Penghantar Kepada Teknologi Multimedia
Transcript of Penghantar Kepada Teknologi Multimedia
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES
CBMT2103
PENGHANTAR TEKNOLOGI MAKLUMAT
MULTIMEDIA
PERISIAN KURSUS INTERAKTIF DENGGI
RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID
NO. MATRIKULASI : 751207125167001
NO. MYKAD : 751207125167
TALIFON : 0148558553
[email protected] or [email protected]
Tutor’s name : MUHAIMIN MAT
Learning Centre : PPT KENINGAU
SEMESTER MEI 2009
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan. 1
TUGASAN 1 (I –V)
2.0 Pengenalan Perisian Kursus Interaktif DEnggi 23.0 Elemen Multimedia Perisian Kursus Interaktif Denggi
3.1 Animasi 3-43.2 Teks 53.3 Audio 63.4 Grafik 73.5 Video 8-9
4.0 Proses Navigasi 10-115.0 Kelebihan dan Kelemahan Perisian Kursus Interaktif Denggi 126.0 Penerangan Skrin Cekup Perisian Kursus Interaktif Denggi 13-15
TUGASAN 1 (VI)
7.0 Perbandingan Perisian Macromedia Flash dan Macromedia Director
TUGASAN 2 (A)
1.0 Pengenalan2.0 Definisi Multimedia
TUGASAN 2 (B)
3.0 Kelebihan dan Kelemahan Pembelian Atas Talian
TUGASAN 2 (C)
4.0 Kesan Multimedia kepada Komuniti5.0 Kesan Multimedia kepada Kehidupan Peribadi
KESIMPULAN
RUJUKAN
PETIKAN SUMBER RUJUKAN
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
1.0 PENGENALAN.
Tugasan yang diberikan pada kali ini adalah untuk membantu Afrina menghasilkan satu jenis
perisian kursus iaitu perisian kursus permainan kerana beliau tidak mempunyai pengalaman
mengenai perisian tersebut. Untuk membantu Afrina saya terpaksa mempelajari beberapa
perisian kursus yang terdapat dipasaran.
Disamping itu saya juga terpaksa melakukan penyelidikan tentang beberapa perisian
pengarangan multimedia yang popular. Dalam tugasan ini saya telah membuat keputusan untuk
memilih perisian pengarangan mulitimedia director dan multimedia flash untuk membantu
Afrina membandingkan cirri-ciri setiap perisian tersebut, keperluan sistem dan harga.
Perisian permainan adalah paling digemari oleh kanak-kanak, malah orang dewasa. Fenomena
ini boleh dilihat di kedai-kedai menjual perisian komputer. Boleh di katakan jika diaturkan 100
program di kedai-kedai tersebut, 80% adalah dari jenis perisian permainan. Dalam hal ini,
pengguna harus bijak menilai memilih perisian agar nilai-nilainya tidak terpesong atau terabai.
(Pn.Hjh. Norizan Hj. Ahmad Maktab, Disember 1997)(1)
Kebanyakan program seumpama ini akan menggabungkan ciri-ciri latihtubi, tutorial dan
simulasi. Ia direka bentuk dalam bentuk permainan untuk menarik perhatian. Antaranya ialah
Wordzap, Reading blaster, Maths balster, Operation Neptune dan Rescue.
Multimedia courseware adalah bahan kandungan pengajaran yang mempunyai elemen
multimedia, seperti teks, grafik, imej, video/audio, animasi dan simulasi. Elemen interaktif
membolehkan pengguna boleh merasai sendiri sesuatu aktiviti yang dilakukan. Beberapa ciri-ciri
yang bermanfaat seperti “pre-test” dan “post-test”, glosari, dan capaian ke laman web berkaitan
yang lain turut dimuatkan untuk memberi lebih kefahaman dan menambahkan pengetahuan
kepada pelajar-pelajar. (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2009)
Saya telah memilih Perisian Interaktif berkaitan dengan penyakit Denggi yang diterbitkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 1
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
TUGASAN 1 ( I )
2.0 PENGENALAN KEPADA PERISIAN KURSUS INTERAKTIF DENGGI
Perisian Interaktif Denggi ini telah diterbitkan oleh Cawangan Penyakit Bawaan Vektor,
Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengandungi maklumat-maklumat mengenai Penyakit
Denggi, Mengenali Nyamuk Aedes, Langkah-Langkah Pencegahan dan Denda yang dikenakan
atas kesalahan yang dilakukan. (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001)
Perisian Kursus Interaktif Denggi
menyediakan menu-menu pilihan yang lain
seperti Kuiz, Muzik dan Permainan
Interaktif. Interaktif Kuiz menyediakan
sebanyak sepuluh soalan mengenai Denggi
dan jawapan disediakan dalam bentuk aneka
pilihan dan Satu Lagu disediakan bertajuk
Tiada Aedes Tiada Denggi. Permainan
Interaktif bertajuk Darah dan Denggi iaitu
sebuah permainan yang direka khas dalam
untuk mengelakkan daripada gigitan nyamuk
Aedes.
