen pertama adalah soal selidik yang disediakan kepada guru atau pensyarah yang mengajar Ilmu Qiraat untuk mendapatkan data kuantitatif. Manakala instrumen temu bual digunakan bagi memperkuat dan menyokong data soal selidik. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik kerana ia bersesuaian dengan kaedah tinjauan. Soal selidik yang digunakan adalah soal selidik jawapan dipilih. Dalam kajian ini pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah pemungutan data secara skala jawapan jenis Likert lima mata sebagai skala jawapan responden terhadap semua penyataan yang digunakan dalam instrumen kajian ini. Skala Likert adalah sesuai digunakan bagi mengukur pandangan yang diberikan oleh responden dalam ruang tertentu secara berterusan tentang suatu amalan persepsi dan sikap (Cohen

Matlamat dan Objektif

Isi kandungan tajuk dan

kemahiran

Kefahaman Subjek Ilmu Qiraat

Bahan sumber Pengajaran dan

Pembelajaran

Pengetahuan Kandungan Ilmu Qiraat

Page 5: pengetahuan kandungan ilmu qiraat dalam kalangan guru qiraat di ...

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 285

et. al 2000). Dalam instrumen kajian ini, responden diminta memilih jawapan mereka dengan menandakan salah satu nombor dari 1 hingga 5 berdasarkan keterangan bagi nombor-nombor tersebut iaitu Sangat Tidak Setuju (1) hingga kepada Sangat Setuju (5). 7. Dapatan Kajian

7.1 Kebolehpercayaan Analisis Pengkaji menggunakan kaedah ketekalan dalaman item yang dibina dalam menentukan nilai kebolehpercayaan bagi data soal selidik. Prosedur Cronbach Alpha diaplikasikan untuk melihat aras konsisten dalaman dalam item instrumen kajian. Nilai Cronbach Alpha sering digunakan dalam soal selidik untuk mengukur nilai kebolehpercayaan (Cramer, 1998). Menurut Mohd Majid Konting (2005) bahawa nilai kebolehpercayaan yang tinggi melalui Cronbach Alpha bagi kajian sains sosial ialah mesti melebihi 0.60. Ia boleh diterima pakai sebagai instrumen kajian. Oleh yang demikian, pengkaji halet mengguna pakai nilai Cronbach Alpha bagi memastikan instrumen kajian yang dibina melepasi tahap kesahan dan kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan instrumen dengan nilai alpa Cronbach untuk instrumen Pengetahuan Kandungan Ilmu Qiraat adalah 0.904. 7.2 Statistik Deskriptif dan Analisis

Pengetahuan Kandungan Ilmu Qiraat Melalui Soal Selidik Jadual 1 menunjukkan min dan sisihan piawai Pengetahuan Kandungan Ilmu Qiraat dalam kalangan guru Ilmu Qiraat di Malaysia. Guru Ilmu Qiraat mempunyai pengetahuan berkaitan kepentingan mengajar Ilmu Qiraat (min=4.60, sp=0.59) yang mendapat min paling tinggi manakala item mahir Shadhdhah (Qiraat empat belas) mendapat min paling rendah berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.06, sp=1.00). Dapatan ini menunjukkan bahawa item-item yang berkaitan pengetahuan dan kefahaman Ilmu Qiraat seperti matlamat, tujuan pengajaran, kepentingan mengajar, objektif dan isi kandungan Ilmu Qiraat berada pada tahap yang tinggi. Manakala dapatan yang berkaitan Kurikulum Ilmu Qiraat pula juga berada pada tahap yang tinggi tetapi ada sedikit penurunan berbanding pengetahuan dan kefahaman Ilmu Qiraat. Item-item berkaitan pengetahuan dan kefahaman Ilmu Qiraat mendapat min melebihi 4.40 manakala item-item berkaitan Kurikulum Ilmu Qiraat mendapat min kurang daripada 4.40. Ini menunjukkan bahawa guru Ilmu Qiraat di Malaysia lebih memahami dan menguasai Ilmu Qiraat itu sendiri berbanding Kurikulum Ilmu Qiraat. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa guru Ilmu Qiraat di Malaysia menguasai Qiraat Sab‘ah (Qiraat tujuh) yang mendapat min 4.12 berbanding Qiraat ‘Asharah (Qiraat sepuluh) yang mendapat min 3.80 dan Shadhdhah (Qiraat empat belas) yang mendapat min 3.06. Peratusan guru Ilmu Qiraat yang tidak bersetuju dan tidak pasti pada item penguasaan Qiraat Sab‘ah (Qiraat tujuh) adalah 14.4 % berbanding 28.8% pada item penguasaan Qiraat ‘Asharah (Qiraat sepuluh). Perbezaan yang lebih ketara pada item penguasaan Qiraat Shadhdhah (Qiraat empat belas) yang mendapat 66.4%. Guru Ilmu Qiraat kurang menguasai pembacaan Qiraat secara jama’ yang mendapat min sederhana tinggi 3.84 berbanding pembacaan Qiraat secara ifrad yang mendapat min tinggi 4.35.

