Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik-1

17
]PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK[/size] PENULIS: ENCIK DAUD B. JERAWI Pengenalan Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan telah lama diperkenalkan di negara - negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Bagi mencapai wawasan dan inspirasi negara, Malaysia tidak ketinggalan dalam mengecapi arus perdana pembangunan berasaskan teknologi komputer. Dari perspektif harian, ianya bukan sahaja mampu membantu tugas - tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi sebagai alat untuk menjayakan lagi aspek persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Terciptanya mikro komputer pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yang memberangsangkan terhadap penggunaan teknologi dalam pendidikan di Malaysia. ( Norhashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996 ). Penggabungan penggunaan aspek teknologi dalam kurikulum sekolah dapat menyemai dan memupuk sikap positif terhadap perkembangan teknologi. Persekitaran dan budaya sekolah seharusnya dari sesuatu pembelajaran yang bersifat memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997 ). Berlandaskan tanggapan ini, pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat mengujudkan Sekolah Bestari sebagai pemangkin bagi memenuhi agenda perancangan dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas - luasnya kepada penggunaan teknologi komputer dan Internet dan dapat menjanakan sistem pendidikan yang lebih komplek dan fleksibiliti ( KPM 1997 ). Peluasan penggunaan internet dalam urusan perniagaan dan komunikasi akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

description

amali

Transcript of Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik-1

Page 1: Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik-1

]PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK[/size]PENULIS: ENCIK DAUD B. JERAWI

Pengenalan

Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan telah lama diperkenalkan di negara - negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Bagi mencapai wawasan dan inspirasi negara, Malaysia tidak ketinggalan dalam mengecapi arus perdana pembangunan berasaskan teknologi komputer. Dari perspektif harian, ianya bukan sahaja mampu membantu tugas - tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi sebagai alat untuk menjayakan lagi aspek persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Terciptanya mikro komputer pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yang memberangsangkan terhadap penggunaan teknologi dalam pendidikan di Malaysia. ( Norhashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996 ).

Penggabungan penggunaan aspek teknologi dalam kurikulum sekolah dapat menyemai dan memupuk sikap positif terhadap perkembangan teknologi. Persekitaran dan budaya sekolah seharusnya dari sesuatu pembelajaran yang bersifat memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997 ). Berlandaskan tanggapan ini, pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat mengujudkan Sekolah Bestari sebagai pemangkin bagi memenuhi agenda perancangan dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ).

Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas - luasnya kepada penggunaan teknologi komputer dan Internet dan dapat menjanakan sistem pendidikan yang lebih komplek dan fleksibiliti( KPM 1997 ).

Peluasan penggunaan internet dalam urusan perniagaan dan komunikasi akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

Peranan Komputer dan Internet Dalam pendidikan

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memurnikan dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Sedekad yang lalu, NCTM ( National Council of Teachers of Mathematics, 1980 ) telah menggariskan cadangan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroff ( 1982 ) menyarankan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan setakat boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Situasi yang sama mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik dan perlu dititikberatkan. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Mengikut Laporan Cockcroff ( 1982 ) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemah kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Situasi ini telah menyebabkan

Page 2: Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik-1

kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar. Masalah dan kesukaran mentelaah ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim 1989 ).

Hasil beberapa kajian yang telah dijalankan ( Funkhouser, 1983; Henderson and Landersman, 1992; Chazan,1998; Mccoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) mendapati bahawa:-

Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya serta berkeyakinan sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan yang lebih komplek.

Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah serta berkesan.

Kemajuan dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir didapati ada menunjukkan peningkatan yang posotif.

Situasi pembelajaran pelajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka panjang dan dapat mengintegrasikannya dalam bidang-bidang lain.

Proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer melibatkan beberapa aplikasi seperti spreadsheet, multimedia dan internet. peranan dan penggunaan internet telah dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat umumnya.

