Penggunaan ICT dalam P&P

45
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Disediakan oleh: Shahwiran Shahrany / TESL K1.2

Transcript of Penggunaan ICT dalam P&P

Page 1: Penggunaan ICT dalam P&P

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI (ICT) DALAM

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Disediakan oleh: Shahwiran Shahrany / TESL K1.2

Page 2: Penggunaan ICT dalam P&P

(1) Pengenalan

(2) Manfaat

(3) Penggunaan ICT dalam P&P (i) pengajaran = guru mengguna ICT

(ii) Aspek pembelajaran = murid mengguna ICT

Skop Perbincangan

Page 3: Penggunaan ICT dalam P&P

Apakah Maksud Penggunaan ICT Dalam P&P ?

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud

menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses

dan pengajaran dan pembelajaran

(1) PENGENALAN

Page 4: Penggunaan ICT dalam P&P

Guru-guru dapat meluaskan lagi konsep pembelajaran.

Guru-guru dapat menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar minda kepada murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.

Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.

(2) MANFAATApakah Manfaat ICT dalam P&P? Sebagai

contoh dalam pembelajaran Sains.

Page 5: Penggunaan ICT dalam P&P

memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang memiliki pelbagai keupayaan.

meningkatkan motivasi murid.

membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).

✓ Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.

Page 6: Penggunaan ICT dalam P&P

Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.

Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.

meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid.

Page 7: Penggunaan ICT dalam P&P

✓ memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.

✓ meningkat kemahiran ICT.

Page 8: Penggunaan ICT dalam P&P

(2.1) Untuk memperolehi manfaat mengguna ICT dalam P&P Sains,

perkara berikut perlu diberi perhatian

Penggunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik dan bukan sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

(Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh diguna dalam aktiviti pembelajaran)

Page 9: Penggunaan ICT dalam P&P

(3) PENGUNAAN ICT DALAM P&P

Penggunaan ICT dalam P&P dapat dilihat dari 2 aspek,

( i ) Aspek pengajaran iaitu (guru mengguna ICT), dan

( ii ) Aspek pembelajaran ( murid mengguna ICT).

Page 10: Penggunaan ICT dalam P&P

(Unit 1) ICT sebagai Alat Tutorial

(Unit 2) ICT sebagai Alat Penerokaan (eksploratori)

(Unit 3) ICT sebagai Alat Aplikasi

(Unit 4) ICT sebagai Alat Komunikasi.

Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat

demonstrasi.

Dalam konteks pembelajaran , penggunaan ICT dalam P&P boleh

dikategori sebagai :

Page 11: Penggunaan ICT dalam P&P

Guru tidak perlu menjadi pakar, cukup sekadar menguasai kemahiran asas ICT yang boleh diperolehi melalui aktiviti kelab komputer sekolah yang melaksanakan program Literasi Komputer Kementerian Pendidikan.

(3.1) Perlukah Saya Menjadi Pakar Komputer Sebelum Boleh

Menggunakannya Dalam P&P Sains?

Page 12: Penggunaan ICT dalam P&P

(3.2) Bagaimana Menggunakan ICT Dalam P&P Sains?

Dalam konteks penggunaan ICT dalam P&P, tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan

Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah.

Page 13: Penggunaan ICT dalam P&P

(Unit 1)ICT SEBAGAI ALAT TUTORIAL

Page 14: Penggunaan ICT dalam P&P

ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran

tutorial apabila digunakan untuk

menyampaikan kandungan pelajaran

berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.

Apakah maksud ICT untuk Pembelajaran Tutorial ?

Page 15: Penggunaan ICT dalam P&P

Pembelajaran tutorial ini merangkumi :

pembelajaran ekspositori,

demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan, babaknya oleh sistem, dan

latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.

Page 16: Penggunaan ICT dalam P&P

Alat ICT yang selalu diguna untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang

disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman

web.

Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Tutorial

Page 17: Penggunaan ICT dalam P&P

Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut:

mempersembahkan maklumat,

membimbing,

menyediakan / memberi latihan, dan

menilai pencapaian

Page 18: Penggunaan ICT dalam P&P

Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima.

Page 19: Penggunaan ICT dalam P&P

Sebelum para guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara

berikut perlu diberi pertimbangan:

Ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai

setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh murid.

Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian.

Page 20: Penggunaan ICT dalam P&P

Ada kemahiran mengendali peralatan ICT.

Ada keperluan untuk mengguna ICT (penggunaan ICT

dapat membantu pelajar memahami dan menguasai

pengetahuan yang dikehendaki)

Page 21: Penggunaan ICT dalam P&P

Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang

penggunaan ICT. Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas)

Penggunaan secara berkumpulan atau individu.

Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu persekolahan.

Page 22: Penggunaan ICT dalam P&P

Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai diguna dalam situasi berikut:

✔Kelas yang mengandungi jumlah pelajar yang ramai dengan kemampuan

pembelajaran yang berbeza. (Dalam situasi ini,

guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian

yang lain mengguna komputer).

Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Guna Pendekatan ini ?

Page 23: Penggunaan ICT dalam P&P

✔ Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti.

( Dalam situasi ini, guru tersebut boleh merancang pembelajaran mengguna komputer.)

✔ Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru.

(Dalam situasi ini, guru boleh menggunakan perisian

pendidikan khusus untuk pemulihan.)

✔ Terdapat murid cerdik yang

memerlukan aktiviti pengayaan. (Dalam situasi ini, perisian pendidikan

yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.)

Page 24: Penggunaan ICT dalam P&P

(Unit 2)ICT SEBAGAI ALAT PENEROKAAN (EKSPLORATARI)

Page 25: Penggunaan ICT dalam P&P

ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran penerokaan apabila ICT digunakan untuk :

Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?

✔ Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya.

Page 26: Penggunaan ICT dalam P&P

✔ Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.

✔ Melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.

Page 27: Penggunaan ICT dalam P&P

Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan

maklumat yang diterima melalui ICT.

Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima

bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

Page 28: Penggunaan ICT dalam P&P

Pendekatan ini sesuai dalam menyokong pendekatan constructivism, iaitu teori pembelajaran yang memberi

penekanan kepada;-

Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Penerokaan

pemikiran kritis,

penyelesaian masalah dalam masa sebenar (real-time),

pengalaman pembelajaran dalam situasi yang nyata(praktikal) dan pengetahuan yang dibina

melalui interaksi sosial.

Page 29: Penggunaan ICT dalam P&P

Pelajar-pelajar di dalam kelas Sains boleh membuat penerokaan seperti merujuk kepada laman web NASA Kids di mana ia memberi pelbagai maklumat dalam bidang sains atau pun mana-mana laman web yang

bersesuaian melalui internet. Capaian juga boleh dibuat di rumah,

untuk tujuan ulangkaji.

Page 30: Penggunaan ICT dalam P&P

Selain daripada mencapai maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti, pangkalan

data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran.

Pembelajaran penerokaan boleh dilaksanakan samada secara

bersendirian atau berkumpulan.

Penetapan masa perlu diberikan perhatian oleh guru kerana tanpa

kawalan, aktiviti pembelajaran boleh memakan masa yang

Page 31: Penggunaan ICT dalam P&P

Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Mengguna Pendekatan ini?

ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi:

* pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan.

* pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.

Page 32: Penggunaan ICT dalam P&P

* Aktiviti yang berkaitan kajian masa depan.

* Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.

Page 33: Penggunaan ICT dalam P&P

Apa Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?

Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan

pembelajaran masing-masing.

Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.

.

Page 34: Penggunaan ICT dalam P&P

Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas

Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden

seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.

Page 35: Penggunaan ICT dalam P&P

(Unit 3)ICT SEBAGAI ALAT APLIKASI

Page 36: Penggunaan ICT dalam P&P

Apa Maksud ICT Sebagai Alat Aplikasi?

ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran aplikasi apabila ICT digunakan sebagai

medium bagi membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran.

(Cth: Microsoft Word, Excel, Encarta dan CAD)

Page 37: Penggunaan ICT dalam P&P

Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Aplikasi

Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah

dipenuhi bila pelajarnya menyediakan esei dan huraian dengan menggunakan pemproses

perkataan.

Page 38: Penggunaan ICT dalam P&P

Menurut Clark dan Sun, penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan digunakan hanya digunakan seperti mesen taip sahaja.

Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan mengolah kandungan esei atau huraian dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil esei dan huraian ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat.

Page 39: Penggunaan ICT dalam P&P

Situasi ini turut mengambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning) yang mengatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu pembelajaran – pelajar saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; McInerney & McInerney, 1998)

Page 40: Penggunaan ICT dalam P&P

Apa Kelebihan Mengguna ICT Sebagai Alat Aplikasi?

Murid boleh memberikan tumpuan kepada aktiviti pembelajaran yang nyata(praktikal).

Guru boleh mengemukakan masalah yang boleh mencabar minda murid.

Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.

Page 41: Penggunaan ICT dalam P&P

(Unit 4 )ICT SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI

Page 42: Penggunaan ICT dalam P&P

Apa Maksud ICT Sebagai Alat Komunikasi?

ICT dikatakan sebagai alat komunikasi apabila digunakan untuk menghantar,

menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk melalui media

elektronik diantara dua pihak.

Page 43: Penggunaan ICT dalam P&P

Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:

teks grafik audio video atau kombinasi pelbagai mod.

Page 44: Penggunaan ICT dalam P&P

Terdapat empat teknik komunikasi melalui penggunaan ICT, iaitu: - Teknik Seorang - Sendirian,- Teknik Seorang kepada Seorang,- Teknik Seorang kepada Ramai, dan- Teknik Ramai kepada Ramai.

Penggunaan ICT sebagai Alat Komunikasi

Page 45: Penggunaan ICT dalam P&P

Apa Kelebihan Guna ICT Sebagai Alat Komunikasi?

Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif.

Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui “peer group” yang bersifat global.

Boleh melibat pakar di dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran.