PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini...

24
u zmm I ý '. I TI .". " PTIU PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA Teo Siew Jing NK Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian 1505 (Seni Halus) T314 2007 2007

Transcript of PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini...

Page 1: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

u zmm

I

ý

'. I TI .". " PTIU

PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA

Teo Siew Jing

NK Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian 1505 (Seni Halus) T314 2007 2007

Page 2: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

P KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS

IllIllIllIllIllIMIIIIIV Q4; ý�1 ,

1000191654

Penggunaan Cetakan Saring Dalam Karya

TEO SIEW DING

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

Seni Halus

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 3: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA

SESI PENGAJIAN: 2007

Saya TEO SIEW JING

Mengaku membenarkan tesis/Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

ý 5. * sila tandakan

/

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan

oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Tandatangan Penulis Tarikh:

Alamat Tetap: 70A, Jalan Kapur, 96000 Sibu, Sarawak.

TandatangaiiTenyelia Tarikh: /

Catatan * Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sapana Muda " Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan

menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Page 4: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

Projek bertajuk Penggunaan Cetakan Saring Dalam Karya telah disediakan oleh TEO SIEW JING dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Seni Halus.

Diterima untuk diperiksa oleh:

( Encik Wan Jamarul Imran Wan MJullah Thani)

Tarikh:

/6 ý ý. ioý

Page 5: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

ABSTRAK

Artis telah menggunakan pelbagai pendekatan dan praktis cetakan saring dalam

penghasilan karya seni. Lazimnya sebelum era moden, catan berlaku dengan bantuan

berus tetapi kini kontek penghasilan karya dipelbagaikan. Salah satu proses yang sering

digunakan dan dilihatkan memudahkan proses bagi artis adalah dengan menggunakan

cetakan saring dalam karya. Kajian ini dijalankan bagi tujuan melihat keupayaan kaedah

ini dalam pelaksanaan berkarya oleh artis.

Page 6: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

ABSTRACT

Artists have being using various different approach and practices of silk screen in their

work of art Frequently before the modern era, with the help of brushes painting is done,

but now the context of producing work of art varies. One of the persistent processes being

applied regulates and lightens the burden of processing by the artist, is to utilize silk

screen in their work of art. This noble research has being carried out in order to visualize

the capability of this technique in apparent to the artist's work of art.

Page 7: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

PENGHARGAAN

Penghargaan yang setinggi-tingginya disampaikan kepada En. Wan Jamarul

Imran Wan Abdullah Thani selaku penasihat, yang telah memberi nasihat, pandangan

serta bimbingan bagi menjalankan kajian ini.

Ucapan terima-kasih diberikan kepada semua pensyarah program Seni Halus,

yang telah banyak memberi kerjasama dan nasihat yang berguna dalam melancarkan

projek penyelidikan ini.

Ucapan terima-kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada penunjuk ajar

serta pelajar-pelajar program seni halus, kerana telah memberi kerjasama dalam

pengumpulan data-data untuk projek penyelidikan ini.

Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan ini ingin ditujukan kepada kedua ibu-

bapa yang menjadi orang kuat dalam menyokong segala usaha saya.

Segala jasa clan bakti yang telah diberikan, Allah juga yang akan memberkatinya.

Sekian, terima kasih.

Page 8: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

t'usat Khidmat MaKumatAkaaem, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWqk OaZ(() Kota Samarahan

KANDUNGAN

Bab 1 Pengenalan

1.0 Definisi

1.1 Objektif

1.2 Hipotesis

1.3 Permasalahan kajian

1.4 Kepentingan

1.5 Hipotesis

Bab 2 Analisa

2.0 Andy Warhol

2.1 Robert Rauschenberg

2.2 Perbandingan

Bab 3 Karya

3.0 Penjelasan Karya

3.1 Isu karya

3.2 Penerangan isu

3.3 Penerangan pemasangan karya

m/s

1-3

3-4

4

4-5

5-6

6-7

8-13

14-18

18-21

22-25

25-26

26-27

27-28

Rujukan 29-44

Page 9: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

BAB 1: PENGENALAN

1.0 Definisi

Cetakan saring juga dikenali sebagai serigraphy dan silkscreen. Cetakan saring

merupakan satu teknik cetakan yang menggunakan stensil diatas skrin atau saring yang

diperbuat daripada kain sutera. (*Sumber Balai Seni Lukis).