Melalaui kajian yang telah dijalankan oleh Christie ( 1996 ) terhadap penggunaan mel elektronik( e-mail ) dan penerokaan maklumat di kalangan pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangan belajar secara kumpulan ( pembelajaran kooperatif), para pelajar juga semakin mesra dengnan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality ). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan - bahan yang menarik perhatian. Nolan dan Martin ( 1994 ) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer internet diberikan ( Bier et, 1996 ).

Kang ( 1995 ) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel elektronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya sampai dalam beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati - hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel elektronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir - akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).

Internet akan menjadi sebahagian daripada Sekolah Bestari menjelang januari 1999 kelak. Telah pun diumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia ( Sulaiman, 1996 ). Melalui projek

Page 3: Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik-1

ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program - program latihan yang berterusan kepada guru - guru. Program ini, walaupun kurang berjayya, tetapi sekurang - kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru - guru dan pelajar tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan. Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan ( 14 minggu ) Bestari kepada guru - guru di seluruh negara bertempat dibeberapa buah maktab perguruan. Guru - guru ini dipilih daripada 990 buah sekolah yang dijangka akan melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini, guru - guru akan didedahkandengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yan cepat dan berkesan.

Penggunaan Internet dalam pendidikan matematik

Internet adalah satu sumber pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan matematik. terdapat pelbagai bahan menarik, yang meliputi pelbagai tajuk seperti arithmetik, geometri, stastik, kalkulus, sejarah, dan sebagainya. Antara bahan yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar berhubung dengnan pendidikan matematik ialah :

Teori pembelajaran dan aplikasi

Antara teori pembelajaran yang sering diperbincangkan oleh warga pendidik pada masa ini ialah konstruktivisme. Beberapa strategi ( atau teknik ) pembelajaran yang berkait rapat dengan teori tersebut pula ialah seperti 'pembelajaran kooperatif ', 'inkuri penemuan' , dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut boleh diperolehi daripada laman-laman berikut:

Penutup

Jelaslah bahawa internet mempunyai potensi untuk membuat pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Terpulang kepada guru untuk dapat membawa penggunaan internet ini ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada. Walaupun akses ke internet ini masih belum meluas di peringkat sekolah pada hari ini, tetapi kemudahan untuk menggunakan internet terdapat di mana-mana; di rumah, perpustakaan awam, pusat/kedai komputer dan lain-lain.

Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced, dan self directed, dan seterusnya akan menjayakan matlamat pelaksanaan sekolah bestari, untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlak mulia.

" Pendidikan hari ini untuk kecemerlangan masa hadapan "

RUJUKAN

Page 4: Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik-1

2. Arganbright.D.E. Mathematical Applications of an Electronic Spreadsheet In Computers inMathematics Education, 1984. yearbook of the National Councial of teachers of Mathematics.

3. Catterall, P & Lewis, R . Problem Solving. Journal of Computer Assisted Learning.

4. Heinich, R. Molenda, M. & Russell,J. Instructional media and the new technologies of education.

5. McDonald,J.L. The Mathematicas Teachers.

6. Ainley,J and Pratt, D. Unpacking maxbox. micromath vol. 10.

http://dukeamienerev.blogspot.com   Dragonizer Wed Aug 3, 2005 2:07 am Post #4

Administrator/Anggota SPTians

Posts:2,790

Group:Admin

Member#1

Joined:October 6, 2004

[size=7]PENGGUNAAN KALKULATOR DALAM MATEMATIK SEKOLAH RENDAH HARUS DIKETENGAHKAN[/size]PENULIS: ENCIK AARON MICHAEL LATIUS

