PENGHARGAAN

45
1 PENGHARGAAN Bismilahirrahmanirrahim Segala puji bagi Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga dan para sahabatnya. Terlebih dahulu kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran kerana dengan izin dan kurniaNya maka dapatlah saya menyiapkan tugasan individu yang menghendaki saya untuk menyediakan satu esei berkenaan dengan pendidikan khas yang mengkhususkan pada satu individu atau pelajar berkeperluan khas. Manakala tugasan kedua saya dikehendaki untuk membuat ulasan berdasarkan kepada satu jurnal yang berkaitan dengan pendidikan khas. Semoga dengan adanya tugasan ini akan dapat memberi serba sedikit penerangan dan pengetahuan berkaitan dengan pendidikan khas dan dapat saya terangkan dengan jelas sekiranya suatu hari nanti apabila saya akan ditanyakan berkenaan dengan pendidikan khas dan penerangan tentang pelajar berkeperluan khas serta dapat diaplikasikan suatu hari nanti di sekolah Tujuan sebenar tugasan ini dibuat adalah untuk mengetahui apa yang berkenaan dengan pendidikan khas dari pelbagai aspek terutamanya kepada pelajar yang berkeperluan khas. Tugasan ini merupakan tugasan individu yang diberikan oleh pensyarah kepada pelajar bagi matapelajaran Falsafah Pendidikan Kebangsaan (EDU 3013) Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang sanggup meluangkan masa dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan saya. Tidak lupa juga kepada pensyarah kami Puan Siti Rarimah Binti Saat, yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan dalam mendapatkan maklumat yang sahih dan betul dalam menghasilkan tugasan yang baik Akhir sekali kami ingin memohon seribu kemaafan seandainya ada tersilap kata atau terdapat kelemahan pada tugasan yang saya sediakan. Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri. Segala kritikan yang dibuat adalah untuk kebaikan semua pihak. Semoga ianya dapat memberi manfaat bersama dan kenangan bagi saya semasa menyiapkan tugasan ini. Sekian terima kasih. Wassalam.........

description

dfgerdgetdfgedfgedrfgdsfwsdfdgrfgbdfvesdsdffdxbdfbfgchyfh

Transcript of PENGHARGAAN

  • 1

    PENGHARGAAN

    Bismilahirrahmanirrahim

    Segala puji bagi Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan

    salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga dan para sahabatnya.

    Terlebih dahulu kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran

    kerana dengan izin dan kurniaNya maka dapatlah saya menyiapkan tugasan individu yang

    menghendaki saya untuk menyediakan satu esei berkenaan dengan pendidikan khas yang

    mengkhususkan pada satu individu atau pelajar berkeperluan khas. Manakala tugasan

    kedua saya dikehendaki untuk membuat ulasan berdasarkan kepada satu jurnal yang

    berkaitan dengan pendidikan khas. Semoga dengan adanya tugasan ini akan dapat

    memberi serba sedikit penerangan dan pengetahuan berkaitan dengan pendidikan khas dan

    dapat saya terangkan dengan jelas sekiranya suatu hari nanti apabila saya akan ditanyakan

    berkenaan dengan pendidikan khas dan penerangan tentang pelajar berkeperluan khas

    serta dapat diaplikasikan suatu hari nanti di sekolah

    Tujuan sebenar tugasan ini dibuat adalah untuk mengetahui apa yang berkenaan

    dengan pendidikan khas dari pelbagai aspek terutamanya kepada pelajar yang

    berkeperluan khas. Tugasan ini merupakan tugasan individu yang diberikan oleh pensyarah

    kepada pelajar bagi matapelajaran Falsafah Pendidikan Kebangsaan (EDU 3013)

    Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang sanggup meluangkan

    masa dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini terutamanya kepada rakan-rakan

    seperjuangan saya.

    Tidak lupa juga kepada pensyarah kami Puan Siti Rarimah Binti Saat, yang telah

    banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan dalam mendapatkan maklumat yang sahih dan

    betul dalam menghasilkan tugasan yang baik

    Akhir sekali kami ingin memohon seribu kemaafan seandainya ada tersilap kata atau

    terdapat kelemahan pada tugasan yang saya sediakan. Segala yang baik itu datangnya

    dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri. Segala

    kritikan yang dibuat adalah untuk kebaikan semua pihak. Semoga ianya dapat memberi

    manfaat bersama dan kenangan bagi saya semasa menyiapkan tugasan ini.

    Sekian terima kasih.

    Wassalam.........

  • 2

    PENGENALAN

    Pendidikan merupakan agenda utama pembangunan sesebuah Negara dan sistem

    pendidikan yang baik mampu memberikan pendidikan kepada semua. Oleh itu, pendidikan

    yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai

    juga perlu disediakan. Pendidikan khas adalah pendidikan yang direka cipta dan dirancang

    untuk kanak-kanak istemewa.

    Di Malaysia, pendidikan pemulihan khas telah disediakan untuk membantu murid

    mengatasi masalah kelemahan menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira

    (3m). Tanpa bantuan, mereka akan gagal membina keyakinan diri untuk belajar dan mencari

    pengalaman dalam memasuki alam pekerjaan.

    Bagi mengelakkan pembaziran dalam pendidikan, penerokaan lebih awal terhadap

    bentuk pendidikan pemulihan yang lebih berkesan amat diperlukan untuk membantu murid

    yang lemah meningkatkan potensi diri mereka supaya mampu menjadi warganegara yang

    berguna pada masa hadapan. Agensi yang terlibat dalam pembangunan warga istemewa di

    Malaysia ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

    Masyarakat, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.(Jamila K.A

    Mohemed, 2005)

    Murid khas ataupun kanak-kanak yang istimewa merupakan sekumpulan murid yang

    kurang upaya dan mengalami masalah pembelajaran. Mereka memerlukan pendidikan dan

    perkhidmatan khusus bagi memperkembangkan potensi dan kemajuan kendiri. Pendidikan

    khas memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak yang luar biasa dalam

    menghadapi cabaran dalam pembelajaran sehinggalah memasuki alam pekerjaan. Latar

    belakang kurikulum pendidikan khas, penilaian pendidikan khas dan integrasi antara

    pendidikan khas dengan pendidikan teknik vokasional di ketengahkan.

    Pendidikan khas juga merupakan pendidikan yang menyediakan keperluan

    pendidikan khas murid ( Akta Pendidikan, 1996). Sekolah khas pula ialah sekolah yang

    menyediakan pendidikan khas yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan di bawah

    Syeksyen 41.

    Mungkin ramai yang pernah mendengar perkataan sindrom down namun ramai juga

    yang cetek pengetahuan mengenai penyakit ini. Sindrom down bukanlah penyakit moden

    atau penyakit orang kaya , malah adalah tidak tepat sindrom down itu dikatakan sebagai

    penyakit. Dalam tugasan ini akan member pendedahan tentang pendidikan khas dan

    perincian berkenaan pelajar yang berkeperluan khas dari kategori sindrom down.

  • 3

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

    lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

    harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

    kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

    Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

    sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

    Falsafah Pendidkan Kebangsaan(FPK) merupakan sistem pendidikan yang

    menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas

    prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada

    peringkat paling rendah kepada paling tinggi iaitu institusi pendidikan tinggi seperti

    universiti. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga turut menjelaskan tujuan dan matlamat

    pendidikan untuk individu dan negara.

    Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk individu adalah untuk melahirkan insan

    yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga menjadi seorang

    warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan

    insan yang baik, seimbang dan bersepadu, ini untuk menjayakan hasrat dan cita-cita

    negara. Secara keseluruhannya, tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh

    segulung ijazah atau diploma tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara

    menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat

    dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti.

  • 4

    FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

    Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi

    potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

    seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

    kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

    Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

    sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ia

    menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas

    agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh

    merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh

    menyesuaikan diri dalam masyarakat

    Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk

    melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu

    merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai

    seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah

    Pendidikan Negara. Bagi memenuhi keperluan dan kehendak Falsafah Pendidikan Khas,

    kurikulum yang dibina berlandaskan kepada tiga prinsip utama iaitu pendidikan menyeluruh

    dan bersepadu bertujuan memberi fokus kepada petensi individu meliputi aspek jasmani,

    emosi, rohani, intelek dan sosial. Potensi ini hendaklah dipertingkatkan melaluai penglibatan

    kumpulan pelbagai disiplin secara kolaboratif dan bersepadu. Prinsip yang kedua ialah

    pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna merujuk kepada proses pengajaran

    dan pembelajaran yang merangsang dan mengekalkan minat murid berkeperluan khas

    kepada pembelajaran. Suasana pembelajaran yang kondusif perlu diberi penekanan agar

    murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang boleh digunakan untuk keperluan

    diri dan masyarakat. Ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan berfikiran terbuka.

    Manakala prinsip yang ketiga ialah pendidikan sepanjang hayat iaitu merupakan

    pemerolehan ilmu pengetuahuan dan kemahiran di alam persekolahan yang dapat menjana

    penguasaan ilmu secara berterusan untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

    Prinsip di atas perlu dilaksanakan melalui proses yang melibatkan tiga aspek iaitu

    bidang pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian yang

    berteraskan kepada keperluan individu. Untuk menentukan keperluan setiap individu,

    penilaian awal perlu perlu dijalankan berdasarkan laporan pakar. Guru perlu menjalankan

    ujian pengesanan untuk menentukan murid layak berada dalam program pendidikan khas.

    Setelah murid berada dalam pendidikan khas, ujian diagnostik seperti temubual, senarai

  • 5

    semak dan pemerhatian perlu dijalankan untuk menentukan tahap kefungsian murid dan

    seterusnya merancang program pendidikan berdasarkan keperluan individu.

    Dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran, prinsip-prinsip teori

    pembelajaran boleh digabungkan dengan kerja-kerja praktikal dalam situasi kehidupan yang

    sebenar supaya murid berkeperluan khas mendapat input sepenuhnya. Keupayaan individu

    akan menentukan pemilihan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses

    pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan

    individu yang memiliki ciri-ciri seperti mampu berdikari, berdisiplin dan bersikap positif,

    bermoral dan beretika, berkemahiran dan berketrampilan dan produktif dan boleh

    menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara. Setelah melalui keseluruhan

    proses pengajaran dan pembelajaran dan memiliki ciri-ciri tersebut adalah diharapkan murid

    dapat menjalani satu kehidupan yang bermakna kepada diri, keluarga dan bertepatan

    dengan nilai-nilai yang diterima oleh masyarakat.

  • 6

    PENDIDIKAN KHAS

    Pendidikan adalah perkara yang berkaitan dengan pengalaman terancang dan tanpa

    dirancang yang membolehkan kanak-kanak dan orang dewasa berkembang serta belajar

    melalui interaksi dengan masyarakat dan budayanya. Pendidikan khas adalah program atau

    perkhidmatan yang dibina untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh

    kerana keperluan setiap kanak-kanak adalah berbeza, pendidikan khas memerlukan

    fleksibiliti dan motivasi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Strategi dan

    teknik pengajaran yang diubah suai untuk diserapkan ke dalam kaedah pengajaran dan

    pembelajaran kelas biasa. Perlaksanaan sesuatu program pendidikan khas juga

    memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan melibatkan hak-hak asasi manusia dan

    persamaan peluang.

    Pendidikan khas juga adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang

    disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada

    mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi

    dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang

    penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar

    cerdas.

    Di Malaysia, pendidikan khas telah mendapat perhatian semua pihak apabila Akta

    Pendidikan 1996 menyatakan, program pendidikan khas di sekolah kerajaan dan bantuan

    kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh dididik. Sehubungan

    dengan itu, pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab

    empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita,

    Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi

    dan Kementerian Sumber Manusia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

    Masyarakat bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang cacat

    fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik atau terencat.

    Manakala Kementerian Kesihatan pula bertanggungjawab menyaring dan mengenalpasti

    kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko.

    Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada tiga kategori yang utama iaitu

    Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, Program Pendidikan Khas

    Bermasalah Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Ketiga- tiga program ini

    disediakan dari peringkat prasekolah sehinggalah sekolah menengah. Disamping itu,

    pendidikan teknik dan vokasional juga disediakan untuk ketiga-tiga kategori ini, khususnya

    bagi masalah pendengaran. Malah pelajar masalah pendengaran yang berkelayakan dapat

  • 7

    meneruskan pengajian mereka di politeknik yang menjalankan program pendidikan secara

    inklusif.

    Secara umumnya, masyarakat melabelkan orang yang memerlukan keperluan khas

    sebagai orang cacat,kurang upaya dan ketidaksempurnaan. Menurut Noriati A.Rashid et al.

    (2011), kumpulan berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak istimewa (luar biasa atau

    tercabar dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi). Kumpulan ini dianggap sebagai

    istimewa kerana ibu bapa dan guru menumpukan perhatian yang lebih berbanding murid-

    murid normal. Antaranya murid yang berkeperluan khas ialah autisme, sindrom down,

    masalah pembelajaran disleksia, lewat perkembangan cerebral palsy, kecacatan

    pendengaran dan penglihatan, pintar cerdas, kecelaruan tingkah laku dan lain-lain lagi.

    Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997),

    murid-murid dengan keperluan khas bermaksud murid-murid yang mempunyai kecacatan

    samaada penglihatan, pendengaran ataupun masalah pembelajaran.

  • 8

    DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

    Pendidikan Khas bermaksud program yang dirancang khusus untuk memenuhi

    pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini

    menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk

    menggunakan sumber dan peralatan khas yang membantu pembelajaran murid-murid khas.

    Menurut Hallahan dan Kauffman(2005) pendidikan khas didefinisikan sebagai satu

    bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan

    khas.

    Gargiulo(2003) menyatakan bahawa pendidikan khas merupakan program

    pengajaran khusus yang direka bagi memenuhi pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan

    penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah khusus.

    Friend(2005) pula menyatakan pendidikan khas adalah pengajaran yang direka

    khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin

    dikelolakan dalam bilik darjah, rumah, hospital atau institut lain.

    Mansor(2005) program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang

    beterusan manggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang

    berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan

    menguruskan kehidupan serta menyedri potensi diri sebagai seorang individu dan ahli

    masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

    Pendekatan baru definisi kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas

    menekankan kepada kebolehan, fungsi, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan

    pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan

    (development skill).

    Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan

    kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan keperluan

    pendidikan khas seperti berikut:

    Kebolehan kognitif

    Perkembangan kemahiran social

    Penguasaan bahasa lisan/pertuturan

    Penguasaan membaca

    Kemahiran matematik

    Kemahiran pertumbuhan asas manusia

  • 9

    Kemahiran berdikari

    Kemahiran keusahawanan

    Kebolehan penglihatan

    Kebolehan pendengaran

  • 10

    KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

    Dalam Bahasa Ingers istilah kanak-kanak bekeperluan khas dinamakan children with

    exceptional needs atau secara ringkas exceptional children. Pelbagai istilah lain telah

    digunakan untuk kanak-kanak bekeperluan khas dan antaranya ialah; kanak-kanak

    istimewa (special children), kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya (children

    with disabilities), kanak-kanak cacat (handicapped children), kanak-kanak abnormal

    (abnormal children), kanak-kanak bermasalah (children with impairments) dan kanakkanak

    terbantut pertumbuhan atau perkembangan

    Berdasarkan kepada pembacaaan dari beberapa sumber bertulis, ), hampir 4%

    daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan

    khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi,

    manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau

    cahaya termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran

    memberi tumpuan atau mengala mi kerencatan mental sejak dilahir. Secara umumnya,

    kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri

    mental (pencapaian akademik), keupayaan deria (melihat dan mendengar), keupayaan

    berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur

    gaul), dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri). Walaupun istilah kurang upaya

    dan kecacatan digunakan sebagai sama, kedua-dua istilah ini mempunyai maksud yang

    berlainan.

    a) Kurang upaya (disability or disorder)

    Berlaku apabila sesuatu kekurangan menghad individu berkenaan melakukan

    tugas harian atau kerja tertentu seperti berjalan kaki, melihat, mendengar atau

    pun menyelesai masalah matematik yang mudah seperti 10 + 5. Individu kurang

    upaya tidak cacat, kecuali kekurangan itu membawa kepada masalah

    pembelajaran, masalah peribadi, masalah bercampur gaul masalah melakukan

    pekerjaan dan masalah-masalah lain (Heward, 2003).

    Contohnya, seorang kanak-kanak yang lumpuh pada kedua-dua kakinya tetapi

    boleh pergi ke sekolah menggunakan kerusi roda dan belajar bersama pelajar

    lain tidak cacat.

  • 11

    Istilah Definisi Kurang upaya (disability) Kecacatan (handicap) Sesuatu yang menghalang

    seseorang melakukan kerja tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal. Sesuatu

    kelemahan yang terdapat pada seseorang akhibat daripada sesuatu kekurangan yang

    menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal.

    b) Kecacatan (handicap) merujuk kepada sesuatu masalah atau penghalang yang

    dihadapi oleh seorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam sekeliling.

    Sesuatu jenis kecacatan mungkin menjadi masalah dalam suatu persekitaran tetapi

    tidak menjadi penghalang dalam persekitaran yang berlainan. Contohnya, seorang

    pelajar yang pekak mungkin berasa tercacat kerana sukar bermain alat muzik dalam

    pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya, kanak-kanak

    yangsama tidak berasa tercacat ketika dalam makmal sains.

    Pendidikan Khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas,ia juga

    perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali guru di sekolah. Tanpa

    pengetahuan tentang pendidikan khas menyukarkan guru untuk mengenalpasti masalah

    pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid itu. Tanpa pengetahuan juga

    menyebabkan pelbagai tohmahan diberikan kepada kanak-kanak ini. Ia menyebabkan

    murid-murid ini dilabelkan sebagai malas, bodoh,degil dan tidak mahu mendengar arahan

    walhal terdapat keadaan dalaman yang tidak dapat dicapai sebagaimana yang dikehendaki

    oleh guru. Abdullah Yusof(2006) mengklasifikasikan kepada 8 kategori kanak-kanak

    berkeperluan khas seperti di bawah

    KURANG UPAYA PENDENGARAN

    KURANG UPAYA PENGLIHATAN

    KURANG UPAYA PERTUTURAN & BAHASA

    KURANG UPAYA MENTAL(KERENCATAN AKAL)

    KURANG UPAYA FIZIKAL & KESIHATAN

    KURANG UPAYA PEMBELAJARAN

    GANGGUAN EMOSI & TINGKAH LAKU

    PINTAR CERDAS

    Jabatan Pendidikan Khas (2003) mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas

    seperti di bawah:

    BERMASALAH PENDENGARAN

    BERMASALAH PENGLIHATAN

  • 12

    BERMASALAH PEMBELAJARAN

    Lembam (Slow Learner)

    Sindrom Down

    Hiperaktif

    Disleksia

    Palsi Selebral

    Autisma

  • 13

    Etiologi Sindrom Down

    Nama Sindrom Down telah diambil sempena nama seorang doktor British iaitu

    Doktor John Langdon Down. Beliau ialah orang pertama yang menjelaskan penyakit ini.

    Beliau juga adalah doktor yang pertama kali menggambarkan kumpulan gejala dari sindrom

    down pada tahun 1866. Tetapi sebelumnya Esquirol pada tahun 1838 dan Seguin pada

    tahun 1846 telah melaporkan seorang anak yang mempunyai tanda-tanda mirip dengan

    sindrom down. Sumbangan Down yang terbesar adalah kemampuannya untuk mengenali

    karetiria fizikal yang spesifik dan diskripsinya yang jelas tentang keadaan ini, yang secara

    keseluruhan berbeza dengan anak yang normal kerana matanya yang khas seperti bangsa

    Mongol maka dulu disebut juga sebagai Mongoloid, tetapi sekarang istilah ini sudah tidak

    digunakan lagi kerana dapat menyinggung perasaan suatu bangsa.

    Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para saintis luar negara. Pada

    tahun 1866, seorang ahli fizik berbangsa Inggeris, John Langdon Haydon Down (1828-

    1896) telah menerbitkan penerangan pertama di daalm dunia perubatan mengenai individu

    yang dilahirkan sebagai Sindrom Down. Kajian seterusnya dilakukan pada tahun 1959 oleh

    Jerome Lejeune, seorang ahli fizik dari Perancis. Beliau telah menemui penambahan

    kromosom pada kromosom yang ke-21. Bagi orang normal, bilangan kromosom 21 adalah 2

    tetapi bagi penghidap Sindrom Down mempunyai 3 kromosom. Pada tahun 1990, kromosom

    21 adalah kromosom yang pertama dirajahkan secara penuh.

  • 14

    DEFINISI SINDROM DOWN

    Menurut kamus, perkataan sindrom membawa maksud kehadiran gejala dan tanda

    yang menunjukkan kepada sesuatu penyakit. Istilah Sindrom Down ini diambil sempena

    nama seorang doktor berbangsa Inggeris yang bernama Dr. John Langdon Handon Down.

    Beliau merupakan orang pertama yang telah menjelaskan keadaan serta tanda dan gejala

    penyakit genetik ini pada tahun 1866.

    Di Malaysia, kelahiran bayi Sindrom Down yang berlaku adalah satu dalam setiap

    660 bayi. Secara perbandingan, kelahiran bayi Sindrom Down di Amerika Syarikat hanya

    berlaku satu dalam setiap 1000 bayi. Hal ini bermakna kelahiran bayi Sindrom Down di

    Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat.

    Definisi Sindrom Down dari sumber yang lain menyatakan:

    "Down Syndrome is the most common and readily identifiable chromosomal

    condition associated with intellectual disabilities. It is caused by a chromosomal

    abnormality: for some unknown reason, an accident in cell development results

    in 47 instead of the usual 46 chromosomes. This extra chromosomes changes

    the orderly development of the body and brain. In most cases, the diagnosis of

    Down Syndrome is made according to results from a chromosome test

    administered shortly after birth"

    Sindrom Down adalah suatu kumpulan gejala akibat daripada abnormalitasi atau

    ketidaknormalan kromosom. Biasanya kromosom 21yang tidak berhasil memisahkan diri

    selama meiosis sehingga terjadi individu dengan 47 kromosom. Dalam kandungan ibu, anak

    akan menerima 46 kromosom iaitu 23 kromosom daripada ibu dan 23 kromosom lagi adalah

    daripada bapa. Dalam kes Sindrom Down ini, anak akan menerima satu kromosom lebih

    iaitu pada kromosom 21. Seterusnya, menjadikan jumlah kromosom semuanya adalah 47

    kromosom iaitu lebih satu kromosom.

  • 15

    Sindrom Down merupakan kelainan kromosom autosomal yang paling banyak terjadi

    pada manusia dan menjadi punca terencat akal. Punca yang mendorong terjadinya penyakit

    genetik Sindrom Down ini adalah berkaitan dengan faktor umur ibu semasa mengandung.

    Berdasarkan kajian yang telah dijalankan menunjukkan lebih 50% kanak-kanak Sindrom

    Down adalah dilahirkan oleh ibu yang berumur 35 tahun ke atas. Kanak-kanak Sindrom

    Down dapat dikesan sejak lahir kerana fizikal mereka jelas memaparkan kategori itu.

    Kebanyakan kanak-kanak Sindrom Down mengalami terencat akal, sama ada ringan

    ataupun sederhana.

    Sindrom Down adalah kecacatan kromosom yang bercirikan kehadiran bahan

    genetik salinan tambahan pada kromosom 21 manusia samada keseluruhan (trisomi21)

    atau sebahagian (disebabkan translokasi kromosom). Kesan salinan tambahan ini

    mempunyai perbezaan jelas antara individual, bergantung kepada tahap salinan tambahan,

    latar belakang genetik, faktor persekitaran, dan peluang rawak. Terdapat tiga jenis genetik

    yang menyumbang kepada Sindrom Down yang perlu diketahui.

    JENIS-JENIS SINDROM DOWN

    a) Trisomi 21

    Trisomi 21disebabkan oleh keadaan kegagalan (nondisjunction) meiosis. Akibat

    kegagalan ini, gamate (sel sperma atau telur) dihasilkan dengan tambahan salinan

    kromosom 21. Akibat penambahan kromosom ini menjadikan gamate mempunyai 24

    kromosom. Apabila bergabung dengan gamete normal dari pasangannya, embrio kini

    mempunyai 47 kromosom dengan tiga salinan pada kromosom 21. Trisomi 21adalah

    punca sekitar 95% Sindrom Down yang dikaji, dengan 88% disebabkan oleh

    kegagalan pada gamete ibu dan 8% disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa.

    b) Sindrom Down Mosaik

    Trisomi 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan dan kesemua sel dalam badan

    terjejas. Bagaimanapun, apabila sesetengah sel dalam badan adalah normal dan

    sesetengah sel mengandungi trisomi 21, ia dikenali sebagai Sindrom Down Mosaik.

    Keadaan ini boleh berlaku dengan dua cara. Samada dalam keadaan (nondisjunction)

    pada awal pembahagian sel pada embrio normal mendorong kepada pecahan sel

    dengan trisomi 21 atau embrio Sindrom Down melalui (nondisjunction) dan sesetengah

    sel pada embrio kembali kepada aturan kromosom normal. Terdapat kepelbagaian pada

  • 16

    pecahan trisomi 21, kedua-duanya pada keseluruhan dan sebahagian tisu. Ini

    merupakan 1-2% daripada Sindrom Down yang dikaji.

    c) Translokasi Robertsonian

    Bahan kromosom 21 tambahan yang menyebabkan Sindrom Down mungkin

    disebabkan oleh translokasi Robertsonian. Translokasi melibatkan pemindahan materi

    kromosom dari satu kromosom ke kromosom yang lain. Translokasi dapat merupakan

    Robertsonian atau timbal balik. Translokasi ini terjadi dengan frekuensi satu dalam

    setiap 500 kelahiran bayi hidup. Dapat diwariskan daripada orang tua.

    Translokasi Robertsonian melibatkan 2 kromosom akrosentris (sentromer terletak pada

    hujungnya) kromosom yang berfungsi dekat pusat sentromer dengan lebih lanjut

    kehilangan kedua-dua lengan pendek kromosom dan lengan panjangnya membentuk

    kromosom baru. Sindrom Downtranslokasi sering kali dirujuk sebagai sindrom Down

    familial. Ia merupakan punca 2-3% daripada kes Sindrom Down yang dikaji. Ia tidak

    menunjukkan tanda diakibatkan oleh usia ibu dan berkemungkinan juga disebabkan

    oleh bapa atau ibu.

  • 17

    PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK SINDROM DOWN

    Di dalam perkembangan fizikal kanak-kanak Sindorm Down, keupayaan mereka

    mengangkat, berlari, berjalan dan melompat adalah tidak sama dengan kanak-kanak

    normal. Kanak-kanak normal biasa mampu mengangkat benda-benda yang agak berat

    tetapi bagi kanak-kanak Sindrom Down adalah mereka tidak mampu melakukannya kerana

    otot-otot mereka yang agak lemah, begitu juga dengan keupayaan mereka berjalan, berlari

    dan melompat. Mereka tidak mampu melakukan semua itu kerana kelemahan pada otot-otot

    mereka dan juga kemungkinan masalah adalah disebabkan jantung mereka. Jadi

    perkembangan fizikal mereka tidak sama seperti kanak-kanak biasa yang seusia dengan

    mereka.

    Masalah fizikal lain yang dihadapi oleh kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down

    ialah masalah pendengaran dan penglihatan. Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down

    secara keseluruhannya mengalami keterbelakangan perkembangan dan kelemahan akal.

    Mereka mengalami masalah lambat pada peringkat awal dalam semua perkembangan iaitu

    lambat untuk berjalan, bercakap dan perkembangan motor halus mereka juga lambat.

    Perkembangan motor kasar mereka adalah lambat disebabkan otot-otot yang lembek, tetapi

    akhirnya mereka juga berjaya melakukandan hampir semua pergerakan kasar. Mereka juga

    mengalami gangguan tiriod dan gangguan pendengaran akibat infeksi telinga berulang dan

    atitis serosa.

    Apabila umur mereka sudah mencapai tiga puluh tahun, mereka akan mula hilang

    ingatan, penurunan kecerdasan dan perubahan keperibadian. Bagi kanak-kanak yang

    menghidap Sindrom Down, mereka sering mengalami gangguan pada beberapa organ

    tubuh seperti kulit, hidung dan saluran cerna yang berkaitan dengan alergi. Kajian

    penyelidikan telah membuat kajian yang menunjukkan orang yang menghidap Sindrom

  • 18

    Down 44% daripada mereka akan meningga dunia apabila umurmereka mencecah ke enam

    puluh tahun. Hanya 14% daripada mereka yang hidup dan umur mereka hanya sampai

    enam puluh lapan tahun. Tingginya angka kejadian penyakit jantung yang dialami oleh

    mereka. 80% daripada mereka akan mati kerana leukimia dan adalah lima belas kali dari

    populasi normal. Bagi penyakit Alzheimer adalah menurun.