Menurut Carl Zigrosser "serigraphy is printing technique that makes use of a

squeegee to force ink directly onto a piece of paper or canvas though a stencil containing the

image. " Serigrafi merupakan teknik cetakan yang menggunakan squeegee* untuk meratakan

dakwat pada permukaan kertas atau kanvas melalui stensil yang mempunyai imejan.

Menurut konsep Roni Henning, "Screen printing" is a printing method that

produces prints by pushing ink though a screen with a squeegee ". Cetakan saring merupakan

satu kaedah cetakan yang inenggunakan squeegee* untuk meratakan dakwat.

Selain itu, menurut Robert Adam dan Carol Robertson, "serigraphy is fine art print

made by painting stencils on silk meshes and printing though this ". Serigrafi merupakan

cetakan seni halus yang mencetak melalui jaringan sutera yang mempunyai stensil.

* squeegee- peralatan yang digunakan untuk merata dan menekan dakwat pada permukaan kertas atau kanvas dengan melalui saring *porous fabric/ stainless steel mesh- kain atau fabrik yang berporos supaya dakwat dapat menebusi fabrik. Contohnya, sutera.

I

Page 10: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

Secara kesimpulan, serigrafi atau dikenali sebagai cetakan saring merupakan sejenis

cetakan yang menggunakan squeegee untuk meratakan dakwat pada permukaan kertas atau

kanvas melalui saring yang mempunyai stensil.

Cetakan Saring merupakan sejenis teknik cetakan yang baru dalam golongan seni

grafik. Cetakan saring merupakan proses mencetak secara berulangkali atau beredisi. Imej

yang jelas dapat dihasilkan melalui teknik cetakan saring yang menggunakan stensil dan

dakwat. Stensil membenarkan pemecatan warna atau pigmen diatas kain, seramik, kaca,

plastik, kertas, nilon, papan, mental, kanvas dan politen. (* sumber laman web)

Perkembangan teknik cetakan saring telah bermula di Amerika Syarikat pada 1930

di dalam industri teknologi. Teknik cetakan caring popular dalam bidang seni halus serta

menjadi seni karya yang berkomersil. Selain itu, pemprosessan cetakan caring mula dikenali

oleh Samuel Simon pada awal tahun 1900 di England. Teknik tersebut dipelopori oleh Guy

McCoy di Jepson Art Insititute. Guy McCoy merupakan artis pertama yang memperkenalkan

teknik cetakan saring dalam seni halus sebagai pengunaan media.

(* sumber laman web)

Cetakan saring terdiri daripada 3 unsur yang penting iaitu imejan, squeegee dan

dakwat. Proses tersebut menggunakan porous fabric* atau stainless steel mesh* yang berporos

dan diregang dengan ketat pada bingkai yang dibuat daripada kayu atau logam. Stensil boleh

dihasil melalui teknik fotografi atau pembuatan manusia. Stensil merupakan negatif bagi

sesuatu imejan. Dengan itu, ia membenarkan dakwat menebusi semasa proses pencetakan

2

Page 11: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

dijalankan pada bahagian yang belum dicetak. (*Brad Faine, 1989, The Complete Guide to

Screen Printing)

Sesetengah artis menjadikan cetakan saring sebagai penggunaan seni dalam karya.

Artis tempatan dan antarabangsa sering mengamalkan penggabungan cetakan saring dengan

media lain. Ini dapat dilihat dipraktiskan oleh beberapa orang artis terkenal seperti Andy

Warhol, Robert Rauchenberg dan sebagainya. Ada dikalangan mereka mempunyai sifat

tertentu dan menggunakan kaedah tertentu dalam karya.

