PENGGUNAAN KAEDAH PETAK BIJAK DALAM MENGATASI …

12
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017) Untuk memetik artikel ini: Ramli, S. H. A, & Daud, M. Y. (2017). Penggunaan kaedah petak bijak dalam mengatasi masalah mencari hasil darab dan bahagi: Satu kajian tindakan. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017). 65 PENGGUNAAN KAEDAH PETAK BIJAK DALAM MENGATASI MASALAH MENCARI HASIL DARAB DAN BAHAGI: SATU KAJIAN TINDAKAN Siti Hajar Aishah Ramli (Pengarang Penghubung) Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA [email protected] Md Yusoff Daud Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA [email protected] ABSTRAK Darab dan bahagi merupakan salah satu kemahiran asas matematik. Kepentingan kemahiran ini sekiranya tidak dikuasai oleh para pelajar pada peringkat sekolah rendah lagi akan membantut penguasaan kemahiran-kemahiran matematik pada peringkat yang lebih tinggi. Atas kesedaran ini, satu kajian telah dibuat untuk mengenalpasti perbezaan antara kaedah pengajaran fakta asas darab secara tradisional berbanding dengan Kaedah Petak Bijak. Kaedah Petak Bijak ini dibangunkan berasakan kepada analisis kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran darab dan bahagi. Responden kajian terdiri daripada 10 orang murid Tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan Jongok Batu, Dungun (Kategori Sekolah Kurang Murid Luar Bandar) dimana tahap pencapaian murid yang hampir sama. Pendekatan Kaedah Petak Bijak dalam menyelesaikan masalah mencari hasil darab dan bahagi telah didedahkan kepada murid selama 10 minit sebelum waktu pengajaran. Ujian pra dan pos digunakan untuk melihat perbezaan peningkatan pencapaian murid. Sesi pemerhatian dan temubual turut dijalankan kepada 10 orang murid untuk melihat dan mengenalpasti secara lebih mendalam sejauhmana minat mereka berkaitan dengan penggunaan Kaedah Petak Bijak. Selepas kajian didapati peningkatan peratusan untuk ujian pos menggunakan Kaedah Petak Bijak meningkat sebanyak 70%. Berasaskan data temubual dan pemerhatian, murid-murid menyatakan bahawa Kedah Petak Bijak ini dapat meningkatkan minat mereka terhadap penguasaan operasi darab dan bahagi. Justeru itu, Kaedah Petak Bijak ini boleh disyorkan untuk digunakan sebagai bahan bantu belajar berbanding kaedah tradisional dalam meningkatkan penguasaan murid bagi operasi darab dan bahagi. Kata Kunci: Kaedah Petak Bijak; Fakta Asas Darab ABSTRACT Multiplication and division is one of the basic mathematical skills. The importance of this skill if not dominated by students at the primary school level will retard the mastery of mathematical skills at a higher level. With this in mind, a study was made to identify the differences between the methods of teaching basic multiplication facts is traditionally compared with the Smart Grid Method. Smart grid method was developed based on the analysis of the weaknesses of students in mastering multiplication and division skills. The respondents consisted of 10 students from Year 4 Sekolah Kebangsaan Batu Jongok, Dungun (Category Schools Poor Students in Rural) where the level of student achievement that is almost the same. Smart Grid Method approach in solving the problem of finding the multiplication and division was exposed to students for 10 minutes before the lesson. Pre and post test used to spot the differences increase student achievement. Observations and interviews sessions were conducted to 10 students to see and identify more closely associated with the use of Smart Grid Method. The result shows there is an increase in the percentage of the post test using methods Smart Grid is 70%. Based on data from interviews and observations, the students stated that the use of Smart Grid Method can increase their interest in mastering the operation of multiplication and division Hence, Smart Grid Method can be recommended for use as a teaching aids compared to traditional methods to enhance pupils’ ability in mastering multiplication and division skills.

Transcript of PENGGUNAAN KAEDAH PETAK BIJAK DALAM MENGATASI …

Page 1: PENGGUNAAN KAEDAH PETAK BIJAK DALAM MENGATASI …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Untuk memetik artikel ini: Ramli, S. H. A, & Daud, M. Y. (2017). Penggunaan kaedah petak bijak dalam mengatasi masalah mencari hasil darab dan bahagi: Satu kajian

tindakan. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).

