PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)....

26
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) OLEH PETANI- PETANI KAUM ETNIK DI KAWASAN SIBURAN, SARAWAK MOHD SYAFIQ SALMAN BIN OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)....

Page 1: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) OLEH PETANI-

PETANI KAUM ETNIK DI KAWASAN SIBURAN, SARAWAK

MOHD SYAFIQ SALMAN BIN OTHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) OLEH PETANI-PETANI KAUM ETNIK DI KAWASAN SIBURAN, SARAWAK

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya: MOHD SYAFIQ SALMAN BIN OTHMAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 80, TAMAN HAMIMAS JAYA, PROF. DR. MUHD RASHID RAJUDDIN LORONG SIMPOR 2A. 93050 KUCHING, SARAWAK Tarikh :______________________ Tarikh:_________________________

Page 3: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

Tandatangan : ................................................................

Nama Penyelia : PROF. DR. MUHD RASHID RAJUDDIN

Tarikh : ………………………………………….

Page 4: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

i

TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) OLEH

PETANI-PETANI KAUM ETNIK DI KAWASAN SIBURAN, SARAWAK

MOHD SYAFIQ SALMAN BIN OTHMAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2009

Page 5: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………….

Nama Penulis : MOHD SYAFIQ SALMAN BIN OTHMAN

Tarikh : ……………………………….

Page 6: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

iii

 

DEDIKASI

Warkah ini ku tujukan khas istimewa buat

Ayahanda dan Bonda…..

Abu Bakar Bin Mohd Suhai

Saloma Binti Salleh

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik langkah

hidup anakandamu ini.

Segala dorongan, pengorbanan serta keikhlasan dalam membesarkanku tidak

mampuku ungkapkan dengan kata-kata.

Walau ku berikan harta seluas tujuh lautan masih masih tidak terbalas jasa-jasamu

itu.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Buat kakak dan adik-adik tersayang…..

Nasihat, sokongan dan dorongan daripada kalian adalah merupakan suatu suntikan

semangat buatku untuk meneruskan perjuanganku hingga ku terus berjaya sampai ke

peringkat ini.

Terima kasih ku ucapkan

Guru-guru dan pensyarah-pensyarah…..

Segala jasa baktimu akan tetapku kenang.

Segala ilmu yang telah kau curahkan akan ku manfaatkan.

Buatmu teman seperjuangan…..

Sepanjang tempoh perkenalan ini banyak suka duka pahit manis telah kita harungi

bersama.

Segalanya akan tersemat didalam ingatanku selamanya

Setiap pertolongan dan bantuan yang kalian hulurkan.

Jutaan terima kasihku ucapkan

Page 7: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

iv

PENGHARGAAN

``Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Pemberi Rahmat sekelian alam,

selawat serta salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga

baginda, para sahabat juga sesiapa yang mengikuti ajaran mereka dengan ikhlas

sehingga ke akhirnya.

Sekalung budi saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Profesor Dr. Muhd

Rashid Rajuddin. Beliau telah banyak mencurahkan ilmu, nasihat, dorongan dan

bantuan. Tanpa bantuan beliau, Projek Sarjana Muda ini mungkin mempunyai

banyak masalah dan tidak berjalan dengan lancar. Beliau juga turut sama membantu

saya tentang cara untuk mendapatkan maklumat, membuat dan menyusun tajuk di

setiap bab sepanjang pertemuan saya bersama dengan beliau.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih ibu saya

iaitu Saloma Binti Salleh dan bapa saya Abu Bakar Bin Mohd Suhai kerana telah

banyak memberikan sokongan dan bantuan terutamanya sekali bantuan dari segi

kewangan serta buah fikiran. Tanpa bantuan dan sokongan mereka, projek ini akan

menjadi sesuatu yang sukar bagi diri saya. Terima kasih juga diucapkan kepada

kakak serta adik-adik saya. Kerana memberikan teguran serta memotivasikan saya

disaat saya untuk meneruskan perjuangan ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan lama di

Kuching, Sarawak kerana sanggup meluangkan masa serta buah fikiran didalam misi

untuk mencari responden dan berjumpa responden. Tidak lupa juga kepada Jabatan

Pertanian Cawangan Siburan, Sarawak. Tanpa bantuan daripada mereka, usaha untuk

mencari petani-petani di kawasan tersebut akan menjadi lebih sukar daripada

sekarang.