1.1 Objektif

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam

sesuatu karya. Selain itu, kajian ini juga ingin menyampaikan impak keistimewaan cetakan

saring melalui karya. Tambahan pula, kajian ini juga mengkaji tentang teknik dan gaya yang

digunakan oleh Andy Warhol dan Robert Rauschenberg. Kemudahan dalam teknik cetakan

saring untuk menghasilkan karya merupakan salah satu objektif dalam kajian ini.

Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk menyampaikan keistimewaan dan ciri-

ciri cetakan saring kepada masyarakat Malaysia. Penganalisaan ini boleh memberi

pengetahuan dan kesedaran kepada artis generasi muda tentang keistimewaan teknik cetakan

saring dalam penghasilan karya. Dengan itu, artis generasi muda dapat mencetus idea dalam

penggunaan teknik cetakan saring dalam karya mereka.

3

Page 12: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

1.2 Hipotesis

Teknik cetakan saring memudahkan kerja artis untuk menghasilkan karya mereka.

Kebanyakkan artis masih tidak menyedari bahawa kebaikan dan kemudahan teknik cetakan

saring. Hal demikian kerana artis Malaysia kurang mengamalkan teknik cetakan saring

sebagai praktis. Selain itu, terdapat persamaan dan perbezaan dalam penggunaan teknik dan

gaya diantara Andy Warhol dan Robert Rauschenberg. Penggabungan gaya dan teknik Andy

Warhol dan Robert Rauschenberg dapat menghasilkan aliran karya yang baru.

1.3 Permasalahan kajian

Teknik cetakan saring dianggap sebagai cabaran terhadap teknikal dan proses yang

rumit oleh artis. Hal demikian kerana proses penyediaan stensil mengambil masa yang agak

panjang. Proses remeh telah mengambil masa yang panjang pada peringkat awal. Tambahan

pula, perlaksanaan yang remeh seperti proses coating, expose dan proses pembasuhan telah

menyusahkan kerja. Oleh itu, artis lebih berminat menggunakan teknik catan dalam karya.

Teknik tersebut adalah berbeza dengan teknik catan yang dapat melaksanakan kerja pada bila-

bila masa.

Tambahan pula, pengetahuan cetakan saring masih dianggap terhad di Malaysia.

Sehingga masa kini, penfokusan pendidikan tentang cetakan saring masih belum wujud

dimana-mana tempat pengajaran. Hanya terdapat sebahagian kecil daripada pengajarannya

walaupun mempunyai sesetengah institusi mengajar pengetahuan cetakan saring.

4

Page 13: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

Selain itu, teknik cetakan saring susah untuk diaplikasikan oleh artis tempatan

dalam karya. Terdapat kekurangan material atau perkakasan cetakan saring. Peralatan cetakan

saring yang berkualiti susah didapati di Malaysia. Oleh itu, kebanyakkan peralatan seperti

squegee, warna fabrik, mesin dan sebagainya perlu ditempah dani luar negara. Secara langsung,

masalah kekurangan material dan peralatan telah mempengaruhi antis tempatan kurang

berminat mengamalkan teknik cetakan saring dalam karya. Walaupun mempunyai pembekal

peralatan cetakan saring di Malaysia tetapi stok peralatan adalah amat terhad..

1.4 Kepentingan

Kajian ini mementingkan pendekatan dan praktis teknik cetakan saring dalam karya.

Melalui kajian ini ingin mengkaji pendekatan dan praktis teknik cetakan saring yang

digunakan oleh Andy Warhol dan Robert Rauchenberg. Dengan itu, pengabungan

keistimewaan teknik dan sifat artis telah ditampil melalui karya kajian.

Melalui kajian ini, kepentingan kajian ini ialah membangun clan mengembang seni

tampak Malaysia dengan menggunakan pendekatan clan praktis cetakan saring dalam karya.