Pengenalan

Kemajuan sains dan teknologi telah membawa satu makna baru dalam kehidupan manusia masa kini. Dengan perkembangan yang pesat dalam bidang elektronik, berbagai ciptaan baru telah dihasilkan termasuklah mesin pengira atau kalkulator. Pada suatu ketika ( 1984 - 1989 ), cadangan menggunakan kalkulator agak hebat dibincangkan. Isu penggunaan kalkulator ini telah disiarkan dalam satu artikal Berita Matematik ( September,1984) yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Akan tetapi, isu kalkulator itu telah menjadi lenyap. Keadaan yang sama juga berlaku di negara lain. Dalam rencana yang ditulis oleh John Costello ( 1992 ) yang bertajuk " A failed Revolution ", beliau menyatakan bahawa walaupun dari tahun 1962 hingga 1965 , isu mengenai kalkulator diterbitkan dalam stiap terbitan Mathematics Teaching, tetapi nampaknya penggunaan kalkulator memberikan kesan yang kecil dalam pendidikan matematik. Mengapakah keadaan ini berlaku?

Seperti yang dinyatakan oleh Hillary Shuad ( 1992 ), ramai orang dewasa sama ada guru, ibubapa atau pihak kementerian yang menggunakan kalkulator hampir setiap hari dalam kerja mereka, masih berasa satu keraguan untuk menyokong penggunaan kalkulator di sekolah. Antara perkara - perkara yang dikhuatiri oleh mereka adalah seperti berikut:

Page 5: Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik-1

Murid yang menggunakan kalkulator akan menjadi malas kerana mereka tidak perlu berfikir.

murid yang menggunakan kalkulator mungkin tidak pandai menjalani algoritma yang biasa yang melibatkan empat operasi, seterusnya mereka mungkin kurang faham dengan konsep asas nombor.

Memang tidak boleh dinafikan bahawa setiap sesuatu perubahan baru diperkenalkan akan mengakibatkan beberapa masalah. Kajian Schmidt dan Cailahan ( 1992 ) mengenai kepercayaan guru dan pengetua tentang penggunaan kalkulator dalam matematik sekolah rendah juga memperolehi dapatan yang hampir sama iaitu: "teachers have fears that calculator could have a negative impact on student's math learning but the principal's fear is weaker". Adakah kekhuatiran ini berasas? Di sini dipaparkan beberapa kajian yang telah dijalankan tentang penggunaan kalkulator yang di luar dan dalam negara.

Dalam satu kajian yang dijalankan di luar negara oleh Cockcroft pada awal tahun 1982, telah melaporkan bahawa penggunaan kalkulator di sekolah rendah tidak akan menjejaskan kemampuan murid membuat pengiraan secara congak atau bertulis. Ini adalah kerana kalkulator tidak akan membantu seseorang yang tidak tahu memilih operasi yang sesuai. mereka mesti dahulu mampu berfikir dalam menentukan operasi yang sesuai digunakan. Tambahan pula kanak - kanak yang menggunakan kalkulator akan dapat belajar konsep matematik seperti perpuluhan dan nombor negatif pada peringkat yang lebih awal daripada mereka yang mengikuti kurikulum matematik biasa tanpa diperkenalkan dengan kalkulator. Satu lagi kebaikan ialah pengalaman kanak - kanak mengenai nilai tempat dan sifir jugga turut diperluaskan. Laporan mengenai penilaian Matematik Keempat ( Lindquist, 1989 ) yang dijalankan di Amerika Syarikat telah memaparkan hasil dapatan berikut :

Secara amnya, pelajar yang menggunakan kalkulator mencapai prestasi yang lebih baik daripada pelajar tanpa menggunakan kalkulator apabila membuat soalan pengiraan.

Pelajar yang menggunakan kalkulator lebih berjaya menyelesaikan soalan yang mana nombor dan operasi yang diberi adalah mengikut susunan dan tidak perlu menyusun semula (reordering ). Perkara ini menjadi lebih ketara untuk soalan yang melibatkan pembahagian.

