PENGHARGAAN

50
1 PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat saya menyiapkan tugasan KURIKULUM SAINS PENDIDIKAN RENDAH(EDU 3043E) dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran ini, Cik Lim Poh Sim, kerana tunjuk ajar dan garis panduan yang beliau telah berikan kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar beliau, mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah memberi sumbangan berbentuk idea mahupun tunjuk ajar bagi menambah baik tugasan ini. Segala pendapat dan tunjuk ajar kalian sememangnya amat membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Kepada rakan sekelas, saya ucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah kalian berikan secara langsung mahupun tidak langsung. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Sesungguhnya tanpa penglibatan daripada kedua ibu bapa saya, sudah tentu usaha saya tidak mendapat restu dan sia-sia Akhir kata dari saya, terima kasih kepada semua yang telah membantu untuk menjayakan tugasan ini. Terima kasih IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

description

wrgsfrttdhrdhfrftdhfgdfgdversfwesgedthrtrgedrgedrgedrfgedrg

Transcript of PENGHARGAAN

  • 1

    PENGHARGAAN

    Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat saya menyiapkan tugasan KURIKULUM

    SAINS PENDIDIKAN RENDAH(EDU 3043E) dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada

    pensyarah mata pelajaran ini, Cik Lim Poh Sim, kerana tunjuk ajar dan garis panduan yang

    beliau telah berikan kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk

    ajar beliau, mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya.

    Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah memberi sumbangan berbentuk idea

    mahupun tunjuk ajar bagi menambah baik tugasan ini. Segala pendapat dan tunjuk ajar

    kalian sememangnya amat membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan

    sempurna. Kepada rakan sekelas, saya ucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang

    telah kalian berikan secara langsung mahupun tidak langsung.

    Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa saya yang

    telah banyak membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Sesungguhnya tanpa

    penglibatan daripada kedua ibu bapa saya, sudah tentu usaha saya tidak mendapat restu

    dan sia-sia

    Akhir kata dari saya, terima kasih kepada semua yang telah membantu untuk

    menjayakan tugasan ini. Terima kasih IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

  • 2

    PENGENALAN

    Sains merupakan bidang ilmu yang mempunyai skop yang sangat luas. Seandainya kita

    kumpulkan segala ilmu yang dipunyai oleh keseluruhan umat manusia terutama sekali

    penyelidik dan saintis daripada pelbagai bidang sains sejak zaman dahulu sekalipun, kita

    masih belum berjaya sepenuhnya untuk memahami semua fenomena alam ini. Oleh itu,

    bayangkan betapa luasnya ilmu sains itu dan betapa banyaknya perkara yang belum umat

    manusia ketahui lagi. Dalam unit ini kita akan membincangkan tentang sains dan tabii sains

    (the nature of science). Ini penting kepada guru sains kerana guru sains adalah pemangkin

    menjadikan masyarakat Malaysia masyarakay yang celik sains. Kita juga akan

    membincangkan apakah yang dimaksudkan sains dan perkaitan sains dengan teknologi.

    Akhirnya kita akan membincangkan tentang implikasi teknologi kepada kesejahteraan

    masyarakat Malaysia.

    Matlamat kurikulum sains di Malaysia adalah untuk melahirkan murid yang

    mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi dan mampu

    mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni

    untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Guru sains

    adalah individu yang berperanan secara terus untuk mencapai matlamat dan seterus

    mengujudkan masyarakat celik sains di Malaysia. Masyarakat celik sains adalah masyarakat

    yang sentiasa menyoal, menyelidik atau mencari jawapan kepada sebarang persoalan dan

    permasalah yang tertib daripada perasaan ingin tahu insan terhadap kejadian seharian.

  • 3

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

    lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

    harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

    kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

    Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

    sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

    Falsafah Pendidkan Kebangsaan(FPK) merupakan sistem pendidikan yang

    menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas

    prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada

    peringkat paling rendah kepada paling tinggi iaitu institusi pendidikan tinggi seperti

    universiti. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga turut menjelaskan tujuan dan matlamat

    pendidikan untuk individu dan negara.

    Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk individu adalah untuk melahirkan insan

    yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga menjadi seorang

    warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan

    insan yang baik, seimbang dan bersepadu, ini untuk menjayakan hasrat dan cita-cita

    negara. Secara keseluruhannya, tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh

    segulung ijazah atau diploma tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara

    menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat

    dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti.

  • 4

    Falsafah Pendidikan Sains

    Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia

    memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada

    perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta

    dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.

    Falsafah Sains Negara menyatakan pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya

    sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang

    kompetatif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan

    berketerampilan teknologi.

    Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sama ada di makmal, di bilik darjah ataupun di luar

    bilik darjah seharusnya dapat menjana pemikiran pelajar ke arah minda yang kreatif, inovatif

    dan produktif yang lebih dikenali sebagai dewasa ini sebagai individu yang celik sains.

    Individu yang celik sains adalah individu yang berkeupayaan untuk menerang,

    menghurai dan meramal sebarang fenomena semulajadi. Secara lebih spesifik, individu celik

    sains boleh membaca dan memahami artikel tentang sains atau berbincang dengan penuh

    yakin tentang sebarang topik. Konsep celik sains ini selaras dengan matlamat kurikulum

    sains negara dan Falsafah Pendidikan Sains Negara.

  • 5

    KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

    Pendidikan di Malaysia seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    adalah satu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara

    menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, dari segi

    jasmani, emosi, rohani dan emosi. Kurikulum Sains sekolah rendah dan menengah

    dibangunkan dengan hasrat untuk menghasilkan insan yang dihasratkan.

    Kurikulum Sains Sekolah Rendah direka bentuk untuk merangsang sikap ingin tahu

    dan mengembangkan minat bagi membolehkan mereka memahami diri dan alam sekeliling

    melalui aktiviti berpusatkan murid.

    Kurikulum ini dipersembahkan dalam dua dokumen: Sukatan Pelajaran dan Huraian

    Sukatan Pelajaran. Sukatan Pelajaran mengandungi matlamat, objektif dan kerangka

    kandungan kurikulum sepanjang tempoh pembelajaran.

    Huraian Sukatan Pelajaran Sains mengandungi kandungan kurikulum yang lebih

    terperinci merangkumi matlamat dan objektif kurikulum, penerangan tentang kemahiran

    berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni, strategi

    pengajaran dan pembelajaran, dan kandungan kurikulum.Kandungan kurikulum

    menyediakan hasil pembelajaran umum, cadangan aktiviti pembelajaran, hasil

    pembelajaran, nota dan kosa kata.

    MATLAMAT KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

    Matlamat kurikulum Sains Sekolah Rendah ialah untuk mengembangkan minat dan kreativiti

    murid melalui pengalaman harian dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran

    serta sikap saintifik dan nilai murni.

  • 6

    OBJEKTIF

    Kurikulum Sains Sekolah Rendah bertujuan:

    Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di

    sekeliling mereka.

    Menyediakan peluang untuk murid mengembangkan kemahiran proses sains dan

    kemahiran berfikir kritis dan kreatif.

    Meningkatkan daya kreativiti murid.

    Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis, kreatif dan analitis bagi

    membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

    Menyemaikan sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid

    mengamalkannya.

    Menanam sikap menghargai sumbangan dalam bidang sains dan teknologi ke arah

    kesejahteraan manusia.