65

PENGGUNAAN KAEDAH PETAK BIJAK DALAM MENGATASI

MASALAH MENCARI HASIL DARAB DAN BAHAGI: SATU KAJIAN

TINDAKAN

Siti Hajar Aishah Ramli (Pengarang Penghubung)

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

[email protected]

Md Yusoff Daud

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

[email protected]

ABSTRAK Darab dan bahagi merupakan salah satu kemahiran asas matematik. Kepentingan kemahiran ini sekiranya tidak

dikuasai oleh para pelajar pada peringkat sekolah rendah lagi akan membantut penguasaan kemahiran-kemahiran

matematik pada peringkat yang lebih tinggi. Atas kesedaran ini, satu kajian telah dibuat untuk mengenalpasti

perbezaan antara kaedah pengajaran fakta asas darab secara tradisional berbanding dengan Kaedah Petak Bijak.

Kaedah Petak Bijak ini dibangunkan berasakan kepada analisis kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran

darab dan bahagi. Responden kajian terdiri daripada 10 orang murid Tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan Jongok Batu,

Dungun (Kategori Sekolah Kurang Murid Luar Bandar) dimana tahap pencapaian murid yang hampir sama.

Pendekatan Kaedah Petak Bijak dalam menyelesaikan masalah mencari hasil darab dan bahagi telah didedahkan

kepada murid selama 10 minit sebelum waktu pengajaran. Ujian pra dan pos digunakan untuk melihat perbezaan

peningkatan pencapaian murid. Sesi pemerhatian dan temubual turut dijalankan kepada 10 orang murid untuk

melihat dan mengenalpasti secara lebih mendalam sejauhmana minat mereka berkaitan dengan penggunaan Kaedah

Petak Bijak. Selepas kajian didapati peningkatan peratusan untuk ujian pos menggunakan Kaedah Petak Bijak

meningkat sebanyak 70%. Berasaskan data temubual dan pemerhatian, murid-murid menyatakan bahawa Kedah

Petak Bijak ini dapat meningkatkan minat mereka terhadap penguasaan operasi darab dan bahagi. Justeru itu,

Kaedah Petak Bijak ini boleh disyorkan untuk digunakan sebagai bahan bantu belajar berbanding kaedah tradisional

dalam meningkatkan penguasaan murid bagi operasi darab dan bahagi.

Kata Kunci: Kaedah Petak Bijak; Fakta Asas Darab

ABSTRACT Multiplication and division is one of the basic mathematical skills. The importance of this skill if not dominated by

students at the primary school level will retard the mastery of mathematical skills at a higher level. With this in

mind, a study was made to identify the differences between the methods of teaching basic multiplication facts is

traditionally compared with the Smart Grid Method. Smart grid method was developed based on the analysis of the

weaknesses of students in mastering multiplication and division skills. The respondents consisted of 10 students from

Year 4 Sekolah Kebangsaan Batu Jongok, Dungun (Category Schools Poor Students in Rural) where the level of

student achievement that is almost the same. Smart Grid Method approach in solving the problem of finding the

multiplication and division was exposed to students for 10 minutes before the lesson. Pre and post test used to spot

the differences increase student achievement. Observations and interviews sessions were conducted to 10 students to

see and identify more closely associated with the use of Smart Grid Method. The result shows there is an increase in

the percentage of the post test using methods Smart Grid is 70%. Based on data from interviews and observations,

the students stated that the use of Smart Grid Method can increase their interest in mastering the operation of

multiplication and division Hence, Smart Grid Method can be recommended for use as a teaching aids compared to

traditional methods to enhance pupils’ ability in mastering multiplication and division skills.

Page 2: PENGGUNAAN KAEDAH PETAK BIJAK DALAM MENGATASI …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Penggunaan Kaedah Petak Bijak dalam Mengatasi Masalah Mencari Hasil Darab dan Bahagi: Satu Kajian Tindakan

66

Keywords: Smart Grid Method, the basic multiplication facts

PENGENALAN

Bidang pengajian matematik sangat penting dalam kehidupan seharian masyarakat sejak dahulu lagi. Pendidikan di

Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan bagi melahirkan individu yang cemerlang dari pelbagai aspek dan

berketrampilan. Justeru, setiap pelajar haruslah mempelajari setiap cabang ilmu yang ada selagi mempunyai

peluang. Matematik diletakkan sebagai salah satu cabang ilmu yang penting untuk dipelajari oleh pelajar-pelajar.

Menurut Mokhtar Hj. Mansor (2004), matematik adalah satu bidang pengajian yang sangat penting untuk

dimasukkan dalam sukatan di sekolah. Pernyataan ini disokong oleh Ashlock (1972), (dalam Mokhtar Hj. Mansor,

2004) yang memberi pernyataan bahawa memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa adalah penting untuk setiap

kanak-kanak mempelajari matematik di sekolah.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), matlamat pendidikan matematik di sekolah rendah adalah untuk

membina dan memperkembangkan kemahiran dan kefahaman berkaitan dengan konsep nombor dan kemahiran asas

mengira untuk operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian dalam penyelesaian masalah harian.

Penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang berteraskan penyelesaian masalah juga

dimasukkan dalam Sukatan Pelajaran Matematik di sekolah. Ini secara tidak langsungnya akan menggalakkan

pelajar-pelajar untuk berfikir secara rasional dan mencari idea-idea yang bernas sebelum membuat sesuatu operasi

penyelesaian masalah. Kandungan mata pelajaran Matematik di sekolah rendah dibahagikan kepada empat bidang

pembelajaran yang utama iaitu nombor, ukuran, bentuk dan ruang dan statistik.

Tidak dinafikan bahawa teknik menghafal prosedur dan operasi dapat menghasilkan penyelesaian yang betul bagi

masalah matematik yang rutin dan bukan rutin (Zainuddin 2010). Dalam penyelesaian masalah matematik, murid

tidak harus dikongkong oleh satu teknik penyelesaian yang biasa disampaikan oleh guru sahaja. Teknik lain yang

sesuai perlu digalakkan, lebih-lebih lagi yang bersesuaian dengan peringkat perkembangan kognitif murid,

pengalaman dan persekitaran pembelajaran yang dilalui oleh murid. Menurut Teori Perkembangan Kognitif Piaget

(1952), menyatakan bahawa tahap perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan mengalami perubahan melalui

empat peringkat iaitu sensori-motor (0-2 tahun), pra-operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi

formal (12 tahun hingga dewasa). Justeru,murid-murid sekolah rendah berada di peringkat operasi konkrit dan pada

peringkat ini, murid-murid sangat memerlukan bahan sokongan yang bersifat maujud atau menggunakan ‘hands-on

material’.

Dalam pengajaran Matematik di sekolah rendah, masalah yang amat ketara adalah dalam topik sifir, darab dan

bahagi. Murid-murid di sekolah rendah seharusnya menguasai konsep asas darab dan bahagi iaitu melibatkan sifir.

Operasi penambahan dan penolakan merupakan salah satu topik yang mudah tetapi apabila melibatkan operasi

pendaraban dan pembahagian,murid-murid mengalami masalah yang boleh dikatakan agak serius (Mazuin, 2009).

Antara faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah ini ialah teknik yang diajar, persekitaran dan perbezaan

individu.

Azizi dan Hu Laey Nee (2010) menyatakan bahawa ramai murid gagal dalam menguasai Matematik dengan baik

kerana mereka menghadapi masalah untuk menguasai konsep operasi asas. Operasi asas yang dimaksudkan ialah

operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Stanley Gawing dan Julaihei (2006) menyatakan bahawa antara keempat-

empat operasi asas ini, murid dilihat agak sukar dan menghadapi masalah dalam menguasai fakta asas darab.

Penyataan ini turut disokong oleh Azizi dan Hu Laey Nee (2010) di mana mereka menyatakan bahawa di

kebanyakan sekolah, operasi darab dan bahagi merupakan satu operasi yang sukar dikuasai murid. Penyataan-

penyataan ini ditegaskan lagi oleh Cooper (1994) yang menyatakan bahawa fakta asas pendaraban adalah lebih

sukar bagi sesetengah murid kerana coraknya adalah kurang jelas dan nombor-nombor yang terlibat lebih besar.

Fenomena ini berlaku kerana murid hanya diarahkan untuk menghafal fakta asas darab sahaja tanpa memahaminya

(Aida, 2006). Sedangkan, fakta asas darab adalah sangat berkait rapat dengan fakta asas tambah kerana darab

merupakan hasil daripada penambahan berulang.

Menurut Matematik KSSR, guru-guru dibekalkan dengan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Nombor

dan Operasi. Ia merupakan salah satu panduan yang boleh digunakan kepada murid-murid dalam pengajaran dan

Page 3: PENGGUNAAN KAEDAH PETAK BIJAK DALAM MENGATASI …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Penggunaan Kaedah Petak Bijak dalam Mengatasi Masalah Mencari Hasil Darab dan Bahagi: Satu Kajian Tindakan

67

pembelajaran di bilik darjah. Modul pengajaran ini secara tidak langsungnya akan membantu guru terutamanya

guru-guru Matematik mengatasi masalah penguasaan kemahiran darab murid.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Kita sentiasa mendengar bahawa murid mengalami masalah dalam menghafal sifir dan menganggap Matematik

merupakan satu mata pelajaran yang susah. Tambahan pula, ada yang berkata bahawa Matematik adalah mata

pelajaran yang membosankan. Mengapakah keadaan demikian terjadi? Salah satu faktanya adalah salah faham

tentang cara-cara bagaimana murid-murid di sekolah rendah dan menengah mempelajari Matematik. Sebagai

contoh, pada masa dahulu apabila mengajar operasi darab di sekolah rendah, guru cuma menulis sifir darab pada

papan tulis dan murid menyalinnya ke dalam buku latihan. Kemudian, murid-murid menghafalnya dan meluahkan

semuanya tanpa berfikir langsung apabila disoal oleh guru (Chien, 2000).

