PENGGUNAAN AYAT QURAN, WARNA DAN RUMUS · PDF filemendapati sebanyak 927 kesalahan berkaitan...
Transcript of PENGGUNAAN AYAT QURAN, WARNA DAN RUMUS · PDF filemendapati sebanyak 927 kesalahan berkaitan...
1
PENGGUNAAN AYAT QURAN, WARNA DAN RUMUS DALAM
PENGAJARAN AL-CADAD WA AL-MA
CDUD
Hakim Zainall,
Mohd. Muslim Abdullah
2
[email protected] 1Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia 2SMK Teluk Sentang, Temerloh, Pahang
Abstrak : Antara tajuk tatabahasa yang agak sukar diajari dan dikuasai oleh para pelajar
ialah yang berkaitan dengan al-cadad dan al-ma
cdd. Beberapa kajian melaporkan kelemahan
penguasaan pelajar terhadap tajuk ini dan mencari alternatif pengajaran yang membantu
pelajar menguasainya dengan mudah. Justeru, kertas ini membincangkan satu kajian
penguasaan pelajar di dua sekolah menengah agama di Temerloh, Pahang terhadap tajuk
tersebut, serta mencadangkan kaedah yang boleh membantu tenaga pengajar dan pelajar
memahami tajuk itu. Kaedah soal selidik dan ujian bertulis digunakan terhadap 50 orang
pelajar dengan menggunakan kaedah persampelan rawak. Antara dapatan kajian ialah, kajian
mendapati sebanyak 927 kesalahan berkaitan al-cadad dan al-ma
cdd yang berlaku.
Kesalahan yang paling banyak adalah dalam aspek icrab
cadad dan ma
cdud, diikuti oleh
kesalahan dalam aspek padanan genus, seterusnya kesalahan yang berkaitan dengan
penulisan macdud, kesalahan dalam meletakkan kedudukan
cadad dan ma
cdud, kesalahan
padanan bilangan antara cadad dan ma
cdud dan kesalahan berkaitan penulisan
cadad. Kajian
juga mencadangkan agar pengajaran al-cadad dan al-ma
cdd menggunakan 3 pendekatan;
iaitu penggunaan ayat al-Quran, warna dan rumus. Ia dapat memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran tajuk tersebut.
PENDAHULUAN
Al-cadad dan al-ma
cdd adalah satu daripada tajuk tatabahasa Arab yang agak berat dan sukar
bagi para pelajar. Kajian Mohamad (2010) membuktikan bahawa tahap penguasaan pelajar
masih lemah dan memerlukan langkah penyelesaian yang sesuai. Satu kajian telah dijalankan
bagi mengenalpasti aspek-aspek kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tingkatan lima di dua
buah sekolah agama dalam daerah Temerloh, iaitu SMA Al-Khairiah dan SMA Al-Wosto
Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, Unisza ISBN 978-967-5478-78-9
mailto:[email protected]
2
dalam penggunaan cadad dan ma
cdd dalam bahasa Arab. Kajian ini melibatkan seramai 50
orang responden iaitu 25 orang pelajar tingkatan lima dari SMA Al-Khairiah dan 25 orang
pelajar tingkatan lima dari SMA Al-Wosto. Kaedah persampelan rawak digunakan untuk
mendapakan sampel bagi kajian ini. Dua bentuk instrumen digunakan untuk mendapatkan
data-data yang tepat untuk dianalisis. Instrumen-instrumen tersebut adalah:
i. Ujian bertulis
Ujian bertulis ini adalah berbentuk ujian objektif dan struktur. Ujian ini melibatkan
proses menanda, mengisi tempat-tempat kosong dan membetulkan kesalahan. Ia
terdiri daripada 22 soalan yang mencakupi setiap jenis permasalahan yang dikaji.
Daripada jumlah soalan tersebut, soalan 1 hingga 6 mengehendaki pelajar memilih
cadad dan ma
cdd yang betul daripada empat pilihan jawapan, soalan 7 hingga 10
pula mengehendaki pelajar menulis cadad dan ma
cdd daripada nombor yang ditulis
dalam kurungan, manakala soalan 11 hingga 15 membetulkan kesalahan dalam
penggunaan cadad dan ma
cdd, sementara soalan 16 hingga 22 melibatkan pemilihan
macdd yang betul daripada empat pilihan jawapan.
ii. Soal selidik
Kesilapankesilapan pelajar adalah sukar untuk dianalisis jika sekiranya latar
belakang pelajar ini tidak diketahui. Untuk mendapatkan latar belakang serta
pengetahuan bahasa Arab yang mereka miliki, kaedah soal selidik ini digunakan.
Maklumat- maklumat penting yang diambil dari soal selidik ialah latar belakang
keluarga, latar belakang pendidikan serta tahap penguasaan bahasa Arab mereka.
Maklumat dari soal selidik akan digunakan bagi menyokong data-data yang diperolehi
dari ujian bertulis.
ASPEK-ASPEK DAN PUNCA KESILAPAN DALAM AL-CADAD DAN AL-MA
CDUD
Setelah dijalankan soalselidik dan ujian, kajian menjumlahkan setiap jenis kesalahan daripada
setiap bahagian cadad, bermula daripada
cadad 1 sehingga
cadad 100, bagi melihat
kekerapan setiap jenis kesalahan yang dilakukan oleh responden, seterusnya kajian akan cuba
membincangkan setiap jenis kesalahan tersebut dengan mengambil kira dapatan daripada soal
selidik yang berkaitan, dan cuba melihat kepada punca berlakunya kesalahan tersebut serta
mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian terhadap kesilapan tersebut.