    Menyedari keperluan menyayangi dan menjaga alam sekitar.

    Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan

    penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan.

  • 7

    KEMAHIRAN SAINTIFIK

    Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti

    mengikut kaedah saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan

    kemahiran manipulatif

    Kemahiran Proses Sains

    Kemahiran proses sains membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan

    mencari jawapan secara bersistem.

    Penerangan tentang setiap proses sains adalah seperti berikut:

    Memerhatikan

    Menggunakan deria penglihatan, pendengaran,

    sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat

    tentang objek dan fenomena.

    Mengelaskan Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan

    mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri

    yang sama.

    Mengukur dan

    menggunakan nombor

    Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan

    menggunakan nombor atau alat berunit piawai atau alat

    yang diseragamkan sebagai unit rujukan.

    Membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang

    mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan

    sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

    Meramalkan

    Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa

    berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu

    atau berdasarkan data.

    Berkomunikasi

    Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan

    maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual,

    graf, rajah atau model.

  • 8

    Menggunakan perhubungan ruang dan masa

    Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah,

    bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim dengan masa.

    Mentafsirkan data

    Memberi penerangan yang rasional tentang objek,

    peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.

    Mendefinisikan secara operasi

    Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan

    menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

    Mengawal pemboleh ubah

    Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan,

    pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang

    dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh

    ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya

    dengan pemboleh ubah bergerak balas. Pada masa yang

    sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

    Membuat hipotesis

    Membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan

    antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi

    menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.

    Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan

    kesahihannya.

    Mengeksperimen

    Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji

    sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan

    data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan

    itu.

    Kemahiran Manipulatif

    Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang

    membolehkan murid melakukan perkara berikut:

    Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.

    Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.

    Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

    Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat.

    Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

  • 9

    KEMAHIRAN BERFIKIR

    Berfikir adalah satu proses mental yang memerlukan individu menggabungjalinkan

    pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada pada dirinya bagi membolehkannya

    memahami dan mencorakkan alam sekelilingnya.

    Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah mempertingkatkan daya berfikir

    di kalangan murid. Objektif ini boleh dicapai melalui pembelajaran berfikrah.

    Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan secara aktif dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

    dirancang dengan teliti dapat mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk berfikir

    agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

    Pengajaraan dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir dan strategi berfikir

    adaalah teras kepada pembelajaran berfikrah.

    Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif.

    Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik

    sebelum menerimanya. Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imiginasi

    yang tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta boleh mengubah suai

    idea dan produk yang sedia ada.

    Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya yang

    melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah melibatkan beberapa kemahiran berfikir

    kritis dan kreatif. Strategi berfikir merupakan matlamat akhir kepada proses berfikir.

  • 10

    Kemahiran Berfikir Kritis

    Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kritis adalah seperti berikut:

    Mencirikan

    Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat,

    kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.

    Membandingkan dan membezakan

    Mencari persamaan dan perbezaan

    berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti

    dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

    Mengumpulkan dan mengelaskan

    Mengasingkan dan mengumpulkan objek

    atau fenomena kepada kumpulan masing-

    masing berdasarkan criteria tertentu seperti

    ciri atau sifat sepunya.

    Membuat urutan

    Menyusun objek dan maklumat mengikut

    tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri

    atau sifat nya seperti saiz, masa, bentuk

    atau bilangan.

    Menyusun mengikut keutamaan

    Menyusun objek atau maklumat mengikut

    tertib berdasarkan kepentingan atau

    kesegeraan.

    Menganalisis

    Mengolah maklumat dengan

    menguraikannya kepada bahagian yang

    lebih kecil bagi memahami sesuatu

  • 11

    Mengesan kecondongan

    Mengesan pandangan atau pendapat yang

    berpihak kepada atau menentang sesuatu.

    Menilai

    Membuat pertimbangan tentang sesuatu

    perkaradari segi kebaikan dan keburukan,

    berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

    Membuat kesimpulan

    Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu

    kajian yang berdasarkan kepada sesuatu

    hipotesis atau mengukuhkan sesuatu

    perkara berdasarkan penyiasatan.

    Kemahiran Berfikir Kreatif

    Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kreatif adalah seperti berikut:

    Menjanakan idea

    Menghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu

    perkara.

    Menghubungkaitkan

    Membuat perkaitan dalam sesuatu keadaan atau

    peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak

    perhubungan.

    Membuat inferens

    Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang

    mungkin benar atau tidak benar untuk

    menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

  • 12

    Meramalkan

    Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa

    berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang

    lalu atau data yang boleh dipercayai.

    Mengitlakkan

    Membuat pernyataan umum terhadap sesuatu

    perkara untuk keseluruhan kumpulan berdasarkan

    pemerhatian ke atas sampel atau beberapa

    maklumat daripada kumpulan itu.

    Membuat gambaran mental

    Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu

    idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda.

    Mensintesiskan

    Menggabungkan unsur yang berasingan untuk

    menghasilkan satu gambaran menyeluruh dalam

    bentuk seperti pernyataan, lukisan atau artifak.

    Membuat hipotesis

    Membuat suatu pernyataan umum tentang

    hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan

    benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau

    peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk

    menentukan kesahihannya.

    Menganalogikan

    Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep

    yang kompleks atau mujarad secara mengaitkan

    konsep itu dengan konsep yang mudah atau

    maujud yang mempunyai ciri yang serupa.

    Mereka cipta

    Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan

    pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada

    untuk mengatasi masalah secara terancang.

  • 13

    Strategi Berfikir

    Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti berikut:

    Mengkonsepsikan

    Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep

    atau model berdasarkan ciri spesifik sepunya yang saling

    berhubung.

    Membuat keputusan

    Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada

    beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi

    mencapai matlamat yang ditetapkan.

    Menyelesaikan masalah

    Mencari penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap

    situasi yang tidak pasti atau mencabar ataupun kesulitan

    yang tidak dijangkakan.

    Selain daripada kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran menaakul merupakan

    satu lagi kemahiran yang ditekankan. Kemahiran menaakul adalah kemahiran yang

    digunakan dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama.

    Penguasaan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan strategi berfikir menjadi lebih mudah jika

    seseorang itu berkebolehan membuat penaakulan secara induktif dan deduktif.

  • 14

    Penguasaan KBSB melalui pengajaran dan pembelajaran sains boleh dikembangkan

    melalui peringkat berikut:

    1. KBSB diperkenalkan.

    2. KBSB dipraktikkan dengan bimbingan guru.

    3. KBSB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.

    4. KBSB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembangkan dengan bimbingan guru.

    5. KBSB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan

    berfikir.

    Penerangan lanjut tentang peringkat penerapan KBSB dalam sains diberikan dalam

    Buku Panduan Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan

    Pembelajaran Sains (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999).

    Perkaitan Antara Kemahiran Berfikir Dan Kemahiran Proses Sains

    Kemahiran Proses Sains adalah Kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada

    sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan satu proses

    mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik.

    Penguasaan Kemahiran Proses Sains bersama dengan pengetahuan dan sikap yang sesuai

    menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan.