Page 6: pengetahuan kandungan ilmu qiraat dalam kalangan guru qiraat di ...

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 286

Jadual 1 : Taburan Min dan Sisihan Piawai Pengetahuan Kandungan Ilmu Qiraat Pengetahuan Kandungan Ilmu Qiraat Min Sisihan Piawai

Saya tahu matlamat manhaj (kurikulum) Ilmu Qiraat. 4.41 0.71 Saya tahu tujuan pengajaran Ilmu Qiraat 4.50 0.65 Saya tahu kepentingan mengajar Ilmu Qiraat 4.60 0.59 Saya tahu objektif manhaj (kurikulum) Ilmu Qiraat 4.47 0.66 Saya tahu isi kandungan manhaj (kurikulum) Ilmu Qiraat. 4.45 0.66 Saya tahu kursus-kursus Ilmu Qiraat yang terdapat dalam kurikulum pengajian Ilmu Qiraat 4.18 0.84 Saya tahu bab-bab dan tajuk-tajuk Ilmu Qiraat mengikut kursus-kursus dalam kurikulum pengajian Ilmu Qiraat 4.31 0.77 Saya tahu perkaitan antara bab-bab dan tajuk-tajuk Ilmu Qiraat dalam Kurikulum pengajian mengikut semester atau tahun 4.22 0.83 Saya tahu memilih bahan pengajaran yang sesuai dengan isi kandungan kurikulum pengajian. 4.25 0.78 Saya tahu isi kandungan Ilmu Qiraat mengikut semester / tahun yang diajar. 4.33 0.79 Saya tahu menguasai Ilmu Qiraat mengikut bab-bab / tajuk-tajuk dalam kurikulum pengajian 4.09 0.87 Saya tahu mengajar mengikut keperluan kurikulum pengajian Ilmu Qiraat. 4.17 0.84 Saya tahu teori-teori yang berkaitan dengan bab-bab/tajuk-tajuk yang diajar dalam kurikulum pengajian. 4.22 0.82 Saya tahu isi kandungan Ilmu Qiraat yang terdapat dalam kurikulum pengajian di institusi pengajian yang diajar. 4.25 0.72 Saya tahu sanad (ijazah) Riwayat Hafs ‘an ‘Asim penting diperolehi oleh guru Ilmu Qiraat. 4.38 0.89 Saya tahu sanad (ijazah) selain Riwayat Hafs ‘an ‘Asim penting diperolehi oleh guru Ilmu Qiraat 4.09 0.92 Saya mahir Qiraat Sab‘ah (Qiraat tujuh ) 4.12 0.82 Saya mahir Qiraat ‘Asharah (Qiraat sepuluh ) 3.80 0.99 Saya mahir Qiraat Syazzah (Qiraat empat belas) 3.06 1.00 Saya mahir membaca Qiraat secara ifrad 4.35 0.69 Saya mahir membaca Qiraat secara jama’ 3.84 1.00 Pengetahuan Kandungan Ilmu Qiraat Melalui Temu Bual Dapatan temu bual mendapati guru Ilmu Qiraat menguasai Qiraat Sab‘ah (Qiraat tujuh) kerana ia sebahagian daripada kurikulum pengajian Ilmu Qiraat di institusi pengajian yang mereka mengajar. Ini berbeza dengan Qiraat ‘Asharah (Qiraat sepuluh) dan Qiraat Shadhdhah (Qiraat empat belas) yang tidak dimasukkan sebagai salah satu subjek Ilmu Qiraat di kebanyakan institusi pengajian yang menawarkan subjek Ilmu Qiraat. Penguasaan Qiraat Sab‘ah (Qiraat tujuh) berbanding Qiraat ‘Asharah (Qiraat sepuluh) dan Qiraat Shadhdhah (Qiraat empat belas) adalah disebabkan Qiraat Sab‘ah (Qiraat tujuh) berada di dalam kurikulum pengajian berbeza Qiraat ‘Asharah (Qiraat sepuluh) dan Qiraat Shadhdhah (Qiraat empat belas) yang tidak berada di dalam kurikulum pengajian.