Perisian ini adalah lebih berbentuk Perisian Kursus dan Permainan kerana ia menyediakan
maklumat-maklumat yang penting berkaitan dengan Penyakit Deman Denggi. Para Pengguna
boleh mendapatkan maklumat mengenai Denggi melalui tayangan video, gambar, text yang
disediakan, kuiz, mendengar lagu dan permainan yang disediakan.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 2
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
TUGASAN 1 ( II )
3.0 ELEMEN MULTIMEDIA PERISIAN KURSUS INTERAKTIF
3.1 ANIMASI
Animasi ini digunakan dalam perisian kursus interaktif ini adalah untuk menghidupkan atau
memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik/imej pegun sama ada dalam bentuk
lukisan,patung atau objek bukan hidup.Ia menyediakan visual yang lebih dinamik kepada
penonton. Micromedia Flash telah digunakan untuk menghasilkan perisian kursus ini. Flash
bukan sahaja untuk memaparkan pengenalan animasi yang menarik tetapi juga untuk menghasilkan nilai
interaktif. Walaupun Flash mempunyai animasi yang menarik tetapi ia mempunyai reputasi untuk
membuang masa individu yang melayari Web tersebut ketika memindah terima animasi.
(Jabatan Penerangan Malaysia, 2009)
Dengan adanya kemajuan teknologi dalam dunia pendidikan hari ini, pengunaan elemen animasi
seperti pergerakan, warna dan ilustrasi kini mampu disampaikan dalam bentuk yang lebih efektif
seperti melalui multimedia interaktif. Penggunaan animasi melalui multimedia interaktif boleh
membantu meningkatkan keberkesanan pangajaran dan pembelajaran. ( Sahairil Azlan bin
Sahidun,2008).
Perisisan Kursus Interaktif Denggi banyak menggunakan elemen animasi pergerakan yang
menggunakan imej, teks dan warna dengan audio yang bersesuaian.
No.1 – Imej digerakkan dari
kiri ke kanan
No.2 - Imej di tengah-tengan No.3 – Imej di kiri kelihatan
hilang
No.4 – Imej baru dari kanan
ke kiri
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 3
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
No.5 – Imej kelihatan hilang No.6 – Imej bermula dari
bawah tengah dan hilang
No.7 – Pertukaran Teks,
warna, tulisan dan saiz.
No. Imej bergerak dari warna
merah ke biru.
Gambarajah 1 : Skrin Cekung menunjukkan pergerakan animasi imej dan teks yang digunakan
dalam Perisisan Kursus Interaktif Denggi.
Terdapat 12 Prinsip Animasi yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu perisisan kursus yang
menarik iaitu Waktu (Timing), Percepatkan dan Perlambatkan (Ease In and Ease Out),
Lengkungan (Arch), Gerakan penutup sebelum benar-benar diam (Follow Through and
Overlapping Action), Gerakan Pelengkap (Secondary Action), Kelenturan suatu objek (Squash
and Strecth), Melebih-lebihkan ( Exaggeration), Teknik digambar satu persatu (Straight Ahead
and Pose to Pose), Gerakan Pendahuluan (Anticipation), Bidang Gambar (Staging), Penjiwaan
Karakter (Personality) dan Daya Tarik Larakter (Appeal). (Zeembry, S.Kom, 2008).
Gambarajah 2 : Isikandungan Fail Dalam Perisisan Kursus Interaktif Denggi.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 4
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
3.2 TEXT
Teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam sesebuah perisian multimedia
sama ada sebagai menu utama, sistem navigasi (navigation) ataupun bagi tujuan penyampaian
sesuatu isi kandungan perisian. Ia adalah jenis data paling asas serta menggunakan ruang storan
paling sedikit berbanding dengan elemen-elemen multimedia lain. (Nor Anita Fairos bt. Ismail,
2009)
Perisian Kursus Interaktif Denggi ini banyak menggunakan Elemen Teks kerana ia lebih
berbentuk pembelajaran dan Pendidikan Kesihatan, Elemen-elemen teks yang digunakan dalam
Perisian Kursus ini ialah seperti Jenis Teks, Saiz Teks, Warna Teks, Gaya Teks dan Penjajaran
Teks, Gambarajah 3 dibawah menunjukkan Teks digunakan bagi tujuan penyampaian maklumat
Perisian Kursus Interaktif Denggi.
Teks dalam bentuk perkataan, ayat dan
perenggan adalah digunakan untuk
menyampaikan sesuatu idea, buah fikiran dan
fakta yang berkaitan dengan apa jua aspek
dalam kehidupan kita sehari-hari. Jadi, tidak
mustahil jikalau sesebuah produk multimedia
itu bergantung kepada teks didalam kebanyakan
perkara seperti didalam menerangkan
bagaimana sesuatu aplikasi bekerja, membantu
pengguna didalam menerokai sesuatu aplikasi dan untuk menyebarkan maklumat melalui
aplikasi – aplikasi yang telah direkabentuk. Walaubagaimanapun, di dalam aplikasi multimedia,
penggunaan teks yang terlalu banyak tidak begitu digalakkan kerana teks tidak dapat
mempamerkan maklumat dengan menarik. Ini bukan bermakna teks tidak diperlukan langsung,
tetapi ia hanya perlu digunakan pada bahagian-bahagian penting sahaja.
Perisian Kursus Interaktif Denggi ini telah menggunakan struktur teks
berbentuk linear yang mempunyai bahagian permulaan dan penghujung dan
struktur teks berbentuk tidak linear membolehkan pengguna melaksanakan
operasi cari dan capai ke atas sesuatu dokumen dengan lebih cepat.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 5
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
3.3 AUDIO
Audio ialah gelombang bunyi yang boleh ditafsir oleh telinga manusia. Ia Membantu
menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar. Ia dapat
meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan berupaya meningkatkan daya
tumpuan terhadap isi persembahan. Kualiti bunyi bergantung kepada frequency – hertz (hz) dan
loudness–decibel(Db).
Audio terbahagi kepada dua iaitu mono dan stereo. Mono merupakan bunyi kepada satu saluran
sahaja, kurang realistik dan kurang bunyi. Manakala stereo merupakan bunyi kepada dua saluran,
realistik, berkualiti serta bersaiz dua kali dari mono. Pengiraan saiz fail bergantung kepada masa
rakaman, kadar sampel, bit sampel, mono atau stereo.
Terdapat 5 jenis audio yang digunakan dalam multimedia iaitu, Audio, Midi, Audio Cakera
Padat, MP3 dan HiperAudio. Perisian Kursus Interaktif Denggi ini telah menggunakan Audio
dengan format file “MPEG Layer-3 Audio” dan “AIFF Format Sound”. Gambarajah 4 dibawah
menunjukkan file audio bagi perisian kursus interaktif denggi.
Gambarajah 4 – Format fail audio AIFF dan MP3.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 6
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
3.4 GRAFIK
Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak
bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Ianya
merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu
proses penyampaian maklumat. (Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir,2008).
Perisian Kursus Interaktif Denggi ini banyak menggunakan grafik bagi penyampaian maklumat
kesihatan mengenai dengan Denggi. Fail format grafik yang digunakan dalam Perisian kursus ini
adalah seperti *.PNG, *.GIF,*.PSD dan *.SWF. Gambarajah 5 menunjukkan sebahagian
daripada fail grafik yang digunakan dalam Perisian Kursus Interaktif Denggi.
Gambarajah 5 : Grafik Perisisan Kursus Interaktif Denggi
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 7
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
3.5 VIDEO.
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik
berbanding elemen-elemen yang lain. Penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat
berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain
dari itu, video juga mampu membawa unsure realistik atau keadaan sebenar kepada para
pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya
dengan lebih nyata. (Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir,2008).
Perisian Kursus Interaktif Denggi telah menggunakan fail video berformatkan Flash Movie dan
QuickTime4 MOV File. Sebagaimana yang kita ketahui terdapat 5 jenis video yang boleh
digunakan sebagai pautan dalam aplikasi multimedia iaitu Live Video Feed, Video Tape, Video
disk, Digital Video dan Hypervideo dimana piawaiannya terbahagi kepada 4 iaitu NTSC, PAL,
SECAM dan HDTV.
Gambarajah 6 – Sebahagian daripada fail Video Perisian Kursus Interaktif Denggi.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 8
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
Gambarajah 7 : Halaman Persembahan Video
Perisian Kursus Interaktif Denggi ini telah menggunakan elemen video Flash Movie untuk
kelihatan lebih menarik. Pautan yang digunakan dalam menghasilkan paparan seperti dalam
gambarajah 7 ialah Hypervideo dengan menggunakan piawaian PAL. Menu-menu Hypervideo
dalam bentuk teks juga telah disediakan untuk memudahkan pengguna mencapai pautan yang
dikehendaki seperti Mengenal Nyamuk, Aedes Membiak, Denggi dan Bagaimana Mencegah.
Screen Video Flash Movie ini juga menyediakan kemudahan butang berhenti, butang main,
butang berhenti sebentar, butang Kembali Ke Depan dan butang Menujuk Ke Depan.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 9
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
TUGASAN 1 ( III)
4.0 PROSES NAVIGASI
Melalui Proses Navigasi skrin akan disusun mengikut kaedah pembelajaran, penilaian dan
latihan pada skrin yang sama. Susunan seperti ini akan memberi peluang kepada pengguna untuk
menguasai sesuatu tajuk dengan cepat. Melalui navigasi screen akan bergerak dari satu tajuk ke
satu tajuk lain. Ini bermakna pengguna tidak akan terkongkong dengan faktor masa dalam proses
pembelajaran.
Sebagaimana yang diketahui struktur asas navigasi ialah boleh berbentuk berbentuk linear,
hieraraki, tidak linear dan composite manakala jenis kawalanya boleh dibuat dalam bentuk menu,
butang dan hyperpaut.
Perisian Kursus Interaktif Denggi ini
menggunakan struktur berbentuk hieraraki
dan kebanyakan kawalanya menggunakan
teks. Butang Navigasi yang digunakan dalam
menu utama Denggi ialah Butang Keluar,
Butang Persembahan, Butang Denda, Butang
Kuiz, Butang Lagu Tema dan Butang Game.
Untuk keluar daripada Perisian Interaktif
Denggi Pengguna hanya menekan Butang
Keluar yang di sediakan dibahagian atas
sebelah kiri. Navigasi Butang Persembahan akan membawa pengguna kepautan Persembahan
yang mempunyai Butang Navigasi seperti yang ditunjukan dalam gambarajah 8.
Gambarajah 7 : Navigasi Perisian Kursus Interaktif Denggi
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 10
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
Elemen interaktiviti dan navigasi merupakan elemen penting dalam Multimedia. Membantu
proses pembelajaran dan meningkatkan kadar pemahaman pengguna. Tanpa elemen-elemen ini
sesebuah persembahan multimedia akan kelihatan pasif dan membosankan. Konsep interaktiviti
juga akan membina satu ikatan di antara pengguna dengan aplikasi.
Perisisan Kursus Interaktif Denggi ini menyediakan 10 soalan kuiz berbentuk aneka pilihan dan
hanya menyediakan satu butang nagivasi untuk kembali ke Halaman Utama begitu juga dengan
pautan Lagu Tema dan Denda. Pautan Game menyediakan satu butang navigasi keluar untuk
kembali ke Halaman Utama.
Navigasi : Butang Halaman Utama Navigasi : Butang Keluar
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
TUGASAN 1 ( IV )
6.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PERISIAN KURSUS INTERAKTIF DENGGI.
