penghantar pendidikan
Click here to load reader
-
Upload
tinagaran-magisparan -
Category
Education
-
view
96 -
download
7
Transcript of penghantar pendidikan
Guru Berkualiti dan Tanggungjawab Guru
Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung
dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang
dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari
segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah.
Menurut Mok Soon Sang (1988), terdapat berbagai-bagai cabang serta
pelbagai tanggungjawab dalam bidang perguruan yang penting. Antara peranan
guru yang penting ialah; sebagai tenaga pengajar, guru harus merancang aktiviti
pelajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah
mengikut strategi dan pedagogi pedagogi pengajaran yang sesuai. Sebagai
pengarah pembelajaran pula guru berperanan membimbing pelajar supaya mereka
berusaha belajar secara individu atau berkumpulan. Sebagai pengurus bilik darjah
guru berperanan menyusun rutin bilik darjah, menentu corak penyusunan meja dan
sebagainya. Ini dapat mencerminkan kreativiti seseorang pendidik. Guru yang
berperanan sebagai ibu bapa kepada pelajar, mempunyai tanggungjawab yang
besar. Meraka bertanggungjawab demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar,
agar dapat membentuk komuniti yang berbudi baik dan berpandangan jauh.
Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai
sebahagian keluarga mereka. Guru juga mempunyai tanggungjawab yang lebih
besar sebagai seorang guru disiplin. Mereka berperanan menjaga disiplin pelajar
serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan
nilai dan norma masyarakat. Mahupun guru yang berpangkat tinggi atau rendah,
semua guru harus menjadi contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi
tunjuk ajar serta teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru
di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar.
Menurut matlamat Falsafah Pendidikan Negara ialah melahirkan insan
yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan
berguna. Tambahan pula, Matlamat Pendidikan Negara adalah bertujuan untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memilik serta menghayati ciri - ciri
1 | P a g e
seperti percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara, memiliki sahsiah
yang seimbang dan sepadu dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang
kaum.
Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang juga
merupakan Matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Malaysia dapat mencapai
matlamat pendidikannya, iaitu dengan melahirkan rakyat yang bertanggungjawab
dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara, menghasilkan
rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya
melaksanakan tugas secara produktif sempurna demi memberikan sumbangan
terhadap kemajuan dan pembangunan negara.
Pada masa yang sama, FPK memainkan peranan dalam melahirkan rakyat
yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip - prinsip dan cita -
cita demokrasi mengikut Perlembagaan, melahirkan rakyat yang taat setia kepada
Raja dan cinta kepada negara dan melahirkan rakyat yang memahami serta
mengamalkan prinsip - prinsip Rukun Negara dan bersikap tolenrasi demi
mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum dengan membekalkan kemudahan -
kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.
Ia juga tidak ketinggalan dalam membentuk insan yang harmonis dan
seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat
Pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia serta menjadi insan yang bertanggungjawab.
Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia dilatih
untuk menguasai kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada
pelajarnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk
menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya. Selain itu guru berperanan
besar dalam membentuk masyarakat yang hidup harmoni, berdedikasi, bertolak
ansur serta masyarakat yang mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi.
2 | P a g e