Page 7: pengetahuan kandungan ilmu qiraat dalam kalangan guru qiraat di ...

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 287

Kenyataan ini turut dipersetujui oleh T1,13,T4 dan T5. Ini menunjukkan pengusaaan guru Ilmu Qiraat terhadap Qiraat Sab‘ah (Qiraat tujuh) bergantung kepada kurikulum pengajian yang menawarkan subjek Qiraat Sab‘ah (Qiraat tujuh) sahaja. Apabila ia berada di dalam silibus pengajian, maka guru perlu membuat persedian untuk mengajar subjek tersebut dan ini menambahkan lagi pengetahuan guru tersebut berbanding Ilmu Qiraat yang berada di luar kurikukulum pengajian. Begitu juga penguasaan guru Ilmu Qiraat terhadap Qiraat Sab‘ah (Qiraat tujuh) adalah disebabkan ia telah menjadi amalan guru-guru Ilmu Qiraat di Malaysia. T4 menjelaskan bahawa walaupun guru Ilmu Qiraat mempelajari Qiraat ‘Asharah (Qiraat sepuluh) dan Shadhdhah (Qiraat empat belas) tetapi dari pengamalannya di Malaysia merujuk Qiraat Sab‘ah (Qiraat tujuh) sahaja. Oleh sebab itu, kemahiran dan penguasaan Ilmu Qiraat hanya tertumpu kepada Qiraat Sab‘ah (Qiraat tujuh) berbanding Qiraat ‘Asharah (Qiraat sepuluh). Apatah lagi Qiraat Shadhdhah (Qiraat empat belas) yang tidak diajar langsung di kebanyakan institusi pengajian di Malaysia yang menawarkan subjek Ilmu Qiraat. Data ini turut disokong oleh T1,T2,T3 dan T5. Ini menunjukkan guru Ilmu Qiraat menguasai Ilmu Qiraat berdasarkan apa yang menjadi amalannya sahaja iaitu apa diajar kepada pelajar. Ilmu Qiraat yang diajar adalah Qiraat Sab‘ah (Qiraat tujuh) sahaja, maka guru Ilmu Qiraat akan menguasai Qiraat Sab‘ah (Qiraat tujuh) berbanding Qiraat ‘Asharah (Qiraat sepuluh). Lebih-lebih lagi Qiraat Shadhdhah (Qiraat empat belas) yang tidak diajar langsung. Dapatan temu bual juga mendapati bahawa guru Ilmu Qiraat menguasai dengan baik pembacaan Qiraat secara jama’ berbanding pembacaan Qiraat secara ifrad. T1 menjelaskan bahawa pembacaan Qiraat secara ifrad adalah lebih mudah kerana pembacaan Qiraat ini mengikut pengkhususan Imam-imam Qiraat dan turutan Imam-imam Qiraat. T2 dan T3 menyokong pendapat ini dengan memberi pandangan bahawa dengan pembacaan Qiraat secara ifrad memudahkan pemahaman pelajar dan tidak membebankannya untuk menguasai Ilmu Qiraat. Berbeza dengan bacaan Qiraat secara jama’ yang perlu menggabungkan bacaan semua Imam-imam Qiraat dengan hukum-hukum berkaitan. Oleh itu, guru Ilmu Qiraat lebih selesa mengajar bacaan Qiraat secara ifrad walaupun instititusi pengajian tempat mereka mengajar memberi kebebasan mengajar samada bacaan Qiraat secara ifrad ataupun secara jama’. T4 pula menyatakan bahawa pengamalan guru Ilmu Qiraat itu sendiri memainkan peranan penting dalam menguasai bacaan Qiraat secara ifrad ataupun secara jama’. Walaupun begitu, T5 berpandangan penguasaan bacaan Qiraat secara ifrad ataupun jama’ juga berkait dengan kurikulum pengajian di sesebuah institusi pengajian tempat guru itu mengajar. Guru Ilmu Qiraat akan mengajar secara ifrad sekiranya diarahkan berbuat demikian. Oleh itu, agak sukar guru itu hendak mengamalkan bacaan Qiraat secara jama’ berdasarkan ia tidak berada di dalam kurikulum pengajian di tempat mereka mengajar. Secara keseluruhannya pengetahuan guru Ilmu Qiraat terhadap Ilmu Qiraat berada pada tahap yang baik bersesuaian dengan latar belakang pendidikan dalam bidang Ilmu Qiraat. Ia merangkumi pengetahuan, kefahaman dan isi kandungan Ilmu Qiraat serta kurikulum Ilmu Qiraat. Walaupun begitu,Pengetahuan Kandungan Ilmu Qiraat banyak bersandarkan kepada Kurikulum Ilmu Qiraat di tempat mereka mengajar. Apabila pengetahuan Ilmu Qiraat berada di dalam kurikulum tempat mereka mengajar, maka ia akan menjadi amalan guru Ilmu Qiraat untuk mengajarnya. Jika pengetahuan Ilmu Qiraat tidak berada di dalam kurikulum tempat mereka mengajar, maka pengetahuan Ilmu Qiraat yang dipelajari akan luntur sedikit demi sedikit jika tidak diamalkan.

Page 8: pengetahuan kandungan ilmu qiraat dalam kalangan guru qiraat di ...

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 288

8. Kesimpulan dan Cadangan

Pengetahuan Kandungan guru Ilmu Qiraat di Malaysia yang berkaitan pengetahuan, kefahaman dan Kurikulum Ilmu Qiraat berada pada tahap yang baik. Melalui kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa guru ilmu Qiraat menguasai pengetahuan dan kefahaman Ilmu Qiraat. Guru Ilmu Qiraat memahami dan menguasai pengetahuan Ilmu Qiraat berdasarkan pandangan al-Qardawi (2000) yang menyatakan bahawa Pengetahuan Kandungan guru Ilmu Qiraat mestilah mantap, tepat dan dapat memberi manfaat kepada pelajar. Kenyataan ini disokong Shulman (1986) bahawa jika seseorang guru tidak mahir tentang pengetahuan kandungan sesuatu mata pelajaran secara mendalam atau mempunyai maklumat yang tidak tepat tentang kandungan mata pelajaran tersebut berkemungkinan mereka akan menyalurkan maklumat dan pengetahuan yang tidak tepat kepada para pelajarnya.

