Penghargaan Big
-
Upload
sativeni91 -
Category
Documents
-
view
83 -
download
2
description
Transcript of Penghargaan Big
PENGHARGAAN.Selamat sejahtera dan salam perpaduan. VISHVENI A/P ELAGAMURAM dari kelas
PENGAJIAN TAMIL PISMP semester 1 terlebih dahulu saya bersyukur kepada Yang Maha
Besar kerana dengan kurnia dan limpahnya saya berjaya dapat menyiapkan BIG ini dengan
sempurna pada masa yang ditetapkan walaupun menghadapi pelbagai kesukaran. Dalam
usaha untuk menyiapkan tugasan ini, saya banyak berhutang budi kepada beberapa pihak
khasnya dari segi kerjasama dan sumbangan – sumbangan yang mereka berikan.
Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Unit Praktikum, di atas kesudian
beliau memberi tugasan ini kepada kami. Mereka sudi menunjuk ajar kepada saya waima
menggangu masa rehatnya. Bimbingan dan nasihat mereka yang sangat dihargai dan juga
amat membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Moga jasa baiknya akan diganjari
dengan kurniaan daripada Tuhan yang tidak ternilai harganya.
Penghargaan ini juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana mereka
sentiasa menitipkan doa-doa untuk keberkatan saya di sini. Mereka juga banyak menyokong
saya dari segi rohani dan kewangan untuk menghasilkan tugasan bermutu ini, Sokongan
moral dan bantuan mereka yang tidak dapat dinafikan.
Selanjutnya, saya juga mengambil kesempatan ini, untuk merakamkan ribuan terima
kasih kepada semua pensyarah yang diikuti kami. Pensyarah –pensyarah yang dihormati
sentiasa mengawasi kami dengan baik. Kumpulan kami menganggap EN.Puspakaran
sebagai bapa angkat pada masa itu. Beliau memberi pandangan yang secukup baik
terhadap kami semua. Pensyarah –pensyarah lain juga dapat membantu kami dari segi
kegiatan lain seperti semasa berenang dan juga membuat kayak. Mereka memberi secukup
dorongan untuk kami berenang dengan penuh keyakinan di dalam laut.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak
membantu saya secara langsung dan tidak langsung sepanjang proses merealisasikan
tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan
ini.
LAPORAN AKTIVITI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 1 2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG.
Pada hari pertama, iaitu 24 September 2013 seramai 81 orang guru pelatih Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) telah ke aktiviti perkhemahan Program Bina Insan
Guru Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Para peserta diiringi oleh
seramai 7 orang pensyarah IPGKPP dan kebanyakan mereka terdiri daripada Unit
Kokurikulum. Aktiviti pendidikan luar Bina Insan Guru ini dikelolakan oleh kumpulan para
guru pelatih PISMP Semester 1. Aktiviti perkhemahan ini dengan jayanya dikelolakan atas
bantuan, bimbingan dan sokongan daripada Unit Kokurikulum selaku badan pengelola
pndidikan luar IPGKPP.
Sebelum aktiviti perkhemahan Bina Insan Guru
Sebelum memulakan pengelolaan aktiviti ini, Unit Kokurikulum telah melantik
pengerusi bagi Program Bina Insan Guru (BIG) bagi fasa ini lalu satu jawatankuasa yang
lengkap berkenaan dengan program ini telah ditubuhkan secara demokratik yang terdiri
daripada pelbagai kaum, bangsa, budaya dan kumpulan. Sehubungan dengan itu,
pembahagian bidang tugasan telah diamanahkan kepada para ahli jawatankuasa.
Seterusnya ahli jawatankuasa telah tentukan tempat BIG dan juga ditentukan bayaran
sebanyak RM 120 disebabkan peruntukan tidak dapat dari IPGKPP. Selepas itu,
mengadakan mesyuarat kecil dengan ahli kelas kami dengan bincang barangan yang perlu
dibawa ke BIG. Pada hari 24 September peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan kecil
dimana setiap kumpulan terdiri daripada 10-11 orang peserta.