Di Malaysia, terdapat beberapa rencana yang membincangkan isu kalkulator serta menyokong dan menggalakkan penggunaan kalkulator di sekolah - sekolah pada tahun ( 1984 - 1989 ) oleh (Palanisamy, 1984; Lim 1986; Zaleha Ismail danMaizah Hura Ahmad, 1989), tiada kajian empirikal dijalankan ke atas sampel pelajar di malaysia. keadaan ini berlaku kerana kalkulator masih belum dibenarkan penggunaannya oleh murid sekolah rendah. Penggunaan kalkulator hanya dibenarkan pada peringkat matrikulasi atau Tingkatan Enam ke atas. Walaubagaimanapun, satu kajian telah dijalankan oleh para pendidik ( Abu Osman Md. Taib dan rakan - rakan ) di UKM untuk meninjau kesan kalkulator terhadap sikap dan kebolehan pelajar kursus matrikulasi dalam pelajaran matematik. hasil dapatan mereka adalah seperti berikut:

didapati pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap matematik dengan penggunaan kalkulator dan penggunaan buku sifir.

didapati pelajar boleh menyelesaikan masalah matematik dengan lebih cepat menggunakan kalkulator jika dibandingkan dengan penggunaan buku sifir atau congak.

Page 6: Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik-1

Hasil kajian tempatan ini masih belum dapat mengurangkan atau meyakinkan beberapa pihak yang terlibat tentang penggunaan kalkulator di sekolah tetapi hasil kajian luar negeri sudah sedikit membatasi keraguan ini.

Apa yang boleh dikatakan sekarang ini ialah penyelidikan yang dijalankan mengenai kesan kalkulator ke atas sistem pendidikan di Malaysia mahupun di negara - negara maju belumlah boleh dikatakan menyeluruh, tetapi tidak dapat disangkal bahawa terdapat bukti - bukti hidup yang menunjukkan bahawa murid - murid yang menggunakan kalkulator adalah lebih bermotivasi dan menunjukkan pencapaian yang lebih memberangsangkan daripada mereka yang tidak menggunakannya. Pemerhatian - pemerhatian yang menyeluruh juga menyokong penggunaan kalkulator dalam bilik darjah. Maka, mengapa kita masih mengamalkan kemahiran mengajar yang ketinggalan zaman kepada pelajar kita? Terdapat kajian yang menunjukkan pelajar takut terhadap matematik akibat daripada penggunaan algoritma kertas-pensel yang panjang lebar dan memerlukan banyak langkah dan peraturan yang harus diikuti, misalnya dalam operasi pendaraban dan pembahagian. Telah banyak kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan kalkulator akan menukar sikap pelajar terhadap matematik dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka serta minat terhadap matematik.Secara umum, penggunaan kalkulator mempunyai fungsi yang boleh disimpulkan seperti berikut :

memberi motivasi terhadap pembelajaran matematik secara mendalam dan berterusan;

membekalkan pelajar cara yang lebih mudah dan berkesan untuk membuat penyelesaian masalah;

membenarkan soalan yang lebih mencabar dan mendalam yang memerlukan diberikan kepada pelajar pada peringkat yanglebih awal;

pelajar berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam tentang topik - topik yang berkaitan;

membolehkan pelajar mensintesis jawapan melalui ramalan berdasarkan pola - pola yang diperhatikan;

menggalakkan murid menguasai saiz dan nilai nombor ( bijak nombor ).

Berdasarkan fungsi dan kebaikan seperti di atas sudah cukup untuk menggalakkan penggunaan kalkulator dalam matematik sekolah rendah.

Biasanya pelajar terutama pelajar yang lambat mengalami kesukaran semasa menyelesaikan soalan matematik yang melibatkan penggunaan ayat, bukan kerana mereka tidak faham atau tidak tahu membuat transformasi, tetapi kerana mereka bermasalah dalam menjalankan algoritma operasi itu. Dengan menggunakan kalkulator, pelajar boleh menumpukan perhatian kepada aplikasi konsep dan penyelesaian masalah. Mereka tidak akan diganggu oleh kesukaran membuat kiraan yang panjang lebar. Soalan yang lebih mencabar dan realistik juga boleh diberikan. Ini secara tidak langsung akan menjadi pembelajaran matematik lebih bermakna dan seronok. Sebenarnya, banyak masalah hanya memerlukan anggaran jawapan dan bukan jawapan tepat. Oleh itu pelajar harus diajar cara membezakan dan menentukan kaedah yang paling berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang diberi, sama ada memerlukan hanya anggaran, pengiraan congak, penggunaan algoritma kertas-pensel ataupun kalkulator. Contohnya, kemahiran mengganggar adalah satu kemahiran yang paling berkuasa sekali dalam kehidupan seharian kita. Setelaj membeli barang - barang di pasarraya, kita