Setiap perisian kursus yang direkabentu mestilah mempunyai kelebihan dan kelemahannya
sendiri. Kelebihan perisian kursus ini akan dinilai berdasarkan kesesuaian penggunaan elemen-
elemen multimedia seperti teks, audio, video, animasi, grafik dan fungsi navigasinya. Apa yang
dapat dinilai dalam perisian kursus Interaktif Denggi ini ialah kebanyakannya menggunakan teks
sebagai bahan penyampaian maklumat dan disokong oleh grafik dan audio yang berkaitan
mengikut maklumat yang dipaparkan. Dalam perisian ini hanya satu video saya yang
ditayangkan dan mempunyai butang-butang kawalan.
Teks.
Teks yang kurang jelas adalah salah satu elemen yang dapat dilihat dalam Perisisan Kursus
Interaktif Denggi. Ini berlaku kerana teks disunting secara berasingan dan kemudiannya teks
tersebut disimpan dalam bentuk grafik. Dalam bentuk grafik teks ini akan kelihatan tidak jelas
apa lagi kalau saiz grafik yang mengandungi teks tersebut dibesarkan, ia akan kelihatan kabur
dan grafiknya akan pecah. Kelebihan penggunaan teks dalam Perisian kursus ini ialah apabila
teks tersebut disunting terus secara langsung dan tidak disimpan dalam bentuk grafik. Tulisan
pada teks akan kelihatan lebih jelas.
Audio.
Audio yang digunakan dalam Perisian Kursus ini bersesuaian dengan maklumat yang ditunjukan,
grafik yang dipaparkan dan memenuhi kehendak pengguna. Saiz fail audio yang digunakan juga
adalah tidak bergitu besar membuatkan pautannya mencapai fail audio lebih cepat dan jelas.
Audio perisian kursus ini berfungsi dengan baik dan tidak ada masalah.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA
Muka Surat 11
Muka Surat 12
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
Grafik
Fail format grafik yang digunakan dalam Perisian kursus ini adalah seperti *.PNG, *.GIF,*.PSD
dan *.SWF. Kelemahan yang dapat dilihat dengan jelas dan nyata ialah imej yang dipaparkan
dalam Perisian Kursus ini ada yang tidak jelas terutama sekali fail yang disimpan dalam format
*.PNG, *.GIF, dan *.PSD. Imej-imej ini kelihatan seperti pecah kerana mempunyai fixel yang
rendah. Paparan imej yang tidak jelas akan menyebabkan pengguna tidak berpuas hati kerana
tidak dapat melihat gambaran sebenar imej yang hendak ditunjukkan terutama sekali bagi objek
yang kecil seperti nyamuk dan tempat pembiakan nyamuk. Penggunaan format *.SWF dalam
Perisisian Kursus Denggi ini lebih kelihatan menarik jika dibandingkan dengan format *.PNG,
*.GIF, *.PSD. Imej kelihatan lebih jelas diiringi dengan animasi yang menarik.
Video
Perisian kursus ini hanya mempamirkan satu tayangan video sahaja di menu navigasi
“Persembahan”. Paparan video ini adalah standard dengan audionya sendiri. Kelebihan video
yang ditayangkan dalam Perisisan Kursus Denggi ini ialah dari aspek penyampaian maklumat
dengan paparan screen yang jelasa dan terang. Kelemahan video ini pula ialah dalam keadaan
biasa pengguna tidak dapat mengawal butang navigasi video. Butang ini hanya boleh dikawal
apabila pengguna melihat video dalam keadaan skrin penuh.
Navigasi
Butang-butang navigasi yang digunakan dalam Perisian Kursus Denggi ini kebanyakan adalah
berbentuk teks. Penggunaan butang navigasi yang agak ringkas ini membuatkan paparan menu
kurang menarik. Dalam perisian games, pengguna tidak akan tahu untuk memulakan permainan
kerana tidak faham dengan butang navigasi yang disediakan dan tiada arahan bagaimana cara-
cara untuk memulakan permainan. Dalam perisisan kuiz pula hanya disediakan satu butang
navigasi iaitu “Halaman Utama”. Terdapat 10 soalan kuiz yang disediakan dan setiap paparan
tidak mempunyai butang “Seterusnya” dan “Kembali”.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 13
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
TUGASAN ( V )
6.0 PENERANGAN SKRIN CEKUP PERISIAN KURSUS INTERAKTIF DENGGI.
Intro
Gambarajah yang ditunjukkan disebelah merupakan paparan
pertama yang ditunjukkan dalam Perisian Kursus Denggi. Skirn
ini memaparkan pembukaan Selamat Datang. Intro skrin
pembukaan ini ialah selama 40 saat. Diakhir skrin ini kita akan
melihat sebuat mesej “AEDES MEMBAWA DENGGI YANG
BOLEH MEMBUNUH”. Para pengunjung dibenarkan menekan
butang “SKIP” untuk ke Halaman Utama atau membiarkan sahaja
paparan utama ini dipersembahkan.
Halaman Utama
Halaman Utama akan memaparkan teks “DENGGI” dan imej
nyamuk AEDES .Setiap kaki nyamuk disediakan dengan teks
navigasi. Navigasi yang disediakan dalam Halaman Utama ialah
Keluar, Persembahan, Denda, Kuiz dan Games. Kesemua
navigasi ini berada dalam kotak empat segi. Dengan membawa
tetikus ke navigasi yang di pilih dan mengkliknya sekali,
pengguna akan di bawa ke halaman tersebut.