Semasa aktiviti perkhemahan Bina Insan Guru
Hari pertama ( 24/09/2013)
pada pukul 9.00 pagi kami telah berkumpul di Gelanggara IPGKPP . Kemudian kami
bertolak menuju ke Pulau Pangkor tersebut. Perjalanan menuju ke destinasi tersebut
mengambil masa selama 2 setengah jam. Kami tiba di sana dalam pukul 4.00 petang. Kami
telah menurunkan semua barang dari bus dan terus berkumpul dan dirikan khemah masing-
masing. Seterusnya mandi dan makan malam kumpul di Dewan Serbaguna yang terdapat di
kem Rimba itu. Seterusnya pada malam itu kami mengadakan Ice Breaking.
Hari kedua ( 25/09/2013)
Pada pagi ini, sesi Moral dibimbing oleh DR. Mogan telah membincangkan tentang
Beliau juga bincang Bagaimana program BIG ini dapat melahirkan seorang guru yang
berkualiti. Senaman pagi telah diadakan pagi semasa kami menjalani BIG Fasa 1 oleh
EN.Buchan. selepas itu, mengadakan pembahagian kumpulan dengan 3 kumpulan besar
untuk mengadakan sesi1 ( kayak/ team bulding/ pertolongan cemas), sesi 2 (Pertolongan
cemas /kayak / team bulding) dan sesi 3 (team bulding / pertolongan cemas / kayak) untuk
aktiviti seterusnya. Selepas menghabiskan satu aktiviti kami memberi makanan tengah hari.
Selepas itu aktiviti teruskan aktiviti kami. Selepas menjaya dengan sempurna aktiviti kami
dapat masa untuk mandi dan juga makan malam. Selepas makan malam kami mengadakan
aktiviti Latihan Dalam kumpulan untuk mengenali potensi diri kami. pada hari itu, kami
menghabiskan slotnya dengan cepat kerana sangat letih.
Hari ketiga ( 26/09/2013)
Pada hari seterusnya pagi mengadakan sesi moral dengan DR.Mogan. Senaman
pagi telah diadakan pagi semasa kami menjalani BIG Fasa 1 oleh salah seorang
pensyarah. Kami mengambil sarapan pagi pada pukul 9.00 pagi. Pada harinya, kami telah
mengadakan jungle Trakking dengan pensyarah –pensyarah yang diikuti. Ketika masa itu
juga kami mendapat beberapa soalan yang cabar untuk mengeluarkan intelek kami. Selepas
itu, kami sampai satu destinasi dapat mengambil makan tengah hari dengan pensyarajh-
pensyarah. Selepas kami pulang dari ddapar memberi masa untuk pengurusan dirri dan
juga makan malam. Selepas itu kami mengadakan malam kebudayaan untuk meluahkan
bakat kami.
Hari keempat ( 26/09/2013)
Seperi biasa mengadakan slot moral. Pada ketika itu meniup angin kencang dengan
yang teruk. Kem-kem kami telah jatuh dan juga basah. Selepas mengambil sarapan pagi.
Kami mengambil masa untuk mengemaskan barangan kami. Kem-kem yang basah kami
bagi kering dan juga melipatkan kem dengan baik. Selepas itu, mengadakan majlis penutu
BIG dengan baik.
Selepas aktiviti perkhemahan Bina Insan Guru
Pada hari sabtu iaitu 07 September 2013, semua peserta diminta membersihkan
khemah yang telah digunakan. Setiap ahli kumpulan membersihkan khemah masing-masing
dan membiarkan khemah berkering.
LAPORAN AKTIVITI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 1 2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG.
Sebelum BIG
Semasa BIG
Semasa menunggu untuk bus
Semasa menunggu untuk feri
Semasa menaiki feri
Semasa berkumpul
Semasa “ TEAM BULDING”
Semasa mendirikan khemah
Semasa makan tengah hari
Semasa LDK
Semasa pertolongan cemas
Semasa jungle Traking
Semasa kayak
Sebelum kayak
Selepas BIG
ANALISIS SWOT
( LAPORAN REFLEKTIF )
Nama saya VISHVENI A/P ELAGAMURAM . Saya ialah salah seorang guru
pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang. Saya berasa sangat
program Bina Insan Guru (BIG) Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Mat Salleh Bin
Mohamad Zain iaitu penasihat BIG pada ini. Program Bina Insan Guru(BIG) Siri 1 ini telah
meninggalkan banyak kesan terhadap diri saya. Seperti mana yang kita sedia maklum,
program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi
melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai
spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai
aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian
dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras
dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan
untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk
berkhidmat & berbakti kepada bangsa dan negara.
Kekuatan / Kelebihan
Sebelum melaksanakan semua aktiviti BIG pada semester ini, satu jawatankuasa
telah dibuat dengan diketuai oleh saudara LIM iaitu daripada kelas Matematik 1. Sesetengah
pelajar guru diberikan tugasan tertentu untuk memudahkan pengurusan aktiviti kali ini.
Dengan tugasan yang diberikan ini, sifat kepimpinan berjaya diterapkan dalam diri setiap
pelajar guru. Pada pandangan saya, budaya kepimpinan ini penting bagi setiap bakal guru
kerana semua guru bakal memimpin murid di sekolah.
Program BIG menjadi tapak untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan
pelajar guru. Sepanjang melakukan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan(LDK), semasa kayak,
dan semasa (haiking) semua pelajar guru bekerjasama dalam menyelesaikan tugas-tugas
yang diamanahkan. Hasil kerjasama daripada semua rakan, kami berjaya semasa membuat
kayak dapat menyeberangi laut dan juga semasa LDK dijalankan dapat menyelesaikan
masalah dengan mudah.
Kelemahan / Kekurangan
Kelemahan yang dapat saya kesan ialah dari aspek kerjasama. Semasa
menjalankan aktiviti LDK ada ramai peserta yang hanya curi tulang dan mahu orang lain
buatkan kerja untuk mereka dan ini sangat tidak adil. Ini membuatkan seorang guru tidak
amalkan kerjasama antara satu sama lain. Apabila mereka buat sebegini,ini akan membuat
mereka malas untuk mata orang lain.
Kelemahan lain yang dapat dikesan dalam perlaksanaan BIG pada kali ini ialah
pengurusan masa yang tidak sama seperti yang dirancang. Oleh sebab kelewatan pelajar
guru untuk berada di dewan serbaguna lewat dan berlaku perubahan masa pada hampir
semua aktiviti. Pengurusan masa juga terganggu apabila aktiviti yang dijalankan tidak
mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Ada juga aktiviti memanjangkan masa kerana
pelajar guru lewat hadir di dewan. Contohnya, aktiviti Latihan dalam kumpulan. Justeru,
pelajar guru perlu lebih teliti berkenaan dengan pengurusan masa kerana masa adalah
sesuatu yang sangat bernilai.
Peluang
Kem Bina Insan Guru telah memberi peluang kepada semua guru pelatih untuk
merapatkan hubungan silaturahim dengan semua pensyarah yang mengikuti BIG ini
terutamanya Encik. Puspakaran. Beliau adalah bapa angkat kepada kami pada masa itu.
Kem Big merupakan penting dalam menyediakan ikatan yang mesra di kalangan guru
pelatih dan para pensyarah.
Kem Bina Insan Guru kali ini telah membuka peluang kepada saya dalam banyak
perkara. Salah satu daripadanya ialah di dalam BIG kali ini saya telah mendapat peluang
untuk memperkembangkan tahap keyakinan diri kerana saya telah dapat berenang dengan
sepenuh keyakinan diri. Saya telah belajar untuk berani untuk bercakap di hadapan semua
kelas PISMP.
Ancaman
Kami telah mengalami ancaman kekangan waktu apabila ada pihak yang
mencadangkan kami melaksanakan aktiviti BIG pada waktu lain kerana kesibukan mereka
dengan tugasan yang diberi kepada mereka oleh segelintir pensyarah. Cadangan ini amat
tidak kami persetujui kerana kami perlu berdepan dengan tugasan yang banyak selepas cuti
pertengahan semester jika dilaksanakan selepas tarikh yang dicadangkan dan kekurangan
masa persediaan sekiranya perlu diawalkan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kami
terpaksa membahagikan masa sebaiknya agar aktiviti BIG dapat dilaksanakan dan pada
masa yang sama, tugasan lain juga dapat dilaksanakan. selain daripada itu, kami juga
terdapat ganguan oleh binatang liar seperti monyet. Tambahan pula, keadaan Tempat
mandi yang berhampiran hutan menyebabkan bahaya. Keadaan Tempat itu, saya dapat
melihat binatang buas iaitu lipan merah menaiki atas kaki saya,nasib baik kawan saya dapat
lihat dan membunuhnya.
Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan dengan jayanya dan telah
mencapai objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi yang
akan datang agar insan guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk.