Penggunaan Instagram Sebagai Platform Promosi … · Nur Nadhira Ahmad Rashidi1, Fariza Khalid2,...

7
670 Penggunaan Instagram Sebagai Platform Promosi Pendidikan Nur Nadhira Ahmad Rashidi 1 , Fariza Khalid 2 , Mohd Jasmy Abd Rahman 3 1, 2, 3 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 1 [email protected], 2 [email protected], 3 [email protected] ABSTRAK Di era teknologi masa kini menyaksikan cetusan kaedah komunikasi berasaskan Internet yang dikongsikan melalui media sosial. Aplikasi Instagram adalah salah satu platform media sosial yang digemari masa kini. Aplikasi ini bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan sosial, malah turut dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana penggunaan aplikasi Instagram sebagai platform mempromosi pendidikan dan pembelajaran di era teknologi masa kini. Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian ini terdiri daripada 42 orang responden yang terdiri daripada pengguna Instagram yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna bersetuju dengan iklan promosi pendidikan yang dilayarkan di Instagram banyak memberikan mereka maklumat yang bermanfaat dan berfaedah selain dari melayarinya untuk tujuan komunikasi dan bersosial semata-mata. Mereka juga bersetuju bahawa iklan-iklan promosi pendidikan di Instagram menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan pembelajaran mereka serta iklan-iklan tersebut menarik perhatian mereka. Oleh itu, penggunaan aplikasi media sosial Instagram ini popular di Malaysia membuatkan aplikasi ini sesuai dan berpotensi digunakan untuk mempromosikan pendidikan di era teknologi masa kini. Kata kunci: Instagram, promosi, media sosial, teknologi, pendidikan ABSTRACT In the era of today's technology it is witnessing the Internet-based communication methods shared through social media. The Instagram app is one of today's favorite social media platforms. This app can not only be used for social purposes, but also for educational purposes. This study aims to identify the extent of Instagram applications that used as a platform to promote education and learning in today's technology era. This study is a descriptive survey in the form of quantitative approach. The sample of this study consists of 42 respondents consisting of randomly selected Instagram users. The finding shows that most users agree on educational promotions that are offered on Instagram to provide them with useful and beneficial information other than browsing for communication and social purposes. They also agree that educational promotional ads on Instagram give them knowledge and learning as well as the advertisements is very attractive. Therefore, the use of Instagram is popular in Malaysia make this application potentially used for educational promotion in the era of today's technology. Keywords: Instagram, promotion, social media, technology, education PENDAHULUAN Abad ke-21 kini menyaksikan cetusan komunikasi berasaskan Internet dihantar melalui media. Ia telah menjadi faktor utama dalam mempengaruhi pelbagai aspek tingkah laku pengguna termasuk kesedaran, perolehan maklumat, pendapat, sikap, tingkah laku pembelian, komunikasi dan penilaian. Media sosial boleh dianggap sebagai platform yang menyediakan ruang untuk berkolaborasi (Uzelac, 2011), kerana interaksi di kalangan pengguna adalah berdasarkan pertukaran bebas kandungannya yang bertentangan dengan media tradisional. Dalam dunia teknologi hari ini, rangkaian media sosial telah menjadi satu ruang di mana para peniaga boleh memperluaskan kempen pemasaran mereka kepada persekitaran yang lebih luas penggunanya. Chi (2011) mentakrifkan pemasaran media sosial sebagai penyambungan antara jenama dan pengguna, menawarkan saluran peribadi berpusat kepada rangkaian dan interaksi sosial. Media kini bukan hanya alat bagi kemudahan pengedaran, pengarkiban, dan berasaskan teks, tetapi kini menjadi alat bagi media sosial yang berkeupayaan untuk menyampaikan kandungan media yang bertujuan untuk penyampaian maklumat. Rangkaian media sosial telah digunakan untuk pelbagai tujuan dan dikatakan bahawa remaja seawal usia 12 tahun mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun rangkaian sosial (Endres, 2013). Perkembangan teknologi telah memperlihatkan peningkatan terhadap penerimaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perniagaan masa kini. Bermula dengan penerimaan teknologi Internet, ia mula terarah kepada medium yang lebih fokus dan bersifat persendirian iaitu teknologi e-mel. Kemudian, melalui proses transformasi teknologi, media sosial dilihat semakin diterima untuk tujuan kelangsungan perniagaan (Gunelius, 2011). Kini, penerimaan media sosial dalam perniagaan dapat dilihat melalui medium seperti Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan blog (Au, 2010; Gunelius, 2011). Dunia

Transcript of Penggunaan Instagram Sebagai Platform Promosi … · Nur Nadhira Ahmad Rashidi1, Fariza Khalid2,...