1. Persembahan
Navigasi Persembahan akan membawa paparan video yang
mengesahkan berkaitan dengan nyamuk Aedes. Skrin di sebelah
kanan memaparkan maklumat berkaitan dengan Langkah-langkah
mencegah nyamuk Aedes. Terdapat lima arahan disediakkan
dalam skrin persembahan iaitu Skrin Penuh, Mengenal Nyamuk,
Aedes Membiak dan Bagaimana Mencegah.
1.1 Mengenal Nyamuk
Navigasi Mengenal Nyamuk akan memaparkan gambar seekor
nyamuk, kitar hidup nyamuk dan maklumat-maklumat berbentuk
nasihat mengenai bahaya AEDES. Terdapat lima arahan
disediakan dibahagian bawah skrin iaitu Menu Utama, Aedes
membiak, Denggi, Persembahan dan Bagaimana Mencegah.
Menu utama akan membawa pengguna ke Halaman Utama.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 14
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
1.2 Aedes Membiak
Aedes Membiak adalah maklumat-maklumat berkaitan dengan
kitar hidup nyamuk Aedes. Halaman ini juga menyediakan lima
arahan yang dipaparkan dibahagian bawah sebelah kiri untuk ke
pautan menu utama, mengenal nyamuk, denggi, persembahan dan
bagaimana mencegah. Untuk kembali ke Halaman Utama pilih
arahan Menu Utama.
1.3 Denggi
Gambarajh disebelah menunjukkan seekor nyamuk Aedes sedang
menghisap darah dengan berlatarbelakangkan warna merah. Skrin
ini memaparkan maklumat berkaitan dengan tanda-tanda Deman
Denggi dan menasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan
awal kerana Denggi boleh membawa maut. Terdapat lima arahan
navigasi yang disediakan dalam halaman ini.
1.4 Cara Mencegah
Cara Mencegah adalah maklumat berkaitan dengan langkah-
langkah pencegahan dan pengawalan. Dalam halaman ini
pengguna akan diajar bagaimana memusnahkan tempat
pembiakan nyamuk Aedes. Terdapat lima arahan yang disediakan
iaitu Menu Utama, Persembahan, Mengenal Nyamuk, Aedes
Membiak dan Denggi.
2. Denda
Daripada halaman utama satu paparan seperti yang ditunjukkan
dalam gambarajah disebelah akan kelihatan. Gambarajah ini
adalah maklumat berkaitan dengan denda yang dikenakan ke atas
mana-mana penghuni atau pemunya yang membenarkan
pembiakan nyamuk Aedes di premis mereka. Hanya satu arahan
disediakan iaitu Menu Utama untuk kembali ke Halaman Utama.
3. Kuiz
Dalam Halaman Utama terdapat satu teks navigasi untuk ke
halaman kuiz. Kuiz mengenai denggi ini menyediakan sepuluh
soalan mudah dan jawapannya adalah dalam bentuk aneka
pilihan. Hanya menggunakan tetikus sahaja dan klik jawapam
yang betul.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 15
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
4. Lagu Tema
Pada Halaman Utama sekiranya anda memilih navigasi
Lagu skrin akan memaparkan gambarajah seperti
disebelah.Teks yang dipaparkan adalah senikata lagu
tema bagi denggi. Audio akan dimainkan secara
automatik. Halaman ini menyediakan satu butang
navigasi yang dinamakan Halaman Utama. Butang
navigsi ini akan membawa anda kembali ke Halaman
Utama.
5. Games
Satu Permainan yang bertajuk Darah dan Nyamuk
disediakan didalam Perisian Kursus Interaktif Denggi.
Gerakkan tetikus dan klik ke lampu isyarat berwarna
hijau untuk memulakan permainan ini. Kekunci yang
digunakan untuk mengerakkan objek ialah. Untuk
menamatkan permainan klik butang “KELUAR”
berwarna merah.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
TUGASAN 1 ( VI )
7.0 PERBANDINGAN MICROMEDIA FLASH DAN MICROMEDIA DIRECTOR.
Dalam tugasan ini pelajar diarahkan untuk membuat jadual bagi membandingkan dua jenis perisian
multimedia yang dipilih sendiri berdasarkan ciri-ciri setiap perisian tersebut. Jadual dibawah
menunjukkan perbezaan diantara perisian pengarangan multimedia director dan multimedia flash dari
aspek keperluan sistem, harga dan kelebihan perisian tersebut.
Spesifikasi Macromedia Director Macromedia Flash
Penamaan Nama Director diambil sempena fungsi atau peranan anda sebagai pengarah atau director di dalam membangunkan apa jua produk multimedia.
Flash adalah salah satu program pembuatan animasi yang sangat handal. Kehandalah flash dibandingkan dengan program yang lain adalah dalam hal ukuran file dari hasil animasinya yang kecil. Untuk itu animasi yang dihasilkan oleh program flash banyak digunakan untuk membuat sebuah web agar menjadi tampil lebih interaktif.
Keperluan Sistem Mac & Windows Mac & WindowsKegunaan Perisian
Director membolehkan anda menghasilkan persembahan visual atau perisian multimedia interaktif termasuk audio dan video dengan mudah. Anda boleh menambah tarikan visual kepada persembahan lisan anda dengan mencipta slaid-slaid animasi.
Macromedia Flash merupakan salah satu software aplikasi design grafik yang sangat popular saat ini terutama untuk membuat aplikasi animasi.
Kelebihan Perisian
1.Persekitaran Yang lengkap
Kebanyakan elemen multimedia seperti mencipta dan mengedit grafik atau teks, animasi, audio, mencipta palet, interaktiviti dan arahan pengaturcaraan telah tersedia ada di dalam perisian ini tanpa perlu kepada perisian sokongan.