    Untuk menguasai kemahiran proses sains, seseorang perlu menguasai kemahiran

    berfikir yang berkaitan. Kemahiran berfikir utama yang berkaitan dengan setiap kemahiran

    proses sains adalah seperti berikut:

    Kemahiran proses sains Kemahiran berfikir

    Memerhati

    Mencirikan

    Membandingkan dan membezakan

    Menghubungkaitkan

    Mengelaskan

    Mencirikan

    Membandingkan dan membezakan

    Mengumpulkan dan mengelaskan

  • 15

    Mengukur dan menggunakan nombor

    Menghubungkaitkan

    Membandingkan dan membezakan

    Membuat inferens

    Menghubungkaitkan

    Membandingkan dan membezakan

    Menganalisis

    Membuat inferens

    Meramalkan

    Menghubungkaitkan

    Membuat gambaran mental

    Menggunakan Perhubungan Ruang Dan Masa

    Membuat urutan

    Menyusun mengikut keutamaan

    Mentafsirkan Data

    Membandingkan dan membezakan

    Menganalisis

    Mengesan kecondongan

    Membuat kesimpulan

    Mengitlakkan

    Menilai

    Mendefinisi Secara Operasi

    Menghubungkaitkan

    Menganalogikan

    Membuat gambaran mental

    Menganalisis

    Mengawal Pemboleh Ubah

    Mencirikan

    Membandingkan dan membezakan

    Menghubungkaitkan

  • 16

    Menganalisis

    Membuat Hipotesis

    Mencirikan

    Menghubungkaitkan

    Membandingkan dan membezakan

    Menjanakan idea

    Membuat hipotesis

    Meramalkan

    Mensintesiskan

    Mengeksperimen

    Semua kemahiran berfikir

    Berkomunikasi

    Semua kemahiran berfikir

  • 17

    SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

    Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid.

    Sikap dan nilai positif yang dipupuk dalam pembelajaran sains di sekolah meliputi sikap

    saintifik dan nilai murni seperti yang berikut:

    Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

    Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.

    Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara.

    Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar.

    Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam.

    Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat.

    Menghargai keseimbangan alam semula jadi.

    Berhemah tinggi dan hormat menghormati.

    Menghargai sumbangan sains dan teknologi.

    Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

    Berfikiran kritikal dan analitis.

    Luwes dan berfikiran terbuka.

    Baik hati dan penyayang.

    Bersifat objektif.

    Sistematik.

    Bekerjasama.

    Adil dan saksama.

    Berani mencuba.

    Berfikir secara rasional.

    Yakin dan berdikari.

    Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku mengikut peringkat berikut:

    Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap saintifik dan nilai murni

    Memberi penekanan terhadap sikap dan nilai.

    Menghayati dan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

    Apabila merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu

    mempertimbangkan langkah-langkah di atas bagi memastikan kesinambungan dan

    keberkesanan penerapan sikap saintifik dan nilai murni berlaku secara berterusan.

    Contohnya semasa pelajaran yang melibatkan kerja amali, guru perlu sentiasa

  • 18

    mengingatkan murid tentang kepentingan menjalankan eksperimen secara teliti, cermat,

    bekerjasama, jujur dan tabah.

    Perancangan yang rapi adalah diperlukan untuk mengoptimumkan penerapan sikap

    saintifik dan nilai murni semasa pelajaran sains. Adalah digalakkan guru meneliti semua

    hasil pembelajaran dalam sesuatu bidang pembelajaran yang berkaitan termasuk hasil

    pembelajaran tentang penerapan sikap saintifik dan nilai murni sebelum memulakan

    pelajaran untuk sesuatu bidang pembelajaran. Berikut diberi contoh objektif pembelajaran

    yang berkaitan dengan penerapan sikap saintifik dan nilai murni.

    Penerapan Unsur Patriotisme

    Kurikulum sains dapat mengukuhkan dan memupuk unsur patriotism dan nilai

    kewarganegaraan di kalangan murid bagi meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa

    dan negara. Melalui tajuk yang berkaitan dengan sumber bumi, kepelbagaian hidupan serta

    perkembangan sains dan teknologi di negara kita, semangat mencintai Negara dapat

    dikukuhkan.

  • 19

    STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains mengutamakan pembelajaran

    berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan

    kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke

    tahap yang optimum. Pembelajaran berfikrah akan berlaku melalui pelbagai pendekatan

    pembelajaran seperti inkuiri penemuan, kontruktivisme, pembelajaran kontekstual dan

    pembelajaran masteri. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mestilah

    dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu

    sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam

    pembelajaran. Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid

    diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid

    dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan

    pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan sikap saintifik dan nilai

    murni.

    Pendekatan inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan

    pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari

    maklumat,menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan

    merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan

    prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid, melalui aktiviti seperti eksperimen

    akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian

    membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri penemuan tersebut.

    Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses penemuan ini.

    Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri penemuan tidak sesuai

    digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan

    prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri penemuan

    terbimbing.

    Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembela-jaran meningkatkan minat

    murid terhadap sains. Pelajaran Sains yang tidak menarik tidak akan merangsang pelajar

    untuk belajar dan seterusnya memberi kesan kepada tingkah laku mereka. Pemilihan

    kaedah pengajaran mestilah berdasarkan kandungan kurikulum, kebolehan dan

    kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta sumber prasarana yang ada. Pelbagai aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran harus dirancang untuk membekalkan murid dengan pelbagai

    cara pembelajaran dan kecerdasan.

  • 20

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Eksperimen

    Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji

    hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah

    saintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran proses

    sains dan kemahiran manipulatif.

    Perbincangan

    Perbincangan adalah aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat

    berlandaskan alasan yang sahih. Perbincangan boleh dijalankan sebelum, semasa atau

    selepas aktiviti. Guru boleh bertindak sebagai fasilitator dengan mengemukakan soalan-

    soalan yang merangsang pemikiran dan membolehkan pelajar menonjolkan diri mereka.

    Simulasi

    Simulasi adalah aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenar. Simulasi boleh

    dilaksanakan melalui main peranan, permainan atau penggunaan model. Dalam main

    peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat

    yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai syarat yang perlu dipatuhi. Murid

    bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuat

    keputusan. Model digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid akan dapat

    membayangkan situasi sebenar dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang

    dipelajari.

    Projek

    Projek adalah aktiviti yang secara umumnya dijalankan oleh individu atau dalam kumpulan

    untuk mencapai sesuatu hasil pembelajaran. Sesuatu projek secara umumnya memerlukan

    beberapa pelajaran atau tajuk dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu

    pembelajaran formal. Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaikan

    masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek

    dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan.

  • 21

    Lawatan Penggunaan Sumber Luar Bilik Darjah

    Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institut

    penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan,

    menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia

    mesti dirancang secara rapi di mana murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan

    tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan bagi membuat

    rumusan aktiviti yang dijalankan.

    Penggunaan Teknologi

    Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk memperkukuhkan pembelajaran

    sains. Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, internet perisian komputer,

    perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran

    sains lebih menarik dan berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer merupakan satu

    wadah yang berkesan untuk mempelajari sesuatu konsep yang sukar dan abstrak dan boleh

    dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web. Penggunaan alatan seperti

    pemproses kata, per-isian persembahan grafik, lembaran elektronik sebagai alat yang

    terbaik untuk analisis dan persembahan data.

  • 22

    ORGANISASI KANDUNGAN

    Kurikulum sains disusun atur mengikut beberapa bidang. Setiap bidang pembelajaran terdiri

    daripada beberapa hasil pembelajaran umum. Hasil pembelajaran umum pula mempunyai

    daripada satu atau lebih hasil pembelajaran khusus.

    Hasil pembelajaran ditulis dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur. Secara

    am, hasil pembelajaran dalam sesuatu bidang pembelajaran disusun secara berturutan

    daripada mudah kepada kompleks. Walau bagaimanapun, dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran, aktiviti pembelajaran sebaik-baiknya dirancang secara menyeluruh dan

    bersepadu yang membolehkan pencapaian pelbagai hasil pembelajaran mengikut keperluan

    dan konteks. Guru harus mengelak daripada menggunakan strategi pengajaran untuk cuba

    mencapai setiap hasil pembelajaran secara berasingan mengikut urutan yang dinyatakan

    dalam spesifikasi kurikulum.

  • 23

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

    Pendidikan di Malaysia seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    adalah satu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara

    menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, dari segi

    intelek, rohani, emosi dan jasmani. Standard Kurikulum Sains sekolah rendah dan

    menengah dibangunkan untuk menghasilkan insan yang dihasratkan.

    Standard Kurikulum Sains secara keseluruhan merangkumi tiga mata pelajaran sains

    teras dan empat mata pelajaran sains elektif. Mata Pelajaran Sains Teras adalah Sains

    Sekolah Rendah, Sains Menengah Rendah dan Sains Menengah Atas. Mata pelajaran

    Sains Elektif yang ditawarkan di peringkat menengah atas adalah Biologi, Kimia, Fizik dan

    Sains Tambahan.

    Mata Pelajaran Sains Teras untuk sekolah rendah dan sekolah menengah rendah

    direka bentuk dengan memberi penekanan kepada pengetahuan dan kefahaman tentang

    sains kepada murid supaya celik sains dan menyediakan mereka untuk mempelajari sains di

    peringkat yang lebih tinggi. Mata pelajaran Sains Teras bagi peringkat sekolah menengah

    atas adalah untuk menghasilkan murid yang celik sains, inovatif dan menyediakan murid

    untuk menceburi bidang sains yang lebih umum. Mata pelajaran Sains Elektif menawarkan

    pilihan kepada murid mengikut kecenderungan, minat dan keupayaan dalam bidang sains

    bagi menceburi kerjaya dalam bidang sains dan teknologi yang khusus. Golongan murid ini

    bakal menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang akan

    menyumbang kepada penerusan dalam pembangunan negara.

    MATLAMAT KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

    Matlamat Kurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk menanam minat dan

    mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu

    sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.

  • 24

    OBJEKTIF

    Standard Kurikulum Sains Sekolah Rendah bertujuan:

    1. Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat

    tentang dunia di sekeliling mereka.

    2. Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran saintifik

    dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

    3. Meningkatkan daya kreativiti murid.

    4. Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.

    5. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara krtitis,

    kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

    6. Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid

    mengamalkannya.

    7. Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.

  • 25

    KEMAHIRAN SAINTIFIK

    Sains menekankan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan

    penyelesaian masalah kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir perlu digunakan.

    Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti

    mengikut kaedah saintifik.

    Kemahiran Saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran

    manipulatif. Kemahiran ini dipupuk dan dicapai melalui aktiviti atau penyiasatan yang mesti

    dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran sains menjadi

    bermakna.

    Kemahiran Proses Sains

    Kemahiran proses sains membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan

    mencari jawapan secara bersistem. Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains

    adalah seperti berikut:

    Memerhatikan

    Menggunakan deria penglihatan,

    pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk

    mengumpulkan maklumat tentang objek dan

    fenomena.

    Mengelaskan

    Menggunakan pemerhatian untuk

    mengasing dan mengumpulkan objek atau

    fenomena berdasarkan ciri yang sama.

    Mengukur dan menggunakan nombor

    Membuat pemerhatian secara kuantitatif

    dengan menggunakan nombor atau alat

    bernombor unit piawai atau alat yang

    diseragamkan sebagai unit rujukan.

    Membuat inferens

    Membuat kesimpulan awal yang

    munasabah, yang mungkin benar atau tidak

    benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa

  • 26

    atau pemerhatian.

    Meramalkan

    Membuat jangkaan tentang sesuatu

    peristiwa berdasarkan pemerhatian dan

    pengalaman yang lalu atau berdasarkan

    data.

    Berkomunikasi

    Menerima, memilih, menyusun dan

    mempersembahkan maklumat atau idea

    dalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf,

    rajah atau model.

    Menggunakan perhubungan ruang

    dan masa

    Memerihalkan perubahan parameter seperti

    lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan

    jisim dengan masa.

    Mentafsirkan data

    Memberi penerangan yang rasional tentang

    objek, peristiwa atau pola daripada data

    yang dikumpulkan.

    Mendefinisikan secara operasi

    Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep

    dengan menyatakan perkara yang dilakukan

    dan diperhatikan.

    Mengawal pemboleh ubah

    Mengenal pasti pemboleh ubah

    dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak

    balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan.

    Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh

  • 27

    ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan

    hubungannya dengan pemboleh ubah

    bergerak balas. Pada masa yang sama

    pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

    Membuat hipotesis

    Membuat suatu pernyataan umum tentang

    hubungan antara pemboleh ubah yang

    difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu

    perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh

    diuji untuk menentukan kesahihannya.

    Mengeksperimen

    Merancang dan menjalankan penyiasatan

    untuk menguji sesuatu hipotesis,

    mengumpulkan data, mentafsirkan data

    sehingga mendapat rumusan daripada

    penyiasatan itu.

    Kemahiran Manipulatif

    Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang

    membolehkan murid melakukan perkara berikut:

    Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.

    Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.

    Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

    Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat.

    Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

  • 28

    KEMAHIRAN BERFIKIR

    Berfikir adalah satu proses mental yang memerlukan individu menggabungjalinkan

    pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada pada dirinya bagi membolehkannya

    memahami dan mencorakkan alam sekelilingnya. Salah satu objektif sistem pendidikan

    negara adalah mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh dicapai

    melalui pembelajaran berfikrah.

    Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan secara aktif dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

    dirancang dengan teliti dapat mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk berfikir

    agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

    Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir dan strategi berfikir

    adalah teras kepada pembelajaran berfikrah.

    Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif.

    Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik

    sebelum menerimanya. Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imiginasi

    yang tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli serta boleh mengubah suai

    idea dan produk sedia ada.

    Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya yang

    melibatkan beberapa langkah. Setiap langkah melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis

    dan kreatif. Strategi berfikir merupakan matlamat akhir kepada proses berfikir.

    Kemahiran Berfikir Kritis

    Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kritis adalah seperti berikut:

    Mencirikan

    Mengenalpasti kerteria seperti cirri, sifat,

    kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek

    Membandingkan dan membezakan

    Mencari persamaan dan perbezaan

    berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti

    dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

  • 29

    Mengumpulkan dan mengelaskan

    Mengasingkan dan mengumpulkan objek

    atau fenomena kepada kumpulan masing-

    masing berdasarkan criteria tertentu seperti

    ciri atau sifat sepunya.

    Membuat urutan

    Menyusun objek dan maklumat mengikut

    tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri

    atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau

    bilangan.

    Menyusun mengikut keutamaan

    Menyusun objek atau maklumat mengikut

    tertib berdasarkan kepentingan atau

    kesegeraan.

    Menganalisis

    Mengolah maklumat dengan menguraikannya

    kepada bahagian yang lebih kecil bagi

    memahami sesuatu konsep atau peristiwa

    serta mencari makna yang tersirat.