Pandangan yang sama dikongsikan oleh Ball & McDiarmid (1991) dan Muhammad Qutb (2004) yang menyatakan bahawa memahami apa yang hendak diajar merupakan satu keperluan yang sangat penting bagi guru untuk menyampaikan pengajaran bagi membantu pelajarnya memahami tentang isi pengajaran. Namun yang paling penting adalah penguasaan ilmu berdasarkan bidang kepakaran masing-masing (Tajul Ariffin & Nor Aini (2002).

Begitu juga guru Ilmu Qiraat menguasai Kurikulum Ilmu Qiraat mengenai kandungan Ilmu Qiraat seperti bab-bab dan tajuk-tajuk mengikut kursus dan semester, perkaitan antara bab-bab dan tajuk-tajuk Ilmu Qiraat dalam Kurikulum pengajian, pemilihan bahan pengajaran yang sesuai, teori-teori yang berkaitan dengan bab-bab dan tajuk-tajuk yang diajar dan guru mengajar mengikut keperluan kurikulum pengajian Ilmu Qiraat. Bertepatan seperti yang digambarkan oleh Hargreaves (1994) yang menyatakan bahawa guru perlu membina, mendefinisi dan membuat tafsiran tentang kandungan kurikulum tersebut. Menurut Shulman (1986) bahawa seseorang guru perlu tahu tentang kandungan mata pelajaran lebih daripada tajuk-tajuk yang terkandung dalam kurikulum pengajian. Menurutnya lagi bahawa guru bukan sahaja mampu menyampaikan maklumat tentang kandungan mata pelajaran malahan boleh menerangkan mengapa isi kandungan mata pelajaran tersebut perlu dikuasai serta kaitannya dengan kandungan mata pelajaran lain.

Guru Ilmu Qiraat kurang menguasai Qiraat ‘Asharah (Qiraat sepuluh) yang mendapat dan Qiraat Shadhdhah (Qiraat empat belas) berbeza dengan penguasaan guru Ilmu Qiraat terhadap Qiraat Sab‘ah (Qiraat tujuh). Guru Ilmu Qiraat perlu menguasai semua cabang Ilmu Qiraat seperti dinyatakan Mohd Hilmi Rozali (2010) bahawa guru Ilmu Qiraat perlu menguasai semua pengetahuan Ilmu Qiraat secara umum dan khusus. Namun Sha‘ban (2004) menyatakan bahawa ada keringanan pada penguasaan Qiraat Shadhdhah (Qiraat empat belas) kerana ia hanya boleh dipelajari tetapi tidak boleh mengamalkannya dan tidak dianggap sebagai al-Quran. Oleh itu, penguasaan guru Ilmu Qiraat terbatas pada Qiraat Sab‘ah (Qiraat tujuh) kerana semua institusi pengajian yang menawarkan subjek Ilmu Qiraat di Malaysia memasukkan Qiraat Sab‘ah (Qiraat tujuh) di dalam kurikulum pengajian mereka. Kenyataan ini disokong melalui data temu bual yang merumuskan bahawa Qiraat‘ Asharah (Qiraat sepuluh) dan Qiraat Shadhdhah (Qiraat empat belas) tidak menjadi sebahagian daripada kurikulum pengajian Ilmu Qiraat di Malaysia.

Begitu juga kurang penguasaan guru Ilmu Qiraat terhadap bacaan Qiraat secara jama’ berbanding bacaan Qiraat secara ifrad. Menurut al-Banna (1987) bahawa guru Ilmu Qiraat mesti menguasai dua cara bacaan iaitu bacaan secara ifrad dan jama’. Menurutnya lagi bahawa bacaan secara ifrad diamalkan oleh ulama’-ulama’ yang terdahulu iaitu dengan mengikut pengkhususan Imam-imam Qiraat dan turutan Imam-imam Qiraat. Cara bacaan ini mudah dipelajari dan difahami oleh pelajar di samping mudah untuk guru mengajarkannya. Kenyataan ini disokong oleh data temu bual yang

Page 9: pengetahuan kandungan ilmu qiraat dalam kalangan guru qiraat di ...

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 289

merumuskan bahawa kebanyakan guru Ilmu Qiraat menggunakan bacaan secara ifrad disebabkan ianya lebih mudah untuk pelajar mempelajari dan memahami Ilmu Qiraat. Walau pun begitu, penguasaan guru Ilmu Qiraat terhadap bacaan Qiraat secara ifrad ataupun jama’ berkait rapat dengan kurikulum pengajian di sesebuah institusi pengajian tempat guru itu mengajar. Guru tersebut akan mengajar samada secara ifrad atau jama’ sekiranya diarahkan berbuat demikian. Namun agak sukar guru itu hendak mengamalkan bacaan Qiraat secara jama’ sedangkan ia tidak berada di dalam kurikulum pengajian di tempat mereka mengajar.

Page 10: pengetahuan kandungan ilmu qiraat dalam kalangan guru qiraat di ...

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 290

Rujukan Al-Quran al-Karim Ab. Halim Tamuri (2006). Modul Pengajaran dan pembelajaran Tahfiz al-Quran; Pendekatan

masakini. Kertas kerja Konvensyen Pensyarah Tahfiz Peringkat Kebangsaan. Darul Quran JAKIM.

Abiy Shamah al-Dimashqiy (1981). Ibraz al-ma‘aniy min hirz al-amaniy. Kaherah. Makatabah

wa Matba‘ah Mustafa al-Babiy al-Halabiy. Ahmad Mohd Salleh (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF : Metodologi dan Pedagogi

Pendidikan. Shah Alam. Oxford Fajar. Ahmad Yunus Kasim (2011). Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah

guru cemerlang Pendidikan Islam : Satu kajian kes. Tesis PHD Pendidikan. Universiti kebangsaan Malaysia (UKM).

Atan Long (1980). Pedagogi kaedah am mengajar. Kuala Lumpur. Fajar Bakti. Ball, D. L., & McDiarmid, G. W. (1991). The Subject-Matter Preparation Of Teachers.

Curriculum of Teacher Education, 437- 449. Al-Banna, Shihab al-Din Ahmad Muhammad (1987). Ithaf al-fudala’ al-bashar. Kaherah.

Maktabah Dar ‘Ilmiyyah. Cramer, D. (1998). Fundamental statistic for social research : Step by step calculations and

computer techniquwsbusing SPSS for windows. New York. Routledge. Al-Dabba’, Muhammad ‘Ali (2002). Al-Ida’ah fi bayan usul al-Qiraat. Tanta. Dar al-Sahabah li al-

Turath. Grossman, P. L. (1990). The making of a teacher: Teacher knowledge and teacher education.

New York: Teachers College Press. Al-Habsh, Muhammad (1999). Al-Qiraat al-mutawatirah : wa atharuha fi al-rasm al-Quraniy wa

al-ahkam al-shar‘iyyah. Beirut. Dar al-Fikr. Hargreaves, A. (1994). Changing Teachers, Changing Times. London: Cassell. Ibn al Jazariyy, Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin ‘Ali bin Yusuf (1977). Munjid

al-muqri’in. Kaherah. Makatabah al-Jumhuriyyah. Ibn Mujahid, Abu Bakr (1988). Kitab al-sab‘ah fi al-Qiraat. Syawqiy Dayf (tahqiq.), cet.3.

Kaherah: Dar al-Ma‘arif. Al-Ma‘sarawiy, Ahmad ‘Isa (2009). Al-Kamil al-mufassal fi al-Qiraat al-arba‘ah ‘ashr. Kaherah.

Dar al-Imam al-Shatibiyy li al-Tiba‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘ . Mohd Majid Konting (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala lumpur. Dewan Bahasa

Page 11: pengetahuan kandungan ilmu qiraat dalam kalangan guru qiraat di ...

