PENGHARAPAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN …...vi ABSTRAK Kajian deskriptif yang dijalankan merupakan...
Transcript of PENGHARAPAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN …...vi ABSTRAK Kajian deskriptif yang dijalankan merupakan...
PENGHARAPAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN DI KOLEJ
KOMUNITI TERHADAP ASPEK KERJAYA
NOOR SHAMSILA BINTI ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti bagi tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)”
Tandatangan :
Penyelia : PROF. DR. MUHD RASHID BIN RAJUDDIN
Tarikh : 13 Januari 2012
ii
PENGHARAPAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN DI KOLEJ KOMUNITI
TERHADAP ASPEK KERJAYA
NOOR SHAMSILA BINTI ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .
Nama Penulis : Noor Shamsila binti Ismail
Tarikh : .13 Januari 2012
iv
Syukur ke hadratMu, Ya Allah..
Suami tercinta.. Muhd Luthffi Ameer Abdullah,
Insan tersayang.. Abah dan Emak,
Hj Ismail Ahmad dan Puan Noraimah Hj. Zainol Abidin,
Anakanda permata hati.. Muhammad Ammar,
Dan seluruh ahli keluarga terdekat,
Jutaan terima kasih atas setiap bakti pengorbanan,
kasih suci, dan luahan semangat yang dicurahkan..
Istimewa buat Prof. Dr. Muhd. Rashid bin Rajuddin,
Terima kasih kerana sentiasa
mendokong dan mendorong usaha ini tanpa jemu,
Teman seangkatan,
Insan yang kupanggil sahabat,
yang sentiasa mendoakan kejayaan bersama..
Pensyarah dan seluruh warga UTM yang menghulurkan bantuan..
Maaf andai pernah terkasar perbuatan, terlanjur bicara..
Jasa Bakti Kalian semoga Allah mengganjarinya..
Terima Kasih atas segalanya..
v
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim..
Pertama-tama dan selama-lamanya, syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T
kerana limpah rahmatNya mengurniakan penulis peluang dan kesempatan waktu untuk
menyiapkan laporan projek Sarjana Muda ini.
Penulis juga ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia
Projek Sarjana Muda ini, Prof. Dr. Muhd. Rashid bin Rajuddin kerana sudi mencurahkan
ilmu dan memberikan tunjuk ajar yang terbaik sepanjang kajian ini dijalankan.
Seterusnya, jutaan terima kasih juga kepada pihak Kolej Komuniti Bandar Darulaman
dan Kolej Komuniti Sungai Petani atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang penulis
mengadakan sesi soal selidik. Kerjasama kalian amat dihargai.
Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang memberikan sumbangan idea, rakan-
rakan seperjuangan yang memberi bantuan, ahli keluarga yang banyak berkorban dan
memberikan semangat seterusnya semua pihak yang terlibat samada secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.
vi
ABSTRAK
Kajian deskriptif yang dijalankan merupakan kajian mengenai “Pengharapan
Pelajar Bidang Kejuruteraan di Kolej Komuniti terhadap Aspek Kerjaya”. Kajian yang
dijalankan melibatkan 111 orang responden dari dua buah Kolej Komuniti di negeri
Kedah iaitu Kolej Komuniti Bandar Darulaman dan Kolej Komuniti Sugai Petani.
Responden terdiri daripada pelajar semester akhir dan merupakan pelajar dalam bidang
kejuruteraan sahaja iaitu Automotif, Teknologi Elektrik, Pelukis Pelan Senibina dan
Sistem Komputer Sokongan. Lima persoalan kajian yang diketengahkan dalam kajian
ini terdiri daripada pengharapan pelajar untuk menjadi usahawan berjaya, pengharapan
pelajar untuk menjadi tenaga kerja berkualiti, pengharapan untuk mendapatkan
kemahiran tinggi dan juga pengharapan untuk mencapai pemikiran inovatif disamping
satu persoalan kajian bagi mengetahui pengharapan pelajar mengikut bidang yang
diambil. Instrumen kajian yang digunakan berbentuk soal selidik yang mengandungi 40
item mengikut skala likert 5 peringkat. Nilai kebolehpercayaan bagi instrument kajian
ialah α = 0.881. Hasil analisis keseluruhan item menunjukkan bahawa pengharapan
tertinggi pelajar adalah pengharapan untuk menjadi usahawan berjaya, diikuti
pengharapan untuk mendapatkan kemahiran tinggi, seterusnya mencapai pemikiran
inovatif dan akhir sekali, pengharapan untuk menjadi tenaga kerja yang berkualiti.