Page 1: Penggunaan Instagram Sebagai Platform Promosi … · Nur Nadhira Ahmad Rashidi1, Fariza Khalid2, ... Rajah keratan antara muka adalah seperti Rajah 1 di bawah. Rajah 1 Keratan Antara

670

Penggunaan Instagram Sebagai Platform Promosi Pendidikan

Nur Nadhira Ahmad Rashidi1, Fariza Khalid2, Mohd Jasmy Abd Rahman3

1, 2, 3Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) [email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRAK Di era teknologi masa kini menyaksikan cetusan kaedah komunikasi berasaskan Internet yang dikongsikan melalui media sosial. Aplikasi Instagram adalah salah satu platform media sosial yang digemari masa kini. Aplikasi ini bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan sosial, malah turut dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana penggunaan aplikasi Instagram sebagai platform mempromosi pendidikan dan pembelajaran di era teknologi masa kini. Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian ini terdiri daripada 42 orang responden yang terdiri daripada pengguna Instagram yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna bersetuju dengan iklan promosi pendidikan yang dilayarkan di Instagram banyak memberikan mereka maklumat yang bermanfaat dan berfaedah selain dari melayarinya untuk tujuan komunikasi dan bersosial semata-mata. Mereka juga bersetuju bahawa iklan-iklan promosi pendidikan di Instagram menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan pembelajaran mereka serta iklan-iklan tersebut menarik perhatian mereka. Oleh itu, penggunaan aplikasi media sosial Instagram ini popular di Malaysia membuatkan aplikasi ini sesuai dan berpotensi digunakan untuk mempromosikan pendidikan di era teknologi masa kini. Kata kunci: Instagram, promosi, media sosial, teknologi, pendidikan ABSTRACT In the era of today's technology it is witnessing the Internet-based communication methods shared through social media. The Instagram app is one of today's favorite social media platforms. This app can not only be used for social purposes, but also for educational purposes. This study aims to identify the extent of Instagram applications that used as a platform to promote education and learning in today's technology era. This study is a descriptive survey in the form of quantitative approach. The sample of this study consists of 42 respondents consisting of randomly selected Instagram users. The finding shows that most users agree on educational promotions that are offered on Instagram to provide them with useful and beneficial information other than browsing for communication and social purposes. They also agree that educational promotional ads on Instagram give them knowledge and learning as well as the advertisements is very attractive. Therefore, the use of Instagram is popular in Malaysia make this application potentially used for educational promotion in the era of today's technology. Keywords: Instagram, promotion, social media, technology, education PENDAHULUAN Abad ke-21 kini menyaksikan cetusan komunikasi berasaskan Internet dihantar melalui media. Ia telah menjadi faktor utama dalam mempengaruhi pelbagai aspek tingkah laku pengguna termasuk kesedaran, perolehan maklumat, pendapat, sikap, tingkah laku pembelian, komunikasi dan penilaian. Media sosial boleh dianggap sebagai platform yang menyediakan ruang untuk berkolaborasi (Uzelac, 2011), kerana interaksi di kalangan pengguna adalah berdasarkan pertukaran bebas kandungannya yang bertentangan dengan media tradisional. Dalam dunia teknologi hari ini, rangkaian media sosial telah menjadi satu ruang di mana para peniaga boleh memperluaskan kempen pemasaran mereka kepada persekitaran yang lebih luas penggunanya. Chi (2011) mentakrifkan pemasaran media sosial sebagai penyambungan antara jenama dan pengguna, menawarkan saluran peribadi berpusat kepada rangkaian dan interaksi sosial. Media kini bukan hanya alat bagi kemudahan pengedaran, pengarkiban, dan berasaskan teks, tetapi kini menjadi alat bagi media sosial yang berkeupayaan untuk menyampaikan kandungan media yang bertujuan untuk penyampaian maklumat. Rangkaian media sosial telah digunakan untuk pelbagai tujuan dan dikatakan bahawa remaja seawal usia 12 tahun mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun rangkaian sosial (Endres, 2013). Perkembangan teknologi telah memperlihatkan peningkatan terhadap penerimaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perniagaan masa kini. Bermula dengan penerimaan teknologi Internet, ia mula terarah kepada medium yang lebih fokus dan bersifat persendirian iaitu teknologi e-mel. Kemudian, melalui proses transformasi teknologi, media sosial dilihat semakin diterima untuk tujuan kelangsungan perniagaan (Gunelius, 2011). Kini, penerimaan media sosial dalam perniagaan dapat dilihat melalui medium seperti Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan blog (Au, 2010; Gunelius, 2011). Dunia