Kepentingan kajian ini adalah untuk meningkatkan keminatan artis generasi muda

menggunakan cetakan saring sebagai pendekatan dalam karya.

Tambahan pula, kajian ini boleh dijadikan sumber rujukan atau dokumentasi kepada

masyarakat. Kajian ini memberi pengetahuan yang banyak dan mendalam tentang artis yang

menggunakan cetakan saring sebagai praktis dalam karya tertentu. Kajian ini juga memberi

5

Page 14: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

kesedaran kepada masyarakat dan generasi akan datang tentang keistimewaan cetakan saring

dalam sesuatu karya.

1.5 Methodologi

Kaedah kualitatif boleh dibahagi kepada 3 bahagian iaitu pengumpulan data, analisa dan karya.

Pengumpulan Data

t

Analisa

ý

Karya

Langkah pertama ialah mengumpul data. Data atau maklumat tentang cetakan

caring telah dikumpul melalui laman web, temu duga, konteks dalam buku, contoh karya dan

sebagainya. Data dan maklumat yang telah dikumpul merangkumi sejarah cetakan saring,

proses, artis terkenal, karya, dan sebagainya. Kebanyakan data dalam konteks buku dikenali

sebagai primary data dan historiography.

Langkah yang kedua ialah analisa. Analisa dalam kajian ini merangkumi

pendekatan yang telah digunakan oleh Andy Warhol dan Robert Rauschenberg, perbandingan

gaya dan teknik antara artis, pemerhatian terhadap karya-karya(case study), menganalisa

konteks buku dan maklumat darf laman web dan sebagainya. Tambahan pula, penganalisa

6

Page 15: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

tentang perbezaan antara karya telah dikaji melalui kajian ini. Dengan itu, penampilan teknik

dan gaya yang digunakan oleh Andy warhol, dan Robert Rauschenberg telah dikaji dalam

karya kaj ian.

Langkah yang terakhir ialah menghasilkan karya. Karya yang dihasil adalah

berdasarkan jawapan atau keputusan atas bahagian analisa. Pengabungan teknik dan gaya artis

yang istimewa telah dilakukan untuk menghasilkan karya yang mempunyai gaya yang baru.

7

Page 16: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

BAB 2: ANALISA

Bab ini mengenai kepentingan teknik, pendekatan dan kaedah yang digunakan oleh

artis rujukan iaitu Andy Warhol dan Robert Rauschenberg. Kedua-dua artis tersebut

merupakan artis yang amat terkenal dan mempengaruhi bidang seni tampak antarabangsa.

2.0 Andy Warhol

Andy Warhol merupakan artis Amerika Syarikat, penulis, pengarah, pencipta muzik,

pelakon, dan figura sosial. Beliau juga merupakan pelopor bagi Pop Art yang amat terkenal.

Beliau terkenal dengan menghasilkan karya yang ringkas tetapi menarik serta warna yang

kontras. Andy Warhol menampilkan bakat seni yang artistik semasa menjalankan pengajian di

Carnegie Mellon University di Pittsburgh. Gaya beliau amat dipengaruhi oleh kebudayaan

Amerika Syarikat. Beliau menggunakan imej yang popular untuk menyampaikan identiti

kebudayaan Amerika Syarikat. (*sumber laman web)

Pada tahun 1962, Andy Warhol mula menggunakan teknik cetakan saring sebagai

suatu pendekatan dan kaedah untuk menghasilkan karya beliau. Sebelum peringkat tersebut,

teknik cetakan saring merupakan teknik yang sering digunakan oleh pereka tekstil bukan artis.

Tambahan pula, pendekatan cetakan saring banyak digunakan pada bidang iklan. Contohnya,

Front and Back Dollar Bills, 1962 dan 129 Die in Jet(Plane Crash), 1962. Objek penampilan

karya beliau amat berkait dengan isu-isu semasa dan objek sekeliling. Hal ini boleh dibukti

melalui kematian 129 orang pada 4 Jun disebabkan kemalangan jet, oleh itu, beliau

8

Page 17: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

menggunakan kes tersebut sebagai objek penampilan siri Death and Disaster. (*Sumber Andy

Warhol, 2004. " Andy Warhol Prestel ")

Di samping itu, beliau juga menggunakan kejadian atau tragedi seperti kemalangan,

kejatuhan kapal terbang dan lain-lain sebagai objek penampilan dalam karya. Contoh karya

ialah Race Riot pada tahun 1964( lampiran 1). Semasa Andy Warhol berumur 39 tahun, beliau

hampir dibunuh oleh seorang perempuan yang menghidapi sakit mental. Selepas tragedy

tersebut, beliau menggunakan kaedah cetakan saring untuk menyampaikan objek penampilan

seperti isu tengkorak, pistol, pisau dan sebagainya dalam karya baru untuk menyampaikan

perasaan semasa. Contoh karya ialah Skull pada tahun 1976, Knives 1982( lampiran2) dan

sebagainya. (*sumber laman web)

Semasa peringkat awal Andy Warhol menggunakan cetakan saring sebagai

pendekatan, beliau menggabungkan teknik fotografi dan cetakan saring untuk menghasilkan

karya. Beliau selalu menggunakan potret sebagai objek penampilan. Karya tersebut amat

dihargai disebabkan gabunggan teknik fotografi dan cetakan saring semakin lenyap pada era

moden. (* Sumber Andy Warhol, 2004. " Andy Warhol Prestel ")

Selain itu, behau amat berbakat mengaplikasikan dan mengorkestrakan warna terang

dalam setiap objek. Pada tahun 1968, Andy Warhol menggunakan kaedah cetakan saring untuk

menghasilkan potret yang mempunyai gaya tersendiri, dan bersolek. Behau amat

menegaskan sifat wajah iaitu mempunyai kelopak mata yang terang dan berwarna-warni

dengan menggunakan pendekatan cetakan saring dalam karyanya. Sebagai contohnya, Marilyn

9

Page 18: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

Monroe (Twenty Times), 1962( lampiran 3), Liz, 1963( lampiran 4), dan Potrait of Madame

Smith, 1970s( lampiran 5). (*Sumber Andy Warhol, 2004. " Andy Warhol Prestel ")

Pada tahun 1970 hingga 1980, beliau masih menegaskan kaedah cetakan caring

dalam penghasilan karyanya. Tetapi pada peringkat tersebut Andy Warhol amat mementingkan

kesan berus dalam karya. Beliau menggunakan berus untuk menghasilkan kesan berus.

Selepas itu, menggunakan cetakan saring untuk mencetak imajan potret. Beliau merasa karya

yang berkocak lebih menarik daripada karya yang kemas. Melalui pemerhatian boleh

mendapati bahawa kebanyakan karya Andy Warhol adalah serbah-serbih seperti Potrait of

Madame Smith, 1970s, Drag Queen, 1977( lampiran 6), dan Two Golden Mona

Lisas, 1980( lampiran 7). (*Sumber Andy Warhol, 2004. " Andy Warhol Prestel ")

Mula darf tahun 1979, Andy Warhol telah melibatkan diri dalam Pop Art. Pop Art

telah mejadi cap dagangan bagi beliau disebabkan sifat tersebut diaplikasi dalam kebanyakkan

karya. Beliau menggunakan pendekatan cetakan saring untuk menghasilkan karya Pop Art.