    Kanak-kanak Sindrom Down tidak mampu melakukan tugasan yang mencabar.

    Mereka juga sukar menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan mereka atau

    rumah seperti mencari kekunci, pilih kekunci yang sesuai serta membuka pintu rumah.

    Kabanyakan kanak-kanak Sindrom Down mempunyai beberapa jenis masalah penglihatan

    seperti rabun dekat, rabun jauh, bersilang matadan saluran air mata juga tersekat. 40%

    hingga 60% kanak-kanak Sindrom Down yang menghadapi masalah kehilangan

    pendengaran selepas kelahiran mereka.

    Gejala yang muncul akibat Sindrom Down dapat bervariasi mulai dari yang tidak

    tampak sama sekali, tampak minimal sampai muncul tanda yang khas. Kanak-kanak yang

    mempunyai Sindrom Down cenderung untuk kelihatan berbeza dantanda khas seperti

    mereka adalah mudah dikenali dengan penampilan fisikal yang menonjol berupa bentuk

    kepala yang relative kecil dari normal ( microchephaly ) dengan bahagian anteroposterior

    kepala mendatar. Kanak-kanak yang mempunyai Sindrom Down biasanya mata yang ke

    atas menyenget dan profil rata muka. Ciri-ciri muka adalah seperti lidah yang menonjol,

    telinga yang kecil dan belakang rata kepala. Mereka mempunyai paras muka yang hampir

    sama seperti muka orang Mongolia. Pada bahagian wajah biasanya tampak sela hidung

    yang datar dan pangkal hidungnya adalah kemek serta jarak diantara dua mata jauh dan

    berlebihankulit di sudut dalam. Ukuran mulutnya adalah kecil manakala ukuran lidahnya

    adalah besar dan menyebabkan lidahnya selalu terjulur. Pertumbuhan giginya lambat dan

    tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala mereka biasanya lebih kecil dan

    agak lebar dari bahagian depan ke belakang manakala lehernya agak pendek. Mata mereka

    adalah sepet dan berlaku gangguan penglihatan kerana adanya perubahan pada kornea

    dan lensa. Manifestasi mulut mereka menghadapi masalah mengunyah, menelan dan

    bercakap serta mulut mereka adalah terbuka.

  • 19

    PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK SINDROM DOWN

    Dari segi perkembangan kognitif bagi kanak-kanak Sindrom Down, mereka kurang

    mempunyai kemahiran menggunakan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan

    konsep dan ingatan. Ini adalah kerana perkembangan kognitif mereka tidak secepat kanak-

    kanak biasa. Kepandaian kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down adalah lebih rendah

    daripada kanak-kanak normal. Perkembangan kognitif di kalangan kanak-kanak yang

    menghidap Sindrom Down adalah sentiasa berubah-ubah dan ia tidak dapat diramalkan.

    Dari segi mental, pertumbuhan kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down adalah lebih

    lambat daripada kanak-kanak normal. Keupayaan untuk memikirkan tentang banyak perkara

    tidak mungkin dapat dicapaikan seperti mana dapat dicapaikan bagi kanak-kanak normal.

    Keupayaan mental kanak-kanak Sindrom Down agak kebelakang jika dibandingkan dengan

    kanak-kanak normal dan pertumbuhan mental mereka juga ketinggalan agak jauh

    kebelakang dari kanak-kanak normal yang sebaya dengan mereka. Ini mungkin disebabkan

    oleh kerosakan saraf-saraf otak yang dialami oleh mereka. Kanak-kanak yang menghidap

    Sindrom Down mempunyai pelbagai kebolehan dan kejayaan mereka di sekolah adalah

    berbeza.

    Terdapat perbezaan dalam pertuturan antara kanak-kanak yang menghidap Sindrom

    Down dengan kanak-kanak normal. Mereka mempunyai kelewatan pertuturan. Walaupun ini

    merupakan perkara biasa bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down, namun

    mereka masih memerlukan pertuturan terapi untuk membantu mereka dengan

    menyampaikan sesuatu dengan baik. Perkembangan kognitif kanak-kanak yang menghidap

    Sindrom Down adalah berdasarkan kepada pengetahuan dan kemahiran berfikir dan

    mengingat.

  • 20

    PEMBANGUNAN SOSIAL KANAK-KANAK SINDROM DOWN

    Pertumbuhan dari segi sosial bagi kanak-kanak Sindrom Down adalah begitu ketara

    jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Mereka agak lambat berinteraksi dengan

    orang asing yang ahli-ahli bukan dari keluarga mereka seperti rakan sebaya, guru atau jiran.

    Dari segi pembangunan sosial, kanak-kanak Sindrom Down adalah sangat rendah

    dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Mereka tidak dapat membezakan peranan

    antara lelaki dan perempuan, belum faham perbezaan lelaki dan perempuan walaupun umur

    mereka sudah belasan tahun.Pergaulan mereka dengan rakan-rakan sebaya juga tidak

    menampakkan kematangan. Mereka tidak dapat mengikut dan mempraktikkan disiplin

    kumpulan dengan baik seperti kanak-kanak normal.

    Kanak-kanak Sindrom Down tidak pandai untuk menyesuaikan diri mereka dengan

    persekitaran yang asing terutamanya yang bukan dari keluarga mereka. Mereka

    kemungkinan akan kurang berkeyakinan diri serta berasa rendah diri yang menjadikan

    mereka sukar menyesuaikan diri dalam masyarakat, lebih-lebih lagi jika mereka tidak

    mendapat sokongan dari masyarakat di sekeliling mereka. Pertumbuhan kasih sayang,

    suka, duka dan pelbagai perasaan tetap ada pada kanak-kanak Sindrom Down. Mereka

    juga mempunyai emosi seperti kanak-kanak normal. Mereka juga akan menangis,

    sayangkan sesuatu, ketawa dan marah seperti yang dilakukan oleh kanak-kanak normal

    cuma perbezaannya adalah mereka tidak dapat atau pandai mengawal emosi mereka

    sepertimana yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak normal.

  • 21

    Untuk kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down, perkembangan sosial biasanya

    merupakan satu kekuatan bagi mereka yang bermula di peringkat awal. Banyak kesan yang

    menunjukkan bagaimana kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down menyampaikan

    mesej mereka melalui lisan atau bukan lisan seperti nada suara, ekspresi muka dan postur

    badan. Walaupun mereka tidak memahami semua bahasa pertuturan yang digunakan

    dalam suatu situasi sosial tetapi mereka masih mampu menyampaikan mesej utama mereka

    tentang perasaan dan berkelakuan dengan cara yang sesuai walaupun kelewatan dalam

    pembangunan kemahiran bahasa pertuturan.

    Sesetengah ibu bapa yang mendapat anak yang menghidap Sindrom Down

    biasanya akan berasa tertekan dan menghadapi kesukaran dalam menjaga anak mereka

    serta mereka mudah berputus asa. Tetapi bagi sesetengah ibu bapa pula, mereka dapat

    mengatasi masalah ini dengan berani, yakin serta tidak akan mudah berputus asa dalam

    menjaga anak mereka yang menghidap Sindrom Down. Dalam erti kata lain, pembangunan

    sosial adalah satu proses yang dinamik dan interaktif dimana tingkah laku kanak-kanak yang

    menghidap Sindrom Down dengan ibu bapa mereka adalah saling mempengaruhi antara

    satu sama lain dan pengalaman yang berterusan di mana kanak-kanak yang menghidap

    Sindrom Down mempengaruhi perkembangan mereka.

    Bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down yang lahir dari keluarga yang

    berbeza akan mempengaruhi perkembangan sosial mereka seperti dalam keluarga yang

    miskin, bermasalah atau mempunyai ibu bapa yang kurang bernasib baik seperti

    menghadapi pengangguran dan ini akan menjadi kesukaran serta cenderung dalam

    pembangunan sosial kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down manakala bagi kanak-

    kanak yang menghidap Sindrom Down yang lahir dari kekuarga yang sederhana atau

    harmoni, pembangunan sosial mereka akan menjadi lebih baik dari keluarga yang

    menghadapi banyak masalah. Ini telah menunjukkan bahawa perbezaan keluarga

    mempunyai kesan yang sama mengenai kemajuan kanak-kanak yang menghidap Sindrom

    Down dengan kanak-kanak yang normal.

    Di samping itu, sesetengah keluarga menghadapi kesukaran menyesuaikan diri

    untuk menjadi ibu bapa kanak-kanak yang hilang upaya dan mereka menggunakan sistem

    sokongan di luar keluarga untuk mempengaruhi kemajuan anak mereka yang menghidap

    Sindrom Down. Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down suka melakukan sesuatu

    perkara untuk mendapatkan reaksi yang mereka mahu seperti melarikan diri yang biasanya

    mengakibatkannya dikejar dan pelbagai tingkah laku yang lain seperti menyentuh kerja

    sekolah kanak-kanak yang lain atau membuat bunyi di dalam kelas untuk menarik perhatian

    guru.

  • 22

    Dari segi emosi pula, kanak-kanak Sindrom Down ini tidak berupaya menguasai

    perasaan serta mengawal perasaan mereka ketika marah atau cemburu. Mereka kurang

    mempunyai perasaan malu dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Mereka akan

    menjerit dan menangis tanpa segan dikalayak ramai jika kemahuan mereka tidak dapat

    dituruti. Perasaan segan atau malu kepada lain jantina juga kurang pada kanak-kanak

    Sindrom Down, mereka kurang faham perbezaan peranan lelaki dan peranan perempuan,

    jadi perasaan malu kepada lain jantina kurang kepada mereka.