Hasil akhir Flash memiliki ukuran yang lebih kecil (setelah dipublish)Flash dapat mengimpor hampir semua gambar dan file-file audio sehingga dapat lebih hidup.Animasi dapat dibentuk, dijalankan dan dikawal.
Gambar Flash tidak akan pecah meskipun di zoom beberapa kali karena gambar flash bersifat gambar vektor.Hasil akhir dapat disimpan dalam berbagai macam bentuk seperti *.avi, *.gif, *.mov, maupun file dengan format lain.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA
Muka Surat 16
Muka Surat 17
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
2. Keupayaan Cross Platform
Fail yang dibangunkan di dalam satu versi boleh dibuka secara langsung di dalam versi satu lagi dan boleh disimpan di dalam bentuk stand alone untuk kedua-dua platform ini.
Aplikasi yang tersedia dalam format CD boleh dimainkan pada kedua-dua platform Mac dan Windows
Fail yang dibangunkan di dalam satu versi boleh dibuka secara langsung di dalam versi satu lagi dan boleh disimpan di dalam bentuk stand alone untuk kedua-dua platform ini.
Aplikasi yang tersedia dalam format CD boleh dimainkan pada kedua-dua platform Mac dan Windows
3.Pengedaran Bebas-Royalti
Fail yang dihasilkan dengan Director boleh dijual dan diedarkan dengan percuma; tanpa perlu membayar royalti kepada Macromedia. Produk mestilah memaparkan logo khusus “Made with Macromedia”.
Fail yang dihasilkan dengan Flash boleh dijual dan diedarkan dengan percuma; tanpa perlu membayar royalti kepada Macromedia. Produk mestilah memaparkan logo khusus “Made with Macromedia”.
4.Boleh Dimainkan Di Internet
Aplikasi yang dibangunkan dengan Director boleh dimainkan pada Internet dengan menggunakan teknologi yang dinamakan Shockwave.Sesiapa sahaja yang mempunyai penyemak lewa (browser) yang telah dikonfigurasi dengan betul boleh berinteraksi dengan movie semasa melayari muka surat tersebut.
Flash digunakan terutama sekali dalam aplikasi web.
Harga RM 1,310.00 RM 339.90
Terdapat pelbagai jenis perisian pengarangan yang boleh digunakan untuk membangun pelbagai
jenis aplikasi multimedia yang canggih dalam pelbagai bidang. Pemilihan perisian pengarangan
yang sesuai dalam pembangunan aplikasi multimedia adalah penting. Pembangun aplikasi
multimedia tidak semestinya memilih perisian pengarangan yang mahal lagi kompleks. Pelbagai
jenis pengarangan yang mudah diperolehi dengan percuma atau dengan harga yang murah boleh
digunakan dalam pembangunan aplikasi multimedia.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 18
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
TUGASAN 2 ( A )
8.0 DEFINISI MULTIMEDIA
Sebagaiman yang diketahui umum terdapat beberapa definisi multimedia yang boleh
digunapakai dalam modul Penghantaran Kepada Teknologi Multimedia. Perkataan Multimedia
adalah berdasarkan dua perkataan utama iaitu “Multi” dan “Media”. Multi ini membawa
maksud banyak atau pelbagai manakala media pula membawa maksud alat untuk menyampaikan
atau membuat sesuatu, perantaraan, alat pengantar, suatu bentuk mass komunikasi seperti surat
khabar, majalah atau televisyen.(Dewan bahasa dan pustaka)
Menurut pandangan saya multimedia merupakan satu teknologi yang menggabungkan pelbagai
sumber maklumat seperti teks, grafik, bunyi, animasi, video, dan sebagainya yang mana
maklumat ini disampaikan dan dikawal oleh sistem komputer secara interaktif. Interaktif
merupakan suatu persembahan komputer yang menggabungkan beberapa elemen media, iaitu
teks, grafik, animasi bunyi dan video secara sistematik untuk dijadikan sebuah perisian kursus
yang efektif. Perisian kursus ialah satu set program komputer yang melibatkan teks, audio dan
grafik yang boleh digunakan sebagai media pengajaran yang disediakan oleh pembina untuk
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, perisian kursus ini akan
dilengkapkan dengan ciri-ciri interaktif bagi membolehkan komunikasi dua hala antara pengguna
dengan komputer untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang aktif bagi menjadikan
proses pembelajaran dan pengajaran lebih efektif dan bermakna.
Menurut F. Hofstetter, Multimedia Literacy (1995), “Multimedia digunakan dalam perisian
komputer adalah untuk membentangkan dan mengabungkan teks, grapik, audio dan video
dengan hubungan dan alat untuk menghasilkan penggunaan navigasi, interaktif, mencipta dan
berkomunikasi.
Teknologi Multimedia boleh digunakan dalam pelbagai bidang seperti bidang Perniagaan,
Pentadbiran, Pendidikan, Penyiaran dan Hiburan.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 19
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
Teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam sesebuah perisian multimedia
sama ada sebagai menu utama, sistem navigasi ataupun bagi tujuan penyampaian sesuatu isi
kandungan perisian. Ia adalah jenis data paling asas serta menggunakan ruang storan paling
sedikit berbanding dengan elemen-elemen multimedia lain. Teks dalam bentuk perkataan, ayat
dan perenggan adalah digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea, buah fikiran dan fakta yang
berkaitan dengan apa jua aspek dalam kehidupan kita sehari-hari. Teks mempunyai perbagai
bentuk tulisan, saiz, gaya dan peranggan.