Page 2: Penggunaan Instagram Sebagai Platform Promosi … · Nur Nadhira Ahmad Rashidi1, Fariza Khalid2, ... Rajah keratan antara muka adalah seperti Rajah 1 di bawah. Rajah 1 Keratan Antara

671

semakin pantas dengan pelbagai teknologi terkini, hardware dan software terkini, media sosial seperti Facebook, Wechat, Skype, Twitter, Whatsapp, emel menjadi kegilaan ramai termasuklah fenomena terkini iaitu aplikasi Instagram. Media sosial ditakrifkan sebagai "sekumpulan aplikasi berasaskan Internet yang membina di atas asas ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran Kandungan Janaan Pengguna" (Kaplan & Haenlein, 2010). Kepentingan media sosial untuk tujuan melariskan dan memajukan perniagaan pada hari ini tidak dapat dinafikan lagi. Ia semakin diterima oleh kebanyakan organisasi dalam pelbagai industri sebagai medium pemasaran baharu. Kini, orang ramai mula menggunakan media sosial sebagai platform urus niaga untuk aktiviti pembelian, membuat pertanyaan dan untuk mendapatkan maklum balas (Gunelius, 2011). Dari sudut organisasi perniagaan, media sosial membolehkan aktiviti seperti penyampaian maklumat, promosi dan proses mendapatkan maklum balas daripada pelanggan dilaksanakan dengan lebih baik (Sin, Khalil & Al-Agaga, 2012). Jadi, tidak hairanlah sekiranya dapat kita lihat pada hari ini hampir setiap perniagaan akan menggunakan manfaat daripada perkembangan teknologi ini sebagai peluang untuk mereka mempromosikan produk dan perkhidmatan kearah lebih maju (Yusniza, 2007; Buhalis & Law, 2008) Media sosial adalah rangkaian yang penting untuk berkomunikasi dalam masyarakat setempat. Media rangkaian sosial mempunyai aplikasi yang luas dalam masyarakat hari ini (Casimir & Doris, 2011). Media sosial juga memudahkan cara penyampaian pembelajaran di zaman serba canggih kini (Collin et al.,2011) dan Baruah (2012) pula mengatakan antara kepentingan penggunaan media sosial ialah untuk perkongsian pengetahuan dan maklumat atas talian dalam pelbagai kumpulan yang menggalakkan kemahiran berkomunikasi terutamanya antara pelajar dengan institusi pendidikan. Penggunaan Instagram sebagai media mempromosi masa kini

