PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU · PDF fileMelaksanakan aktiviti pengurusan sumber...

4
1 PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU HIDUPAN LIAR 1. SKIM PERKHIDMATAN Pembantu Hidupan Liar Gred G17, G22, G26. 2. PERINGKAT ORGANISASI Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). 3. RINGKASAN TUGAS Melaksanakan aktiviti pengurusan sumber kepelbagaian biodiversiti, menguatkuasakan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar, 2010 [Akta 716], Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 CITES [Akta 686], konservasi hidupan liar, program latihan dan kesedaran awam. 4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS 4.1 Pembantu Hidupan Liar Gred G17 a. Menjalankan aktiviti penguatkuasaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar, 2010 [Akta 716]. b. Menjalankan penggeledahan dan pemeriksaan di premis perniagaan, kediaman dan pintu masuk sempadan negara mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar, 2010 [Akta 716] dan CITES [Akta 686]. c. Memproses pengeluaran lesen-lesen berkaitan dengan hidupan liar di kaunter jabatan. d. Membantu menyediakan laporan pengeluaran lesen jabatan. e. Menjalankan aktiviti pengurusan hidupan liar (pemasangan perangkap, tembak halau, tangkap pindah dan tembak mati) bagi hidupan liar yang bermasalah. f. Menjaga kebajikan hidupan liar di Pusat Konservasi Hidupan Liar. g. Membantu urusetia untuk program kesedaran awam seperti Program Pendidikan Biodiversiti, ceramah dan pameran. h. Membantu urusetia menguruskan kursus Jabatan.

Transcript of PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU · PDF fileMelaksanakan aktiviti pengurusan sumber...

Page 1: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU · PDF fileMelaksanakan aktiviti pengurusan sumber kepelbagaian biodiversiti, ... perkhemahan, mengenali nama-nama pokok dan kemahiran mengesan

1

PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATANPEMBANTU HIDUPAN LIAR

1. SKIM PERKHIDMATAN

Pembantu Hidupan Liar Gred G17, G22, G26.

2. PERINGKAT ORGANISASI

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

3. RINGKASAN TUGAS

Melaksanakan aktiviti pengurusan sumber kepelbagaian biodiversiti,menguatkuasakan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar, 2010 [Akta 716], AktaPerdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 CITES [Akta686], konservasi hidupan liar, program latihan dan kesedaran awam.

4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

4.1 Pembantu Hidupan Liar Gred G17

a. Menjalankan aktiviti penguatkuasaan Akta Pemuliharaan HidupanLiar, 2010 [Akta 716].

b. Menjalankan penggeledahan dan pemeriksaan di premis perniagaan,kediaman dan pintu masuk sempadan negara mengikut AktaPemuliharaan Hidupan Liar, 2010 [Akta 716] dan CITES [Akta 686].

c. Memproses pengeluaran lesen-lesen berkaitan dengan hidupan liardi kaunter jabatan.

d. Membantu menyediakan laporan pengeluaran lesen jabatan.

e. Menjalankan aktiviti pengurusan hidupan liar (pemasanganperangkap, tembak halau, tangkap pindah dan tembak mati) bagihidupan liar yang bermasalah.

f. Menjaga kebajikan hidupan liar di Pusat Konservasi Hidupan Liar.

g. Membantu urusetia untuk program kesedaran awam seperti ProgramPendidikan Biodiversiti, ceramah dan pameran.

h. Membantu urusetia menguruskan kursus Jabatan.

Page 2: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU · PDF fileMelaksanakan aktiviti pengurusan sumber kepelbagaian biodiversiti, ... perkhemahan, mengenali nama-nama pokok dan kemahiran mengesan

2

i. Membantu urusetia Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan, Khas danKompetensi Jabatan.

4.2 Pembantu Hidupan Liar Gred G22

a. Membantu menyediakan jadual aktiviti rondaan penguatkuasaan AktaPemuliharaan Hidupan Liar, 2010 [Akta 716] dan CITES [Akta 686].

b. Menjalankan tugasan rondaan Penguatkuasaan Akta PemuliharaanHidupan Liar, 2010.

c. Membantu pegawai penyiasat dan pendakwa menguruskan barangkes untuk urusan mahkamah.

d. Membantu menyelaras tindakan ke atas konflik hidupan liar melaluipemasangan perangkap, tembak halau, tangkap pindah atau tembakmati.

e. Membantu menjalankan aktiviti pengurusan hidupan liar di PusatKonservasi Hidupan Liar.

f. Menjadi urusetia untuk Program Pendidikan Biodiversiti.

g. Membantu menyediakan peralatan pameran dan sebagai urusetiapameran jabatan.

h. Membantu fasilitator menyediakan keperluan untuk kursus Jabatan.

4.3 Pembantu Hidupan Liar Gred G26

a. Membantu menyelaras jadual rondaan penguatkuasaan AktaPemuliharaan Hidupan Liar, 2010 [Akta 716] dan CITES [Akta 686].

b. Mendaftar dan menguruskan barang kes yang terlibat dengansebutan/ perbicaraan di mahkamah.

c. Membantu Pegawai Pendakwa Jabatan menyemak kertas siasatan(IP) untuk sebutan atau perbicaraan mahkamah.

d. Membantu pegawai penyiasat menyediakan kertas siasatan (IP).

e. Membantu menyediakan data-data mengenai status gangguanhidupan liar.

f. Membantu menyelaras inventori hidupan liar semasa kerja-kerjainventori hidupan liar dijalankan.

g. Menjadi penyelaras/ fasilitator untuk Program Pendidikan Biodiversiti,ceramah dan pameran.

Page 3: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU · PDF fileMelaksanakan aktiviti pengurusan sumber kepelbagaian biodiversiti, ... perkhemahan, mengenali nama-nama pokok dan kemahiran mengesan

3

i. Menjadi fasilitator untuk program kursus yang dianjurkan olehJabatan sama ada di peringkat ibu pejabat, negeri dan daerah.

j. Menjadi penceramah untuk kursus jabatan.

5. HUBUNGAN KERJA

Dalaman

a. Pihak Pengurusan Atasan di peringkat ibu pejabat dan negeri-negeri.

b. Pegawai dan kakitangan dalam Jabatan PERHILITAN di peringkatbahagian, seksyen, unit, negeri dan daerah.

Luaran

a. Orang awam.

b. Peniaga, pengeksport, pengimport dan pemilik lesen hidupan liar.

c. Pemilik ladang pertanian.

d. Pelajar sekolah, IPTA dan IPTS.

e. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

6. PERSEKITARAN KERJA

a. Dalam dan luar pejabat.

7. KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN)

a. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya,keutamaan diberikan dalam bidang sains.

b. Mempunyai pengalaman atau pengetahuan asas mengenai hutan, aktivitiperkhemahan, mengenali nama-nama pokok dan kemahiran mengesanjejak hidupan liar.

c. Berkebolehan menulis laporan dengan baik.

d. Berkebolehan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia.

Page 4: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU · PDF fileMelaksanakan aktiviti pengurusan sumber kepelbagaian biodiversiti, ... perkhemahan, mengenali nama-nama pokok dan kemahiran mengesan

4

8. SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN

a. Integriti.

b. Bertanggungjawab, amanah, jujur, disiplin, kerahsiaan danprofesionalisme.

c. Imej diri yang positif.

d. Ketahanan fizikal khusus untuk tugasan di lapangan.

e. Bersedia bertugas di luar waktu pejabat pada bila-bila masa.

f. Berupaya menyelesaikan masalah dalam keadaan kritikal.

9. ANCAMAN/ BAHAYA

a. Terdedah kepada ancaman/ serangan hidupan liar.

b. Terdedah kepada ancaman pesalah-pesalah yang ditangkap/ didenda/hukum di mahkamah yang melanggar [Akta 716] dan [Akta 686].

c. Terdedah kepada terkena peluru sesat oleh pemburu haram/ pencerobohdalam kawasan perlindungan.

d. Tersesat di dalam hutan semasa kerja-kerja bancian hidupan liar, dihempap pokok, terjatuh, gigitan serangga, tercucuk objek tajam, lemasdan serangan penyakit jangkitan dari hidupan liar.

e. Kesan sampingan dari penggunaan ubat bius semasa kerja-kerjamembius hidupan liar.

f. Kemalangan semasa penggunaan senjata api.

g. Boleh diambil tindakan undang-undang oleh pihak tertentu.

h. Risiko terdedah kepada penyelewengan dan rasuah.

i. Tekanan kerja.

Sumber : Surat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Ruj.JPHL&TN: 500-42/1(12) bth 18 September 2012.