Penggunaan warna yang menonjol dan berwarna-warni telah menyebabkan Andy Warhol

sebagai artis Pop Art yang amat popular. Pendekatan atau kaedah cetakan saring yang

digunakan oleh Andy Warhol ialah sering mengulang mencetak imajan yang sama. Pendekatan

tersebut amat memanfaatkan Andy Warhol disebabkan dapat mencetak imajan yang lama

beribu-ribu kali dan menyenangkan kerja beliau., Selain itu, kaedah penggunaan cetakan

saying dapat menjimatkan masa setelah beliau melibat dalam Commercial Art. (*Surnber Andy

Warhol, 2004. "Andy Warhol Prestel ")

10

Page 19: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

Komersialism sedikit sebanyak telah mempengaruhi penggunaan pendekatan cetakan

saring dalam penghasilan karya bagi Andy Warhol. Komersialism telah menyebabkan Andy

Warhol banyak menggunakan cetakan saring untuk menghasil karya. Pendekatan tersebut

dapat menyenangkan kerja beliau dan membantu menghasilkan karya beribu-ribu keping

dalam masa yang singkat. Tambahan pula, pengulangan mencetak dapat mengungkapkan

pemikiran dan emosi beliau terhadap sesuatu karya.

Pendekatan cetakan saring telah banyak membantu Andy Warhol menghasilkan karya

dari tahun 1962 hingga tahun 1986. Gaya tersebut juga telah mempengaruhi antis muda dari

segi penghasilan karya. Penggunaan pendekatan cetakan saring telah mengembangkan industri

seni. Ini adalah disebabkan cetakan saring merupakan teknologi mencetak pada zaman dahulu,

tetapi Andy Warhol berani menggunakan teknologi tersebut untuk menghasilkan karya. Oleh

itu kaedah cetakan saring semakin dianggap sebagai seni. (*Sumber Andy Warhol, 2004.

" Andy Warhol Prestel ")

Keupayaan pendekatan cetakan saring amat dikaji oleh Andy Warhol semasa

pemprosesan. Andy Warhol telah mencabar pendekatan cetakan saring dalam penghasilan

karya pada tahun 1964. Beliau telah menggunakan imajan bunga yang sama untuk

menghasilkan melebihi 900 buah karya bersaiz sama. Selain itu, beliau telah menggunakan

karya tersebut mereka seni pemasangan semasa pameran di Casteli Gallery pada 1964.

Pameran tersebut menegaskan seni pemasangan dan objek penampilan. Melalui pameran

tersebut boleh mendapati bahawa pendekatan cetakan saring mempunyai keupayaan dan

kapabiliti yang amat tinggi untuk menghasil karya. Contoh karya ialah

11

Page 20: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

Flowers, 1964( lampiran 8), dan Large Flowers, 1964. (*Sumber Andy Warhol, 2004. " Andy

Warhol Prestel ")

Pada tahun 1983, behau mengadakan satu pameran yang bertajuk "Pictures for

Children ". Semua karya menggunakan pendekatan cetakan saring sebagai teknik yang

terutama. Objek penampilan yang digunakan adalah kutipan alat permainan seperti badut,

monyet, kapal terbang, kapal, tikus, ikan, anjing, kereta polis dan sebagainya. Semua karya

tersebut dihasilkan dengan menggunakan pendekatan cetakan saring. Penggunaan teknik

cetakan saring telah membantu kejayaan penghasilan karya Andy Warhol dalam bidang seni

antarabangsa. (* Sumber Andy Warhol, 2004. " Andy Warhol-Painting for Children)

Melalui karya Andy Warhol boleh mendapati bahawa kebanyakkan karya adalah

mengulang dengan warna yang berlainan. Gaya tersebut adalah disebabkan beliau ingin

menjadikan diri sebagai mesin. Oleh itu, cetakan saring menjadi satu pendekatan atau kaedah

yang amat bermanfaat dan berkesan bagi beliau untuk menghasilkan karya. Selain itu, beliau

boleh mencetak reka bentuk tertentu pada bila-bila masa. Contoh karya seperti Last Supper.

Black on black, 1986, Last Supper. Black/white, 1986( lampiran 9), Last Supper.