Rajah 1 Simbol Instagram

Sejak diperkenalkan, Instagram kini telah menjadi trend dan sangat popular. Tambahan pula, rakyat Malaysia adalah merupakan pengguna Instagram paling aktif dirantau Asia Pasifik. Peratusan pengguna aktif Instagram di Malaysia meningkat dari 59 peratus pengguna tahun 2015 kepada 73 peratus pada tahun 2016 ( Malaymail, 2016). Instagram telah ditubuhkan pada tahun 2010. Ia adalah aplikasi mudah alih untuk telefon pintar yang boleh didapati secara percuma di Apps Store dan Google Play (Bergstrom & Backman, 2013). Selain berfungsi sebagai aplikasi perkongsian foto, Instagram telah maju sebagai alat komunikasi dan pemasaran yang berkesan untuk memaparkan produk dengan penerangan visual. Oleh itu, ia menjadi platform rangkaian media sosial yang berguna kepada individu dan masyarakat (Hochman & Schwartz, 2012) Walaupun aplikasi tersebut baru dilancarkan pada tahun 2010, tetapi ianya telah berkembang dengan mantap dan jayanya. Pada tahun 2013, Instagram telah dianggarkan mempunyai 100 juta pengguna, dan kira-kira empat billion foto telah dimuat naik dan dipaparkan. (Abbott et al, 2013). Selain itu, dilaporkan bahawa kira-kira 75 juta orang menggunakan Instagram setiap hari, dan kira-kira 16 billion foto telah dimuat naik dan dikongsikan dengan pengguna lain (Smith, 2014). Kebanyakan anak-anak muda masa kini lebih banyak menghabiskan masa di Instagram daripada Facebook (Salomon, 2013). Instagram dikhaskan untuk pengalaman mudah alih, dan sebahagian daripada perkembangannya dirangsang oleh penggunaan pesat telefon pintar dengan kamera berfungsi tinggi. (Daniel, 2013). Instagram adalah rangkaian sosial yang digunakan sebagai tempat menyebarkan dan berkongsi maklumat, berinteraksi dengan orang ramai, serta dapat mengenal lebih dekat dengan sesama pengguna Instagram yang lain melalui foto-foto, video yang dimuat naik (Puspitorini, D. A., Triyono, A., & Nieldya, N, 2016). Dalam aspek pendidikan, dengan menggunakan Instagram, ia boleh digunakan untuk menyampaikan berita yang penting dan terkini kepada masyarakat setempat. Selain itu, Instagram adalah platform paling mudah dan hanya dihujung jari untuk digunakan bagi menghubungkan antara pihak universiti atau sekolah dengan komuniti setempat, contohnya seperti, berkongsi kejayaan akademik sesebuah universiti atau sekolah, berkongsi gambar-gambar peristiwa penting dan terkini di universiti atau sekolah, mempromosikan kemudahan infrastruktur yang disediakan di universiti atau sekolah dan berkongsi gambar atau video aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak fakulti atau kelas di sekolah. media rangkaian sosial yang digunakan oleh ahli-ahli fakulti di universiti dan teknologi ini terutamanya amat sesuai untuk pengajaran dan kerja-kerja ilmiah (Casimir & Doris, 2011).

Page 3: Penggunaan Instagram Sebagai Platform Promosi … · Nur Nadhira Ahmad Rashidi1, Fariza Khalid2, ... Rajah keratan antara muka adalah seperti Rajah 1 di bawah. Rajah 1 Keratan Antara

672

RAJAH 2 Contoh Instagram sebagai platform pemasaran pendidikan

RAJAH 3 Contoh Instagram sebagai platform pemasaran pendidikan

Penggunaan media sosial seperti aplikasi Instagram ini sering diperkatakan mendatangkan keburukan yang boleh melalaikan. Malah ada juga yang telah menyalahgunakan media sosial dan gajet-gajet yang diguna. Sebagai contoh, menyebarkan maklumat yang tidak sahih, menggunakan ayat-ayat yang kesat dan negatif dalam penggunaan Instagram. Namun, sekiranya penggunaan Instagram ini digunakan untuk tujuan yang baik dan berguna, ia akan memberikan kesan yang positif kepada si pengguna. Memandangkan pengguna alatan rangkaian sosial terdiri daripada golongan muda, mereka pastinya telah mempunyai kepelbagaian pengalaman, kebiasaan, sikap dan pengharapan terhadap teknologi atas talian. Kebanyakan mereka menggunakan alatan tersebut di luar konteks bilik darjah dan bukan untuk tujuan pendidikan (Pempek, et. al, 2010). Dengan menggunakan aplikasi Instagram sebagai platform untuk mempromosi dan menyebarkan maklumat mengenai pendidikan dan pembelajaran, masyarakat terutama anak muda kini dapat melayari aplikasi tersebut dengan mengisi pengetahuan mereka dalam pendidikan. Oleh yang demikian, penyelidik ingin mengenalpasti adakah Instagram dapat dijadikan platform mempromosi pendidikan di kalangan masyarakat kini terutama anak muda bagi menarik minat mereka dalam pendidikan dan pembelajaran. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji dan mengenalpasti (1) Sejauhmana penggunaan aplikasi Instagram dalam kalangan pengguna Instagram. (2) kekerapan iklan promosi pendidikan di Instagram dan (3) potensi aplikasi Instagram sebagai platform mempromosi pendidikan dan pembelajaran di era teknologi masa kini. METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian adalah secara kuantitatif. Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian. Bahagian satu adalah berkaitan dengan profil responden

