Penghargaan tesis

2
PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan berkat-Nya, dapatlah penulis menyiapkan laporan penyelidikan bagi memenuhi syarat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi dengan kepujian dalam tempoh masa yang ditetapkan. Selain itu, penulis juga bersyukur kerana segala masalah dan pelbagai kekangan yang timbul sepanjang kajian ini dijalankan telah berjaya diatasi. Semua permasalahan ini menjadikan penulis insan yang mengenal erti kesabaran dan manisnya sebuah kejayaan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan sejuta penghargaan ditujukan kepada Prof. Dr. Mohd. Suhaily Yusry Bin Che Ngah selaku penyelia tesis yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan juga membimbing penulis sepanjang melaksanakan kajian ini. Beliau juga telah banyak memberi dorongan dan kata-kata semangat kepada penulis untuk menyiapkan kajian ini. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada penduduk Kampung Manek Urai Lama, Ketua Kampung Manek Urai Lama iaitu Encik Che Din Bin Noh, Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu Encik Bahar dan staf-staf dari Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) yang telah memberikan kerjasama dan bantuan sepanjang penulis menjalankan kajian ini. Selain itu, tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada keluarga yang amat disayangi Zulkifli Bin Mohd. Rais (Ayahanda), Salinah Binti Aris (Bonda), dan adik tersayang iaitu Siti Aisyah Binti Zulkifli

description

contoh penghargaan tesis

Transcript of Penghargaan tesis

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan berkat-Nya, dapatlah penulis menyiapkan laporan penyelidikan bagi memenuhi syarat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi dengan kepujian dalam tempoh masa yang ditetapkan. Selain itu, penulis juga bersyukur kerana segala masalah dan pelbagai kekangan yang timbul sepanjang kajian ini dijalankan telah berjaya diatasi. Semua permasalahan ini menjadikan penulis insan yang mengenal erti kesabaran dan manisnya sebuah kejayaan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan sejuta penghargaan ditujukan kepada Prof. Dr. Mohd. Suhaily Yusry Bin Che Ngah selaku penyelia tesis yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan juga membimbing penulis sepanjang melaksanakan kajian ini. Beliau juga telah banyak memberi dorongan dan kata-kata semangat kepada penulis untuk menyiapkan kajian ini. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada penduduk Kampung Manek Urai Lama, Ketua Kampung Manek Urai Lama iaitu Encik Che Din Bin Noh, Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu Encik Bahar dan staf-staf dari Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) yang telah memberikan kerjasama dan bantuan sepanjang penulis menjalankan kajian ini.Selain itu, tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada keluarga yang amat disayangi Zulkifli Bin Mohd. Rais (Ayahanda), Salinah Binti Aris (Bonda), dan adik tersayang iaitu Siti Aisyah Binti Zulkifli yang tidak putus-putus memberikan dorongan dan semangat untuk meneruskan penyelidikan ini. Di samping itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan baik penulis iaitu Nurshuhaila Binti Mohd Nor Rulhaldi dan suami yang banyak membantu semasa menjalankan kajian di Kelantan. Buat rakan seperjuangan (Junaidah Binti Zamri) dan teman-teman rapat terima kasih di atas segala pertolongan, dorongan, dan sokongan moral kalian yang tidak berbelah bahagi.Selain itu, sekalung penghargaan dan sekalung budi buat semua yang terlibat di Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan dan Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris sepanjang pengajian saya di sini. Sekian terima kasih, WassalamNUR HIDAYAH BINTI ZULKIFLI.