Beberapa cadangan dikemukakan bagi melaksanakan kajian lanjutan yang bersesuaian.
vii
ABSTRACT
This descriptive research is about `Hopes of Community College Students
towards Career Aspects’. This research involved 111 respondents from two community
colleges in Kedah, namely Bandar Darulaman Community College and Sg. Petani
Community College. The respondents are final semester Mechanical students majoring
in Automotive, Electrical Technology, Architecture and Computer Support System.
There are five main aspects highlighted in this research; the hope to become successful
entrepreneurs, the hope to be quality manpower, the hope to be a highly skilled worker,
the hope to achieve innovative thinking. Another issue is to find out their hopes based
on their major. Research instruments used was a set of questionnaire containing 40
items using 5 levels Likert scale. The value of the instrument reliability was α = 0881.
Findings from the analysis revealed that all the variable studied were categories as very
high. Variable successful entrepreneurs is ranked very high, followed by the hope to be
highly skilled, the hope to achieve innovative thinking and finally, the hope to be quality
manpower. Suggestions were made to carry out relevant further studies.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN AKUAN PENSYARAH i
HALAMAN JUDUL ii
HALAMAN PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI SIMBOL xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
ix
1.6.1 Pelajar dan Tenaga Pengajar 11
1.6.2 Kolej Komuniti 12
1.6.3 Masyarakat 12
1.7 Skop Kajian 13
1.8 Definisi Konsep 13
1.8.1 Pengharapan 14
1.8.2 Kejuruteraan 14
1.8.3 Teknik dan teknikal 14
1.8.4 Vokasional 15
1.8.5 Kerjaya 15
1.8.6 Pemilihan 15
BAB II SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Pengharapan Aspek Kerjaya 17
2.2.1 Pengharapan Pelajar dalam 19
menjadi Usahawan Berjaya
2.2.2 Pengharapan Pelajar dalam 23
menjadi Tenaga Kerja Berkualiti
2.2.3 Pengharapan Pelajar dalam 26
mendapatkan Kemahiran Tinggi
2.2.4 Pengharapan Pelajar dalam 32
Mencapai Pemikiran Inovatif
2.3 Teori Kerjaya 35
2.4 Kajian-kajian Berkaitan 36
2.4.1 Kajian Luar Negara 37
x
2.4.2 Kajian Dalam Negara 37
2.5 Kesimpulan 39
BAB III METODOLOGI KAJIAN 40
3.1 Pengenalan 40
3.2 Rekabentuk kajian 41
3.2.1 Bahagian A : Demografi responden 42
3.2.2 Bahagian B : Aspek pengharapan 42
Pelajar merangkumi Persoalan Kajian
3.3 Kerangka Operasi 43
3.4 Populasi dan sampel kajian 45
3.5 Instrumen kajian 48
3.6 Prosedur Kajian 50
3.7 Penganalisian Data 51
3.7.1 Analisis Deskriptif 52
3.8 Kesahan dan Kajian Rintis 54
3.9 Batasan Kajian 55
3.10 Andaian 56
BAB IV ANALISIS DATA KAJIAN 57
4.1 Pengenalan 57
4.2 Analisis Bahagian A 58
4.2.1 Jantina 58
4.2.2 Bangsa 59
xi
4.2.3 Umur 59
4.2.4 Bidang yang disertai 60
4.2.5 Kelayakan Kemasukan 61
4.3 Analisis Bahagian B 61
4.3.1 Pengharapan pelajar dalam menjadi 63
usahawan berjaya
4.3.2 Pengharapan pelajar dalam menjadi 67
tenaga kerja yang berkualiti
4.3.3 Pengharapan pelajar dalam mendapatkan 70
kemahiran tinggi
4.3.4 Pengharapan pelajar dalam mencapai 73
pemikiran inovatif
4.3.5 Analisis Penjadualan Silang 76
(Cross Tabulation)
4.4 Analisis Keseluruhan Item 79
4.5 Kesimpulan 80
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN 81
DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 81
5.2 Rumusan 81
5.3 Perbincangan 84
5.3.1 Bahagian A : Demografi Responden 85
5.3.2 Bahagian B : Soal Selidik 88
5.3.2.1 Menjadi Usahawan Berjaya 88
5.3.2.2 Menjadi Tenaga Kerja yang Berkualiti 93
xii
5.3.2.3 Mendapatkan Kemahiran Tinggi 95
5.3.2.4 Mencapai Pemikiran Inovatif 98
5.3.2.5 Pengharapan pelajar mengikut 101
bidang yang diambil (Cross Tabulation)
5.4 Cadangan Kajian 103
5.4.1 Pelajar 103
5.4.2 Tenaga Pengajar 104
5.4.3 Kolej Komuniti 104
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 105
5.6 Kesimpulan 106
BIBLIOGRAFI 108
LAMPIRAN 115
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 2.1 Senarai Profesional Berdaftar 1988 dan 2004 27
Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Semester Akhir Kolej Komuniti 49
Bandar Darulaman dan Kolej Komuniti Sungai Petani
Jadual 3.2 (a) Pembahagian item bahagian A mengikut 49
faktor demografi
Jadual 3.2 (b) Skala Likert 49
Jadual 3.2 (c) Taburan item soal selidik Bahagian B 50
Jadual 3.3 (a) Kaedah skala 5 peringkat kepada 52
skala 3 peringkat
Jadual 3.3 (b) Tahap Penilaian Responden berdasarkan 53
nilai Min
Jadual 3.3 (c) Tahap Penilaian Responden berdasarkan Peratus 53
Jadual 3.4 Nilai kebolehpercayaan 55
Jadual 4.1 Jadual taburan responden berdasarkan jantina 58
Jadual 4.2 Jadual taburan responden berdasarkan bangsa 59
Jadual 4.3 Jadual taburan responden berdasarkan umur 59
Jadual 4.4 Jadual taburan responden berdasarkan 60
bidang yang disertai
Jadual 4.5 Jadual taburan responden berdasarkan 61
kelayakan kemasukan
Jadual 4.6 Taburan responden mengikut peratusan berdasarkan 63
pengharapan dalam menjadi usahawan berjaya
Jadual 4.7 Taburan responden mengikut peratusan berdasarkan 67
pengharapan dalam menjadi tenaga kerja yang berkualiti
xiv
Jadual 4.8 Taburan responden mengikut peratusan berdasarkan 70
pengharapan dalam mendapatkan kemahiran tinggi.
Jadual 4.9 Taburan responden mengikut peratusan berdasarkan 73
pengharapan dalam mencapai pemikiran inovatif
Jadual 4.10 Taburan responden mengikut peratusan berdasarkan 76
pengharapan pelajar terhadap aspek kerjaya
mengikut bidang yang diambil
Jadual 4.11 Taburan purata peratusan keseluruhan bagi 79
pengharapan pelajar bidang kejuruteraan
di Kolej Komuniti terhadap aspek kerjaya
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
Rajah 3.1 Kerangka Operasi 43
Rajah 5.1 Model Asas Pembentukan 2K 92
Rajah 5.2 Model Gabungan Pencapaian Inovasi 99
xvi
SENARAI SINGKATAN
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
KPTM Kementerian Pengajian Tinggi
KKBD Kolej Komuniti Bandar Darulaman
KKSP Kolej Komuniti Sungai Petani
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
PBL Problem Based Learning
IPTTN Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang soal selidik 115
B Jadual Krejcie. R. V. dan Morgan D. W 121
C Surat kebenaran Fakulti 122
D Surat Permohonan Individu 123
E Surat Kesahan Soal Selidik 127
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan Malaysia dari aspek pendidikan dan teknologi yang semakin
pesat sedikit sebanyak telah mengubah rentak sumber tenaga kerja seiring dengan
kehendak masa (Farizah Kassim dan Azizi Yahya, 2008). Produktiviti tenaga kerja
pada masa kini amat diperlukan kerana ia merupakan aspek penting dalam
meletakkan Malaysia seiring dengan arena antarabangsa yang sering mendambakan
peluang-peluang keemasan demi mencapai kadar pertumbuhan ekonomi serta
industri yang mantap
Sehubungan itu, Negara kita memerlukan sumber manusia yang memiliki
pelbagai kebolehan dari segenap aspek iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran yang
tinggi serta keperibadian yang unggul dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai
sebuah Negara maju seiring dengan Wawasan 2020.