Page 4: Penggunaan Instagram Sebagai Platform Promosi … · Nur Nadhira Ahmad Rashidi1, Fariza Khalid2, ... Rajah keratan antara muka adalah seperti Rajah 1 di bawah. Rajah 1 Keratan Antara

673

kajian manakala bahagian dua adalah berkaitan dengan soalan-soalan pendapat responden mengenai iklan promosi pendidikan di Instagram. Seramai 42 orang responden yang terdiri daripada pengguna Instagram yang dipilih secara rawak terdiri daripada pelajar dan yang bekerja dijadikan sampel kajian. Borang soal selidik dibuat menggunakan google form yang diedarkan melalui whatsapp dan telegram. Borang soal selidik ini boleh dimuat turun melalui link https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfSfYxwjQVLtjrola5Sl5YOUobI6024FX9U-wsWDSvCuMGV2g/viewform. Rajah keratan antara muka adalah seperti Rajah 1 di bawah.

Rajah 1 Keratan Antara Muka Borang Soal Selidik

DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini akan dihuraikan berasaskan kepada (a) Profil responden kajian (b) Kekerapan iklan promosi pendidikan di Instagram dan (c) Aplikasi Instagram dalam mempromosikan pendidikan pendidikan dan pembelajaran di era kini. Profil Responden Kajian Seramai 42 orang responden dari kalangan pelajar dan yang bekerja telah dipilih secara rawak. Berikut merupakan bilangan responden mengikut jantina seperti dalam Jadual 1. Jadual 1 juga menunjukkan status reponden iaitu 42.9% terdiri daripada pelajar, 38.1% terdiri daripada yang sudah bekerja, majoritinya adalah guru dan 19% adalah yang lain-lain. Selain itu, ia juga menunjukkan sebanyak 95.2% responden tahu tentang Instagram. Walaupun majoriti responden tahu tentang aplikasi Instagram ini, tetapi hanya 78.6% responden iaitu 33 orang sahaja yang mempunyai akaun Instagram.

Jadual 1 Profil Responden Berdasarkan Jantina, Status, Tahu Tentang Instagram Dan Akaun Instagram

Jantina Kekerapan (N) Peratus (%)

Lelaki 6 14.3

Perempuan 36 85.7

Jumlah N=42 100

Status

Pelajar 18 42.9

Bekerja 16 38.1

Lain-lain 8 19

Jumlah N=42 100

Tahu Tentang Instagram

Ya 40 95.2

Page 5: Penggunaan Instagram Sebagai Platform Promosi … · Nur Nadhira Ahmad Rashidi1, Fariza Khalid2, ... Rajah keratan antara muka adalah seperti Rajah 1 di bawah. Rajah 1 Keratan Antara

674

Jadual 2 Kekerapan penggunaan Instagram

Kekerapan Bilangan (N) Peratus (%)

30 minit – 1 jam 20 47.6

1 jam- 3 jam 6 14.3

3 jam – 5 jam 1 2.4

Lebih dari 5 jam 6 14.3

Tidak pernah 9 21.4

N=42 100

Berdasarkan Jadual 2 di atas, 47.6% iaitu seramai 20 orang menggunakan Instagram 30 minit hingga 1 jam setiap hari dan 21.4% iaitu 9 orang tidak pernah menggunakan Instagram. Terdapat 14.3% atau 6 orang responden yang menggunakan Instagram 1 jam hingga lebih 5 jam setiap hari dan hanya 2.4% iaitu seorang sahaja yang menggunakan 3 jam hingga 5 jam Instagram setiap hari. Ini menunjukkan majoriti pengguna Instagram menghabiskan masa mereka selama 30 minit hingga 1 jam untuk melayari media sosial tersebut. Kekerapan iklan promosi pendidikan di Instagram

