Penggunaan Bahasa Inggeris

download Penggunaan Bahasa Inggeris

of 10

Transcript of Penggunaan Bahasa Inggeris

  • 8/2/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris

    1/10

  • 8/2/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris

    2/10

    2

    1. PENGENALANBahasa Inggeris sememangnya penting bagi merealisasikan hasrat kerajaan untukmemajukan negara bagi mencapai Wawasan 2020 supaya setanding dengan negara lain.Penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris hendaklah dititikberatkan kerana bahasaInggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan secara meluas. PenggunaanBahasa Inggeris di Malaysia diajar secara formal dan dimasukkan sebagai silibus padaseawal pendidikan pra-sekolah (Siti Hamim Stapa, Nadzrah Abu Bakar dan RozmelAbdul Latiff , 2007). Mata pelajaran Bahasa Inggeris wajib diambil oleh semua pelajardari darjah satu hingga tingkatan lima. Malah, penggunaan bahasa Inggeris jugadiperhebatkan di universiti-universiti tempatan dalam proses pembelajaran.

    Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa yang paling utama atau bahasa nombor satudunia. Ia dilihat sebagai bahasa yang membolehkan penduduk dunia berinteraksi secaramudah dan berkesan di era perkembangan pesat dan teknologi moden sepertipengenalan televisyen satelit, telefon selular dan rangkaian komputer malahan hampir99 peratus maklumat dalam internet adalah dalam bahasa Inggeris (Ahmad Zahri Jamil,

    2002).

    Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi juga telahmenguatkuasakan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains, Matematik dan Teknikaldalam Bahasa Inggeris (PPSMTI) sejak tahun 2008. Bagaimanapun, sehingga tahun2011 pelaksanaan PPSMTI terutamanya dari aspek pengajaran di kebanyakan Politeknikseluruh Malaysia adalah kurang memberangsangkan.

    1.1 Pernyataan Masalah

    Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kekangan yang dihadapi oleh para pensyarahPoliteknik dalam melaksanakan PPSMTI dari aspek pengajaran dalam kelas.

    Berdasarkan pemerhatian, antara kekangan yang dihadapi adalah sikap pensyarahsendiri yang tidak mahu menggunakan Bahasa Inggeris (BI) dengan sepenuhnya semasa

    proses pengajaran. Kurangnya ilmu pengetahuan pensyarah juga mempengaruhikeyakinan mereka untuk menggunakan Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, kemahirandi kalangan pensyarah juga menjadi halangan kepada mereka untuk menggunakanBahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dalam kelas.

    1.2 Objektif Kajian

    Objektif kajian secara amnya adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang menyebabkanmasalah penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pensyarah dalam proses pengajaran.Maka objektif secara khusus iaitu:

    a. Menentukan sama ada faktor sikap mempengaruhi penggunaan bahasa Inggerisdalam proses pengajaran di kalangan pensyarah.

    b. Menentukan tahap faktor ilmu pengetahuan yang mempengaruhi penggunaanbahasa Inggeris dalam proses pengajaran di kalangan pensyarah.

    c. Menentu tahap faktor kemahiran yang mempengaruhi penggunaan bahasa Inggerisdalam proses pengajaran di kalangan pensyarah.

    2. ULASAN LITERATURPendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkanlagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yangharmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi berdasarkan

  • 8/2/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris

    3/10

    3

    kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyatMalaysia yang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawabdan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Kementerian PelajaranMalaysia). Dalam merealisasikan halatuju pendidikan negara, politeknik telahmenggunakan Bahasa Inggeris dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

    Dalam Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007yang bertema Ke Arah Peningkatan Kualiti Modal Insan menjelaskan penggunaanBahasa Inggeris bukan hanya untuk memenuhi keperluan dan pendidikan asas semata-mata, namun yang lebih penting ia dapat membantu di dalam keperluan pekerjaan dansosial individu di masa akan datang. Justeru itu, persediaan awal di peringkatpersekolahan dan IPT wajar sekali bagi membantu mempertingkatkan prestasimahasiswa akan datang, di samping bekalan ilmu yang disediakan. Justeru itu, usahanegara untuk melahirkan dan mewujudkan masyarakat Malaysia abad ke-21 yang majuberdaya saing dan globalisasi, mampu tercapai.

    Penggunaan Bahasa Inggeris adalah satu cabaran dalam sistem pendidikan kerana iamerupakan bahasa asing dalam sistem pendidikan Malaysia. Menurut Kern (2000),kebanyakan program bahasa asing bertujuan untuk memperkembangkan kompetensipelajar dalam bidang ini. Dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan, graduasiperlu melengkapkan diri dari segala aspek untuk menerajui pentadbiran negara kita.Graduasi yang cemerlang dilahirkan oleh pusat pengajian yang terdiri dari pensyarahyang serba boleh.

    Menurut Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Fadhlina Mohd Azizuddin (2010),penggunaan bahasa Inggeris di dalam bidang sains dan teknologi, perubatanperdagangan dan lain-lain memang jelas, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi danpengetahuan-ekonomi. Dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, bahasa

    Inggeris banyak digunakan seolah-olah ia menjadi satu hakikat bahawa untukmemperolehi ilmu dan maklumat mesti menerusi bahasa Inggeris. Ini menjadikan

    bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi yang sangat penting.

    Penyelidikan ini akan mengkaji halangan yang dihadapi oleh pensyarah untukmenjadikan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan pengajaran. Toh Wah Seng (2005)berpendapat kualiti guru merujuk kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap guru.

    Sikap ialah faktor yang sukar dikawal. Ilmu dan kemahiran dapat diubah melaluiprogram-program perkembangan profesionalisme. Mereka perlu menghadiri pelbagaikursus dalam melengkapkan diri dengan seribu satu kebolehan untuk diwarisi olehpelajar-pelajar institusi pengajian tinggi.

    Kualiti guru merujuk kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Sikap ialahfaktor yang sukar dikawal. Ilmu dan kemahiran dapat diubah melalui program-program

    perkembangan profesionalisme. Konsep perkembangan profesionalisme harus dilihatsebagai satu proses pembelajaran yang dinamik dan yang menjurus kepada tahappemahaman dan kesedaran yang baru tentang konteks di mana guru berkerja supayamembolehkan guru meneliti rutin kerja, amalan, danmatlamat serta mengambil tindakanuntuk mengubahnya supaya menambah baik keadaan.

    Toh Wah Seng (2005) mentakrifkan faktor fizikal seperti kualiti infrastruktur dankemudahan adalah faktor yang kurang dapat dikawal oleh sekolah. Kualiti guru adalahfaktor utama yang menentukan pembelajaran dan secara deduksi, ia adalah faktor yangdapat mengubah kualiti sekolah. Ia juga satu faktor yang boleh diubah. Hannafin danFreeman (1995) menyatakan bahawa pandangan guru terhadap proses pengkayaan ilmu

  • 8/2/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris

    4/10

    4

    akan mempengaruhi pendapat mereka terhadap penggunaan Pembelajaran BahasaBerbantukan Komputer (PBBK) dalam kelas mereka.

    Konsep ini memperlihatkan perkembangan profesionalisme sebagai satu proses danbukan produk dan memegang kepada andaian bahawa guru boleh menjana ilmu sendiri,meneliti dan memahami amalan kendiri dengan tujuan menambah baik amalan. Guruyang juga merujuk kepada pensyarah menjadi seorang pengamal yang reflektif. TohWah Seng (2005) membahagikan refleksi kepada tiga kategori iaitu Jenis refleksipertama adalah refleksi teknikal yang melibatkan penelitian tentang keberkesanansesuatu amalan atau tindakan dalam mencapai objektifnya.

    Guru-guru pelatih dan guru permulaan biasanya membuat refleksi pada peringkat inikerana mereka masih baru dalam profesion keguruan dan kerisauan dan keprihatinanmereka masih tertumpu kepada efikasi diri. Oleh demikian, refleksi mereka tertumpukepada perkara-perkara teknikal dalam bilik darjah seperti pengurusan bilik darjah danteknik-teknik mengajar. Refleksi dan tindakan susulan mereka memberi fokus kepadapenambahbaikkan kemahiran diri dalam pengurusan kelas dan pedagogi dan kesannya

    terhadap pembelajaran murid.

    Jenis kedua ialah refleksi praktikal, dan ia meneliti bukan sahaja keberkesanan amalanatau tindakan tetapi juga objektif dan kandungannya. Andaian-andaian tentang sesuatuobjektif atau hasil pembelajaran yang sebenar diteliti dan dipersoalkan dari segikesesuaian dan kerelevanannya dengan konteks dan persekitaran pelajar dan komuniti.Umpamanya, objektif dan kandungan pelajaran yang direka mungkin sesuai untuk

    pelajar bandar tetapi kurang sesuai dengan konteks pelajar di sekolah desa. Maka,refleksi di peringkat praktikal memberi fokus bukan sahaja kepada hasil tindakan gurutetapi juga mengambil kira realiti konteks dan persekitaran pelajar dan sekolah.