Selalunya, murid-murid tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak tahu bagaimana menyelesaikan soalan yang

melibatkan operasi darab dan bahagi kerana mereka lemah dalam sifir. Menurut Cooper (1994), sesetengah murid

mendapati corak adalah berguna dalam mempelajari pendaraban dan pembahagian. Oleh itu, kajian ini memfokus

kepada satu kaedah lain iaitu Petak Bijak dalam membantu murid untuk menguasai sifir daripada sifir 6 sehingga

sifir 9 seterusnya dapat menjawab soalan darab dan bahagi.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:

a) Mengenalpasti punca-punca kelemahan murid dalam penguasaan operasi darab dan bahagi dan

membangunkan kit Kaedah Petak Bijak.

b) Mengkaji keberkesanan penggunaan Kaedah Petak Bijak dalam meningkatkan penguasaan operasi darab

dan bahagi dalam mata pelajaran Matematik.

c) Mengenalpasti sejauhmana minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan

penggunaan Kaedah Petak Bijak.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan berikut;

a) Apakah punca-punca kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid tahun 4 dalam penguasaan operasi darab

dan bahagi?

b) Adakah pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kaedah Petak Bijak berkesan dalam meningkatkan

penguasaan operasi darab dan bahagi murid?

c) Adakah penggunaan Kaedah Petak Bijak dapat meningkatkan minat murid terhadap pengajaran dan

pembelajaran Matematik?

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini merupakan kajian tindakan. Kajian tindakan merupakan satu kajian yang sesuai digunakan

untuk mencari penyelesaian kepada msalah praktikal yang berlaku, mengenalpasti tindakan yang perlu diaplikasikan

dan meneliti kesan ke atas tindakan yang diambil. (Nik Azis, 2014). Kajian ini menggunakan model kajian tindakan

Kemmis & Mc Taggart (1988) sebagai panduan pelaksanaan kajian.

Dalam kajian ini, kaedah kualitatif dan kuantitatif digunakan. Untuk kaedah kuantitatif, data dikumpul

menggunakan ujian pra dan ujian pos. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu

menggunakan min dan peratus. Kaedah kualitatif pula menggunakan analisis dokumen daripada latihan-latihan

murid, temubual berstruktur dan pemerhatian. Data kualitatif melalui temubual ditranskrip dan tema dikenalpasti

melalui proses pengekodan. Untuk pemerhatian, data dicatatkan dalam jadual pemerhatian.

Page 4: PENGGUNAAN KAEDAH PETAK BIJAK DALAM MENGATASI …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Penggunaan Kaedah Petak Bijak dalam Mengatasi Masalah Mencari Hasil Darab dan Bahagi: Satu Kajian Tindakan

68

Lokasi, Populasi dan Responden Kajian

Lokasi kajian ini ialah di dalam satu kawasan pedalaman di daerah Dungun, Terengganu dengan jarak 75 km dari

Bandar Dungun. Tahun 4A merupakan satu-satunya kelas di Sekolah Kebangsaan Jongok Batu. Murid-murid di

Tahun 4A ini terdiri daripada murid-murid kawasan luar bandar dan pedalaman di mana kebanyakan daripada

mereka terdiri daripada anak pekebun, peladang dan tidak bekerja. Hanya 10% sahaja daripada mereka terdiri

daripada anak seorang guru dan pekerja buruh binaan. Responden di dalam kelas ini kesemuanya berbangsa Melayu

dan beragama Islam. Kajian akan melibatkan sampel murid-murid yang berada di Tahap 2 iaitu murid-murid Tahun

4A di Sekolah Kebangsaan Jongok Batu, Dungun, Terengganu iaitu seramai 10 orang. Murid-murid ini terdiri

daripada 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.