Jadual 3 Kekerapan iklan promosi mengenai pendidikan di Instagram

Kekerapan Bilangan (N) Peratus (%)

Kerap 4 9.5

Kadang-kadang 24 57.1

Tiada 14 33.3

Jumlah N=42 100

Jadual 3 menunjukkan kekerapan iklan promosi mengenai pendidikan yang dilihat di Instagram. Sebanyak 57.1% menyatakan iklan promosi berkaitan dengan pendidikan hanya kadang-kadang sahaja dilihat di Instagram, manakala 33.3% menyatakan tiada langsung iklan promosi mengenai pendidikan dilihat di Instagram. Hanya 4 orang iaitu 9.5% menyatakan kerap melihat iklan promosi mengenai pendidikan di Instagram. Penggunaan Media Sosial Instagram Sebagai Platform Promosi Pendidikan Antara soalan yang ditanyakan oleh penyelidik kepada responden-responden dalam kajian tentang sejauhmanakah aplikasi Instagram berpotensi untuk mempromosikan pendidikan dan pembelajaran di era kini adalah seperti dalam Jadual 4 di bawah: Iklan promosi mengenai pendidikan banyak memberikan maklumat dan manfaat kepada pengguna Instagram Berdasarkan hasil soal selidik yang dijalankan ke atas 42 orang responden yang terdiri daripada pelajar dan yang bekerja, yang majoritinya adalah guru, penyelidik mendapati bahawa seramai 20 orang iaitu 47.6% responden bersetuju bahawa iklan promosi mengenai pendidikan banyak memberikan maklumat terkini dan berilmu kepada pengguna-pengguna Instagram. Selain itu, terdapat 4.8% responden yang sangat tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Tambahan lagi, sebanyak 45.2% responden bersetuju dengan kenyataan bahawa iklan promosi mengenai pendidikan di Instagram memberikan manfaaat kepada penggunanya dan hanya seorang responden sahaja yang sangat tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Tidak 2 4.8

Jumlah N=42 100

Mempunyai Akaun Instagram

Ya 33 78.6

Tidak 9 21.4

Jumlah N=42 100

Page 6: Penggunaan Instagram Sebagai Platform Promosi … · Nur Nadhira Ahmad Rashidi1, Fariza Khalid2, ... Rajah keratan antara muka adalah seperti Rajah 1 di bawah. Rajah 1 Keratan Antara

675

Iklan promosi mengenai pendidikan menambahkan lagi pengetahuan dan pembelajaran pengguna Instagram Sebanyak 52.4% responden bersetuju bahawa iklan promosi mengenai pendidikan menambahkan lagi pengetahuan dan pembelajaran kepada pengguna Instagram. Pengguna dapat maklumat dan pengetahuan yang berfaedah dan berilmu dengan melayari aplikasi media sosial Instagram. Hanya seorang sahaja responden yang sangat tidak bersetuju bahawa iklan promosi mengenai pendidikan di Instagram menambahkan lagi pengetahuan dan pembelajaran pengguna. Pengguna Instagram berasa tertarik dengan iklan promosi mengenai pendidikan. Seramai 23 orang responden bersetuju dengan kenyataan yang menyatakan bahawa pengguna Instagram berasa tertarik dengan iklan promosi mengenai pendidikan. Hal ini menunjukkan bahawa iklan-iklan promosi pendidikan di Instagram sememangnya akan menarik perhatian pengguna dan ianya sangat dialu-alukan oleh pengguna-pengguna Instagram selain dari hanya melayari untuk berkomunikasi dan bersosial sahaja. Aplikasi Instagram berpotensi untuk mempromosikan pendidikan dan pembelajaran di era kini seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4 dibawah

Jadual 4 Skor Responden Tentang Iklan Promosi Mengenai Pendidikan Di Instagram

Soalan

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju Kurang Pasti Setuju Sangat Setuju

Iklan promosi mengenai pendidikan banyak memberikan maklumat kepada pengguna Instagram

2

(4.8%)