    Refleksi jenis ketiga ialah refleksi kritikal. Ia merangkumi peringkat pertama dan kedua

    dan juga mempertimbangkan isu-isu etikal, moral, dan keadilan tentang amalan atautindakan, objektif dan hasilan atau kesannya. Contohnya, di peringkat ini, guru bukan

    sahaja mempersoalkan kesan dan implikasi tindakan dari segi kesesuaian dankerelevanannya tetapi juga meneliti kesan dan implikasi tindakan dari segi isu-isumoral, etikal dan keadilan. Umpamanya, guru meneliti sejauh manakah amalan beliaumemastikan ekuiti dan keadilan terjamin. Adakah amalan guru memberi manfaat kepadasemua murid dan bukan hanya kepada kumpulan murid yang tertentu sahaja?. Sejauh

    manakah amalan guru bukan sahaja dapat mencapai matlamat prestasi baik dalampeperiksaan tetapi juga mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari segimenghasilkan insan yang harmonis, menyeluruh dan berketerampilan?

    Ada pendapat yang menyatakan faktor penyumbang kepada kurangnya kefasihan

    bertutur dalam bahasa ini adalah kerana kurang pendedahan dan amalan bertutur dalambahasa Inggeris. Kenyataan ini disokong oleh Awang Sariyan (2002) yang menyatakan

    bahawa tidak semua guru sains boleh berbahasa Inggeris dengan baik yang tentunyaakan menyukarkan mereka mengajar menggunakan bahasa tersebut. Dapatan ini jelasmenunjukkan guru pelatih tidak menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturanseharian.

    Sekiranya ia tidak menjadi pertuturan seharian, pengajaran akan terbantut dan tidakefektif kerana guru tidak dapat mempelbagaikan kosa kata dan pengajaran bagimemudahkan pelajar untuk memahami subjek yang diajar. Ia bukan sahaja memberikesan negatif kepada mutu pendidikan negara malahan pelajar tidak akan menguasaisubjek yang dipelajari dengan jayanya.

  • 8/2/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris

    5/10

    5

    Menurut Bong Pong Ying dan Ragbir Kaur (1998), proses pembelajaran seseorangindividu dipengaruhi oleh pelbagai faktor, jika seseorang individu itu adalah positif,proses pengajaran akan menjadi lebih efektif. Sikap yang positif akan menghasilkankeputusan yang lebih dari yang diharapkan. Berdasarkan pendapat dan kajian yang telahdilakukan, terdapat beberapa faktor yang menjadi cabaran bagi pensyarah untukmelaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran dalam Bahasa Inggeris.

    3. METODOLOGI3.1 Populasi Kajian dan Sampel Kajian

    Populasi kajian ini terdiri daripada pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat danKomunikasi (JTMK) dan Jabatan Matemtik, Sains dan Komputer (JMSK) di PoliteknikBalik Pulau serta pensyarah JTMK, JMSK, Jabatan Perdagangan (JP), JabatanKejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) di PoliteknikSeberang Perai dengan seramai 162 orang responden.

    3.2 Kaedah Soal Selidik

    Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat danbetul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajianyang hendak dijalankan. Borang soal selidik direka dan diedarkan secara rawak mudahkepada pensyarah Politeknik. Kaedah soal selidik dipilih kerana ia merupakan satu setpenyataan atau kenyataan yang diberikan kepada responden sama ada secara langsung

    (self administered). Antara aspek yang disoal kepada responden adalah dari segi sikap,ilmu pengetahuan dan kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris dalam proses pengajarandi Politeknik.

    3.3 Kaedah Analisis data

    Data yang diperolehi menggunakan boring soal selidik akan dianalisis menggunakan

    Statistical Package for the Social Science (SPSS) 11.5. Data dianalisis menggunakankaedah statistik deskriptif menggunakan peratusan, skor min dan sisihan piawai.Menurut Mohd Najib (1999), analisis skor berasaskan minimum satu item ialah 1 danmarkah maksimun ialah 5. Setelah diubahsuai dan diadaptasi daripada Wiersma (1995),jadual tafsiran min yang digunakan oleh pengkaji adalah seperti jadual 1 di bawah:

    Jadual 1. Interpretasi Tahap Julat Min

    Kod Kumpulan Julat Tahap

    1 1.00-2.40 Rendah

    2 2.41-3.80 Sederhana

    3 3.81-5.00 Tinggi

    4. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

    Data yang telah dianalisis dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

    a. Latar belakang respondenb. Sikap responden terhadap penggunaan Bahasa Inggerisc. Ilmu pengetahuan responden

  • 8/2/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris

    6/10

    6

    Hasil kajian latar belakang responden adalah:

    Jadual 2. Latar Belakang Responden

    Latar Belakang Peratus (%)

    JantinaLelakiPerempuan

    67.732.3

    Umur 20-25 Tahun

    26-29 Tahun30-35 Tahun36-40 Tahun41-45 Tahun46-50 Tahun

    7.5

    24.151.111.33.03.0

    Jawatan (Gred) PPPT DH 48-54PPPT DH 41-44PPPT DH 29-34

    0.891.08.2

    Kelayakan akademik tertinggi Doktor Falsafah

    SarjanaSarjana Muda

    Diploma

    0

    63.929.3

    6.8

    Peringkat kursus diajar SijilDiplomaDiploma LanjutanSijil & DiplomaDiploma &Diploma Lanjutan

    2.390.2

    06.80.7

    Pengalaman Mengajar 1-3 Tahun4-6 Tahun

    7-10 Tahun

    11-15 Tahun16-30 Tahun

    26.330.1

    27.1

    13.53

    Jabatan JTMKJMSKJPJKMJKE

    25.616.512.027.818.0

    Bahasa Pengantara di Sekolah Menengah Bahasa Melayu

    Bahasa InggerisDwibahasaLain-Lain

    78.2

    0.819.51.5

    Sumber: Hasil Kajian (2011)

  • 8/2/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris

    7/10

    7

    Menurut Grimme (2008), sikap seseorang terdapat tiga bahagian iaitu Neutral, Negatifdan Positif. Maka kajian yang dilaksanakan mendapati sikap pensyarah terhadappenggunaan Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran adalah seperti di Rajah 1.

    Rajah 1. Sikap Pensyarah Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris

    Sebanyak 40.3% pensyarah politeknik bersikap Neutral dalam penggunaan BahasaInggeris bagi proses pengajaran, 23.6% pensyarah bersikap Negatif untuk menggunakanBahasa Inggeris dan 36.1% pensyarah bersikap Positif untuk menggunakan BahasaIngggeris dalam proses pengajaran mereka.

    Manakala dapatan kajian menunjukkan skor min bagi item Selesa berbahasa Melayuketika proses pengajaran adalah yang paling Tinggi iaitu sebanyak 4.06, diikuti skormin bagi item Kadang-kadang menggunakan BI di dalam kelas iaitu sebanyak 3.95 danskor min bagi item Berani mengajar dalam BI apabila diberi galakan iaitu sebanyak3.81. Ini menunjukkan bahawa responden lebih berminat untuk menggunakan BahasaMelayu apabila mengajar dan kadang-kadang mengajar menggunakan BI serta berani

    untuk mengajar dalam BI sekiranya diberi galakan oleh Ketua Jabatan atau politeknik.

    Dapatan kajian dari segi ilmu pengetahuan pensyarah boleh dilihat pada Jadual 3.