  • 23

    PERKEMBANGAN PELAJARAN KANAK-KANAK SINDROM DOWN

    Setiap kanak-kanak sindrom down mempunyai perkembangan yang amat perlahan. Oleh

    itu, ini menyumbangkan kanak-kanak itu kepada lambat dari pelbagai aspek. Terutama dari

    aspek pembelajaran. Secara keseluruhannya, kanak-kanak Sindrom Down mengalami

    kerencatan akal dan kelewatan perkembangan. Bagi kanak-kanak ini mereka mempunyai

    tahap kecerdasan intelektual ( IQ) yang tidak melebihi 70. Ini menyebabkan mereka tidak

    dapat berfikir dengan lebih baik. Pada peringkat awal pembesaran, mereka mengalami

    masalah kelewatan dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat bercakap, berjalan dan

    lambat dalam perkembangan motor halus dan kasar. Contohnya mereka ini lambat dalam

    berlari berbanding kanak-kanak biasa. Selain itu, keupayaan motor halus mereka seperti

    menulis, melukis dan lain-lain juga amat lambat berkembang. Namun perkembangan motor

    halus dan kasar akan berkembang mengikut tahap umur dan persekitaran mereka.

    Pekembangan kognitif pula, kanak-kanak sindrom down kurang mempunyai kemahiran

    dalam menggunakan bahasa, angka, pemikiran, penaalukan, pembentukan konsep serta

    ingatan. Ini disebabkan perkembangan mereka tidak sama dengan kanak-kanak biasa.

  • 24

    CIRI-CIRI FIZIKAL SINDROM DOWN

    Sifat Pada Kepala, Muka Dan Leher

    Kanak-kanak Sindrom Down, mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik dimana mereka mempunyai

    iras muka yang hampir sama seperti muka orang Monggol. Mereka juga mempunyai pangkal

    hidung yang kemek. Jarak diantara dua mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Mata

    mereka sentiasa berair dan merah serta mempunyai mata yang sepet iaitu bahagian luarnya

    naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam

    mata.

    Saiz mulut adalah kecil yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat . Saiz lidah yang

    tebal, kasar dan pendek menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi mereka adalah

    lambat dan tidak teratur . Paras telinga adalah lebih rendah. Kebiasaannya, kepala mereka

    lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang manakala lehernya agak

    pendek.

  • 25

    Sifat Pada Tangan Dan Lengan

    Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari

    kelingking membengkok ke dalam dimana tangan yang lebar dan pendek. Kebiasaannya,

    tapak tangan mereka hanya terdapat satu garisan urat dinamakan Simian Crease. Jari dan

    tangan mereka adalah lebar dan pendek serta berbonggol.

    Sifat Pada Kaki

    Kanak-kanak sindrom down juga mempunyai perbezaan sifat pada kaki dengankanak-kanak

    normal yang lain. Kanak-kanak sindrom down mempunyai kaki yang agak pendek

    berbanding kanak-kanak normal. Selain itu, kanak-kanak sindrom down juga mempunyai jari

    kaki yang pendek dan jarak ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah.Di samping

    itu tapak kaki mereka biasa dalam keadaan leper.

  • 26

    Sifat Pada Otot

    Kebanyakan kanak-kanak sindrom down mempunyai otot yang lemah atau lembik. Hal ini

    telah menyebabkan kanak-kanak sindrom down mudah mendapat kecederaan berbanding

    kanak-kanak normal yang lain. Selain itu, kanak-kanak sindrom down juga mengalami

    masalah lewat dalam perkembangan motor kasar dan mempunyai sendi yang longgar.

    Keadaan ini menyebabkan pergerakan mereka terbatas dan mereka sukar melakukan

    pergerakan seperti kanak-kanak normal yang lain.

  • 27

    AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG SESUAI DENGAN KEPERLUAN

    PELAJAR SINDROM DOWN

    Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down boleh mengikut pelbagai kaedah

    intervensi awal bagi meningkatkan potensi dan kefungsian mereka. Terapi pertuturan

    memain peranan penting bagi kanak-kanak Sindrom Down dan alat artikulasi bagi kanak-

    kanak yang menghidap Sindrom Down perlu dikenal pastikan tidak mempunyai masalah

    untuk menjalankan terapi pertuturan. Terapi ini dijalankan secara berperingkat mengikut

    kemampuan kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down. Mereka akan diajar untuk

    mengeluarkan bunyi dari peti suara mengikut huruf-huruf yang mudah dengan

    melaksanakan aktiviti permainan bahasa yang boleh menarik perhatian mereka serta

    menarik. Guru perlu sentiasa menggunakan bahasa yang mudah difahami dan

    menggunakan ayat pendek dalam aktiviti pengajaran bagimerangsang kanak-kanak

    Sindrom Down untuk belajar. Pendekatan melalui aksi dan lakonan boleh membantu

    mengoptimumkan proses pembelajaran.

    Alat permainan yang digunakan dalam teknik pengajaran perlulah bersesuaian

    kerana ini boleh ditambah bagi mengelak kebosanan mereka serta guru perlu memberi

    pujian kepada setiap kecermerlangan yang dicapai oleh kanak-kanak Sindrom Down.

    Kebanyakan kanak-kanak Sindrom Down lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia

    awal. Antara langkah yang perlu diambil ialah mengadakan permainan bahasa atau

    kegiatan yang dapat menarik perhatian mereka dan cuba dapatkan perhatian sebelum

    bercakap dengan kanak-kanak Sindrom Down. Guru jangan terlalu banyak bertanya dan

    tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang untuk menjawab. Guru harus gunakan

    ayat pendek dan bahasa yang mudah difahami oleh mereka. Semasa bertutur, kita bolehlah

    buat aksi atau lakonan dan latihan yang berterusan. Pilih masa yang sesuai, terutama ketika

    mereka masih segar dan aktif. Tumpu kepada satu perkara dan beri masa, peluang dan

    latihan sebelum beralih kepada latihan baru. Guna setiap peluang, berinteraksi dengan

    mereka.Kita juga boleh selalu memberi tindak-balas kepada setiap percakapan kanak-kanak

    Sindrom Down. Peringatan kepada guru-guru dan ibu bapa adalah cara terbaik untuk kanak-

    kanak Sindrom Down mempelajari perkara baru ialah dengan melalui boneka. Guru atau ibu

    bapa juga harus memilih alat permainan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan

    kanak-kanak Sindrom Down. Di samping juga boleh menyediakan bahan sampingan untuk

    permainan khayalan. Guru atau ibubapa janganlah terlalu memaksa mereka untuk

    melakukan sesuatu perkara dan pilihvboneka pilihan atau kesayangan mereka kerana ini

    dapat dijadikan pendorong kepada kanak-kanak Sindrom Down.

  • 28

    Apabila kanak-kanak Sindrom Down boleh bermain dengan alat permainan mudah

    maka mereka boleh dibiarkan bermain sendirian. Jangan biar kanak-kanak Sindrom Down

    bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak balas daripada rakan.

    Bagi ibu bapa yang dikurniakan dengan anak Sindrom Down, janganlah terlalu sedih dan ibu

    bapa perlu tabah dan atasi perasaan itu dengan menyayangi, membimbing dan mengajar

    mereka seperti anak normal.Ibu bapa perlu membuat rujukan doktor, sekiranya mendapati

    anak mereka Sindrom Down. Dapatkan maklumat mengenainya, dengan menghubungi

    pusat Sindrom Down. Ibubapa juga boleh menjadi ahli bagi persatuan Sindrom Down kerana

    cara itu dapat bertukar pengalaman dan berkongsi maklumat demi kebaikan anak mereka.

    Kemahiran asas yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak yang menghidap Sindrom

    Down ialah pertuturan. Pengetahuan mereka mengenai dunia ini biasanya adalah diperolehi

    melalui permainan, manipulasi dan penerokaan. Pengajaran konsep seperti warna, saiz,

    nombor dan bentuk dapat membantu mereka dalam mengenal perkataan yang asas perlu

    dipelajari untuk membantu mereka dalam pertuturan. Kemahiran pertuturan dan bahasa

    telah memain peranan yang utama bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down.

    Perkembangan kognitif juga merujuk kepada pengetahuan mengenai dunia dan memahami

    dunia melalui fizikal dan sosial. Pengetahuan yang biasa diperolehi oleh kita ialah melalui

    semua pancaindera dan sentuhan kita tatapi bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom

    Down ialah mereka melihat semua perkara atau aktiviti yang berlaku di sekeliling mereka

    serta melalui permainan atau mengguna objek-objek di dalam jangkauan mereka. Mereka

    lebih mudah memahami atau mengingat dengan melalui permainan dan mainan mereka

    adalah seperti menyusun kotak dan sebagainya yang boleh merangsang mereka untuk

    berfikir. Mereka memahami tingkah laku dan tindakan yang dilakukan oleh orang di

    sekelilingnya serta peristiwa-peristiwa yang berlaku di dunia mereka kerana mereka bermain

    dengan cara yang imaginasi dengan mainan mereka seperti berlakon atau bermain menjadi

    seorang petani,membuat makanan, meletakkan boneka tidur atau bermain dengan keretapi.

    Oleh itu,permainan telah memain peranan yang penting dalam membantu perkembangan

    kognitif kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down dan aktiviti permainan boleh

    digunakan untuk mengajar banyak perkara lagi yang perlu dipelajari oleh mereka.

    Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down menunjuk keseronokan semasa dalam

    permainan. Perkembangan kognitif dalam 1 hingga 2 tahun pertama bagi kanak-kanak yang

    menghidap Sindrom Down memberi tumpuan kepada keupayaan untuk membangun dan

    meningkatkan kebolehan dalam permainan manipulatif dengan mainan kanak-kanak dan

    kemudian ialah pemahaman mereka tentang persekitaran atau dunia yang ditunjukkan

    dalam permainan seperti permainan meniru dan mereka akan mempunyai daya imaginasi

    mereka. Merekabelajar mengenai ciri-ciri objek dan melalui peristiwa yang berlaku dalam

  • 29

    dunia mereka serta belajar saiz, warna dan bentuk benda dan mengenal benda tersebut

    sama ada panas, sejuk, basah atau kotor.

    Sehingga kini masih belum ada ubat untuk merawat Sindrom Down. Namun dalam

    pendidikan khas terdapat beberapa terapi untuk kanak-kanak mempunyai Sindrom Down

    bagi perkembangan dari aspek sosial ,kognitif,dan emosi. Antara contohnya ialah terapi

    berkuda, terapi air(hydro terapi), terapi cara kerja dan terapi urut.

    Terapi Kuda

    Menurut Mc Callum terapi berkuda memiliki tiga faedah utama iaitu bersukan, pendidikan

    serta perubatan. Ketiga-tiga perkara tersebut amat diperlukan dalam pertumbuhan dan

    perkembangan kanak-kanak Sindrom Down. Menurut Chassigne pula menunggang kuda

    sebagai terapi dapat membantu kanak-kanak ini dalam membaiki imbangan, menguatkan

    otot, membentuk kelembutan dan juga iadapat mendorong semangat penunggang. Melalui

    aktiviti ini berkuda ini, kanak-kanak Sindrom Down dapat menanam keberanian dan

    keyakinan kerana mereka dapat menyentuh dan menunggang kuda tersebut. Selain itu, ia

    dapat melatih kanak-kanak ini mematuhi disiplin kerana untuk menunggang kuda perlu

    disiplin yang tinggi dimana kanak-kanak Sindrom Down mesti mendengar arahan jurulatih

    supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan kuda. Tambahan lagi, mereka dapat

    pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat semasa berada di kawasan ladang kuda.

    Hal ini, dapat meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak ini. Terapi ini juga membina

    sikap bertanggungjawab dalam diri mereka kerana semasa menunggang kuda mereka perlu

    membelai kuda tersebut supaya kuda itu terasa tidak terancam.

  • 30

    Terapi Air(Hydro Terapi)

    Terapi ini sesuai untuk kanak-kanak Sindrom Down dalam perkembangan fizikal dan motor

    halus dan motor kasarnya. Selain itu otot-otot juga dan otak dapat dirangsangkan. Hal ini

    kerana pergerakan di dalam air lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani seperti

    keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak

    Sindrom Down dapat memperkembangkan sistem kognitif mereka dimana semasa dalam air

    mereka perlu menggunakan beberapa anggota badan ataupun sistem pernafasan dalam

    satu masa. Oleh itu, mereka dapat selarikan pergerakan badan dan sistem pernafasan

    dalam keadaan stabil. Air dapat memberi ketenangan kepada kanak-kanak Sindrom Down .

    Maka, kaedah ini dapat membantu mereka dalam pengawalan emosi. Selain itu.aktiviti ini,

    membina kemahiran sosial mereka juga,di mana mereka terdedah dengan persekitaran luar.

  • 31

    Terapi Cara Kerja

    Terapi ini adalah sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Terapi ini

    tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiviti kehidupan harian, penjagaan

    diri dan kendiri di tempat kerja dan riadah. Terapi ini melibatkan penilaian kognitif dan

    persepsi kanak-kanak sindrom down dan kebolehan menjalankan tugas harian seperti

    berjalan, mandi, memakai baju dan membuat kerja rumah. Terapi cara kerja

    mengembangkan semua aspek di mana mereka perlu melakukan tugas harian. Selalunya

    terapi ini di ajar di sekolah bagi mata pelajaran kemahiran hidup.

  • 32

    Terapi Urut

    Terapi urut ini dapat meningkatkan kekuatan otot, meningkatkan pembentukan otot bagi kaki

    dan tangan hasil daripada stimulasi tekanan. Selain itu, peningkatan aktiviti fungsi motor

    halus dan keseluruhan, pergerakan dan koordinasi. Hal ini dapat mengawal postur badan.

    Terapi ini boleh dilakukan oleh ibu bapa kerana urutan yang kerap dapat mempercepatkan

    perkembangan motor-motor halusnya seperti memegang,menulis dan sebagainya. Ibu bapa

    boleh mempelajari urutan ini dari pakar urut. Pakar ini dapat mengajar dengan cara yang

    betul dalam mengurut kanak-kanak keperluan Sindrom Down.

    Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas

    terhadap aktiviti atau kemahiran. Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah

    menhadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan untuk

    menyebabkan kefungsian badan secara normal.

    Dalam konteks pendidikan khas, terapi merupakan kaedah bagi membantu individu

    yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan

    psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran

    dan pembelajaran.

    Antara kepentingan terapi yang lain ialah bagi meningkatkan daya pengamatan

    pelajar, meransang pelajar untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran

    serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mereka. Di

    samping itu, melalui terapi juga dapat melatih pelajar menguasai kemahiran tertentu yang

    bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan suasana

    pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan.

  • 33

    KEPERLUAN INFRASTRUKTUR KANAK-KANAK SINDROM DOWN

    Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai

    kekuatan dan kelemahan. Sebagai pendidik, guru seharusnya seharusnya memikirkan

    bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif

    dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak Sindrom Down ini melalui pembelajaran

    mereka serta menjalani kehidupan secara optimum. Pengajaran dan pembelajaran kanak-

    kanak Sindrom Down ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian beserta

    penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai.

    Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan mental,

    kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor mereka.

    Kanak-kanak Sindrom Down yang datang ke sekolah kadang-kadang mempunyai

    masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah

    emosi. Bagi membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan

    keupayaan mereka, antara yang boleh dijalankan oleh guru antaranya ialah dengan

    menyediakan keperluan infrastruktur yang bersesuaian dengan masalah pelajar

    berkeperluan khas.

    Antara keperluan bagi pelajar Sindrom Down ialah menyediakan bahan bantu yang

    menyeronokkan mereka seperti alat permainan, alat kemahiran manipulatif, alat kemahiran

    bertutur dan alat pengurusan diri.

    Alat permainan

    Sudah menjadi lumrah bagi kanak-kanak menyukai barang permainan. Dalam pendidikan

    khas permainan merupakan salah satu medium bagi menarik minat pelajar Sindrom Down

    untuk belajar. Pengajaran menggunakan alat permainan hendaklah berteraskan kepada

    pengajaran yang dapat meningkatkan kognitif pelajar Sindrom Down

  • 34

    Alat kemahiran manipulatif

    Kebanyakan pelajar Sindrom Down lemah dari segi fizikal. Bagi meningkatkan keupayaan

    fizikal mereka, aktiviti manipulatif adalah kemahiran yang sesuai dijalankan kepada mereka.

    Aktiviti bagi kemahiran manipulatif ini melibatkan penggunaan motor halus dan motor kasar.

    Kanak-kanak Sindrom Down akan dapat meningkatkan kemahiran manipulatif mereka

    dengan penglibatan penggunaan objek atau alat tertentu. Pergerakan manipulatif adalah

    berkaitan dengan objek samada mengenakan tindakan atau menerima gerak balas

    darinya.Oleh itu anggota kaki dan tangan anggota yang paling kerap digunakan dalam

    pergerakan manipulatif. Di antara aktiviti yang dapat di lihat adalah seperti yang berikut:

    1. Membaling

    Pergerakan manipulatif mempunyai pelbagai pergerakan antaranya ialah membaling.

    Membaling terdapat tiga cara atau pola balingan iaitu bawah paras bahu

    (underhand), atas paras bahu (overhand), sisi (sidearm). Membaling boleh dibaling

    dengan ketepatan, kelajuan, dan jarak yang memadai. Aktiviti akitiviti fizikal yang

    dijalankan banyak menggunakan pergerakan membaling untuk memastikan

    perkembangan motor kasar dan halus yang berkesan. Oleh yang demikian, dengan

    aktiviti sebegini secara tidak langsung terdapat beberapa perkembangan psikomotor

    yang terbentuk di antaranya ialah dengan membaling mereka menggunakan jari

    untuk memegang objek dan menggunakan tangan untuk membaling dan

  • 35

    menjatuhkan objek tersebut. Mereka menggunakan motor halus dan motor kasar

    mereka. Selain itu, kemahiran manipulatif melibatkan koordinasi mata bagi

    menentukan apa yang tangan perlu lakukan seterusnya. Mata akan mengesan

    rangsangan dan merangsang perkembangan motor halus kerana mereka perlu untuk

    menggunakan otot tangan dan jari.

    2. Menangkap

    Menangkap adalah salah satu pergerakan manipulatif. Pergerakan membaling

    memerlukan keseimbangan, koordinasi dan pengawalan badan untuk menangkap

    sesuatu objek. Pada peringkat awal ini kita dapat lihat perkembangan pelajar

    Sindrom Down dari aspek keseimbangan, koordinasi dan pengawalan kedudukan

    badan memerlukan gerakan badan mereka pada suatu tempat. Perkembangan

    motor halus dan motor kasar terbentuk dalam aktiviti sebegini kerana mereka akan

    meggunakan jari dan otot tangan untuk menangkap sesuatu objek. Selain itu

    koordinasi mata juga digunakan untuk memerhati serangga tersebut untuk

    menangkap sobjek tersebut. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat memperkembang

    motor kasar dan halus tetapi dapat memberikan pelajar Sindrom Down pengetahuan

    yang baru dengan mengenali objek dan menerokai keadaan sekeliling mereka.

