PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1641-penghantaran...آ ...
date post
15-Aug-2020Category
Documents
view
3download
0
Embed Size (px)
Transcript of PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1641-penghantaran...آ ...
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA)
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
PERKARA MUKA SURAT
BAHAGIAN 1 : LATAR BELAKANG 1
1.1 Apa itu Penghantaran Maklumat Pengkreditan Caruman Kepada Majikan Secara Elektronik?
1.2 Keistimewaan dan Faedah Inovasi 1 - 2
BAHAGIAN 2 : LAPORAN INOVASI 3
2.1 Tujuan Inovasi 3 2.2 Proses Pelaksanaan Inovasi 7
2.3 Impak Inovasi
2.3.1 Elemen Inovatif/Kreatif
i. Penciptaan nilai/elemen baru/tambah baik
ii. Elemen mempermudahkan/penyelesaian masalah
iii. Lain-lain berkaitan
2.3.2 Elemen Keberkesanan
i. Gambaran faedah yang nyata diperolehi
ii. Peningkatan produktiviti/kepuasan
iii. Penjanaan pendapatan (sekiranya berkaitan)
2.3.2 Elemen Signifikan
i. Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan
ii. Penjimatan masa/kos/sumber manusia
iii. Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil
2.3.3 Elemen Relevan
i. Sumbangan kepada agenda organisasi/nasional
9
11
11
15
2.4 Pengiktirafan Diterima 16
BAHAGIAN 3 : PENUTUP 19
KANDUNGAN
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
1
1.1 APA ITU PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA
MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK?
1.1.1 Pada setiap bulan, majikan perlu membayar Caruman untuk pekerja
mereka. Bayaran itu disertakan dengan Borang Caruman yang
mengandungi butiran pekerja yang dicarumkan. Selepas caruman
dikreditkan oleh KWSP, penyata akan dihantar kepada majikan untuk
menyemak sama ada pengkreditan akaun ahli adalah teratur. Disamping
itu, sekiranya terdapat caruman yang tidak dapat dikreditkan kerana
maklumat tidak lengkap, Jadual Caruman Tanpa Maklumat Lengkap turut
dihantar sekali untuk dilengkapkan oleh majikan.
1.1.2 Sebelum ini penghantaran maklumat pengkreditan caruman kepada
majikan adalah secara pos yang mengambil masa satu hingga dua
minggu untuk sampai kepada majikan. Majikan akan mengambil masa
yang lebih lama untuk memaklumkan KWSP sekiranya terdapat
maklumat caruman yang tidak tepat. Selain itu, majikan yang
mempunyai ramai pekerja juga memerlukan lebih masa untuk membuat
semakan secara manual.
1.1.3 Berdasarkan permasalahan ini, KWSP telah melaksanakan inisiatif
Penghantaran Maklumat Pengkreditan Caruman Kepada Majikan Secara
Elektronik berserta emel khas (epostedlist@epf.gov.my) bagi
membolehkan majikan berhubung terus dengan KWSP sekiranya
terdapat sebarang pertanyaan atau aduan. Majikan boleh membuat
semakan melalui komputer dan peranti mudah alih bila-bila masa dan di
mana jua untuk memastikan penyelenggaraan akaun majikan adalah
teratur. Disamping itu, ahli juga dapat menyemak caruman yang dibayar
oleh majikan dengan segera selepas dikreditkan ke akaun mereka.
BAHAGIAN 1 : LATAR BELAKANG
mailto:epostedlist@epf.gov.my
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
2
1.2 KEISTIMEWAAN DAN FAEDAH INOVASI PENGHANTARAN MAKLUMAT
PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
1.2.1 Pelaksanaan inisiatif Penghantaran Maklumat Pengkreditan Caruman
Kepada Majikan Secara Elektronik ini telah memberi banyak faedah
kepada organisasi dan pelanggan KWSP seperti berikut:
i. Bagi KWSP
a. Jimat kos - Kos operasi adalah lebih rendah berbanding
penghantaran secara pos.
b. Cepat - Proses cetakan dan penghantaran ini dikurangkan dari 2
minggu kepada 1 hari.
c. Selamat - Pemprosesan data dibuat di Premis KWSP serta
penyata yang dihantar kepada majikan menggunakan Portable
Document Format (PDF) dilindungi dengan kata laluan.
d. Mesra alam dan jimat ruang simpanan - Paperless iaitu penyata
dihantar dalam bentuk softcopy dan bukannya cetakan.
ii. Bagi Majikan
a. Penyata diterima lebih awal selepas bayaran caruman
dikreditkan.
b. Semak emel bila-bila masa dan di mana jua (24/7).
c. Menggunakan kata laluan untuk membuka lampiran bagi
mengelakkan kebocoran maklumat.
d. Tidak perlu rekod penyimpanan manual kerana penyata
dihantar dalam bentuk soft copy.
iii. Bagi Negara
a. Mendokong agenda e-Government (Transaksi secara elektronik).
b. Selaras Teras Misi Nasional – memberi ‘perkhidmatan kelas
pertama’ (Rakyat Didahulukan) dan ‘berkesan kos’ (Pencapaian
Diutamakan).
c. Menepati Program Transformasi Negara – menggalakkan
budaya kreatif dan inovatif dalam KWSP.
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
3
2.1 TUJUAN INOVASI
2.1.1 Pada setiap bulan, majikan perlu membayar Caruman untuk pekerja
mereka. Bayaran itu disertakan dengan Borang Caruman yang
mengandungi butiran pekerja yang dicarumkan. Selepas caruman
dikreditkan oleh KWSP, penyata akan dihantar kepada majikan untuk
menyemak sama ada pengkreditan akaun ahli adalah teratur. Sebelum
ini penghantaran penyata kepada majikan adalah secara pos yang
mengambil masa satu hingga dua minggu untuk sampai kepada majikan.
2.1.2 Sekiranya terdapat maklumat caruman yang tidak tepat, majikan akan
mengambil masa yang lebih lama untuk memaklumkan KWSP. Disamping
itu, majikan yang mempunyai ramai pekerja akan mengambil masa lebih
lama untuk membuat semakan secara manual.
2.1.3 Berdasarkan permasalahan ini, KWSP telah melaksanakan inisiatif bagi
Penghantaran Maklumat Pengkreditan Caruman Kepada Majikan Secara
Elektronik yang disertakan dalam emel khas seperti dalam Gambarajah 1
dan Gambarajah 2. Ini membolehkan majikan berhubung terus dengan
KWSP sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau aduan kesilapan
pengkreditan akaun ahli.
2.1.4 Majikan juga boleh menyemak Penyata Caruman dan Jadual Caruman
Tanpa Maklumat Lengkap dalam Portable Document Format (PDF) di
komputer dan peranti mudah alih pada bila-bila masa dan di mana jua
seperti Gambarajah 3 dan Gambarajah 4.
BAHAGIAN 2 : LAPORAN INOVASI
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
4
Gambarajah 1 : Contoh Emel Penghantaran Maklumat Pengkreditan Caruman
Kepada Majikan Secara Elektronik
Gambarajah 2 : Emel khas (epostedlist@epf.gov.my)
untuk majikan memberikan maklum balas atau aduan
mailto:epostedlist@epf.gov.my
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
5
Gambarajah 3 : Contoh Penyata Caruman
Gambarajah 4 : Contoh Jadual Caruman Tanpa Maklumat Lengkap
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
6
2.1.5 Tujuan inovasi ini adalah untuk:
Memastikan maklumat caruman yang dikreditkan cepat sampai,
selamat, jimat kos dan mesra alam sekitar.
Majikan dapat membuat semakan, seterusnya memaklumkan KWSP
sekiranya terdapat kesilapan maklumat pengkreditan caruman.
Objektif ini dicapai melalui inovasi dalam bidang berikut:
Bil Ciri-ciri Kelebihan Keterangan
1 Cepat sampai Penyata Caruman Majikan akan dihantar kepada
majikan selepas caruman dikreditkan ke akaun ahli
dan akan diemelkan terus kepada alamat emel
majikan selepas pemprosesan data selesai. Proses
cetakan dan penghantaran ini dikurangkan dari 2
minggu kepada 1 hari.
2 Selamat Pemprosesan data dibuat di Premis KWSP serta penyata yang dihantar kepada majikan menggunakan Portable Document Format (PDF) dilindungi dengan kata laluan. Penyata tersebut tidak boleh dibuka sekiranya kata laluan yang dikunci masuk tidak tepat. Ini termasuklah pengesahan alamat emel telah dibuat terlebih dahulu sebelum penyata dihantar melalui emel.
3 Penjimatan kos Kos operasi adalah lebih rendah berbanding
penghantaran secara pos. Ini kerana, kos operasi
adalah berdasarkan caj per transaksi tanpa mengira
bilangan pekerja dan kos setem yang berdasarkan
berat kertas. Ini termasuklah kos p
Recommended