3
ASPEK DAN PUNCA KESILAPAN DALAM PENULISAN CADAD DAN MA
CDUD
Setelah dijumlahkan keseluruhan kesalahan yang dicatatkan bermula daripada penulisan cadad 1 hingga
cadad 100, kajian mendapati sebanyak 927 kesalahan yang berlaku.
Kesalahan yang paling banyak adalah dalam aspek icrab
cadad dan ma
cdud, diikuti oleh
kesalahan dalam aspek padanan genus, seterusnya kesalahan yang berkaitan dengan
penulisan macdud, kesalahan dalam meletakkan kedudukan
cadad dan ma
cdud, kesalahan
padanan bilangan antara cadad dan ma
cdud dan kesalahan berkaitan penulisan
cadad. Berikut
adalah jadual tentang rumusan kesalahan yang berlaku:
Jadual 1 Aspek-aspek kesalahan dalam penulisan cadad dan kekerapannya
Bil Jenis Kesalahan Kekerapan
( f )
Peratus
(%)
1
2
3
4
5
6
Kesalahan icrab
cadad dan ma
cdud
Kesalahan padanan genus cadad dan ma
cdud
Kesalahan berkaitan penulisan macdud
Kesalahan kedudukan cadad dan ma
cdud
Kesalahan padanan bilangan cadad dan ma
cdud
Kesalahan berkaitan penulisan cadad
JUMLAH
317
275
149
105
47
34
927
34.20
29.67
16.07
11.33
5.07
3.67
100
Berikut adalah penjelasan kepada setiap kesalahan yang dilakukan oleh respondan:
a. Kesalahan icrab cadad dan macdud
Kesalahan dalam aspek ini merupakan kesalahan yang mencatat peratusan terbesar apabila ia
mewakili 34.20% daripada jumlah 927 kesalahan yang dilakukan oleh responden. Kesalahan
ini melibatkan perletakan tanda baris bagi lafaz cadad atau ma
cdud. Contoh kesalahan yang
berlaku ialah apabila responden meletakkan tanda baris yang salah berdasarkan kedudukan cadad atau ma
cdud. Sebagai contoh :
Responden menulis : . :yang sepatutnya ditulis ,
Dalam soal selidik yang dijalankan oleh kajian, hanya 11 responden iaitu 22% daripada
keseluruhan 50 responden yang bersetuju bahawa mereka tidak mempunyai masalah dalam
aspek icrab dalam penulisan
cadad dan ma
cdud. Sementara 13 responden atau 25% bersetuju
bahawa mereka mempunyai masalah dalam penggunaan cadad dan ma
cdud disebabkan faktor
icrab. Sementara baki responden iaitu seramai 26 pelajar (52%) menyatakan tidak pasti.
Kajian berpendapat bahawa kelemahan dalam menguasai aspek icrab dalam bahasa Arab
bukan hanya berlaku dalam tajuk cadad dan ma
cdud sahaja bahkan dalam keseluruhan aspek
tatabahasa Arab itu sendiri. Pelajar kurang menguasai aspek tatabahasa Arab sehinggakan
kepada tajuk-tajuk asas seperti facil, maf
cul, mubtada, khabar dan sebagainya. Inilah yang
menyebabkan seringkali berlaku kesalahan dalam aspek ini.
4
b. Kesalahan padanan genus cadad dan macdud
Kesalahan dalam aspek padanan genus bagi cadad dan ma
cdud mencatatkan peratusan
kedua terbesar iaitu sebanyak 29.67% iaitu sebanyak 275 kesalahan. Padanan genus
bermaksud aspek al-tazkir dan al-tanith yang betul bagi cadad dan ma
cdud. Kesalahan
berlaku apabila responden menulis genus yang salah bagi cadad atau ma
cdud atau kedua-
duanya sekali, sebagaimana contoh berikut:
Responden menulis yang sepatutnya ditulis
. Kesalahan yang dilakukan oleh responden ialah beliau meletakkan
genus maskulin (al-tazkir) bagi lafaz cadad iaitu yang sepatutnya berada dalam genus
feminin iaitu .
Dalam soal selidik yang dijalankan oleh kajian, 11 responden (18%) bersetuju bahawa
mereka sukar menulis cadad dan ma
cdud kerana mereka tidak menguasai konsep genus,
manakala 16 responden (32%) pula tidak bersetuju bahawa faktor genus menyebabkan
mereka sukar menulis cadad dan ma
cdud dengan betul. Sementara baki responden iaitu
seramai 23 orang (46%) menjawab tidak pasti.
Kajian berpendapat bahawa penguasaan dalam aspek genus adalah antara asas tatabahasa
Arab. Jika seseorang pelajar tidak menguasai aspek ini maka mereka sebenarnya tidak
memahami peraturan tatabahasa Arab keseluruhannya. Dalam konteks cadad dan ma
cdud, ia
menjadi lebih rumit kerana kedudukan genus seringkali berubah. Adakalanya genus cadad
bersamaan dengan genus macdud dan adakalanya bertentangan. Perubahan ini seiring
dengan perubahan jenis-jenis dan bahagian cadad. Seseorang pelajar perlu mengetahui
peraturan genus cadad dan ma
cdud ini dengan baik supaya dapat mengaplikasikann