0

(0%)

15

(35.7%)

20

(47.6%)

5

(11.9%)

Iklan promosi mengenai pendidikan banyak memberikan manfaat kepada pengguna Instagram

1

(2.4%)

2

(4.8%)

12

(28.6%)

19

(45.2%)

8

(19%)

Iklan promosi mengenai pendidikan menambahkan lagi pengetahuan dan pembelajaran pengguna Instagram

1

(2.4%)

2

(4.8%)

13

(31%)

22

(52.4%)

4

(9.5%)

Pengguna Instagram berasa tertarik dengan iklan promosi mengenai pendidikan

2

(4.8%)

2

(4.8%)

12

(28.6%)

23

(54.8%)

3

(7.1%)

PERBINCANGAN DAN IMPAK DALAM PENDIDIKAN Dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan responden mengetahui tentang aplikasi media sosial Instagram. Hal ini kerana media sosial Instagram adalah antara media sosial yang paling popular dan terkenal di Malaysia dan seluruh dunia, bukan hanya di kalangan anak muda malah orang dewasa juga. Berdasarkan kajian ini mendapati 95.2% responden tahu berkenaan aplikasi Instagram ini. Mereka akan dianggap ketinggalan zaman sekiranya tidak mengetahui tentang aplikasi ini. Namun begitu, masih ada juga responden yang tidak mempunyai akaun Instagram. Kemungkinan responden tidak mahu terleka dan ketagih dengan penggunaan aplikasi Instagram (Nabilah, 2016). Oleh sebab itu, mereka tidak mempunyai akaun Instagram. Dapatan kajian mendapati kekerapan penggunaan Instagram dalam sehari dalam kalangan pengguna yang terdiri daripada pelajar dan pekerja adalah tiga puluh minit hingga satu jam iaitu sebanyak 47.6%. Kebanyakan pengguna bersetuju dengan iklan promosi pendidikan yang dilayarkan di Instagram banyak memberikan mereka maklumat yang bermanfaat dan berfaedah selain dari melayarinya untuk tujuan komunikasi dan bersosial semata-mata. Mereka juga bersetuju bahawa iklan-iklan promosi pendidikan di Instagram menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan pembelajaran mereka serta iklan-iklan tersebut menarik perhatian mereka. Media sosial Instagram merupakan aplikasi yang sesuai digunakan untuk mempromosikan iklan-iklan bercorak pendidikan dan pembelajaran. Pengguna seharusnya diberikan pendedahan yang luas terhadap penggunaan aplikasi

Page 7: Penggunaan Instagram Sebagai Platform Promosi … · Nur Nadhira Ahmad Rashidi1, Fariza Khalid2, ... Rajah keratan antara muka adalah seperti Rajah 1 di bawah. Rajah 1 Keratan Antara

676

Instagram ini dari segi kebaikan dan kelebihannya. Penggunaan media sosial Instagram ini tidak semestinya mendatangkan keburukan. Hal ini kerana Instagram juga dapat dilayari dengan memberi manfaat dan pengetahuan selain dari dilayari hanya untuk bersosial dan berkomunikasi sesama pengguna. Dengan adanya iklan-iklan promosi pendidikan ini dapat menarik perhatian anak-anak muda untuk terus menimba ilmu pengetahuan tak kira dimana sahaja dan bila-bila sahaja. Kesimpulannya, aplikasi media sosial Instagram ini sebenarnya sesuai digunakan untuk mempromosikan bidang pendidikan kepada pengguna-penggunanya. Pihak yang berkenaan perlu memikirkan suatu perubahan yang mendasari dalam aplikasi Instagram ini bagi tujuan pendidikan di masa-masa akan datang. KESIMPULAN Teknologi pada hari ini memperlihatkan akses terhadap Internet boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Perkembangan ini telah mempengaruhi semua bidang, termasuklah dalam bidang pendidikan. Disebabkan itu, penekanan terhadap penggunaan Instagram sebagai platform untuk mempromosikan pembelajaran dan pendidikan digunakan dan diperluaskan. Ini sejajar dengan teknologi pada masa kini yang sangat pesat dan bergerak pantas. Isu berkaitan penggunaan aplikasi Instagram pula sering diperkatakan. Namun begitu, pengguna haruslah bijak dan berhemah dalam meggunakan aplikasi media sosial di era teknologi serba canggih masa kini agar kebaikan penggunaan media sosial kini tidak dicemari dengan penyalahgunaan yang negatif. Dengan adanya iklan-iklan promosi pendidikan ini dapat menarik perhatian anak-anak muda untuk terus menimba ilmu pengetahuan tak kira dimana sahaja dan bila-bila sahaja. Oleh itu, penggunaan aplikasi media sosial Instagram ini popular di Malaysia membuatkan aplikasi ini sesuai dan berpotensi digunakan untuk mempromosikan pendidikan di era teknologi masa kini. RUJUKAN Abbott, W., Donaghey, J., Hare, J., & Hopkins, P. (2013). An Instagram is Worth a Thousand Words: An Industry Panel