    Jadual 3. Ilmu Pengetahuan Pensyarah

    Bil Item Skor Min Sisihan Piawai Tafsiran Min

    1 Mahir menulis dalam BI. 3.43 2.807 Sederhana

    2 Memahami perbualan BI. 3.92 0.53 Tinggi

    3 Menguasai tatabahasa BI 3.01 0.82 Sederhana

    4 Mampu menyebut ayat BIdengan betul.

    3.55 0.78Sederhana

    5 Mengetahui pembendaharaankata BI.

    3.38 3.65Sederhana

    6 Memahami buku teknikal yangditulis dalam BI dengan baik.

    3.67 0.79Sederhana

    7 Memahami maklumat yangdiberikan dalam BI.

    3.87 0.60Tinggi

    8 Cemerlang dalam pelajaran BIsemasa di peringkat sekolah.

    3.02 1.04Sederhana

    9 Cemerlang dalam kursus BIsemasa di peringkat pengajiantinggi.

    3.04 0.94Sederhana

    10 Pernah menghadiri kursus BI dipoliteknik.

    3.94 0.79Tinggi

    Skala: 1.00-2.40 = Rendah, 2.41-3.80 = Sederhana, 3.81-5.00= Tinggi

    Neutral = 40.3 %

    Positif = 36.1 %

    Negatif = 23.6 %

  • 8/2/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris

    8/10

    8

    Berdasarkan Jadual 3, didapati skor min item pensyarah memahami perbualan dalam BIadalah Tinggi iaitu 3.92 diikuti item memahami maklumat yang diberikan dalam BIsebanyak 3.87 dan item pernah menghadiri kursus BI di politeknik sebanyak 3.94. Inimenunjukkan bahawa responden pernah menghadiri kursus BI di politeknik danmemahami perbualan serta maklumat dalam BI tetapi dari segi penguasaan tatabahasa,sebutan, pembendaharaan BI responden adalah di tahap Sederhana.

    Jadual 4 : Kemahiran Pensyarah Dari Segi Komunikasi Lisan

    Bil Item Skor Min Sisihan Piawai Tafsiran Min

    1 Berkomunikasi dengan pelajardalam BI

    3.21 0.88 Sederhana

    2 Memperlahanakan suara apabilatidak yakin

    3.05 0.95 Sederhana

    3 Perlu menunjukkan gaya badanyang meyakinkan

    3.58 0.84 Sederhana

    4 Menggunakan alat bantumengajar (ABM)

    3.79 0.75 Sederhana

    5 Menarik perhatian pelajar dalamkelas dengan berkomunikasidalam BI.

    3.00 0.92 Sederhana

    Skala: 1.00-2.40 = Rendah, 2.41-3.80 = Sederhana, 3.81-5.00= Tinggi

    Jadual 4 di atas menunjukkan kemahiran pensyarah dari segi komunikasi lisan. Didapatibahawa skor min untuk item Menggunakan alat bantu mengajar (ABM) ialah 3.79 iaitu

    tahap sederhana. Diikuti item yang kedua tinggi dengan skor min 3.58 ialah caramenunjukkan gaya badan yang menyakinkan juga berada pada tahap sederhana.

    Manakala skor min bagi item Boleh berkomunikasi dengan pelajar dalam Bahasa

    Inggeris ialah 3.21. Ini menunjukkan bahawa pensyarah perlu menggunakan ABM danperlu menunjukkan gaya badan yang menyakinkan ketika mengajar dalam BI.

    Jadual 5 : Kemahiran Pensyarah Dari Segi Komunikasi Bukan Lisan

    Bil Item Skor Min Sisihan Piawai Tafsiran Min

    1 Menunjukkan reaksi mukagembira ketika berbahasa

    Inggeris

    3.22 0.88 Sederhana

    2 Berjalan-jalan di dalam kelasketika berkomunikasi dalam BI

    dengan pelajar

    3.54 2.70 Sederhana

    3 Suara diperlahankan supayakesalahan sebutan tidak disedaripelajar

    2.85 0.93 Sederhana

    4 Bertentang mata dengan pelajarsupaya pelajar yakin dengan

    penggunaan BI pensyarah

    3.52 0.77 Sederhana

    5 Hierarki pensyarah dan pelajarmeyakinkan untuk pensyarahuntuk mengajar dalam BI

    3.38 0.91 Sederhana

    Skala: 1.00-2.40 = Rendah, 2.41-3.80 = Sederhana, 3.81-5.00= Tinggi

  • 8/2/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris

    9/10

    9

    Jadual 5 di atas menunjukkan kemahiran pensyarah dari segi komunikasi bukan lisan.Didapati bahawa skor min untuk item Berjalan-jalan di dalam kelas ketikaberkomunikasi dalam BI dengan pelajar mempunyai skor min yang paling tinggi iaitu3.54. Di ikuti dengan item Bertentang mata dengan pelajar supaya pelajar yakin denganpenggunaan BI pensyarahberada pada tahap sederhana iaitu dengan skor min 3.52.Manakala skor min hierarki pensyarah dan pelajar yang menyakinkan pensyarah untukmengajar dalam BI ialah 3.38. Ini menunjukkan bahawa pensyarah berjalan-jalan didalam kelas ketika berkomunikasi dalam BI dengan pelajar dan bertentangan matadengan pelajar agar mereka yakin dengan penggunaan BI pensyarah.

    5. KESIMPULAN

    Dalam bahagian ini, rumusan yang akan dipaparkan ialah berdasarkan persoalan kajianpenyelidik. Ia dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sikap pensyarah, ilmupengetahuan pensyarah dan kemahiran pensyarah.

    Bagi sikap pensyarah, data menunjukkan 40.3 % responden bersikap Neutral, 36.1 %

    bersikap Positif, 23.6 % bersikap Negatif untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalamproses pengajaran mereka. Dapatan kajian menunjukkan skor min bagi item Selesaberbahasa Melayu ketika proses pengajaran adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak4.06.

    Daripada hasil analisis yang diperolehi bagi ilmu pengetahuan pensyarah menunjukkanbahawa responden pernah menghadiri kursus BI di politeknik dan memahami perbualan

    serta maklumat dalam BI tetapi dari segi penguasaan tatabahasa, sebutan,pembendaharaan BI responden adalah di tahap sederhana.

    Kajian pada bahagian seterusnya adalah kemahiran pensyarah. Hasil dapatanmenunjukkan kemahiran pensyarah berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan hanya

    di tahap sederhana sahaja.

    Secara keseluruhannya, antara cadangan yang boleh dilakukan oleh pihak politeknikdalam meningkatkan ilmu dan kemahiran pensyarah dalam Bahasa Inggeris adalah:

    a. Berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sesama pensyarah perlu dilakukan dipoliteknik.

    b. Penyediaan Modul terkini Bahasa Inggeris diberikan kepada para pensyarah.c. Pihak politeknik boleh mengeluarkan Sijil Pengajaran dalam Bahasa Inggeris atau

    elaun kepada para pensyarah agar memberi galakan kepada mereka.d. Pensyarah boleh diberikan kit pembelajaran/ penguasaan BI dengan percuma

    supaya pensyarah boleh berlatih pada masa terluang untuk memperbaiki diri.

    e. Setiap pensyarah haruslah menjalani latihan secara intensif dalam BI sepertimenghantar pensyarah menjalani latihan sepenuh masa selama 2 minggu untuk

    berkomunikasi dan membuat penulisan Bahasa Inggeris.f. Kaedah mentor mentee bagi mewujudkan suasana yang menggalakkan serta

    menyeronokkan untuk berbahasa Inggeris di politeknik.

  • 8/2/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris

    10/10

    10

    6. RUJUKAN

    Ahmad Zahri Jamil (2002).Melayu, Bahasa dan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

    Awang Sariyan (2002).Penggunaan Bahasa Inggeris Untuk Mata Pelajaran Sains DanMatematik Mengapa Perlu Ditolak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Fadhlina Mohd Azizuddin (2010). Tahap KompetensiGuru Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam BahasaInggeris (pp. 1-8). Universiti Teknologi Malaysia.

    Gerbang Web Rasmi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Grimme D. (2008). The Nature of Atitude. 3 Types of People, 1.Retrieve 9 September 2011, fromhttp://ezinearticles.com/?expert=Don_Grimme

    Hannafin R. D. & Freeman, D. J. (1995).An exploratory study of teachers view of

    knowledge acquisition. Educational Technology. 35 (1): 49-56.

    Kern R. (2000).Literacy and Language Teaching. Oxford: OUP.

    Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999).Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti

    Teknologi Malaysia.

    Seng T. W. (2005). Penyelidikan Tindakan: Perkembangan ProfesionalismeKe Arah Pengamalan Reflektif Dan Penambahbaikan Sekolah. Kuching: MaktabPerguruan Batu Lintang.

    Siti Hamim Stapa, Nadzrah Abu Bakar dan Rozmel Abdul Latiff (2007). Penulisan Bahasa

    Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Luar Bandar: Implikasi Terhadap Pengajaran DanPemelajaran.Jurnal e-Bangi, Jilid 2, Bil.2 Ms 1-17.

    Walqui A. (2000). Contextual Factors in Second Language Aquisition. Eric Digest, 1-5.

    Wiersma, W. (1995).Research Methods in Education: An Introduction. Boston: Allyn andBacon.

    Ying B. P. dan Kaur R. (1998).Psikilogi I (Semester I). Shah Alam: Fajar Bakti.

    http://ezinearticles.com/?expert=Don_Grimmehttp://ezinearticles.com/?expert=Don_Grimme