Prosedur Kajian

Sebelum menjalankan kajian, analisis dokumen melalui latihan dan kertas peperiksaan responden dibuat bagi

melihat sejauh mana tahap kefahaman penguasaan responden dan juga melihat kesilapan yang dilakukan oleh

mereka. Selain itu juga, temubual berstuktur dan pemerhatian tidak berstruktur dilakukan tanpa merujuk kepada set

aktiviti yang telah dikenal pasti. Tingkahlaku responden diperhatikan berkaitan dengan minat mereka dalam subjek

matematik khususnya bagi penguasaan operasi darab dan bahagi. Ujian pra dilaksanakan ke atas responden

bertujuan mengesan tahap pencapaian mereka terhadap penguasaan sifir dalam menyelesaikan operasi darab dan

bahagi sebelum kaedah Petak Bijak dilaksanakan.

Seterusnya, responden diperkenalkan dengan Kaedah Petak Bijak dan dilatih secara berperingkat-peringkat selama

10 minit sebelum sesi pengajaran Matematik bermula. Kaedah ini dilatih secara konsisten dan sistematik kepada

sampel kajian. Ujian pos pula diberikan setelah penggunaan Kaedah Petak Bijak dilaksanakan. Ujian pos ini

bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan Kaedah Petak Bijak bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh

responden iaitu berkaitan dengan operasi pendaraban dan operasi bahagi. Sekali lagi, temubual dijalankan untuk

mengetahui minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan penggunaan Kaedah Petak Bijak.

Kaedah Kajian

Kaedah Petak Bijak merupakan pendekatan pembelajaran sifir 1 hingga 9 berdasarkan jadual petak sifir yang terdiri

daripada 9 × 9 kotak yang dibina sedemikian rupa oleh responden sendiri seperti berikut:

Page 5: PENGGUNAAN KAEDAH PETAK BIJAK DALAM MENGATASI …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Penggunaan Kaedah Petak Bijak dalam Mengatasi Masalah Mencari Hasil Darab dan Bahagi: Satu Kajian Tindakan

69

Rajah 1. Petak Bijak

Namun begitu, untuk memudahkan pengajaran, ‘template’ Petak Bijak disediakan terlebih dahulu dan diberikan

kepada responden sebagai pengenalan kepada mereka. Responden kemudiannya dikehendaki mengisi nombor 1

hingga 9 secara mendatar dan menegak di dalam petak yang disediakan.

Rajah 2. Petak Bijak

1 2 3 4 5 6 7 8 9

2

3

4

5

6

7

8

9

Page 6: PENGGUNAAN KAEDAH PETAK BIJAK DALAM MENGATASI …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Penggunaan Kaedah Petak Bijak dalam Mengatasi Masalah Mencari Hasil Darab dan Bahagi: Satu Kajian Tindakan

70

Kesemua petak perlu diisi oleh responden dengan melakukan pendaraban 1 hingga 9 sehinggalah kesemua petak

dipenuhkan. Petak yang telah lengkap akan menjadi seperti di bawah:

Rajah 3. Petak Bijak

Kaedah Petak Bijak ini merupakan satu kaedah yang sangat mudah digunakan bertujuan untuk membantu

menyelesaikan masalah murid dalam topik pendaraban dan pembahagian. Nama Kaedah petak Bijak ini diambil

kerana apabila kita lihat keseluruhan petak itu, ia melibatkan penggandaan nombor asal dimana terbentuknya sifir.

Responden mestilah melengkapkan petak Bijak ini secara individu tanpa bantuan rakan-rakan. Petak Bijak ini

diberikan secara berperingkat kepada responden. Pada peringkat 1, responden dikehendaki melengkapkan Petak

Bijak bermula dari sifir 1 hingga 3. Pada peringkat 2, responden dikehendaki melengkapkan Petak Bijak dari sifir 4

hingga sifir 6 dan peringkat 3 pula dari sifir 7 hingga sifir 9. Kajian ini dilaksanakan selama 3 minggu dan setiap

minggu peringkat yang berlainan akan dilaksanakan sehingga responden mahir melengkapkan Petak Bijak

berkenaan. Pada minggu 4, responden akan diminta untuk melengkapkan kesemua Petak Bijak bermula dari sifir 1

hingga sifir 9.

DAPATAN KAJIAN

Soalan Kajian 1 : Apakah punca-punca kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid tahun 4 dalam

penguasaan operasi darab dan bahagi?

1 2 3 4 5 6 7 8 9

2 4 6 8 10 12 14 16 18

3 6 9 12 15 18 21 24 27

4 8 12 16 20 24 28 32 36

5 10 15 20 25 30 35 40 45

6 12 18 24 30 36 42 48 54

7 14 21 28 35 42 49 56 62

8 16 24 32 40 48 56 64 72

9 18 27 36 45 56 63 72 81

Page 7: PENGGUNAAN KAEDAH PETAK BIJAK DALAM MENGATASI …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Penggunaan Kaedah Petak Bijak dalam Mengatasi Masalah Mencari Hasil Darab dan Bahagi: Satu Kajian Tindakan

71

a) Contoh kesalahan yang dilakukan oleh responden 1

Rajah 1.1. Mendarab dengan sifir yang salah

b) Contoh kesalahan yang dilakukan oleh responden 2

Rajah 1.2. Menambah hasil darab dengan salah

Page 8: PENGGUNAAN KAEDAH PETAK BIJAK DALAM MENGATASI …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Penggunaan Kaedah Petak Bijak dalam Mengatasi Masalah Mencari Hasil Darab dan Bahagi: Satu Kajian Tindakan

72

c) Contoh kesalahan yang dilakukan oleh murid 3

Rajah 1.3. Tidak mengingati sifir. Menganggap apabila 0 didarab dengan 7 menghasilkan nilai 7

Soalan Kajian 2 : Adakah pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kaedah Petak Bijak berkesan dalam

meningkatkan penguasaan operasi darab dan bahagi murid?

Bagi menjawab persoalan kajian 2, ujian pra dan ujian pos telah dijalankan. Responden telah diberikan 20 soalan

dalam ujian pra iaitu berkaitan dengan darab dan bahagi. Masa selama 40 minit telah diberikan kepada responden

bagi ujian pra.Ujian pra diberikan bagi melihat sejauhmana pencapaian responden dalam operasi darab dan bahagi

sebelum Kaedah Petak Bijak diperkenalkan. Ujian pos pula diberikan setelah Kaedah Petak Bijak dilaksanakan iaitu

sebanyak 20 soalan diberikan kepada responden selama 40 minit.

Jadual 2.1 menunjukkan perbandingan pencapaian berdasarkan ujian pra dan ujian pos sebelum dan selepas

intervensi dijalankan.

Rajah 2.1. Analisis Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos

MARKAH GRED PERATUS LULUS

UJIAN PRA (%)

PERATUS LULUS

UJIAN POS (%)

80-100 A 0 40

60-79 B 0 40

40-59 C 30 20

20-39 D 40 0

0-19 E 30 0

Page 9: PENGGUNAAN KAEDAH PETAK BIJAK DALAM MENGATASI …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Penggunaan Kaedah Petak Bijak dalam Mengatasi Masalah Mencari Hasil Darab dan Bahagi: Satu Kajian Tindakan

73

Rajah 2.1. Perbandingan peratus lulus ujian pra dan ujian pos

Berdasarkan Jadual 2.1 dan Rajah 2.1, jelas dapat dilihat responden menunjukkan peningkatan selepas Kaedah Petak

Bijak diperkenalkan. Peningkatan markah setiap murid menunjukkan nilai yang positif.

Rajah 2.2. Perbandingan Peratus Lulus Ujian Pra dan Ujian Pos

Peratus lulus Ujian Pra Peratus lulusUjian Pos Perbezaan peratus

30% 100% + 70%

Soalan Kajian 3: Adakah penggunaan Kaedah Petak Bijak dapat meningkatkan minat murid terhadap

pengajaran dan pembelajaran Matematik?

Melalui kaedah temubual dan pemerhatian yang dijalankan untuk melihat peningkatan minat murid terhadap

pengajaran dan pembelajaran Matematik, analisis menunjukkan semua responden memberikan jawapan yang positif.

Dengan adanya Kaedah Petak Bijak, ia membantu mereka menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan mencari

hasil darab dan bahagi dengan cepat dan tepat. Mereka tidak perlu menghafal sifir dan hanya membina kerangka

Petak Bijak.

Berikut adalah petikan temu bual bersama beberapa responden kajian:

Responden Kajian 1: “………….saya dapat membuat latihan darab dan bahagi dengan cepat dan betul….”

Responden Kajian 5: “………….. senang untuk saya kira dan terus dapat jawapan dengan tepat…..”

Responden Kajian 8: “………subjek Matematik senang, cikgu….”

Responden Kajian 10: “……saya suka belajar Kaedah Petak Bijak kerana senang untuk membinanya…”

Berikut adalah data pemerhatian terhadap responden semasa sesi pengajaran di dalam kelas:

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

A B C D E

80-100 60-79 40-59 20-39 0-19

PERATUS UJIAN PRA (%)

PERATUS UJIAN POS (%)

Page 10: PENGGUNAAN KAEDAH PETAK BIJAK DALAM MENGATASI …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Penggunaan Kaedah Petak Bijak dalam Mengatasi Masalah Mencari Hasil Darab dan Bahagi: Satu Kajian Tindakan

74

Jadual 3.1. Pemerhatian Terhadap Aspek Menjawab Latihan

ASPEK MENJAWAB SOALAN BILANGAN MURID SEBELUM BILANGAN MURID SELEPAS

Bila murid tidak dapat jawapan

yang betul, murid terus berhenti.