    Mengesan kecondongan

    Mengesan pandangan atau pendapat yang

    berpihak kepada atau menentang sesuatu.

    Menilai

    Membuat pertimbangan tentang sesuatu

    perkara dari segi kebaikan dan keburukan,

    berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

    Membuat kesimpulan

    Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu

    kajian yang berdasarkan kepada sesuatu

    hipotesis atau mengukuhkan sesuatu

    perkara berdasarkan penyiasatan.

  • 30

    Kemahiran Berfikir Kreatif

    Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kreatif adalah seperti berikut:

    Menjanakan idea

    Menghasilkan idea yang berkaitan dengan

    sesuatu perkara.

    Menghubungkaitkan

    Membuat perkaitan dalam sesuatu keadaan

    atau peristiwa untuk mencari sesuatu

    struktur atau corak perhubungan.

    Membuat inferens

    Membuat kesimpulan awal yang

    munasabah, yang mungkin benar atau tidak

    benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa

    atau pemerhatian.

    Meramalkan

    Membuat jangkaan tentang sesuatu

    peristiwa berdasarkan pemerhatian dan

    pengalaman yang lalu atau data yang boleh

    dipercayai.

    Mengitlakkan

    Membuat pernyataan umum terhadap

    sesuatu perkara untuk keseluruhan

    kumpulan berdasarkan pemerhatian ke atas

    sampel atau beberapa maklumat daripada

    kumpulan itu.

    Membuat gambaran mental

    Membuat tanggapan atau membayangkan

    sesuatu idea, konsep, keadaan atau

  • 31

    gagasan dalam minda.

    Mensistesiskan

    Menggabungkan unsur yang berasingan

    untuk menghasilkan satu gambaran

    menyeluruh dalam bentuk seperti

    pernyataan, lukisan atau artifak.

    Membuat hipotesis

    Membuat suatu pernyataan umum tentang

    hubungan antara pemboleh ubah yang

    difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu

    perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh

    diuji untuk menentukan kesahihannya.

    Menganalogikan

    Membentuk kefahaman tentang sesuatu

    konsep yang kompleks atau mujarad secara

    mengaitkan konsep itu dengan konsep yang

    mudah atau maujud yang mempunyai ciri

    yang serupa.

    Mereka cipta

    Menghasilkan sesuatu yang baru atau

    melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu

    yang sedia ada untuk mengatasi masalah

    secara terancang.

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT)

    Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang,berdaya tahan,

    bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran

    berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari

    dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada

    peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu

  • 32

    setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan

    kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.

    Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan

    memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBKK).Kemahiran berfikir ini menekan

    kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi.Bermula pada tahun 2011,

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran

    Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan

    pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi

    menyelesaikan masalah,membuat keputusan,berinovasi dan berupaya mencipta

    sesuatu.KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan

    mencipta.

    Penerangan KBAT

    KBAT Penerangan

    Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan

    nilai dalam situasi berlainan untuk

    melaksanakan sesuatu perkara

    Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian

    kecil untuk memahami dengan lebih

    mendalam serta hubung kait antara

    bahagian berkenaan

    Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan

    menggunakan pengetahuan, pengalaman,

    kemahiran dan nilai serta member justifikasi

    Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah

    yang kreatif dan inovatif

    KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul,

    pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek.Guru dan murid perlu menggunakan

    alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras

    tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir.Murid diberi

    tanggungjawab di atas pembelajaran mereka.

  • 33

    Strategi Berfikir

    Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti berikut:

    Mengkonsepsikan

    Membuat pengitlakan ke arah membina

    pengertian, konsep atau model berdasarkan

    ciri spesifik sepunya yang saling berhubung.

    Membuat keputusan

    Memilih satu alternatif penyelesaian yang

    terbaik daripada beberapa alternatif

    berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai

    matlamat yang ditetapkan.

    Menyelesaikan masalah

    Mencari penyelesaian yang tepat secara

    terancang terhadap situasi yang tidak pasti

    atau mencabar ataupun kesulitan yang tidak

    dijangkakan.

    Selain daripada kemahiran berfikir dan strategi berfikir(KBSB), kemahiran menaakul

    merupakan satu lagi kemahiran yang ditekankan. Kemahiran menaakul adalah

    kemahiran yang digunakan dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil

    dan saksama. Penguasaan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan strategi berfikir

    menjadi lebih mudah jika seseorang itu berkebolehan membuat penaakulan secara

    induktif dan deduktif.

    Penguasaan KBSB melalui pengajaran dan pembelajaran sains boleh dikembangkan

    melalui peringkat berikut:

    1. KBSB diperkenalkan.

    2. KBSB dipraktikkan dengan bimbingan guru.

    3. KBSB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.

    4. KBSB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembangkan dengan bimbingan

    guru.

  • 34

    5. KBSB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan

    berfikir.

    Penerangan lanjut tentang peringkat penerapan KBSB dalam sains diberikan dalam Buku

    Panduan Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan

    Pembelajaran Sains (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999).

    Perkaitan Antara Kemahiran Berfikir Dan Kemahiran Proses Sains

    Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada

    sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan satu proses

    mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik.

    Penguasaan Kemahiran Proses Sains bersama dengan pengetahuan dan sikap yang sesuai

    menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan.

    Untuk menguasai kemahiran proses sains, seseorang perlu menguasai kemahiran

    berfikir yang berkaitan. Kemahiran berfikir utama yang berkaitan dengan setiap kemahiran

    proses sains adalah seperti berikut:

    Kemahiran Proses Sains Kemahiran Berfikir

    Memerhati

    Mencirikan

    Membandingkan dan

    membezakan

    Menghubungkaitkan

    Mengelaskan

    Mencirikan

    Membandingkan dan

    membezakan

    Mengumpulkan dan

    mengelaskan

    Mengukur dan menggunakan nombor

    Menghubungkaitkan

    Membandingkan dan

    membezakan

    Membuat inferens

    Menghubungkaitkan

    Membandingkan dan

    membezakan

    Menganalisis

  • 35

    Membuat inferens

    Meramalkan Menghubungkaitkan

    Membuat gambaran mental

    Menggunakan perhubungan ruang

    masa

    Membuat urutan

    Menyusun mengikut keutamaan

    Mentafsir data

    Membandingkan dan

    membezakan

    Menganalisis

    Mengesan kecondongan

    Membuat kesimpulan

    Mengitlakkan

    Mendefinisi secara operasi

    Menilai

    Menghubungkaitkan

    Menganalogikan

    Membuat gambaran mental

    Menganalisis

    Mengawal pemboleh ubah

    Mencirikan

    Membandingkan dan membezakan

    Menghubungkaitkan

    Menganalisis

    Membuat hipotesis

    Mencirikan

    Menghubungkaitkan

    Membandingkan dan membezakan

    Menjana idea

    Membuat hipotesis

    Meramalkan

    Mengsisntesiskan

    Mengekperimen Semua kemahiran berfikir

    Berkomunikasi Semua kemahiran berfikir

    Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berteraskan Kemahiran Berfikir Dan Kemahiran

    Saintifik

    Standard Kurikulum Sains ini menekankan pembelajaran berfikrah yang berteraskan

    kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam kurikulum ini standard pembelajaran yang

    dihasratkan ditulis secara mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan dengan

  • 36

    penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Oleh itu dalam pengajaran dan

    pembelajaran guru perlu mengintegrasikan penguasaan kemahiran bersama dengan

    pemerolehan pengetahuan di samping penerapan sikap saintifik dan nilai murni.