Page 7: Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik-1

boleh menggangggar sama ada kiraan bil oleh juru wang betul atau tidak. Seseorang pelajar yang mahir membuat anggaran akan cepat mengecam kesilapan kiraan seperti " 223 + 489 = 1099 " kerana 200 + 400 tidak mungkin menjadi 1000. Oleh itu, pelajar digalakkan membuat anggaran sebelum mengira. Setelah mendapatkan jawapan yang betul dengan kalkulator, galakkan pelajar menaakul sama ada jawapan yang didapati itu munasabah atau tidak Ini akan menyebabkan motivasi belajar matematik di kalangan pelajar akan terus meningkat.

Penutup

Kesimpulannya, penggunaan kalkulator akan menambahkan peluang kepada guru - guru untuk memberi celik - akal dalam matematik. Satu usaha patut dilakukan ke arah memaksimumkan perhubungan di antara fizikal ( kertas dan pensil atau kalkulator ) dan mental khususnya dalam pendidikan matematik sekolah rendah melalui persembahan bilik darjah yang lebih efisien dan berkesan. Sejarah telah menampakkan seribu macam perubahan yang menunjukkan bahawa teknologi lama akan diambil alih oleh teknologi terkini. Contohnya, lampu pam telah digantikan oleh lampu elektrik, komputer menggantikan mesin taip. Adakah kalkulator tidak boleh menggantikan buku sifir atau algoritma atas kertas? Tidak dinafikan mungkin timbul beberapa buah fikiran yang bercanggah untuk menggunakan kalkulator dalam matematik di sekolah rendah tetapi sesuatu yang berfaedah dan mempunyai potensi untuk meningkatkan penguasaan matematik dikalangan pelajar tidak harus diketepikan.

[size=7]Pengajaran Dan Pembelajaran Dengan Bantuan Komputer[/size]Disediakan oleh: Normunyati binti Hashim

Pengenalan dan perkembangan teknologi komputer.

Penggunaan komputer dalam apa jua bidang, sudah menjadi suatu keperluan dewasa ini. Cogankata 'satu komputer, satu rumah' sering kali kita lihat di mana-mana jua, terutamanya akhbar-akhbar tempatan hari ini. Bagi menyempurnakan hasrat ini, kerajaan telah memudahkan kita dengan memberikan kelonggaran untuk mengeluarkan wang simpanan masing-masing melalui akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebanyak RM3500.00 bagi pembelian komputer untuk ahli-ahli KWSP. Dari sini kita sedar, maklumat-maklumat yang bakal dapat dan guna dari penggunaan komputer itu sangat berguna.

Penggunaan komputer dalam pendidikan juga bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah lama diperkenalkan di Amerika Syarikat dan United Kingdom, iaitu sejak awal 60an lagi. Teknologi komputer telah terbukti sebagai mesin elektronik yang anjal dan berkeupayaan tinggi. Kepantasan dan kecekapan komputer dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan pengiraan yang tepat serta menganalisis dan meramal keadaan cuaca, meletakkan kedudukan komputer sebagai media yang semakin diperlukan dalam kehidupan kita.