Berdasarkan laman web Jabatan Penerangan Malaysia, dalam konteks
mencapai Wawasan 2020, beberapa perisian penting amat diperlukan oleh negara, di
2
antaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan,
perubahan sikap dan nilai, penekanan kepada sains dan teknologi, perancangan, dan
peranan sektor swasta yang lebih dinamik. Atas dasar ini, semua pihak sama ada
pihak kerajaan mahupun swasta, institusi pendidikan ataupun individu perlu sama-
sama berusaha demi mempertingkatkan lagi tahap pencapaian Negara bagi
memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan makmur dalam segenap
aspek.
Dalam usaha memenuhi kehendak Negara, pelbagai persediaan hendaklah
dilakukan terutama penyertaan terhadap bidang kerjaya yang selaras dengan ilmu
pengetahuan serta turut mempertimbangkan aspek kemampuan diri seseorang
individu. Kebiasaannya, pemilihan jurusan diperingkat pengajian akan
mempengaruhi perancangan terhadap aspek pemilihan kerjaya. Selepas tamat
pengajian, maka kerjaya yang akan dipilih adalah berkaitan dengan jurusan yang
telah diambil kerana ianya adalah selari dengan pengalaman serta kebolehan dan juga
pengetahuan seseorang. Justeru itu, setiap pelajar pasti mempunyai impian dan juga
harapan tertentu terhadap bidang yang mereka ceburi agar ianya menjadi pemangkin
kepada kejayaan dalam aspek kerjaya yang bakal mereka ceburi kelak.
Menurut Hushim Salleh (Nurul Rofishah, 2006), perancangan adalah sangat
penting dalam pencapaian terhadap kerjaya idaman dimana perancangan jangka
pendek di sekitar usia 18 hingga 25 tahun menjadi sangat penting kerana pada usia
ini, remaja masih belajar dan sedang menimba pengalaman. Sementara itu,
perancangan jangka panjang pula akan menentukan status dan juga masa depan
seseorang. Kesedaran kerjaya merupakan kesedaran individu terhadap dunia
pekerjaan Gribbons dan Lohnes (Nurul Rofishah, 2006). Dengan adanya kesedaran
terhadap kerjaya, maka akan wujud tanggapan mahupun pengharapan terhadap
kerjaya yang bakal diceburi kelak dan ini akan memberi kesan terhadap hasil yang
bakal ditunjukkan dalam bidang kerjaya itu sendiri.
Jemaah menteri telah mempertimbangkan memorandum no 398/225/00 pada
5 Julai 2000, yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan iaitu mengenai
konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen.
3
Tujuan penubuhan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
adalah untuk menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran
pada semua peringkat serta memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah
sebelum menerokai pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat
lebih tinggi.(www.jpkk.edu.my).
Pada pertengahan Jun 2001 sebanyak sepuluh buah Kolej Komuniti rintis
mula beroperasi dan diikuti oleh dua buah lagi pada bulan Disember 2001. Sehingga
Julai 2007, sebanyak 35 buah Kolej Komuniti telah beroperasi di seluruh Malaysia.
Bermula sesi Januari 2008, dua buah lagi Kolej Komuniti baru telah mula beroperasi
dan dengan itu menjadikan jumlah keseluruhan Kolej Komuniti adalah sebanyak 37
buah. Kolej Komuniti yang pada mulanya bernaung dibawah Jabatan Pendidikan
Teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia telah diubah ke Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia dalam Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
pada Mac 2004 (www.jpkk.edu.my).