Akhir kata, saya berharap agar kajian ini akan dapat menjadi panduan kepada

saya dan sesiapa sahaja yang membacanya untuk kegunaan pada masa hadapan.

Segala yang baik itu daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya dari saya

sendiri.

Page 8: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

v  

ABSTRAK

Kajian ini adalah berkenaan tahap penggunaan teknologi mekanikal atau

jentera yang di gunakan oleh petani-petani kaum etnik di kawasan Siburan, Sarawak.

Beberapa perkara yang difokuskan di dalam kajian ini adalah jenis jentera pertanian

yang digunakan, kemahiran dalam mengendalikan jentera pertanian, kesan

penggunaan jentera pertanian dan masalah-masalah yang dihadapi berkaitan dengan

jentera pertanian. Kajian yang dilakukan ini adalah berbentuk diskriptif dimana data

yang diperolehi dikumpul melalui proses menemubual subjek untuk mendapatkan

maklumat yang diperlukan. Oleh itu, di dalam kajian ini instrumen yang digunakan

adalah temubual berstruktur. Pemilihan penggunaan instrumen jenis ini adalah untuk

memudahkan responden memahami soalan serta istilah yang digunakan. Data-data

yang diperolehi hasil daripada temubual akan dianalisis dengan menggunakan

perisian SPSS versi 12.0 (Statistical Package for Science Social version 12.0). Hasil

daripada dapatan kajian, di dapati bahawa tahap penggunaan teknologi mekanikal

(jentera) oleh petani-petani kaum etnik di kawasan Siburan, Sarawak berada pada

tahap yang rendah. Akan tetapi mereka tahu bahawa kesan penggunaan teknologi ini

dapat memberikan kebaikan kepada mereka. Beberapa cadangan untuk

meningkatkan tahap penggunaan teknologi mekanikal oleh petani-petani di kawasan

ini turut diberikan untuk menggalakkan penggunaannya di kawasan ini. Model kajian

turut disertakan untuk memudahkan usahawan tani serta mereka yang baru hendak

menceburkan diri didalam sektor ini. Penyelidik berharap, hasil dapatan kajian serta

model kajian ini akan dapat membantu kajian-kajian lanjutan dan dapat memberi

manfaat kepada pembaca atau usahawan tani negara.

Page 9: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

vi  

ABSTRACT

This research is to identify the level of machinery technology usage among

the ethnic farmers in Siburan, Sarawak. Several things that were focused on this

research were the types of farming machinery that they used, the skills in handling

the machinery, the effects of using the machinery and the problems faced regarding

the farming machinery. The research done was descriptive in nature, which the data

were collected via interviews in order to obtain the needed information. The research

instrument used was structured interview. This instrument was chosen because it

could facilitate the comprehension among the respondents on the items posed and

terminology used. The data gathered was analyzed using SPSS (Statistical Package

for Science Social) version 12.0 software. From this research, it is found that the

level of machinery technology usage among the ethnic farmers in Siburan, Sarawak

is low. However, they know that the effects of using the machinery which is

beneficial to them. Some suggestions to improve the level of the machinery

technology usage among those farmers are given to encourage its usage in this

particular area. The research model is also provided to facilitate the farming

entrepreneurs as well as those who are new in this sector. It is hoped that the research

findings and model could help future research and benefits the readers and nation’s

farming entrepreneurs.

Page 10: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERAKUAN PENSYARAH

STATUS PENYELIDIKAN i

PERAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

SENARAI SINGKATAN xvi

Page 11: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

viii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

2 SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15

2.3 Kesan Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam

Pertanian 17

2.4 Jenis-jenis Jentera Pertanian 19

2.5 Penutup 21

3 METODOLOGI KAJIAN 22

3.1 Pengenalan 22

3.2 Rekabentuk Kajian 23

3.3 Kerangka Operasi 24

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 25

3.5 Instrumen Kajian 26

3.5.1 Bahagian A 27

3.5.2 Bahagian B 27

Page 12: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

ix

3.6 Pengesahan Data 28

3.7 Analisis Data 28

3.8 Andaian Kajian 29

3.9 Batasan Kajian 29

4 ANALISIS DATA 31

4.1 Pengenalan 31

4.1.1 Penganalisaan Temubual Berstruktur 32

4.2 Bahagian A 32

4.2.1 Jantina 33

4.2.2 Umur 33

4.2.3 Keluasan Kawasan Pertanian 34

4.2.4 Taraf Pendidikan 35

4.2.5 Pengalaman Sebagai Petani 36

4.2.6 Kaum 37

4.2.7 Jenis Pertanian 38

4.2.8 Kawasan Pertanian 38

4.3 Bahagian B 39

4.3.1 Jenis jentera pertanian yang di gunakan 39

4.3.2 Kemahiran mengendalikan jentera moden 41

4.3.3 Kesan penggunaan jentera moden 44

4.3.3.1 Kesan penggunaan teknologi mekanikal 44

bagi petani yang menggunakan

teknologi mekanikal (jentera) di

kawasan pertanian mereka.

Page 13: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

x

4.3.3.2 Kesan bagi petani yang tidak 46

menggunakan kaedah teknologi jentera

di kawasan pertanian mereka.

4.3.4 Masalah-masalah berkaitan dengan jentera 48

Pertanian

4.4 Kesimpulan 50

5 PERBINCANGAN, DAPATAN DAN CADANGAN 54

5.1 Pengenalan 54

5.2 Rumusan 54

5.3 Perbincangan 56

5.3.1 Latarbelakang responden 56

5.3.2 Jenis jentera pertanian yang digunakan 58

5.3.3 Kemahiran dalam mengendalikan jentera moden 59

5.3.4 Kesan penggunaan teknologi jentera moden 61

5.3.5 Masalah-masalah berkaitan jentera moden 62

5.4 Cadangan 63

5.4.1 Memberikan kesedaran kepada para petani 64

tentang kepentingan penggunaan teknologi

jentera di kawasan pertanian mereka

5.4.2 Kesedaran bahawa perlunya kajian serta 66

penyelidikan didalam proses petani-petani

tempatan untuk menyesuaikan diri dengan

teknologi pertanian

5.4.3 Peranan kerajaan dalam merealisasikan 68

penggunaan teknologi jentera pertanian

5.4.4 Peranan petani dalam merealisasikan 72

penggunaan teknologi jentera pertanian

Page 14: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

xi

5.5 Model Kajian 74

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 76

5.7 Penutup 77

RUJUKAN 78

LAMPIRAN 80

Page 15: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Kriteria penilaian skor

29

4.1 Taburan responden mengikut jantina

33

4.2 Taburan responden mengikut umur

33

4.3 Taburan responden mengikut keluasan kawasan

pertanian

34

4.4 Taburan responden mengikut taraf pendidikan

35

4.5 Taburan responden mengikut pengalaman petani di

dalam bidang pertanian

36

4.6 Taburan responden mengikut kaum

37

4.7 Taburan responden mengikut jenis pertanian yang

dikerjakan

38

4.8 Taburan responden mengikut kawasan pertanian

yang dikerjakan

38

4.9 Taburan jenis jentera pertanian yang digunakan 40

Page 16: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

xiii

4.10 Taburan mengenai kemahiran untuk

mengendalikan jentera pertanian oleh petani

42

4.11 Taburan mengenai kesan penggunaan teknologi

bagi petani yang menggunakan jentera pertanian

moden

44

4.12 Taburan bagi petani yang tidak menggunkan

jentera pertanian moden di kawasan pertanian

mereka

46

4.13 Taburan mengenai masalah-masalah yang sering

dihadapi oleh petani-petani berkaitan dengan

jentera pertanian

48

4.14 Kesimpulan keseluruhan persoalan kajian

50

Page 17: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Kerangka operasi kajian yang di lakukan

24

5.1 Model Kajian Bestari hasil dapatan kajian 74

Page 18: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik Temubual

80

Page 19: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

xvi

SENARAI SINGKATAN

DPN Dasar Pertanian Negara

FFTC Food and Fertilizer Technology Center

KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar

PMR Penilaian Menengah Rendah

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

STPM Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

SPSS Statistical Package for Science Social

UPSR Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

UTM

Dr.

Universiti Teknologi Malaysia

Doktor

Prof. Professor

Page 20: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sektor pertanian adalah merupakan kegiatan ekonomi tradisional masyarakat

Malaysia. Sektor ini telah memberikan banyak sumbangan kepada negara. Sebagai

contoh, setelah negara kita mencapai kemerdekaan, sektor pertanian telah

memberikan sumbangan yang besar dari segi pertumbuhan ekonomi negara.

Menurut Abi Musa (2004), sektor pertanian telah menyumbang kepada asas

pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka dengan sumbangan

kepada negara sebanyak 46 peratus pada tahun 1957. Menurutnya lagi, dari segi

bilangan pekerja sektor pertanian, pada tahun 1966 ia telah menjadi rezeki kepada

kira-kira 80.3 peratus daripada jumlah keseluruhan jumlah tenaga kerja dalam

negara. Sungguhpun demikian, perubahan ekonomi dunia dan kemunculan pelbagai

peluang ekonomi yang lain dalam negara, seperti kemunculan sektor perindustrian

dan pembuatan sedikit sebanyak telah mengubah situasi tersebut.

Penurunan kadar pengeluaran daripada sektor pertanian adalah berpunca

daripada penurunan pengeluaran hasil tanaman. Manakala penurunan pengeluaran

hasil tanaman pula adalah berpunca daripada kesan perindustrian, dimana ia telah

menyebabkan pemindahan tenaga kerja, tanah dan modal keluar daripada sektor

pertanian kepada sektor perindustrian. Pengembangan sektor perindustrian yang

berterusan sedikit sebanyak telah mengakibatkan pengurangan tenaga kerja didalam

sektor pertanian. (Wan Ishak Wan Ismail, 2007)

Page 21: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

2

Walaupun kadar pengeluaran hasil tanaman bagi sektor pertanian mengalami

penurunan, kedudukannya sebagai sektor primer yang menjadi punca atau nadi

kepada industri yang berasaskan pertanian seperti sektor pemprosesan telah

menyebabkannya perlu terus dibangunkan untuk keseimbangan ekonomi negara.

Sebagai negara yang sedang membangun, Malaysia perlu mencapai keseimbangan

perkembangan dalam sektor pertanian dan sektor pembuatan.

Bagi sektor pembuatan, pengunaan mesin atau jentera dianggap sebagai

faktor penting didalam proses setiap industri. Oleh yang demikian, penggunaan

mesin dan jentera juga boleh di anggap penting bagi proses pengindustrian dalam

sektor pertanian. Penggunaan mesin dan jentera di dalam pertanian boleh

meringankan beban pekerja-pekerja di dalam sektor pertanian dan seterusnya boleh

meningkatkan pendapatan petani. Selain daripada itu, matlamat utama penggunaan

jentera pertanian adalah untuk memperbaiki penggunaan masa dengan teratur

disamping dapat meningkatkan lagi kadar pengeluaran hasil tanaman petani dan

meninggikan kadar kecekapan pengeluaran ladang. (Zohadie Bardaie, Wan Ishak

Wan Ismail & Desa Ahmad,1988)

Seiring dengan matlamat kerajaan Malaysia untuk memperbaiki taraf hidup

petani-petani di negara ini, penggunaan teknologi moden untuk pertanian negara

sangatlah membantu dalam mencapai matlamat tersebut. Selain daripada

memainkan peranan penting didalam usaha meningkatkan kadar pengeluaran

tanaman, penggunaan masa yang lebih teratur boleh memberikan kesempatan kepada

petani-petani untuk mencuba benih-benih yang baru. Penanaman yang lebih intensif

dapat ditingkatkan lagi dengan adanya teknologi-teknologi ini. Kerja-kerja seperti

penyediaan tanah, menuai dan menanam semula tidak akan mengambil masa dan

tenaga berlebihan berbanding dengan penggunaan kaedah tradisional.

Secara kesimpulannya, sektor pertanian di Malaysia merupakan perusahaan

penting dan semakin berkembang maju yang menjadi penyumbang utama kepada

ekonomi negara. Kerajaan dan sektor swasta telah mengambil pelbagai pendekatan

dalam usaha untuk mempertingkatkan hasil pengeluaran sektor ini. Salah satu

daripadanya adalah usaha untuk memodenkan sektor ini. Penggunaan jentera dan

mesin pertanian telah mula disedari akan kepentingannya. Oleh itu, kerajaan telah

Page 22: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

3

memperkenalkan penggunaan teknologi moden ini bagi meningkatkan hasil

pengeluaran kawasan pertanian di negara ini. Usaha dan penglibatan para petani

juga penting sekiranya ingin melihat sektor pertanian ini dimajukan dan tidak lagi

dipandang sebagai sektor yang tidak menguntungkan oleh masyarakat kita.

1.2 Latarbelakang Masalah

Jika kita melihat kepada sejarah pertanian tempatan, sektor pertanian di

Malaysia bermula sejak lebih 100 tahun lalu atau lebih tepatnya 1905 iaitu ketika

negara masih dijajah. Ketika itu, tumpuan pertanian lebih kepada tanam-tanaman

penting seperti buah-buahan, beras, ibu kayu dan rempah yang menjadi minat

penjajah Inggeris. Pada masa itu, pendidikan pertanian pula dimulakan dengan

penubuhan Sekolah Pertanian Serdang oleh John Scott iaitu pegawai yang mentadbir

Negeri-negeri Selat pada 21 Mei 1931 sehingga dinaik taraf kepada Kolej Pertanian

Malaya oleh Gabenor Malayan Union, Edward Ghent pada 23 Jun 1942. Akhirnya,

tertubuhlah Fakulti Pertanian Universiti Malaya pada 1960 sebelum penubuhan

Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada Oktober 1971. Dekad tersebut juga

menyaksikan penubuhan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

(MARDI), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

(LKIM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang

menunjukkan bahawa adanya kesungguhan kerajaan untuk memajukan sektor

pertanian ketika itu. Menjelang 1980-an, sektor pertanian menerima suntikan baru

dengan kewujudan Dasar Pertanian Negara, yang mempunyai strategi dan matlamat

tertentu mengikut keperluan.

Seterusnya, pertumbuhan positif sektor pertanian di Malaysia dalam tempoh

Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) telah mendorong kerajaan memperhebatkan

lagi bidang ini dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk

menjadikan bidang pertanian satu jentera pertumbuhan ekonomi negara yang ketiga

melalui kegiatan pertanian berskala besar, penggunaan teknologi moden,

pengeluaran produk yang berkualiti dan sebagainya.

Page 23: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

4

Daripada RMK-9 ini, kementerian pertanian telah dipertanggungjawabkan

untuk mencergaskan semula sektor pengeluaran makanan pertanian. Dimana

potensinya sebagai penjana pertumbuhan ekonomi belum direalisasikan sepenuhnya.

Strategi untuk mencergaskan semula dan memajukan pengeluaran makanan

pertanian yang dapat menjana nilai tambah yang tinggi memerlukan pemodenan

sektor ini. Di dalam sektor pengeluaran makanan pertanian termasuk bukan

makanan, faktor utama yang menentukan kejayaan sesuatu aktiviti pertanian adalah

produktiviti, keberkesanan kos dan keupayaan mendapat pasaran. Oleh itu,

perancangan jangka panjang bagi merealisasikan potensinya adalah untuk

memodenkan sektor pengeluaran makanan sebagai suatu entiti yang dinamik dan

berdaya saing.

(Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Ogos 2004)

Pada Jun tahun 2000, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan bidang

bioteknologi kepada sektor pertanian. Walaupun bidang ini masih lagi di peringkat

awal, akan tetapi jika kita melihat kepada sejarah pemakanan orang Melayu,

bioteknologi sebenarnya telah lama wujud di dalam kehidupan kita seharian.

Antaranya ialah pembuatan tapai, tempe dan jeruk. Makanan ini adalah berasaskan

proses bioteknologi di peringkat awal dan maksud kerajaan untuk memperkenalkan

bioteknologi ke dalam pertanian adalah seperti benih kacukan (hybrid), biopharming

iaitu memperkenalkan ubat-ubatan di dalam sayur-sayuran dan makanan. Menurut

Terry Medley daripada Animal & Plant Health Inspection Service US Department of

Agriculture, mereka percaya bahawa peningkatan populasi dunia akan berlaku pada

40 tahun akan datang. Oleh itu, permintaan pada penghasilan makanan akan

meningkat kepada 250%. Pada masa yang sama mereka telah melihat berlaku

pengurangan sumber pada penghasilan makanan di masa ini. Oleh yang demikian,

bioteknologi dengan kebolehan untuk mempertingkatkan penghasilan makanan dari

segi kualiti dan nilai nutrisi akan membantu dunia dalam membekalkan makanan

pada hari ini dan populasi akan datang.

Penggunaan biji benih kacukan serta baja hasil daripada kajian bioteknologi

sahaja tidak mencukupi untuk mempertingkatkan penghasilan tanaman. Penggunaan

Page 24: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

5

teknologi mekanikal sebagai input di dalam sektor pertanian juga turut memainkan

peranan yang penting. Kekurangan tenaga buruh yang mendesak di dalam sektor

pertanian telah menjadikan penggunaan teknologi mekanikal sama pentingnya

dengan penggunaan bioteknologi. Tambahan pula, salah satu masalah yang dihadapi

oleh sektor pertanian negara sekarang adalah petani atau pekebun yang semakin tua.

Penggunaan teknologi mekanikal dijangka dapat membantu golongan ini dalam

melakukan kerja pertanian mereka. Oleh yang demikian, kerajaan telah mengambil

keputusan supaya sektor pertanian dan industri asas tani perlu mengalami

transformasi.

Antara usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah dengan

mengurangkan penggunaan tenaga buruh kepada penggunaan mekanisasi, otomasi

dan teknologi. Negara perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran yang

bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan

berasaskan ilmu pengetahuan. Program pemindahan teknologi dan cara tanaman

yang baru bagi meningkatkan produktiviti telah dilaksanakan. Ini termasuk program

inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, program fertigrasi tanaman

pertanian dan sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system). Di dalam

pembangunan perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi

dilaksanakan melalui program pen culture, akuakultur secara nukleus, open sea cage

culture dan mengurangkan kehilangan hasil akibat post harvest.

(Kementerian Pertanian Malaysia, Ogos 2004)

Oleh yang demikian, di dalam kajian yang akan dijalankan ini penyelidik

ingin mengetahui bagaimanakah perkembangan penggunaan jentera pertanian di

Sarawak. Penyelidik telah memilih kawasan Siburan sebagai kawasan kajian. Ini

kerana kawasan Siburan, Sarawak adalah antara kawasan pengeluar produk pertanian

berasaskan makanan. Antaranya adalah tanaman jenis sayur-sayuran dan buah-

buahan. Di dalam kajian yang akan dijalankan penyelidik akan mengkaji berkaitan

jenis jentera yang digunakan, kemahiran mengendalikan jentera pertanian, kesan

serta masalah-masalah yang dihadapi oleh petani-petani di kawasan ini berkaitan

dengan jentera pertanian.

Page 25: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

6

1.3 Penyataan Masalah

Sektor pertanian adalah diantara salah satu sektor ekonomi yang semakin

berkembang pesat di negara kita, Malaysia. Didalam rombakan kabinet yang

dilaksanakan, tugas Kementerian Pertanian telah ditambah dengan memasukkan

aktiviti hiliran iaitu industri asas tani. Penumpuan baru diberikan untuk memajukan

industri asas tani untuk membantu masyarakat tani menjana pendapatan tambahan.

(Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Ogos 2004)

Apabila kita berbicara mengenai sektor pertanian luar negara, akan terbayang

di fikiran kita kawasan tanah pertanian yang luas, penggunaan jentera, infrastruktur

ladang yang teratur serta rangkaian dari pengeluaran sehinggalah penjualan hasil

ladang yang tersusun rapi. Keadaan seperti inilah yang ingin diwujudkan di negara

kita ini. Yang kemudiannya akan mengubah persepsi kita terhadap sektor pertanian

yang selama ini disifatkan tidak berdaya maju dan kurang menguntungkan. Menurut

Wan Ishak Wan Ismail (2007), negara-negara yang sedang membangun bersama

dengan sektor pertanian sebagai ekonomi utama mereka patut mencontohi negara

lain seperti Amerika Syarikat dan Jepun didalam kejayaan mereka memodenkan

sektor pertanian mereka. Sebelum ini, lebih kurang 95 peratus daripada populasi

penduduk Amerika Syarikat terlibat didalam sektor pertanian. Tetapi hari ini, lebih

kurang 5 peratus sahaja daripada jumlah penduduk mereka yang terlibat didalam

sektor pertanian. Walaupun begitu, negara mereka masih lagi boleh menghasilkan

lebihan makanan untuk di eksport ke luar negara. Negara-negara ini mampu untuk

mencapai status yang tinggi didalam pengeluaran pertanian hanya kerana mereka

mengaplikasikan kejuruteraan dan teknologi didalam sektor pertanian mereka.

Kebanyakan bahagian di Malaysia, iaitu kebun-kebun kecil masih lagi

mengalami masalah produktiviti yang rendah. Produktiviti yang rendah ini mungkin

disebabkan oleh kurangnya penggunaan mesin-mesin yang bersesuaian dengan

keperluan kebun-kebun yang berskala kecil. Oleh sebab itu kebanyakan kebun-

kebun kecil dinegara ini masih lagi tidak dianggap produktif dan effisien.

Page 26: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... 2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15 2.3 Kesan Penggunaan Teknologi

7

Oleh yang demikian, di dalam kajian ini penyelidik ingin mengkaji apakah

tahap penggunaan teknologi mekanikal (atau jentera) yang digunakan oleh kaum

etnik di kawasan Siburan, Sarawak.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan:

i. Mengenalpasti jenis jentera pertanian yang digunakan oleh petani-petani

kaum etnik di kawasan Siburan, Sarawak di kawasan pertanian mereka.

ii. Mengenalpasti samada petani-petani kaum etnik di kawasan Siburan,

Sarawak mahir dalam mengendalikan jentera moden.

iii. Mengetahui kesan penggunaan teknologi kejenteraan kepada petani-petani

kaum etnik di kawasan Siburan, Sarawak.

iv. Mengenalpasti masalah-masalah yang sering dihadapi oleh petani-petani

kaum etnik di kawasan Siburan, Sarawak berkaitan dengan jentera pertanian.

1.5 Persoalan Kajian

i. Apakah jenis jentera pertanian yang digunakan oleh petani-petani kaum etnik

di kawasan Siburan, Sarawak?

ii. Adakah petani-petani kaum etnik di kawasan Siburan, Sarawak mahir

mengendalikan jentera moden?

iii. Apakah kesan penggunaan teknologi kejenteraan kepada petani-petani di

kawasan Siburan, Sarawak?

iv. Apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh petani-petani kaum etnik

di kawasan Siburan, Sarawak?