9 1

Murid akan mengambil masa

yang panjang untuk

menyelesaikan soalan matematik.

10 3

Murid akan cuba menyelesaikan

soalan matematik sehingga dapat

jawapan yang betul.

2 10

Murid bertanya kepada guru. 10 1

Jadual 3.2. Pemerhatian Terhadap Aspek Keyakinan Diri

ASPEK KEYAKINAN DIRI BILANGAN MURID SEBELUM BILANGAN MURID SELEPAS

Murid yakin dapat menyelesaikan

soalan matematik.

3 9

Murid dapat menyelesaikan

soalan matematik lebih baik

daripada rakan yang lain

1 10

Murid memerlukan bantuan

orang lain untuk menyelesaikan

soalan matematik

10 0

Murid adalah seorang yang sangat

mahir menyelesaikan soalan

matematik.

0 10

PERBINCANGAN

Kesesuaian untuk menggunakan Kaedah Petak Bijak.

Berdasarkan kepada dapatan hasil kajian ini didapati telah terbukti keberkesanan penggunaan Kaedah Petak Bijak

ini dalam mencari hasil darab dan bahagi bagi murid-murid tahun 4A. Berdasarkan kajian dan dapatan yang

diperoleh, terdapat juga beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki lagi pada masa yang akan datang untuk

menjadikan kajian tindakan lebih berkesan dan bermakna.

Bagi menjalankan kajian pada masa akan datang, dicadangkan agar pengkaji menggunakan sampel yang lebih besar.

Sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah seramai 10 orang. Apabila kita menggunakan sampel yang lebih

besar, hasil kajian atau keputusan yang akan diperolehi pada akhir kajian lebih memuaskan. Selain daripada itu,

keberkesanan kaedah yang digunakan lebih terserlah.

Selain pada itu juga, adalah disarankan untuk melibatkan semua responden dalam tahun tersebut. Ini kerana, kaedah

yang dilakukan tidak hanya tertumpu kepada responden di kelas yang pandai sahaja malahan boleh digunakan pada

responden yang berada di kelas yang lemah juga. Dengan ini, secara tidak langsungnya kesesuaian penggunaan

Kaedah Petak Bijak itu lebih efektif. Penggunaan Kaedah Petak Bijak ini tidak hanya tertumpu kepada sebuah

sekolah sahaja. Ia boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah yang lain juga. Sebagai contoh di sekolah bandar. Dengan

ini hasil dan keberkesanan bagi penggunaan Kaedah Petak Bijak ini di sekolah yang berlainan dapat dilihat.

Tahap pencapaian murid dalam menyelesaikan operasi darab dan bahagi dengan penggunaan Kaedah Petak

Bijak.

Berdasarkan dapatan kajian, didapati terdapat peningkatan pencapaian dalam mencari hasil darab dan bahagi dengan

menggunakan Kaedah petak Bijak. Murid tidak lagi bergantung semata-mata dengan teknik hafalan sifir. Dengan

menggunakan Kaedah petak Bijak yang menekankan kepada teknik visual dan membina sendiri ‘template’ akan

lebih meningkatkan daya ingatan murid terhadap sifir. Menurut Isahak Harun et. al. (2008) suatu kaedah pengajaran

dan pembelajaran alternatif perlulah diwujudkan di dalam pengajaran dan pembelajaran terutama kepada murid-

Page 11: PENGGUNAAN KAEDAH PETAK BIJAK DALAM MENGATASI …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Penggunaan Kaedah Petak Bijak dalam Mengatasi Masalah Mencari Hasil Darab dan Bahagi: Satu Kajian Tindakan

75

murid yang belum mencapai tahap penguasaan yang baik. Ini dapat dibuktikan di sekolah-sekolah pedalaman di

mana tahap pencapaian mereka berada di tahap yang sederhana. Justeru, dengan adanya teknik dan pendekatan yang

pelbagai, akan membantu mereka meningkatkan tahap penguasaan dan pencapaian murid dalam operasi darab dan

bahagi.

IMPLIKASI KAJIAN

Pengunaan Kaedah Petak Bijak telah memberi implikasi yang positif terhadap pencapaian murid-murid. Ini dapat

dilihat dari pencapaian markah ujian yang dijalankan iaitu ujian pra dan ujian pos. Peningkatan yang

membanggakan itu membuktikan bahawa Kaedah petak Bijak ini banyak mempengaruhi murid-murid dengan

menarik mereka untuk lebih bersemangat untuk belajar. Selain daripada itu, Kaedah petak Bijak ini merupakan satu

kaedah baru bagi mereka dan sudah pastinya mereka berasa sangat teruja untuk mempelajarinya.

Selain daripada itu juga, perubahan minat dan persepsi murid-murid juga amat ketara dilihat selepas Kaedah Petak

Bijak ini diperkenalkan. Mereka melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan dan koperatif

antara rakan mereka. Apabila semangat berkolaborasi wujud dalam kalangan mereka, tidak akan timbul daripada

mereka yang pasif di dalam kelas. Pembelajaran secara koperatif membolehkan murid-murid mencapai tahap

penguasaan yang maksimum berbanding dengan pembelajaran secara individu (Effandi, 2005). Di samping itu juga,

dengan tercetusnya satu kaedah baru seperti Kaedah Petak Bijak ini, secara tidak langsungnya mewujudkan satu

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Sebagai guru, adalah menjadi satu tanggungjawab

untuk mempersiapkan diri untuk menjadi seorang yang kreatif dalam penciptaan kaedah pengajaran baru agar

murid-murid tidak akan cepat berasa bosan dan mereka boleh memahami sesuatu konsep dengan cepat dan

berkesan. Menurut (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010), sebelum seseorang itu disahkan menjadi guru, mereka

haruslah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mantap dalam bidang yang diceburi.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kajian ini dapat menjelaskan keberkesanan penggunaan Kaedah Petak Bijak dalam

membantu murid meningkatkan penguasaan dan pencapaian mereka dalam mencari hasil darab dan bahagi dengan

penggunaan sifir. Hal ini perlu diberi perhatian yang serius kerana pendidikan pada zaman sekarang telah memasuki

abad ke-21 yang memfokuskan kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Murid pada zaman sekarang

didedahkan kepada soalan-soalan bukan rutin yang memerlukan pemahaman dan penguasaan konsep-konsep asas

yang lebih mantap supaya dapat diaplikasikan untuk menjawab soalan-soalan beraras tinggi.

Rujukan

Aida Ibrahim. (2006). Kajian Tindakan ‘Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak

Fakta Asas Darab melalui Pendekatan Permainan Domino’ Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah

Kluang, Johor

Ashlock, R. B (1972). Error Patterns in Computation: A Semi-programmed Approach.

Columbus, Ohio: Charles E. Merill Publishing Co.

Azizi Subeli & Hu, laey Nee. (2010). Kesan Penggunaan Kaedah Petak Magik Dalam

Kemahiran Mendarab dalam Prosiding Seminar Penyelidikan (SPTMTE2010). Diterbitkan oleh Jabatan

Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Sarwak: Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, 31-41

Chien Lee Shing (2000). Strategies Used By Primary Two Students To Solve

Multiplications and Divisions Problems. Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Samarahan, Sarawak. Bil 10

Cooper, R. (1994). Alternative Math Techniques Instructional Guide dalam Database ERIC

Digital Dissertations. (Online).

Effandi Zakaria (2005). Asas Pembelajaran Koperatif Dalam Matematik. Shah Alam: Karisma

Publications Sdn. Bhd

Isahak Haron, Abdul Latif Hj. Gapor, Md Imasir Masran, Abdul Halim Ibrahim, Mariam

Mohamed Nor. 2008. Kesan Dasar Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa I Inggeris di

Sekolah Rendah. http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/495/1

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun

4, Pusat Perkembangan Kurikulum. KPM. Kuala Lumpur.

Page 12: PENGGUNAAN KAEDAH PETAK BIJAK DALAM MENGATASI …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Penggunaan Kaedah Petak Bijak dalam Mengatasi Masalah Mencari Hasil Darab dan Bahagi: Satu Kajian Tindakan

76

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Kurikulum Bersepadu SekolahMenengah.

Mokhtar Hj. Mansor (2004). Kaedah Mokhdar: Falsafah danLatihan Asas. Pulau

Pinang: Mokhdar M’ment Sdn. Bhd.

Mazuin binti Ahmad Kiprawi. 2009. Buku Kecil: Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun

2009. Batu Lintang. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Jilid 3, pp 1-11.

Nik Azis Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM.

Kuala Lumpur: DBP.

Nik Azis Nik Pa (2014). Penghasilan Disertasi Berkualiti dalam Pendidikan Matematik.

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Piaget J, Ralston, A (1952). Questions About Precollege Mathematics Education,

Mathematics Intelligence, (pp: 65-67).

Zainuddin Abu Bakar & Mohd Rashidi Bin Mat Jalil (2010). Keberkesanan Kaedah petak

Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian di Sekolah

Kebangsaan Mersing, Johor. Fakulti Pendidikan, Universiti teknologi Malaysia.