Pada September 2007, Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti telah ditukarkan
kepada Sektor Pengurusan Kolej Komuniti. Kemudian, pada 15 September 2009,
Sektor Pengurusan Kolej Komuniti telah dinaik taraf ke Jabatan Pengajian Kolej
Komuniti dan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dalam usaha untuk pengukuhan
institusi Kolej Komuniti itu sendiri.(www.jpkk.edu.my)
Sektor perindustrian yang pesat perlulah seiring dengan pembangunan
ekonomi Negara. Justeru itu, berlakulah pengurangan tenaga kerja dalam pelbagai
sektor yang dapat membantu pertumbuhan ekonomi seperti sektor kejuruteraan,
kedoktoran dan juga perkomputeran.(Azizi Yahaya dan Norhashimah Ismail, 2010).
Seiring dengan kehendak ekonomi yang memerlukan pencapaian pakar dalam bidang
teknologi sepertimana dihasratkan oleh kerajaan yang turut terkandung dalam
Wawasan 2020, harapan bagi melahirkan generasi yang berteknologi adalah
bergantung kepada sumber tenaga manusia yang dihasilkan di semua peringkat
termasuk Kolej Komuniti.
4
Dewasa kini, bidang kejuruteraan semakin mendapat tempat dikalangan para
pelajar. Bidang ini merupakan salah satu bidang utama yang menjadi pilihan bagi
kerjaya dikalangan individu di Negara kita. Bidang kejuruteraan adalah bidang yang
merangkumi aspek mekanikal, awam, elektrik, kimia dan pelbagai lagi.(Ahmad
Baharuddin Abdullah, 2003)
Menurut Hairunnaja (Noor Zalilah Mansor, 2008), terdapat jurang yang besar
dalam peluang kerjaya antara bidang kemahiran, teknikal dan sains dengan bidang
sastera, sains sosial dan kemanusiaan. Bidang kemahiran, teknikal dan sains
memberi peluang kerjaya lebih kepada golongan yang mengikutinya kerana bidang
ini sedang pesat berkembang sesuai dengan keperluan Negara yang sedang berusaha
menjadi sebuah Negara maju sejajar dengan Wawasan 2020.
Kolej Komuniti merupakan salah satu institusi yang berasaskan kepada
bidang teknikal yang merangkumi sektor pekerjaan seperti kejuruteraan elektrik,
jentera, senibina, perkomputeran dan sebagainya.
1.2 Latarbelakang Masalah
Dalam menentukan arah tuju kehidupan seseorang individu, pemilihan
kerjaya yang tepat adalah amat perlu dititikberatkan demi menjamin masa depan
yang unggul. Pengharapan yang tinggi sudah tentu dipertaruhkan oleh golongan
pelajar terhadap aspek kerjaya yang bakal mereka ceburi agar ianya mendatangkan
hasil atau faedah kepada diri mereka, keluarga dan juga masyarakat amnya. Oleh itu,
pemilihan kerjaya yang berdasarkan kelulusan, minat, keperibadian dan juga
pengalaman adalah amat penting bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini
terhadap aspek kerjaya apabila timbul rasa bosan, tidak bersemangat, sesalan dan
sebagainya serta boleh menyebabkan kualiti kerja terjejas. (Dewan Siswa dalam
Nurul Rofishah, 2006)
5
Masalah yang seringkali wujud dalam aspek pemilihan kerjaya dikalangan
pelajar adalah kekurangan ilmu pengetahuan mengenai kerjaya yang bakal diceburi
dan menyebabkan kesukaran dalam menentukan bidang kerjaya yang bersesuaian
dengan bidang, kebolehan serta personaliti diri mereka sendiri. (Sharp dan Marra
dalam Noor Farizah Kassim, 2008). Masalah ini seharusnya dielakkan dari peringkat
awal pemilihan kerjaya iaitu dengan adanya pendedahan awal terhadap aspek kerjaya
pelajar ketika dalam pengajian samada di peringkat sekolah ataupun institusi
pengajian tinggi.
Tambahan pula, menurut Gysbers et. Al (Ahmad Rosli et. Al, 2011), melalui
konsep Life-Career Rainbow menyatakan bahawa individu yang berada pada
peringkat umur 15 hingga 24 tahun adalah dalam peringkat penerokaan kerjaya. Hal
yang dinyatakan ini adalah bertepatan dengan usia purata pelajar seluruh Kolej
Komuniti di Malaysia. Atas dasar tersebut, setiap pelajar sewajarnya diberikan
panduan yang baik dalam penerokaan terhadap bidang kerjaya mereka supaya apa
yang mereka harapkan mengenai aspek kerjaya mereka adalah selari dengan apa
yang bakal mereka hadapi.
