Penggunaan Persembahan Slide Dalam Meningkatkan

4
PENGGUNAAN PERSEMBAHAN SLIDE DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA KV+KV DALAM KALANGAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN.

description

plkp

Transcript of Penggunaan Persembahan Slide Dalam Meningkatkan

Page 1: Penggunaan Persembahan Slide Dalam Meningkatkan

PENGGUNAAN PERSEMBAHAN SLIDE DALAM MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MEMBACA KV+KV

DALAM KALANGAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN.

Page 2: Penggunaan Persembahan Slide Dalam Meningkatkan

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca KV+KV Bahasa Melayu dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran menerusi penggunaan persembahan slide. Seramai 8 orang responden bermasalah pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Seri Utama terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian ini adalah untuk menilai sama ada persembahan slide dapat meningkatkan kemahiran membaca KV+KV dalam kalangan responden bermasalah pembelajaran. Tinjauan awal mendapati responden bermasalah pembelajaran tidak dapat menguasai kemahiran membaca KV+KV jika guru hanya menggunakan kad gambar dalam sesi pengajaran sebelum ini. Justeru itu dalam meningkatkan kemahiran membaca KV+KV dalam kalangan responden bermasalah pembelajaran, pengkaji telah menggunakan kaedah persembahan slide sebagai alat bantu mengajar (ABM) dalam bilik darjah.

Page 3: Penggunaan Persembahan Slide Dalam Meningkatkan

OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

Berdasarkan tinjauan awal yang telah dilakukan, pengkaji telah mengenal pasti objektif yang

ingin dicapai dalam menjawab persoalan kajian ini. Objektif kajian adalah penting kerana ianya

dapat membuktikan sama ada kajian yang telah dijalankan ini berjaya mengatasi masalah

kemahiran membaca perkataan suku kata KV+KV dikalangan murid masalah pembelajaran.

Objektif Umum

Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV+KV dalam kalangan

murid bermasalah pembelajaran menerusi persembahan slide.

Objektif Khusus

1. Murid dapat membunyikan suku kata KV+KV dengan betul menggunakan kaedah

cerakinan menerusi teknik persembahan slide.

2. Murid dapat membaca sepuluh perkataan suku kata KV+KV dengan betul selepas

mengikuti pengajaran melalui persembahan slide.