Audio juga bermaksud sebagai bunyi dan digunakan untuk membantu penyampaian maklumat
dengan lebih berkesan. Audio secara tidak langsung akan dapat membantu meningkatkan daya
tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.
Elemen Multimedia
Video menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup dan mempunyai
sumber media yang paling dinamik serta efektif dalam penyaluran informasi. Video juga sebagai
satu sumber penyimpanan informasi dan rujukan yang berkesan.
Grafik juga bermasud sebagai gambar dan digunakan untuk memberi penekanan visual dalam
sesuatu persembahan. Grafik dapat membantu dalam menerangkan sesuatu informasi secara
lebih berkesan dan menjadikan penyampaian atau persembahan lebih menarik.
Animasi berperanan bagi menceriakan lagi persembahan sesebuah informasi dan membantu
untuk menerangkan sesuatu konsep yang kompleks dengan mudah serta mampu menarik
perhatian pengguna dengan mudah. Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat
dinamik. Ianya juga merujuk kepada satu proses menjadikan satu objek agar kelihatan hidup atau
memberi gambaran bergerak kepada yang sesuatu pada dasarnya adalah statik.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA
MULTIMEDIA
GRAFIK
ANIMASI
VIDEO
AUDIO
TEKS
Muka Surat 20
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
TUGASAN 2 (B)
9.0 PEMBELIAN ATAS TALIAN.
Salah satu aplikasi multimedia yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita ialah
pelanggan boleh membeli belah daripada rumah sendiri dengan menggunakan perkhidmatan
pembelian atas talian. Sebagaimana yang diketahui, pembelian atas talian ini mempunyai
kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Pembelian atas talian ini juga secara tidak langsung
akan membawa kesan ke atas kedai atau pasaraya yang menjalankan perniagaan secara
tradisional.
Di Internet terdapat banyak web yang menyediakan perkhidmatan pembelian atas talian. Salah
satu contoh laman web yang membuat tawaran pembelian atas talian ialah “WEB LELONG”.
Pelbagai barangan yang ditawarkan dengan harga yang murah. Harga yang ditawarkan ini adalah
harga buka sahaja dan ia akan menjadi tinggi sekiranya berlaku persaingan harga diantara
pembeli. Dalam laman web lelong pelbagai barangan dijual seperti barangan elektronik,barangan
komputer, barangan harian, produk kereta dan sebagainya. Gambarajah 8 menunjukkan paparan
laman web lelong.
Gambarajah 8 : Contoh Web Pembelian Atas Talian
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 21
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
Kelebihan Pembelian Atas Talian.
1. Pembelian boleh dibuat dimana sahaja kita berada dengan menggunakan talian terus (Internet) sama ada kita berada di rumah, di pejabat, di hotel atau di café.
2. Barangan yang diperlukan boleh dicari dalam Internet dengan mudah menggunakan mesin carian dan senang membuat perbandingan harga.
3. Banyak masa dapat dijimatkan kerana pelanggan tidak perlu ke sana-sini, hanya melihat pada skrin komputer secara talian terus dan dengan menggunakan hujung jari pilih saja barang yang diperlukan.
4. Boleh membuat pembayaran terus dengan menggunakan kad kredit atau perkhidmatan perbankan.
Kelemahan Pembelian Atas Talian.
1. Produk yang dipilih tidak dapat dilihat secara langsung oleh pembeli. Pembeli hanya melihat imej yang dipaparkan dalam laman web.
2. Bayaran pos untuk penghantaran barang ditanggung oleh pembeli.3. Produk yang dibeli tidak diterima terus, mengambil masa untuk penghantaran.4. Produk yang diterima kadang-kadang tidak serupa dengan yang kita lihat dalam iklan di
laman web.5. Produk tidak boleh dibayar dengan wang tunai.6. Berlaku penipuan dalam jual-beli sekiranya tidak berhati-hati.7. Produk yang diperlukan tidak akan diterima terus, mengambil masa untuk penghantaran.
Kesan Pembelian Atas Talian.
Pembelian atas talian ini akan membawa kesan atau impak ke atas kedai atau pasaraya yang
menjalankan perniagaan secara tradisional. Pembelian atas talian ini bermakna pembeli tidak
akan ke kedai atau pasaraya untuk membeli barang. Mereka akan membeli dengan menggunakan
komputer melalui internet. Ini secara tidak langsung akan membawa kesan yang besar kepada
mereka yang berniaga secara tradisional kerana pelanggan lebih suka membeli barang dengan
menggunakan perkhidmatan pembelian atas talian daripada bersusah paya keluar ke kedai dan
pasaraya untuk mencari barang yang diperlukan.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 22
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
TUGASAN 2 ( C )
10. KESAN DAN IMPAK MULTIMEDIA
Teknologi multimedia adalah salah satu media pembelajaran baru yang boleh digunakan untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Ini adalah kerana multimedia
menyepadukan pelbagai media; teks, suara, imej, grafik dan animasi. Selain daripada gabungan
itu, satu lagi keistimewaannya yang utama ialah kebolehan interakviti. Dengan pengujudan
multimedia dalam kehidupan seharian kita, ia secara tidak langsung dapat memberi kesan kepada
pengguna.