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 291

dan Pustaka (DBP). Mohd Hilmi Rozali (2010). Amalan pedagogi guru Qiraat. Disertasi Sarjana Pendidikan.

Universiti Kebangsan Malaysia (UKM). Muhaysin, Muhammad Muhammad Salim (1982). Al-Irshadat al-jaliyyah fi al-Qiraat al-sab‘ min

tariq al-Shatibiyyah. Kaherah. Al-Idarah al-‘Ammah lil Ma‘ahid al-Azhariyyah. Muhaysin, Muhammad Muhammad Salim (1992). Muhadhdhab fi al-Qiraat al-‘ashr wa

tawjihiha min tariq toyyibah al-nashr. Kaherah. Al-Idarah al-‘Ammah lil Ma‘ahid al-Azhariyyah.

Muhammad Qutb (2004). Manhaj al-tarbiyyah al-islamiyyah. Kaherah. Dar al-Shuruq. Noor Shah Saad (2006). Pengetahuan pedagogi kandungan dan amalannya di kalangan guru

matematik Sekolah Menengah. Tesis PHD Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Al-Nuhhas, ‘Ali Muhammad Tawfiq (2004). Muqaddimah fi ‘ulum al-Qiraat. Tanta. Dar al-

Sahabah li al-Turath. Al-Qadiy, ‘Abd al-Fattah (1989). Al-Budur al-zahirah fi al-Qiraat al-‘ashr al-mutawatirah.

Kaherah. Al-Idarah al-‘Ammah lil Ma‘ahid al-Azhariyyah. Al-Qardawiy, Yusuf (1986). Thaqafah al-da‘iyyah. Kaherah. Maktabah Wahbah. Al-Qardawiy, Yusuf (2000). Al-Tarbiyyah ‘ind al-Imam al-Shatibiyy. Beirut. Mu’assasah al-

Risalah lit Taba‘ah al-Nashr wa al-Tawzi. Schwab, J. J. (1964). The structure of disciplines: Meanings and significance. Dalam P. L.

Grossman. The making of a teacher: Teacher knowledge and teacher education. New York: Teachers College Press.

Sha’ban, Muhammad Isma‘il (2004). Al-Qiraat : Ahkamuha wa masdaruha. Kaherah. Cet 3. Dar al-Salam lit-Tiba‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘ wa al-Tarjamah.

Shulman, L. S. (1986a). Those who understand: knowledge growth in teaching. Educational

Research, 15 (2), 4-14. Shulman, L. S. (1986b). Paradigms and research programs in the study of teaching: A

contemporary perspective. Dalam M.C. Wittrock (Ed.), Handbook of research on teaching (3 rd ed., m.s. 3-36). New York: Macmillan.

Shulman L.S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations Of The New Reform. Harvard

Educational Review. Shulman, L.S. & Grossman, P. L. (1987). Final report to the Spencer Foundation (Technical

Report of the Knowledge Growth in a Profession Research Project). Stanford, CA: School of Education, Stanford University.

Page 12: pengetahuan kandungan ilmu qiraat dalam kalangan guru qiraat di ...

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 292

Al-Suyutiy, Jalaluddin ‘Abd al-Rahman (1996). Al-Itqan fi ‘ulum al-Quran. Damshiq, Beirut. Dar Ibn al-Kathir Lit Tiba‘ah wa Nashr wa-Tawzi‘.

Tajul Ariffin Nordin & Nor Aini Dan (2002) Pendidikan dan Pembangunan Manusia :

Pendekatan Bersepadu. Bangi . Al-Shabab Media. Umm Walid, Amaniy Muhammad ‘Asyur (2007). Al-Usul al-nayyirat fi al-Qiraat. Riyadh. Madar

al-Watan li al-Nashr. Al-Zarkashiyy, Badr al-Din Muhammad Abdullah (2006). Al-Burhan fi ‘ulum al- Quran. Kaherah.

Dar al-Hadith.