Black/Orange, 1986( lampiran 10) dan Last Supper. Black/Green, 1986. Last Supper, 1986

merupakan karya terakhir yang menggunakan pendekatan cetakan saring untuk menghasilkan

karya sebelum beliau meninggal dunia. Karya tersebut bermaksud untuk memberi ucapan

selamat jalan atau "goodbye" secara senyap. (*Sumber Andy Warhol, 2004. " Andy Warhol

Prestel ")

12

Page 21: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

Melalui Karya tersebut boleh mendapati karya tersebut menggunakan imajan yang

sama dan dengan warna latar belakang yang berlainan. Beliau menggunakan kaedah cetakan

saring untuk menghasilkan keempat-empat karya tersebut dalam masa yang begitu singkat.

Melalui karya Andy Warhol boleh mendapati bahawa cetakan saring memang sebagai

pendekatan atau kaedah yang amat berguna dan bermanfaat dalam penghasilan karya.

Penegasan kaedah cetakan saring dapat menjimatkan masa dan berulang bercetak. (*Sumber

Andy Warhol, 2004. " Andy Warhol Prestel ")

Contoh karya menganalisa ialah bertajuk Daisy, 1982( lampiran 11). Melalui karya

yang bertajuk Daisy, 1982 (lampiran 11), Andy Warhol telah menghasilkan beberapa siri yang

menggunakan warna yang berlainan. Berdasarkan karya Daisy, beliau telah menggunakan

warna yang harmoni. Contohnya, beliau menggunakan warna merah pada latar belakang di

mana wama kuning digunakan pada bahagian bunga tersebut. Selain itu, objek penampilan

ialah objek persekitaran dan senang dikenali.

Tambahan pula, tekstur dan garisan dalam karya tersebut amat jelas dan artistik.

Didapati bahawa pada bahagian kesan overlap telah menghasilkan kesan tekstur. Andy

Warhol amat gemar menonjol garisan kasar dan bentuk pada outline objek penampilan..

Terdapat penggunaan 3 jenis warna yang berlainan pada lapisan yang terakhir. Contohnya,

penggunaan biru tua, merah dan kuning bagi siri Daisy. Penggunaan 3 jenis warna yang

berlainan memberi kejelasan yang lebih kontras secara keseluruhan.

13

Page 22: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

2.1 Robert Rauschenberg

Robert Rauschenberg juga merupakan artis yang dipilih untuk menkaji dalam kajian

ini. Beliau merupakan pelukis, artis seramik, dan artis grafik. Beliau terkenal dengan

pentafsiran seni Amerika Syarikat pada 1950an dan 1960an. Robert Rauschenberg lahir pada

22 Oktober 1925 di Port Arthur, Texas. Beliau melanjut pengajiannya di Kansas City Art

Institute dan Academie Julian di Paris. ( *Sumber laman web)

Selain itu, Rauschenberg amat dipengaruhi oleh Bauhaus figure Josef Albers iaitu

pensyarah di Black Mountain Collage. Beliau telah menyumbangkan inspirasi kepada generasi

artis baru. Karya Rauschenberg juga memberi persoalan tentang perbezaan antara objek seni

dengan objek harian. Pada tahun 1962, Rauschenberg mula mengaplikasikan teknik filem

dalam karyanya dengan menggunakan cetakan saring sebagai pendekatan. Beliau merupakan

artis Pop Art yang sezaman dengan Andy Warhol. Rauschenberg merupakan salah satu artis

Amerika Syarikat terkenal yang mengamalkan teknik cetakan saring sebagai praktis.

(* Sumber Mary Lynn Kotz, 2004, Rauschenberg/Art and Life)

Karya beliau lebih kepada gabungan ketelitian analitikal dan freestyle. Selain itu,

gaya Rauschenberg adalah bergantung kepada cerita, plot dan berterusan. Menurut

Rauschenberg, karya beliau adalah pantulan kehidupan dan keadaan. Komposisi dalam karya

beliau penuh dengan ikonografi yang sistematik sebagai objek penampilan. (* Sumber Mary

Lynn Kotz, 2004, Rauschenberg/Art and Life)