Selaras dengan perkembangan teknologi, imej komputer sebagai alat terulung, canggih dan mahal, hanya membataskan lagi penggunaannya. Kini selepas 40 tahun teknologi ini digunakan, harga perkakasannya semakin menurun, namun teknologinya terus berkembang pesat. Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia juga turut dikejutkan dengan pelbagai perkembangan dalam teknologi maklumat. Secara kasarnya boleh dikatakan semua institusi pendidikan di negara ini menyediakan kemudahan komputer bagi kegunaan kakitangan-

Page 8: Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik-1

kakitangannya dan juga para pelajar. Cuma apa yang telah diperkatakan oleh ahli teknologi dalam bidang pendidikan ialah komputer lebih sesuai digunakan sebagai alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengayaan Persekitaran Pengajaran Dan Pembelajaran

Di negara maju, banyak usaha telah dijalankan untuk membawa komputer ke bilik darjah. Apa yang diperlukan ialah tenaga pengajar yang kreatif, berdaya maju dan sanggup mempelajari sesuatu yang baru, khususnya teknologi komputer supaya penggunaannya dalam pendidikan dapat diperluaskan. Para pendidiklah yang bertanggungjawab menjadi agen perubahan, dengan menggunakan keupayaan komputer sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana ia bukan sahaja mampu membantu dalam tugas pengurusan pejabat malah berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya, kita boleh lihat penggunaanya daripada 3 perspektif :

2. Komputer sebagai subjek - Pelajar boleh didedahkan untuk mempelajari teknologi komputer sebagai langkah pertama yang harus dipelajari untuk memahami dan menggunakan komputer secara berkesan. Pelajar boleh diterangkan mengenai sejarah penciptaan komputer, bagaimana ia berfungsi, komponen sistem komputer, kerjaya dan kesan penggunaan teknologi komputer terhadap masyarakat.

3. Komputer sebagai alat - Antara cara yang paling berkesan untuk memanfaatkan keupayaan komputer adalah dengan menggunakan komputer sebagai alat untuk membantu kerja-kerja kita supaya menjadi lebih mudah dan berkesan.

4. Komputer sebagai tenaga pengajar - Pengajaran boleh terjadi dalam bentuk persembahan bahan kuliah, soal-jawab dengan pelajar dalam bentuk dialog, menyemak jawapan pelajar dalam sesuatu ujian dan mengulangkaji bahan pengajaran yang diperlukan. Proses pengajaran dan pembelajaran juga boleh berlaku secara individu. Dengan ini pelajar boleh mengambil seberapa banyak masa untuk menelaah mengikut kemampuannya.

Fungsi komputer dalam pengajaran

Sebelum kita berbicara dengan lebih mendalam tentang unsur-unsur yang terdapat dalam pendidikan berkomputer, lebih baik kita imbas kembali pendidikan tradisional yang hanya menggunakan buku, kapur dan papan hitam. Contohnya, dalam sistem pendidikan sekolah pondok yang awal di Malaysia, alat bantu mengajarnya amat terhad. Sistem pendidikannya pula melibatkan guru dan murid sahaja. Guru mengajar murid secara lisan dan murid sedaya-upaya menghafal sebanyak mungkin fakta yang diberikan. Ini berbeza sekali dengan teknologi komputer yang digunakan sekarang.

Komputer berfungsi sebagai tenaga pengajar;

b. sebagai pakar rujuk - Komputer mempunyai banyak kelebihan kerana berupaya menyimpan banyak fakta dan boleh mencapai fakta tersebut dalam masa yang sangat

Page 9: Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik-1

pantas berbanding otak manusia. Ia juga boleh berperanan seperti seorang manusia yang berupaya mengawal banyak perkakasan melalui perintah yang telah diprogramkan. Dengan cara ini, pertukaran mesej berbentuk audio dapat dilakukan di antara pelajar dan komputer melalui set mikrofon dan alat pendengaran yang lain. Kaedah ini membolehkan pelajar dan komputer berdialog mengenai sesuatu topik khusus. Dalam hal ini, komputer merupakan pakar rujuk yang mempunyai pelbagai pengetahuan mengenai sesuatu subjek.

c. sebagai pembimbing atau tutor- Keadaan yang biasa kita lihat di bilik darjah hari ini ialah seseorang guru bertanggungjawab terhadap ramai pelajar. Dengan adanya komputer, ia boleh ditugaskan untuk mengajar hanya seorang pelajar sahaja. Dengan cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan secara individu. Pelajar mempunyai hubungan terus dengan komputer dan berpeluang untuk bertanya hal yang dikehendaki di samping dapat menggalakkan interaksi antara pelajar dan komputer. Ini sangat penting terutamanya kepada pelajar yang malu bertanya di dalam kelas kerana takut untuk mendedahkan yang dia tidak tahu mengenai perkara yang diajar. Ringkasnya, komputer yang mempunyai program yang baik, dapat memenuhi keperluan seseorang pelajar secara individu.

d. sebagai penyimpan rekod akademik - Komputer berupaya menerima dan menyimpan data serta maklumat yang banyak dalam suatu masa. Data yang banyak dan boleh dicapai dengan cepat serta mudah sudah pasti dapat mengurangkan beban guru. Dalam kaedah pencapaian gred sebagai ukuran kemajuan akademik yang digunakan sekarang contohnya guru perlu mencari pembantu untuk memastikan setiap rekod pelajar diuruskan dengan baik dan tepat. Cara yang paling berkesan adalah dengan menggunakan komputer untuk mengendalikan rekod gred tersebut. Komputer tersebut perlu mempunyai program stastik yang telah dibina-dalam supaya boleh mengeluarkan maklumat kepada guru status semasa seseorang murid dan pencapaiannya berbanding pelajar - pelajar lain dalam tersebut. Dalam hal ini, kelas tersebut dikatakan diurus oleh komputer kerana guru tersebut merujuk kepada komputer untuk mendapat maklumat yang dikehendakinya.

e. sebagai penyelia dan penyemak peperiksaan - Peranan komputer dalam mengendalikan ujian serta peperiksaan terbukti berjaya terutamanya bagi ujian yang berbentuk objektif. Ini membolehkan guru meluangkan lebih masa untuk berfikir tentang kesesuaian peperiksaan tersebut di samping mencari jalan untuk mempertingkatkan kualiti soalan. Soalan yang baik seharusnya berkemampuan mengasingkan pelajar dalam kumpulan mengikut kategori cemerlang, sederhana atau lemah berdasarkan kepada pencapaian pelajar - pelajar tersebut. komputer boleh diprogramkan untuk menganalisis setiap soalan berdasarkan pencapaian pelajar. Ini membolehkan guru memikirkan kembali objektif serta soalan tersebut dan mereka bentuk teknik-teknik pengujiannya.

Kebaikan Pengajaran Dan Pembelajaran Bantuan Komputer

2. Keseronokan menggunakan komputer - Kemunculan mikro komputer dalam bilik-bilik darjah boleh menaikan semangat pelajar untuk terus belajar dan mencuba

Page 10: Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik-1

sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Keupayaan komputer sebagai sebuah mesin yang boleh 'berkata-kata' amat menarik perhatian mereka. Jika komputer boleh diprogramkan denngan bahan - bahan pengajaran melalui penyampaian yang menarik, kemungkinan untuk menarik minat pelajar supaya terus belajar adalah tinggi. Para guru harus mengambil peluang ini untuk meningkatkan keberkesanan dan mutu pengajaran mereka melalui teknologi canggih ini. Faktor motivasi amat penting supaya pelajar sentiasa berminat untuk belajar.

3. Penginteraksian - Satu lagi faktor yang boleh menentukan keberkesanan proses pembelajaran ialah penginteraksian di antara pelajar dan guru. Seorang tokoh psikologi Jeremy Anglin menyatakan bahawa;

"Perolehan sesuatu pengetahuan sama ada untuk mengecam sesuatu corak, memahami sesuatu konsep, menyelesai sesuatu masalah atau membina sesuatu teori saintifik, adalah suatu proses yang aktif. Setiap individu harus menganggap dirinya sebagai peserta yang aktif dalam perolehan pengetahuan tersebut"

Satu kesimpulan yang boleh kita ambil daripada kenyataan Anglin ini ialah pembelajaran yang berkesan hanya akan berlaku melalui penyertaan peserta atau pelajar dalam perbincangan yang secara aktif.