and Audience Q&A. Library Hi Tech News, 30(7), 1-6. Barczyk, C., & Duncan, D. G. (2011). Social networking media as a tool for teaching business administration courses.

International Journal of Humanities and Social Science, 1(17), 267-276. Batchelder, C. W. (2010). Social software: Participants’ experience using social networking for learning (Doctoral

dissertation, Capella University, 2010). ProQuest. (UMI No. 3398679). Bergstrom, T. & Backman, L. (2013). Marketing and PR in Social Media: How the unitilization of Instagram builds and

maintains customer relationship. Media and Communication. Chante, K., Jessica, C., Lindsay, B., Tyler, Q., Robert, P.D. (2014). Dermatology on Instagram. Dermatology Online

Journal, 20(7), 1-6. Collin, P, Rahilly, K,Richardson, I & Third, A. (2011). Literature Review: The Benefits of Social Networking Services. Endres, H. (2013). Sheddz a Clothing Brand: Creating a Marketing Plan through Social Media and Traditional

Marketing Research. Faculty of the Journalism Department, California Polytechnic State University San Luis Obispo.

Hochman, N., & Schwartz, R. (2012). Visualizing Instagram: Tracing Cultural Visual Rhythms. In the proceedings of the workshop on Social Media Visualization in Conjunction with the 6th International AAAI Conference on Weblogs and Social Media.

Kaplan, A. & Haenlein, M. (2010), “Users of the world, unite! The challenges and opportunities of social media,” Business Horizons, 53(1), pp. 59-68.

Pempek, T. A., Yermolayeva, Y A., & Calvert, S. L. (2009). College students' social networking experiences on Facebook. Journal of Applied Developmental Psychology, 30,227-238,

Putri, E. A. (2013). Aplikasi Instagram Sebagai Media Komunikasi Pemasaran Online Shop (Studi Deskriptif Kualitatif APlikasi Instagram sebagai Media Komunikasi Pemasaran Online Shop)[Skripsi]. Surabaya (ID): Universitas Pembangunan Nasional “Veteran” Jawa Timur.

Puspitorini, D. A., Triyono, A., & Nieldya, N. (2016). Motif Dan Kepuasan Penggunaan Instagram (Studi Kesenjangan Antara Motif Dan Kepuasan Penggunaan Media Sosial Instagram Pada Mahasiswa Universitas Muhammadiyah Surakarta Angkatan 2013) (Doctoral dissertation, Universitas Muhammadiyah Surakarta).

Rosmawati Mohd Rasit (2011). Mediamorphosis melalui laman web sosial: Dari perspektif sasaran dakwah remaja. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Media & Dakwah (SMED 2011), anjuran Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, USIM.

Siti Eizaleila Mustafa & Azizah Hamzah. (2010). Media Sosial: Tinjauan Terhadap Laman Jaringan Sosial Dalam Talian Tempatan. Jurnal Pengajian Media Malaysia. Vol. 12, No. 2, Pages 37–52

Smith, C. (2014). By the Numbers: 85 interesting Instagram Statistics. Digital Marketing Ramblings. Salomon, D. (2013). Moving on from Facebook Using Instagram to connect with undergraduates and engage in teaching

and learning. College & Research Libraries News, 74(8), 408-412. Uzelac, E. (2011). Mastering Social Media. Research, 34(8), 44-47.