    3. Melantun

    Pelbagai pergerakan yang berkaitan dengan pergerakan manipulatif antaranya

    melantun. Kebiasaanya melantun menggunakan bola. Pelbagai aktiviti yang boleh

    dilakukan dengan pergerakan melantun. Perkembangan motor yang terlibat pada

    aktiviti ini ialah motor kasar. Koordinasi tangan dan kaki digunakan untuk aktiviti ini.

    Pelajar Sindrom Down akan menggunakan tangan untuk memengang bola dan kaki

    untuk berjalan untuk melangkah semasa melantunkan bola tersebut.

    4. Menyepak

    Menyepak adalah salah satu pergerakan manipulatif. Aktiviti yang boleh dilakukan

    dalam pergerakan menyepak ini adalah menyepak bola. Perkembangan yang terlibat

    dalam aktiviti ini adalah koordinasi kaki dan mata. Koordinasi kaki digunakan untuk

    menyepak bola pada sasarannya. Seterusnya koordinasi mata pula digunakan untuk

    memfokuskan pada sasaran. Aktiviti ini sesuai bagi meningkatkan perkembangan

    motor kasar dan motor halus dalam pergerakan pelajar Sindrom Down.

    5. Melambung

    Aktiviti melambung bola atau melambung objek-objek lain merupakan salah satu

    kemahiran dalam pergerakan manipulatif alatan ini. Aktiviti ini amat penting untuk

    perkembangan motor pelajar Sindrom Down sama ada kemahiran motor kasar atau

  • 36

    motor halus. Bagi mengembangkan lagi bakat atau kemahiran yang terdapat pada

    pelajar ini, guru atau ibu bapa seharusnya memberikan permainan yang sesuai untuk

    mereka seperti bermain bola, bermain di taman permainan, melambung bola dan

    sebagainya.

    Alat bantu pertuturan

    Pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh pelajar Sindrom

    Down. Alat bantu pertuturan merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk

    membantu mereka dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia bertujuan untuk

    membantu pelajar Sindrom Down menghasilkan bunyi bahasa dan melatih mereka yang

    menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas menggunakan alat bantu pertuturan.

    Kebiasaanya, guru akan memulakan latihan atau intevensi awal supaya dapat membantu

    murid. Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh guru ialah latihan

    lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap bibir.

  • 37

    Alat pengurusan diri

    Pengurusan Diri merupakan satu keperluan asas untuk menguasai bidang-bidang

    kemahiran lain. Perkara ini penting untuk menentukan penguasaan bidang-bidang lain

    diperoleh dengan lancar dan sempurna. Latihan dan kemahiran perkembangan sosial, hidup

    berkeluarga, penjagaan diri, perkembangan peribadi dan pengurusan rumah tangga perlu

    diajar kepada pelajar Sindrom Down. Komponen pengurusan diri ini dibina dengan tujuan

    melatih pelajar Sindrom Down berkemahiran dan mampu hidup berdikari.

  • 38

    KESIMPULAN

    Sindrom Down merupakan kecacatan baka ( genetik ) dan tidak boleh diubati. Dianggarkan

    Sindrom Down terjadi pada kadar satu bagi setiap enam ratus lima puluh kelahiran.

    Perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak Sindrom Down adalah lambat berbanding

    dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak Sindrom Down perlu pendidikan khas seawal

    yang mungkin agar dapat membantu mereka belajar berdikari. Pengidap Sindrom Down

    boleh menguruskan diri mereka tanpa bantuan orang lain jika dididik dengan betul.

    Sindrom Down terbahagi kepada tiga iaitu Trisomi, Translocation dan Mosaic. Tidak kira

    jenis apa, kanak-kanak Sindrom Down boleh dikenali melalui wajah mereka yang seiras.

    Masalah bahasa juga dapat dilihat dengan jelas berbanding dengan kanak-kanak normal.

    Tunjuk ajar dan didikan daripada guru atau ibu bapa yang berkesan dapat membantu

    mereka untuk berdikari apabila tamat persekolahan nanti. Perbezaan mereka dengan

    kanak-kanak normal adalah sangat ketara dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Jadi

    pertumbuhan, perkembangan dan personality mereka adalah tidak sama dengan kanak-

    kanak normal. Ini adalah disebabkan kecacatan yang dialami oleh mereka dari segi mental

    dan fizikal sejak kelahiran mereka.

    Perkembangan kanak-kanak normal dari segi fizikal, emosi, kognitif dan sosial adalah

    bersesuaian dengan peringkat umur mereka tetapi perkembangan untuk kanak-kanak

    Sindrom Down pula adalah terkebelakang berbanding dengan umur mereka. Ini adalah

    disebabkan oleh kebolehan intelek kanak-kanak Sindrom Down ini rendah berbanding

    dengan kanak-kanak normal. Tahap kerencatan mental kanak-kanak Sindrom Down inilah

    yang menyebabkan mereka kurang dari segi pencapaian dalam aspek-aspek fizikal, emosi.

    Sosial dan kognitif berbanding dengankanak-kanak normal yang sebaya dengan mereka.

    Kanak-kanak Sindrom Down perlu didedahkan dengan konsep-konsep konkrit, iaitu konsep

    yang boleh dilihat dan disentuh. Peneguhan adalah sangat penting dilakukan dengan serta

    merta apabila sesuatu tugasan telah selesai tidak kira objektif tercapai atau pun tidak

    tercapai. Kita sebagai pendidik harus bijak menangani permasalahan yang dihadapi oleh

    kanak-kanak Sindrom Down ini.

  • 39

    ULASAN JURNAL

    Tajuk jurnal : Perisian Matematik Bagi Tajuk Pecahan Untuk Pelajar Berkeperluan Khas

    Sumber : Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia jilid 1 (ms 39-47), nombor 2, jun 2011

    Penulis : Khairul Anuar Bin Abdul Rahman Dan Norazean Binti Abu Samah

    Ulasan oleh : Muhamad Nuh Bin Kasmuri

    RUMUSAN KESELURUHAN JURNAL

    Tajuk jurnal ialah Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan

    Khas. Jurnal ini merupakan hasil kajian Khairul Anuar bin Abdul Rahman dan Norazrena bt

    Abu Samah. Tajuk yang dinyatakan adalah ringkas, padat, serta mudah difahami. Tujuan

    penyelidikan dijalankan berdasarkan tajuk yang diberi ialah untuk menilai keberkesanan

    perisian matematik di bawah tajuk Pecahan bagi pelajar berkeperluan khas dari aspek

    pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah pre-experimental yang mana

    responden diberikan ujian pra, rawatan dan ujian pasca untuk melihat keberkesanan

    perisian matematik terhadap tahap pencapaian pelajar.

    Hasil kajian menunjukkan pencapaian kesemua 9 responden meningkat setelah

    menggunakan perisian yang dibangunkan. Melalui sokongan data skor pencapaian pelajar,

    penyelidik dapat membuktikan bahawa perisian Matematik bertajuk Pecahan yang

    dibangunkan ini mampu meningkatkan pencapaian pelajar berkeperluan khas seterusnya

    berkesan digunakan untuk mengukuhkan kefahaman pelajar. Dapatan kajian ini menyokong

    dapatan yang diperolehi oleh Jamalludin dan Siti Nurulwahida (2010) serta Shaharuddin dan

    Ahmad Khairi (2011), di mana teknologi terutama perisian dalam pendidikan mampu

    meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran matematik.

    Penyataan masalah berkaitan pelajar bekeperluan khas digarap secara mendalam

    oleh penyelidik. Namun masalah berkaitan dengan pencapaian pelajar yang menggunakan

    perisian multimedia yang sedia ada tidak dinyatakan. Penyelidik juga tidak menyentuh

    tentang pernyataan masalah berkaitan subjek Matematik terutama berkaitan tajuk Pecahan

    yang ingin dikaji. Penyelidik tidak menyatakan kenapa topik Pecahan dipilih untuk dijadikan

    bahan kajian. Fokus pernyataan masalah seharusnya tertumpu kepada subjek Matematik

    yang seringkali dikaitkan sebagai salah satu mata pelajaran yang sukar difahami

    menggunakan kaedah tradisonal. Justeru pendekatan pembelajaran berbantu komputer

    menggunakan perisian multimedia seumpama ini adalah sangat memberangsangkan.

  • 40

    Kajian literatur adalah rumusan literatur yang ditulis bertujuan menerangkan

    maklumat dan penyelidikan semasa dan lampau. Antara tinjauan literatur yang dibentangkan

    oleh penyelidik ialah kajian Rahayu dan Maria (2010), berkaitan dengan elemen multimedia

    dan elemen visual yang merupakan kaedah penyaluran maklumat yang sangat menarik

    dalam menyampaikan sesuatu input pembelajaran. Malangnya, penyelidik gagal menggarap

    sorotan kajian-kajian lepas terutamanya mengenai pelajar berkeperluan khas dan perisian

    multimedia secara lebih terperinci dalam laporan kajian ini.

    Sampel dalam kajian ini telah dinyatakan dengan jelas oleh penyelidik. Kajian ini

    telah memilih 2 orang guru dan 9 orang pelajar pendidikan khas yang merupakan responden

    kajian. Namun penyelidik tidak menjelaskan kaedah persampelan yang dipilih serta jumlah

    populasi sebenar kajian beliau. Instrumen yang digunakan adalah ujian penilaian yang terdiri

    daripada Ujian Pencapaian 1 (ujian pra) dan Ujian Pencapaian 2 (ujian pasca). Penyelidik

    tidak menyatakan sumber dan proses pembinaan instrumen serta prosedur pembinaan ujian

    yang digunakan untuk penyelidikan. Kriteria asas pembinaan ujian seperti kesahan,

    kebolehpercayaan, keobjektifan dan kemudahtafsiran juga tidak dibentangkan. Selain itu,

    tempoh masa yang diambil diantara ujian pra dan pasca tidak dinyatakan sama sekali.