4. Pembelajaran yang cepat - Satu lagi keistimewaan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah masa yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu pelajaran adalah kurang. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mendapati bahawa sehingga 30% daripada masa pengajaran dan pembelajaran boleh dijimat, jika komputer digunakan.

5. Tampak - Dengan menggunakan komputer, pelbagai bentuk maklumat boleh disampaikan secara lebih berkesan dan menarik. Penggunaan grafik contohnya, boleh memenuhi objektif ini. Illustrasi berbentuk grafik dan apa jua bentuk gambarajah merupakan cara utama untuk meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kini ia boleh dilakukan dengan mudah dengan bantuan komputer. Kajian juga telah menunjukkan maklumat yang dipelajari dalam bentuk grafik dan gambarajah boleh dikekalkan lebih lama dalam minda pelajar. Di samping itu, ia mudah diingat dan lebih senang untuk diterima oleh neuron minda kita.

6. Komunikasi - Komunikasi diperlukan bagi memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang aktif. Guru seharusnya memainkan peranan yang utama bagi menggalakkan aktiviti komunikasi dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, semasa ketiadaan guru, komputer boleh berfungsi sebagai penggalak komunikasi. Guru masih boleh berkomunikasi dengan pelajarnya sama ada secara perseorangan atau berkumpulan walau di mana jua dia berada, asalkan dia boleh log pada rangkaian tersebut. Mesej yang dihantar juga boleh disimpan semasa ketiadaannya.

Kelemahan Pengajaran Dan Pembelajaran Bantuan Komputer

Page 11: Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik-1

2. Mutu - Faktor masa dan kekurangan tenaga mahir adalah penghalang utama mengapa perisian kursus yang bermutu tinggi sukar dihasilkan. Sungguhpun semakin ramai tenaga pengajar telah terdedah kepada penggunaan komputer, tidak ramai yang mempunyai kemahiran untuk mengguna komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya, komputer kerap disalahgunakan atau tidak digunakan langsung.

3. Kos - Kos pembiayaan projek yang tinggi juga mempengaruhi pembinaan perisian kursus yang berkualiti. Seperti yang telah diterangkan, kos untuk mengupah tenaga mahir adalah tinggi.

4. Masalah sosial - Pendidikan melalui komputer peribadi semakin mendapat perhatian umum. Ini adalah kerana harga peralatan komputer yang semakin murah dan terdapat banyak perisian dalam pasaran. Walau bagaimanapun, anak-anak daripada keluarga yang mampu memiliki komputer juga terdedah kepada bahan pendidikan yang mungkin bagus atau sebaliknya. Oleh itu, pemilihan perisian-perisian oleh ibu bapa, sangat penting agar anak tidak terpengaruh dengan bahan pendidikan yang kurang sihat.

5. Bantahan tenaga pengajar - Ramai yang berasa takut untuk mempelajari teknologi baru dalam bidang komputer. Oleh itu, mereka enggan memberi kerjasama dalam pembangunan teknologi ini terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan.

Masa Depan Komputer Dalam Pendidikan

Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna komputer dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.

[size=7]ICT DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK[/size]PENULIS: PUAN THILAGAWATHY A/P RAMAKRISHNAN

Pengenalan

Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju sepertimana yang diwawaskan dalam Wawasan 2020. Dasar-dasar Pendidikan Negara sentiasa dikaji dan kurikulum pendidikan dikemas kinikan bagi meningkatkan mutu pendidikan dan memastikan keberkesanan

Page 12: Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik-1

pelaksanaannya sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran alaf baru. Kurikulum Sekolah Bestari digubal dengan mengambil contoh amalan-amalan yang terbaik di seluruh dunia serta menggabungkan elemen-elemen yang akan membolehkan sistem