Pada masa kini, graduan yang berkualiti serta mempunyai kemahiran yang
tinggi seringkali menjadi keutamaan para majikan. Namun, persoalan yang timbul
adalah sejauhmana kualiti graduan yang dihasilkan dari Kolej Komuniti ini dapat
memenuhi kehendak majikan pada masa kini. Kualiti pekerjaan yang ditunjukkan
oleh graduan dapat dikaitkan dengan kajian terhadap pengharapan pelajar terhadap
aspek kerjaya yang mereka ceburi. Perkara ini penting bagi memperbaiki segala
kekurangan dalam mutu pekerjaan graduan kelak.
Menurut Kamal Khir (Seri Bunian dan Ramlee, 2010), kelemahan graduan
pada masa kini ialah dalam kedua-dua kemahiran iaitu teknikal dan generik. Oleh
itu, pihak institusi pengajian perlu mengambil tindakan sewajarnya dalam
menghasilkan graduan yang bermutu dipasaran tempatan dan juga antarabangsa.
6
Sistem pendidikan dalam negara terutama sistem pendidikan Teknik dan
Vokasional perlu peka dalam merencana strategi dalam usaha menambahbaik mutu
graduan yang dihasilkan supaya pihak majikan lebih yakin untuk mengambil pekerja
lepasan latihan kemahiran seperti Kolej Komuniti. Kajian yang dijalankan oleh
Davis dan Woodward (2006) dalam Asnita Ahmad (2010) menyatakan bahawa
majikan kini lebih mengutamakan graduan yang mempunyai pelbagai kemahiran
bukan sahaja kemahiran teknikal malahan kemahiran softskills bagi membolehkan
persaingan.
Graduan yang berpotensi dan mahir dalam teknologi maklumat, inovatif serta
kreatif akan menjadi keutamaan majikan pada masa kini. Oleh itu, sistem dan
institusi pendidikan di Negara kita termasuk Kolej Komuniti seharusnya mampu
melahirkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran.
Masalah yang timbul dalam aspek kerjaya pelajar kemungkinan adalah
berpunca daripada kaedah P&P yang digunapakai oleh tenaga pengajar atau
pendekatan yang digunakan oleh institusi dimana ianya kurang sesuai dengan
pengharapan mahupun keinginan pelajar itu sendiri. Pendekatan yang digunakan
oleh pihak institusi seharusnya sejajar dengan apa yang diharapkan oleh pelajar
terhadap masa depan kerjaya mereka agar dapat menjamin kualiti pekerjaan mereka.
Dengan itu, pelajar akan berasa selesa sewaktu sesi P&P dan secara tidak langsung
mempengaruhi potensi diri mereka agar semakin berkeyakinan dan bersemangat.
Hasil daripada sistem P&P serta pendekatan yang baik terhadap pelajar, sudah pasti
mereka dapat membayangkan masa depan yang cerah terhadap aspek kerjaya mereka
kelak.
Mohamed Khaled Nordin (2008), menegaskan didalam era sejagat yang
berteraskan pengetahuan, kejayaan sebuah negara bergantung kepada pengetahuan
yang dimiliki dan inovasi yang dihasilkan dan dengan itu, institusi pengajian tinggi
bertanggungjawab dalam merealisasikan dan melahirkan tenaga kerja yang
berpengetahuan serta mencapai modal insan kelas pertama. Pendidikan berkualiti
akan melahirkan lulusan politeknik dan kolej komuniti kekal relevan dengan
7
kehendak pasaran semasa di samping berkeupayaan menghadapi cabaran dan
persaingan antarabangsa.
Menurut Mohamed Khaled Nordin, lebih 100,000 lepasan SPM memasuki
pasaran pekerjaan setiap tahun tanpa memiliki latihan kemahiran. Selama ini bidang
teknikal dan vokasional dilihat sebagai pilihan terakhir pelajar berikutan persepsi
prospek kerjaya yang terhad sehingga mengakibatkan tenaga kerja dalam sektor
tertentu tidak mencukupi. Andaian ini seharusnya disangkal kerana kenyataan yang
wujud pada masa kini adalah pendidikan teknikal dan latihan vokasional serta
kemahiran akan menyediakan landasan alternatif yang baik bagi pelajar
merealisasikan potensi, kecenderungan, minat serta kemahiran diri mereka. Jika
semua perubahan digarap bersama dengan peluang pengajian tinggi yang diikuti,
akhirnya kita dapat menjana pendapatan diri secara bekerja sendiri atau dengan
kerajaan atau organisasi ( Menteri Pengajian Tinggi, Berita Harian ; 29 Oktober
2010)
Unit Perancang Ekonomi (2006) menunjukkan bahawa kadar pengangguran
akan meningkat dari 3.1 % (2000) hingga 3.5% (2010). Bagi memastikan masalah
ini dapat diselesaikan, para pelajar perlu memupuk potensi diri iaitu dengan
mengutamakan aspek seperti perubahan sikap, kemahiran , ilmu pengetahuan
termasuk aspek pengurusan diri seperti budaya disiplin diri dan amanah.
Kebimbangan mengenai pengangguran di kalangan para graduan akan terus
menghantui sektor pengajian tinggi. Statistik pengangguran graduan selalu dijadikan
kayu pengukur terhadap kualiti dan keberkesanan sesebuah institusi dan kaedah
seseorang pelajar itu dididik di IPT ( Menteri Pengajian Tinggi, Amanat Tahun Baru
2011).
Apabila keinginan atau pengharapan pelajar tidak dititikberatkan ataupun
diabaikan, maka sumber tenaga kerja yang terhasil walau dari mana sekalipun, tidak
akan dapat memberikan hasil yang dikehendaki kerana akan wujud perasaan
ketidakpuasan dari pelbagai segi dikalangan pelajar samada terhadap aspek kerjaya
ataupun lain-lain. Akan timbul situasi seperti terlalu merendah diri kerana
merasakan diri tidak mempunyai kelebihan seperti individu lain dari segi ilmu
8
pengetahuan, kemahiran, daya inovatif dan lain-lain lagi. Keadaan seperti ini akan
berlaku kepada sesiapa sahaja yang tidak dipenuhi harapan atau keinginannya.
Spoken (1985) dalam Naemah Hamzah (2007), menegaskan bahawa
persekitaran yang tidak serasi akan menggalakkan individu meninggalkan
persekitaran kerja tersebut atau mengubahsuai sikap mereka terhadap kerjaya
tersebut. Atas dasar tersebut, pengharapan pelajar terhadap aspek kerjaya mereka
seharusnya dikenalpasti dengan teliti bagi mengekang permasalahan ini.
Menurut Muhd Mansur Abdullah dan Siti Nurdinar Mohd Tamin (Nor Fadila
Mohd Amin dan Azman Ripin, 2010), pengetahuan kerjaya sebagai himpunan
maklumat yang berkaitan kerjaya dimana maklumat yang diterokai dari pengalaman–
pengalaman pembelajaran dan seterusnya berkembang apabila seseorang itu
memahami nilai-nilai sosial masyarakatnya. Justeru itu, pengetahuan kerjaya dalam
bidang kejuruteraan ataupun teknikal seharusnya disampaikan dengan berkesan bagi
memberi pengetahuan kepada pelajar seterusnya membantu masalah kesediaan
kerjaya yang dihadapi oleh pelajar.
Selain itu, kesedaran kerjaya juga akan mempengaruhi pilihan dan aspirasi
kerjaya individu. Seseorang individu akan mula mengidentifikasikan diri dengan
sesuatu bidang pekerjaan yang dia kenali dan sukai dan akhirnya akan
mempengaruhi pilihan dan aspirasinya terhadap sesuatu pekerjaan (Rohany Nasir,
2003 dalam Nurul Rofishah, 2006). Apabila kesedaran terhadap kerjaya wujud
dalam diri seseorang individu terutama pelajar, maka pelajar tersebut akan dapat
meletakkan dirinya selaras dengan keperluan kerjaya yang bakal diceburi
berdasarkan kepada pengharapannya terhadap aspek kerjaya tersebut iaitu dengan
memahami serta mengenali kehendak kerja yang perlu dilaksanakan.
Menurut Rahim Abdullah (Nurul Rofishah, 2006), seseorang itu hendaklah
mengetahui apa yang mereka inginkan dan mahu dalam kehidupan mereka dan
kemudian bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang diingini
kerana sesungguhnya peluang keemasan biasanya tidak selalunya datang untuk kali
9
kedua. Menurut beliau lagi, seseorang yang berjaya itu adalah orang yang tahu apa
yang dibuatnya. Pernyataan tersebut dapat menerangkan bahawa seseorang itu perlu
mempunyai pengharapan yang baik terhadap apa yang mereka inginkan dalam hidup
mereka serta menggunakan setiap ruang kesempatan yang ada bagi mencapai apa
yang dicita-citakan. Harapan juga dapat difahami sebagai impian atau keinginan
seseorang individu dalam mendapatkan sesuatu yang dikehendaki.
1.3 Penyataan Masalah
Kenyataan yang wujud pada hari ini ialah, masyarakat umumnya sering
menuding jari serta mempersoalkan mengapa para pelajar lepasan institusi pengajian
kadangkala terlalu memilih pekerjaan, masih menganggur walaupun mempunyai
kelulusan samada sijil mahupun diploma, serta sering bertukar-tukar pekerjaan
kerana pelbagai faktor serta masalah yang timbul. Akan tetapi, realitinya siapa tahu?
Antara kemungkinan besar yang mengakibatkan wujudnya permasalahan ini adalah
disebabkan para pelajar tidak diberi peluang untuk mengemukakan pengharapan
mereka terhadap bidang kerjaya ketika mereka masih diperingkat pengajian dan juga
tiada pendedahan khusus berkaitan kerjaya yang merangkumi pelbagai aspek seperti
keusahawan, kemahiran, inovasi dan sebagainya.
Atas dasar tersebut, pengkaji menjalankan kajian ini agar semua pihak
menyedari permasalahan yang timbul serta perlunya usaha dalam membantu
merealisasikan pengharapan pelajar yang terlibat. Justeru, melalui kajian ini,
pengkaji memfokuskan mengenai apakah tahap pengharapan pelajar bidang
kejuruteraan di Kolej Komuniti terhadap aspek kerjaya mereka.
10
1.4 Objektif Kajian
Secara rasionalnya, persoalan kajian akan terjawab melalui objektif kajian itu
sendiri. Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut :
i) Mengenalpasti tahap pengharapan pelajar bidang kejuruteraan di Kolej
Komuniti terhadap aspek kerjaya dalam menjadi usahawan Berjaya.
ii) Mengenalpasti tahap pengharapan pelajar bidang kejuruteraan di Kolej
Komuniti terhadap aspek kerjaya dalam menjadi tenaga kerja yang berkualiti.
iii) Mengenalpasti tahap pengharapan pelajar bidang kejuruteraan di Kolej
Komuniti terhadap aspek kerjaya dalam mendapatkan kemahiran tinggi.
iv) Mengenalpasti tahap pengharapan pelajar bidang kejuruteraan di Kolej
Komuniti terhadap aspek kerjaya dalam mencapai pemikiran inovatif.
v) Mengenalpasti pengharapan pelajar kejuruteraan di Kolej Komuniti
terhadap aspek kerjaya mengikut bidang yang diambil.
1.5 Persoalan Kajian
Manakala, persoalan kajian adalah seperti berikut :
i. Apakah tahap pengharapan pelajar bidang kejuruteraan di Kolej Komuniti
terhadap aspek kerjaya dalam menjadi usahawan Berjaya.
ii. Apakah tahap pengharapan pelajar bidang kejuruteraan di Kolej Komuniti
terhadap aspek kerjaya dalam menjadi tenaga kerja yang berkualiti.
iii. Apakah tahap pengharapan pelajar bidang kejuruteraan di Kolej Komuniti
terhadap aspek kerjaya dalam mendapatkan kemahiran tinggi.
iv. Apakah tahap pengharapan pelajar bidang kejuruteraan di Kolej Komuniti
terhadap aspek kerjaya dalam mencapai pemikiran inovatif.
v. Apakah pengharapan pelajar kejuruteraan di Kolej Komuniti terhadap aspek
kerjaya mengikut bidang yang diambil?