PENGHARGAAN

4
PENGHARGAAN ددددد ددد رب ن مي ل عا ل ا لاة ص ل وا لام س ل وا ى عل رف ش ا اء ي$ ب ن( لا ا ن لي س ر م ل وا ى عل و اله ه ب ح ص و ن عي م ج اTiada yang lebih layak disyukuri melainkan Allah S.W.T. Tuhan sekelian alam di atas limpah rahmat kurnia-Nya buat hamba yang bersyukur. Gugusan selawat kasih dan salam buat junjugan mulia Nabi Muhammad S.A.W, penyampai dakwah kebenaran dan penghapus taghut kesesatan. “ Sesungguhnya walau ku kutip semua permata di dasar lautan dan ku penuhi mahligai dunia ini dengan intan berlian, tidak dapat ku samakan dengan syukur kurniaan Allah ini”. Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat-Nya dapat penulis menyempurnakan Latihan Ilmiah yang menjadi sebahagian daripada syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dalam bidang Pengajian al-Quran dan al- Sunnah. Setiap insan pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangan dan mereka juga tidak sunyi dari melakukan iii

description

p

Transcript of PENGHARGAAN

Page 1: PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

والمرسلين األنبياء اشرف على والسالم والصالة العالمين رب للة الحمد

اجمعين وصحبه اله وعلى

Tiada yang lebih layak disyukuri melainkan Allah S.W.T. Tuhan sekelian alam di atas

limpah rahmat kurnia-Nya buat hamba yang bersyukur. Gugusan selawat kasih dan

salam buat junjugan mulia Nabi Muhammad S.A.W, penyampai dakwah kebenaran

dan penghapus taghut kesesatan.

“ Sesungguhnya walau ku kutip semua permata di dasar lautan dan ku penuhi

mahligai dunia ini dengan intan berlian, tidak dapat ku samakan dengan syukur

kurniaan Allah ini”.

Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah

rahmat-Nya dapat penulis menyempurnakan Latihan Ilmiah yang menjadi sebahagian

daripada syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dalam

bidang Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.

Setiap insan pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangan dan mereka juga

tidak sunyi dari melakukan kesalahan. Biarpun begitu, kekurangan dan kelemahan

yang dimiliki bukan penghalang mencari kejayaan dan mencorak kewibawaan. Justeru

setiap komentar membina akan diterima dengan hati yang terbuka kerana segala

kesempurnaan itu milik Allah S.W.T semata-mata.

Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih ditujukan

teristemewaan buat Yang Berbahagia al-Fhil Ustaz Wan Nasyrudin Bin Wan

Abdullah penyelia yang begitu banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar dengan

penuh kesabaran sehingga terhasilnya kajian ilmiah ini. Semoga segala pengorbanan

iii

Page 2: PENGHARGAAN

dan jasa yang dicurahkan tanpa mengenal erti jemu akan mendapat ganjaran yang

setingginya di sisi Allah Taala.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada para pensyarah Fakulti

Pengajian Islam khasnya pensyarah di Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah yang telah

banyak mencurahkan ilmu dan bakti yang tidak ternilai harganya sepanjang penulis

berada di bumi UKM serta terima kasih juga penulis tujukan kepada pihak Fakulti

Pengajian Islam UKM di atas kerjasama yang diberikan kepada penulis di dalam

menyiapkan Latihan Ilmiah ini, semuga Allah melimpahkan rahmat ke atas sekalian.

Buat insan yang tercinta dan dikasihi, ayahanda Ramli bin Ahmad dan bonda

Kamariah binti Haji Idris, semurni kasih untukmu kerana sentiasa membakar

semangat dan mendoakan kejayaan anakandanya, tidak lupa juga ribuan terima kasih

diucapkan kepada kakak, abang dan adik tersayang di atas sokongan padu yang tidak

berbelah bagi. Begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan di FPIUKM khususnya

dari JPQS, dorongan, nasihat dan bantuan kalian tidak akan dilupai sehingga ke akhir

hayat. Sesungguhnya segala memori indah yang kita tempuhi bersama di bumi UKM

bersemadi di hati.

Sebagai pengakhir kalam sekali lagi, penulis ingin merakamkan ucapan

JazkumulLah Khairan Kathra kepada semua pihak yang terlibat yang telah

memberikan insentif inisiatif, inspirasi serta daya kreatif buat penulis dalam

menukilkan sebuah Latihan Ilmiah ini.

أعلم ...والله

Wassalam…

AMINAH BINTI RAMLI Lot 162 Kg. Kbg. Emas

Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah W/ Pos Kutan,

Fakulti Pengajian Islam 16250 Wakaf Bharu,

Universiti Kebangsaan Malaysia Kelantan.

iv

Page 3: PENGHARGAAN

14 April 2007M 26 Rabiul Awal 1428H

v