14

Page 23: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

Pada tahun 1962, Andy Warhol telah memperkenalkan kaedah cetakan saring kepada

Rauschenberg untuk mereplikakan imajan yang mengulang. Robert Rauschenberg

memperkenalkan photosilkscreen dalam karya beliau pada tahun 1962. Kaedah

photosilkscreen menjadi pendekatan yang berguna dalam penghasilan karya. Bebau sering

menggunakan objek penampilan yang ringkas untuk mengungkap perasaan beliau terhadap

suara hati sosial. (* Sumber Mary Lynn Kotz, 2004, Rauschenberg/Art and Life)

Beliau menggunakan cetakan saring sebagai praktis dalam karya adalah disebabkan

imajan yang sama boleh mencetak berulang-ulang kali tanpa keikatan masa. Selain itu,

pendekatan cetakan saring telah menyenangkan kerja Rauschenberg. Penggunaan pendekatan

cetakan saring juga menjimatkan masa beliau disebabkan pendekatan tersebut dapat

membantu beliau menghasilkan karya dalam masa yang singkat. (* Sumber Jonathan

Fineberg, 2000, Art Since 1940 Stategies of Being )

Rauschenberg telah menerima cadangan Johnsan untuk mengembara di luar negara

supaya mengemukakan ilmu seni dari luar negara. Beliau telah mencabarkan seni

kontemporari di luar negara. Tujuan utama Rauschenberg mengembara adalah menerokakan

teknik atau pendekatan yang baru, permukaan, palette yang baru, dan pandangan yang baru.

Karya melalui perjalanan ini telah menggunakan warna yang bersifat tempatan negara masing-

masing. (*Sumber National Gallery of Art, Washington, 1991, ROCI)

Negara yang telah Rauschenberg menggembara ialah Amerika Syarikat, Malaysia,

Germany, Cuba, USSR, Japan, China, Tibet, Venezuela, Chile, dan Mexico. Siri pertama

15

Page 24: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA cetakan saring dalam... · 1.1 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam sesuatu karya. Selain

ROCI Mexico adalah paling tradisional iaitu menggunakan teknik dan pendekatan pada 1960s

dan 1970s dari segi komposisi dan tenik warna cetakan. Contoh karya seperti Altar Peace,

1985( lampiran 12). Akrilik yang merah telah menuang pada bahagian tengah dan

menggunakan pendekatan cetakan saring mencetak imajan pada permukaan akrilik.

Beliau telah menggunakan imajan yang mempunyai kesenian kebudayaan negara

Mexico seperti seni bina, landskap, binatang, dan subjek purba. Karya yang dihasilkan oleh

Rauschenberg adalah ringkas dan ramalan iaitu perkembangan penceritaan repertoir karya

yang seterusnya. Komposisi karya beliau amat konstruksi dan tersusun. Contoh ROCI Mexico

seperti Street Contract, 1985 ( lampiran 13), Mexican Canary , 1985( lampiran 14),

Daydream, 1985( lampiran 15), Service, 1985 dan sebagainya. (*Sumber National Gallery of

Art, Washington, 1991, ROCI)

Perkembangan gaya baru semasa Rauschenberg menghasil karya di Chile.

Pemantulan dan penggunaan warna yang berbeza muncul dalam karya beliau. Contohnya,

Copperhead Grande, 1985( lampiran 16). Beliau menggunakan warna yang bermerlapan,

colourful Ghost dan tanda ambang pada permukaan yang berkilau. Beliau mencetak imajan

secara bertentangan sebagai negatif. Penggunaan warna kuning bagi kuda semasa warna latar

belakang adalah ganjil. Gabunggan imajan yang berlainan secara konstruksi telah

meningkatkan nilai artistik seluruh karya. Contoh karya ROCI Chile seperti Caryatid

Cavalcade, 1985( lampiran 17), Caryatid Calvalcade II, 1985( lampiran 18), Copperhead-

Bile, 1985( lampiran 19), dan sebagainya. (*Sumber National Gallery of Art, Washington, 1991,

ROCI)

16