  • 37

    SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

    Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid.

    Sikap dan nilai positif yang dipupuk dalam pembelajaran sains di sekolah meliputi sikap

    saintifik dan nilai murni seperti yang berikut:

    Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

    Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.

    Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara.

    Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar.

    Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam.

    Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat.

    Menghargai keseimbangan alam semula jadi.

    Berhemah tinggi dan hormat menghormati.

    Menghargai sumbangan sains dan teknologi.

    Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

    Berfikiran kritikal dan analitis.

    Luwes dan berfikiran terbuka.

    Baik hati dan penyayang.

    Bersifat objektif.

    Sistematik.

    Bekerjasama.

    Adil dan saksama.

    Berani mencuba.

    Berfikir secara rasional.

    Yakin dan berdikari.

    Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku mengikut peringkat berikut:

    Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap saintifik dan nilai murni.

    Memberi perhatian serta respons.

    Menghayati dan mengamalkan.

    Membudayakan sikap saintifik dan nilai murni dalam kehidupan.

  • 38

    Dalam standard kurikulum ini, standard pembelajaran untuk domain afektif ditulis secara

    eksplisit di mana yang sesuai. Walau bagaimanapun, dalam pengajaran dan pembelajaran

    penerapan sikap saintifik dan nilai murni harus berlaku secara berterusan. Contohnya

    semasa pembelajaran yang melibatkan kerja amali, guru perlu sentiasa mengingatkan murid

    tentang kepentingan menjalankan eksperimen secara teliti, cermat, bekerjasama, jujur dan

    tabah.

    Perancangan yang rapi diperlukan untuk mengoptimumkan penerapan sikap saintifik

    dan nilai murni. Guru digalakkan meneliti semua standard pembelajaran dalam sesuatu

    standard kandungan yang berkaitan termasuk standard pembelajaran tentang penerapan

    sikap saintifik dan nilai murni sebelum memulakan pelajaran untuk sesuatu bidang

    pembelajaran.

    Penerapan Unsur Patriotisme

    Standard kurikulum sains dapat mengukuhkan dan memupuk unsur patriotisme dan nilai

    kewarganegaraan di kalangan murid bagi meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa

    dan negara. Melalui tajuk yang berkaitan dengan sumber bumi, kepelbagaian hidupan serta

    perkembangan sains dan teknologi di negara kita, semangat mencintai negara dapat

    dikukuhkan.

  • 39

    ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

    Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah diperkenalkan seperti

    Bahasa,Pendidikan Alam Sekitar, Patriotisme,Kemahiran Berfikir,Pendidikan Kesihatan

    Reproduktif dan Sosial,Pencegahan Rasuah,Pendidikan Pengguna dan Keselamatan

    Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan ditambah dengan

    memperkenalkan elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat

    dan Komunikasi.

    Kreativiti dan inovasi

    Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang diberi penekanan dalam

    KSSR bagi menyediakan murid dalam menangani cabaran abad 21. Kreativiti dan i novasi

    murid perlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka berkeupayaan

    menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya

    dalam kehidupan warganegara Malaysia pada masa hadapan.

    Keusahawanan

    Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri-ciri Malaysia pada tahun 2020 adalan inovasi dan

    keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan di dalam KSSR bertujuan membentuk

    ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.

    Teknologi maklumat dan komunikasi

    Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk memperkukuhkan pembelajaran sai

    ns. Penggunaan teknologi seperti televisyen,radio,komputer,internet perisian komputer,

    perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran

    sains lebih menarik dan berkesan.Animasi dan simulasi berkomputer merupakan satu

    wadah yang berkesan untuk mempelajari sesuatu konsep yang sukar dan abstrak dan boleh

    dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.

    Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) merupakan salah satu elemen yang

    ditambah dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan Teknologi Maklumat

    dan Komunikasi dalam KSSR. Pendekatan tersebut ialah belajar mengenai TMK, belajar

    melalui TMK dan belajar dengan TMK.

  • 40

    STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam standard kurikulum sains mengutamakan

    pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan

    penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda

    seseorang murid ke tahap yang optimum. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran

    berfikrah mestilah dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan

    berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir

    yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan

    kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan

    kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang

    mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan sikap

    saintifik dan nilai murni. Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui pendekatan seperti

    inkuiri, konstruktivisme, sains teknologi dan masyarakat, pembelajaran konstekstual dan

    pembelajaran masteri.

    Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

    Pendekatan Inkuiri-Penemuan

    Pendekatan inkuiri-penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran

    melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan

    menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri.

    Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan

    ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti seperti eksperimen murid akan menyiasat sesuatu

    fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk

    memahami konsep sains melalui hasil inkuiri-penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan

    kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri-penemuan ini. Namun perlu diingat

    bahawa pendekatan inkuiri-penemuan tidak sesuai digunakan dalam semua situasi

    pengajaran dan pembelajaran. Terdapat konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara

    langsung oleh guru atau melalui inkuiri-penemuan terbimbing.

  • 41

    Konstruktivisme

    Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan bahawa murid belajar sesuatu

    dengan cara membina sendiri pemahaman yang bermakna kepada diri mereka. Antara

    unsur penting dalam kontruktivisme adalah:

    Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid.

    Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.

    Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi

    menstrukturkan semula idea mereka.

    Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat

    refleksi.

    Pendekatan Sains, Teknologi Dan Masyarakat

    Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan apa yang

    dipelajari dengan kehidupan harian mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalam

    pelbagai pendekatan seperti Pembelajaran Kontekstual dan Pendekatan Sains, Teknologi

    dan Masyarakat (STM). Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM dijelmakan

    dalam kurikulum standard ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran sains melalui

    penyiasatan dan perbincangan berlandaskan isu sains, teknologi dan masyarakat.

    Pengetahuan sains dan teknologi dipelajari bersama dengan aplikasi sains dan teknologi

    serta implikasi kepada kehidupan masyarakat.

    Pembelajaran kontekstual

    Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan harian

    murid. Pendekatan ini melibatkan murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan

    inkuiri-penemuan. Dalam pembelajaran kontekstual, kaitan di antara ilmu yang diajar

    dengan kehidupan harian dieksplisitkan. Dalam konteks ini murid tidak hanya belajar secara

    teori sahaja tetapi dapat menghayati kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan

    mereka.

    Pembelajaran masteri

    Pembelajaran ini merupakan satu pendekatan yang memastikan semua murid menguasai

    standard pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa

    setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid untuk

    belajar mengikut kadarnya. Aktiviti pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian

    daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

  • 42

    KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

    Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh dilaksanakan melalui pelbagai

    kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek,

    penggunaan sumber luar bilik darjah, kajian masa depan dan penyelesaian masalah. Dalam

    standard kurikulum ini cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran tidak dinyatakan

    secara eksplisit. Penulisan standard kurikulum begini membolehkan guru menggunakan

    kreativiti mereka sendiri untuk menyampaikan dan murid memperoleh pengetahuan,

    kemahiran, sikap dan nilai yang dihasratkan.

    Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan kandungan

    standard kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian kecerdasan murid serta sumber dan

    prasarana yang ada. Di samping berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar

    rujuk dalam bidang pengajarannya, guru juga berperanan sebagai fasilitator dalam

    pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan

    di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang

    pelbagai kecerdasan. Berikut adalah penerangan ringkas tentang kaedah ini.

    Eksperimen

    Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji

    hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah

    saintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran proses

    sains dan kemahiran manipulatif.

    Dalam kurikulum standard ini, dicadangkan selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh

    guru, murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka

    cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur, bagaimana

    menganalisis data dan bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini

    boleh dijalankan secara bersendirian atau secara kumpulan kecil.

    Perbincangan

    Perbincangan adalah aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat

    berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan murid perlu mempunyai

    fikiran yang terbuka untuk menerima pendapat orang lain. Guru boleh bertindak sebagai

    fasilitator dengan mengemukakan soalansoalan yang memandu murid ke arah tajuk

    perbincangan. Perbincangan boleh dijalankan semasa dan selepas menjalankan

    eksperimen, projek, aktiviti mengumpul dan mentafsirkan data, simulasi penggunaan

    sumber luar bilik darjah, penyelesaian masalah dan lain-lain.

  • 43

    Simulasi

    Simulasi adalah aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenar. Simulasi boleh

    dilaksanakan melalui main peranan, permainan atau penggunaan model. Dalam main

    peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat

    yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai syarat yang perlu dipatuhi. Murid

    bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuat

    keputusan. Model digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid akan dapat

    membayangkan situasi sebenar dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang

    dipelajari.

    Projek

    Projek adalah aktiviti yang dijalankan oleh individu atau dalam kumpulan untuk mencapai

    sesuatu tujuan dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran

    formal. Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaikan masalah yang

    dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek dalam bentuk

    laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan.

    Lawatan Dan Penggunaan Sumber Luar Bilik Darjah

    Pembelajaran sains melalui lawatan ke zoo, muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya

    bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan

    bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang

    secara rapi di mana murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa

    lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan bagi membuat rumusan aktiviti yang

    dijalankan.

    Kajian Masa Depan

    Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan

    daripada masa lalu ke masa depan. Pedagogi ini berpusatkan murid dan

    menggabungjalinkan pelbagai bidang. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan

    bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

    Penyelesaian Masalah

    Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk

    membuat keputusan atau untuk mencapai sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah,

    aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan.

  • 44

    Penggunaan Teknologi

    Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk memperkukuhkan pembelajaran

    sains. Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, internet perisian komputer,

    perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran

    sains lebih menarik dan berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer merupakan satu

    wadah yang berkesan untuk mempelajari sesuatu konsep yang sukar dan abstrak dan boleh

    dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.

  • 45

    PENILAIAN

    Penilaian di bilik darjah sangat penting bagi mengetahui tahap penguasaan dan

    pemahaman murid tentang apa yang telah dipelajari. Maklumat yang diperoleh membantu

    guru untuk menambah baik kaedah pengajarannya. Hasil penilaian di bilik darjah ini juga

    memberi maklum balas awal kepada guru untuk merancang tindakan susulan bagi

    meningkatkan lagi penguasaan dan pemahaman murid

    Beberapa penilaian dalam bilik darjah yang boleh dijalankan ialah

    Pemerhatian

    Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran saintifik serta sikap saintifik

    dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,

    bukan hasil akhir yang diperoleh.

    Ujian

    Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh

    disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

    Perbembahan Secara Lisan

    Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri

    dan pengetahuan murid tentang konten yang dipelajari.

    Senarai semak

    Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah

    pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni

    Portfolio

    Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh portfolio

    adalah seperti buku skrap dan folio.

    Esei

    Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk menyampaikan maklumat secara

    saintifik.

  • 46

    KEKUATAN DAN KELEMAHAN DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH

    RENDAH(KSSR) SAINS

    Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah merupakan pengukuhan dan

    penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Tujuan transformasi

    adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

    relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR telah

    menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga Jun

    2009. KSSR dilaksanakan sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di semua sekolah

    bermula pada 2011.

    KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara

    menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan

    pendidikan seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu,

    pengajaran KSSR adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen

    Standard Pembelajaran.

    KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri

    daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh

    murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan

    Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM(2011)

    Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang

    Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan

    Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah

    dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi,

    Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

  • 47

    Kekuatan

    Menurut pandangan dan maklumat yang diperolehi, saya berpendapat bahawa kekuatan

    daripada transformasi KBSR kepada KSSR yang paling ketara ialah dari segi pentaksiran.

    KSSR member penegasan kepada pelaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah

    bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran(P&P) lebih menyeronokkan dan tidak terlalu

    berorientasikan kepada peperiksaan. Guru tidak lagi menilai prestasi seorang murid

    berdasarkan kaedah peperiksaan dan keputusan peperiksaanlah yang menentukan tahap

    perkembangan dan prestasi murid di kelas tetapi lebih mengutamakan kepada kaedah

    pentaksiran yang digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik.

    Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan

    untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Dengan cara

    ini, murid tidak lagi berasa pergi ke sekolah semata-mata untuk menjalani peperiksaan dan

    mereka merasakan bahawa peperiksaan merupakan satu bebanan yang berat bagi mereka.

    Murid-murid dapat merasai keseronokan belajar di sekolah dan dapat hadir ke sekolah

    dengan rela hati.

    Antara kekuatan lain yang terdapat di dalam KSSR sains ialah penerapan elemen

    kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi. Dengan

    menerapkan elemen-elemen ini, murid dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka dari

    pelbagai aspek dan tidak hanya tertumpu pada matapelajaran sains sahaja disamping dapat

    meningkatkan lagi perkembangan kognitif mereka. Elemen ini diterapkan kepada murid

    sejajar dengan usaha negara dalam misi untuk mencapai sebuah negara yang mahir dari

    segi teknologi dan sebagainya untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia.

    Selain itu, dalam KSSR sains juga murid di terapkan lagi dengan kemahiran berfikir

    aras tinggi(KBAT). Dengan adanya KBAT ini murid-murid tidak hanya menghafal apa yang

    diajarkan kepada mereka tetapi mereka lebih kepada memahami apa yang diajarkan oleh

    guru. Selain itu, murid-murid dapat meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan dengan

    melaksanakan lebih banyak analisa, menilai dan mencipta. Kemahiran ini juga amat

    diperlukan untuk penyiasatan saintifik bagi mewajarkan penyelesaian dan penemuan.

  • 48

    Kelemahan

    Reformasi kurikulum yang dilakukan adalah satu langkah untuk memantapkan lagi

    pengajaran Sains di peringkat sekolah rendah. Kurikulum baru iaitu Kurikulum Sains

    Sekolah Rendah (KSSR) telah diimplimentasikan di sekolah-sekolah rendah, dengan

    perubahan dari aspek matlamat, objektif, dan strategi pengajaran berbanding dengan

    kurikulum lama. Ia memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran berfikir dan

    kemahiran saintifik di samping pemahaman kepada prinsip asas Sains serta pemupukan

    sikap saintifik dan nilai murni. Strategi pengajaran dan pembelajaran KSSR menyarankan

    pendekatan inkuiri yang menegaskan pembelajaran melalui pengalaman. Strategi demikian

    selaras dengan sifat sains itu sendiri iaitu sebagai satu bidang ilmu serta kaedah inkuiri dan

    penyelesaian masalah.

    Jelas kelihatan bahawa perubahan pada kurikulum yang menyebabkan peranan guru

    sains juga berubah. Berdasarkan kepada meklumat yang saya perolehi, terdapat beberapa

    masalah yang dihadapi oleh guru sains sekolah rendah dalam mengajar sains KSSR. Antara

    masalah yang dihadapi oleh guru-guru sains ialah tiada pendedahan yang cukup kepada

    guru sains mengenai keperluan KSSR disamping keyakinan untuk mengajar pada tahap

    konsepsual adalah rendah kerana mereka adalah guru yang bukan berpengkhususan sains.

    Mereka sangat memerlukan kursus yang berkaitan dengan peningkatan kemahiran

    pengajaran dan pengetahuan isi kandungan. Guru sains sekolah rendah khususnya yang

    bukan opsyen sains menghadapi pelbagai masalah di dalam pengajaran mereka dan

    mereka bersedia untuk mengikuti program peningkatan profesionalisme dalam aspek

    pengajaran agar dapat mengajar dengan berkesan. Guru Sains menyatakan kebanyakan

    kursus perkhidmatan dalam latihan adalah tidak berkesan kerana kebanyakannya adalah

    tidak berkaitan dengan keperluan guru Sains sendiri. Oleh itu, kajian keperluan guru secara

    terperinci haruslah dijalankan untuk mengenal pasti keperluan guru daripada perspektif guru

    itu sendiri, khususnya dalam aspek pengajaran Sains.

    Antara masalah lain yang dikesan dalam KSSR sains ialah masalah merancang

    aktiviti mengikut objektif pengajaran dan bagi memenuhi keperluan murid yang pelbagai

    disamping masalah infrastruktur dari segi kekurangan kemudahan makmal sains dan bahan

    radas serta bahan pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang berkaitan dengan

    pengajaran yang dinyatakan oleh guru Sains ialah masalah kekurangan kemudahan asas

    seperti radas di dalam makmal, kekurangan prasarana seperti mikroskop, OHP, video dan

    komputer, kekurangan ABM seperti model, carta-carta, kurang bahan bacaan yang sesuai,

    ketiadaan pembantu makmal dan guru terpaksa menyediakan bahan, dan guru kesuntukan

    masa membuat persediaan.

  • 49

    REFLEKSI

    Kurikulum sains pendidikan rendah merupakan satu matapelajaran baharu yang

    saya pelajari pada semester ini. Banyak ilmu baharu berkenaan dengan isu-isu berkenaan

    dengan kurikulum sains di Malaysia yang saya pelajari sepanjang sesi pembelajaran

    bersama-sama dengan Cik Lim Poh Sim. Bermula daripada masalah yang dihadapi dalam

    bidang sains hinggalah yang terbaharu saya pelajari berkenaan dengan kaedah pengajaran

    yang boleh dilaksanakan semasa di sekolah nanti. Dalam tugasan yang diberikan, saya

    dikehendaki untuk menghuraikan serba sedikit berkenaan dengan Kurikulum Bersepadu

    Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Selain itu, saya juga diminta

    untuk mengemukakan kekuatan dan kelemahan yang terdapat di dalam Kurikulum Standard

    Sekolah Rendah.

    Sepanjang pelaksanaan untuk menghuraikan kurikulum ini, banyak cabaran dan ilmu

    pengetahuan baharu yang saya perolehi. Semasa proses penghuraian ini, proses

    pemahaman berkenaan kedua-dua kurikulum ini mengambil masa dan tempoh yang agak

    lama kerana saya terpaksa berbincang dengan sahabat-sahabat yang lebih faham

    berkenaan dengan kurikulum ini. Namun setelah selesai saya menghuraikan kurikulum

    tersebut, saya amat berpuas hati dengan hasil yang diperoleh. Semoga hasil huraian saya

    dapat memuaskan hati pihak pemeriksa juga hendaknya.

    Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya dapat memahami cara bagaimana untuk

    memahami cara bagaimana pelaksanaan kurikulum dilaksanakan ni Malaysia. Selain itu

    juga, saya dapat mengetahui bahawa transformasi yang di jalankan terhadap kurikulum di

    Malaysia bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek,

    rohani, emosi dan jasmani.

    Seperti yang kita maklum, setiap sesuatu pastinya ada kekurangannya. Tugasan

    juga terdapat beberapa kelemahan. Antara kelemahan yang dapat dilihan dalam tugasan ini

    ialah kekurangan maklumat dari segi bahan rujukan. Hal ini mungkin kerana kesibukan diri

    dalam menyempurnakan tugasan-tugasan lain yang masih tersisa dan perlu dihantar dalam

    tempoh masa yang terdekat. Mungkin kerana kekurangan diri saya sendiri yang masih

    belum pandai mengagihkan masa sebaik-baiknya. Sebagai seorang guru pelatih, malah

    seorang bakal guru kelak, saya mesti melatih diri supaya mahir membahagikan waktu agar

    segala kerja dapat disiapkan dengan sempurna.

    Selain itu, berdasarkan pengamatan saya, terdapat juga beberapa kelemahan di

    dalam tugasan ini dari segi penggunaan bahasa. Kebanyakan bahasa yang digunakan

    agak kucar-kacir dan tidak menepati kosa kata bahasa Melayu yang baik. Selain itu,

  • 50

    penguasaan perbendaharaan kosa kata yang agak lemah menyebabkan pengolahan

    bahasa yang digunakan agak tidak menarik dan kurang sedap untuk didengari. Besar

    kemungkinan juga terdapat beberapa kesalahan yang saya terlepas pandang dan mungkin

    itu adalah kelemahan dan kesilapan daripada pihak saya. Segala kelemahan tersebut saya

    dahului dengan ampun dan maaf. Semoga kesilapan dan kesalahan tersebut dapat

    mematangkan saya sepanjang berada di Institut pendidikan guru Kampus Sultan Abdul

    Halim.

    Sepanjang melaksanakan tugasan ini banyak perkara yang saya telah pelajari.

    Antaranya, tugasan yang diberikan ini banyak memberi pengertian, pengetahuan dan

    pengalaman buat saya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang di masa hadapan. Ini

    kerana diawal tugasan lagi saya telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan. Namun

    dengan usaha yang dilakukan akhirnya saya dapat merealisasikannya. Dengan adanya

    tugasan sebegini, ia telah dapat menambahkan pengetahuan baharu dan berguna untuk

    menduduki peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Selain itu juga, dengan

    pengetahuan yang baharu saya perolehi ini menjadikan saya lebih mahir dalam

    melaksanakan pembelajaran dan menyesuaikannya dengan kaedah-kaedah pengajaran

    yang sepatutnya serta bahan bantu mengajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan

    pembelajaran. Oleh itu, dengan adanya pengetahuan yang berguna ini, akan saya gunakan

    apabila menjadi seorang guru kelak, samada semasa praktikum nanti mahupun semasa

    menjadi seorang guru. Akhir kata dengan selesainya tugasan yang telah diberikan ini, saya

    telah dapat menguasai dan memahami isi pelajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah

    saya Cik Lim Poh Sim. Walaupun interaksi kami didalam kelas adalah terhad kerana

    komitmen yang menghambat diri dimana pensyarah dan guru pelatih masing- masing

    menggalas tanggungjawab yang berbeza dan sibuk dengan tugas masing- masing namun

    isi pelajaran yang ingin disampaikan akhirnya telah dapat saya kuasai hasil daripada proses

    pelaksanaan tugasan ini. Dengan adanya tugasan seperti ini, saya yakin dan percaya ianya

    akan memberikan kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak bangsa

    dengan cara yang menarik dan berkesan.