    Berdasarkan analisis data, penyelidik telah membentangkan hasil kajian secara

    teratur menggunakan jadual yang diselitkan di dalam aspek perbincangan. Jadual yang

    dipaparkan berinformasi dan diterangkan dengan baik oleh penyelidik. Penyelidik

    seharusnya memasukkan cadangan penambahbaikkan di dalam pembangunan perisian

    yang dibangunkan untuk tujuan rujukan kajian akan datang. Selain itu, penyelidik juga tidak

    menerangkan tentang sumbangan hasil kajian yang dijalankan kepada bidang ilmu

    Matematik yang dikaji khususnya dalam penambahbaikan kaedah pengajaran bagi pelajar

    bekeperluan khas. Cadangan penambahbaikan ini penting untuk rujukan pihak-pihak

    tertentu seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pentadbiran sekolah, guru-guru dan

    para penyelidik. Namun begitu, kesimpulan yang dinyatakan oleh penyelidik ringkas dan

    tepat serta disokong oleh hasil kajian yang diperolehi sepanjang penyelidikan dijalankan.

    Secara keseluruhannya, gaya penulisan penyelidik dalam memberi hujah dan

    menginterpretasi hasil kajian adalah baik dan berkesan.

  • 41

    REFLEKSI

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu matapelajaran baharu yang saya

    pelajari pada semester ini. Banyak ilmu baharu berkenaan dengan perkembangan falsafah

    pendidikan ni Malaysia yang saya pelajari sepanjang sesi pembelajaran bersama-sama

    dengan Puan Sarimah Binti Saad. Bermula daripada sejarah perkembangan pendidikan di

    Malaysia hinggalah yang terbaharu saya pelajari berkenaan dengan . Dalam tugasan

    Falsafah Pendidikan Kebangssan yang diberikan, saya dikehendaki untuk menyediakan

    satu esei mengenai pendidikan khas yang berkaitan dengan salah satu daripada individu

    berkeperluan khas. Selain itu saya juga dikehendaki untuk membuat ulasan dari salah satu

    jurnal yang berkaitan dengan pendidikan khas.

    Sepanjang pelaksanaan untuk menyediakan esei ini, banyak cabaran dan ilmu pengetahuan

    baharu yang saya hadapi dan perolehi. Semasa proses mendapatkan maklumat, saya

    menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat. Hal ini kerana, individu berkeperluan

    khas yang saya pilih ialah pelajar Sindrom Down. Maklumat berkenaan dengan pelajar ini

    tidak banyak didapati di perpustakaan. Oleh itu, saya banyak merujuk kepada guru

    pendidikan khas di sekolah yang pernah saya mengajar semasa menjadi Guru Sandaran

    Tidak Terlatih. Merekalah yang banyak membantu member maklumat berkenaan dengan

    pelajar Sindrom Down. Proses ini mengambil masa yang agak lama kerana saya terpaksa

    berhubung dengan mereka secara talian dan kebanyakan sumber bercetak di hantar melalui

    email. Berdasarkan daripada pengalaman tersebut, apa yang saya perolehi ialah sekiranya

    kita benar-benar berkehendakkan sesuatu dan kita berusaha untuk mendapatkannya

    akhirnya akan kita perolehi walaupun terpaksa mengambil masa yang agak lama. Setelah

    selesai mendapatkan maklumat tersebut dengan susah payah, saya amat puas hati dengan

    hasil yang diperoleh. Semoga hasil kerja saya ini dapat memuaskan hati pihak pemeriksa

    hendaknya.

    Tugasan seterusnya saya diminta untuk membuat ulasan mengenai jurnal yang

    berkaitan dengan pendidikan khas. Jurnal yang saya pilih ialah berkenaan dengan satu

    teknologi yang dicipta bagi pelajar berkeperluan khas. Berdasarkan kepada pembacaan

    saya terhadap jurnal yang dipilih, saya dapat memahami bahawa pelajar-pelajar

    berkeperluan khas ini perlu diambil berat dari segala segi. Demi mencapai hasrat di dalam

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan khas juga tidak terkecuali dalam usaha untuk

    meningkatkan potensi individu dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani. Pada hemat saya

    usaha ini ialah satu usaha yang murni demi memartabatkan pelajar berkeperluan khas ini di

    mata masyarakat Malaysia khususnya.

  • 42

    Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya dapat memahami dan memahami pelajar

    Sindrom Down secara lebih dekat. Selain itu juga, saya dapat mengetahui cara dan kaedah

    pengajaran kepada insane yang sungguh istimewa ini. Sebelum ini pengetahuan saya

    berkenaan pelajar berkeperluan khas ini di sekolah amat cetek. Kadangkala saya tertanya-

    tanya kenapa wujudnya kelas pendidikan khas di sekolah dan apakah fungsinya. Dan

    akhirnya segala pertanyaan saya terjawab apabila saya melaksanakan tugasan ini. Ini

    merupakan satu ilmu baharu bagi saya kerana dengan adanya tugasan ini saya dapat

    menyelami apakah masalah mereka yang sebenarnya dan saya simpati dan akan

    menyayangi mereka seperti insane yang lain.

    Seperti yang kita maklum, setiap sesuatu pastinya ada kekurangannya. Tugasan

    juga terdapat beberapa kelemahan. Antara kelemahan yang dapat dilihan dalam tugasan ini

    ialah kekurangan maklumat dari segi bahan rujukan. Hal ini mungkin kerana kesibukan diri

    dalam menyempurnakan tugasan-tugasan lain yang masih tersisa dan perlu dihantar dalam

    tempoh masa yang terdekat. Mungkin kerana kekurangan diri saya sendiri yang masih

    belum pandai mengagihkan masa sebaik-baiknya. Sebagai seorang guru pelatih, malah

    seorang bakal guru kelak, saya mesti melatih diri supaya mahir membahagikan waktu agar

    segala kerja dapat disiapkan dengan sempurna.

    Selain itu, berdasarkan pengamatan saya, terdapat juga beberapa kelemahan di

    dalam tugasan ini dari segi penggunaan bahasa. Kebanyakan bahasa yang digunakan

    agak kucar-kacir dan tidak menepati kosa kata bahasa Melayu yang baik. Selain itu,

    penguasaan perbendaharaan kosa kata yang agak lemah menyebabkan pengolahan

    bahasa yang digunakan barangkali agak kurang menarik dan kurang sedap untuk didengari.

    Besar kemungkinan juga terdapat beberapa kesalahan yang saya terlepas pandang dan

    mungkin itu adalah kelemahan dan kesilapan daripada pihak saya. Segala kelemahan

    tersebut saya dahului dengan ampun dan maaf. Semoga kesilapan dan kesalahan tersebut

    dapat mematangkan saya sepanjang berada di Institut pendidikan guru Kampus Sultan

    Abdul Halim.

    Sepanjang melaksanakan tugasan ini banyak perkara yang saya telah pelajari.

    Antaranya, tugasan yang diberikan ini banyak memberi pengertian, pengetahuan dan

    pengalaman buat saya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang di masa hadapan. Ini

    kerana diawal tugasan lagi saya telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan. Namun

    dengan usaha yang dilakukan akhirnya saya dapat merealisasikannya. Dengan adanya

    tugasan sebegini, ia telah dapat menambahkan pengetahuan baharu dan berguna untuk

    menduduki peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Selain itu juga, dengan

    pengetahuan yang baharu saya perolehi ini menjadikan saya lebih mahir dalam

  • 43

    melaksanakan pembelajaran dan menyesuaikannya dengan kaedah-kaedah pengajaran

    yang sepatutnya serta bahan bantu mengajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan

    pembelajaran. Oleh itu, dengan adanya pengetahuan yang berguna ini, akan saya gunakan

    apabila menjadi seorang guru kelak, samada semasa praktikum nanti mahupun semasa

    menjadi seorang guru. Akhir kata dengan selesainya tugasan yang telah diberikan ini, saya

    telah dapat menguasai dan memahami isi pelajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah

    saya Puan Sarimah Binti Saad. Walaupun interaksi kami didalam kelas adalah terhad

    kerana komitmen yang menghambat diri dimana pensyarah dan guru pelatih masing-

    masing menggalas tanggungjawab yang berbeza dan sibuk dengan tugas masing- masing

    namun isi pelajaran yang ingin disampaikan akhirnya telah dapat saya kuasai hasil daripada

    proses pelaksanaan tugasan ini. Dengan adanya tugasan seperti ini, saya yakin dan

    percaya ianya akan memberikan kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak

    bangsa dengan cara yang menarik dan berkesan.

  • 44

    Rujukan

    Jamila K. A. Mohamed(2005), Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. PTS

    Publication & Distributors Sdn Bhd.

    Noriati A.Rashid et al. (2011), Budaya dan pembelajaran. Shah Alam : Oxford Fajar.

    Kauffman J.M. Dan Hallahan D.P. (2005) Special Education . New Jersey : Pearson

    Education , Inc

    Friend, M (2006). IDEA 2004 Update Edition: Special Education. New Jersey : Pearson

    Education , Inc.

    Gargiulo(2003) Richard M. Gargiulo, Young Children with Special Needs: An Introduction to

    Early Childhood Special Education. Published by Thomson/Delmar Learning, 2004

  • 45

    LAMPIRAN