10.1 KESAN MULTIMEDIA KEPADA KOMUNITI.
Multimedia ini membawa kesan yang amat mendalam kepada komuniti di kawasan saya
terutama sekali dari aspek pembelajaran. Perkembangan pesat dalam teknologi multimedia dan
juga internet sedikit sebanyak telah berjaya membawa nafas baru dalam dunia pendidikan
berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Di kawasan komuniti saya dua pusat internet
dan berhampiran dengan sekolah menengah dan sekolah rendah. Ramai pelajar dan remaja yang
akan mengunjungi pusat internet ini. Bagi mereka yang mempunyai kemudahan internet dirumah
juga sekali sekala datan ke tempat ini. Antara kesan yang dapat dilihat dapat membantu komuniti
dikawasan saya ialah multimedia digunakan sebagai “1. Kamus Multimedia Elektronik” yang
boleh digunakan bagi tujuan pendidikan, “2. Eksperiman atau Ulangkaji” dengan menggunakan
media seperti video dan animasi, “3. Simulasi Proses Kerja” dimana persekitaran seperti atau
keadaan dunia sebenar cuba disediakan dalam satu sistem, “4. Bahan Sejarah” dapat di pelajarai
dengan mudah dan menyeronokkan dengan bantuan multimedia, “5. Sumber Rujukan
Elektronik” digunakan untuk mencari sesuatu maklumat dengan lebih mudah dan sebagai
“6.Pendidikan Permainan dan Hiburan” yang diseletkan dengan elemen-elemen yang
menghiburkan serta mampu memikat hati mereka. Kesan yang amat ketara sekali yang berlaku di
komuniti kawasan saya ialah mereka lebih suka mengunakan teknologi ini untuk tujuan
Pendidikan Permainan dan Hiburan. Di sini mereka akan menggunakan kesemua elemen
multimedia yang disediakan dalam perisian pengarangan berbentuk permainan dan pendidikan.
Budaya sosial seperti melepak dan mebuat kerja-kerja yang tidak berfaedah dapat dikurangkan
kerana mereka akan mengunjungi pusat internet atau bermain internet di rumah sendiri.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 23
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
10.2 KESAN MULTIMEDIA KEPADA KEHIDUPAN PERIBADI
Perkembangan pembangunan perisian komputer ini telah saya terokai pada tahun 1996. Pada
masa itu kami menggunakan perisisan DOS untuk memulakan sesuatu pengaturcara. Multimedia
pada ketika itu memang telah wujud tapi teknologinya agak ketinggalan jika dibandingkan
dengan masa sekarang. Multiamedia ini amat memberi kesan yang mendalam kepada kehidupan
seharian saya.
Multimedia pada hari ini banyak membantu saya dalam proses pembelajaran, perniagaan,
pengiklanan dan permainan. Dalam bidang pembelajaran saya dapat membuat rujukan yang
cepat melalui laman web. Selain daripada itu bahan-bahan rujukan yang dibekalkan kepada saya
seperti CD dalam bentuk multimedia dapat membantu meningkatkan pemahanan saya dengan
cepat.
Dalam bidang perniagaan, saya dapat membuat pembelian sesuatu produk seperti hard disk
secara talian terus, ini akan dapat menjimatkan masa saya untuk berjalan, hanya perlu menunggu
barang yang dipesan sampai ke alamat kita. Selain daripada itu juga saya dapat mengeluarkan
sesuatu produk yang dihasilkan daripada elemen-elemen multimedia.Produk-produk macromedia
yang saya hasilkan ini boleh dijual kerana macromedia meupakan perisian bebas royaliti.
Dalam bidang pengiklanan, saya dapat menyiarkan maklumat-maklumat terkini melalui laman
web sendiri. Selain daripada itu juga saya berpeluang melihat iklan-iklan di laman web dalam
bentuk yang lebih menarik dan mudah difahami.
Semasa berehat atau pada hujung minggu saya akan bermain dengan Permainan Multimedia.
Permainan ini memang amat menyeronokkan terutama sekali dalam bentuk 3D. Ia dapat
menghiburkan saya dan menghilangkan rasa kebosanan pada diri sendiri.
Kesimpulannya Multimedia ini memang membawa kesan yang mendalam keatas diri saya,
kerana sehingga hari ini saya mampu mencipta laman web, penyuntingan suara, penyuntingan
video, penyuntingan animasi dan pengeluaran “CD Video dan Audio” dengan menggunakan
elemen-elemen multimedia.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Muka Surat 24
751207125167001 , RIDZAINUDEN BIN ABDUL RASID, CBMT2103
11. RUJUKAN
Crowe, S. 1995. An introduction to multimedia and interactive video in high education.England: University Press.
Gasyeki, D.M. (1993). Making sense of multimedia to this volume. Dlm D.M. Gasyeki (ed). Multimedia for learning development, application, evaluation. New Jersey:Educational Technology.Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Venton Publishing.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. PTS Publications : Bentong.
Mohd. Jasmy Abd Rahman, et. al. (2001). Penilaian teknologi onstruksional terhadap perisian multimedia bagi matapelajaran biologi tingkatan 4 menggunakan program Makromedia Flash 5.0. Pembentangan Kertas kerja Konvensyen Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia kali ke 14. Hotel Goldcourse, Kelang. 11-14 September.
Nor Anita Fairos Hj. Ismail, (2006). Penggunaan Teks dalam Multimedia. UTM.
Norhayati Abdul Mukti. (1999). Perisian Pengarangan. Singapura. Prentice Hall.
Rosnaini Hj. Mohd. (2007).Pembangunan Perisian Kursus Multimedia Interaktif.
Sahairil Azlan bin Sahidun, (2004). Penggunaan Animasi Melalui Multimedia Interaktif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matapelajaran Elektrik Dan Elektronik
Worthington, T.G & Szabo, M. (1995). Interactivity in computer – based aural skills instruction : a research study. Paper presented at the Annual Meeting of the Association for Educational Communication Technology.
PENGHANTAR KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA